majlis perbandaran teluk intan (sumber elektronik) .pdf

22

Upload: trinhnhu

Post on 03-Feb-2017

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf
Page 2: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 25/06/2011

MPTI jamin ganti pondok bas

Oleh AIN SAFRE BIDIN [email protected]

TELUK INTAN 24 Jun – Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan menggantikan pondok bas berhampiran Simpang Empat, Hutan Melintang di sini yang rosak teruk sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna.

Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya mengakui wujud keperluan untuk menggantikan pondok bas tersebut dengan segera.

“Siasatan kami mendapati pondok bas itu telah dilanggar oleh kenderaan berat seperti lori mengakibatkan atap yang dibuat daripada plastik pecah dan rosak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kebimbangan serta keresahan pengguna pondok bas berkenaan yang kebanyakannya merupakan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Simpang Empat.

Kerosakan pondok bas itu bukan sahaja menyebabkan pelajar berkenaan terpaksa berhujan dan berpanas ketika menunggu bas tetapi menyebabkan banyak peralatan sekolah rosak kerana basah.

Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati pondok bas tersebut masih diperlukan khususnya oleh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi meningkatkan perkhidmatan dan sistem penyampaian pihak berkuasa tempatan itu kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan di sekitar bandar hujung minggu ini ekoran penganjuran kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 di Stadium Mini, Jalan Speedy di sini.

Sehubungan itu, penduduk dan pengunjung dinasihati bersabar dan berhati-hati serta mengikuti arahan petugas MPTI bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

1  

Page 3: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 27/05/2011

Pihak berkuasa tempatan perlu diperkasa - Sultan

TELUK INTAN 26 Mei - Keupayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperkasakan bagi memastikan agensi kerajaan itu mampu menjalankan tugas dengan berkesan khususnya untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin kompleks hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, selain perlu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, PBT mesti dianggotai barisan petugas yang kompeten, dinamik, komited, kreatif dan inovatif.

Sultan Azlan Shah melihat replika bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan

sambil disaksikan Zambry Abd Kadir (kanan) dan Ibrahim Ahmad di Teluk Intan, Perak, semalam. - BERNAMA

Titah baginda, jika negara diibaratkan sebagai tubuh manusia, kerajaan tempatan merupakan anggota penting bagi sesebuah negara.

"Jika anggota tubuh itu lemah, kurang bertenaga dan tidak bermaya, maka ia pasti menjejaskan keseluruhan tubuh dan kesannya ia akan tempang," titah baginda ketika merasmikan ibu pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad.

Bangunan dua tingkat yang bernilai RM7.85 juta itu mula dibina pada 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu.

Sultan Azlan bertitah, sebagai tali penghubung antara kerajaan dan rakyat, PBT mempunyai peranan besar memastikan segala dasar digubal dilaksanakan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat.

Titah baginda lagi, kerajaan tempatan perlu memenuhi sekurang-kurangnya empat tanggungjawab asas kepada rakyat yang merangkumi aspek keselesaan seperti penyediaan kemudahan awam, riadah dan keindahan kawasan.

"Aspek kesihatan pula membabitkan tanggungjawab memenuhi piawaian kesihatan seperti kebersihan kawasan, amalan peniaga dalam perniagaan makanan dan minuman, pengaliran air dan kawalan penyakit serta kawalan terhadap pencemaran alam sekitar.

2  

Page 4: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

"Bagi aspek keselamatan, PBT bersama agensi keselamatan dan penguatkuasa lain perlu memastikan keselamatan penduduk dan harta mereka sentiasa selamat manakala aspek keempat membabitkan kedaulatan undang-undang iaitu menguatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti yang diperuntukkan," titah baginda.

3  

Page 5: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 30/12/2010

Taman rekreasi tidak terurus

TELUK INTAN 29 Dis. - Para pengunjung Taman Rekreasi Teluk Intan meminta Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) memelihara kebersihan dan keindahan taman itu kerana bimbang ia mungkin tidak akan dikunjungi orang ramai pada masa depan.

