kuih tradisional

9
Peneram Sunday, 13 December 2009 03:30 administrator disediakan oleh Che Hasniah Peneram adalah kuih tradisional yang dimakan pada bila-bila masa. Selain itu, peneram juga dijadikan sebagai buah tangan pengantin kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan. Untuk menghasilkannya, gula merah dan gula putih akan dimasak bersama air sehingga mendidih dan hancur. Kemudian, masukkan air gula tadi ke dalam tepung beras, lalu diuli sehingga sebati dan setelah itu, ia diperap semalaman. Langkah yang terakhir ialah buat bulat-bulat dan bentukkan lubang ditengah dan digoreng dalam minyak yang panas. Kuih karas

Upload: acaq79

Post on 01-Jul-2015

605 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kuih tradisional

Peneram

Sunday, 13 December 2009 03:30 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Peneram adalah kuih tradisional yang dimakan pada bila-bila masa. Selain itu, peneram juga dijadikan sebagai buah tangan pengantin kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan. Untuk menghasilkannya, gula merah dan gula putih akan dimasak bersama air sehingga mendidih dan hancur. Kemudian, masukkan air gula tadi ke dalam tepung beras, lalu diuli sehingga sebati dan setelah itu, ia diperap semalaman. Langkah yang terakhir ialah buat bulat-bulat dan bentukkan lubang ditengah dan digoreng dalam minyak yang panas.

 

 

 

Kuih karas

Sunday, 13 December 2009 02:33 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 2: kuih tradisional

 

Kuih karas adalah kuih tradisi negeri Pulau Pinang yang turut dijadikan sebagai buah tangan pengantin untuk tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Kuih karas dihasilkan daripada tepung beras, gula pasir, air dan juga minyak. Kebiasaannya ia berbentuk segi tiga yang menyerupai roti jala.

Untuk menghasilkan kuih karas, masakkan gula bersama air sehingga hancur, kemudian campurkan tepung beras ke dalam air gula dan kacau sehingga cair. Selepas itu, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak dengan kain kasa. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam acuan kuih karas (diperbuat daripada tempurung dan ditebuk lubang halus dibawahnya). Selepas itu, tuangkan ke atas kuali seperti membuat roti jala. Apabila warnanya bertukar menjadi perang, angkat dan lipatkannya membentuk segi tiga dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

Kuih karas turut menjadi hidangan di waktu petang sebagai makanan sampingan kerana rasanya yang rangup dan manis. Memakan kuih karas haruslah berhati-hati kerana isinya akan relai dan bersepah jika tidak berhati-hati.

Halwa maskat

Sunday, 13 December 2009 02:45 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 3: kuih tradisional

 

Halwa maskat adalah kuih tradisional bagi masyarakat Pulau Pinang. Perkataan “halwa” adalah berasal daripada rumpun kata Arab (halwa, halvah, halava) membawa maksud manis. Bersesuaian dengan rasanya yang manis.

Kebiasaannya, halwa maskat dihidang pada hari perayaan dalam pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dicampur dengan badam dan juga biji gajus. Halwa maskat kurang sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana cara penghasilannya yang agak rumit.

Keistimewaan kuih halwa maskat adalah berkualiti tinggi kerana boleh tahan dalam jangka masa yang lama dan disimpan pada suhu bilik sahaja. Satu lagi keistimewaan halwa maskat ialah ia turut digubah dan dijadikan barang hantaran perkahwinan.

Putu Beras/Kuih Ya

Sunday, 13 December 2009 02:50 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 4: kuih tradisional

Selain dikenali sebagai putu beras, ia juga dikenali sebagai kuih ya. Kuih ini diperbuat daripada beras pulut, gula dan kacang tanah. Untuk menghasilkan kuih tradisional ini, terlebih dahulu beras pulut hendaklah dibasuh dan ditoskan selama setengah jam. Kemudian ia digoreng sehinggga berwarna kuning. Beras pulut yang siap digoreng ini akan dikisar, kemudian digaul bersama gula dan dimasukkan ke dalam acuan. Selepas itu letakkan kacang tanah di tengah sebagai inti. Kemudian masaklah sehingga masak.

