kuliah 5 (perkembangan afektif) print

41
  KPP1033 Psikologi Pendidikan Kuliah 5: Perkembangan Afektif  

Upload: nurhainifaliniahmad

Post on 17-Jul-2015

695 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kelas Psikologi PendidikanEncik Che AnuarKulia5 22/mac/2012DPLI UPSI 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 1/41

 

 

KPP1033

Psikologi Pendidikan

Kuliah 5:

Perkembangan Afektif  

Page 2: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 2/41

 

OBJEKTIF

Selepas membaca bab ini, pelajar dapat :

• Menerangkan unsur afektif dalam

taksonomi Bloom• Menerangkan aspek sasaran afektif 

• Menghuraikan organisasi kecerdasanemosi

• Menghuraikan pengalaman manusiamelalui emosi, sikap dan nilai

kepercayaan.

Page 3: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 3/41

 

Unsur Afektif 

• Domain Afektif 

• Menurut Bloom (1956) objektif-objektif dalam pendidikan diklasifikasikan dalamtiga domain, iaitu kognitif, afektif danpsikomotor.

• Taksonomi afektif mempunyai limaobjektif yang berhubungan denganrespon-respon emosional. Dalammembincangkan afektif melaluipembelajaran, pelajar-pelajar seharusnyamenunjukkan komitmen atauemosionaliti untuk mencapai objektif tersebut.

Page 4: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 4/41

 

i) Penerimaan

• Dalam tahap ini, pelajar menerima dan bersedia untukmelibatkan aktiviti yang khusus dalam situasipersekitaran kerana mereka sentiasa sedar akankepentingan menerima maklumat.

Sebagai contoh, seorang pelajar akan mengikutipelajaran dengan cermat tentang sesuatu topik.

• Dalam aktiviti penulisan, kata-kata kunci sepertimenerima, membezakan, mendengar, mengasingkan,memilih, berkongsi dan bersetuju digunakan untuk

melaksanakan tugasan penulisan dengan jayanya."The person who gets the farthest is generally the one who is willing to do and dare.

The sure-thing boat never gets far from shore."

–Dale Carnegie

Page 5: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 5/41

 

ii) Respon

• Dalam peringkat respon, pelajar akan menjawab ataumemberi respon kepada sesuatu pengalaman yangditerima daripada ilmu pengetahuan yangdikongsinya melalui pengajaran dan pembelajaran.

• Sebagai contoh aktiviti, pelajar menjawab soalan yangdikemukakan oleh guru melalui pengajaran Sejarah.

• Pelajar menjawab semasa guru menyoal berkaitansesuatu tajuk Sejarah.

• Sekiranya pelajar dapat menjawab soalan guru,bermakna memenuhi objektif respon tersebut.

Page 6: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 6/41

 

iii) Menilai•

Pelajar sentiasa aktif belajar melaluipengalaman-pengalaman baru yangdialami.

• Di sepanjang hayat, pelajar terdedahdengan pelbagai pengalaman formalmelalui pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.

• Pelajar yang menerima kesemuamaklumat dan pengalaman akan dinilaikeberkesanannya.

• Pelajar akan meneliti dan merumuskanpengalaman dan maklumat yang diperolehtersebut, sama ada baik atau sebaliknya.

• Jadi, unsur penilaian akan dilakukanberterusan oleh pelajar sebagai refleksidiri terhadap pengalaman yang dialamimelalui pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 7/41

Iv Mengorganisasi

• Pelajar sentiasa bersedia mengorganisasi nilai-nilaibaru dengan nilai-nilai yang tersedia wujudsebelum ini.

• Pelajar akan mengorganisasikan nilai-nilai barumelalui integrasi nilai atau mesej-mesej baru.

• Dengan organisasi nilai- nilai yang relevan pelajardapat mengamalkan dalam kehidupan seharian.

• Pelajar dapat memberi tumpuan terhadap sesuatunilai baru yang dipelajari untuk diamalkan dalamhidup.