Ini kerana masalah kebersihan di taman itu tidak diberikan perhatian sehingga menyebabkan masalah kebersihan tidak terurus. Sabri Putih menunjukkan tali titi gantung

mainan kanak-kanak yang sudah putus dan boleh mengundang bahaya di Taman

Rekreasi Teluk Intan, semalam. Seorang pengunjung, Sabri Putih, 41, berkata, Taman Rekreasi yang terletak di jalan utama menuju ke Bagan Datoh dan Kuala Lumpur itu dipenuhi semak samun dan rumputnya tidak dipotong.

Katanya, sejak kebelakangan ini pekerja MPTI dikatakan tidak menghiraukan kebersihan dan keselamatan mereka yang mengunjungi taman itu.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan rumput dibiarkan panjang dan kawasan tersebut menjadi semak samun.

"Kita bimbang ia akan menjadi sarang binatang berbisa seperti ular."Salah seorang anak saya pernah terserempak dengan ular berbisa di taman berkenaan dan sejak itu dia tidak mahu datang lagi ke taman itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Mohamad Ali, 34, berkata, kawasan taman itu tidak sepatutnya dibiarkan semak kerana ia boleh mewujudkan pemandangan yang tidak menarik.

Menurutnya, beberapa alat permainan seperti titi gantung dan papan tempat duduk didapati telah mengalami kerosakan.

"Apa yang memalukan adalah tong sampah dipenuhi sampah sarap yang tidak diambil oleh pekerja MPTI dan membuatkan mereka yang datang ke taman itu pasti tidak selesa dan berasa jijik," katanya.

Menurutnya, taman itu sudah diubah suai beberapa tahun lalu sebagai salah satu tempat yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung dan keluarga di bandar ini.

4  

Page 6: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 01/08/2010

MPTI digesa tutup lubang

TELUK INTAN 31 Julai - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) diminta menutup sebuah lubang di sebatang jalan berdekatan rumah kediaman Pegawai Daerah Hilir Perak dekat sini yang membahayakan nyawa orang ramai.

Lubang tersebut dikatakan sudah terbentuk sejak sebulan yang lalu dan sehingga kini belum ditutup walaupun sudah beberapa orang yang terjatuh akibat kaki termasuk ke dalam lubang itu.

Menurut pengguna laluan tersebut, jika tidak mempunyai peruntukan, MPTI sepatutnya menutup lubang tersebut dengan papan buat sementara waktu sebelum jalan itu diturap semula demi keselamatan orang ramai.

Seorang kakitangan kerajaan, Ismail Adullah, 51, berkata, sudah ramai pengguna laluan tersebut membuat laporna kepada MPTI supaya menutup lubang itu tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini.

''Sebelum ini, ada seorang pejalan kaki cedera teruk selepas kakinya termasuk ke dalam lubang itu dan kepalanya pula terhantuk ke atas jalan raya.

''Terbaru, seorang penunggang motosikal terjatuh selepas motosikal dinaikinya melanggar lubang tersebut dan jika dibiarkan, lebih ramai akan menjadi mangsa lubang tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang peniaga, Ismail Harun, 50, pula berkata, lubang tersebut ibarat lubang maut yang menanti lebih ramai mangsa terutamanya pada waktu malam.

''Ramai pelajar kolej kejururawatan menggunakan jalan ini setiap hari dan kewujudan lubang ini sememangnya membahayakan nyawa mereka.

5  

Page 7: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 21/12/2009

Projek kedai dimula sebaik peruntukan diterima

TELUK INTAN 20 Dis. - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan melaksanakan projek pembinaan 20 unit kedai di Dataran Nanas dekat sini sebaik menerima peruntukan daripada kerajaan negeri.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, sehingga kini kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan berikutan ketiadaan peruntukan.

"Kita telah memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membina 20 unit kedai di Dataran Nanas di belakang gerai usang yang ada sekarang.

"Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sebaik peruntukan diterima daripada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini mengenai kekecewaan beberapa peniaga bumiputera dengan kelewatan pihak berkuasa tempatan (PBT) membina lot kedai baru bagi menggantikan kedai lama dan usang seperti dijanjikan.

Rata-rata mereka yang ditemui berkata, kegagalan MPTI menepati janji memberi kesan kepada usaha kerajaan negeri untuk memastikan persekitaran bandar ini indah dan bersih.

