kuliah 4- falsafah, konsep dan kepentingan kajian tindakan

50
FALSAFAH, KONSEP DAN KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN KULIAH 4

Upload: azhaida-muhammad

Post on 26-Jun-2015

704 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

FALSAFAH, KONSEP DAN KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

KULIAH 4

Page 2: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Apakah penyelidikan tindakan?

Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.

Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.

Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.

Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung

Page 3: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Apakah penyelidikan tindakan?

Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan

Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis

Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain

Ia menambahkan pengetahuan praktik guru

Page 4: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Bagaimanakah penyelidikan tindakan dapat dibezakan dengan penyelidikan gunaan?

Penyelidikan gunaan lebih berfokus kepada menentukan hubungan dan menguji teori. Maka ia lebih tegaskan metod saintifik

tetapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod saintifik dengan tidak begitu tegas.

Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tapi kepada ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.

Page 5: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Apakah aspek yang boleh ditumpukan oleh penyelidik tindakan?

Kelicinan kerja, produktiviti kerja, motivasi dan hubungan pekerja, kebajikan keseluruhan

Analisis kerja dengan tumpuan kepada ketrampilan kerja

Perubahan oranganisasi yang boleh membawa kepada fungsi yang diperbaiki

Perancangan dan penggubalan dasar Innovasi dan perubahan Penyelesaian masalah

Page 6: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif;

dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri

di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

Page 7: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Page 8: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Page 9: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Page 10: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP

Critical collaboration enquiry by Reflective practitioners who are Accountable in making the results of their enquiry

public Self evaluative in the practice and engaged in Participative problem solving and continuing

professional development

Page 11: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Grundy dan Kemmis (1981) menyenaraikan tiga pra syarat

membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki

mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks

dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan

Page 12: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-ciri ini

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran

Page 13: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Penyelidikan Tindakan bercirikan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada

peserta dan mereka yang berminat Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti

berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk

meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan

Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran

Page 14: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

“There are two essential aims of all action research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in which the practice take place….Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting”.

(Carr dan Kemmis, 1986:1)

Page 15: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:

Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan

Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan

Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar

Page 16: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk:

Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu

mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)

Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

Page 17: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :

mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

Page 18: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN dapat menyediakan guru, sebagai

penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan

merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Page 19: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

PRINSIP PENYELIDIKAN TINDAKAN & MODEL-MODEL

Page 20: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Dua prinsip penyelidikan tindakan yang utama.

Prinsip Pertama: Penyelidikan tindakan dapat dilaksanakan dengan satu gelungan langkah-langkah (a spiral of steps). Bagi beliau, perubahan dan pemeringkatan prestasi kerja orang boleh dilakukan berdasarkan pada gelungan langkah yang terdiri daripada merancang, bertindak dan menilai tindakan melalui memerhati dan mereflek.

Page 21: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Prinsip Kedua: Langkah–langkah dalam penyelidikan tindakan itu dijalankan oleh suatu kumpulan orang yang berusaha bersama-sama secara kolaboratif untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka dalam situasi kerja mereka sendiri. Prinsip ini melibatkan konsep membentuk budaya usaha sama di kalangan ahli-ahli yang melaksanakan penyelidikan tindakan.

Page 22: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

GELUNGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Gelungan langkah penyelidikan tindakan melibatkan lima langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama akan diikuti oleh gelungan yang kedua dalam satu penyelidikan tindakan yang berterusan. Langkah-langkah dalam satu gelungan itu adalah seperti berikut:

Langkah (1) :langkah mengenal pasti isu dan masalah serta situasi

Langkah (2) :langkah merancangLangkah (3) :langkah bertindakLangkah (4) :langkah memerhati dan menganalisisLangkah (5) :langkah merefleks dan menilai

Page 23: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Setelah menjalani gelungan kajian yang pertama, kegiatan kajian isu dan masalah yang sama itu diteruskan lagi dengan gelungan kajian yang kedua melalui langkah-langkah yang selanjutnya seperti langkah-langkah berikut:

Langkah I : langkah merancang semulaLangkah II: langkah melaksanakan tindakan lanjutan;Langkah III:langkah memerhati dan menganalisis tindakan

lanjutan;Langkah IV: langkah merefleks dan menilai tindakan lanjutan Lazimnya beberapa gelungan kajian diadakan dalam

penyelidikan tindakan kerana masalah dan isu yang dikaji berkehendakkan tindakan susulan dan lanjutan

Page 24: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

MENCARI FOKUS PENYELIDIKAN TINDAKAN

Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah atau fokus. Langkah ini amat penting kerana seseorang guru hanya

akan rela melibatkan diri dalam penyelidikan sekiranya fokus yang dipilih bersangkut paut dgn dirinya.

