kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

24
SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial Bahan Kajian Sains Sosial

Upload: fatin-halid

Post on 28-Jun-2015

711 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial

Bahan Kajian Sains Sosial

Page 2: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

APA YANG DIBINCANGKAN Bagaimana ahli sains sosial melihat

manusia? Bagaimana ahli sains sosial mengkaji

masyarakat manusia? Apakah teori utama? a)      Model teori fungsionalisme b)      Model teori konflik

Page 3: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

 Bagaimana ahli sains sosial melihat manusia? - Manusia mempunyai sifat-sifat berikutnya:- Kebolehan berfikir and membuat penakulan (think and reason)- Mempunyai emosi, naluri (intuition)- Kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia lain melalui bahasa dan simbol-simbol- Berupaya memenuhi keperluan asas untuk “survive”

Page 4: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Keupayaan membentuk dan menggunakan alat-alat (tools) yang boleh membantu ahli-ahli kumpulan atau masyarakat mendapatkan sumber-sumber dari persekitaran untuk “survive”

- Kebolehan mengeksploitasi persekitaran untuk mendapatkan sumber-sumber terhad

- Manusia adalah “social animals” – iaitu hidup berkumpulan (organised groups)

Page 5: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

Bagaimana ahli sains sosial melihat dan memahami kehidupan sosial (social life)?- Manusia adalah social animals - Ada keperluan untuk hidup secara berkumpulan dan keperluan untuk survive- Dalam kehidupan berkumpulan (social life), wujud kumpulan yang bersifat formal dan informal- Wujud budaya tertentu- Ada proses-proses yang membentuk kehidupan sosial -

sosialisasi, interaksi sosial, perubahan budaya,perubahan sosial, stratifikasi sosial, kelassosial, mobiliti sosial, konflik sosial

Page 6: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Dalam proses kehidupan, mewujudkan peristiwa -peristiwa yang memperlihatkan perkembangan atau kemerosotan kumpulan atau masyarakat

- Untuk memastikan kumpulan survive, berusaha mendapatkan sumber-sumber terhad

- Wujud persaingan, pergantungan, konflik, dominasi, eksploitasi, - demi untuk perkembangan kumpulan atau masyarakat, mencapai keseimbangan, kestabilan dan keharmonian dalam kumpulan atau masyarakat mereka  

Page 7: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

Jadi, bagaimana ahli sains sosial mengkaji masyarakat manusia? - Jadikan masyarakat manusia sebagai bahan kajian (subject matter)- Boleh kaji dari segi individu (individuals)- tingkah-laku individu, motif di sebalik tingkah-laku, pola-pola tingkah-laku tertentu, kesan secara langsung dan tidak langsung dari tingkah-laku individu – e.g. kewujudan budaya, simbol, dll 

Page 8: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Ataupun kaji dari segi kumpulan manusia (groups)–bagaimana kumpulan diwujudkan, beroperasi, berkembang dan survive, pola- pola tingkah laku di kalangan ahli-ahli kumpulan

- Kaji fenomena-fenomena sosial dan proses -proses sosial yang wujud akibat kehidupan berkumpulan atau kehidupan sosial – sebab musabab

Page 9: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-  Wujud teori-teori dan konsep-konsep - Cth model teori – teori fungsionalisme, teori konflik- Cth konsep-konsep – masyarakat, komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem sosial, peranan sosial, struktur sosial, institusi sosial, organisasi sosial, norma sosial, nilai sosial (huraian dalam bahagian tentang konsep-konsep asas)

Page 10: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

a)      Model teori fungsionalisme - Teori fungsionalisme mengandaikan pelbagai aspek atau bahagian dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsi tersendiri tetapi yang saling berkait dan bergantungan untuk mencapai keharmonian, kesepaduan, kestabilan dan keseimbangan dalam proses perkembangan masyarakat yang berkenaaan - Demi mencapai keseimbangan, perubahan pada sesuatu bahagian akan menyebabkan perubahan pada bahagian lain.

Page 11: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Bahagian-bahagian atau aspek dalam masyarakat yang dimaksudkan ialah institusi-institusi sosial, amalan-amalan dan pelbagai proses sosial

- Seperti juga teori evolusi sosial, teori fungsionalisme menyamakan masyarakat dengan organisme biologi – Teori fungsionalisme menganggap masyarakat sebagai organisme biologi yang boleh menyara dirinya dan mengekalkan keseimbangan apabila menghadapi alam persekitaran yang tergugat

Page 12: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Badan manusia mempunyai pelbagai organ yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang saling bergantungan dan bekerjasama untuk memastikan badan yang sihat.

- Dalam kontek masyarakat pula, institusi sosial, amalan, dan proses-proses sosial mestilah bekerjasama dan bercantum agar memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat berkenaan, membantu mengekalkan struktur masyarakat dan seterusnya menwujudkan kesimbangan dalam masyarakat tersebut.

Page 13: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Oleh itu, institusi sosial, amalan sosial dan proses-proses sosial menyumbang kepada kestabilan dan kesepaduan keseluruhan masyarakat dan anggota-anggotanya dan bukan kepada individu-individu tertentu dalam masyarakat itu.

