kraftangan_seri manik [sumber elektronik]

Download Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

Post on 04-Feb-2018

356 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    1/50

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    2/50

    1

    ARKIB : 03/12/2012

    Ketelitian si penjahit manik

    Pemegang kunci berbentuk buaya yang diperbuat daripada manik.

    KUCHING 2 Dis. - 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Itulah perumpamaanlama yang boleh dikait dengan tradisi masyarakat Orang Ulu dan Bidayuh dalammemartabatkan seni warisan dan budaya nenek moyang mereka.

    Selain memelihara nilai keagungan kraf tempatan seperti anyaman tikar dan bakul,manik adalah antara seni kraftangan yang sinonim dengan kebudayaan etnikmasyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

    Menariknya, manik menjadi elemen fesyen utama untuk digayakan bersama bajutradisional pelbagai kaum di sini, baik lelaki mahu pun perempuan.

    Menyedari nilai warisan bangsa yang perlu dijaga, pemilik Native Handwork, JulianaAmbrose, 45, menjalankan perniagaan menjahit pakaian tradisional dan aksesori wanitadi butiknya di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini.

    Sejak tiga tahun beroperasi, Juliana mengakui bidang jahitan manik sememangnyamemerlukan kesabaran yang tinggi.

    Hal ini kerana hasilnya dapat mencerminkan nilai peribadi pembuatnya yang teliti.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    3/50

    2

    Bercerita tentang awal penglibatannya, Juliana memberitahu, ketika kecil dahulu diasering melihat neneknya mengambil upah menghasilkan hamparan alas meja dan topimanik.

    Katanya, ketika itu tidak terlintas langsung dirinya akan meneruskan tradisi menjahit

    manik, namun siapa sangka kini telah merupakan punca pendapatan utama bagikeluarganya.

    "Kelebihan menjahit manik adalah kerana cara jahitan dan konsep rekaannya tidak jauhberubah.

    "Berbeza dengan menjahit pakaian-pakaian berfesyen seperti baju kurung dan kebayayang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman," katanya.

    Ibu kepada tiga cahayamata ini mengakui, menjahit manik memang memerlukanketelitian, selain mengambil masa yang agak lama.

    Jelasnya, atas sebab itulah pada zaman sekarang, agak susah hendak memperolehjahitan manik yang dihasilkan dengan kehalusan kerja tangan, sebaliknya banyak yangmenggunakan teknologi mesin.

    Menyedari pemakaian jahitan manik merupakan identiti wanita di negeri ini, Julianaberusaha mempelajari jahitan manik yang lebih kreatif dengan bekas majikannya yangberbangsa Cina.

    "Saya betul-betul mahir dalam menjahit pelbagai aksesori manik hanya setelah 25tahun bekerja di butiknya yang terletak di Jalan Main Bazar.

    "Selain itu, bekas majikan saya itu juga antara individu yang sering memberikandorongan dan semangat kepada saya untuk membuka perniagaan sendiri, selainkeluarga," katanya.

    Bercerita tentang sambutan pelanggan, katanya, permintaan pasaran manik kini kurangmenggalakkan kerana generasi masa kini kurang menyedari kepentingan menghargaiwarisan tradisi itu.

    "Permintaan terhadap jahitan manik pada masa kini agak kurang kerana pengaruhfesyen dari luar negara yang sering mengetengahkan aksesori seperti besi dan

    gangsa," jelasnya.

    Namun, katanya, dia sentiasa berusaha memberikan nafas baharu dalam rekaan manikdengan menjahitnya pada aksesori lain seperti beg, dompet, kasut dan cekak rambut.

    Sentuhan asli Juliana itu begitu mendapat sambutan hebat daripada para peminat hasilkraf seperti pemborong dan pembeli di Semenanjung.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    4/50

    3

    "Pada Oktober lalu, saya ada mengikuti Hari Kraf Kebangsaan 2012 di Jalan Conlay,Kuala Lumpur selama seminggu.

    "Ini merupakan kali pertama penglibatan saya dalam aktiviti sedemikian dan saya lihatpasaran di sana cukup menggalakkan apabila kesemua barangan habis dijual,"

    katanya.

    Menceritakan keunikan manik, terbahagi kepada dua jenis iaitu manik kaca dan manikplastik.

    Menurut wanita yang berasal dari Kampung Gundak di sini, manik kaca lebih mendapatsambutan daripada pelanggan kerana nilai dan kualitinya yang tinggi.

    Katanya, walaupun harga satu rekaan manik kaca boleh mencecah hingga ribuanringgit, namun masih terus mendapat tempat dalam kalangan segelintir peminat manik.

    Selain itu, Juliana berbangsa Bidayuh ini memberitahu, harga manik kaca lebih mahaldaripada manik plastik kerana perlu diimport dari luar negara.

    "Saya banyak mengambil bekalan manik kaca dari China dan Jepun dengan hargaRM18 setengah kilogram kerana lebih halus dan berkilat.

    "Adat berniaga, kita perlu menanggung kerugian apabila separuh daripada bekalantersebut pecah dan tidak boleh digunakan," katanya.

    Katanya, menjahit manik untuk dijadikan hamparan alas meja adalah yang paling sukarkerana ia memerlukan tenaga dan masa yang lebih bagi mendapatkan hasil yang

    kemas.

    "Menjahit alas meja manik adalah yang paling susah kerana sekiranya tidak dijahit dandisambung dengan betul, akan mempengaruhi rekaan.