• Pelajar berjaya memberi respon emosi terhadap

sesuatu nilai seperti kerjasama, kesederhanaandan kasih sayang dalam menangani sesuatu isu pembelajaran.

 

Page 8: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 8/41

v)  Mencirikan Nilai

• Pelajar biasanya beriltizam untuk mamahami danmenghayati sesuatu nilai semasa di peringkat sekolah.

• Pelajar sentiasa mempraktis sesuatu nilai yang dihayati.Contohnya, apabila pelajar bertanya soalan terhadapsesuatu pengajaran guru, sudah tentu amalan bertanyasoalan akan memupuk sifat inkuiri di kalangan pelajar.

• Dalam memupuk nilai ini besar kemungkinan pelajarakan muncul sebagai seorang pelajar yang bersifat kritisdan kreatif.

• Perlu difahami bahawa nilai kritis dan kreatif disertaidengan emosi akan melahirkan pelajar yang cemerlang

dan penuh tanggungjawab terhadap nilai hidup yangberkualiti.

“There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning.”

- Christopher Morley

 

Page 9: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 9/41

• Menurut Krathwohl, Bloom dan Masia (1964), pelajar

akan sentiasa mencirikan nilai yang diterima dan terusmemupuk sepanjang hayat.

i) Fakta

• Ia merupakan sumber informasi dan maklumat yangdiperlukan oleh pelajar di dalam sesuatu disiplin atau

menyelesaikan masalah yang wujud di dalamnya. • ii) Konseptual

• Ia adalah hubungan di antara elemen-elemen asas didalam struktur besar yang berfungsi bersama. Sebagaicontoh, kajian tentang asal-usul sesuatu bahasa.

• iii) Prosedural 

• Ia merupakan suatu tatacara yang memberi panduankepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugasansecara berurutan. Contohnya, membina rumah.

 

Page 10: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 10/41

iv) Metakognitif 

• Ia adalah ilmu pengetahuan kognitif dan kesedaran tentang aspek kognitif yang perlu dialami bagi tujuan strategi-strategi mengingat.

Pelajar yang memahirkan diri denganproses metakognitif di dalam sesuatutugasan pembelajaran, misalnya akanmembiasakan diri mendalami ilmupengetahuan.

• Dalam pemprosesan informasi,metakognitif muncul sebagai kemahiran

yang penting dengan proses kognitif.• Proses kognitif adalah kemahiran yang

mudah dan metakognitif adalahkemahiran kompleks.

 

Page 11: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 11/41

• Pelajar yang membiasakan diri dengan aspek pemikiranberdasarkan metakognitif dapat menghasilkan kerjadan tugasan yang bermutu.

• Proses afektif , iaitu perasaan, sikap dan emosi akanmemandu pelajar „menginternalisasikan‟ sesuatudaripada tahap kesedaran ke arah peningkatan tingkah

laku.

• Menurut Santrock (2004), dalam membincangkanproses kognitif apa yang perlu sedar ialah terdapatsuatu kontinum kognitif yang mudah seperti caramengingat kepada lebih kompleks, iaitu mereka bentuk

sesuatu.• Keenam-enam dimensi proses kognitif termasuk aspek

mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mereka sesuatu.

 

Page 12: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 12/41

• Sasaran afektif  termasuk sikap, keinginan, minat,perasaan, nilai dan tolak ansur yang memberi fokus

kepada semangat (spirit).• Manakala sasaran kognitif  pula ialah ilmu

pengetahuan dan kemahiran-kemahiranintelektual. Ia memberi fokus kepada minda.

• Dalam pada itu, domain psikomotor mempunyaisasaran kepada kemahiran manipulasi dan motor.

• Ketiga-tiga domain ini terkandung dalamtaksonomi Bloom (1956) yang mendasaripembelajaran.

Sasaran Afektif  

 

Page 13: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 13/41

• Dalam menentukan objektif pembelajaran, guru biasanyamenggunakan kata-kata seperti bersetuju, mengelak,

menyokong, mengambil bahagian, bekerjasama, memuji danmembantu pada sasaran afektif.