- Dua jenis fungsi yang menyebabkan proses keseimbangan dan kesepaduan dalam masyarakat, iaitu fungsi “manifest” dan fungsi

“latent”.

Page 14: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Fungsi bersifat “manifest” apabila fungsinya diketahui umum manakala fungsi latent ialah peranan fungsi sebenar yang tidak diketahui umum

- Di akhir tahun sembilan belas enam puluhan, teori ini dikritik kerana kelemahan-kelemahannya

- Di antara kelemahannya ialah ia terlalu mementingkan pendekatan yang berasaskan analogi organik atau biologi

Page 15: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Ia juga tidak dapat menghuraikan perubahan sosial, ketidakstabilan sosial, dan konflik dalam masyarakat secara memuaskan kerana ia hanya mementingkan keharmonian dan kestabilan sosial sebagai akibat daripada kerjasama dan saling bergantungan semua proses dan aktiviti sosial

- Di antara ahli teori sosial yang menggunakan teori ini ialah pakar-pakar sosiologi seperti Talcott Parsons dan Emile Durkheim.

 

Page 16: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

b)      Model teori konflik - Teori konflik mementingkan peranan konflik dalam proses perkembangan masyarakat. Teori ini muncul akibat reaksi kepada teori fungsionalisme yang tidak dapat menerangkan perubahan dan perkembangan masyarakat dari segi konflik sosial - Konflik adalah “pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama”.

Page 17: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Jadi, unsur-unsur penting mengenai proses konflik dalam kehidupan sosial termasuk pertentangan, permusuhan, kekalahan dan kemenangan, kuasa dan “interests” (atau kepentingan).

- Konflik dianggap sebagai perkara normal dalam masyarakat yang tidak dapat dielakkan.

- Thomas Hobbes adalah salah seorang pengkaji dan falsafah dalam sejarah sains sosial barat yang mula-mula sekali menarik perhatian kita kepada unsur konflik dalam perkembangan masyarakat

Page 18: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

-Beliau berpendapat manusia sentiasa berperang dan berkonflik di antara satu sama lain (“a war of all against all”)

- Pelopor-pelopor seterusnya selepas Hobbes yang wujud pada kurun ke lapanbelas ialah Karl Marx

- Marx mengatakan punca konflik ialah hubungan sosial dalam proses pengeluaran

Page 19: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Dua kumpulan manusia yang bertentangan dalam proses pengeluaran; iaitu kumpulan pemilik sumber-sumber pengeluaran yang digelar “borjuis” dan kumpulan pengeluar atau pekerja atau buruh yang dinamakan “proletari” - Konflik berlaku kerana borjuis mengeksploitasi para pekerja dengan memberi upah yang tidak selaras dengan tenaga buruh mereka manakala pekerja membantah kerana upah yang sedikit dan keadaan pekerjaan yang tidak memuaskan. Contoh umum mengenai konflik di antara borjuis dan proletariat boleh didapati dalam masyarakat kita, walaupun gelaran-gelaran itu tidak atau jarang digunakan dalam masyarakat kita

Page 20: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Pada pendapat ahli-ahli pengkaji lain, konflik adalah fenomena sosial yang penting. Sebagai contohnya, pada abad ke dua puluh, Lewis Coser (1956) dalam bukunya bertajuk Functions of Social Conflict berpendapat konflik bukan sahaja memainkan peranan untuk memecah-belahkan susunan sosial dalam masyarakat tetapi juga memelihara susunan sosial yang sedia ada

Page 21: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Konflik juga boleh memperkuatkan organisasi sosial. Walaupun Ralf Dahrendorf (1959) dipengaruhi oleh Karl Marx, dalam bukunya Class dan Class Conflict in Industrial Society, dia mengubahsuaikan idea Marx dengan mengatakan bahawa konflik berlaku di antara beberapa kumpulan manusia dalam proses pengeluaran, dan bukan di antara dua kumpulan manusia utama

sebagaimana dinyatakan oleh Marx

Page 22: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

- Umpamanya, terdapat beberapa kumpulan buruh yang dibahagikan mengikut kepakaran-kepakaran yang berlainan. Dahrendorf berpendapat proses konflik menjadi rumit dengan adanya pelbagai kumpulan manusia dan mobiliti sosial, mobiliti atau perpindahan manusia akibat pertukaran perkerjaan

- Beliau menganggap konflik sosial mempunyai dua peranan, iaitu menyumbang kepada integrasi sistem sosial, dan kedua membawa kepada perubahan sosial

Page 23: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

APLIKASI TEORI FUNFTIONALISME DAN TEORI KONFLIK

ISU YANG DIPILIH PEMAHAMAN BAGAIMANA ASAS

ATAU KOMPONEN DALAM TEORI FUNGTIONALISME – APAKAH

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERCUTIAN FAMILI

KONSEP PERCUTIAN FAMILI

Page 24: Kuliah 6 bahan_kajian_sains_sosial

APAKAH HUBUNGKAITAN FAKTOR YANG MENGGALAKAN PERCUTIAN FAMILI

MASA BUDAYA KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEWANGAN GALAKAN KERAJAAN