adat resam perkahwinan masyarakat melayu [sumber elektronik]

49

Upload: mrazli

Post on 18-Jul-2016

184 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bla bla bal

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]
Page 2: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

1

ARKIB : 01/10/2012

Hajat pasangan Jepun bersanding ikut adat Melayu tertunai

Tetsu Kosenda dan Chiaki Kosenda diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan mengikut budaya Melayu di Kampung Jaya Gading, Kuantan, semalam.

KUANTAN 30 Sept. - Keunikan dan kemeriahan adat Melayu ketika meraikan pengantin baru menjadi inspirasi kepada pasangan pengantin dari Nigata, Jepun untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka.

Tetsu Koasenda, 28, dan pasangannya, Chiaki, 27, yang berkahwin pada Ogos baru-baru ini memilih untuk mengadakan majlis persandingan mereka mengikut adat dan budaya masyarakat Melayu.

Menurut Tetsu yang bekerja sebagai Jurutera Kanan (Kawalan Kualiti) di sebuah kilang elektronik di sini, dia meminta bantuan rakan dan para pekerjanya bagi mengadakan majlis persandingan tersebut.

"Setelah hampir dua tahun berada di Malaysia dan sering menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan Melayu, saya sungguh teruja setiap kali berpeluang hadir ke majlis persandingan mereka.

"Ekoran daripada itu, saya memasang impian untuk bersanding mengikut adat Melayu apabila mendirikan rumah tangga," katanya kepada pemberita selepas majlis persandingan yang diadakan di Kampung Jaya Gading di sini hari ini.

Page 3: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

2

Katanya, dia tidak menjangkakan hasrat untuk bersanding mengikut adat Melayu itu mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan kilangnya.

"Saya cukup terharu apabila semua pihak seperti majikan, rakan-rakan dan para pekerja bersetuju untuk bersama-sama bergotong-royong meraikan majlis persandingan saya.

"Malah, pekerja saya, Noraini Darus, 48, turut bersetuju menawarkan rumahnya sebagai lokasi hari bersejarah tersebut," jelasnya yang cukup meminati masakan Melayu seperti nasi lemak.

Sementara itu, isterinya, Chiaki, menyahut baik hasrat suaminya itu kerana dia juga menggemari budaya dan adat resam masyarakat di negara ini yang berbilang kaum.

"Saya suka Malaysia kerana rakyatnya cukup peramah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis kami. Saya sangat berpuas hati," jelasnya yang mahu berbulan madu di negara ini.

Page 4: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

3

ARKIB : 16/09/2003

Presiden Avon pilih perkahwinan cara Melayu

DITANYA pada setiap orang, pasti sebahagian besarnya bersetuju bahawa upacara perkahwinan merupakan peristiwa yang amat penting dan paling istimewa dalam seumur hidup mereka.

Bukan sahaja kepada pasangan pengantin, malah kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Bagi orang Melayu, adat istiadat yang bermula dengan merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja sehinggalah kemuncaknya, majlis persandingan dirancang dengan elok dan kalau boleh jangan ada satupun yang ditinggalkan.

Keunikan dan kemeriahan adat perkahwinan orang Melayu dengan pelbagai upacara yang `tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, seperti berandam, berinai, makan beradab dan sebagainya, sememangnya amat dikagumi.

Keistimewaan ini turut memikat pasangan pengantin baru Germen Martinez Corral, 42, dan isterinya, Esti Catur Hastuti, 32, yang mengabadikan hari bersejarah mereka mengikut adat dan tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.

Germen yang berketurunan Sepanyol, merupakan Presiden Avon Cosmetic (M) Sdn. Bhd. yang telah hampir dua tahun bertugas di negara ini.

Majlis meraikan pasangan pengantin baru itu telah diadakan dalam satu majlis penuh meriah di ibu pejabat Avon, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Melangkah masuk ke dewan dengan iringan paluan kompang Germen kelihatan segak mengenakan baju Melayu songket dan bertanjak, manakala Esti, wanita kelahiran Indonesia, ayu dengan kebaya songket moden.