• Keadaan afektif merupakan suatu representasi emosi yangdialami oleh seseorang pelajar.

• Pelajar mengalami sasaran afektif pada tiga dimensi.

• Pertama, dimensi afektif positif di mana pelajar mengalamiperasaan positif seperti relaks, keseronokan, kenikmatan atau

gembira.• Kedua, dimensi afektif neural pula sedikit atau tidak mengalami

sebarang perasaan pada sesuatu masa.

• Ketiga, dimensi afektif negatif membayangkan perasaan danemosi negatif seperti kesakitan, emosi, kerisauan, rasa bersalah,kebosanan dan kemarahan.

 

Page 14: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 14/41

• Pelajar yang mengalami keadaan-keadaan afektif akanmenunjukkan perbezaan tingkah laku pada sepanjang tempohpersekolahan.

• Pelajar sentiasa mengalami tekanan-tekanan positif dan negatif untuk menyesuaikan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Keadaan afektif yang timbul seperti yang dihuraikannya akanmemberi kesan dan impak terhadap sasaran afektif dalammenjana ilmu pengetahuan melalui proses-proses kognitif.

• Dalam situasi bilik darjah, pelajar seharusnya mengalami sasaran

afektif yang berlainan, iaitu positif atau neural untukmengadaptasikan tingkah laku pelajar ke arah penimbaan ilmupengetahuan.

• Menurut Scholl (2003), perubahan-perubahan sasaran afektif akan memangkin konsep kendiri pelajar untuk merefleksi diridalam sesuatu situasi bilik darjah.

• Penyesuaian afektif akan memantapkan lagi persepsi diri pelajar

yang introvert atau ekstrovert, misalnya.

Formal education will make you a living; self education will

make you a fortune - Christopher Morley 

 

Page 15: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 15/41

• Peranan guru dilihat untuk menghubungkan pengalaman-

pengalaman pelajar yang lepas dengan pengalaman-pengalamanseharian di sepanjang proses pembelajaran.

• Kebolehan pelajar dalam merefleksi diri bergantung padasuasana persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

• Justeru, refleksi diri merupakan pertumbuhan personal kepadapelajar yang membantu keberkesanan pembelajaran.

• Dalam menentukan sasaran afektif yang berkesan, para guru

seharusnya menggabungkan ketiga-tiga proses kognitif, konatif (kemahuan dan keinginan) dan afektif.

• Cronbach dan Snow (1977) merumuskan bahawa pemahamantentang kognitif sahaja tidak memadai untuk menerangkanpembelajaran dan perbezaan pembelajaran individu.

• Perbezaan individu mempunyai kaitan dengan pemprosesaninformasi menurut proses kognitif.

• Keupayaan individu dilihat dalam konteks afektif kerana segalakeputusan ujian dan peperiksaan adalah hasil interaksi sasaranafektif dengan proses kognitif.

 

Page 16: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 16/41

• Kajian mutakhir tertumpu pada kuasa emosiyang dominan.

• Dalam pada itu, pengaruh sosiobudaya masihdilihat menentukan sasaran afektif yang berkesan.

• Tradisi kognitif masih dominan dalammenentukan arah tuju pembelajaran pelajar.

• Tegasnya, sasaran afektif memotivasikan,mengorganisasikan dan memandu pelajar dalammempersepsi, memikir dan bertindak.

• Pelajar memerlukan imej-kendiri yang positif dalam pembelajaran untuk berinteraksi di antarasatu sama lain dalam konteks emosional untuk

melahirkan suasana pembelajaran yang selesa danbaik.

 

Page 17: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 17/41

Afektif dan Kecerdasan Emosional Organisasi Kecerdasan Emosi

• Apabila para psikologis mula menulis tentangkecerdasan, mereka memfokus kepada aspek-aspek

kognitif seperti memori dan penyelesaian masalah.• Dalam pada itu, terdapat juga para psikologis yang

memberi fokus kepada aspek bukan kognitif apabilaberbicara kecerdasan.

