kuliah 6 isu-isu kontemporari

21
ISU – ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

Upload: pei-yiing

Post on 05-Jan-2016

263 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

isu

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

ISU – ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN BARAT

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

Page 2: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

ISU - ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

HEGEMONI BARAT DAN

GLOBALISASI

MEDIAEKONOMIPOLITIKSOSIALHAK ASASI MANUSIA

KRISIS ALAM SEKITAR

PERSEPSI JIHAD

ETIKA DALAM SAINS KESAN

PERKEMBANGAN KONTEMPORARI

KEPADA MASYARAKAT DAN

NEGARA

Page 3: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

PENGENALAN

• Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan.

• Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia.

Page 4: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

APA ITU HEGEMONI?APA ITU GLOBALISASI?

Page 5: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI

• Satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat.

• Berasal dari perkataan Greek hegemon (ἡγεμών) yang bererti ‘ketua’.

• Merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan yang lain.

Page 6: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

GLOBALISASI

• Merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh.

• Menurut Giddens (2000), globalisasi boleh didefinisikan sebagai “hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya”.

Page 7: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini dibawah satu unit yang seragam, menggunakan undang-undang globalisasi yang sama dan membentuk satu unit kuasa yang tidak dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi.

Page 8: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

ISU –ISU KONTEMPORARI

Page 9: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

ISU –ISU KONTEMPORARI

• Kita dapat melihat betapa meluasnya usaha hegemoni dan globalisasi Barat dalam beberapa aspek kehidupan seharian kita.

• Antara aspek-aspek berkenaan adalah:Politikmedia ekonomi

sosial Hak asasi manusia

Page 10: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI BARAT - MEDIA

• Hampir keseluruhan media cetak dan media elektronik penting pada hari ini.

• Semua berita yg disebarkan kpd masyarakat pada hari ini cepat

• Kepantasan perpindahan maklumat.• Boleh menjatuhkan/menaikkan seseorang.• Membentuk pandangan & sikap masyarakat

(dunia/tempatan).

Page 11: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Agensi berita Barat seperti CNN, BBC dan sebagainya mempunyai pengaruh yang besar

• Bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

• Melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka.

Page 12: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Tragedi 11 September juga menjadi modal mereka memerangi negara-negara Islam melalui media massa.

• Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah telah menjadi mangsa media Barat.

• Media Barat sering mengagung-agungkan industri hiburan Barat.

Page 13: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI BARAT – EKONOMI

• Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas .

• Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat.– TELAH LAMA PUPUS

Page 14: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya dilakukan oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance).

• Hegemoni Barat juga tampak kelihatan dalam sistem perbankan Barat. Barat kini menguasai persatuan-persatuan kewangan terutama dunia.– IMF & WORLD BANK

• Kegiatan menyimpan rizab dalam bentuk USD juga contoh hegemoni Barat dalam ekonomi.

Page 15: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI BARAT – POLITIK

• Bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.

• Memberi impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit.

• Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi.

Page 16: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB.

• Banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam.

• Kuasa veto dalam kalangan kuasa-kuasa utama dunia juga diungguli oleh pihak Barat.

Page 17: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI BARAT – SOSIAL

• Citarasa berpakaian, muzik serta perlakuan serta adab.

• Kebanyakan orang beranggapan bahawa fesyen Barat menampilkan kelas tinggi serta bergaya.

• Fesyen jeans adalah antara fesyen yang paling digilai ramai, terutama sekali dalam kalangan golongan muda remaja.

Page 18: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Golongan Timur selalu mengagungkan rentak irama muzik Barat seperti rock, heavy metal, technopop serta banyak lagi.

• Orang-orang Timur yang terpengaruh dengan cara hidup Barat seperti pergaulan bebas serta seks sebelum nikah.

Page 19: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

HEGEMONI BARAT – HAK ASASI MANUSIA

• Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah.– Bermula dari zaman penindasan masyarakat oleh

golongan bangsawan Eropah.

Page 20: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

• Tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh Tuhan.

Page 21: Kuliah 6 Isu-Isu Kontemporari

TERIMA KASIH