ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

29
KONSEP SENI TAMPAK DALAM ISLAM • DEFINISI SENI TAMPAK • SENI TAMPAK DALAM ALQURAN • SENI TAMPAK DALAM AS SUNNAH • CIRI-CIRI SENI TAMPAK ISLAM • ISU-ISU SEMASA SENI TAMPAK – PATUNG / FIGURA – GAMBAR / POTRET – TUGU

Upload: syuk-bond

Post on 24-May-2015

3.347 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

KONSEP SENI TAMPAK DALAM ISLAM

• DEFINISI SENI TAMPAK

• SENI TAMPAK DALAM ALQURAN

• SENI TAMPAK DALAM AS SUNNAH

• CIRI-CIRI SENI TAMPAK ISLAM

• ISU-ISU SEMASA SENI TAMPAK– PATUNG / FIGURA– GAMBAR / POTRET– TUGU

Page 2: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Definisi seni Tampak

• Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.

• Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

• Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil / ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata.

• Hasil / karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Page 3: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Bidang Seni Tampak

• Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca • Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia

(animasi dan laman web) • Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik • Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman • Seni Tampak ialah Seni visual atau tampak yang boleh

dilihat. Ia boleh dibahagikan kepada: • Seni Tampak yang teksturnya dapat dirasa dan disentuh

seperti kasar, keras, halus dan lembut seperti ukiran, tembikar, seni bina dan sebagainya.

• Seni Tampak yang teksturya tidak dapat dirasa seperti lukisan dan foto.

Page 4: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Konsep Seni Tampak Islam

• Konsep Seni Tampak Islam bersifat religius. Ertinya ia merupakan hasil manifestasi syahadah yang dituangkan dalam bentuk karya.

1. Berasaskan konsep Tauhid • Konsep Tauhid merupakan asas kepada bentuk

pemikiran seniman agar sentiasa terpimpin di dalam jalur-jalur al-Quran mahupun al-Sunnah.

• Karya seni tampak Islam mencerminkan pernyataan tentang kepercayaan/agama dan cara hidup sebagai seorang Muslim yang memegang amanah khalifah Allah.

Page 5: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

2. Sebagai wahana yang menghubungkan seni dengan kepercayaan kepada Allah

• Karya seni Tampak Islam adalah sebagai wahana untuk menyatakan keimanan seseorang terhadap Allah SWT melalui penghayatan akal dan kefahaman, bukan melalui lambang yang bersifat antropomorfik (berunsurkan kemanusiaan) dan zoomorfik (ingin disembah).

• Menatap keindahan pada seni Tampak Islam, mampu membawa manusia kepada keyakinan yang lebih mantap terhadap Allah.

• Penghasilan seni Tampak Islam bukanlah untuk menandingi kehebatan ciptaan Allah, malah asas penghasilannya adalah untuk mengajak pemerhati mengerti akan kebesaran dan kehebatan Allah, disamping mensyukuri anugerah Allah yang mana membenarkan setiap insan melahirkan atau menzahirkan sesuatu menurut ilham individu sama ada di atas kertas, di ukiran kayu-kayu dan sebagainya.

Page 6: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

3. Fahaman agama digambarkan dengan simbol- simbol

• Simbol merupakan satu perbandingan antara sesuatu yang konkrit dengan sesuatu yang abstrak (Charles Chadwick, 1971: 2).

• Bagi mengatasi peniruan objek-objek hidup secara realistik, simbol-simbol digunakan seperti motif geometrik yang lebih menekankan unsur intetektual yang selaras dengan kepercayaan keagamaan.

• Penggayaan atau ketidaksejadian karya-karya seniman terdahulu berkait rapat dengan konsep tauhid yang melalui suatu proses yang membuatkan mereka insaf dan merendah diri lantaran tidak ada kemampuan menyaingi ciptaan Allah sebagai Pencipta/al-Khaliq.

• Lalu ciri-ciri asal berubah. Gambaran alam, misalnya, diubah kepada corak-corak tumbuhan dan bentuk geometri sebagai simbolik dalam kesenian Islam.

Page 7: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

4. Keindahannya terletak kepada berfungsinya setiap bentuk ciptaan tersebut.

• Seni Tampak Islam bukanlah kesenian yang bertujuan untuk mempamerkan kemewahan dan hiasan-hiasan yang menakjubkan semata-mata tetapi ia hendaklah berfungsi di tahap kegunaan.