Pasangan pengantin kemudiannya bersanding di atas pelamin yang dihiasi indah. Sambil diiringi tarian tradisional, upacara menepung tawar oleh ahli keluarga pengantin serta para sahabat turut diadakan sebagai melengkapkan dan memeriahkan suasana.

Menceritakan perasaannya, Germen mengakui, amat terharu kerana berpeluang merasai pengalaman paling menyeronokkan terutama ketika mengenakan pakaian pengantin bersongket emas serta bertanjak.

Katanya, peluang bersanding di atas pelamin dan mengikut sebahagian adat istiadat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar dan tidak mungkin dilupa sepanjang hayatnya.

Page 5: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

4

``Setelah hampir dua tahun bertugas di sini, sedikit sebanyak saya telah mengenali budaya dan adat resam masyarakat tempatan termasuk dalam hal perkahwinan.

``Sekurang-kurangnya ini hadiah paling berharga buat saya daripada kakitangan Avon sepanjang berkhidmat di sini,'' ujarnya gembira.

Germen mengakui, tinggal di Malaysia sebenarnya telah memberikan banyak input yang berguna kepadanya, terutama apabila berpeluang meninjau dan berkongsi kehidupan dengan penduduk tempatan.

Baginya, majlis petang itu lebih bermakna dengan kehadiran ahli keluarga yang lain termasuk ibunya, Albina Corral, abang kandungnya, Fernando dan isteri, Anna Corral, serta anak mereka Patricia dan William.

Bercerita mengenai perkenalan dengan isterinya, Germen berkata, mereka bertemu ketika beliau berkunjung ke Indonesia kira-kira tiga bulan lalu atas urusan kerja.

Jatuh cinta pandang pertama, Germen lantas memberanikan diri melamar Esti dan ternyata beliau tidak bertepuk sebelah tangan.

``Beliau wanita yang sungguh istimewa. Selain kejelitaan, perwatakannya yang lemah lembut tetapi pandai membawa diri amat memikat,'' katanya sambil merenung Esti yang berdiri di sisinya.

Majlis yang dihadiri 100 kakitangan Avon itu berakhir dengan majlis makan beradab bersama ahli keluarga pengantin lelaki.

Page 6: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

5

ARKIB : 09/09/2003

Majlis perkahwinan - Janjikan pulangan lumayan Oleh ROSLAH OTHMAN

KENANGAN di hari perkahwinan pastinya akan terpahat di ingatan hingga ke akhir hayat. Mana mungkin nostalgia itu dapat dilupakan - ia antara detik yang terpenting dalam hidup seseorang.

Melalui hari bersejarah dalam hidup, pasti setiap mempelai mendambakan majlis berjalan sempurna tanpa cacat-cela.

Hakikatnya, impian perkahwinan pasangan hari ini sebenarnya membuka lembaran baru dalam industri perniagaan.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Mastika Junaidah Husin, peluang meneroka perniagaan majlis perkahwinan menjanjikan pendapatan lumayan.

``Dengan membekalkan bahan dan aksesori perkahwinan, ia sebenarnya membuka peluang perniagaan yang sangat luas.

``Buat masa ini, perniagaan ini belum diterokai sepenuhnya oleh pengusaha khususnya bumiputera walaupun mampu dijadikan sumber ekonomi,'' katanya.

Perniagaan kerja kahwin, jelas beliau, bukan hanya sebagai sasaran menjadi usahawan berkapasiti besar, sebaliknya boleh dijadikan sumber pendapatan sokongan bagi wanita yang mempunyai modal kecil.

``Ia boleh diusahakan secara kecil-kecilan dari rumah tetapi pada masa yang sama, boleh juga mendatangkan keuntungan yang lumayan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Promosi Kerja Kahwin anjuran Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Mastika turut menggesa golongan wanita agar merebut peluang itu dengan menjadikan bidang kraf sebagai tapak perniagaan, sekali gus sumber pendapatan ekonomi.

Mastika berkata, penggunaan produk kraf dalam adat perkahwinan Melayu berupaya meningkatkan pendapatan usahawan kraf seperti penenun, pembuat tekat dan pembuat produk tembaga.

Sementara itu, Mastika menggesa pengusaha yang terlibat dalam bidang itu supaya menimba pengetahuan mereka.

