azah aziz [sumber elektronik].pdf

68

Upload: dodat

Post on 14-Jan-2017

333 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 13/07/2006

DBP diminta lebih agresif perkasakan bahasa

KUALA LUMPUR 12 Julai - Tokoh-tokoh bahasa menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka lebih agresif memperkasakan bahasa Melayu terutama selepas Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dipinda kelak.

Budayawan, Azah Aziz berkata, agensi itu harus lebih kreatif dan terus menjalankan kempen memupuk perasaan cintakan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.

Ini kerana, katanya, melalui usaha itu masyarakat lebih sedar dan mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa merasa sebarang paksaan.

��Sebenarnya, saya berpendapat, kita tidak perlu banyak akta untuk melindungi atau memperkasakan bahasa Melayu.

��Apa yang lebih penting, DBP perlu menyuruh orang ramai memiliki rasa sayang

dan hormat kepada bahasa Melayu,� katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi reaksi berhubung usaha kerajaan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 bagi memberi kuasa kepada agensi itu memartabatkan kembali bahasa kebangsaan.

Pindaan tersebut membolehkan DBP mengeluarkan teguran dan arahan kepada semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dari segi tatabahasa, perkataan dan struktur ayat.

Sementara itu, Presiden Linguistik Malaysia, Profesor Awang Sariyan berkata, beliau bersetuju dengan sebarang usaha kerajaan untuk memaju dan memperkasakan bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya bimbang jika akta tersebut dipinda kelak tetapi ia masih gagal memenuhi objektif diharapkan.

��Sebenarnya, saya lebih yakin jika DBP atau kerajaan bersikap lebih tegas kerana ketika ini sudah banyak akta melindungi bahasa namun tidak semuanya dipraktikkan.

��Misalnya, akta menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa Melayu dalam

urusan harian kerajaan namun masih banyak agensi kerajaan tidak mematuhinya,� katanya.

1  

Page 3: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 15/07/2012

Nama Pancaindera, idea Azah Aziz Oleh Zainuddin Maidin

RAMBUT putihnya mulai kelihatan walaupun kemanisan dan kecantikannya masih jelas dalam memasuki usia lanjut empat puluhan dan saya bertanya kepadanya " Kak Azah tak mahu hitamkan rambut ke? Beliau menjawab "Zam I want to get old gracefully". (Saya mahu tua secara terhormat)

Kata-kata itu tersemat mendalam di ingatan hingga ke hari ini dan menjadi renungan saya dalam menilai kegilaan sesetengah manusia sekarang, lelaki dan perempuan mencari botox dan pewarna rambut untuk menampakkan muda dan mencantikkan rupa.

Kata-kata ini juga mengesahkan perhitungan saya terhadap Kak Azah dan suaminya Pak Ungku Aziz yang mahu melibat diri dan martabat mereka dalam kejatian keperibadian mereka sendiri.

Mereka percaya kepada keagungan diri yang dibangunkan dengan kudrat dan iradat yang diberikan oleh Allah SWT. Kedua suami isteri diketahui tidak mahu menerima sebarang anugerah bintang kebesaran kecuali Pak Ungku sedia menerima pengiktirafan dalam bidangnya sahaja, sebagai Professor Diraja.

Apabila Kak Azah (nama sebenarnya Sharifah Azah Mohammad Alsagoff ) meninggal dunia pada 9 Julai lalu dalam usia 84 tahun (dilahirkan di Singapura pada 21 Ogos 1928, maka saya merasakan bahawa walaupun singgahnya hanya sebentar di Utusan Melayu tetapi ketokohannya telah meninggalkan kesan besar dalam melengkap imej Utusan Melayu sebagai warisan bangsa yang agung.

Selain dari tersohor sebagai tokoh budaya, Azah Aziz membawa bersamanya aura sebagai isteri kepada Naib Canselor Universiti Malaya, Tokoh Besar akademik Profesor Ungku Aziz yang banyak berjasa dan datang daripada keluarga orang orang besar negeri Johor. Beliau adalah anak saudara kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO dan ibunya Azizah Jaafar tokoh pendidikan yang terbilang.

Penyertaan Kak Azah ke dalam Utusan Melayu banyak dipengaruhi oleh Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin yang meninggalkan Bernama untuk menyertai Utusan Melayu dalam tahun 1973.

Mazlan mahu meningkatkan imej Utusan Melayu sejajar dengan hasrat Tun Razak untuk memodenkan pemikiran Melayu, mengeluarkannya dari zaman sentimen dan emosi dan membangunkan pemikiran progresif dan dinamik di kalangan masyarakat Melayu.

2  

Page 4: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz sebelumnya bertugas di Jabatan Pengarang Berita Harian setelah berpindah dari setiausaha kepada Ketua Pengarang Kumpulan Straits Times, Leslie Hofman yang melihatnya lebih berpotensi berada di lapangan penulisan.

Keperibadiannya adalah adunan kualiti wanita moden yang berpegang kepada tradisi dan budi bahasa yang tinggi. Dengan perwatakan ini, beliau dengan mudah menyesuaikan diri dengan dunia kemelayuan di Utusan Melayu yang keseluruhan pekerjanya terdiri dari orang Melayu dan keadaan pejabatnya yang tidak begitu selesa seperti di Straits Times.

Sifat merendah dirinya dan senantiasa menguntum senyum, tidak sombong dan dibantu oleh latar belakangnya yang lain, maka beliau mempunyai statusnya yang tersendiri dalam Utusan Melayu, disegani dan dihormati dan kehadirannya di Utusan Melayu sebagai tokoh budayawan tentu membesarkan lagi imej Utusan.

Saya sendiri tidak dapat mengingatkan tugas khususnya di Utusan Melayu kerana tidak pernah diumumkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan tetapi menurut Maimunah Yusuf, mantan Ketua Pengarang Majalah dan Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya, Azah Aziz adalah Pengarang Rencana, Utusan Melayu.

Saya ketika itu sebagai Pengarang Utusan Malaysia mengetahui beliau menyediakan rencana-rencana untuk ruangan wanita Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia serta majalah-majalah Utusan selain dari mempunyai ruangan catatan kehidupan hariannya seminggu sekali di Mingguan Malaysia.

Sukarela

Tugas utamanya ialah menjadi penasihat kepada majalah bulanan Wanita yang merupakan sebuah majalah paling berprestij dan popular pada tahun 70-an yang diterbitkan oleh Utusan Melayu tetapi beliau bukan sebagai pengarangnya.

Kasih sayangnya kepada budaya bangsa tidak sahaja terlihat dari pakaiannya yang tidak lekang dari baju kurung Johor yang menjadi identitinya tetapi beliau juga aktif secara sukarela dalam mempelajari, menyelidik dan mempromosikan seni budaya menerusi penulisan, pengumpulan, menghadiri seminar-seminar mengenainya di dalam dan luar negara selain berusaha untuk mewariskan kepada generasi baru dengan menulis buku-buku untuk dihayati dari anak-anak, generasi baru dan orang-orang tua.

Menurut rakan saya Tan Sri Johan Jaafar perkataan busana (pakaian) adalah cetusan dari Azah Aziz dan apabila ditambah dengan barang kemas atau hiasan permata diberikannya nama busaneka.

Buku Dendang dan Dondang Kanak-Kanak telah ditulisnya bersama dengan Dr. Ariff Ahmad (Allahyarham) untuk memperkenal dan mengembangkan lagu-lagu tradisi rakyat kepada kanak-kanak di samping buku puisi, Puisi Kanak-Kanak dan Marilah Bermain.

3  

Page 5: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Saya merasa sungguh berbesar hati setelah lama berhenti dari Utusan Melayu, Kak Azah mengirimkan sebuah buku bergambar yang berkualiti bertajuk, Rupa dan Gaya Busana Melayu, sebagai sebuah kenangan buat Datuk Zam sekeluarga.

Dalam Sekapur Sirih kepada buku ini, Azah Aziz menyatakan melalui buku itu beliau cuba mengumpulkan nilai-nilai estetika dari persepsi dan daya kreatif orang Melayu zaman dahulu, yakni menurut fahaman peribadinya.

"Semestinyalah usaha ini amat terbatas dan hanya mampu menghayati cebisan dan imbasan daripada segala yang menyerlah yang dapat saya tadah dan tamping.

"Namun saya tidak ragu-ragu mengetengahkannya untuk dikongsi dan dinikmati bersama oleh generasi hari ini, tua dan muda," katanya.

Menurutnya lagi, huraian dalam bukunya itu adalah berdasarkan perbincangannya dengan orang tua-tua yang serba arif lagi bijaksana dan kaya dengan ilmu dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Ia juga termasuk hasil rujukan kepada sastera klasik Melayu, hikayat, syair, pantun, gurindam, ungkapan, risalah dan makalah yang menjadi bacaan kegemaran saya.

"Sebahagian yang lain adalah dari ingatan serta pengalaman yang telah saya lalui dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga membawa ke usia lanjut hari ini-kenangan yang kadangkala sayup-sayup, kadangkala begitu rancak dan segar dalam memori yang tidak dapat dilupakan," katanya.

Menurut Maimunah walaupun Kak Azah memperkenalkan baju kurung dari Pahang, kebaya pendek dan kebaya panjang tetapi pakaiannya tetap baju kurung Johor dan beliau tidak suka baju kurung dilapik dibahunya. Kain yang dipakai bersama baju kurung dinamakannya Kain Ombak Beralun.

Saya mengenali Kak Azah bukan setelah dia menyertai Utusan tetapi lama sebelum itu, sejak awal 60-an bila saya ditugaskan untuk meliputi speakers corner di Universiti Malaya (UM) setiap hari Sabtu di awal tahun 60-an, yang menjadi tempat pemimpin pemimpin pelajar berucap.

Saya lihat Kak Azah sering berada bersama-sama siswa-siswa untuk mendengar ucapan mereka. Ketika itu beliau masih muda jelita. Beliau juga sering dilihat di majlis-majlis sastera dan bercampur gaul dengan para penulis.

Dalam tahun 1972 beliau menubuhkan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia dan memimpin rombongan wartawan wanita Malaysia menemui Presiden Suharto dan Ibu Tien di Jakarta dalam usaha untuk merapatkan semula hubungan antara wartawan wanita Indonesia dan Malaysia selepas konfrontasi antara kedua negara.

4  

Page 6: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Setelah berhenti dari Utusan Melayu dalam tahun 1995, Kak Azah sebagai anggota Lembaga Yayasan Tun Abdul Razak telah menghubungi saya untuk meminta saya menulis biografi bergambar Tun Abdul Razak.

Tan Sri Abdullah Mohd Salleh adalah sebagai pengerusi yayasan ini. Ketika itu saya bertugas sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Publication & Distributors (UP&D).

Walaupun pada mulanya saya amat gembira menerima tawaran ini tetapi apabila isteri saya Zaiton binti Zainol Abidin diserang angin ahmar, ia mengganggu fikiran dan perasaan saya, maka saya meminta maaf kepada Kak Azah kerana tidak dapat menunaikan janji saya.

Saya mengesyorkan kepadanya wartawan Berita Harian, Rijal Arbee atau Professor Firdaus Abdullah yang juga mempunyai pengalaman meliputi Tun Razak semasa menjadi wartawan Berita Harian.

Bagaimanapun apabila mereka menolaknya maka Kak Azah menjemput saya minum petang bersamanya di Hotel Hilton Petaling Jaya dan kata-katanya, "Saya tak dapat berharap pada siapa lagi, saya nampak Zam jugalah,". Ini telah menyebabkan saya rasa sedih dan mendorong saya untuk meneruskan tugas ini.

Saya mengambil tanggungjawab ini kerana saya rasa saya boleh buat, kerana saya banyak mengikuti tapak-tapak perjalanan Tun Abdul Razak sejak beliau memikul tugas utama sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar hingga ke akhir hayatnya sebagai Perdana Menteri di London.

Saya menyempurnakan penulisan buku ini dan pencarian gambar mengenainya dengan sepenuh jiwa raga berasaskan kepada ingatan sepanjang mengikuti lawatannya bertahun-tahun dan saya menamakan buku ini, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot. Dalam bahasa Inggeris ia diterjemahkan oleh Wan Hulaimi bertajuk, A Profile of Patriot.

Dalam pemergiannya, saya mengenang bahawa tanpa dorongan Kak Azah, buku ini tidak akan saya lahirkan. Inilah buku yang saya rasa sebagai sumbangan penulisan paling bererti untuk bangsa saya. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pada 22 Ogos 1997.

Kepada Utusan Melayu, Kak Azah meninggalkan suatu nama yang indah, Pancaindera yang menjadi sisipan kepada Mingguan Malaysia setiap minggu. Nama ini tercetus dalam keadaan Utusan Melayu menghadapi cabaran dari saingannya yang menerbitkan majalah untuk akhbar mingguan mereka.