Kuih putu beras mempunyai rasa yang agak manis, dengan demikian ia sesuai dijadikan sebagai buah tangan dalam majlis perkahwinan. Selain itu, kuih ini turut dijadikan hidangan semasa menyambut majlis perayaan seperti Hari Raya Puasa.

Bepang

Sunday, 13 December 2009 02:54 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 5: kuih tradisional

 

Bepang adalah makanan tradisional masyarakat Pulau Pinang yang diperbuat daripada kacang yang bersalut dengan gula. Ia sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan rangup.

Untuk menghasilkan bepang, kacang tanah dan bijan digoreng tanpa minyak secara berasingan. Kemudian ia disejukkan. Seterusnya kulit kacang tanah dikupas. Gula pula dimasak sehingga menjadi karamel. Kemudian, loyang empat segi disapu dengan sedikit minyak dan ditabur dengan bijan dan kacang tanah yang digoreng tadi. Selapas itu, tuangkan gula caramel sehingga menutupi kacang dan bijan. Potong bepang yang berada dalam loyang tadi secara panjang-panjang. Akhir sekali ia disejukkan dan disimpan.

Dangai

Sunday, 13 December 2009 03:11 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 6: kuih tradisional

 

Dangai adalah salah satu kuih tradisional di negeri Pulau Pinang. Dangai yang baik ialah yang garing di tepinya dan lembut di tengahnya. Isinya pula haruslah sebati dengan gula. Ia dimakan sebagai peneman teh pada waktu petang dan adakalanya sebagai pembasuh mulut selepas makan malam.

Untuk menghasilkannya, langkah yang pertama ialah gaulkan garam bersama dengan kelapa. Apabila ia sudah sebati, masukkan pula tepung pulut dan digaul lagi. Setelah sebati, ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan, taburkan gula dan diletakkan adunan tadi sedikit lagi. Kemudian gula akan ditabur sekali lagi dan ditambah adunan sedikit lagi. Setelah itu, tekan adunan tadi sedikit dan tudungkan. Kemudian ia dibakar sehingga masak.

Putu Kacang

Sunday, 13 December 2009 03:20 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 7: kuih tradisional

 

Putu kacang sejenis kuih tradisional masyarakat di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, putu kacang dijadikan buah tangan pengantin kepada para tetamu yang hadir bagi meraikan majlis perkahwinan. Selain itu, putu kacang turut dijadikan barang hantaran perkahwinan dengan menggunakan pelbagai acuan yang menarik seperti bentuk ikan emas, lobak, bentuk hati, bunga-bungaan dan sebagainya.

Putu kacang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Ia tidak tertakluk kepada sesuatu musim seperti sesetangah kuih yang lain.

Cakar Ayam

Sunday, 13 December 2009 03:26 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 8: kuih tradisional

 

Cakar Ayam diperbuat daripada ubi keledek dan gula merah. Untuk menghasilkannya, ubi keledek tadi dikupas kulitnya dan dihiris panjang-panjang dan halus dan dibersihkan. Lalu ubi keledek tadi digorengkan dan ditoskan minyak hingga kering. Seterusnya masak gula merah dengan sedikit minya hingga hampir pekat. Selepas itu, masukkan ubi keledek dan kacau sehingga gula merah tadi melakat pada ubi keledek. Seterusnya kumpulkan ubi tadi dan tekan ke dalam acuan bulat dan sejukkan.

Kuih cakar ayam ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja sebagai snek ataupun makanan ringan. Kuih ini jarang dihidangkan ketika jamuan selerak kerana ia mudah masuk angin. Oleh itu ia dihidang dalam jamuan yang kecil-kecil dan diletakkan dalam bekas yang tertutup agar tidak masuk angin.

Kuih Bakar

Sunday, 13 December 2009 03:32 administrator

disediakan oleh Che Hasniah

 

Page 9: kuih tradisional

Kuih bakar juga merupakan salah satu kuih tradisional Pulau Pinang. Kuih bakar ini diperbuat daripada tepung gandum dan tepung ubi. Cara menyediakannya agak senang dan mudah. Caranya yang pertama adalah masakkan gula dengan santan, kemudian pukul telur. Setelah itu, bancuhkan tepung ubi serta tepung gandum dengan telur dan gula tadi. Seterusnya, uli dan perap dahulu bahan-bahan yang dibancuh kemudiannya canai dan tekap adunan tersebut dengan acuan.