Walaupun faktor yang biasanya mendorongkan seseorang membuat penyelidikan berpunca daripada situasi bermasalah, titik tolak bagi sesuatu penyelidikan tindakan tidak semestinya hanya sedemikian.

Page 25: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Penentuan fokus

Apakah isu-isu yang sesuai dijadikan focus sesuatu penyelidikan tindakan dalam penyelidikan?

“Broadly, any professional situation about which teachers or others want to gain a deeper understanding, and which they want to change is a potential starting point”

(Altrichter et.al., 1993) Secara umum sebarang situasi berkaitan dengan tugas

seharian yang kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut agar sesuatu perubahan dapat dilakukan boleh dijadikan fokus penyelidikan.

Page 26: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Cara Menentukan Fokus Penyelidikan

sesuatu masalah yang telah dikenal pasti keinginan untuk memperbaiki sesuatu

situasi atau amalan keinginan mengetahui sesuatu keinginan mencubakan sesuatu idea baru

Page 27: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Panduan Menentukan fokus Penyelidikan Tindakan

Fokus yang sesuai akan timbul ekoran daripada melengkapkan pernyataan atau pun mencari jawapan kepada atau ransangan tertentu (Kemmis dan McTaggart,1982). Antara soalan atau rangsangan yang dimaksudkan ialah;

saya ingin memperbaiki… ada orang (murid/ibubapa/guru lain) yang tidak puas hati dengan

… Apakah yang dapat dilakukan untuk mengubah keadaan ini? saya kagum dengan… Bolehkah saya melakukan sedemikian? ………merupakan sesuatu yang membimbingkan. Apakah yang boleh dilakukan? Saya ada sesuatu idea tentang .. yang ingin saya cubakan. Bagaimanakah pengalaman … dapat diaplikasikan? Apakah yang harus saya lakukan untuk…

Page 28: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Memilih Fokus Penyelidikan

Jangan pilih sesuatu yang anda tidak melakukan tindak susul atau yang di luar bidang kuasa anda

Pilih sesuatu topik atau isu yang berhubungkait dengan bidang tugas anda

Pada permulaan, pilih suatu skop kecil yang mudah dikendalikan

Page 29: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Menjelaskan Fokus Penyelidikan

Untuk memudahkan peringkat mengumpul data dan seterusnya analisisnya, sesuatu fokus penyelidikan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Sebagai contoh, cikgu Ang telah menentukan fokus penyelidikannya seperti berikut:

“murid-murid kelas saya sangat bising semasa aktiviti kumpulan kecil. Bagaimanakah dapat saya mengelolakan aktiviti tersebut dengan lebih berkesan?”

Soalan-soalan yang boleh membantu cikgu Ang menjelaskan lagi masalahnya adalah seperti:

murid-murid manakah yang membuat bising? Apakah yang dilakukan oleh murid-murid tersebut yang menjadikan

keadaan bilik darjah bising? Adakah murid-murid tersebut terlibat dalam aktiviti pembelajaran ataupun

perkara yang tidak bersangkut paut dengan pelajaran tersebut? Adakah keadaan bising itu menganggu pelajaran? Apakah tugasan-tugasan yang boleh melibatkan murid-murid dalam

pemikiran dan kurang dalam perbualan?

Page 30: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Model-model penyelidikan tindakan

Page 31: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Kemmis model

Page 32: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

ELLIOTT’S MODEL OF ACTION RESEARCH Identifying the General Idea

Seeking Consensus Reconnaissance Action Cycle 1 General plan Monitoring Implementation and effects Reconnaissance Action Cycle 2 Revised General plan Monitoring Implementation and effects Reconnaissance ………

Page 33: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Action Research

Action-research might be defined as “the study of a social situation with a view to improving the quality of action within it.” It aims to feed practical judgment in concrete situations, and the validity of the 'theories' or hypotheses it generates depends not so much on 'scientific' tests of truth, as on their usefulness in helping people to act more intelligently and skilfully. In action-research 'theories' are not validated independently and then applied to practice. They are validated through practice.