Oleh kerana Utusan Melayu tidak mampu untuk bersaing, maka saya mengesyorkan kepada Ketua Pengarang, Mazlan Nordin supaya dilipatkan lapan muka dari 16 muka bentuk besar Mingguan Malaysia menjadi bentuk kecil (saiz tabloid) dan dijadikan

5  

Page 7: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

sebagai sisipan dengan pengisian utama bahan-bahan seni dan hiburan. Kak Azah memberikan namanya, Pancaindera.

Dengan sisipan ini Mingguan Malaysia telah meningkat edarannya seperti kilat. Dalam hanya sebulan edarannya bertambah sebanyak 70,000 naskah setiap minggu dan akhirnya akhbar saingannya menutup majalahnya dan mengikut langkah Mingguan Malaysia menerbitkan sisipan dari newsprint.

Mingguan Malaysia adalah menjadi perintis kepada semua akhbar dalam penerbitan sisipan menggunakan kertas akhbar. Nama Pancaindera kekal sebagai sisipan kepada Mingguan Malaysia sehingga sekarang.

Cuma yang saya kesalkan saya tidak dapat mengunjungi Kak Azah ketika sakit dan tidak sempat memberikan penghormatan terakhir apabila beliau meninggal.

Maka berakhirlah sebuah kehidupan tetapi jasa bertimbun tidak akan akan tenggelam. Jasa Azah Aziz sebagai Tokoh Besar Budaya menepati dan meliputi semua kriteria dan kualiti yang diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan itu sepanjang zaman.

Al-Fatihah.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN adalah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM).

6  

Page 8: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 12/07/2012

Perginya budayawan tersohor Oleh ROSMAH DAIN

Kenangan... Sepanjang hayatnya Azah Aziz kerap berkongsi maklumat mengenai koleksi pakaian tradisional Melayu miliknya.

SEBAGAI wanita Melayu, mestilah menyanjung tinggi budaya kita terutama pemakaian baju kurung, jangan sesekali dilupakan."

Ucapan yang dilafazkan budayawan tersohor, Allahyarham Azah Aziz, ketika bertemu dalam satu tugasan yang melibatkan rakaman koleksi baju kurung miliknya, di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu masih terngiang-ngiang di telinga apatah lagi mendengar berita pemergiannya ke rahmatullah pada Isnin 9 Julai lalu, pada usia 84 tahun.

7  

Page 9: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia seni budaya negara.

Pemilik nama sebenar, Allahyarham Sharifah Azah Syed Mohamed Alsagof, memang terkenal sebagai insan yang memperjuangkan budaya Melayu tradisional termasuklah busana Melayu seperti baju kurung, perhiasan tradisional, kraf tangan dan sebagainya selain banyak menghasilkan buku.

Kenalan rapatnya, Zubaidah Sual, berkata, beliau rapat dengan Allahyarham ketika dalam tahun-tahun 1970-an ketika bertugas di Muzium Negara.

''Ketika itu Allahyarham sering datang ke muzium dan kami bersama-sama 'berguru' dengan pakar tekstil, Nik Abdul Rahman Nik Dir bagaimana untuk mengenal tekstil kerana beliau memang amat meminati seni tekstil.

''Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat beliau marah dan kami iaitu saya, Allahyarham dan Profesor Dr. Siti Zainon Ismail (pengkaji seni budaya warisan Melayu) sering menyertai pelbagai seminar ke seluruh negara dan juga luar negara dan di mana-mana sahaja sekiranya ada seminar atau bengkel berbentuk demikian.

''Allahyarham juga yang mula-mula 'menvisualkan' pakaian-pakaian lama tradisional dari Hikayat Melayu Lama seperti pakaian Hang Tuah dan sebagainya. Beliau menterjemahkan pakaian itu menerusi bentuk bahasa penulisannya dan memberikan satu dimensi baru dalam penghayatan baju-baju tradisional ini," katanya.

Zubaidah berkata, Allahyarham juga pernah meminta beliau memanggilnya dengan panggilan ibu, tapi beliau berkata, dia masih kelu dengan panggilan itu kerana biasa dengan panggilan Kak Azah.

''Pemergiannya memang satu kehilangan besar kepada negara namun saya pasti semua ilmu yang ada mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan budaya Melayu tradisional terutama busana sudah sudah dicurahkannya dengan nukilan tintanya, " katanya yang merupakan mantan Penolong Pengarah Produksi Istana Budaya.

Sementara itu, Puan Sri Ashidah Minin memberitahu, biar pun beliau tidak mengenalinya sebagai rakan rapat, namun sebagai rakan media dan ketika mahu menubuhkan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) mereka saling berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain.

Malah dalam hal aktiviti Pertama pun Ashidah mengakui, Allahyarham banyak terlibat dalam persatuan ini.

''Mula kenal dengan Kak Azah (panggilan untuk Allahyarham) pada tahun 1969, bila mula bekerja dengan Utusan Melayu dan bila nak tubuhkan Pertama waktu itu.

''Bagi saya, Kak Azah seorang individu yang memang berpegang dengan apa yang diucapkan dan diperjuangkannya iaitu mengenai budaya Melayu.

8  

Page 10: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

"Senangnya kita katakan kepimpinan melalui tauladan kerana apa yang diperjuangkan itu dibudayakan terlebih dahulu pada diri, anak dan keluarganya.

''Bila masanya kita nampak beliau tidak pakai baju kurung, bila pula anaknya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar (Gabenor Bank Negara) tidak memakai baju kurung.

"Beliau merupakan tokoh budaya yang bukan sahaja menyampaikan malah mengamalkan apa yang diperjuangkannya sebagai tokoh budayawan Melayu," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain itu menurut Ashidah, beliau amat mengagumi sifat lemah lembut bercirikan wanita Melayu sejati yang terdapat pada Allahyarham.

''Senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya membuatkan saya tenang setiap kali berada berdekatan dengannya," katanya.

9  

Page 11: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 10/07/2012

Kak Azah sinonim dengan budaya dan kewartawanan Oleh NIZAM YATIM [email protected]

ALLAHYARHAM Sharifah Azah Syed Mohamed Alsagoff yang meninggal dunia pada usia 84 tahun semalam merupakan seorang tokoh budayawan dan wartawan yang banyak berjasa kepada negara.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Azah Aziz setelah berkahwin dengan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang mempunyai darah campuran Melayu, Turki dan Arab.

Azah yang dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent, Johor Bahru dan sekolah Jepun, tetapi pengajiannya terganggu akibat perang.

Beliau telah berkahwin ketika berumur 17 tahun dengan Ungku Abdul Aziz dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tan Sri Dr. Zeti Akhtar yang kini ialah Gabenor Bank Negara.

Ungku Abdul Aziz ialah sepupu beliau sebelah ibunya tetapi berlainan bapa.

Allahyarham ialah anak saudara kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar serta mempunyai sepupu yang banyak memberi sumbangan kepada negara seperti cendekiawan, Syed Hussein Al-Attas dan Syed Naquib Al-Attas serta bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.

Beliau juga mempunyai seorang abang iaitu Syed Omar yang meninggal dunia sewaktu bandar Hiroshima, Jepun dibom.

Pada 1949, Allahyarham yang baru mencecah usia 21 tahun bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru sebagai Penyiasat Bahagian Melayu.

Selepas itu pada 1951, beliau berpindah ke Singapura kerana mengikut suami yang bertugas di UM. Di sana Allahyarham yang pernah mengambil kursus kesetiausahaan bertugas sebagai setiausaha di Jabatan Sains Sosial universiti berkenaan.

Tiga tahun selepas itu, beliau menjadi setiausaha kepada pejuang bahasa Melayu, Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za�ba) yang bertugas di Jabatan Pengajian Melayu UM.

10  

Page 12: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Pada 1957, beliau menyertai dunia persuratkhabaran dengan bertugas di akhbar Berita Harian Singapura.

Allahyarham bermula dengan jawatan setiausaha kepada Ketua Pengarang The Straits Times Press, Tan Sri Leslie Hoffman, yang memperkenalkannya kepada dunia kewartawanan, sebelum dilantik sebagai Pengarang Wanita Berita Harian.

Sebelum itu, beliau pernah menulis di Berita Harian apabila menggantikan ibunya, Sharifah Azizah dengan nama samaran �Ratnamala� yang bermaksud �Kalung

Berlian�.

Pada 1973, beliau berpindah kerja ke Utusan Melayu sebagai Editor Rencana yang bertanggungjawab menyediakan bahan untuk ruangan rencana di Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai perunding kepada majalah Wanita terbitan Kumpulan Utusan selama empat tahun sebelum meletakkan jawatan pada 1978 ketika berusia 50 tahun.

Sebagai wartawan beliau pernah menemu ramah bekas Perdana Menteri India, Indira Ghandi dan peninju, Muhammad Ali.

Antara jasa beliau ketika itu ialah mengasaskan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) dan menjadi Presidennya dari 1971 hingga 1978.

Berikutan jasanya pada 2009, beliau telah diberikan anugerah Tokoh Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia oleh Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPMM).

Setelah berkhidmat dalam bidang persuratkhabaran selama hampir 21 tahun, Allahyarham kemudiannya bergiat secara lebih serius dalam bidang kajian sastera kanak-kanak.

Pada 1982, beliau mengumpul pantun kanak-kanak sebanyak enam jilid dengan pelbagai tajuk termasuk Adik Comel, Keluarga Kita dan Budi.

Beliau antara wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui syarikatnya sendiri, Akaz.

Allahyarham juga antara wanita terawal di negara ini yang memperjuangkan nasib dan hak wanita seperti hak mendapat gaji yang sama bagi kerja yang sama, cukai berasingan bagi isteri-isteri yang bekerja serta pindaan undang-undang perkahwinan orang bukan Islam dan keluarga Islam.

11  

Page 13: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Untuk memperjuangkan hak itu Allahyarham telah menubuhkan Persatuan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) pada 1967.

Allahyarham juga mempunyai hobi mengumpul tekstil tradisional, perhiasan, pakaian tradisional dan kraf tangan tradisional yang menjadikan beliau tempat rujukan mengenai kebudayaan Melayu.

Sejak tahun 1950-an, beliau giat mengembangkan dan memperkenalkan kebudayaan dan kesenian Melayu melalui ceramah dan penulisan.

Pada 2006, beliau menghasilkan buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu hasil daripada pelantikannya sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu, beliau juga telah menulis buku bertajuk Di Taman Seni pada 1987 iaitu buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak dan Marilah Bermain pada 1983 mengenai permainan tradisional. Beliau juga menghasilkan buku Selayang Kenangan pada 1990 yang merupakan himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian tradisional dan kraftangan Melayu.

Allahyarham juga orang pertama yang memperkenalkan Haiku (puisi pendek bahasa Jepun) kepada masyarakat Malaysia.

Selain itu, Allahyarham pernah menganggotai pelbagai organisasi antaranya sebagai pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Tun Abdul Razak dan ahli Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Allahyarham pernah menyertai pelbagai persidangan dan seminar seperti Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu, Hawaii pada 1967 dan Simposium Wanita Afro-Asia di Iskandariah, Mesir sempena Tahun Wanita Antarabangsa pada 1975.

Antara jawatan terakhir yang pernah disandang ialah sebagai Pengerusi Prestige Communication Sdn. Bhd.

Sebagai seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada negara, jasa Allahyarham pasti tetap dikenang oleh masyarakat selama-lamanya. Al-Fatihah.

12  

Page 14: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

ARKIB : 10/07/2012

Budayawan Azah Aziz meninggal

KUALA LUMPUR 9 Julai - Budayawan, Azah Aziz yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menurut sahabat baiknya, Zubaidah Abdul Rahman, 71, Azah yang berusia 84 tahun meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, Allahyarham telah diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.

�Dia melayan saya bagaikan seorang anak dan sahabat. Allahyarham juga adalah mentor saya ketika zaman belajar di Universiti Malaya pada tahun 60-an dan seorang yang tidak kedekut ilmu malah sangat prihatin dengan kawan-kawannya.

�Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

13  

Page 15: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Jenazah Allahyarham dikebumikan sebelum solat Asar.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar.

Zeti Akhtar merupakan anak tunggal beliau.

14  

Page 16: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

15  

ARKIB : 13/08/2008

Azah, Abdul Rahman terima Ijazah Kehormat UPSI

TANJONG MALIM 12 Ogos � Tokoh budayawan, Azah Aziz dan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad masing-masing dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesenian dan Doktor Pendidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Azah, 80, dan Abdul Rahman, 72, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut.