Page 7: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

6

Selain menimba pengetahuan, pengusaha juga mestilah kreatif dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada bakal pengantin.

``Pengusaha perlu berani menjadikan perniagaan mereka sebagai pusat sehenti dunia perkahwinan yang menyediakan berbagai perkhidmatan daripada persiapan seperti pengedaran kad, pemilihan tempat, gubahan hantaran, pelamin pakaian, menu dan sebagainya,'' katanya.

Beliau menarik perhatian, dalam senario hari ini, pengantin dan keluarga lebih gemar menggunakan khidmat perunding perkahwinan yang bertindak menguruskan segala-galanya dari mula hingga akhir.

Sementara itu, katanya, Malaysia sememangnya cukup terkenal dengan seribu satu macam keunikan budaya dan adat resam penduduknya yang majmuk.

Ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan barangan kraf yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam adat dan kebudayaan sesuatu kaum.

``Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Sebahagian besarnya masih menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nilai dan keunikan tersendiri,'' jelas beliau.

Ini termasuklah penggunaan hiasan bekas telur, bunga pahar, bunga rampai dan kuih muih kering tradisional.

``Sebagai agensi yang bertanggungjawab mempromosi hasil kraf negara, Kraftangan Malaysia harus meneruskan usaha meletakkan industri kraf di tempat yang sepatutnya melalui pelbagai program yang diatur,'' katanya.

Mengenai promosi itu, katanya, para usahawan secara tidak langsung dapat bersaing menjadi lebih kreatif dan inovatif ke arah meluaskan lagi pasaran kraf tempatan.

Page 8: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

7

ARKIB : 16/07/2003

Pameran kelengkapan perkahwinan

MALAYSIA sememangnya cukup terkenal dengan seribu satu macam keunikan budaya dan adat resam penduduknya yang majmuk.

Ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan barangan kraf yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam adat dan kebudayaan sesuatu kaum.

Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Sebahagian besarnya masih menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nilai dan keunikan tersendiri.

Ini termasuklah penggunaan hiasan bekas telur, bunga pahar, bunga rampai dan kuih muih kering tradisional.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab mempromosi hasil kraf negara, Kraftangan Malaysia meneruskan usaha meletakkan industri kraf di tempat yang sepatutnya melalui pelbagai program yang diatur.

Terbaru ialah, Promosi Kerja Kahwin yang merupakan aktiviti promosi yang mengetengahkan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan di negara ini.

Promosi yang berlangsung pada 15 Julai sehingga 31 Ogos di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu, antara lain bertujuan mempamer serta mempromosi penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan.

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Kraftangan Malaysia, Sabrina Mohd. Taufek berkata, menerusi promosi itu juga, para usahawan secara tidak langsung dapat bersaing menjadi lebih kreatif dan inovatif ke arah meluaskan lagi pasaran kraf tempatan.

Katanya, pameran itu juga bertujuan memperkenal serta menarik minat warga tempatan khususnya mereka yang terlibat dalam bidang andaman dan kerja-kerja kahwin agar menggunakan hasil kraf tempatan.

``Sepanjang pameran kami telah mengatur pelbagai program yang menumpukan kepada produk baru perkahwinan serta pameran warisan perkahwinan,'' ujarnya.

Menurut Sabrina, sepanjang pameran, pelbagai program diatur termasuk bazar jualan dan perkhidmatan andaman.

``Ini termasuk demonstrasi tentang penggunaan produk kraf dalam upacara merisik dan meminang, pada 19 dan 20 Julai ini, diikuti pada 26 dan 27 Julai tentang penggunaan produk kraf dalam upacara bertunang dan akad nikah.

Page 9: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

8

``Ia meliputi demonstrasi penggunaan produk kraf termasuk cara gubahan dengan menggunakan bahan-bahan seperti sejadah, telekung dan alat solek,'' katanya.

Sepanjang pameran berlangsung pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan lauk pengantin oleh Chef Ismail, juga persiapan meja untuk makan beradab.

Selain berkesempatan mengenali pelbagai rekaan kraf yang digunakan dalam majlis perkahwinan, pengunjung juga diberi peluang menampilkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan Hias Bunga Pahar, Tatarias Pengantin dan Menghias Meja Makan Beradab.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Faezah dan Fazlin di talian 03 21627459.