• Sebagai contoh, Thorndike menulis tentang kecerdasansosial pada tahun 1937.

• Wechsler pula mendefinisikan kecerdasan sebagaikeupayaan individu secara rasional dan bertindaksecara efektif terhadap persekitaran.

 

Page 18: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 18/41

Manakala Gardner menulis tentang teori kecerdasanpelbagai pada tahun 1983.

• Salavey dan Mayer telah membentuk istilah kecerdasanemosional pada tahun 1990.

• Goleman menyarankan terdapat empat domainkecerdasan emosional, iaitu:

Kecerdasan diri (kecerdasan diri emosional, penilaiandiri yang tepat dan keyakinan diri)

• Pengurusan diri (kawalan emosi diri, kebolehpercayaanorientasi pencapaian, inisiatif, optimisme)

• Kecerdasan sosial (empati, kecerdasan organisasi yangberorientasikan perkhidmatan)

•Pengurusan perhubungan (kepimpinan inspirasi,pengaruh, mengembangkan orang lain, pengurusankonflik, kerjasama berpasukan, komunikasi,permuafakatan)

 

Page 19: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 19/41

• Goleman juga menyatakan bahawakecerdasan pelbagai adalah suatu keupayaanyang dipelajari dan bukan wujud secarasemula jadi.

• Penyelidikan dalam pembelajaran yangberdasarkan minda mencadangkan bahawakesihatan emosi akan membantu dalampembelajaran yang efektif.

Kejayaan pelajar dalam sekolah bergantungkepada pemahaman terhadap perkataan-perkataan seperti keyakinan, perasaan ingintahu, kawalan diri, berkomunikasi dankebolehan untuk bekerjasama di antara satusama lain.

• Kesemua rumus akan memberi ruang kepada

pelajar untuk memajukan diri pembelajaranmelalui kecerdasan emosi.

• Minat dalam kecerdasan emosi terutamanyadalam persekitaran memberi kesan terhadapperkembangan penyelidikan dan kurikulum.

 

Page 20: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 20/41

• Para penyelidik menyatakan bahawa pelajar yang dapatmengurus perasaan dengan baik dan mengendalikanurusannya secara efektif dengan orang-orang lain akandapat menikmati kehidupan yang baik, efektif danberkualiti.

• Dalam pada itu, pelajar yang sentiasa gembira akanmenyimpan banyak informasi dan melakukan kerja-kerja dengan lebih efektif daripada orang-orang yang

mempunyai perasaan kurang berpuas hati.• Tegasnya, kecerdasan emosi seseorang harus dibina

dalam diri pelajar di sepanjang hayat.

• Para pendidik dan ibu bapa amat prihatin tentangkonflik-konflik yang melanda di kalangan pelajarsekolah sehingga mengakibatkan perasaan kendiri yang

rendah dan mula melibatkan diri dalam aktiviti-aktivitinegatif seperti penagihan dadah, menghidu gam dansebagainya.

“There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning.”

- Christopher Morley

 

Page 21: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 21/41

• Keadaan ini memberi dorongan kepada para guru untukmengajar para pelajar kemahiran-kemahiran yang

diperlukan dalam kecerdasan emosi.• Jadi, kecerdasan emosi mempengaruhi kebolehan-

kebolehan yang lain yang dimiliki oleh seseorang pelajar.

• Dalam sistem pengurusan sekolah, di peringkat sekolahyang mempunyai gaya kepimpinan yang bertunjangkankecerdasan emosi membawa kepada kejayaan pelajar

dari segi akademik.• Ini kerana gaya kepimpinan pengetua atau guru besar

dapat memberi inspirasi kepada guru-guru supayaberdedikasi dan bermotivasi untuk mengajar danmendidik dengan baik.

• Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajaruntuk terus belajar dengan cemerlang. 

"Success doesn't come to you…you go to it."Marva Collins

 

Page 22: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 22/41

Afektif Melalui Pengalaman

Manusia • Afektif Melalui Emosi

• Emosi manusia adalah asas kepada kecerdasan dan jugasifat kendiri dan moraliti. Minda manusia sememangnyaberfungsi berdasarkan pemikiran yang memerlukanunsur afektif.