Azah dianugerahkan ijazah kehormat tersebut kerana ketokohannya dalam bidang kebudayaan dan kewartawanan manakala Abdul Rahman di atas jasanya terhadap bidang pendidikan negara sejak lebih 30 tahun lalu.

Sementara itu, dua guru diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis tersebut iaitu Mohd. Khairi Mat Saaid @ Abdullah, 32, dan Lim Siew Hui, 42.

Mohd. Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Sains Sukan, manakala Siew Hui dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Pengurusan Pendidikan.

Seorang lagi menerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Nizam Jamil, 32, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan.

Mohd. Khairi, 32, ketika ditemui berkata, penat lelahnya belajar selama ini telah membuahkan kejayaan yang membanggakan keluarganya.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 7 Disember 2012

Page 17: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Azah had a way with words

Publication: NST Date of publication: Jul 11, 2012 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: By Bulbir Singh

I REFER to media reports on the death of cultural icon Azah Aziz, or Sharifah Azah Mohammad Alsagoff. My condolences to her family. It is hard to forget a person like Azah. As editor of the woman's section of Utusan Malaysia, she edited my consumer advice column called Panduan Pengguna. I contributed to that column from 1975 to 1980. I am told it was a well-received column then. Azah would sometimes call me to say what words should be replaced in the column. I would write it in English and she would have it translated into Bahasa Malaysia. I found her to be pleasant and down to earth. I am sure many journalists will miss her as she had a way with words, which she used proficiently. Bulbir Singh, Seremban, Negri Sembilan

1  

Page 18: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Syor tubuh yayasan

Publication: HM Date of publication: Jul 11, 2012 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Penggantinya mungkin tidak lagi sama, namun perjuangan Budayawan Negara, Azah Aziz yang meninggal dunia kelmarin tetap perlu diteruskan supaya menjadi rujukan masyarakat selain panduan kepada generasi mendatang. Azah atau nama penuhnya, Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, 84, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini, adalah tokoh yang cukup dikenali sebagai seorang yang arif mengenai dunia busana Melayu tradisional terutama songket. Sejarawan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata bukan mudah untuk melahirkan insan kedua seperti Azah, namun tidak mustahil juga ciri dimiliki wanita sanjungan negara itu diwarisi generasi masa depan sebagai pelapis yang boleh memimpin. "Untuk menggilap pelapis, kita perlu mulakan daripada awal, dasar di sekolah memainkan peranan penting sebelum diteruskan di peringkat universiti supaya penyerapan minat pelajar terhadap budaya Malaysia tidak henti sebaliknya, mereka terus diasuh. "Dari situ mungkin kita boleh usahakan untuk mendidik pelapis yang boleh menjadi rujukan satu hari nanti. "Namun apa yang lebih penting adalah mewujudkan yayasan yang boleh menjamin sumbangan arwah Mak Engku (panggilan untuk Azah) tidak padam begitu saja. "Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau mungkin Universiti Malaya (UM) boleh fikir untuk tubuhkan yayasan ini yang memfokus kepada kajian kebudayaan Melayu seperti mana arwah perjuangkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Dr Khoo turut menambah, kajian terhadap kebudayaan masyarakat pribumi Sabah dan

2  

Page 19: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Sarawak juga perlu dimasukkan sebagai salah satu aspek kajian yang dibiayai yayasan kerana budaya tidak mengira bangsa boleh mendorong kita memperingati sumbangan Azah. Sementara itu, Pengarah Urusan Atikah Songket TTDI (Taman Tun Dr Ismail), Noriah Ashari, berkata sebagai orang industri tenunan beliau sangat memerlukan pakar rujuk seperti Azah yang banyak memberi sumbangan idea, pandangan dan maklumat berguna. "Kehilangannya memang amat dirasai industri kerana kami rapat dengan arwah, malah saya sendiri mengenalinya ketika masih menuntut di sekolah sekitar tahun 80-an. "Dia sudah seperti ibu dan jika ada pun tokoh lain yang dapat menggantikan tempat arwah, ia takkan sama dengan pendirian Allahyarham yang sangat teliti orangnya, bersopan-santun dan memandang tinggi budaya Melayu selain mahu mempertahankannya. "Orang industri seperti saya memang memerlukan pakar rujuk macam arwah, tapi kita juga tak mampu melawan takdir," katanya.

3  

Page 20: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Senyuman Azah menenangkan jiwa

Publication: BH Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 034 Byline / Author: Oleh Nor Affizar Ibrahim

Belasungkawa Kali terakhir penulis beramah mesra dengan tokoh budayawan, Mak Ungku atau lebih dikenali Azah Aziz kira-kira empat tahun lalu, di atas cruise di Putrajaya ketika sama-sama meraikan hari ulang tahun Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA). Allahyarham ketika itu walaupun dalam keadaan pergerakan yang terbatas kelihatan ceria dapat bertemu kenalan lama dan penulis muda. Hilang sebutir permata Senyuman diukir dan kelembutan dipaparkan cukup menyenangkan sesiapa saja. Tetapi hari ini, semua itu tiada lagi dan pasti ramai yang akan terbayang wanita berwajah lembut dan cantik itu. Malah, negara turut kehilangan sebutir permata semalam, selepas tokoh budayawan yang juga isteri Profesor Diraja Ungku Aziz, meninggal dunia. Ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz, meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua dan angin ahmar. Dilahirkan dengan nama penuh Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, beliau yang pernah mengendalikan ruangan Wanita Berita Harian, turut digelar Budayawan Melayu kerana hobi dan minatnya begitu tinggi dalam mempertahan serta mengumpulkan tekstil dan busana tradisional Melayu, perhiasan, kraf tangan tradisional dan sebagainya. Mencintai busana dan tekstil Melayu Beliau amat mencintai busana dan tekstil Melayu yang dianggapnya sebagai pusaka nan indah serta mempunyai keunikan tersendiri perlu dipelihara.

4  

Page 21: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Justeru, setiap kali diberi ruang untuk membicarakan khazanah seni itu, beliau jarang sekali menolaknya dan sentiasa teruja berkongsi ilmu dan menerangkannya satu persatu. Begitulah jitu cintanya pada warisan seni budaya. Beliau dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru juga peminat dan penggiat pantun. Untungnya, Azah berkongsi minat sama dengan Ungku Aziz yang turut mempunyai semangat cintakan seni, bahasa dan warisan bangsa Melayu cukup kental. Beliau menulis dan berceramah mengenai kebudayaan dan kesenian Melayu sejak 1950-an. Beliau juga memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN. Tidak mahu ilmu dimiliki hilang ditelan zaman dan luput begitu saja, kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu digarapkan Azah dan terungkai indah dalam buku karyanya, Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Hasilkan buku pantun Azah juga pernah menghasilkan buku kumpulan pantun dan seloka kanak-kanak yang mana sebahagian puisi di dalam buku itu dikutip serta dipilih daripada perbendaharaan puisi Melayu lama, manakala sebahagian yang lain pula adalah kesan daripada pengalaman peribadi apabila didendang dan diajarkan ibunya. Selain itu, Azah pernah menjadi wartawan yang cukup prolifik di Utusan Malaysia dan Berita Harian. Azah terbabit secara langsung dengan dunia kewartawanan meneruskan perjuangan arwah ibunya, Azizah Ja'afar melalui penulisan. Pesanan ibunya supaya menyedarkan orang Melayu mengenai kebaikan zat pemakanan ternyata memberi kesan kepada dirinya menyebabkan beliau mengambil keputusan mewujudkan kolum soal jawab mengenai kesihatan di dalam akhbar yang dikendalikan ketika itu. Melalui penulisannya sebagai wartawan, Azah turut menekankan pentingnya pelajaran dan kerjaya untuk wanita, di samping banyak mengetengahkan isu wanita. Pengasas PERTAMA

5  

Page 22: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Beliau penggerak dan pengasas serta Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) dan University Women's Asociation. Menyedari peluang yang ada, Azah dan ahli PERTAMA mempergunakan sebaiknya ruang yang ada bagi menyedarkan wanita mengenai kepentingan bekerja dan mempertingkatkan keupayaan wanita dalam segala aspek. Peluang menemuramah angkasawan wanita Russia, Valentina Nikolayeva Tereshkova dan Perdana Menteri India, Indira Gandhi, juga memberi kesan besar kepada Azah kerana kejayaan itu memperlihatkan keupayaan dan keperkasaan wanita yang selama ini sering dinafikan wartawan lelaki. Beliau dalam suatu temubual pernah menegaskan, wanita sememangnya sejak dulu lagi sudah dianggap perkasa kerana istilah 'tuan puteri' yang sering digunakan dalam persuratan Melayu lama. Pada 2009, Azah menerima Anugerah Penghargaan Khas oleh Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPMM). Semalam, ketika usia 83 tahun, beliau pergi menyahut panggilan Ilahi, meninggalkan seorang cahaya mata dan dua cucu. Meninggalkan juga sejarah hebatnya selama membabitkan diri dalam bidang budayawan dan dunia kewartawanan serta kemasyarakatan. Justeru, pemergiannya nyata satu kehilangan besar kepada negara. Al-Fatihah. INFO Azah Aziz 1928-2012 - Nama sebenar: Sharifah Azah Mohamed Alsagoff. - Tarikh lahir: 21 Ogos 1928 di Singapura. - Keturunan: Campuran Melayu, Turki dan Arab. - Pendidikan menengah: Sekolah Menengah Convent Inggeris, Johor Bahru. - Perkahwinan: Berkahwin dengan Prof Diraja Ungku Aziz ketika berusia 18 tahun. - Anak: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, kini Gabenor Bank Negara.

6  

Page 23: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Sinonim dengan busana Melayu Publication: BH Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010

Petaling Jaya: Tokoh budaya, Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau Azah Aziz, disifatkan sebagai seorang individu yang amat mencintai budaya Melayu, sehingga amat jarang melihatnya mengenakan pakaian selain busana Melayu ketika berada di khalayak. Dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat, mereka menceritakan ketika hayatnya, tokoh budaya yang mesra disapa Kak Azah atau Mak Engku itu, sering mengenakan baju tradisional iaitu baju kurung sambil menyelitkan bunga cempaka di rambutnya ketika di rumah. "Kalau dijemput ke rumahnya untuk minum teh, tidak pernah saya melihat beliau memakai pakaian lain, selain baju kurung dengan bunga cempaka yang diselitkan di rambutnya," kata bekas Pengarang Wanita BH, Zubaidah Abdul Rahman, 71. EXCO Wanita UMNO, Datuk Jamelah A Bakar, 59, yang mengenali tokoh budaya itu sejak 1970-an ketika bertugas di Utusan Melayu, menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan mencintai adat dan budaya Melayu. "Allahyarham seorang yang amat lemah lembut pertuturannya dan sering memberikan nasihat berhubung peranan golongan wanita dalam segenap lapangan ilmu," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya, berkata Allahyarham adalah guru dalam bidang penulisan rencana kerana banyak membimbing beliau dalam penulisan rencana. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar), pula menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan tokoh kebudayaan agung yang sukar dicari ganti. "Beliau memiliki kesempurnaan yang bukan saja digambarkan dari segi pakaian tetapi dari segi minat dan usaha untuk membudayakan masyarakat serta kebudayaan bangsa," katanya.

7  

Page 24: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Bakti Azah dikenang: PM Publication: BH Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kegigihan tokoh budaya, Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau Azah Aziz, dalam memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang oleh masyarakat. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan saudara Allahyarham berikutan kematian tokoh berkenaan pagi semalam. Azah, 83, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi kerana sakit tua dan angin ahmar. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. Terdahulu jenazah disembahyangkan dan disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Bangsar. Antara yang berada di tanah perkuburan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta anggota keluarga dan kenalan rapat. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan berkata, sumbangan besar Azah dalam memelihara budaya Melayu akan dikenang dan dihargai. Beliau berkata, pemergian tokoh budaya itu semalam sebagai kehilangan besar kepada negara dan sukar dicari ganti. "Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan Allahyarham, malah nama Azah Aziz amat sinonim dengan budaya Melayu yang harus dipelihara dan dipulihara bagi mengelak kepupusannya," katanya.

8  

Page 25: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Azah Aziz meninggal akibat sakit tua

Publication: HM Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 015

KUALA LUMPUR: Tokoh Budayawan Negara, Sharifah Azah Mohammad Alsagoff atau Azah Aziz meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi semalam dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini. Beliau yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarganya termasuk suami, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selepas menderita sakit tua dan angin ahmar. Pemergiannya pada usia 84 tahun disifatkan satu kehilangan besar kepada negara kerana sepanjang hayatnya beliau aktif memperjuangkan aspek kebajikan kanak-kanak dan wanita selain menjadi pakar rujuk budayawan Melayu. Azah berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Johor Bahru dan kemudian mengikuti pendidikan Jepun ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru pada 1949 hingga 1951, sebelum menjadi setiausaha di Jabatan Sosial, Universiti Malaya (UM) dan kemudian setiausaha kepada Cendekiawan Negara, Pendeta Za'ba di Jabatan Pengajian Melayu UM. Tokoh ini dikenali sebagai Budayawan Negara kerana minat mendalam terhadap tekstil, pakaian, perhiasan dan kraftangan tradisional Melayu, malah sejak 1950-an lagi aktif menulis dan berceramah mengenai kebudayaan serta kesenian Melayu tulen.