Mereka mendakwa, pihak PBT terbabit tidak seharusnya melewat-lewatkan kerja membina lot kedai baru itu berikutan tapak pembinaannya telah dikenal pasti.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, MPTI memang merancang membina kedai-kedai baru menggantikan kedai usang di Simpang Tiga, Kampung Selabak dekat sini.

Bagaimanapun, beliau berharap para peniaga terbabit dapat bersabar kerana MPTI tidak berhasrat melengah-lengahkan projek pembinaan lot kedai itu seperti yang didakwa.

6  

Page 8: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 15/12/2009

Peniaga kesal sikap MPTI

Oleh AINSAFREE BIDIN [email protected]

TELUK INTAN 14 Dis. - Seramai 20 peniaga bumiputera di Simpang Tiga, Kampung Selabak dekat sini, kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa tempatan (PBT) membina lot kedai baru menggantikan kedai lama dan usang seperti dijanjikan.

Rata-rata mereka yang ditemui berkata, kegagalan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menepati janji mereka itu juga memberi kesan kepada usaha kerajaan negeri untuk memastikan persekitaran bandar ini indah dan bersih.

Tapak kedai baru yang dijanjikan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan tetapi

masih belum nampak tanda-tanda projek itu akan dimulakan di Teluk Intan.

Mereka mendakwa, pihak PBT terbabit tidak seharusnya melewat-lewatkan kerja membina lot kedai baru itu berikutan tapak pembinaannya telah dikenal pasti.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun pengumuman untuk membina sebanyak 20 unit kedai baru tersebut telah dibuat pada 28 Februari tahun lalu, namun sehingga kini, masih tiada tanda-tanda projek itu akan dimulakan.

''Kami tidak tahu apa alasan MPTI sebenarnya sedangkan tapaknya sudah disediakan di Dataran Nenas di belakang kedai-kedai usang ini," kata salah seorang peniaga, Muslimin Noor, 62, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Lebih malang lagi, peniaga-peniaga yang menjual buah-buahan tempatan seperti pisang dan nenas selain terdapat kedai runcit, kedai kopi dan perabot, sejak 20 tahun lalu itu, kini terpaksa berdepan pula dengan satu lagi masalah baru.

''Kami tidak lena tidur mengenangkan apa akan jadi jika projek melebarkan jalan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sampai ke tempat kami tak lama lagi. Pada siapa kami nak minta ganti rugi jika mereka robohkan tempat kami cari makan selama ini," kata Muslimin yang menjalankan perniagaan menggunting rambut.

Sehubungan itu, Muslimin berharap, projek membina kedai tersebut akan disegerakan demi menjaga kebajikan para peniaga bumiputera terbabit.

7  

Page 9: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Katanya, kedudukan kawasan projek itu yang terletak di Jalan Changkat Jong yang menjadi laluan utama orang ramai ke Hospital Besar Teluk Intan selain tempat persinggahan para pelancong ke Lumut, Pulau Pangkor serta Klang dan Kuala Lumpur dilihat amat strategik.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Othman Tukiran, 68, mendakwa, banjir yang sering berlaku di kawasan tersebut setiap kali hujan lebat menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian selain bimbang soal keselamatannya.

Walaupun telah membuat aduan berkali-kali kepada pihak berwajib tentang masalah yang berlaku, tetapi masih belum ada tindakan yang diambil.

''MPTI suruh kami tanggung sendiri kerugian dan kerosakan yang berlaku. Kami sebenarnya kecewa dengan sikap MPTI yang seolah-olah menganaktirikan kami sedangkan banyak kawasan lain telah pun dinaik taraf," katanya.

8  

Page 10: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 19/11/2009

Penduduk bimbang masalah mendapan tanah

LANGKAP 18 Nov. - Lebih 200 penduduk Kampung Baru Langkap di sini menggesa Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mengambil langkah segera mengatasi masalah mendapan tanah di penempatan berkenaan sejak seminggu lalu.

Dalam kejadian terbaru semalam, penduduk terbabit terkejut apabila dua buah rumah hampir runtuh selepas bahagian hadapan kediaman berkenaan mendap secara tiba-tiba.