Page 10: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

9

ARKIB : 30/11/2005

Bahagia dimiliki insan tersayang Oleh SITI ZALEHA JORIMAI

DIAM tak diam, Syawal semakin menghampiri penghujungnya. Baru hendak reda penat menyambut Aidilfitri, suasana bertukar pula kepada kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung di sana sini.

Bagi yang merancang mengakhiri zaman bujang, inilah kesempatan terbaik memandangkan cuti sekolah masih panjang, manakala cuti tahun yang berbaki perlu dihabiskan.

Setiap pasangan yang melangkah ke gerbang perkahwinan mahu saat bahagia tersebut menjadi detik paling bersejarah untuk dikenang sepanjang hayat.

Mengikut adat resam orang Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat kerana ia adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin, tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan bermula dengan merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding yang menjadi kemuncak kepada acara.

Selain ijab dan kabul, majlis perkahwinan orang Melayu turut kaya dengan adat-adat yang diwarisi turun-temurun seperti berandam, berasah gigi, berinai dan seterusnya bersanding.

Lazimnya pada majlis persandingan, setelah pengantin perempuan siap dihias, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.

Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan, diiringi dengan paluan kompang dan perarakan bunga manggar.

Ketibaan raja sehari biasanya disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan mawar. Upacara ini dilakukan oleh orang tertentu seperti saudara yang rapat dengan pengantin perempuan bertujuan agar perkahwinan akan dirahmati.

Setelah kedua-dua pengantin sempurna didudukkan di atas pelamin, upacara menepung tawar atau berinai besar dimulakan.

Page 11: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

10

Dalam majlis ini , orang yang dijemput tampil ke hadapan akan menabur beras kunyit dan bertih kepada mempelai. Kemudian baharulah melakukan istiadat menepung tawar iaitu mengambil secubit inai dan diletakkan ditapak tangan kanan dan kiri.

Setiap kali selesai upacara menepung tawar dan menginai dilakukan, mak andam mengambil inai daripada tapak tangan pengantin dan meletakkannya ke dalam satu bekas lain.

Majlis biasanya berlangsung dalam keadaan meriah dengan hilai tawa para hadirin, diselangi sindir menyindir kepada pasangan pengantin. Setiap orang yang melakukan upacara ini diberi bunga telur yang terpacak di pulut kuning sebagai tanda hati kerana kesudian menepung tawar mempelai.

Berakhirnya upacara ini bermakna sempurnalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu yang telah dijalankan.

Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Dalam pada itu, persalinan, dandanan dan aksesori pengantin perempuan sudah tentu menjadi tumpuan para tetamu.

Maka ketelitian memilih persalinan pengantin terutama dari segi rekaan, jenis fabrik dan perhiasan diri perlu diambil kira agar penampilan mempelai tampak menyerlah.

Songket dan raja sehari memang sinonim, tetapi ada juga yang mahu tampil moden dengan memilih renda Peranchis dan satin yang dihiasi manik serta labuci.

Bagi yang bertudung, penampilan tidak kurang hebatnya malah jika bijak menyuai-padan nampak lebih anggun dan menawan.

Apatah lagi sekarang ini gaya pemakaian tudung semakin pelbagai dan kreatif. Tudung polos pasti akan menonjol dengan layah dan tiara yang bergemerlapan.

Layah juga boleh ditukar kepada selendang panjang bersulam tepi, manakala batu-batu mutiara dan labuci yang dijalin indah menggantikan tiara.

Memenuhi permintaan sempena musim perkahwinan ini, Anggun menampilkan gaya ayu pengantin bertudung daripada butik milik jurusolek artis terkenal, Midah Khan.

Dan seperti diatur-atur, model yang dipilih untuk memperaga pakaian, Rosshidayu Awang Teh, 26, secara kebetulan baru tiga hari hari bergelar isteri orang.

Aura pengantin baru terserlah tatkala mengenakan songket pengantin dengan inai masih merah di jari.

