krb3063 tugasan

Upload: boonyi-unai

Post on 19-Oct-2015

379 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan subjek KRB3063

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

NO.

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

1

2.0

PENGHAYATAN KARYA AGUNG

3

2.1PEMIKIRAN (MESEJ DAN ISI)

3

2.2ESTETIK

4

2.3NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

5

3.0

TEKNIK PENGAJARAN

8

4.0

CONTOH AKTIVITI DALAM PENGAJARAN BAHASA9

MELAYU

5.0

PENUTUP

13

6.0

RUJUKAN

14Soalan A.

1.0PENGENALAN

Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan atau ciptaan sesuatu. Manakala Agung pula membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tertinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.

Karya agung merupakan hasil karya-karya terbaik yang berjaya meninggalkan impak ataupun kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal kepada ingatan serta kesedaran kepada pembaca. Karya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Unsur yang terdapat dalam karya agung ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan. Karya-karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta sesuatu bangsa itu untuk membina serta membentuk tradisi dan identity yang tersendiri. Karya agung dapat membantu kita memahami serta mempelajari tamadun dunia yang termasyur seperti tamadun Greek, tamadun Parsi dan sebagainya. Setiap bangsa tamadun mempunyai karya agung tersendiri. Jika bangsa Rusia berbangga dengan War and Peace karya Leo Tolstoy, Perancis berbangga dengan karya Robespiere iaitu Equality. Rakyat Amerika pula berbangga dengan karya-karya hebat mereka daripada Ernest Hemingway seperti Old Man and The Sea dan Farewell To Arms. Seperti bangsa asing, bangsa Melayu juga mempunyai karya agung yang tersendiri. Antara karya agung Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nahfis dan sebagainya. Penghasilan karya sasterawan dan seniman zaman dahulu mempunyai pengaruh yang sangat besar sehingga mampu dijadikan rujukan bagi Negara lain dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Karya-karya agung ini dijadikan sebagai rujukan serta panduan samada dikekalkan atau dicerna oleh generasi berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa sehingga kehari ini.

Karya Agung Melayu adalah karya yang dapat melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa melayu pada zaman dahulu untuk menggambarkan idealism, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang mempunyai nilai yang tinggi sehingga memaksa ia memberikan kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini. Karya agung diilhamkan dalam pelbagai bentuk samada ianya berbentuk pepatah, sajak, cerpen, pantun dan sebagainya. Ianya dilisankan dalam bentuk bahasa Melayu, iaitu tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu, tidak kiralah samada ianya orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, orang melayu Brunei, orang Minangkabau, orang Aceh dan lain-lain yang menghasilkan karya tersebut. Kedudukan geografi serta berlainan etnik tidak menjadi masalah. Tidak kira dimana asalnya dunia Melayu ini, dan ianya mampu mencetuskan budaya luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun menurun.Dalam tugasan ini, saya memilih karya novel Shahnon Ahmad yang bertajuk Ranjau Sepanjang Jalan sebagai sebuah karya agung untuk diulas. Novel ini adalah antara yang terbaik hasil karya Shahnon Ahmad. Seterusnya dalam tugasan kedua, saya akan memberikan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Melayu bagi menerapkan ciri-ciri yang terdapat dalam karya agung tersebut.2.0 KEKUATAN KARYA RANJAU SEPANJANG JALAN

2.1Pemikiran (mesej dan isi)