9  

Page 26: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Kak Azah touched many hearts

Publication: NST Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 011 Byline / Author: By Johan Jaaffar

IT is an understatement to suggest that the late Azah Aziz (Kak Azah Aziz to most people who knew her) was passionate about language, culture and the arts. For, she believed language is the best manifestation of the soul of the people, while culture and the arts best reflect the mind and tradition of any race. She was more than that. She was also an indefatigable crusader for the women's cause. I must confess, I am an admirer of her works. When I joined the Utusan Melayu group in 1992 as the chief editor, I was fully aware of her contributions there. From 1973 to 1978, she oversaw the woman's section of Utusan Malaysia as well as advising Wanita, one of the oldest and most successful magazines in the stable. Wanita was more than 25 years and it needed a revamp badly. The size was odd and advertisers were shying away. I sought her guidance. She told me that Wanita was unique. She said we should handle the magazine with care, "don't antagonise the traditional readers, but entice the younger readers with style and finesse". I shall always remember this: do it with style and finesse, if you have to make changes. And in a typical Kak Azah fashion, she concluded with a proverb: "Jangan sampai apa dikejar tak dapat, dikendung keciciran." (Don't go after the rainbow while discarding whatever you have). Prior to that, I was also working on the revamp of the daily, Utusan Malaysia, and its weekly edition, Mingguan Malaysia.

10  

Page 27: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Her advice: "Pelihara bahasa, gunakan bahasa yang baik," (take care of the language usage). Language was everything to her. The usage differentiates a quality newspaper from the not. Those who have been blessed to work with her will remember how she treated language as a vehicle for communication. To her, language was alive, it had a soul, and more importantly, she believed in the power of words and phrases. The creative realm is a vast universe, shrouded with mystery, yet very much part of the Malay psyche, manifested by the best usage of language. On many occasions when I was the chairman of Dewan Bahasa dan Pustaka, she complained about the quality of language in the media. She spread the love for language to children for she believed inculcating good values begins early. Literature helps in nurturing adab dan susila (courtesy and decency). She wrote countless books for children, ranging from pantun to children games and story telling. She wrote Adik Sayang, Puisi Kanak-kanak and Marilah Bermain. She published Di Taman Seni, an introduction to Malay handicraft for children. Dendang dan Dondang Kanak-kanak was written with Dr Ariff Ahmad to introduce traditional Malay songs to children. She published Selayang Kenangan, a collection of essays on women issues, traditional dresses and handicraft in 1990. Remember, being Kak Azah, she would not be contented with just a name. It must sound right, and in the case of Pancaindera, the entertainment supplement of Mingguan Malaysia, poetic. Even today, they retain the name. I did many changes to the name of the sections, but Kak Azah's coinage, I dare not touch. Kak Azah, the wordsmith, made "busana" (clothing) hip, chick and urbane. Just add the ornaments and jewellery, "busaneka" became part of the fashion icon. After all, her love for traditional clothes was legendary. The baju kurung was almost her official outfit; she'd never leave home without it.

11  

Page 28: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

One of her books, Rupa dan Gaya: Busana Melayu, published in 2006 by Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, is testimony to that interest. Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, born on Aug 21, 1928, in Singapore, didn't go far in her studies, which was abruptly disrupted during the war. She married Ungku Aziz at the age of 17 and joined the Malay Studies Department of the University of Malaya in Singapore doing secretarial jobs. When Ungku Aziz became the vice-chancellor, they moved to Kuala Lumpur. She was the secretary for the then Straits Times editor-in-chief Leslie Hoffman. Perhaps he saw in Kak Azah the tenacity and inquisitiveness of a journalist. He introduced her to the world of journalism. She never looked back. In Berita Harian and later Utusan Malaysia, she worked with some of the great names in journalism -- A. Samad Ismail, Mazlan Nordin, A. Samad Said, Zainuddin Maidin and Ishak Haji Muhamad -- to name a few. Kak Azah came from a very distinguished Johor family. She was the niece of Datuk Onn Jaafar, the first menteri besar of Johor and the founder of Umno. Her mother, Azizah Jaafar, had a big influence on her. Azizah was one of the pioneers of what was known back then as domestic science studies. One of the schools in Johor Baru still bears her name: Sekolah Rumah Tangga Azizah. Kak Azah was touched by the realities of the misogynist attitude in a male-dominated society. She championed for women to be acknowledged in their works, getting the same pay and fighting for their legal rights. For that reason, she was one of the founders of Pertubuhan Tindakan Wanita Islam. Kak Azah was known as the wife of Ungku Aziz, one of the greatest minds the country has ever known. Their only child, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, is governor of Bank Negara Malaysia. They both loved pantun and the Japanese haiku and they shared the passion for culture. Ungku Aziz's latest book, Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu (Pantun and the Wisdom of the Malay Mind) was a product of thousands of hours going through

12  

Page 29: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

16,000 pantun to select 78 to be studied. Biographer and novelist Zaharah Nawawi wrote Azah Aziz: Kartika di Langit Seni in 2002. It tells half the story of this incredible lady, from her childhood years to 1993. But Zaharah was right about the analogy, kartika (Indonesian, which means a star). Kak Azah was indeed one of the brightest stars in the castellation of language, culture and the arts in this country. She was a mother to many, a legend in her own right, and an icon among women. We will miss her dearly.

13  

Page 30: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: She was caring, kind and tough, says friend Publication: NST Date of publication: Jul 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 011

KUALA LUMPUR: Malay culture expert and former journalist Azah Aziz, the wife of Royal Professor Ungku Aziz, died yesterday. She was 84. Azah, or Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, died of old age and a stroke at 10am. Azah's friend, Zubaidah Abdul Rahman, 71, said Kak Azah had always been the strong force behind her success. "We had gone through the different stages of a relationship. "She was my mentor, and later confidante and good friend, during our 50 years of friendship," she said as she wiped her tears away. Zubaidah said she received the news of Azah's death at 3.45pm, when she was getting ready to go to Kedah. "I was shocked. I had planned to visit her a couple of days ago, but I had something to do. "My heart sank when I heard the news. "She was so beautiful that many people had labelled her as the Malaysian Elizabeth Taylor. "She was the reason I completed my degree at Universiti Malaya. "I had no money to further my studies and my scholarship applications were rejected. "I cried to her about it. "One day, she asked me to meet her husband, who was vice-chancellor in 1968."

14  

Page 31: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Zubaidah said Ungku Aziz told her someone from Penang was willing to pay RM10,000 for her to complete her four-year course. The former Berita Harian journalist described Azah as a caring, kind and a tough lady as she remained active despite her ailments. "Despite her ill health, she would call to remind me to rest and eat well. "Her memory will live on among those she has touched, in our profession as journalists and beyond, in Malaysia and far afield." Azah's remains were taken to Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq in Bangsar, here, for prayers. She was buried at the Bukit Kiara Muslim Cemetery after Asar prayers. Her husband, Professor Ungku Aziz, 90, was present, along with former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Azah's family members and friends.

15  

Page 32: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Mak Ungku hargai songket

Publication: BH Date of publication: Sep 30, 2006 Section heading: Sabtu Page number: 08 Byline / Author: Oleh Azran Jaffar

KUALA LUMPUR: Sewaktu berkunjung ke rumahnya beberapa tahun lalu, tumpuan mata penulis terarah pada jendela yang dilapisi indah dengan kain songket serta beberapa bantal peluk kecil siap dengan tampuk daripada logam yang disusun indah di sofa. "Saya dapat kain itu di sebuah kedai songket di Terengganu, ada orang pesan kepada penenun supaya buatkan songket yang panjang, tapi tak diambil, jadi saya minta untuk dibeli dan saya jadikan langsir. "Bantal tu pula saya dapat di sebuah kedai di Petaling Jaya, masa tu ada jualan murah... saya berkenan dengan kain dan warnanya," demikian jelas tokoh budaya, Azah Aziz sewaktu ditanya di mana beliau memperoleh kedua-dua barang berkenaan. Seperti indahnya tekstil yang mewarnai ruang tamu rumahnya, begitulah juga indahnya tutur wanita yang kaya dengan pengalaman budaya ini setiap kali berbicara soal tekstil dan corak tradisi. Mewarisi lebih 100 helai tekstil tradisi daripada arwah ibunya, Azizah Jaafar, katanya himpunan itu adalah sesuatu yang amat beliau hargai. "Bagaimanapun kebanyakan himpunan tekstil itu saya tumpangkan di Muzium Seni Asia Universiti Malaya kerana di sana ia lebih terjaga," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Mak Ungku Kecintaan Mak Ungku kepada tekstil Melayu lama diluahkan melalui buku Rupa & Gaya Busana Melayu, yang dihasilkan sepanjang menjadi Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). "Memang saya nak tulis buku seperti ini dan saya berasa saya mesti menulis buku seperti ini kerana minat saya terhadap perkara ini sudah disemai sejak lama," katanya apabila ditanya bagaimana timbul ilham menghasilkan buku berkenaan.

16  

Page 33: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Bagaimanapun, apa yang jelas kata Mak Ungku, pengaruh ibunya yang mendorong beliau untuk menghasilkan buku ini dan tidak hairanlah kata-kata ini: "Kepada Ibu Azizah Jaafar yang sentiasa dalam kenangan," dititipkan pada halaman awal buku ini. "Pengaruh ibu menyebabkan timbul minat saya terhadap tekstil Melayu dan busana," katanya pada pertemuan, baru-baru ini. Diterbitkan oleh Penerbit UKM, buku setebal 376 halaman dalam edisi mewah itu menceritakan sejarah tekstil tradisional serta cara pemakaiannya juga ditambah dengan corak potongan baju tradisi dan diselitkan dengan pantun dan gurindam lama. Mendasarkan kajiannya kepada hikayat Melayu lama, Mak Ungku berkata, selain itu beliau turut mengkaji syair, gurindam dan pantun lama yang banyak menceritakan mengenai tekstil dan busana Melayu tradisi. "Apa yang saya tekankan melalui buku ini adalah masyarakat Melayu tradisi sebenarnya kaya dengan reka corak tekstil cuma sebahagian generasi sekarang yang lupa dengan khazanah ini. Dimulakan dengan menceritakan mengenai Alam Melayu, buku Rupa & Gaya Busana Melayu ini mengungkapkan segala-galanya mengenai tekstil Melayu, daripada ilham reka corak ke bahan pewarna, daripada falsafah corak ke kaedah pemakaian, daripada songket ke cindai, juga pola potongan busana Melayu. "Pola potongan itu saya lengkapkan dalam buku ini kerana saya tahu orang sekarang tidak tahu perbezaan, misalnya antara baju kurung dengan baju Kedah. "Saya tak kisah kalau anak muda zaman sekarang nak pakai baju kebaya dengan jeans, tapi kita juga perlu ambil tahu mengenai pakaian tradisional dan cara pemakaiannya. "Kita tengok misalnya orang Jepun dan Korea, mereka berbangga dengan pakaian tradisional mereka dan memakainya dengan lengkap dan dengan cara yang betul, begitu juga dengan orang Indonesia," katanya. Kata Mak Engku mengenai buku yang dihasilkannya, apabila kita memperkatakan mengenai busana dan tekstil Melayu kita bercengkerama dengan suatu kisah

17  

Page 34: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

keindahan yang tidak berkesudahan. "Apabila kita kaji pula busana dan tekstil itu dengan lebih dekat, kita bersua dengan nilai estetika yang menjadi pegangan orang Melayu sejak berzaman - nilai yang berilhamkan keagungan, keindahan dan keajaiban alam semesta ciptaan Ilahi. Apa yang jelas, selain memberikan penerangan yang membuka minda, Rupa & Gaya Busana Melayu adalah satu taruhan yang cukup bernilai untuk ditatap dan dihayati. Selain di UKM, buku ini boleh diperoleh di rangkaian kedai buku MPH. (END)

18  

Page 35: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Kehalusan seni songket

Publication: BH Date of publication: Apr 22, 2006 Section heading: Sabtu Page number: 10 Byline / Author: Oleh Shaidah Shafie

MEWARISI minat dan pengetahuan daripada arwah ibu, Azizah Jaafar, beliau kemudian mendalami dan menjadi pengumpul koleksi songket, kain tenun Melayu yang sentiasa digemari sepanjang zaman. Tidak ketinggalan minatnya itu kemudian turut berkembang pada fabrik dan tekstil lain yang ada sangkut paut dengan busana tradisional Melayu sehingga ketokohannya sebagai budayawan tersohor. Individu yang dimaksudkan, Tokoh Budayawan Negara, Sharifah Azah Aziz atau lebih dikenali sebagai Ibu Azah, sering menjadi pakar rujuk songket dan dijemput bagi memberi kuliah khas mengenai fabrik terbabit. "Saya mengenali songket daripada arwah ibu. Kini ada lebih kurang 60 helai songket yang ada dalam simpanan saya tetapi kebanyakannya ditempatkan di Muzium Seni Asia di Universiti Malaya (UM)," katanya kepada Sastera pada pertemuan di kediamannya di Petaling Jaya, baru-baru ini. Azah berkata, seni tenunan pada songket yang cantik pada pandangan matanya menarik minatnya ditambah pula kehalusan kerja tangan orang Melayu terpancar pada setiap penghasilan kain songket. "Songket boleh dibahagikan kepada dua iaitu songket bunga bertabur dan songket bunga penuh. Motif songket bunga penuh lazimnya dikenali sebagai teluk berantai manakala songket bunga bertabur; bunga kesemak atau pisang kaki dan tampuk manggis. "Motif tampuk manggis dikategorikan pula kepada tampuk manggis pecah empat, pecah enam dan pecah lapan tetapi bunga kesemak hanya tertakluk kepada pecah empat," katanya yang kini sedang mengusahakan buku mengenai fabrik songket dan busana Melayu.