Page 12: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

11

Ditemani suami tercinta, Mohd Najmee Hishamudin, pasangan yang masih `berdarah manis' ini memilih untuk mengadakan majlis di kampung halaman Rosshidayu di Pasir Putih, Kelantan.

"Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang kami harapkan. Sederhana tetapi meriah, lebih penting ia berjaya memenuhi impian untuk mengumpulkan semua ahli keluarga pada hari bahagia saya,'' kata Pegawai Sistem Maklumat di Universiti Malaya ini.

Persiapan perkahwinan, kata Rosshidayu, jadi lebih mudah apabila dibantu oleh ahli keluarga, bak kata pepatah gotong royong membawa berkat.

Malah, kesibukan berkerja dan pada masa sama dalam proses menghabiskan pengajian peringkat sarjana, membuatkan segala persiapan diserahkan kepada orang tuanya.

Begitupun katanya, impian untuk melihat majlis meriah dengan istiadat tradisional Melayu berjaya dipenuhi daripada upacara akad nikah, berinai membawa kepada persandingan dan makan beradab.

Sememangnya tidak digelar raja sehari tanpa persalinan indah, justeru Rosshidayu memilih kebaya moden daripada fabrik renda Peranchis yang ditempah sendiri untuk majlis pernikahan dan persandingan.

"Supaya tidak kempunan, saya sempat mengenakan persalinan songket kerana kata orang tak berseri pengantin kalau tidak ada songket,'' katanya.

Mengingati semula majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu, kata Rosshidayu, saat paling mengharukan sebaik pengantin lelaki melafaz akad nikah.

"Cukup mendebarkan tetapi ada perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata menyelinap dalam hati. Gembira, bahagia, takut dan gementar bercampur baur.

"Gembira dan bahagia kerana kini saya dimiliki insan yang sayang, tetapi pada masa sama gementar untuk menghadapi alam rumah tangga yang bukan calang-calang cabarannya,'' kata anak keenam daripada tujuh beradik ini.

Apa pun Rosshidayu percaya, bahtera perkahwinan harus disuburkan dengan benih-benih kasih sayang, serta dibajai dengan persefahaman dan tolak ansur.

Page 13: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

12

ARKIB : 04/03/2003

Festival perkahwinan pupuk perpaduan

MALAYSIA sememangnya sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik yang mampu hidup bersama secara makmur.

Keunikan ini dapat dilihat menerusi adat resam dan budaya masing-masing yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam upacara perkahwinan misalnya, setiap kaum sama ada Melayu, Cina mahupun India, mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing.

Keunikan adat istiadat perkahwinan pelbagai kaum inilah, mendorong Spektra Ikatan Jati mengadakan Festival Perkahwinan Spektra 2003 yang julung kali diadakan menarik perhatian penyertaan kaum Melayu, Cina dan India.

Festival bertema Perpaduan Masyarakat Malaysia 2003 itu bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil mulai 6 hingga 12 Julai ini. Ia dianjurkan bersama Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Menurut Pengerusi Programnya, Nur Azman Nordin, festival itu sebagai titian ke arah perpaduan dan kemesraan yang sangat-sangat diperlukan oleh negara dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Katanya, semua rakyat daripada pelbagai kaum, adat resam dan agama dapat bertemu di satu majlis istimewa dan julung kali diadakan.

``Upacara perkahwinan melibatkan 2,000 pasangan pengantin daripada berbilang kaum, agama dan adat dalam satu majlis akad nikah, bersanding, makan beradab dan memotong kek pengantin beramai-ramai,'' katanya.

Menurut Nur Azman, pihaknya cuba mencapai kejayaan dengan mengadakan upacara akad nikah empat agama universal dengan pasangan pengantin berbangsa pertama di dunia dalam satu majlis perkahwinan.

``Bagi perkahwinan kaum Melayu, acara akan dimulakan dengan majlis berzanji, khatam Quran, manakala bagi kaum Cina acara minum teh dan memohon restu ibu bapa akan turut diadakan.

Menceritakan lebih lanjut mengenai festival itu, beliau berkata, ia menjanjikan kepuasan kepada mereka yang ingin merakamkan detik bersejarah sebagai `raja sehari'.