• Kajian berdasarkan pemerhatian pada bayi mewujudkanpola-pola emosi yang pelbagai.

• Seseorang bayi memberi respon dengan penumpuan,keinginan dan keseronokan terhadap deria-deria sepertisentuhan dan bunyi yang biasa diberi oleh ahli keluarga.

Emosi-emosi ini membantu bayi-bayi mengorganisasideria-deria dan respon-respon motor dan seterusnyamengembangkan rasa selamat.

 

Page 23: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 23/41

• Tahap-tahap perkembangan bayi akan memantapkanperasaan emosi dan ia membantu bayi berinteraksidengan orang-orang di sekelilingnya dengan baik.

• Emosi yang kompleks akan mengakibatkan kordinasideria-deria dan pola-pola motor dan mengembangkanbentuk komunikasi dan pemikiran awal.

• Bayi pada umur 12 hingga 18 bulan memberi ruangkepada respon-respon emosi untuk membina kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah.

• Sebagai contoh, perasaan afektif akan dilihat apabila bayimemegang tangan bapa dan mengarahkannya untukmembelikan anak patung di pusat membeli-belah adalahlangkah awal ke arah pemikiran saintifik danmewujudkan hubungan sosial yang erat.

 

Page 24: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 24/41

• Bayi yang kurang memberi perhatian terhadapkemahiran afektif dan emosi akan kurang memberi

makna pada sesuatu yang dipelajari.• Dalam mengorganisasi emosi dan afektif, seseorang

bayi akan melakukan permainan seperti memelukanak patung atau melawan rakan bayi untukmendapatkan anak patung.

• Bayi juga menyatakan perasaan secara verbal untuk

meminum jus yang digemari, sebagai contoh.• Akhirnya, kanak-kanak dapat berkongsi idea-idea

emosi dengan orang lain.

• Kanak-kanak belajar pemikiran „sebab-akibat‟ secarasimbolik melalui perhubungan emosi-emosi

dengan idea-idea orang lain.

• Keadaan ini dianggap pengujian realiti,kawalan rangsangan, penumpuan dan

pengadilan.

 

Page 25: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 25/41

• Dalam pada itu, disedari juga bahawa kanak-kanak

mengalami interaksi-interaksi afektif yang kritikal,iaitu bergantung pada respon sistem saraf denganderia-deria fizikal yang dialami di sepanjangkehidupan.

• Sekiranya kanak-kanak mempunyai deria-deria yangkurang, maka kanak-kanak itu memerlukan

penjagaan dan keselamatan yang berlebihan.• Kanak-kanak yang kurang peka atau sensitif terhadap

sentuhan dan bunyi memerlukan interaksi-interaksiyang kuat dan bertenaga.

• Ada juga bayi atau kanak-kanak mempunyai visualyang kuat, tetapi kebolehan auditori yang lemah dan

sebaliknya.• Perbezaan-perbezaan ini akan berubah apabila

kanak-kanak mengalami kehidupan dunia, perasaanafektif dan pembelajaran bersama para guru disekolah.

 

Page 26: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 26/41

• Guru dapat membantu kanak-kanak dalammengadaptasi interaksi-interaksi emosi yang dapat

membantu meningkatkan kesihatan emosi dankecerdasan daripada pemikiran yang kurang atau tidakdiorganisasikan, masalah bahasa dan pembelajaran.

• Dengan memahami proses afektif kanak-kanak, paraguru dapat memahami pengalaman emosi dan merekabentuk idea-idea baru untuk mencuba menyelesaikanmasalah.

• Pengamatan-pengamatan tentang peranan emosimemimpin guru kepada perspektif baru atasperkembangan kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar.

• Ilmu pengetahuan tentang asas-asas emosi akanmembantu menyelesaikan banyak masalah yangdialami dalam masyarakat sekarang.