19  

Page 36: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Sastera diberitahu, selain motif bunga bertabur dan bunga penuh, motif pucuk rebung adalah motif lama yang sentiasa digemari penenun songket dengan motif pucuk rebung rebah yang bertemu hujung dinamai pucuk rebung berjuang. "Motif pucuk rebung berjuang ini selalunya dijadikan kepala kain manakala motif awan larat pula

diletakkan di bahagian tepi kain. Motif lain yang turut mendapat tempat dalam penenunan songket ialah pending," katanya. Dari segi penjagaan songket pula, cara terbaik menyimpan fabrik terbabit ialah dengan menggulung atau dilipat tiga dan disangkut kerana cara ini dapat mengelakkan benang songket daripada patah dan warna benang tidak pudar. Azah gembira dengan perkembangan dunia kain songket Malaysia kerana fabrik terbabit tetap utuh walaupun zaman berubah dan ada pelbagai jenis fabrik baru membanjiri pasaran tekstil negara ini. Bagaimanapun, beliau resah dengan tanggapan sebahagian besar masyarakat yang melihat songket sebagai fabrik mewah tanpa memikirkan kerumitan proses penghasilannya. "Saya gembira kerana ia tidak lenyap dan berupaya bersaing dengan segala macam fabrik dan tekstil lain di pasaran. Malahan songket kini bertambah laris di pasaran kerana penggunaannya dipelbagaikan. "Pada zaman dulu, songket hanya digunakan oleh kerabat diraja ketika pertabalan dan majlis rasmi tetapi kini songket turut dijadikan kemeja, baju kurung, sampul kusyen, alas meja dan perhiasan dinding," katanya. Koleksi songket Azah sesetengahnya berharga sehingga RM6,000 sehelai dengan kebanyakannya daripadanya dibeli daripada pengusaha songket di Terengganu seperti Atikah Songket dan Wan Manang Songket. "Pada awal kemunculannya, songket adalah kain yang dijadikan sarung. Saya cukup seronok apabila melihat ada wanita memakai persalinan songket," katanya yang akan terus memperjuangkan kelestarian songket pada persada budaya bangsa.

20  

Page 37: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

INFO * Memiliki lebih 60 koleksi pelbagai warna dan motif. * Sedang mengusahakan buku mengenai songket dan busana tradisional.

21  

Page 38: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Sayang selamatkan khazanah Melayu

Publication: BH Date of publication: Apr 19, 2008 Section heading: Sabtu Page number: 23 Byline / Author: Ulasan Nazmi Yaakub

SAYANG, kumpulan pantun dan seloka kanak-kanak susunan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, muncul di tengah-tengah pasaran buku yang kontang dengan buku kanak-kanak yang mengangkat sastera tradisional. Pantun dan seloka yang menjadi pilihan pengarang untuk dimuatkan dalam buku ini, bertepatan dengan khalayak sasaran di kalangan kanak-kanak kerana pendek dan ringkas selain mengutamakan rentak serta irama yang rancak. Buku yang diceriakan dengan lukisan Allahyarham Dzulkafli Buyong yang terkenal dengan lukisan kanak-kanak sebagai objek kegemarannya ini, terbahagi kepada lima bahagian iaitu pantun dan seloka Bermain, Keluarga, Alam, Nasihat dan Dodoi. Pantun dan seloka Bermain pasti mengingatkan pembaca dewasa mengenai kehidupan pada zaman kanak-kanak mereka khususnya dekad sebelum dan sebaik merdeka, seperti Main Masak-masak, Lenggang-lenggang Kangkung dan Pok Amai-amai. Sesuai dengan pendidikan kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan alam sekeliling, buku ini menampilkan pantun dan seloka yang menarik perhatian mereka kepada alam sekeliling seperti Air Pasang Pagi berhubung kehidupan pada awal hari, selain seloka O Bangau! yang membantu perkembangan minda mereka dengan teknik soal jawab. Nasihat yang menjadi unsur penting dalam sastera dan budaya Melayu turut menjadi pilihan penyusun, apabila membariskan pantun Burung Kenek-kenek yang mengandungi nasihat mudah, tetapi sangat bererti dalam ketamadunan bangsa, manakala Itu Bulan, Itu Bintang pula, membuktikan kebijaksanaan orang Melayu dalam pendidikan anak kecil. Masyarakat hari ini mungkin lebih mengenali lagu dodoi dari Barat sehingga lagu dodoi tradisi yang kental dengan kasih sayang keluarga terhadap anak semakin diabaikan

22  

Page 39: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

seperti diakui penyusun yang turut memberi keutamaan pada lagu seperti O Bulan, Tok Tok Noyang dan Tidurlah Adik. Azah dalam buku itu mengakui sebahagian puisi itu dikutip dan dipilih daripada perbendaharaan puisi Melayu lama, manakala sebahagian yang lain pula adalah kesan daripada pengalaman peribadi apabila didendang dan diajarkan ibunya. "Manakala selebihnya saya peroleh daripada orang tua dan ada yang saya dapat daripada kawan dan rakan yang didesak bagi mengingatkannya semula. Kecuali beberapa rangkap seloka dan pantun yang masih terkenal, sebilangan daripada puisi dalam buku ini sudah hampir lesap dan lenyap ditelan zaman," katanya. Lukisan Dzulkafli pula mempunyai tarikan tersendiri kepada kanak-kanak dengan objek dan warna yang memikat, sekali gus memudahkan pemahaman mereka untuk mendalami pantun dan seloka terbabit. Jalinan karya Azah Aziz SHARIFAH Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz yang dilahirkan di Singapura, pada 21 Ogos 1928 dan dibesarkan di negara ini, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent Inggeris di Johor Bahru, tetapi pengajiannya terganggu akibat perang. Azah mengambil kursus kesetiausahaan, sempat berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Pengajian Sosial, Universiti Malaya (UM), Singapura dan Setiausaha Ketua Pengarang New Straits Times, Tan Sri Leslie Hoffman, yang memperkenalkannya kepada dunia kewartawanan, sebelum dilantik sebagai Pengarang Wanita Berita Harian serta Pengarang (Rencana) Utusan Melayu. Beliau berkahwin dengan Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan dikurniakan seorang anak, Tan Sri Dr Zeti Akhtar, menghasilkan buku berkaitan sastera tradisional dan kekeluargaan seperti Ibu, Kenangan Budi, Keluarga Kita, Pantun-pantun Melayu, Pantun Kanak-kanak, Adik Sayang, Bangau Kurus serta Di Taman Seni. Pada 2006, beliau menghasilkan buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu hasil daripada pelantikannya sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

23  

Page 40: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila turut mengasaskan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), selain pernah dilantik sebagai Presiden Pertama.

24  

Page 41: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Dr Azah perjuang hak golongan hawa Publication: BH Date of publication: Aug 27, 2008 Section heading: Hip Page number: 10 Byline / Author: Oleh Shaidah Shafie

KONOTASI `kemerdekaan' memberi pelbagai maksud kepada setiap individu yang menghuni negara merdeka seperti Malaysia. Generasi muda yang ada pada hari ini juga dikira cukup bertuah kerana mereka berada di dalam situasi yang serba lengkap disediakan oleh generasi terdahulu selepas tanah air bebas daripada belenggu penjajah. Dalam tempoh perjuangan memanfaatkan kemerdekaan itu, pelbagai wadah dan landasan digunakan warga negara terbabit untuk mendapatkan hak kekal dan lebih baik bagi pembangunan kemanusiaan keseluruhannya. Apabila menyebut mengenai kemerdekaan, dunia kewartawanan tidak terkecuali meraikan suasana kejayaan itu dengan memperlihatkan keperkasaan wanita apabila mereka memilih menyalurkan suara melalui media cetak dan elektronik seawal negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Antara nama yang terus diingati kerana ketajaman mata pena ketika berbicara mengenai wanita adalah tokoh kewartawanan dan budayawan, Dr Azah Aziz. Berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang kewartawanan, Dr Azah terus segar di persada kebangkitan wanita ketika merdeka hingga kini. Dr Azah berkata, media menjadi wadah bagi wanita di negara ini menyuarakan pandangan, selain menjadi medan membantu membangunkan wanita khususnya bagi memperkasakan kedudukan dan hak mereka pada masa itu. "Sekitar 1957, wanita menguasai media elektronik dan cetak. Kami berpersatuan melalui Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) yang ditubuhkan pada 1971. Pada masa itu, kami lantang dan aktif mengetengahkan wanita dalam apa jua acara yang difikirkan sesuai," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini. Beliau berkata, fungsi wanita terus diperakui walaupun pada peringkat awal

25  

Page 42: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

kemerdekaan, ada lelaki yang mengkritik kebangkitan mereka berjuang terhadap persamaan hak dan beberapa perkara lagi. Beliau tidak pernah menghiraukan suara negatif mengenai kegiatan yang dilakukan Pertama di bawah terajunya. Menyedari peluang yang ada, Dr Azah dan ahli Pertama mempergunakan sebaiknya ruang yang ada bagi menyedarkan wanita mengenai kepentingan bekerja dan mempertingkatkan keupayaan wanita dalam segala aspek. Akuinya, wanita zaman dulu juga bekerja seperti wanita zaman kini, cuma apa yang membezakan mereka adalah persekitaran kerja. "Wanita Melayu zaman dulu bekerja di sawah dan corak pekerjaan boleh dilihat mengikut pecahan kaum. Wanita India banyak bekerja di ladang dan wanita Cina pula di kawasan perlombongan, manakala wanita kini tanpa mengira kaum, kebanyakannya bekerja di pejabat," katanya. Beliau yang terbabit secara langsung dengan dunia kewartawanan meneruskan perjuangan arwah ibunya, Azizah Ja'afar melalui penulisan. Pesanan ibunya supaya menyedarkan orang Melayu mengenai kebaikan zat pemakanan ternyata memberi kesan kepada dirinya menyebabkan beliau mengambil keputusan mewujudkan kolum soal jawab mengenai kesihatan di dalam akhbar yang dikendalikan ketika itu. Peluang menemuramah angkasawan wanita Rusia, Valentina Nikolayeva Tereshkova dan wanita pertama India, Indira Gandhi, juga memberi kesan besar kepada Dr Azah kerana kejayaan itu memperlihatkan keupayaan dan keperkasaan wanita yang selama ini sering dinafikan wartawan lelaki. Dr Azah yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Kesenian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini kerana pembabitannya dalam bidang kebudayaan dan kewartawanan, menegaskan wanita sememangnya sejak dulu lagi sudah dianggap perkasa kerana istilah `tuan puteri' yang sering digunakan dalam persuratan Melayu lama. "Sebutan tuan puteri itu sendiri sudah memberi simbol betapa wanita berkuasa dan perkasa. Tidak ada istilah tuan putera dan dalam urusan surat menyurat pun, ada yang menyebut tuan walaupun individu itu adalah wanita. Saya suka menyebut pantun ini bagi menggambarkan keperkasaan wanita sejak dulu: kain selerang kain pelikat, payung terkembang tengah hari, sungguhlah tuan pandai memikat, burung terbang