Berkonsepkan pameran terbuka dan pusat sehenti, bakal pengantin boleh mendapatkan pakaian pengantin pelbagai kaum - Melayu, India dan Cina.

Page 14: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

13

Selain itu, turut disediakan untuk bakal pengantin ialah perkhidmatan andaman, fotografi, dan juga hiasan dalaman.

Bukan itu sahaja, pameran ini juga menawarkan pakej berbulan madu bagi oleh pusat perhotelan di negara ini.

Kata Nur Azman lagi, festival ini juga boleh menjadi satu daya tarikan kepada pelancong.

Page 15: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

14

ARKIB : 10/12/1998

Henti bufet di kampung

KECENDERUNGAN mengadakan kenduri secara bufet telah menghilangkan adat dan budaya warisan kita yang berupaya memupuk kemesraan dalam masyarakat pada majlis seumpama itu. - Gambar hiasan.

MUSIM cuti sekolah merupakan musim di mana banyak orang berkahwin. Sesebuah perkahwinan tidak sempurna jika tidak disertakan dengan majlis kenduri, persandingan dan pemberian bunga telur.

Yang perempuannya pula tidak lengkap ke majlis perkahwinan jika tidak menjenguk seketika di bilik pengantin yang tersedia indah.

Bak kata orang tua-tua, cukup dengan sedulang dua nasi berserta lauk-pauk ringan untuk menghebahkan khabar kepada kawan-kawan dan kaum keluarga yang tuan rumah menerima menantu baru.

Paling tidak menimbulkan nostalgia zaman silam di mana semangat gotong-royong - atau 'berderau' kata orang utara - masih tebal menjadi amalan.

Kecanggihan yang dicapai oleh negara turut membawa perubahan ketara dalam penyediaan majlis perkahwinan.

Sekali gus budaya dan adat resam turut menjadi mangsa. Kerja gotong-royong atau berderau yang menjadi amalan masyarakat Melayu Malaysia kini semakin dilupakan. Tidak ada lagi riuh-rendah 'mentara' di khemah memasak.

Begitu juga kecekapan hero-hero kampung menaikkan kayu pemacak untuk menyembelih lembu. Tidak ada juga khemah berlantaikan batang kelapa atau papan nipis untuk melapah daging.

Page 16: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

15

Hiruk-pikuk penanggah atau mentara menghidang makanan di meja dan menuang air sirap semakin diketepikan. Begitu juga tidak ada lagi penanggah atau mentara melilit

tuala good morning di kolar t-shirt berulang alik membawa lauk-pauk sambil bergurau senda melayan tetamu.

Hubungan keluarga juga kian renggang. Jika dulu keluarga jauh berkumpul lebih awal untuk membantu mana yang patut, kini semuanya datang tepat pada masanya semata-mata untuk makan.

Demikianlah senario majlis perkahwinan masa kini. Baik di bandar besar, pekan dan kampung, budaya makan bufet semakin menjadi amalan tuan rumah yang mahu mengadakan majlis perkahwinan.

Ini semua gara-gara kemodenan yang membawa era katering dalam majlis-majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan.

Hidangan bufet menjadi pilihan utama. Selain harganya murah, cara hidangnya juga cukup mudah dan meringankan beban tuan rumah yang tidak payah nak fikir tentang tenaga kerja. Letak makanan dalam dulang, susun pinggan mangkuk dan gelas keliling meja, kemudian jemput tetamu makan.

Kakitangan katering yang hanya beberapa kerat sekadar mengawasi dan menambah mana lauk-pauk dan nasi yang kurang, begitu juga air.

Memang sah cara ini nampak senang asalkan ada 'vitamin W' (wang) - tetapi bagaimana dengan keselesaan tetamu yang datang?

Tidakkah ini juga perlu diambil kira oleh tuan rumah? Kalau dulu apabila tetamu datang mereka disambut oleh penanggah dan dipersilakan ke meja makan, kini suasana tersebut tidak ada lagi. Keseronokan tetamu untuk menjamah makanan terbantut kerana terpaksa beratur panjang menunggu giliran menceduk makanan.

Kalau datang awal kuranglah sikit masalah tetapi bagaimana jika waktu tengah sesak di mana tetamu datang serentak?