Elliott (1991a: 69).

Page 34: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Stringer: Community Action Research

Look - building a picture and gathering information. When evaluating we define and describe the problem to be investigated

and the context in which it is set. We also describe what all the participants (educators, group members, managers etc.) have been doing.

Think - interpreting and explaining. When evaluating we analyse and interpret the situation. We reflect on what participants have been doing. We look at areas of success and any deficiencies, issues or problems. Act - resolving issues and problems. In evaluation we judge the worth,

effectiveness, appropriateness, and outcomes of those activities. We act to formulate solutions to any problems.

Stringer 1999: Action Research by Ernest. T. Stringer. Publisher: Sage Publications; 2nd edition

Page 35: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Using Action Research Cycles

Action Research should offer the capacity to deal with a number of problems at the same time by allowing the spirals to develop spin-off spirals. (Jean McNiff, 1988)

http://www.jeanmcniff.com

Page 36: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

Bahagian Pendidikan Guru -KPM

Page 37: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

MENGENALPASTI ASPEK AMALAN

•Mengumpul data untuk mengenalpasti aspek amalan yang ingin ditambahbaik

MERANCANG

•merancang pelan tindakan untuk menambahbaik amalan

Merancang pengumpulan data tentang kesan tindakan

TINDAKAN/IMPLEMENTASI

•Melaksanakan pelan tindakan

MELIHAT KESAN TINDAKAN

•mengumpul data tentang kesan tindakan

REFLEKSI

•Menganalisis dan menilai

•Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul

Kitaran seterusnya

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN

RAJAH 1

Page 38: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Perhatikan dua peringkat dimana data dikumpul dan dianalisis untuk

(a) Mengenal pasti aspek amalan(b) Melihat kesan tindakan Peringkat ‘mengenalpasti aspek amalan

dan merancang nampaknya terpisah, tetapi dalam pelaksanaan sebenar, kedua-dua peringkat ini boleh berlaku serentak

Page 39: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Peringkat ‘tindakan/implementasi’ dan ‘melihat kesan tindakan’ ini boleh berlaku serentak

Refleksi juga boleh dibuat sepanjang kitaran penyelidikan. Walaupun peringkat ‘tindakan/implementasi dipisahkan daripada peringkat ‘refleksi’ seperti RAJAH 1,situasi yang sebenarnya kedua-dua peringkat ini boleh berlaku serentak

Page 40: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

REFLEKSIPENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif,

teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

“reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the further conclusions toward which it tends”.

(Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and development, Oxford: Heinemann,p.89)

Page 41: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Satu aspek “central” bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah (bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk amalan baru.

Page 42: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Fokus refleksi

amalan/ tingkah laku pengajaran hasil/ akibat/ kesan kepercayaan, pegangan andaian kewajaran, kerasionalan

Page 43: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Hasil refleksi kefahaman ‘baru’ kesedaran keinsafan perubahan persepsi

Page 44: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Prasyarat refleksi keterbukaan minda/fikiran kesungguhan penanggungjawaban

Page 45: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Prosedur

Kembali kepada pengalaman (“locating oneself in an action frame…” Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan, apakah yang terjadi kepada murid dsb.

Teliti perasaan Teliti kewajaran/ kerasionalan Apakah alasan bagi amalan tindakan

Page 46: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Alat bantu refleksi

diari / jurnal

Page 47: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Kesan/ akibat Melakukan Refleksi

Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang:1. tingkah laku atau amalan pengajarannya2. makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya3. tabiat atau kebisaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat

berfikir, tabiat bertindak4. perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk

tanggapan atau bertindak5. kecekapannya membuat tanggapan, membentuk

makna/memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu

6. perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi7. penghakiman (value judgement)8. memberi nilai/label terhadap sesuatu9. mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif

Page 48: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Transformasi perspektif

Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan

Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan namun tumpuan ialah pada dua peringkat.

Page 49: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Di peringkat memulakan penyelidikan tindakan

membuat tinjauan atau analisis situasi menentukan isu dan bidang keprihatinan menentukan fokus penyiasatan atau

perubahan menganalisis kefahaman semasa kendiri

dan orang lain

Page 50: Kuliah 4- Falsafah, Konsep Dan Kepentingan Kajian Tindakan

Di peringkat post tindakan dan pemantauan (berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik

mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid menilai kembali kefahaman dan tanggapan menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat menentukan tindakan selanjutnya