Zainol Padzi (kanan) meninjau dua buah rumah yang hampir runtuh selepas

berlaku mendapan di bahagian depan di Kampung Baru Langkap, Teluk Intan,

semalam. Seorang pemilik rumah, Loo Chuan Keat, 34, berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan berkenaan dikatakan menjadi penyebab kejadian tersebut.

''Ramai penduduk di sini sudah mengadu kepada MPTI berhubung kebimbangan sistem longkang yang bercelaru di sini tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

''Saya sendiri sangat terkejut kerana pulang sahaja ke rumah, saya lihat rumah keluarga yang didiami sejak 25 tahun ini hampir runtuh kerana mendapan di bahagian tepi longkang," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, S. Marias, 60, pula mahu MPTI membuat pemantauan berkala keadaan sistem perparitan di perkampungan itu bagi mengelak insiden sama berulang.

''Kejadian tersebut berlaku selepas hujan lebat dan air mulai bertakung di dalam parit.

''Apa yang pasti, siapa yang tidak takut apabila melihat rumah sendiri mendap secara tiba-tiba dan saya berharap MPTI dapat memantau keselamatan rumah-rumah di sini," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Manik, Zainol Padzi Paharuddin ketika melawat tempat kejadian menasihati penduduk supaya melaporkan segera kepada MPTI sekiranya terdapat lubang seperti mendapan di kediaman masing-masing.

9  

Page 11: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

''Saya akan memastikan MPTI melakukan sesuatu namun pada masa sama, semua penduduk diminta berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya jika mereka mahu menambah atau mengubah suai rumah masing-masing.

''Kita bimbang penduduk yang tidak peka dengan kepentingan parit dan longkang akan menambak sesuka hati dan menyebabkan risiko mendapan di kemudian hari," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad ketika ditemui berkata, pihaknya akan membaiki segera longkang yang rosak.

10  

Page 12: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 03/09/2009

Bersih: MPTI kecewa sikap peniaga

TELUK INTAN 2 Sept. - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang tidak langsung mengutamakan kebersihan sebaliknya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, sikap seumpama itu tidak seharusnya dipraktikkan oleh para peniaga kerana ia boleh mengundang kemudaratan kepada para pelanggan.

''Apa yang penting ketika berniaga ialah menjaga kebersihan diri terlebih dahulu sebab itu setiap peniaga mesti memakai apron dan topi serta membuang sampah di tempat yang telah disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat beberapa bazar Ramadan di Langkap, Kampung Bahagia dan Simpang Empat di sini semalam.

Dalam lawatan tersebut, Ibrahim turut mengagih-agihkan penutup mulut dan hidung kepada para peniaga dan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1)

Menurut beliau, usaha menjaga kebersihan di kawasan masing-masing bukan sahaja menjadi tugas MPTI tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

Katanya, pencemaran bau diakibatkan oleh sampah sarap yang dibuang merata-rata boleh mengganggu keselesaan penduduk di kawasan terbabit.

11  

Page 13: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 07/08/2009

MPTI sedia 315 petak niaga Ramadan

TELUK INTAN 6 Ogos - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menyediakan sebanyak 315 petak perniagaan membabitkan lima lokasi sempena sambutan Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, lima lokasi terbabit adalah di pusat bandar (140 petak), pekan Langkap (80 petak), Hutan Melintang (50 petak), Chenderong (15 petak) dan Kampung Bahagia (simpang tiga lama) sebanyak 30 petak.

Katanya, semua peniaga perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan bagi memastikan kesihatan orang ramai terjamin sepanjang operasi perniagaan dijalankan.

''Operasi perniagaan bermula pukul 3 petang hingga 7 malam, MPTI akan memantau bagi memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, MPTI juga akan menyediakan pusat aduan di semua lokasi untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat sebarang aduan yang difikirkan perlu.

Dalam masa sama, Ibrahim mengingatkan para peniaga supaya mempamerkan tanda harga terhadap semua bahan makanan yang dijual bagi kemudahan pada pembeli.

12  

Page 14: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

ARKIB : 04/08/2009

MPTI kesal laporan palsu

TELUK INTAN 3 Ogos - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kesal dengan laporan sebuah akhbar tabloid yang mendakwa kononnya pihak berkuasa tempatan itu mengeluarkan lesen bagi satu pertandingan Ratu Mak Nyah di sini baru baru ini.

Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya bukan sahaja tidak tahu-menahu tentang perkara itu malah pertandingan tersebut hakikatnya tidak wujud.

''Kami kesal dengan laporan seumpama itu kerana ia jelas bertujuan menjejaskan imej MPTI," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, apa yang didakwa sebagai pertandingan Ratu Mak Nyah tersebut sebenarnya adalah majlis makan malam yang turut dihadiri oleh 10 orang mak nyah.

''Penjelasan sebenar daripada pihak penganjur majlis makan malam tersebut mengaku pihak MPTI tidak ada kena-mengena dengan kejadian itu.

''Ia diadakan bertujuan bagi mengisi tabung kebajikan sebuah persatuan menerusi pertandingan karaoke dan jualan meja untuk makan malam," ujar beliau.

Ibrahim berkata, kehadiran 10 orang mak nyah pada malam itu kerana mereka turut membeli meja untuk tujuan amal tersebut.

Sementara itu, mengulas tentang kegagalan menurunkan papan tanda milik Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) iaitu sebuah persatuan yang diharamkan di pekan Langkap, dekat sini, katanya, MPTI memberi masa seminggu untuk berbuat demikian.

Ibrahim berkata, pihaknya telah menghantar notis ulangan kali kedua kepada penyewa bangunan terbabit mengarahkan papan tanda tersebut diturunkan segera.

13  

Page 15: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

14  

ARKIB : 25/06/2011

MPTI jamin ganti pondok bas

Oleh AIN SAFRE BIDIN [email protected]

TELUK INTAN 24 Jun – Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan menggantikan pondok bas berhampiran Simpang Empat, Hutan Melintang di sini yang rosak teruk sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna.

Yang Dipertua MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya mengakui wujud keperluan untuk menggantikan pondok bas tersebut dengan segera.

“Siasatan kami mendapati pondok bas itu telah dilanggar oleh kenderaan berat seperti lori mengakibatkan atap yang dibuat daripada plastik pecah dan rosak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kebimbangan serta keresahan pengguna pondok bas berkenaan yang kebanyakannya merupakan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Simpang Empat.

Kerosakan pondok bas itu bukan sahaja menyebabkan pelajar berkenaan terpaksa berhujan dan berpanas ketika menunggu bas tetapi menyebabkan banyak peralatan sekolah rosak kerana basah.

Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati pondok bas tersebut masih diperlukan khususnya oleh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi meningkatkan perkhidmatan dan sistem penyampaian pihak berkuasa tempatan itu kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan di sekitar bandar hujung minggu ini ekoran penganjuran kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 di Stadium Mini, Jalan Speedy di sini.

Sehubungan itu, penduduk dan pengunjung dinasihati bersabar dan berhati-hati serta mengikuti arahan petugas MPTI bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 23 Mei 2012

Page 16: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Headline: OKU, Orang Asli ahli majlis PBT

Publication: HM Date of publication: Jul 25, 2008 Section heading: Metro Plus Page number: 11

IPOH: Kerajaan Perak mencipta sejarah buat kali pertama melantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan suku kaum Orang Asli (OA). Presiden Persatuan OKU Cina Malaysia, Kennedy Hong Chuan Lee, 42, OKU pertama di negeri ini yang terpilih menjadi ahli majlis PBT bagi daerah Hilir Perak mewakili Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Beliau berkata, tujuan utama menjadi ahli majlis untuk meningkatkan taraf hidup OKU, warga tua dan kanak-kanak. "Saya menceburkan diri dalam bidang ini untuk mendatangkan manfaat kepada OKU khususnya serta membela nasib mereka yang kurang berkemampuan dalam melaksanakan kerja berat. "Sebagai seorang daripada mereka, saya terpanggil menabur bakti dengan memohon menjadi ahli majlis PBT. Hanya OKU memahami perasaan golongan OKU lain," katanya selepas majlis perlantikan jawatan dan angkat sumpah ahli majlis PBT Perak, di sini, baru-baru ini. Kennedy Hong yang lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah sejak berusia empat tahun akan menjadi perantara antara OKU dan kerajaan memenuhi keperluan mereka. "Saya bersyukur isteri dan ibu sentiasa menyokong segala tindakan yang diambil dan berharap dapat mengubah nasib OKU di sekitar kawasan Teluk Intan," kata pemegang Diploma Perakaunan ini. Sementara itu, Sudin Uda, 38, OA dari suku kaum Temiar yang dilantik menjadi ahli majlis PBT Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menggunakan peluang itu bagi meningkatkan taraf hidup OA di Sungai Siput. "Saya menghantar borang permohonan menjadi ahli majlis PBT bagi membantu orang kampung yang tidak mendapat kemudahan bekalan air dan elektrik," katanya. (END)