Pengarang iaitu Shahnon Ahmad menggunakan pelbagai cara dan beliau berpegang kepada satu haluan pemikiran iaitu untuk melahirkan apa yang terlintas di dalam fikirannya kepada sebuah bentuk karya. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konflik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati para pembaca. Ranjau Sepanjang Jalan dianggap sebagai salah satu novel kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Ranjau Sepanjang Jalan ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Manakala panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Kehebatan novel ini sehingga pernah dijadikan teks sastera untuk tingkatan enam untuk beberapa tahun malah telah difilemkan pada tahun 1983 oleh Dato Jamil Sulong.Kisah Ranjau Sepanjang Jalan ini berkisar tentang keperitan penduduk kampung Banggul Derdap. Iaitu sebuah kampung tradisional yang pada masa itu hidup dengan flora dan fauna dimana masyarakatnya hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu bergelut dengan selut dibawah terik matahari demi menyambung hidup dengan bertani. Novel ini Shahnon selaku penulis menceritakan gambaran isu masyarakat. Tema kemiskinan ditonjolkan dengan baik dan berjaya membawa pembaca menyelami penderitaan serta kepayahan yang dilalui oleh golongan miskin ini. Beliau telah berjaya mengetengahkan isu-isu kemiskinan di kampungnya. Penulis juga menceritakan kepercayaan kolot penduduk kampung yang menyebabkan mereka sukar mendapat pembangunan dan maju. Penulis juga menonjolkan sikap penduduk yang mudah menyerah kalah pada nasib apabila ditimpa kesusahan. Beliau tidak hanya menceritakan tentang kemiskinan, namun beliau juga telah mengetengahkan dilema golongan petani apabila hasil tanaman mereka iaitu padi rosak diserang ketam. Shahnon juga mengambarkan bertapa pentingya tanaman padi kepada penduduk kampung Banggul Derdap biarpun dalam novel ini hanya diceritakan melalui watak Lahuma dan Jeha anak beranak sahaja. Shahnon ingin mengambarkan keperluan beras kepada masyarakat agar mereka tidak kebuluran. Biarpun pemikiran mereka pada masa itu masih miskin, namun pada masa kini, siapa yang rajin dia akan berjaya.

Shahnon memilih untuk menceritakan isu-isu kemiskinan dalam novel ini kerana beliau sememannya sudah sebati dengan penderitaan akibat kemiskinan. Beliau lahir dari keluarga yang miskin, malah mempunyai sanak saudara yang miskin, sehinggalah beliau menjadi cikgu kepada murid-murid yang miskin, pendek kata beliau melalui jalan kemiskinan dalam meniti hidup. Penceritaan dalam novel ini telah menyentuh hati pembaca seolah dapat merasai kedaifan kehidupan golongan petani. Beliau ternyata suka memberikan pandangan serta ulasan secara telus. Beliau ingin mencanang kepada golongan atasan bahawa keperitan hidup golongan petani yang susah tidak pernah mereka hiraukan. Sikap beliau yang revolusioner telah berjaya mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Sumbangan Shahnon yang paling agung ialah beliau seorang penulis yang sensasi terhadap peristiwa yang berlaku di dalam dan luar lingkungan masyarakatnya. Beliau melopori sikap Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar:2007). W.S Hudson juga menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat kerana karya tidak akan menjadi agung jika tidak menjelajah alam masyarakat dan kehidupan manusia sedalam-dalamnya.

2.2EstetikaPerkataan estetika berasal dari perkataan Yunani iaitu aisthesis yang membawa makna kepekaan. Istilah ini memberi tumpuan hanya kepada hal-hal yang bersangkutan dengan ungkapan indah dan keindahan. Teori estetik menumpukan kepada hal-hal berkenaan rasa keindahan dalam sesebuah hasil seni ciptaan manusia seperti sesebuah hasil karya, tidak kira apa sahaja bentuk seni. Istilah estetik mula diperkenalkan oleh Alexander Baumgarten (1714-1762), seoarang ahli falsafah Jerman. Estetik adalah sebahagian daripada bidang ilmu falsafah yang luas. Konsep estetik ialah konsep yang agak lewat sedikit kelahirannya dalam falsafah. Konsep ini wujud sebagai akibat daripada rancaknya perbincangan tentang teori keindahan dan teori seni yang merupakan tajuk kembar dalam sejarah pemikiran manusia.

Pada pendapat saya, novel "Ranjau sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai estetika atau nilai keindahan yang tinggi. Ianya adalah sebuah lakaran kisah hidup masyarakat yang begitu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tergambar menerusi novel ini. Walaupun penceritaan kehidupan Lahuma dan keluarganya melalui hari-hari yang penuh kesukaran dan menghadapi cabaran dalam pertanian sawah padi, namun mereka masih lagi mampu berpegang kuat kepada ajaran agama iaitu agama Islam. Mereka berdoa dan berserah kepada qada dan qadar dalam menjalani kehidupan mereka. Bagi saya, novel ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana novel ini mengandungi pelbagai nilai murni malah isi kandungannya juga bernas dan berfaedah kepada masyarakat.