"Success is a journey, not a destination." Ben

Sweetland 

 

Page 27: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 27/41

• Masalah kurangnya hubungan interaksi manusia,iaitu remaja dengan remaja, masalah rumahtanggadan interaksi ahli-ahli rumah menyebabkan guruperlu mendalami unsur-unsur afektif yang mendasariemosi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

• Emosi adalah penting dalam kehidupan peribadi dansosial individu (Izard, Kagan dan Zajonc, 1984).

Emosi berlaku hasil interaksi antara persepsirangsangan persekitaran.

• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalahpenting untuk menyelitkan perkembangan emosi bagimengintegrasi pertumbuhan intelek dan emosi.

• Pertumbuhan emosi dapat membantu pelajar

menerima kemahiran, sikap, nilai dan pengalamanyang membolehkan mereka belajar dalam situasi yangkondusif.

 

Page 28: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 28/41

• Afektif mempunyai nilai emosi yang mendasari

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.• Setiap pengajaran guru menitikberatkan proses

kognitif, iaitu memproses informasi dan menyampaikanmaklumat sedia ada dalam ingatan guru kepada pelajardi dalam kelas.

• Sebahagian besar pengalaman guru mengajar di dalam

kelas adalah berdasarkan proses kognitif.• Proses afektif tidak diberi perhatian secara langsung

atau tidak langsung oleh guru.

• Perasaan emosi sentiasa hadir dalam pengajaran danpembelajaran oleh guru.

• Guru tidak peka terhadap perasaan emosi yang hadir

secara langsung atau tidak langsung.• Guru hanya menumpukan perhatian terhadap proses

penyampaian informasi dalam pelajaran kepadapelajar.

 

Page 29: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 29/41

• Walaupun guru telah mempelajari taksonomi Bloom yangmenyentuh domain kognitif, afektif dan psikomotor,namun para guru tetap mengutamakan prosespenyampaian isi kandungan pelajaran dalam kontekskognitif semata-mata.

• Perasaan afektif harus dijadikan saluran untukmenyampaikan maklumat kerana afektif yang mendasariemosi akan memberi kesan mendalam dalam jiwa pelajar

yang mengikuti isi kandungan pelajaran yangdisampaikan oleh guru.

• Emosi akan memangkin proses pengajaran danpembelajaran guru di dalam kelas.

• Pelajar dapat mengikuti pelajaran melalui kesan emosiyang dialami.

Unless you change how you are,you will always have what you've got.

Jim Rohn 

 

Page 30: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 30/41

• Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengajaran

yang diberi perhatian khusus melalui nilai emosi dapatmemberi peluang kepada pelajar.

• Pemprosesan informasi yang disertai oleh emosi sepertigembira, sedih, kecewa, takut, gementar, berani dansebagainya akan memangkin proses berfikir pelajardengan mendalam.

• Apa yang jelas ialah sudah tiba masa untuk melihatkembali kepentingan konteks afektif yang mendasariperasaan emosi diberi perhatian untuk memberi ruangkepada pelajar belajar dan mengingati fakta yangdiajar oleh guru.

• Pengajaran guru perlu dilihat dalam dimensi kognitif dan afektf.

• Maka, fakta yang diajar harus dikaitkan denganperasaan emosi untuk mengukuhkan pemahamanpelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

 

Page 31: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 31/41

Afektif Melalui Sikap

• Perbezaan di antara komponen afektif dan kognitif sebagai suatu sikap telah menarik perhatian dalampenyelidikan bentuk sikap dan perubahan sikap.

• Komponen afektif tentang sikap termasuk perasaan-perasaan, emosi-emosi atau desakan-desakan.

• Keasalan sikap itu sendiri harus dilihat dalam duadimensi, iaitu afektif atau kognitif.

• Pendekatan fungsi sikap dibentuk melalui aspek kognitif (iaitu sebab-sebab, rasional dan sebagainya) dan aspekafektif (iaitu perasaan-perasaan, keperluan-keperluan,keinginan dan sebagainya).

• Kombinasi afektif dan kognitif dalam proses penerimaansikap adalah saling memerlukan.