1  

Page 17: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Headline: Tiada kompromi Publication: HM Date of publication: Feb 24, 2007 Section heading: Main Section Page number: 15 Byline / Author: Oleh Ravale Savarinathan

TELUK INTAN: Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan membatalkan lesen restoran yang beroperasi berdekatan Surau Pekan Baru di sini, sekiranya pengurusan restoran didapati melanggar syarat ditetapkan. Tindakan itu diambil mengikut Undang-undang Kecil Premis makanan 1992, Akta Kerajaan Tempatan. Setiausaha MPTI, Azizan Abd Muin, ketika ditemui semalam berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sesiapa saja yang tidak mematuhi syarat berkenaan lebih-lebih lagi sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Katanya, pihaknya juga akan membuat siasatan terhadap dakwaan restoran berkenaan turut menyediakan kemudahan karaoke kepada pengunjung dan beroperasi sehingga jam 3 pagi. "Ini sudah keterlaluan. Pihak pengurusan restoran berkenaan semestinya mematuhi syarat ditetapkan ketika memohon lesen. "Pihak yang gagal untuk mematuhi syarat sebegini perlu dikenakan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen sekiranya aduan penduduk berasas," katanya. Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai sebuah restoran yang beroperasi berdekatan surau di Pekan Baru sering mengganggu umat Islam mengerjakan solat serta beroperasi lebih masa. Restoran itu didakwa turut memasak makanan tidak halal yang mana asap serta baunya memasuki bangunan surau dan rumah berdekatan. Menurut Azizan, restoran berkenaan jelas melanggar syarat apabila menyediakan kemudahan karaoke sedangkan pihak berkuasa tidak meluluskan permohonan karaoke yang ingin beroperasi berdekatan surau atau apa-apa rumah ibadat. (END)

2  

Page 18: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Headline: Padang permainan terbiar, parit tersumbat Publication: HM Date of publication: Apr 25, 2008 Section heading: Metro Plus Page number: 05

TELUK INTAN: Lebih 600 penduduk Taman Intan Mutiara, Jalan Kampung Banjar, merayu agar Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) lebih prihatin terhadap masalah dihadapi penduduk khususnya pembersihan parit yang tersumbat serta penyelengaraan padang permainan. Penduduk yang nyata berang di atas kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memantau segala kerja. Seorang penduduk, Jaafar Yaakob, 41, berkata pihaknya sudah beberapa kali mengajukan rintihan penduduk agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera membersihkan perparitan bagi mengelak menjadi sarang nyamuk. "Setakat ini sudah ada dua kes demam denggi di kawasan perumahan ini. "Sudah tentu kami tidak ingin mengalami peristiwa yang lebih buruk lagi ataupun penambahan kes demam denggi ini. "Kami kasihan melihat kanak-kanak melakukan aktiviti bersukan di atas padang yang ditumbuhi lalang yang tinggi," katanya di sini, baru-baru ini. Jaafar berkata, pihaknya juga adalah pembayar cukai taksiran seperti penduduk taman perumahan lain dan berhak untuk mendapat layanan sama. (END)

3  

Page 19: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Headline: MPTI pantau bunyi burung

Publication: HM Date of publication: Nov 16, 2007 Section heading: Metro Plus Page number: 12 Byline / Author: Oleh Abu Bakar Al Sidek

