kuih bahulu.docx

Upload: syakirah-rosli

Post on 04-Jun-2018

495 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 kuih bahulu.docx

    1/2

    Asal usul kuih Bahulu

    Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih

    tradisional yang terdapat di Malaysia dan amat

    terkenal dalam kalangan orang Melayu.

    Mengikut sejarah, perkataan BAHULU

    atau BAULU adalah datang dari frasa buah

    tangan dari hulu. Dalam hal ini, orang-orang

    yang berada di hulu sungai dikatakan orang

    pertama yang mencipta kuih bahulu ini.

    Hal ini demikian kerana, pengangkutan

    air merupakan jalan utama bagi masyarakat

    dahulu. Oleh itu, kuih bahulu dijadikan buahtangan dan menjadi medium pengerat

    hubungan oleh masyarakat di hulu dengan

    masyarakat Melayu yang lain. Orang-orang

    pada masa itu menyebut kuih ini sebagai buah

    tangan dari hulu. Lama-kelamaan sebutannya

    diringkaskan menjadi bahulu.

    Kuih bahulu mempunyai beberapa

    nama yang berbeza mengikut tempat tinggalsesebuah masyarakat. Di Brunei, kuih ini

    dipanggil Kuih Buah Ulu, ada juga yang

    memanggilnya dengan nama Baulu atau Buah

    ulu.

    Selain itu, kuih Bahulu terdiri daripada

    eberapa jenis seperti bahulu cermai, bahulu

    pusing, kuih bahulu kemboja dan beberapa lagi

    enis kuih Bahulu yang lain.

    M K N NTR DISION LDI M L YSI

    KUIH BAHULU

    Bersama menjagamakanan warisan nenek

    moyang kita.

    Rujukan

    Bahulu Warisan.(2011).http://bahulu

    warisan2011.blogspot.com/2011/09/sejarah-kuih-bahulu.html. Dilayari pada30 Jun 2013.

    Iffah Syazwani.(2013). Kuih Bahulu-Resipi kuih bahulucermai.http://www.kuihtradisional.com/kuih-bahulu. Dilayari pada 30 Jun2013.

    Khatijah Tuah.(2011).http://gadisarawakcorner.blogspot.com/2011/05/

    kuih-bahulu-cara-lama-punya.html.Dilayari pada 30 Jun 2013.

  • 8/14/2019 kuih bahulu.docx

    2/2

    Rumusan

    Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawabuntuk mengekalkan makanan warisan nenekmoyang mereka dari semasa ke semasa agargenerasi pada masa kini dan masa akan datangmengenali makanan tradisional masyarakatMalaysia dan berpeluang untuk merasai sendirikeenakan makanan tradisional masyarakatMalaysia yang unik dan pelbagai.

    Bahan-bahan untuk 150 biji kuih Bahulu :

    14 biji telur gred A

    500gm gula pasir

    1 tsp esen ros

    450gm tepung gandum

    1 tsp baking powder

    Bahan bahan untuk membuatkuih bahulu

    Pada masa kini, Kuih Bahulu bukan

    sahaja digunakan sebagai buah tangan

    kepada tetamu tetapi juga telah menjadi

    menu utama di dalam hidangan

    masyarakat Melayu pada hari-hari

    perayaan atau pada majlis-majlis

    kebesaran seperti Hari Raya dan Majls

    Perkahwinan. Selain itu, kuih Bahulu juga

    dijadikan menu utama minum petang

    bersama keluarga atau dijadikan alas perut

    oleh sesetengah masyarakat Melayu yang

    mengembara ke tempat-tempat yang jauh

    seperti luar Negara.

    Selain itu, bentuk Kuih Bahulu juga

    telah mengalami perubahan pada masa

    kini kerana bentuk asal kuih ini adalah

    leper kerana di bakar di atas tudung periuktetapi pada zaman ini, kuih Bahulu boleh

    didapati dalam pelbagai bentuk dan corak

    mengikut acuan yang digunakan oleh

    pembuatnya.

    Usaha untuk pengekalandan pemeliharaan warisan

    budaya. Memperkenalkan kuih bahulu kepada

    generasi baru melalui pameran makanantradisional masyarakat Malaysia.

    Meneruskan trend menjadikan kuihbahulu sebagai hidangan utama semasahari-hari kebesaran.

    Meluaskan pasaran kuih bahulutradisional di Malaysia.

    Mengadakan bengkel-bengkel makanan

    tradisional yang disasarkan kepadagolongan belia secara percuma.

    Perkembangan dan

    erubahan masa kini

    Cara penghasilan1. Pukul telur dan gula sehingga

    kembang dan pekat.

    2. Ayak tepung dan baking powderkedalam adunan batter yang telahbetul-betul kembang dan pekat.

    3. Isikan acuan dengan minyak danbakar dalam oven selama 10 minit

    untuk memanaskan acuan dansupaya adunan tidak melekat.Keluarkan acuan yang telah panasdari oven dan buangkan minyak.

    4. sapukan minyak ke acuan setiap kalisebelum masukkan adunan keacuan.

    5. Untuk meringankan kuih bahulu,bakar sekejap tepung dalam oven.

    6. Suhu bakar adalah 220C dan bakar

    sehingga bahulu kekuningan.