26  

Page 43: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

27  

menyerah diri. "Pantun ini jelas memaksudkan tuan itu adalah wanita dan burung pula adalah lelaki. Betapa besarnya martabat wanita pada mata lelaki," katanya. Justeru, generasi hari ini wajar memikirkan apakah yang boleh dilakukan bagi melestarikan pembangunan minda khasnya dan keutuhan bangsa amnya dalam arus kemerdekaan yang sudah melepasi usia 51 tahun. Kalau tidak berkemampuan mengubah dunia sekalipun, lakukan saja permulaan yang bermanfaat bagi merealisasikan pengisian kemerdekaan ke-51 pada 31 Ogos ini. (END)

Sumber : http://www.emedia.com.my Tarikh Akses : 4 Disember 2012

Page 44: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

SUMBANGAN AZAH AZIZ, TOKOH BUDAYA MELAYU, AKAN SENTIASA DIKENANG - MUHYIDDIN

Date: 09-07-2012 Author: / ERKB NMA FZL NAK2 LES NH AZAH-MENINGGAL (REAKSI) KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Sumbangan besar Sharifah Azah MohamedAlsagoff atau Azah Aziz dalam memelihara budaya bangsa akan dikenang dan dihargai, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menyifatkan pemergian tokoh budaya itu hari ini sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan sukar dicari ganti, Muhyiddin berkata Azah yang juga dikenali sebagai Mak Ungku begitu tekun dan komited dalam usahanya memelihara dan memperjuang budaya Melayu agar tidak ditelan zaman. "Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan Allahyarham malah nama Azah Aziz itusendiri amat sinonim dengan budaya Melayu yang harus dipelihara dan dipulihara bagi mengelak kepupusannya," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini. Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi ini. Muhyiddin dalam masa yang sama turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tokoh itu. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalamlaman sosial Facebook dan Twitter miliknya berkata jasa tokoh budaya itu tidak akan dilupakan dalam memperjuang budaya, bahasa dan juga seni tenunan di negaraini. Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pula menyifatkan pemergian isteri Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz dan ibu Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu sebagai suatu kehilangan tokoh kebudayaan agung yang sukar dicari ganti. "Beliau memiliki kesempurnaan yang bukan sahaja digambarkan dari segi pakaian tetapi dari segi minat dan usaha untuk membudayakan masyarakat serta kebudayaan bangsa. "Beliau pandai berpantun dan pantun yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai contoh pantun hasil nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah Mastika sejak sekian lama," katanya. Zainuddin berkata Allahyarham yang juga bekas penulis turut mempunyai minat mengumpul songket lama serta meminati budaya seni warisan dan seni sastera tanahair. "Allahyarham merupakan individu yang bertanggungjawab mendorong dan memberi panduan kepada saya untuk menulis buku bertajuk 'Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot. "Selain itu, beliaulah yang bertanggungjawab memberikan nama 'Pancaindera' iaitu akhbar sisipan Mingguan Malaysia ketika saya bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu," katanya. Zainuddin berkata Allahyarham wajar dicontohi generasi muda hari ini kerana mempunyai status dan kelas tersendiri sebagai isteri seorang Professor DiRaja

1  

Page 45: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

serta minat yang ditunjukkan terhadap kerjayanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya berkata Allahyarham merupakan seorang guru dalam bidang penulisanrencana kerana banyak mengajar serta membimbing beliau dalam menghasilkan penulisan rencana. "Allahyarham amat komited serta berfikiran terbuka semasa menjadi penyunting di meja Rencana semasa berkhidmat di Utusan Melayu sekitar tahun 1973. "Allahyarham banyak memberi peluang kepada wartawan untuk menghasilkan penulisan rencana yang melampaui berita (dengan membuat analisis sesuatu berita) supaya dapat menghasilkan rencana yang berkualiti serta memberi impak kepada pembaca," katanya. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Dr Salleh Rahaman ketika dihubungi berkata Allahyarham merupakan seorang wanita yang gigih dalam memperjuang martabat kaum wanita serta mengangkat seni dan budaya Melayu. Seorang bekas editor akhbar Berita Harian Zubaidah Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham sebagai seorang mentor yang sangat merendah diri. Beliau yang mengenali Allahyarham sejak di bangku sekolah iaitu sekitar tahun 1960-an sering bertanyakan pendapat Allahyarham mengenai hasil penulisannya. "Beliau merupakan mentor saya dalam penulisan...setiap hasil penulisan yang saya buat, saya akan tunjuk kepada beliau untuk dipilih dan dimuatkan di dalam akhbar Berita Minggu," katanya. Sebagai Pengasas dan Ketua Satu yang pertama Persatuan Wartawan Wanita Malaysia dari 1971 hingga 1978, Azah Aziz merupakan insiprasi kepada wartawan muda wanita. "Ahli Pertama berasa sedih di atas kehilangan Mak Ungku kerana beliau sentiasa mengambil berat tentang peranan wartawan wanita dan mengikuti perkembangan dalam Pertama," kata Ketua Satu Pertama pada masa ini, Muharyani Othman. Muharyani berkata kali terakhir anggota Pertama bertemu beliau adalah semasa perjumpaan tahunan persatuan tersebut di Putrajaya Lake Cruise pada pertengahan tahun 2010. "Walaupun beliau agak uzur, Mak Ungku gagah dan teruja untuk bersama-sama kami di majlis tahunan kami itu. Kami tidak menyangka itulah kali terakhir bertemu dengan individu yang amat kami kagumi dan hormati," katanya. -- BERNAMA ERKB NMA FZL NAK2 LES NH

2  

Page 46: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

NAJIB DAN ISTERI UCAP TAKZIAH PADA KELUARGA TOKOH BUDAYA AZAH AZIZ

Date: 09-07-2012 Author: / MYS LES RS NAJIB-TAKZIAH KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara tokoh budaya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff yang meninggal dunia hari ini. Najib berkata pemergian tokoh budaya itu, yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz akan dikenang oleh masyarakat atas kegigihannya memartabatkan budaya dankesenian bangsa. "Kegigihan beliau untuk memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang olehmasyarakat," kata Perdana Menteri dalam kenyataan di sini. Isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz itu menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 10 pagi akibat serangan angin ahmar. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas PerdanaMenteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta anggota keluarga dan kenalan rapat. -- BERNAMA MYS LES RS

3  

Page 47: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

TOKOH BUDAYA, AZAH AZIZ MENINGGAL DUNIA

Date: 09-07-2012 Author: / FZL MAM LES ROS AZAH-MENINGGAL KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia di sini hari ini. Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi ini. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas PerdanaMenteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat. Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. -- BERNAMA FZL MAM LES ROS

4  

Page 48: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

NAJIB, ROSMAH EXTEND CONDOLENCES TO AZAH AZIZ'S FAMILY

Date: 09-07-2012 Author: / MYS LES NHA NAJIB-CONDOLENCE KUALA LUMPUR, July 9 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, today extended condolences to the family and relatives of Sharifah Azah Mohamed Alsagoff who died today. "The renowned and respected Malay culture expert, known as Azah Aziz, will be fondly remembered by the people for her contributions in uplifting the status of Malay arts and culture," Najib said in a statement here today. The wife of Royal Professor Ungku Aziz and mother of Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, passed away due to old age and a stroke at about 10am today. She was 84. Her remains were buried at the Bukit Kiara Muslim cemetery, here, after Asar prayers. Among those present at the funeral were former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Azah's family membersand close friends. -- BERNAMA MYS LES NHA

5  

Page 49: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

AZAH AZIZ DIES

Date: 09-07-2012 Author: / FZL MAM LES MO AZAH-DIES KUALA LUMPUR, July 9 (Bernama) -- Malay culture expert and former journalist Azah Aziz, the wife of Royal Professor Ungku Aziz and mother of Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, died here today. According to a close family member, Azah, 84, passed away due to old age and a stroke at about 10am. Her remains were buried at the Bukit Kiara Muslim cemetery, here, after Asar prayers. Among those present at the funeral were former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Azah's family membersand close friends. Earlier, Azah's remains were taken to Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq in Bangsar for prayers. -- BERNAMA FZL MAM LES MO

6  

Page 50: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

AZAH AZIZ'S CONTRIBUTIONS WILL BE CHERISHED FOREVER - MUHYIDDIN

Date: 09-07-2012 Author: / ERKB NMA FZL AZAH-DEATH (REACTION) KUALA LUMPUR, July 9 (Bernama) -- The contributions made by Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, better known Azah Aziz, to the preservation of Malay culture would always be cherished and appreciated, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. Describing the death of the cultural activist today as a big loss and irreplaceable, Muhyiddin said Azah, who was also known as Mak Ungku, was determined and committed in her efforts to preserve Malay culture. "The government is forever grateful for her contributions, moreover, the name Azah Aziz is synonymous with Malay culture which needs to be protected from extinction," he said in a statement to Bernama here. Azah, 84, died of old age and a stroke at about 10am today. Muhyiddin also extended his condolences to Azah's family on their loss. Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, in his Facebook and Twitter accounts, said the cultural icon would never be forgotten for her struggles for the country's culture, language and art of weaving. Former Information Minister Tan Sri Zainuddin Maidin described the death of the wife of Royal Professor Ungku Abdul Aziz and mother of Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz as the loss of a cultural personality who would be difficult to be replaced. "She had a perfection which was not only reflected in her clothes, but also her interest and efforts in culturalising our community. "She was well-versed with pantun and produced pantun which cannot be compared to others, for example her pantun have long graced the covers of Mastika magazine," he said. Zainuddin said Azah, who was also a writer, had a love of collecting old songket and deeply appreciated local culture and literature. "She was responsible for guiding me when I wrote a book titled 'Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot'. "Besides that, credit also goes to her for the Pancaindera pullout in Mingguan Malaysia when I was editor of Utusan Melayu," he added. Malaysian Press Institute (MPI) chief executive officer, Datuk Chamil Wariya said Azah was a teacher in feature writing who had guided and taught him a lot in writing feature articles. "She was committed and very open-minded when she served as sub-editor at Utusan Melayu's Features Desk in 1973. "She gave journalists a chance to come up with features by analysing news so that it resulted in quality articles which would have impact on readers," he added. Malaysian National Writers Association (PENA) president Dr Salleh Rahaman, when contacted, said Azah was a woman who fought hard for women and to uphold

7  

Page 51: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Malay arts and culture. Former Berita Harian editor Zubaidah Abdul Rahman described Azah as a humblementor. Having known each other since their school days in the 1960s, Zubaidah said she frequently asked Azah for opinions on her writing. "She was my mentor in writing...each piece I produced would be shown to her after which she would select one to be published in the Berita Minggu newspaper," she recalled. As the founder and first president of the Women Journalists Association of Malaysia (Pertama) from 1971 to 1978, Azah Aziz was a source of inspiration to many young female journalists. "Pertama members are saddened by the loss of Mak Ungku because she was always concerned about the role of female journalists and kept abreast on developments in Pertama," said Pertama current president, Muharyani Othman. Muharyani said the last time Pertama members met Azah was during an annual gathering on the Putrajaya Lake boat cruise in 2010. "Although she was weak, Mak Ungku was determined and excited to join our event. We never thought that would be our last time with an individual whom we respected and looked up to," she said. -- BERNAMA ERKB NMA FZL NAK2 LES NH IZ MO

8  

Page 52: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

MALAYSIAN CULTURALIST, AZAH AZIZ TO LAUNCH SHELL CORPORATE CALENDAR 2004

Date: 18-12-2003 Shell-CalendarShell Malaysia is happy to invite a reporter and cameraman/ crew from your Desk to the launch of its 2004 Corporate Calendar. The theme for the 2004 corporate calendar is "Beads - Art and Application in Everyday Life ". The calendar features both artistic expressions and practical applications of beadwork from the main ethnic groups of Malaysia, including beadwork from the indigenous cultures of Sabah and Sarawak. Over the past decades and since the 1970s, Shell Malaysia's corporate calendars have become well-known for supporting and promoting the country's culture, history, art and artists, architectural heritage and richly-diverse flora and fauna. Original artworks commissioned for the company's calendars goon to become part of the Shell Malaysia Art Collection which are exhibited in Bangunan Shell Malaysia in Damansara Heights, KL. Various distinguished personalities have graced the launch ceremonies of the company's past calendars. This year, Shell's guest of honour will be YBhg Azah Aziz, renowned Malaysian culturalist or "tokoh budayawan Malaysia". Thelaunch will be hosted by Shell Malaysia chairman, Jon Chadwick. Details of the launch ceremony are as follows : Day/Date : Friday, December 19, 2003 Time : 10.00 am - 12.00 noon Venue : The Malaysian Petroleum Club (MPC) Level 42, Tower Two PETRONAS Twin Towers, KL City Centre 50088 Kuala Lumpur ISSUED BY SHELL MALAYSIA CORPORATE AFFAIRS DEPT CONTACT : LINA YAP ABDULLAH TEL : 03 20912252, H/P. 012 3020221 EMAIL : [email protected] DATE OF RELEASE : DEC 18, 2003 RELEASED BY BERNAMA PRWIRE MALAYSIA*GLOBAL