• Ini bermakna, fungsi-fungsi, keasalan dan perubahansikap adalah sesuatu yang berhubungan.

 

Page 32: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 32/41

• Pembentukan sikap berbeza-beza mengikut tahapkognitif dan afektif.

Manakala faktor-faktor kognitif pula mungkin dominandalam sesuatu kes yang lain (Tina Huang Shih-tseng, at al., 1995). Sebagai contoh, seorang guru mengambil sikapuntuk menghukum seorang pelajar yang telahmelakukan kes disiplin.

• Sebelum guru menghukum, guru akan menghalusikesemua fakta kes.

• Semasa menghukum, guru akan mengambil kira unsur-unsur afektif yang mendasari pembentukan sikap demitidak memprejudiskan pelajar dalam kes disiplin itu,misalnya.

• Ada juga yang menyatakan sikap wujud secara semula jadi atau wujud secara keasalan biologi.

Motivation is like food for the brain.

You cannot get enough in one sitting. It needs continual

and regular top up's

 

Page 33: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 33/41

• Sikap tidak boleh diperhatikan secara langsung, tetapiaksi-aksi dan tingkah laku yang diberi sumbangannya

adalah boleh diperhatikan.• Dalam pembentukan sikap, perlu juga dilihat terhadap

perubahan pada sikap di mana ia adalah perubahan dalamhala tuju, tahap atau kekebalan sikap itu sendiri.

• Walaupun sikap disimpan dalam memori secaraberasingan jika dibandingkan dengan unsur-unsur

kognitif, namun sikap biasanya lebih kuat apabilarangkaian di antara komponen-komponen kognitif danafektif sentiasa diingat semula secara sedar (Zimbardo danLeippe, 1991).

• Dalam pada itu, sebagai contoh teori pembelajaran sosialmerumuskan bahawa, sikap dibentuk juga melaluipemerhatian dan mengimitasi tingkah laku orang lain.

• Pembentukan sikap akan memberi impak kepada tingkahlaku pelajar untuk terus menguasai kemahiran-kemahirantertentu untuk memantapkan personaliti pelajarberkenaan.

 

Page 34: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 34/41

• Dalam situasi bilik darjah, guru harus membentuksikap pelajar yang positif dengan membimbing ke

arah pemantapan sikap.• Pengekalan sikap positif akan membantu pelajar yang

cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dansahsiah.

• Manakala perubahan sikap ke arah negatif akanmembantut perkembangan pelajar secara menyeluruh.

Guru harus memahami proses-proses mental yangmendasari pemikiran dan perasaan yang positif terhadap segala informasi yang diterima termasukdalam bentuk bahan pengajaran.

• Pendek kata, sikap memainkan peranan penting dalamkomponen-komponen kognitif, afektif dan tingkahlaku.

• Sikap adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan bolehberubah mengikut pembelajaran dan pengalamanseseorang pelajar dalam situasi bilik darjah,khususnya.

 

Page 35: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 35/41

Afektif Melalui Nilai

Kepercayaan • Pembelajaran afektif adalah berhubungan dengan sikap,

kepercayaan dan nilai.

• Setiap pelajar di dalam kelas adalah berlatarkan perbezaannilai, budaya hidup, agama, keetnikan yang seharusnya

difahami oleh guru.• Dalam membincangkan nilai kepercayaan, budaya

merangkumi proses sosialisasi yang dialami secara turun-temurun seperti kepercayaan, praktis, norma, tradisi danritual yang dipelajari daripada keluarga masing-masing.

• Aspek keetnikan adalah identifikasi yang berhubungan

dengan kumpulan manusia yang mempunyai budaya dansosial yang sama.

• Manakala, agama adalah kepercayaan yang bersandar padakonsep ketuhanan.

 

Page 36: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 36/41

• Nilai-nilai dibentuk dalam latar sosial

yang pelbagai seperti orang yang hidupdalam latar pendidikan, sosioekonomi,spiritual dan budaya yang berbeza-beza.