Dalam novel ini, Shahnon telah memilih nilai kemiskinan sebagai estetika dan kepengarangan beliau. Beliau amat meminat nilai kemiskinan kerana melalui nilai tersebut beliau melihat kesederhanaan, ketaqwaan, kesabaran, keiklasan, kejujuran dan kekudusan seseorang. Beliau merasakan kemiskinan itu suatu yang murni. Beliau mengaitan kemiskinan dengan ksengsaraan. Bukan hanya semata kemiskinan ekonomi dari sudut material sahaja sehingga ada yang salah beranggapan bahawa orang miskin ini malas berusaha. Drs Sidi Gazalba (1982) mengatakan bahawa nilai tersebut adalah bersifat unggul. Ia merupakan satu idea tau konsep. Kerana ia lebih bersifat abstrak dan tidak dapat disentuh oleh pancaindera. Mohd Yusof Hasan (1990), juga mengakui bahawa sebagai seorang Melayu, Shahnon mementingkan kesejahteraan bangsanya; sebagai seorang manusia, Shahnon memperjuangkan persoalan-persoalan kemanusiannya, dan sebagai seorang islam, Shahnon memperhebatkan persoalan-persoalan demi memperkembangan syiar islam. Ternyata Shahnon berjaya mengadun dengan jelas dan terang serta tidak memualkan pembaca dengan konsep kemiskinan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Nilai estetika dan kepengarangan beliau sangat jelas. Konsep kemiskinan yang difokus adalah nilai-nilai kesederhanaan agar pembaca lebih memahami nilai kemiskinan itu dari sudut yang berbeza. Jelas sekali, Shahnon menampilkan dirinya sebagai pengarang dan masyarakat desa yang begitu cintakan akan desa dan warga desanya melalui karya kreatif.

2.3Nilai Budaya dan Pandangan HidupShahnon Ahmad menghasilkan novel ini berasaskan pengaruh pengalaman setempatnya yang dilalui dari kaca mata masyarakat, dan dia memfokuskan penduduk kampung yang mengalami masalah kemiskinan. Kesempatan beliau berada dalam kontek itu, membolehkannya mengolah kembali gambaran tersebut melalui proses mediasi dengan memperincikan watak, plot serta teknik penceritaan supaya lebih menyegarkan dan menimbulkan rasa keinsafan kepada pembaca. Menurut Hamzah Hamdani dan Zeti Akhtar Jaffar (2007;11) Ranjau Sepanjang Jalan memberi kesempatan kepada beliau untuk melihat persoalan kemiskinan kaum tani serta memperlihatkan dari segi perhubungan manusia dengan alam sekeliling (termasuk haiwan, tumbuhan, tanah-tanih atau hutan) serta hubungan semua itu dengan Tuhan yang menjadikannya. Dalam novel ini juga, alam sekitar semulajadi dihadirkan dalam bentuk bencana yang mewujudkan persaingan sengit antara spesis, sama ada tumbuhan dengan tumbuha, tumbuhan dengan manusia, haiwan dengan haiwan, atau haiwan dengan manusia yang menimbulkan konflik. Ranjau Sepanjang Jalan menonjolkan dilemma konflik persekitaran sosial iaitu masalah kemiskinan yang berpusar pada keluarga Lahuma dan Jeha bersama tujuh anak perempuan mereka. Iaitu dalam penceritaan ini, ia berkisar tentang kehidupan Lahum dan Jeha serta anak-anak mereka. Pekerjaan bertani adalah titik pencarian reski mereka yang diwarisi sejak nenek moyang lagi, malah menurut Md. Salleh Yaapar hasil selenggara oleh Safian Hussain e.t all. (1984;197) mereka juga adalah golongan petani yang penuh dengan kemiskinan sehinggakan mereka tidak pernah termimpi untuk menjadi petani yang lebih baik dengan pandangan moden. Shahnon juga mengambarkan penduduk kampungnya pada masa itu bersikap kolot. Kontek kemiskinan khususnya para petani menjadi nadi kepada pengarang dengan mengaitkannya melalui persekitaran yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sesuai dengan pekerjaan itu yang dilihatnya masih kuat dikerjakan oleh sesetengah penduduk Melayu. Biarpun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa sedangkan mereka terpaksa membanting tulang yang begitu sukar untuk membuahkan hasil. Ia seperti yang digambarkan pada petikan dibawah iaitu terpaksa berdepan dengan binatang perosak seperti burung tiak dan juga kemusnahan alam seperti banjir. Oleh itu, ruang kontek yang mempengaruhi pengarang membolehkannya mengungkap terhadap apa yang dialami oleh masyarakat setempat yang membicarakan persoalan tentang kemiskinan sepertimana gambaran terhadap keluarga Lahuma. Campuran kesan-kesan penghayatan dan juga simbolik ditopok-tambahkan bagi melahirkan keadaan melankolik pada kaca mata pembaca yang seterusnya dapat menimbulkan rasa kemanusiaan masyarakat pada nasib golongan petani. Oleh itu, jelaslah terbukti bahawa sesebuah teks yang dihasilkan pengarang bukanlah lahir dari idea bernasnya semata-mata, malah menjadikan peristiwa persekitarannya sebagai salah satu bentuk penulisan bagi membentuk sebuah teks yang bernilai. Dalam merefleksikan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan itu melalui karya sastra, seorang pengarang menerapkan suatu filter halus berdasarkan nuraninya, sebagaimana menurut Teeuw (1980;38) Melalui filter itu pengarang menyaring berbagai-bagai hal dalam masyarakat dan akan memberikan penilaiannya terhadap berbagai-bagai sudut yang dianggapnya menjadi suatu perkaitan dengan dunia sosial dalam kontek realiti. Maka, adalah tidak benar sekiranya seseorang pengarang hanya menggunakan idea geniusnya semata-mata.Soalan B.3.0TEKNIK PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alatkomunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialahuntuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkanrasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dansedang dilaksanakan.4.0AKTIVITI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYUTerdapat pelbagai bentuk aktiviti yang boleh diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu terutamanya bagi murid sekolah rendah. Berpandukan ciri-ciri yang telah kita perolehi dalam soalan pertama, saya akan mencadangkan dua aktiviti bagi penerapkan ciri tersebut dalam pengajaran bahasa Melayu. Saya mencadangkan dua aktiviti iaitu permainan bahasa dan bercerita. Saya memilih aktiviti ini berdasarkan murid lebih suka belajar sambil bermain dan ini akan memberikan suasana gembira di dalam kelas. Murid juga akan lebih berminat dan memberikan kerjasama yang baik. Pendekatan ini digunakan untuk murid tahun 6 sekolah rendah.i) Permainan bahasa

Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan ianya memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.Contoh aktiviti: Membentuk Perkataan Objektif: Supaya murid mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Di samping itu, murid akan memahami dan mengingati perkataan yang dipilih.Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu. Cara bermain: BerkumpulanLangkah: 1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.

2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang betul ejaannya.

3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.Kad yang diberi:

Jawapan:

BARAS: SABARKETNU: TEKUNSHAUA: USAHAAHBTA: TABAH

LKCAE: CEKALITCA: CITA

IKMNSI: MISKINPenggunaan kad kata di atas diambil daripada ciri-ciri dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya agung Shahnon Ahmad. Novel tersebut berkisar tentang kemiskinan dan keperihan penduduk kampong yang bersusah payah mencari rezeki dengan bertani. Sebagai guru, saya memilih kata tersebut untuk murid memahami akan erti setiap kad kata tersebut dan mengambil iktibar dan panduan melalui kad tersebut. Setiap kumpulan murid akan ditanya erti kad tersebut bagi mereka. Ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap baik tersebut kedalam diri murid.

Aktiviti yang dijalankan sangat bermanfaat kerana: Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan membaca dan menulis. Ianya akan melatih murid untuk menulis dan membaca dengan lebih lancar. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaanii) BerceritaTeknik ini merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.Contoh aktiviti:

Saya sebagai guru akan bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer. Untuk menerapkan ciri yang terdapat dalam karyan agung, saya memilih perenggan daripada novel Ranjau Sepanjang Jalan yang memberikan makna serta impak pada emosi pembaca iaitu saya mengulas karya bukan sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.Petikan daripada novel Ranjau Sepanjang Jalan."Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt"Itulah pegangan yang tersemat kemas dalam jiwa dan diri anak tani, Lahuma dan isterinya Jeha. Memiliki 14 relung sawah, hidup mereka sepenuhnya bergantung kepada padi. Bagi mereka, hidup dan mati mereka adalah padi-padi itu, yang mengisi perut mereka sekeluarga, yang mengenyangkan dan membesarkan anak-anak yang seramai tujuh orang. Tanpa padi, mereka akan kelaparan. Anak mereka akan kelaparan.Hidup petani seperti mereka sememangnya beranjau. Ada sahaja ujian dan masalah mendatang, seolah-olah menghalang padi mereka tumbuh subur, masak menguning.Selain daripada serangan ketam yang beribu, yang memusnahkan batang anak padi, mereka berhadapan dengan bahaya ular, serangan belalang, burung tiak, ada masanya mereka berperang dengan bencana alam. Hujan yang menenggelamkan sawah. Atau mungkin kemarau yang mengeringkan sawah. Semuanya di tangan Tuhan. Mereka cuma mampu berusaha mencari penyelesaian. Dan berdoa.Lahuma lelaki. Kudratnya besar. Sejak dulu Jeha sentiasa membantu suaminya. Dia tahu sawah dan padi itu sangat bermakna bagi suaminya, Lahuma. Ajal maut di tangan Tuhan. Lahuma dijemput menghadap Ilahi. Tinggal Jeha seorang bersama tujuh orang anak. Yang paling tua, Sanah, baru berusia 16 tahun. Yang pergi tetap pergi. Hidup mesti diteruskan. Jenah mengambil peranan Lahuma. Berusaha. Bersungguh-sungguh. Sawah mesti dibajak. Padi mesti di semai, ketam mesti di lawan, semuanya dia harus lakukan. Tanpa Lahuma.

Sayangnya kepada Lahuma tinggi melangit. Sering saja dia termimpi-mimpikan Lahuma. Serangan ketam yang memaksa dia bersama anaknya Sanah dan Milah berperang di tengah sawah tanpa tidur, tanpa rehat, akhirnya mengubah Jeha menjadi seorang yang hilang kewarasan. Kudratnya tidak sekuat Lahuma. Jiwanya tidak seteguh Lahuma, lalu Jeha gila. Bagaimana nasib sawah yang 14 relung? Apakah nasib anak-anaknya yang tujuh? Lahuma sudah ditelan tanah. Jeha pula hanya tahu menjerit dan memekik.Sebuah kisah yang penuh pancaroba, ranjau sepanjang jalan. Hidup sememangnya begitu. Selalunya susah, senang cuma sekali-sekala.***Keberkesanan teknik bercerita ini adalah: Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman.

Kaedah bercerita ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan untuk dijadikan alat bantu mengajar semasa sesi pemulihan.

Hal ini kerana, sedikit sebanyak guru pemulihan akan dapat membantu murid menguasai kemahiran bahasa di samping membantu mereka dalam penguasaan 3M.

Teknik berceritamerupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi.

Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat.

Hal ini akan menjadikan sesuatu cerita itu berguna kepada murid serta masyarakat dan seterusnya bidang pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang mampu membantu dalam pembangunan negara kelak.5.0PENUTUP

Tugasan ini memberikan banyak peluang kepada saya untuk mempelajari sesuatu yang baru seperti karya agung. Jika sebelum ini saya hanya berpeluang menghayati karya sastera sewaktu menuntut di sekolah menengah. Tugasan penghayatan karya agung ini dapat membantu saya membuat ulasan karya novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya Shahnon Ahmad.Dalam tugasan ini juga saya berikan beberapa contoh aktiviti yang boleh diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Saya menerapkan ciri-ciri yang terdapat dalam karya agung Shahnon Ahmad dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat membantu saya untuk memahami dan mempelajari subjek Penghayatan Karya Agung ini dengan lebih baik.6.0RUJUKANAsmah Haji Omar. (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu (edisi kedua). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamzah Hamdani. (1990), Novel-novel Malaysia dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.Mohd Yusof Hasan. (1974).Strengenge: Simbolisme Konflik Nilai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.Mohd Yusof Hasan. (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Haji Sabran. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.Shahnon Ahmad. (1966). Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd.Shahnon Ahmad (1991). Sastera sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Shahnon Ahmad (1982). Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Umar Junus (1971). Ulasan dan Kajian Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.BARAS

KETNU

SHAUA

AHBTA

LKCAE

ITCA

IKMNSI

0