9  

Page 53: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz lepas rindu di Malaysia

Source:Utusan Malaysia Date: 01-08-2010 Author: NOOR JOHA AHMAD Pengarang Kanan Unit Majalah Hiburan Utusan Karya Sdn. Bhd. MUNGKIN sudah tidak ramai yang mengenali model dan pelakon berkulit sawo matang yang bernama Norazah Aziz. Popular dengan nama glamor Azah Aziz, dia sekeluarga pulang bercuti selama tiga minggu. Tidak banyak perubahan biarpun sudah mempunyai tiga anak. Azah kelihatan bertambah cantik dengan rambut ikal yang panjang dan susuk tubuhnya juga sama seperti dahulu. Setelah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan berasal dari Perancis, Daud Leroy, 44 tahun, Azah, 38 berhijrah ke tiga negara sejak 15 tahun lalu. Azah pernah dijulang sebagai pemenang pertandingan Putera Puteri bergandingan dengan jurusolek terkenal Zulfazli Suhadi pada tahun 1992. Setelah mendirikan rumahtangga 15 tahun lalu, dia berhijrah ke Paris selama dua tahun, kemudian ke London setahun. Setelah kota London, mereka sekeluarga berhijrah pula ke Montreal, Kanada kerana suaminya mendapat kerja di sana. Daud Leroy lelaki Perancis berkerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan dengan sebuah syarikat menjual jet persendirian di Montreal. Kini mereka menetap di bandar raya yang dikenali sebagai kota berbilang kaum dan budaya selama sembilan tahun. "Tidak ramai yang tahu Azah dah duduk di Montreal selama sembilan tahun. Di Perancis kami tinggal dua tahun sahaja, kemudian ke London sebab suami saya melanjutkan pengajian di sana. Setelah itu dia dapat kerja di Montreal," kata Azah. Baru-baru ini Azah pulang bercuti selama tiga minggu bersama keluarganya. Kali terakhir dia pulang ke tanah air ialah lima tahun lalu. Ikatan perkahwinan dengan Daud Leroy 15 tahun lalu dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 14, Brian, 7 dan Justin 4 tahun. Mendengar percakapan Azah menerusi perbualan sewaktu ditemubual, dia sedikitpun tidak kekok berbahasa Melayu dan ternyata tetap fasih seperti yang saya kenali 15 tahun lalu.

10  

Page 54: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

"Anak saya semuanya hero. Saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan banyak aktiviti harian saya habiskan dengan anak-anak. Biasalah anak-anak yang sedang membesar banyak aktiviti selain dunia persekolahan. "Dua anak lelaki saya pula aktif bermain hoki ais dan saya juga ada kalanya terlibat dengan aktiviti sukarela. Anak-anak saya dihantar belajar di sekolah Perancis di Montreal dan mereka lebih fasih berbahasa Perancis. Kalau di rumah kadang kala ada juga mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu," cerita Azah lagi. Azah yang pernah membintangi slot Idaman musim pertama di Astro Ria satu waktu dahulu memberitahu hubungannya dengan rakan karibnya Sharifah Shahira tidak pernah putus sejak dia berhijrah ke luar negara. "Bila saya balik Kuala Lumpur, Shira mengajak saya berjalan ke Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan juga Genting Highlands. Suami saya pula ke Melaka dan Singapura bersama anak sulung," katanya lagi. Bercerita tentang kehidupannya di Montreal, Kanada, menurut Azah bandar raya itu adalah tempat yang paling seronok untuk didiami. Kota Montreal ada banyak bangsa. Kata Azah sebut sahaja apa bangsa di dunia ini, semuanya ada di Montreal. "Seronok di sana, semua kaum dan bangsa serta agama ada. Jadi kita tidak terasa asing sangat. Kalau di Paris, majoritinya orang Perancis saja, jadi kehidupan kita cepat bosan. "Kalau di rumah saya akan masak setiap hari. Dalam tempoh dua minggu sekali atau dua kali saya akan masak masakan Malaysia. Hari-hari lain saya akan masak masakan barat seperti pasta, stek dan apa sajalah. "Kalau hujung minggu biasanya suami saya yang akan masak. Anak sulung saya suka makan makanan yang pedas. Masa cuti di Kuala Lumpur ni dia tidak lepaskan peluang makan nasi lemak yang dijual oleh kakak saya sendiri. "Sampai saja dari lapangan terbang ke Kampung Baru, saya terus singgah di kedai kakak saya dan makan nasi lemak. Selain itu saya pun tak lepaskan peluang makan laksa, asam pedas, nasi ayam dan roti canai. Penerbangan dari Montreal ke Kuala Lumpur mengambil masa 28 jam termasuk waktu transit, memang lama," jelasnya lagi.

11  

Page 55: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Pasangan serasi yang kini bertahan, Azah dan Daud juga agak terkejut dengan berita tentang perceraian artis-artis tempatan terutamanya yang berkahwin dengan pasangan asing. Kata Azah, dalam rumah tanga apa yang penting ialah komunikasi dua hala. Jika ada apa-apa hal berbangkit timbul, perlu ada perbincangan dan ia mestilah diselesaikan segera. " Saya kenal dengan Daud dah 18 tahun, tiga tahun berkenalan dan kemudian kami mendirikan rumahtangga. Hidup kami pun taklah mewah sangat, sederhana tapi kami apa yang penting persefahaman," cerita Azah lagi. (END) (Source by: Utusan Malaysia)

12  

Page 56: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz kesal nama tiada dalam senarai daftar pemilih

Source:Utusan Malaysia Date: 22-03-2004 KUALA LUMPUR 21 Mac _ Tokoh budayawan, Azah Aziz menyatakan rasa kesal terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih Parlimen Lembah Pantai. Menurut Azah, beliau sepatutnya mengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai bersama suaminya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya 1999. ``Saya cukup hairan bagaimana nama saya boleh hilang dalam daftar pengundi tahun ini sedangkan saya tidak menukar tempat pengundian,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kata Azah, beliau telah pun merayu dan meminta pertolongan dari pelbagai pihak termasuklah SPR sendiri tetapi sehingga hari ini, namanya masih tercicir dari senarai. Menurut Azah, beliau berhak mengundi kerana mempunyai kad pengenalan yang sah. ``Sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan berhak mengundi, saya memang tidak mahu melepaskan peluang mengundi pada setiap pilihan raya,'' katanya. (Source : Utusan Malaysia)

13  

Page 57: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Biografi Azah Aziz cetus nostalgia

Date: 21-05-2001 Author: iewed by Salbiah AniJUDUL: Azah Aziz - Kartika di Langit Seni HARGA: RM15 PENERBIT:Dewan Bahasa dan Pustaka HALAMAN: 145 PENULIS: Zaharah Nawawi BUKU Azah Aziz - Kartika di Langit Seni adalah karya biografi mengenai tokoh budayawan wanita yang gigih dalam mengangkat kraftangan dan busana Melayu tradisional negara ini. Karya biografi setebal 145 halaman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini dijual pada harga RM15 senaskhah dan pengarangnya, Zaharah Nawawi, membahagikan tulisannya itu kepada 18 bab. Bab berkenaan adalah Akar Umbi, Bintang Kecil, Pentas Kehidupan, Dalam Api Peperangan, Kehilangan Abang, Renjis-renjis Dipilis, Suami dan Anak, Bekerja di Berita Harian, Perjuangan Wanita, Bekerja di Utusan, Sastera Kanak-kanak, Budayawan, Menjadi Pelukis, Puisi dan Lagu, Anak Patung, Persatuan, Masak-Memasak serta Perjalanan Pulang. Salasilah keluarga Azah disentuh dengan panjang lebar dalam bab Akar Umbi dan daripada bahagian ini, dapat dikesan bahawa beliau bersepupu dengan Syed Hussein al-Attas serta Syed Naquib al-Attas. Azah juga rupa-rupanya bersepupu betul dengan Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn kerana Datuk Onn adalah adik-beradik seibu sebapa dengan Azizah, ibu Azah. Bab Bintang Kecil mengisahkan kehidupan Azah ketika kecilnya yang sudah kehilangan ayah ketika berusia dua tahun dan kegigihan ibunya, Azizah, membesarkan dua anaknya sebelum, ketika dan selepas Perang Dunia Kedua. Wanita yang manis dan jelita sehingga ke tua ini adalah anak kepada Sharifah Azizah dan Syed Mohammad Alsagoff dan asalnya diberi nama Sharifah Amal berkahwin dengan Ungku Aziz ketika berusia 17 1/2 tahun. Dalam bab ini, turut disinggung kegigihan Azah belajar meskipun sesudah bergelar isteri iaitu belajar menaip dan trengkas sehingga akhirnya kelayakannya dalam bidang berkenaan membolehkannya bertugas sebagai setiausaha. Azah bertugas sebagai setiausaha pendeta Za'ba ketika tokoh itu menjadi Pengetua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Singapura, tempat Ungku Aziz bertugas. Malahan Azah menggunakan kesempatannya berada di jabatan berkenaan untukmengikuti kuliah sastera Melayu klasik dan moden dengan mendapatkan kebenaran Pendeta Za'ba yang juga pensyarah dalam bidang terbabit ketika itu. Bab Pentas Kehidupan pula berkisar kepada alam kanak-kanak Azah yang suka bermain masak-masak, pondok-pondok, cina buta, enjit-enjit semut, senebang-senebu dan sapu-sapu ringin.

14  

Page 58: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Rupa-rupanya Azah juga belajar menunggang basikal daripada Ungku Aziz yang juga sepupu senenek. Ayah Ungku Aziz (Abdul Hamid) ialah adik-beradik dengan ibu Azah, Azizah, tetapi berlainan ayah. Api Peperangan pula berkisar kepada kehidupan Azah dan keluarganya ketika Jepun merampas Tanah Melayu daripada British, sehingga memaksa penduduk melarikan diri ke Kempas. Perang Dunia Kedua turut mengorbankan abang Azah, Syed Omar, salah seorang pelajar dari kumpulan kedua yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit itu. Syed Omar gembira dengan pemilihannya itu kerana dapat menjejaki Ungku Aziz yang sudah dihantar terlebih dulu ke Jepun dalam kumpulan pertama tetapi rupa-rupanya pertemuan itu tidak lama. Ketika tentera berikat melepaskan bom atom di Hiroshima, Syed Omar, meskipun tiada di tempat kejadian tetapi terkena radiasi yang membawa kematiannya dan ia dikebumikan di Kyoto oleh seorang ulama dari Turki. Bekas wartawan Berita Harian dan pernah berkhidmat sebagai pengarang rencana di kumpulan Utusan Melayu ini, rupa-rupanya pernah berkhidmat sebagai pegawai luar di Jabatan Kebajikan Am Johor Bahru. Penulis merasa paling seronok membaca bab Bekerja di Berita Harian dalam buku ini kerana ia bukan saja memaparkan pembabitan awal Azah dalam dunia persuratkhabaran tetapi juga sejarah awal syarikat tempat saya bekerja kini. Azah dipelawa bekerja di Berita Harian pada 1957 yang waktu itu baru tiga bulan diterbitkan oleh The Straits Times Press di Singapura, kerana pada masa itu mereka memerlukan seorang setiausaha. Pelawaan bertugas di Berita Harian itu berkait rapat dengan penterjemahan berita dan rencana daripada bahasa Inggeris kepada Melayu yang dilakukan oleh sidang editor Berita Harian waktu itu. 1 September 1957, sehari selepas merdeka, tarikh keramat bagi Azah kerana hari itulah, ia mulai berjinak-jinak dengan dunia penulisan dan persuratkhabaran. Azah pada mulanya ditugaskan sebagai setiausaha kepada editor yang tidak pandai berbahasa Melayu dan ketua editor cuma memberitahunya apa yang hendak ditulis. Ibu Azah, Azizah yang ketika itu adalah Pengetua Taman Asuhan Wanita RIDA di Kuala Lumpur, juga dipelawa menulis untuk ruangan Dewan Wanita dalam Berita Harian, dengan menggunakan nama samaran Derma Negara. Tempat Azizah akhirnya digantikan oleh Azah sendiri selepas ibunya itu keberatan untuk terus menulis dan Azah menggunakan nama samaran Ratnamalayang bermaksud kalung permata. Dewan Wanita dijadikan gelanggang menyebarkan ilmu kepada wanita mengenai kesihatan, makanan, rumah tangga, hiasan, seni dan pakaian tradisional yang mula tenggelam dengan fesyen baru. Setelah 16 tahun mengabadikan diri kepada Dewan Wanita, Azah akhirnya beralih angin ke Utusan Melayu selepas pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mazlan Nordin mempelawanya.