• Oleh itu, guru harus sedar danmenghormati sikap, kepercayaan danharapan pelajar dan membantu

menyelesaikan masalah pembelajaran.• Oleh kerana wujud perbezaan nilai

kepercayaan daripada guru dan pelajar,maka ia akan membawa kepadakebosanan, ketidakpuashatian dengansubjek, kurang berdaya dengan aktivitiberkomunikasi dan keyakinan gurukurang terhadap pelajar memberisumbangan ke arah kemerosotanpencapaian.

 

Page 37: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 37/41

• Bassano (1986) mencadangkan kepada guru enamlangkah ke arah perbincangan kepercayaan pelajar,iaitu:

• harus sedar pengalaman-pengalaman pelajar didalam bilik darjah dan andaian-andaian merekatentang pembelajaran bahasa

• membina keyakinan pelajar• bermula di tahap mana pelajar berada dan bergerak

perlahan-lahan

• menunjukkan pelajar tentang pencapaian

• membenarkan pelajar memilih sebanyak yangmungkin

• sedar tentang keinginan-keinginan, sasaran-sasarandan objektif-objektif pelajar.

 

Page 38: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 38/41

 • Bagi menentukan keberkesanan nilai kepercayaan,

pelajar harus digalakkan untuk memaksimumkanperincian sesuatu maklumat dengan menggunakan kata-kata membezakan, mereka, mengintegrasi,menerangkan, memeriksa dan sebagainya untukmenginternalisasikan nilai kepercayaan supaya pelajardapat membentuk sesuatu kepercayaan yang teguh.

• Dengan wujudnya nilai kepercayaan pada diri pelajar,maka sudah tentu pelajar akan menghargai set-set nilaidan membentuk suatu falsafah hidup ke arah sistemkepercayaan yang mantap.

• Dengan ini pelajar dapat menyelesaikan konflik jiwa dan

menilai keberkesanan sesuatu tindakan di dalam situasibilik darjah dan di luar bilik darjah.

• Tegasnya, nilai kepercayaan akan membina keyakinandalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran hidup.

 

Page 39: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 39/41

• Nilai kepercayaan adalah penting kerana ia akanmembantu pelajar mengenal pasti ‟apa yang benar dan apa

yang salah‟, ‟apa yang baik dan apa yang buruk‟.• Apabila bertindak menurut nilai kepercayaan, pelajar akan

berasa dihormati dan bangga pada dirinya.

• Ia membantu pelajar mengiktiraf ilmu pengetahuan yangdapat membentuk pemantapan minda dan sahsiah pelajar.

• Dalam pada itu, guru yang mempunyai nilai kepercayaan

akan berusaha bersungguh-sungguh dalam memenuhi rasapuas hati terhadap kerjaya perguruan. Guru akanberiltizam untuk memajukan organisasi serta berbanggadengan budaya persekitaran sekolah.

• Dengan ini dapat melahirkan daya kepepimpinan dikalangan guru yang seterusnya membantu pelajar

membentuk nilai kepercayaan dalam mengejar kejayaan.

"A stumble may prevent a fall." English Proverb

 

Page 40: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 40/41

Rumusan

• Dalam bab ini telah dihuraikan perkembangan afektif yang mendasari taksonomi Bloom.

• Selain itu, dilihat juga bagaimana aspek-aspekperkembangan afektif seperti sasaran afektif, organisasi

kecerdasan emosi dan pengalaman manusia melaluiemosi, sikap dan nilai kepercayaan membantu pelajarmenjana dan mencungkil ilmu pengetahuan.

• Sumbangan aspek kognitif sudah tentu dibantu olehperasaan afektif yang menjadi pemangkin dalam prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 

Page 41: Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print

5/14/2018 Kuliah 5 (Perkembangan Afektif) Print - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kuliah-5-perkembangan-afektif-print 41/41

“LAMBAIAN MALAR HIJAU” 

Bersama Cikgu Jo dan Daneng

Selagi Jiwa Dikandung Badan,Teruskan Perjuangan!