• Fungsi seni tampak Islam bukan hanya dapat dilihat secara keseluruhannya sahaja, sebaliknya setiap bahagian atau strukturnya juga mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Contohnya, susunatur sesebuah bangunan yang terdapat pada seni bina.

Page 8: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

FUNGSI HIASAN DALAM SENI TAMPAK ISLAM

1. Mengukuhkan penghayatan umat Islam terhadap Allah dalam apa jua suasana (di rumah, tempat bekerja, di masjid, sekolah, al-Quran, pedang dan lain-lain) kerana corak hiasan boleh didapati di mana-mana hasil karya seni tersebut.

2. Sesuatu objek seperti kayu atau batu menjadi berubah coraknya sebagai hiasan tetapi bukan pada isinya. Ertinya hiasan yang diolah tidak menyebabkan objek-objek tersebut kehilangan ciri-ciri asalnya dan perubahan itu justeru menjadikannya bertambah indah, mulia, suci dan bernilai murni.

Page 9: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

3. Hiasan, dalam setiap bidang seni tampak Islam juga berfungsi untuk melindungi bentuk-bentuk asas sesuatu Seni Tampak Islam struktur bagi mengurangi kesannya kepada pemerhati.

4. Fungsi hiasan selanjutnya dalam seni tampak Islam ialah untuk pengindahan, kecantikan dan perhiasan pada seluruh karya. Ertinya, nilai keindahan pada seni tampak Islam bukan sahaja bergantung kepada bentuknya tetapi juga kepada butiran pembentukannya.

5. Hiasan juga berfungsi untuk pengaliran udara bagi memastikan keselesaan dalam bangunan (Zulkifli Hanafi, 2000: 17). Pengaliran udara yang baik dapat mengurangkan haba panas kesan dari bahang matahari. Melalui lubang-Iubang (ukiran yang ditebuk) misalnya, pengaliran dan pertukaran udara dapat dicapai.

Page 10: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

ISU-ISU SENI TAMPAK ISLAM

• POTRET – GAMBAR

• PATUNG – FIGURA

• TUGU - MONUMEN

Page 11: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

JENIS-JENIS SENI TAMPAK ISLAM

• Banyak karya yang boleh dikategorikan kepada jenis seni tampak Islam kerana seni tampak itu sendiri dalam erti kata yang mudah, dapat diberi makna sebagai seni yang berkaitan dengan benda-benda yang boleh nampak/lihat. Diantaranya ialah:

• Seni Khat• Seni Bina• Seni Ruang• Seni Ukiran• Seni Tenunan/Sulaman • Seni Seramik/Tembikar

Page 12: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

SENI KHAT - KALIGRAFI

• Seni Khat adalah bentuk-bentuk garisan yang indah, merujuk kepada tulisan al-Quran dan tulisan Arab. Ia dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005: 382) .

• Seni Khat merupakan seni terawal dan khazanah tertua yang masih dimiliki oleh umat Islam hingga ke hari ini. Keindahan seni khat bukan terletak pada tulisannya semata-mata, tetapi ia dapat dinikmati dari kepelbagaian hiasan iluminasinya yang berwarna warni.

Page 13: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG

LAHIRNYA SENI KHAT

• Peranan al-Quran sebagai pegangan umat Islam yang disanjung tinggi, maka ia sepatutnya ditulis dengan seberapa indah yang boleh

• Bertujuan untuk memelihara ketulenan al Quran kerana setelah ramai para sahabat yang menghafalnya terkorban sebagai syuhada', meninggal dunia, lanjut usia dan juga bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam yang berada jauh dari kota Madinah

• Kesedaran tentang kedudukan al-Quran sebagai panduan kepada semua asas pemikiran dan aktiviti harian, juga menjadi salah satu faktor pendorong yang penting

Page 14: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Proses Kelahiran Seni Khat Islam

• Menyalin ayat-ayat sebagai suatu keperluan untuk mengabadikan al-Quran dalam bentuk tulisan.

• Proses selanjutnya tulisan-tulisan tersebut diberi tanda-tanda bacaan dengan warna merah dan kuning oleh Abu al-Aswad Dua'li yang meninggal pada 688M.

• Nasr bin 'Asim meletakkan pula tanda-tanda titik hitam di atas dan bawah garisan al-Quran.

• Tanda-tanda tersebut selanjutnya diperkemaskan sehingga dibaca dengan tepat oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi.

• Kemudian ditulis dengan indah melalui sentuhan seni khat Kufi dan khat Nasakh.