Keadaan tambah genting apabila sedang enak menjamah makanan kerongkong pula tercekik dan apabila bangun untuk mengambil minuman, gelas pula tidak ada.

Maka berpusing-pusinglah tetamu tadi di keliling khemah mencari gelas kosong sehingga mood untuk meneruskan makan terus hilang.

Tidak salah bertanya kepada pelayan bertugas di mana ada gelas kosong yang bersih tetapi apabila tetamu sedang penuh sesak menunggu giliran dan mereka juga semakin penat, tentulah pertanyaan tidak lagi akan mendapat jawapan.

Page 17: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

16

Apa yang menyedihkan lagi sistem makan bufet ini bukan sahaja menjadi amalan di bandar tetapi kini telah melarat sampai ke kampung-kampung.

Orang bandar memang telah lali dengan makanan cara bufet, dan tidak perlu tunggu ada majlis kahwin untuk makan bufet kerana hidangan cara itu memang boleh ditemui di restoran dan hotel.

Sesetengah tetamu apabila menerima jemputan kahwin di kampung melonjak gembira kerana dapat peluang makan kenduri orang kampung. Malangnya apabila sampai di rumah orang kahwin tersebut, rupanya hidangan makannya juga cara bufet, langsung putus selera nak makan.

Pada zaman dulu majlis perkahwinan menjadi medan memupuk kemesraan dalam masyarakat, khususnya di kalangan kaum keluarga yang tinggal berjauhan. Namun apabila majlis kenduri kahwin diubahsuai sedemikian rupa sehinggakan identitinya hilang, tentulah ia sesuatu yang amat mengecewakan.

Masyarakat Melayu memang kuat dengan budaya dan adat kerana ia menjadi warisan keturunan nenek moyang yang harus dipertahankan. Tidak salah membuat pembaharuan tetapi biarlah bersesuaian dan kena dengan keadaannya, dan kemesraan dan persaudaraan terus terjalin.

Alasan tuan rumah bahawa tidak ada tenaga kerja untuk menguruskan majlis perkahwinan seperti masa dulu boleh diterima tetapi sebaik-baiknya fikirkan juga keselesaan tetamu.

Memanglah kehadiran tetamu bukan untuk makan semata-mata tetapi kerana menghargai jemputan. Jika tetamu itu datang beratus-ratus batu jauhnya tetapi terpaksa berbaris setengah jam untuk menjamah makanan, tentulah tak patut.

Katering memang bagus tetapi hidangan cara bufet untuk majlis perkahwinan masih belum sesuai untuk dipraktikkan dalam masyarakat kita.

Katering boleh digunakan. Namun kegemilangan cara makan orang kampung satu dulang empat orang patut dikembalikan. Ini bermakna apabila cukup regu empat orang satu meja, penanggah atau para petugas katering boleh meletakkan lauk-pauk, biarlah tetamu makan dengan selesa dan puas.

Seperkara lagi cara katering ada kalanya menyusahkan tuan rumah di akhir kenduri. Biasanya mereka ditempah mengikut jam, contohnya dari jam 12 sampai 3 petang. Cukup masa itu petugas katering akan bersiap untuk mengemas barang-barang mereka. Ada setengah katering tinggal satu jam lagi nak habis masa sudah mula kelam-kabut kemas barang.

Page 18: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

17

Maka riuhlah tuan rumah atau saudara mara mencari bekas-bekas besar seperti periuk dan besen untuk menyalin lauk pauk lebih. Kalau tuan rumah ada peralatan tersebut tak apalah, bagaimana kalau yang tidak ada?

Jika katering yang boleh dibawa berunding, mereka akan tinggalkan lauk-pauk dalam bekas mereka untuk tuan rumah dan mengambilnya semula keesokan harinya tetapi jumlah katering yang sanggup berbuat demikian boleh dikira dengan jari.

Cuba ambil contoh setelah waktu katering sudah tamat tetapi tetamu masih berduyun-duyun datang. Siapa nak buat kerja?

