kuliah 2- konsep asas falsafah & falsafah pendidikan.ppt

16
Konsep Asas Falsafah & Falsafah Pendidikan

Upload: geetha

Post on 16-Dec-2015

174 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

  • Konsep Asas Falsafah & Falsafah Pendidikan

  • Adakah anda mempunyai soalan-soalan terhadap dunia atau kehidupan?Cuba catatkan soalan-soalan ini.

  • Konsep Asas FalsafahKonsep Falsafah:Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia Dari perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya.Falsafah satu landasan yang baik bagi cetusan dan penjanaan idea baru dalam pelbagai bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

  • Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang sains, seni, agama dan pendidikan.

  • Menurut Hu Jun (2003)Falsafah adalah sesuatu disiplin, yang berlainan dengan disiplin-disiplin seperti psikologi, pedagogi, ekonomi, sosiologi, teologi dsbnya.Falsafah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Semua usaha intelektual manusia adalah kerana mencintai kebijaksana.Falsafah bermula daripada rasa terkejut. Mengikut Plato, rasa terkejut ini memotivasikan manusia memikir dan ini ialah memulakan aktiviti berfalsafah.Tujuan utama falsafah ialah usaha memahami kendiri individu. Falsafah ialah panduan kesejahteraan hidup.

  • Apa itu Falsafah?Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada.Falsafah juga merupakan satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan, dan sebagainya.Falsafah hidup kita memainkan peranan penting bagi menentukan hala tuju kita dan cara kita melayan orang lain.

  • Cabang-Cabang FalsafahMetafizik (ontologi): spekulatif, perkaitan sebab-akibat Cth: Apa itu kebenaran? Siapa itu manusia?Axiologi: etika dan estetikaCth: Apa itu kebaikan? Apa itu kecantikan?Logik: Membezakan antara idea sah dan yang mengelirukan.Cth: Apa itu taakulan baik atau kurang baik?Epistemologi: Ilmu dan kepercayaanCth: Apa itu Ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?

  • FalsafahCabang-cabang falsafah:Metafizik (Ontologi)Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya.Soalan yang biasa diutarakan:Apa itu kebenaran?Adakah Tuhan wujud?Siapa itu manusia?Apakah itu hidup?Apakah itu kebebasan manusia?

  • Axiologi:Ia merangkumi 2 aspek: etika & estetikaEtika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat & kehidupan.Soalan yang cuba dijawab: Apa itu kebaikan? Apa yang menentukan sesuatu tingkahlaku itu betul? Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?Estetika: merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Ia tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.Soalan yang cuba dijawab: Apa itu kecantikan? Bagaimana kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

  • Epistemologi:Teori ilmu yang menkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu & tuntutan ilmu.Soalan yang is cuba menjawab: Apa itu ilmu? Apa yang diketahui oleh manusia? Adakah ilmu itu statik atau senantiasa berubah?Logik:Menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

  • Pada pandangan anda, apa itu Pendidikan?

  • Konsep PendidikanKamus Pendidikan (1979): Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.Dewey (tokoh pendidik Barat): Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.Yusuf al-Qardawi (1980): Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, & tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan & kepahitan.

  • Pandangan Islam terhadap PendidikanTokoh-tokoh Islam berpendapat bahawa proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

  • Konsep Falsafah PendidikanFalsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan.

  • Mengapakah Pengetahuan Falsafah Pendidikan Penting Bagi Seseorang Guru?Ia membantu seseorang guru untuk memahami asas-asas teoretikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran & pembelajaran. Pengetahuan ini akan mempengaruhi amalannya sebagai seorang guru.Falsafah pendidikan membantu guru untuk menilai what ought to be dan seterusnya membantu memupuk jenis guru yang diidamkan serta jenis murid yang ingin dibentuk.

  • KesimpulanFalsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional & bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik & logikal.Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran & memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.