15  

Page 59: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah bergiat dalam bidang sastera kanak-kanak selepas berhenti dari Utusan pada 1978 dan berusaha mengumpul pantun kanak-kanak mulai 1982, juga salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Buku Azah Aziz - Kartika di Langit Seni juga banyak memuatkan gambar silam tokoh ini bersama ahli keluarganya dan tentunya membawa seribu satu macam nostalgia. (END) Source : Berita Harian

16  

Page 60: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz appointed Prestige chairman

Source:New Straits Times Date: 21-03-2001 PUBLIC relations consultancy Prestige Communications Sdn Bhd, an affliate of the Rowland Group Worldwide, has appointed veteran journalist Azah Aziz as its chairman. The appointment will add a new dimension to the company's range of public relations services, including creative communications, counselling and media relations, said Prestige Communications managing director Hamidah Karim in a statement. Azah, whose career with the Berita Harian and Utusan Melayu groups spanned more than two decades, was founder president of the Malaysian Women's Journalist Association, it said. A leading consultant on Malay culture, Azah has served on several government advisory councils, such as the Malaysian Handicrafts Development Board and National Film Development Board. (END) Source : New Straits Times

17  

Page 61: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Pak Ungku, Azah Aziz gembira pelantikan Zeti

Source:Utusan Malaysia Date: 23-04-2000 KUALA LUMPUR 22 April _ Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz dan isterinya Azah Aziz melahirkan rasa gembira terhadap pelantikan anak mereka, Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor baru Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut Ungku Aziz, beliau berbangga dengan pencapaian anak perempuan tunggalnya itu. Selain menjadi wanita pertama Malaysia dilantik memegang jawatan Gabenor BNM, katanya, beliau juga percaya Dr. Zeti adalah wanita pertama yang pernah menjawat jawatan tersebut di Asia. ``Cuma di Eropah saya tidak berapa pasti,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Dr. Zeti sebagai Gabenor BNM berkuat kuasa 1 Mei ini menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang akan bersara pada 30 April ini. Dr. Zeti, 52, berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dengan kepujian dari Universiti Malaya pada 1970 dan ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) dariUniversiti Pennsylvania, Amerika Syarikat dalam ekonomi kewangan pada 1978. Ibu kepada dua anak lelaki, Alif Aiman, 19 dan Abdul Aziz, 15, pernah menjadi pemangku gabenor selepas peletakan jawatan Tan Sri Ahmad Don pada 1 September, 1998 dan kemudiannya dilantik menjadi timbalan gabenor enam hari kemudian. Pada tahun 1 Julai 1995, beliau dilantik sebagai penasihat kepada bank pusat itu dengan tanggungjawab mengurus jabatan ekonomi bank itu, dan kemudian dilantik menjadi salah seorang daripada empat penolong gabenor. Ungku Aziz mengakui anaknya itu seorang yang tekun dalam melaksanakan apa juga tugas yang diberikan kepadanya. ``Minatnya terhadap bidang ekonomi amat mendalam terutama dalam soal menguruskan kewangan antarabangsa,'' katanya lagi. Kesyukuran Beliau menambah, keluarganya akan mengadakan satu majlis kesyukuran

18  

Page 62: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

bagi meraikan pelantikan itu minggu hadapan. Sementara itu, ibu Dr. Zeti, Azah Aziz berkata, beliau menumpang gembira atas pelantikan anaknya sebagai gabenor baru BNM. ``Sebagai ibu saya berasa amat gembira kerana pelantikannya turut merupakan sejarah terutamanya bagi kaum wanita di negara ini,'' katanya. (Source : Utusan Malaysia

19  

Page 63: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz penerima pertama Anugerah Jarum Berlian

Date: 10-10-1998KUALA LUMPUR 9 Okt. _ Tokoh Budaya, Azah Aziz dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Jarum Berlian atas sumbangan beliau dalam mengekalkanbusana fesyen tradisional tanah air. Anugerah itu merupakan pengiktirafan ke atas beliau yang telah berusaha mengekalkan budaya pakaian tradisional khususnya pakaian Melayu di samping menampilkan pelbagai kreativiti. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyampaikan anugerah tersebut kepada Azah pada majlis Pertunjukan Fesyen Gala dan Pertandingan Akhir Fesyen Sulaman Piala Jarum Berlian di sini, malam ini. Dr. Siti Hasmah juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Akhir Fesyen Sulaman Piala Jarum Berlian iaitu Wan Huzairil Wan Hussein yang menduduki tempat pertama. Dia menerima Piala Pusingan Jarum Berlian, wang tunai sebanyak RM5,000, sebuah mesin jahit berkomputer jenama GMI bernilai RM30,000, mesin jahit mudah alih Toyota, barang kemas bernilai RM8,000 dan tiket penerbangan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Saffudin Yusup dan Norhaiza Rasdi. (Source : Utusan Malaysia)

20  

Page 64: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Penggemar fesyen berpeluang menyaksikan koleksi Azah Aziz

Date: 29-09-1998KUALA LUMPUR 28 Sept. _ Penggemar dunia fesyen tanah air akan berpeluang menyaksikan Pameran 100 Tahun Fesyen Malaysia koleksi budayawan negara, Azah Aziz. Beliau akan tampil dengan dua sesi pertunjukan fesyen yang bertemakan `Pesona Sarong Batik' dan `Busana Dewangga' di Suria KLCC di sini, pada 10 dan 11 Oktober ini. Acara tersebut diadakan sempena Minggu Fesyen Malaysia 1998 (MFM `98) anjuran majalah RIAS dengan kerjasama Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia pada 3 hingga 11 Oktober. Peminat-peminat fesyen boleh menyaksikan kehebatan empat pereka tempatan iaitu Bernard Chandran, Sharifah Kirana, Bill Keith dan Rizalman pada Malam Gala MFM `98. Menurut kenyataan penganjur, mereka akan mempamerkan koleksi fesyen masing-masing yang berkonsepkan Malaysia yang diberikan sentuhan moden dan tradisional secara eksklusif. Bernard akan mempersembahkan rekaannya yang bertemakan `Songket Diraja', menonjolkan kemewahan hasil tenunan songket dalam 12 helai rekaannya. Sharifah Kirana akan tampil dengan sembilan pasang pakaian berteraskan potongan kebaya dan kurung yang menggabungkan songket dan sutera untuk menghasilkan `Gaya Kontemporari'. Teknik sulaman pada koleksi busana Bill Keith memberi tumpuan khas kepada himpunan tradisionalnya yang diberikan sentuhan kombinasi. Sementara pereka muda yang sedang mengukir nama, Rizalman Ibrahim akan muncul dengan himpunan fesyen bertemakan `Pakaian Tradisional Dahulu, Sekarang dan Akan Datang'. Tiga belas pemenang peringkat terakhir Pertandingan Fesyen Sulaman Piala Jarum Berlian juga akan beradu merebut trofi `Piala Jarum Berlian'. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi besar dalam bidang fesyen, khasnya dalam dunia sulaman. Aspek teknik sulaman dan pembaharuan dalam setiap rekaan yang dipersembahkan menjadi kriteria utama yang ditekankan oleh para pengadil.

21  

Page 65: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Malam pertunjukan Fesyen Gala dan pertandingan akhir Fesyen Sulaman Piala Jarum Berlian ini akan dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Sesiapa yang berminat untuk menyaksikan MFM `98 bolehlah menulis kepada Yusnita atau Nur Shafina di alamat Jabatan Komunikasi Korporat, Utusan Melayu (M) Berhad, Aras 7, Menara PGRM, No 8, Jalan Pudu, Cheras 56100 Kuala Lumpur. Mereka juga boleh menghubungi di talian 03-9877777 atau meninjau laman web di alamat www.mfw.com.my. (Source : Utusan Malaysia)

22  

Page 66: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Azah Aziz tunggu tawaran berlakon filem

Source:Utusan Malaysia Date: 24-03-1996 Author: Saharudin MusthafaTAHUN ini masuk tahun kedua pengacara terkenal, Azah Aziz, diberi kepercayaan mengendalikan rancangan hiburan popular Muzik TV terbitan Betarec untuk siaran RTM. Semenjak awal penglibatannya dalam rancangan tersebut, tanda-tanda kejayaan mula menyebelahi dirinya. Penampilannya yang ceria ketika muncul di rancangan itu menyebabkan namanya sering menjadi sebutan di kalangan peminat seni tempatan. Begitu juga dengan kemampuannya mengendalikan rancangan muzik tersebut menyebabkan Azah sering diburu oleh sesetengah pihak yang berminat menawarkan beliau tugas sebagai pengacara baik untuk rancangan televisyen mahupun di majlis-majlis makan malam. Kejayaan yang dikecapi oleh Azah sedikit sebanyak menyebabkan beliau tidak terlepas daripada dikritik kerana dikatakan cuba mencedok idea pengacara Melodi, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) terbitan TV3. Ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuannya dan tidak kurang juga yang menyokong cara penampilan Azah di Muzik TV. Apakah kritikan sedemikian menjejaskan minat dan penumpuan Azah meskipun sudah dua tahun beliau mempertahankan kedudukannya itu. Azah ketika ditemui baru-baru ini mengakui, dirinya sering dikritik kerana dikatakan memaparkan penampilan yang mirip kepada Ogy. Menurut Azah, beliau tidak pernah meniru cara Ogy ketika mengacarakan rancangan Muzik TV. Sebaliknya, pelakon drama ini berkata, dalam rancangan tersebut beliau memaparkan dirinya yang sebenar. "Azah dan Ogy sebenarnya dua karakter yang berbeza dan tidak pernah timbul soal Azah meniru cara Ogy. "Bagi Azah, Ogy seorang pengacara yang disegani dengan cara dan kreativiti beliau sementara Azah pula dengan cara Azah sendiri yang nyata tiada persamaan. Jika ada pun hanyalah kebetulan," ujarnya.

23  

Page 67: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

Kata Azah lagi, beliau sedar persaingan antara kedua-dua rancangan ini amat tinggi dan sudah tentu kedua-dua program itu mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan kejayaan yang berterusan. Sedikit berbeza Menurutnya, Muzik TV dan Melodi juga merupakan dua program hiburan yang sedikit berbeza dan tidak seharusnya kredibiliti kedua-dua program itu dipertikaikan. "Sepanjang terlibat dengan program Muzik TV, Azah dapat lihat kedua-dua program ini mempunyai agenda dan pengikutnya tersendiri. "Masing-masing cuba untuk meningkatkan taraf industri muzik itu sendiri dan tidak lebih daripada itu. Ini menvebabkan kedua-dua rancangan itu harus bersaing antara satu sama lain," jelas Azah lagi. Azah yang juga serius membintangi drama televisyen berkata perkembangan rancangan Muzik TV semenjak kebelakangan ini semakin memberangsangkan. Katanya, sebagai orang tidak kurang pentingnya untuk menarik perhatian penonton, beliau tidak sekadar harus serius memastikan penampilan yang ceria semata-mata di layar televisyen. Sebaliknya, Azah berkata, beliau sentiasa mengadakan perbincangan di samping meminta nasihat serta panduan untuk meningkatkan mutu pengendaliannya dalam rancangan setengah jam itu. Menyentuh mengenai profesionnya sebagai pelakon pula, Azah menjelaskan, buat masa ini beliau sibuk memberikan penumpuan kepada lakonannya dalam drama bersiri Tirai Sutera yang bakal ditayangkan di TV3. Katanya, drama terbitan Cosmovision Sdn. Bhd itu merupakan penampilan terbarunya sementara menantikan tawaran untuk berlakon filem pula yang masih diidamkan. Sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni, mungkin tidak ramai yang percaya bahawa Azah hanya berpeluang berlakon sebuah filem sahaja. "Filem Simfoni Duniaku merupakan filem pertama lakonan Azah dan kemudian tidak ada lagi tawaran untuk berlakon dalam filem. "Azah sendiri tidak tahu mengapakah produser dan pengarah tidak berminat untuk menawarkan watak untuk Azah berlakon dalam filem mereka," katanya dalam nada agak terkilan.

24  

Page 68: Azah Aziz [Sumber Elektronik].pdf

25  

Azah menegaskan, beliau tidak terlalu memilih watak atau menetapkan bayaran yang tinggi, cuma beliau berhati-hati dengan watak dan bayaran yang setimpal dengan pengalaman yang dimilikinya. (Source : Utusan Malaysia)

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 4 Disember 2012