kuliah 6 106

50
PITOS 106/3 KULIAH 6 – DASAR LUAR MALAYSIA

Upload: jeevarenuka

Post on 23-Jun-2015

4.879 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 6 106

PITOS 106/3

KULIAH 6 – DASAR LUAR MALAYSIA

Page 2: Kuliah 6 106

KONSEP DASAR LUAR

Dasar sebuah negara dalam mengadakan hubungan dengan negara lain.

Berperanan sebagai garis panduan umum bagi sesebuah negara dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.

Merujuk kepada sesuatu tindakan atau idea yang dibentuk untuk menyelesaikan sesuatu masalah, menganjurkan sesuatu perubahan dalam sistem politik antarabangsa atau mengadakan hubungan dengan negara lain.

Dasar sesebuah negara tidak tetap dan kekal dan diubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran dunia serta keperluan dalaman sesebuah negara

Page 3: Kuliah 6 106

BENTUK HUBUNGAN LUAR

• Hubungan bilateral• Hubungan multilateralHubungan bilateral – hubungan secara terus

dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran dan negara-negara luar

Hubungan multilateral – hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM)

Page 4: Kuliah 6 106

Asas-Asas Pengubalan Dasar Luar Negara

• Faktor Sejarah• Faktor Ekonomi• Faktor Politik

• Faktor Geografi• Faktor Demografi

Page 5: Kuliah 6 106

FAKTOR SEJARAH

• Zaman Kesultanan Melayu Melaka – hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu

Hubungan Luar Melaka

Hubungan Serantau

PasaiJawa Siak

Kampar

Hubungan Antarabangsa

China Siam

GujeratPulau RyukyuTanah Arab

Page 6: Kuliah 6 106
Page 7: Kuliah 6 106

Faktor Ekonomi• Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas• Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara lain untuk

memajukan ekonomi• Zaman penjajah – pengeluar getah dan bijih timah- hubungan

dengan Britain dan Amerika Syarikat• Setelah merdeka – Malaysia masih memerlukan pasaran dan

modal dari negara-negara tersebut• Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur,

pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur (Jepun dan Korea)

• Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut

Page 8: Kuliah 6 106

Syarikat bijih timah dan getah di negara kita pada awal kemerdekaan

kebanyakkannya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Page 9: Kuliah 6 106

Faktor Politik

• Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat

• Negara yang menganuti sesuatu fahaman politik akan berusaha untuk menyebarkan fahaman itu kepada lain melalui pelbagai cara termasuk dasar luar.

Page 10: Kuliah 6 106

Faktor Sosial

• Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran• Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi(1963-1965),

Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina(1963-1965)

• Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran melalui perjanjian:-

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina

MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia) ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan

Singapura)

Page 11: Kuliah 6 106

Faktor Geografi• Malaysia – kedudukan yang strategik di Asia

Tenggara dan bersempadan dengan negara spt Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei

• Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.

• Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara

Page 12: Kuliah 6 106

Tiga Tahap• Tahap Pertama- Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970)• Tahap Kedua - Tun Abdul Razak(1972 – 1976)• Tahap Ketiga - Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad

(1981 -2003)

Page 13: Kuliah 6 106

Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970)

• Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel- politik, ekonomi dan sosial

• Faktor Politik – ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM)

• Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan New Zealand

• Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956

• British akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara

Page 14: Kuliah 6 106

Komunis menjadi musuh negara kita dan Asia Tenggara pada awal-

awal kemerdekaan.Rasyid Maidin Chin Peng

Page 15: Kuliah 6 106

Tahap Kedua- Tun Abdul Razak (1972-1976)• Menjelang tahun 1970-an dasar luar mula berubah kepada

dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara• Ini kerana AMDA kurang memainkan peranan dan pengaruh

Britain mula berkurang di Timur• Perubahan dasar berlaku kerana pergolakan yang berlaku di

Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China

• Usaha-usaha dibuat :- Pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan

Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia

Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam (1976) dan masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran

Page 16: Kuliah 6 106

Tahap Ketiga –Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad(1981-2003)

• Masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi – berkaitan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan:-

• Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea

• Dasar Pandang ke Timur 1982 – Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia

• Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik

Page 17: Kuliah 6 106

Sambungan….Tahap Ketiga

• Mempertingkat hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan

• Misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak

• Malaysia bukan sahaja perlu menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju tetapi juga dengan negara Dunia Ketiga

Page 18: Kuliah 6 106

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

Page 19: Kuliah 6 106

KOMANWEL

• Dibentuk pada tahun 1931• Anggotanya – negara bekas tanah jajahan

Britain yang merdeka• 54 negara maju dan negara sedang

membangun• Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun

1965 beribu pejabat di London

Page 20: Kuliah 6 106

Matlamat • Membina semangat setia kawan dan mewujudkan

kerjasama dalam pelbagai bidang• Selepas merdeka – negara Komawel membantu

Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM

• Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand – menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak.