    "Sebab itulah dalam masa sehari saya hanya boleh menyiapkan empat hingga enambaris jahitan manakala dalam tempoh tiga bulan baru siap sepenuhnya," katanya.

    Selain itu, Juliana berkata, cabaran lain yang perlu dia hadapi adalah kerenah parapelanggan yang bermacam ragam dan ada yang masih tersimpan kemas dalamingatannya hingga hari ini.

    "Pernah sekali, akibat terlalu mempercayai seorang pelanggan tetap, hutang tidakdibayar walaupun setelah berkali-kali dia berjanji.

    "Malah, ada pula yang meminta saya menjahit sekali lagi, dek kerana tidak sukadengan warna manik yang saya gunakan," ujarnya.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    5/50

    4

    ARKIB : 28/10/2008

    Manik pinakol keunikan budaya Rungus

    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

    (Yang mengikuti lawatan anjuran

    Kraftangan ke Sabah, baru-baru ini)

    DI rumah panjang itulah dia dibesarkan danbelajar mengenal erti hidup. Rumah panjangyang terletak di Kampung Tinangol, Kudat,Sabah itu memang terpencil dan sukaruntuk dijejaki jika tiada pemandu pelancongyang membawanya. Namun di situlahtempat Erllin Agunchai, 25, membesar dan

    menghabiskan hampir seluruh waktusiangnya membuat kraftangan yangberasaskan manik.

    Berpusat di sebuah bengkel yang didirikankhas, setiap hari Erllin bersama dua anakperempuannya, Elvera, 6, dan Elfey Ferra,2, akan membuat kraftangan manik. Disitulah juga manik yang telah dicantumkanmenjadi barangan perhiasan akan dijualkepada pelancong yang sampai ke

    kampung mereka.

    Sejak berusia 13 tahun lagi Erllin telah membuat gelang maniknya sendiri, namungelang maniknya itu musnah dalam kebakaran yang berlaku di kediamannya beberapatahun lalu.

    Bukan dipaksa atau terpaksa, minat membuat kraftangan manik sememangnya terbitsecara semula jadi dalam diri ibu muda ini. Sebab itulah dalam sehari Erllin mampumenghasilkan lebih dari tiga perhiasan yang diperbuat daripada manik. Sebagai surirumah dan pengusaha manik sepenuh masa, Erllin mampu memperoleh pendapatansebanyak RM200 hingga RM300 sebulan.

    Jumlah itu bukan sahaja cukup untuk menampung kehidupan malah memberi Erllinpeluang merencanakan masa depan anak-anaknya dengan menabung pendapatanyang diperoleh hasil dari menjual manik kraftangan beliau.

    Ia menjadi pelengkap kepada pendapatan suaminya, Edmund Polipus, 30, yangbertugas sebagai guru untuk menampung kehidupan mereka berempat.

    MANIK pinakol dan rantai yang sering

    dijadikan hiasan untuk dipakai wanita

    Sabah dari suku kaum Rungus ketika

    majlis keramaian.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    6/50

    5

    Bukan Erllin sahaja, malahan neneknya, Ombuong Musodong, 65, ibu saudara, sepupuserta rakan-rakan Erllin turut terlibat dalam bisnes yang sama dengannya. Pendek katasetiap wanita di kampung itu semuanya memiliki kemahiran membuat kraftangan manikdan meneruskan tradisi itu secara beramai-ramai.

    Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan sejak memulakan perusahaan ini ialahapabila mendapat tempahan pinakol (manik yang dibuat berbentuk rantai) sebagai

    cenderamata untuk seorang paderi.

    Ia dijual dengan harga RM150, yang paling mahal pernah saya jual sepanjang terlibatdalam bidang ini,jelas Erllin yang ditemui di bengkel kraf Kampung Tinangol, baru-baru ini.

    Erllin berkata, hampir 100 wanita di kampungnya akan bekerjasama membuat maniksekiranya mendapat tempahan. Mereka tidak pernah bersikap mementingkan dirisendiri malah setiap keuntungan dibahagikan sama rata sesama mereka.

    Paling menarik, para suami akan turut menolong kiranya para isteri tidak mampumenguruskan tempahan yang banyak,ujar Erllin dalam loghat Sabah yang mudahdifahami.

    Setiap corak yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Perhiasanseperti rantai dibahagikan beberapa nama seperti litai Sabah, litai Venusak, tinutu(corak tradisi), inavol dan pinakol.

    Menurut Erllin, pinakol paling sukar dihasilkan kerana ia memerlukan ketelitian sertakesabaran yang tinggi.

    Pinakol ini pula terbahagi dua iaitu yang jenis bersilang dan yang kedua biasanyadigunakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat,jelas Erllin.

    Antara produk daripada manik yang dihasilkan termasuklah gelang, rantai, kerongsang,balutan pen dan macam-macam lagi.

    Mengikut bancian yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia, perusahaan manikmerupakan perusahaan yang paling ramai jumlahnya di Sabah. Justeru ia menjadikanmanik sebagai sumber ekonomi majoriti wanita Sabah.

    Penglibatan Kraftangan Malaysia, khususnya dalam program pembangunan usahawandan promosi ternyata memberikan nafas baru buat seni warisan Sabah ini. Sekali gusmenjadikan kraf manik sebagai satu seni yang akan terus mengekalkan tradisinya dinegeri yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu itu.

    Seperti usahawan lain, Erllin turut berharap agar gerai ma