kuliah 5

15
KULIAH 5 KEDUDUKAN HAK MILIK GALIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM DAN KANUN TANAH NEGARA 1965

Upload: hani-rashid

Post on 15-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota dari pensyarah

TRANSCRIPT

PPPG3693 Undang-Undang Tanah Perbandingan KEDUDUKAN HAK MILIK GALIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM DAN KANUN TANAH NEGARA 1965

KULIAH 5

KEDUDUKAN HAK MILIK GALIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM DAN KANUN TANAH NEGARA 1965 Definisi bahan galian menurut IslamBahasa & estimologinya: nama bagi suatu yang diciptakan oleh Allah pada bumi dihari ia diciptakannya.Istilah: apa-apa yang telah disediakan oleh Allah pada bumi yang berupa bahan2, sama ada di daratan @ dilautan, secara nyata(zahiratan) ataupun tidak kelihatan (batinatan) agar dapat dimanfaatkan oleh manusia contohnya besi, tembaga, minyak perak dan sebagainya.Menurut pendapat SyafiI dan Hanbali :

Al-Maadin Zahirah: bahan galian yang dapat diperolehi tanpa bantuan peralatan yang rumit dan mudah untuk didapati. Contohnya: garam, pasir, belerangAl- Maadin Batinah: bahan galian yang diperolehi melalui proses kerja yang efektif seperti emas, perak,permata, minyak, besi dan lain2.SAMBUNGANPandangan Islam: Bahan galian boleh dikategorikan kepada tiga jenis :Bahan galian yang boleh dileburkan dengan kepanasan api. Contohnya emas, perak, besi, tembaga dan lain2.Bahan galian yang tidak boleh dleburkan dengan api. Contohnya batu fairuz, sapphire, intan dan batu2 permataBahan galian berbentuk cecair. Contohnya minyak, gas asli dan lain2.

Definisi bahan galian menurut undang-undang SivilBahan galian dikenali sebagai mineral yang boleh ditafsirkan sebagai apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi dengan cara semula jadi, hasil daripada aktiviti perlombongan sama ada di dalam atau di atas tanah dan juga apa-apa hasil daripada perlombongan dari dalam atau di bawah atau di dasar laut yang terbentuk oleh atau tertakhluk kepada suatu proses geologi.Undang-undang Pemilikan Bahan Galian menurut IslamBahan galian yang jumpai terletak pada tanah yang berstatus hak milik kerjaan atau al-mawat: hak pemilikan adalah pada pemerintah. Segala pembahagian dan hasil terletak pada kuasa pemerintah.Malikiiyah, Syafiiyyah, Immamiyyah: segala apa yang terdapat dalam perut bumi adalah hak milik kerajaan dan bahan galian tersebut berstatus seperti harta al-Fai.Ahli perundangan lain: pengambilan bahan galian boleh dibuat oleh mana2 individu ke atas tanah al-mawat. Ianya boleh diihyakan. Bagi tanah yang dimiliki oleh perseorangan atau persendirian, dan terdapat bahan galian dalam tanah tersebut, namun diketahui pemilik tanah tersebut tidak mampu untuk mengusahakannya, hak perlombongan akan diserahkan kepada kerajaan, tuan tanah akan diberikan hak pemilikan sesuai dengan persetujuan yang di buat antara mereka.Pendapat Mazhab Maliki : separuh daripada bahan galian tersebut akan menjadi hak milik kerajaanAl- Samih : perlombongan petrol. Ia nya perlu diserahkan kepada pemerintah dengan syarat kerajaan hendaklah memerangi kemiskinan dan meningkatkan kekayaan negara.

Undang-undang pemilikan bahan galian menurut Kanun Tanah Negara 1965.Kedudukan bahan galian ini terletak pada Senarai negeri Perlembagaan Persekutuan. (Perkara 74, Jadual 9, Senarai 2). Bahawa segala hal yang berkenaan dengan bahan galian terletak pada Pihak Berkuasa Negeri.Artikel 110 (4) memperuntukkan bahawa parlimen boleh memberi bantuan kepada pihak berkuasa negeri untuk memajukan bahan galian yang terdapat di negeri masing2.Seksyen 42(2)(b): Seksyen ini menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri tidak mempunyai kuasa menyerahkan kebenaran untuk mengambil bahan batuan untuk tujuan mendapatkan bahan galian.Seksyen 40 (b): pihak berkuasa negeri yang berhak ke atas pihak berkuasa negeri selagi mana hak nya belum dilupuskan dengan khususnya oleh pihak tersebut.Seksyen 45(2)(a) : tiada seseorang atau badan yang kepadanya telah dilupuskan hak kepadanya berhak untuk mencabut apa2 logam atau galian mana2 yang terdapat dalam tanah tersebut.Namun pun begitu pihak berkuasa negeri masih mempunyai kuasa untuk memberikan sijil dan permit untuk tujuan aktiviti perlombongan : bersifat sementara bukan hak milik kekal.Permohonan hendaklah mengikut prosedur y telah ditetapkan di pejabat tanah dan galian negeri masing2.Prosedur asas permohonan sijil dan permit perlombonganPemohon perlu mendapatkan tenemen mineral. Tenemen mineral ialah ialah suatu lesen untuk memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencarigali, pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral mengikut mana-mana yang berkenaan.Prosedur nya sama dengan permohonan biasa ya memerlukan beberapa dokumen mengikut keperluan jenis lesen dan sijil yang dipohon