• Dalam perkembangan selanjutnya, khat al-Quran dihiasi iluminasi dengan warna emas, warna merah, biru dan hijau terutama di kepala surat

Page 15: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

JENIS-JENIS KHAT

• Khat Kufi • Istilah Kufi diambil dari nama sebuah bandar yang bernama al-Kufa. • Khat Kufi menggunakan tulisan berbentuk tegak dan persegi.

Tulisan ini telah digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan khulafa' al-Rasyidin.

• Selain digunakan sebagai tulisan al-Quran, tulisan jenis khat ini juga banyak digunakan untuk menghiasi mozaik, tail, batu-batu, tenunan, tembikar, batu nesan serta dinding-dinding pada sesebuah bangunan seperti masjid dan sebagainya.

• Pada zaman Abbasiyyah, khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pusat pemerintahan, kubah atau menara

azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

Page 16: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Kufi

Page 17: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Thuluth

• Jenis khat ini banyak digunakan dalam penulisan mushaf 'Uthmany, pada nama-nama buku, bangunan-bangunan, objek- objek kecil dan sebagainya. Khat ini terkenal pada zaman awal pemerintahan 'Abbasiyyah. Ciri utama yang terdapat pada khat ini ialah garis-garis besar dan menegak yang panjang.

Page 18: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Thuluth

Page 19: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Nasakh

• Khat Nasakh merupakan satu bentuk tulisan yang bulat dan kursif (AI-Faruqi & Lamya' 1992: 382) Ia merupakan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab mahupun Jawi. Khat ini ditetapkan ukuran panjang, lebar dan jarak hurufnya. Gaya tulisannya adalah rapat dan terperinci.

• Khat Nasakh mudah dibaca dan jelas, dicipta dan digunakan bagi menulis al-Quran sejak kurun ke 10. Penulisan buku-buku berkenaan keagamaan banyak ditulis dengan menggunakan khat jenis ini. Kadangkala ia digunakan juga sebagai hiasan

Page 20: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Nasakh

Page 21: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Farisi/Parsi

• Khat Farisi/Parsi berkembang di Parsi dan banyak digunakan dalam penulisan buku-buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah mahupun surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

• Selain di Parsi, khat ini telah digunakan secara meluas di Pa kistan dan India.

Page 22: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Farisi/Parsi

Page 23: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Diwani

• Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Ia merupakan tulisan berbentuk bulat yang boleh dibezakan dengan melihat bentuk alunannya yang berlebihan dan penambahan yang berterusan serta pemanjangan huruf-huruf di akhir sesuatu baris.

• Jenis khat ini dikembangkan oleh penulis-penulis di Zaman 'Uthmaniyyah. Ia digunakan secara meluas untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan, perisytiharan, cop mohor rasmi dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan

Page 24: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Diwani

Page 25: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Diwani

Page 26: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Riq'ah

• Khat Riq' ah dapat ditulis dengan cepat.Ia sering kali digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti serta madrasah untuk mengambil nota kuliah

Page 27: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

Khat Riq'ah

Page 28: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

SENI HALUS

• SENI TEMBIKAR

• SENI UKIR

• SENI LOGAM

• SENI TEKSTIL, TENUN DAN TEKAD

• SENI ANYAMAN

Page 29: Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam

KESIMPULAN• Walaupun terdapat banyak jenis tulisan seni Khat di tengah- tengah

masyarakat Islam, namun yang paling terawal dikenal umum ialah jenis khat Kufi dan Nasakh.

• Seni Khat merupakan salah satu lambang kemajuan tamadun umat Islam dalam dunia ilmu dan seni kerana ia merupakan keindahan tulisan yang tercetus dari kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.

• Keindahan seni Khat dapat dilihat di mana-mana. Ia bukan saja dirakam di atas kertas tetapi juga di atas kain, kayu, kulit, logam, tembikar, kaca, batu, bahan sulaman, lukisan dan sebagainya.

• Kehebatan seni Khat hingga ke hari ini tidak pernah pudar. Hampir seluruh dunia Islam kini menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

• Selain bentuk tulisan yang indah, keistimewaan khat juga dapat dilihat dari aspek hiasan dalam melakarkannya seperti khat ditulis dalam bentuk-bentuk alam / tumbuh-tumbuhan serta bagaimana ia disusun menjadi hiasan pada sesuatu hasil karya seperti pada dinding-dinding bangunan, tembikar dan sebagainya.