Page 21: Kuliah 6 106

Faedah Menyertai Komanwel• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara

Komanwel dalam menyekat perjuangan PKM• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia

dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa konfrontasi

• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel• Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM)

memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama(setiap dua tahun)

Page 22: Kuliah 6 106

Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah(EU) Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Page 23: Kuliah 6 106

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)

• Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945• Ibu pejabat di San Francisco (asal)

berpindah ke New York 1946• Peringkat awal – 51 buah anggota• 189 buah – 2002• Negara anggota perlu akur dengan

Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa

• Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Page 24: Kuliah 6 106

Matlamat Piagam PBB• Menjamin keamanan dan keselamatan

dunia• Menggalakkan hubungan berbaik-baik

antara negara anggota• Bekerjasama menyelesaikan masalah

antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit

• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Page 25: Kuliah 6 106

PERANAN MALAYSIA DALAM PBB• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi

menamatkan perang saudara• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989)

untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan • Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia• Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar

Apartheid di Afrika Selatan• Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan

dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara

Page 26: Kuliah 6 106

Peranan Malaysia Dalam PBB

• Menjadi ahli Bank Dunia• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah• Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan

antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut

• Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)

Page 27: Kuliah 6 106

Peranan Malaysia Dalam PBB

• Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999

• Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB

• Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.

• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

Page 28: Kuliah 6 106

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

• Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin

• Ahlinya – negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan

• Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara – tetamu jemputan

• Matlamat penubuhan :- Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-

mana blok barat atau blok komunis Dasar berbaik-baik dengan semua negara

Page 29: Kuliah 6 106

Prinsip Perjuangan NAM

• Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara

• Menghormati kedaulatan sesebuah negara

• Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman

• Menghormat hak asasi manusia

Page 30: Kuliah 6 106

PERANAN MALAYSIA DALAM NAM• Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia

telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun

• isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika• Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988

Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan

• Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade

• Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.

• Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.

• Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM• deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan

pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

Page 31: Kuliah 6 106

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

• Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi

• Idea Tunku Abdul Rahman• Semasa ditubuhkan – 57 buah negara dan tiga negara

sebagai pemerhati• Matlamat :• Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam

segala bidang• Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam• Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan

antara negara Islam• Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam

dihormati dan tidak dicemari

Page 32: Kuliah 6 106

Sumbangan OIC

• Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah spt :-

• Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosnia dan Afghanistan

• Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad

• OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota

Page 33: Kuliah 6 106

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC

pertama• Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan

Iran-Iraq• Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin –

berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di

kalangan negara Islam 2002• Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC

untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)• Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan

negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi

Page 34: Kuliah 6 106

Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC

• Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat

• OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM

• Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

Page 35: Kuliah 6 106

NEGARA-NEGARA SELATAN

• Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.• Persamaan dari segi latar belakang ekonomi.• Pernah dijajah oleh kuasa barat Matlamat :-• Mengatasi harga eksport bahan mentah• Meningkatkan kerjasama ekonomi dan

teknikal dikalangan negara anggota• Mengurangkan pergantungan kepada negara

maju.

Page 36: Kuliah 6 106

Ciri-Ciri Negara-Negara Selatan(NNS)

• Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah.

• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

• Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap.

• Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dikawal oleh negara maju.

• Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat pinjaman yang dibuat daripada negara maju

Page 37: Kuliah 6 106

Peranan Malaysia

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe)

• Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama

di Kuala Lumpur pada 1990• Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan

teknologi• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan

Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur(SITTDEC)

• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GDTP)

• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Page 38: Kuliah 6 106

MALAYSIA DALAM

PERTUBUHAN

SERANTAU

Page 39: Kuliah 6 106

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASA)

• Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina.• Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau

diancam hebat oleh pengaruh komunis• PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila

menjatuhkan kerajaan• Di negara-negara jiran – Thailand dan Filipina turut

menghadapi ancaman komunis• Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-

negara jiran untuk membendung ancaman komunis• Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA• Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara

anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial

• 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan

Page 40: Kuliah 6 106

MATLAMAT ASA

• Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial

• Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi

• Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau

• ASA dibubarkan pada tahun 1963

Page 41: Kuliah 6 106

Perdana Menteri Tanah Melayu, Negara Thai dan Presiden Filipina

bersepakat menubuhkan ASA

Page 42: Kuliah 6 106

MAPHILINDO

• Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia• Tujuannya:• Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan • menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina

dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia

• Indonesia tidak bersetuju – menganggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru

• Tentangan Filipina – menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara mereka

• Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia – penubuhan MAPHILINDO

• Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia

Page 43: Kuliah 6 106

• PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 – diketuai oleh Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah

• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia

• Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia

• Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi lagi

Page 44: Kuliah 6 106

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN)

Page 45: Kuliah 6 106

Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN

Page 46: Kuliah 6 106

• Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada Deklarasi Bangkok

• Matlamat :-• Mengekalkan kestabilan politik dirantau Asia

Tenggara• Membantu antara satu sama lain dalam

bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui

kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindusterian.

• Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan

• Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

Page 47: Kuliah 6 106

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN

• Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971.• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN

sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)• Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan

kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar

• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan

Demokratik Campuran Kampuchea.• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan

pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Page 48: Kuliah 6 106

• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh

• Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992.

• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.

• Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat dan negara-negara maju.

• Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3

• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea)

Page 49: Kuliah 6 106

• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan

• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.

• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.

• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.

• Menganjurkan Sukan SEA.• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat

ASEAN 1992.

Page 50: Kuliah 6 106

SEKIAN

TERIMA KASIH