kt dini.docx

6
PENGENALAN PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh it u, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah. Antara tokoh-tokoh atau pemimpin yang mengetuai penentangan adalah seperti berikut: Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut. Berdasarkan tugasan kerja kursus ini saya dikehendaki memilih tiga tokoh pemimpin tempatan yang menentang penjajah. Saya telah memilih tokoh pemimpin seperti Sultan Mahmud Shah, Raja Haji dan Dato’ Maharaja Lela. ZAMAN PENJAJAHAN TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah Belanda di Perak Raja Haji British di Perak Dato’ Maharaja Lela British di Sarawak Rentap British di Sabah Mat Salleh Jepun di Tanah Melayu Anggota Force 136

Upload: faridah-yusof

Post on 16-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah. Antara tokoh-tokoh atau pemimpin yang mengetuai penentangan adalah seperti berikut:

ZAMAN PENJAJAHANTOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Portugis di MelakaSultan Mahmud Shah

Belanda di PerakRaja Haji

British di PerakDato Maharaja Lela

British di SarawakRentap

British di SabahMat Salleh

Jepun di Tanah MelayuAnggota Force 136

Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut. Berdasarkan tugasan kerja kursus ini saya dikehendaki memilih tiga tokoh pemimpin tempatan yang menentang penjajah. Saya telah memilih tokoh pemimpin seperti Sultan Mahmud Shah, Raja Haji dan Dato Maharaja Lela.

Sultan Mahmud Shah Menentang Portugis

Latar BelakangSultan Mahmud Shah merupakan sultan Melaka yang ke-8 dan terakhir. Baginda ialah anak Paduka Sultan Alaudin Riayat Shah. Baginda memerintah Melaka selepas kemangkatan ayahandanya. Sultan Mahmus Shah memerintah Melaka dari Tahun 1488 1511 dan mangkat pada tahun 1528 di kampar.

Sebab Penentangan:Sebab-sebab beliau menentang Portugis adalah kerana baginda ingin menawan semula Melaka yang telah ditawan oleh Portugis.Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota A Famosa oleh Portugis.

Raja Haji Menentang Belanda

Latar BelakangRaja haji Fisabilillah Ibni Daeng Celak atau lebih dikenali sebagai raja Haji adalah seorang pahlawan Bugis dan yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777-1784). Dilahirkan di Ulu Sungai Riau. Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapanng melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan Riau Indonesia.

Sebab Penentangan:

Raja Haji menentang Belanda kerana Belanda berusaha untuk menawan Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

Dato Maharaja Lela Menentang British

Latar Belakang

Dato Maharaja Lela ialah orang Besar Berlapan perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W Birch hasil daripada perjanjian pangkor. Pelantikan ini menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Sebab Penentangan:

J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :

(a) Puan Nurul Husna guru Kajian Tempatan kelas sayayang telah memberi bimbingan dan panduan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

(b) Ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan Tunjuk ajar serta bantuan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

(c) Rakan-rakan sekelas yang turut memberikan idea dan komen dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Rujukan:

Buku Teks kajian Tempatan Tahun 5 Buku rujukan kajian Tempatan Nota-nota yang diberi oleh guru Sumber internet

Isi kandungan:

PengenalanTokoh 1 Sultan Mahmud ShahTokoh 2 Raja HajiTokoh 3- Dato Maharaja LelaPenghargaan