TELUK INTAN: Penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising burung layang-layang komersial diminta membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Teluk lntan (MPTI) yang akan membuat pemantauan bagi menangani masalah itu. Yang DiPertua MPTI, lbrahim Ahmad, berkata pihaknya akan membuat siasatan dan melawat ke lokasi terbabit sebelum tindakan susulan diambil terhadap pengusaha burung layang-layang itu. "Sekiranya banyak aduan diterima daripada penduduk tempatan, pihak penternak akan diminta memperlahankan alat sistem bunyi suara burung yang dipasang pada tahap yang tidak mengganggu orang ramai," katanya. Beliau berkata, mengikut peraturan setiap peralatan sistem bunyi suara burung yang dipasang di atas bumbung tidak melebihi 40 desibel sementara corongnya mesti dihalakan ke langit bukannya ke bawah dan masa operasinya antara jam 7 pagi hingga 7 petang saja. Setakat ini, terdapat 485 pemegang lesen menternak burung layang-layang komersial beroperasi sekitar bandar ini yang dikenakan bayaran RM200 seunit bangunan setahun. Beliau berkata, penternak yang mematuhi syarat akan diberi peluang memperbaharui lesen mereka setahun lagi setelah MPTI berpuas hati dengan tahap pemeliharaan burung itu berjalan mengikut peraturan ditetapkan. "Semua permohonan baru dibeku buat sementara waktu kerana MPTI perlu mengkaji lokasi yang dipohon dan akan dikemuka kepada kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan lesen," katanya. Ibrahim meminta kerjasama penternak supaya sentiasa memantau kebersihan di

4  

Page 20: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

kawasan sekitar daripada bau busuk yang turut mengancam kesihatan orang awam di samping memperlahankan alat bunyi suara burung supaya tidak mengganggu penduduk. Katanya, setakat ini belum ada laporan diterima mengatakan burung layang-layang mudah dijangkiti wabak selesema burung. Usaha menternak spesies itu dikatakan bermula sejak sepuluh tahun lalu menjadi tarikan ramai terutama bagi mereka yang mempunyai modal besar. Kebanyakan operasi itu dijalankan di bangunan yang disewa atau dibeli sebagai lokasi burung layang-layang bersarang selepas diubah suai tempat burung bersarang. Pendapatan yang diperoleh penternak terbahagi dalam tiga kategori iaitu A sebanyak RM4,000 sebulan iaitu setelah 10 tahun beroperasi. Sementara kategori B RM3,000 sebulan setelah lima tahun beroperasi dan kategori C antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan setelah tiga tahun beroperasi. Burung layang-layang berbulu putih dan hitam atau nama saintifiknya Aerodranus Fuchipaa terdapat di sini, selain tiga lagi spesies dikenali sebagai Collocalia Fuchipaga, Collocalia Germani dan Collocalia Maxima. (END)

5  

Page 21: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

Headline: MPTI batal lesen

Publication: BM Date of publication: Feb 25, 2007 Section heading: Main Section Page number: 14

TELUK INTAN: MAJLIS Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan membatalkan lesen restoran yang beroperasi berdekatan surau Pekan Baru di sini sekiranya pengurusan restoran itu didapati melanggar peraturan ditetapkan kerajaan. Setiausaha MPTI, Azizan Abd Muin, berkata peraturan itu meliputi syarat ditetapkan di dalam undang-undang kecil penubuhan premis makanan Akta Kerajaan Tempatan 1992. Katanya, MPTI tidak akan berkompromi kepada sesiapa yang tidak mematuhi syarat berkenaan, apatah lagi jika ia mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. (END)

6  

Page 22: Majlis Perbandaran Teluk Intan (Sumber Elektronik) .pdf

7  

Headline: Ahli majlis MPTI boikot

Publication: BM Date of publication: Mar 30, 2008 Section heading: Main Section Page number: 08

TELUK INTAN: Seramai 23 Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) akan memboikot mesyuarat penuh bulanan MPTI yang dijadual bermula jam 10 pagi, esok. Tindakan memboikot itu diambil sebagai isyarat awal bahawa semua ahli MPTI yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat untuk berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mentadbir negeri ini sekarang. Ahli Majlis Mesyuarat MPTI itu membabitkan 10 wakil Umno, masing-masing lima dari Gerakan dan MCA, dua wakil MIC dan seorang wakil Parti Progresif Penduduk (PPP) dari Bagan Datoh, Teluk Intan dan Pasir Salak. (END)

Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 30 Mei 2012