Kedudukan bahan galian dan harta karunBahan galian perlu dikeluarkan zakatBerdasarkan surah al- Baqarah ayat 267.Antara bahan galian yang wajib dikeluarkan zakat:Syafii: emas dan perak. Kadar 2.5 peratus.Hanafi: bagi bahan galian yang dikeluarkan dengan menggunakan kaedah api. Kadarnya ialah 20 peratus y disamakan dengan harta ghanimah. Berdasarkan surah al- anfal ayat 41.Malik: segala jenis bahan galian wajib dikeluarkan zakat ke atasnya sekiranya ia digunakan untuk tujuan perniagaan melainkan emas dan perak.Hanbali: semua jenis bahan galian perlu dikeluarkan zakat mengikut kadar zakat emas dan perak.Sekiranya bahan galian tersebut ditemui di tanah yangt idak bertuan maka 20 peratus akan disumbangkan kepada Baitulmal dan selebihnya akan diserahkan kepada pemiliknya. Jika kawasan bahan galian tersebut di temui adalah tanah yang dimilki oleh sekelompok orang maka 80 peratus akan menjadi milik mereka. ( Hanafi)Dan menurut Abu yussof 20 peratus akan menjadi hak milik baitulmal bagi bahan galian yang boleh lebur sama ada ia ditemui dikwasan yang bertuan atau tidak.

Kedudukan harta karun menurut perspektif islamHarta karun islami @ kunuziaitu: tertanam setelah kedatangan Islam. Pendapat Hanafi: ia bukan suatu harta mubah yang boleh dimilki oleh sesiapa kerana harta itu dimiliki oleh Islam pada suatu ketika dulu.Ia ditafsirkan sebagai harta yang hilagng sehingga pemiliknya tampil menuntutnya.Kalau pemiliknya tidak tampil, orang yang menjumpai harta tersebut diberi kuasa untuk menyimpannya, atau sedekahkan pada fakir miskinPendapat Syafiiyyah dan Hanbali: sekiranya setelah diiklankan kehilangan tersebut, namun pemiliknya masih tidak tampil untuk menuntut maka orang yang menjumpainya berhak untuk memilikinya dan menggunakannya.Pendapat Malikiiyah: harta tersebut wajib di serahkan kepada Baitulmal sekiranya tiada penuntutnya yang tampil membuat tuntutan dengan syarat harta tersebur dijumpai dalam kawasan yang ditakhluki oleh orang2 Islam secara kekerasan. Jika tidak maka hak akan diberikan kepada orang yang menjumpainya.SAMBUNGANHarta karun jahiliyyah iaitu harta yang tertanam sebelum kedatangan IslamMenurut sesetengah fuqaha: Harta ini wajib dikeluarkan sebanyak 1/5 atau 20 peratus kepada baitulmal dan selebihnya menjadi hak milk orang yang menjumpainya jika ditemui di kawasan yang dimiliki atau tidak dimiliki.Sesetengah fuqaha lain: jika ditemui di kawasan yang bermilik harta itu akan diberikan kepada pemilik tanah y asal. Sekiranya tidak bertuan lebihan harta itu akan diserahkan kepada orang yang menjumpainya.Persoalan mengenai pengeluaran zakat. Harta karun juga wajib dikeluarkan zakat mengikut kadar 20 peratus. Iaitu bersamaan dengan 85 gram emas dan 595 perak dari keseluruhan harta tersebut sebaik sahaja ditemukan.

Kedudukan harta karun menurut Kanun Tanah Negara 1965Terletak pada senarai negeriKewujudan nya melalui akta warisan kebangsaan 2005. diperutukkan dalam bahagian 11 bab 3. meliputi seksyen 73 hingga 82 berkenaan dengan harta karun.Peruntukan2 ini jelas menyatakan bahawa harta karun yang ditemui di mana2 di negara ini akan menjadi hak milik Pihak Berkuasa negeri. Seksyen 78 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Analisa perbandinganPersamaan:Berkenaan dengan status pemilikan bahan galian yang ditemui atas tanah yang dimiliki atau tidak dimiliki. Contohnya jika ditemui atas tanah milik kerjaan dan tanah al- Mawat ia akan menjadi hak milik pemerintah begitu juga hal nya menurut undang2 sivil seperti yang termaktub dalam Perkara 76 Senarai 2 perlembagaan persekutuan.Jika bahan galian tersebut ditemui atas tanah yang dimiliki individu, individu tersebut ternyata tidak mampu untuk mengusahakannya, maka pihak kerajaan boleh campur tangan untuk membantu. Hal ini sama dengan apa yang termaktub dalam artikel 110 (4) perlembagaan persekutuan sebagai contoh pemberian royalti kepada beberapa buah negeri yang mempunyai sumber yang kaya dengan bahan galian.contohnya Sarawak dan Terangganu yang diperkaya dengan minyak. Perak kaya dengan bijih timah.SAMBUNGANperbezaan:Menurut undang2 sivil, kuasa untuk melombong boleh diperolehi melalui prosedur permohonan untuk mendapatkan lesen. Ia bersifat sementara dan ada tempoh yang telah ditetapkan, bukan menjadi hak milk kekal terhadap pemohon tersebut. Tetapi dalam islam, ia menjadi milik kekal tuan punya tanah dan orang yang menjumpainya mengikut beberapa pendapat yang masyhur. Ia juga menjadi hak milk bersama untuk digunakan oleh manusia bukannya menjadi milik segolongan manusia sahaja.

Kedudukan hak milik terhadap harta karun. Dalam Islam harta karun tersebut akan berubah mengikut beberapa situasi dan status tanah di mana harta tersebut ditemui. Namun berbeza dengan undang2 sivil, kerana setiap harta karun yang ditemui perlu disiytiharkan dan menjalani beberapa proses yang telah ditetapkan dalam prosedur yang berkenaan.