Balik-baliknya tuan rumah anak beranak yang terpaksa senteng lengan menghidangkan makanan. Kalau ada saudara mara yang masih belum balik, syukurlah tetapi bagaimana jika mereka semua angkat kaki lepas makan kerana menyangka tidak ada kerja nak buat macam kenduri kahwin di kampung?

Memang diakui susah nak cari kakitangan seperti dulu kerana kebanyakan belia sudah keluar bekerja di bandar, yang perempuannya pula ramai yang dah kerja kilang.

Yang tinggal hanya orang tua-tua yang tidak mampu lagi untuk mengayuh senduk mengacau nasi minyak, membasuh pinggan dan mengangkat dulang, sekadar meramaikan bolehlah.

Apa pun rasanya makan bufet belum begitu sesuai untuk majlis kahwin khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Bukan cara bufet tidak baik, ada baiknya di segi penjimatan tenaga dan peralatan, tetapi lebih manis jika tetamu diletakkan di meja yang telah siap terhidang makanan.

Nampak tertib, selesa dan tidak berdiri lama menunggu giliran menceduk makanan. Dalam perkara ini siapa yang patut dipersalahkan - kemajuan yang melanda, sikap kita atau budaya yang semakin diketepikan? Cuba renung dan fikirkan.

Oleh: NORMALA HAMZAH

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 20 Jun 2013

Page 19: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

1

Headline: Promosi Kerja Kahwin di Komplek Kraf KL Publication: HM Date of publication: Jun 19, 2013 Section heading: Main Section Page number: 021

Kuala Lumpur: Kraftangan Malaysia mengadakan Promosi Kerja Kahwin di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, bagi menggalakkan masyarakat menggunakan produk kraftangan tempatan dalam persiapan perkahwinan bermula hari ini hingga 1 Julai. Pameran kelapan itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan disertai seramai 260 usahawan yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan dan jualan kraftangan. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia Misroni Sulaiman berkata, pameran itu bertujuan mempopularkan penggunaan produk kraf tempatan dalam hiasan pelamin, gubahan hantaran, cenderahati dan pakaian pengantin. Pada masa sama, pameran ini bagi mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat dalam memartabatkan seni budaya dan adat resam majlis perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia, katanya. Katanya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang promosi berkenaan antaranya pameran produk kraf perkahwinan, kursus praperkahwinan, Pertandingan Seni Kreatif Ilham Perkahwinan dan Kompang. Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan perkahwinan masyarakat India, Baba Nyonya, Melayu Perak, Tatau dan Dusun yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, katanya. Beliau berkata, pengunjung boleh mencuba menghasilkan bunga telur daripada tisu dan kerongsang bunga penanggah selain menyaksikan persembahan masakan pengantin dari Pahang, Perak, Johor serta Kedah. Selain itu, demonstrasi tekstil, logam perak, andaman, tara rias pengantin, sajian masakan, masakan kuih tradisional dan hiasan kreatif turut diadakan untuk menarik pengunjung, katanya.

Page 20: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

2

Headline: Saranan merealisasikan majlis perkahwinan Publication: BH Date of publication: Jun 14, 2013 Section heading: Famili Page number: 005

TIDAK kisah sama ada majlis perkahwinan bakal diraikan berjalan secara gah atau sebaliknya, itu tidak menjadi soal asal saja cukup memenuhi syariat. Cuma lazimnya majlis diadakan semestinya mahu diadakan sebaiknya. Bagi mereka yang ada bajet semua persiapan boleh diserahkan bulat-bulat kepada perancang perkahwinan, tapi yang bajet sederhana semuanya perlu berkira untuk memastikan ia mencukupi dalam pelbagai aspek. Berikut adalah saranan yang boleh membantu anda merancang majlis perkahwinan. 1) Tetapkan tarikh Sebelum membuat sebarang perancangan, sebaiknya anda berbincang dulu dengan pasangan. Jika sudah ada kata putus, seeloknya tarikh ditetapkan adalah enam bulan daripada majlis berlangsung supaya anda mempunyai masa mencukupi untuk merancang segala-galanya. 2) Kursus perkahwinan Lima bulan sebelum majlis, pastikan anda sudah menjalani kursus perkahwinan ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Daerah. Pastikan anda sudah menempah imam dan wali untuk majlis pernikahan. 3) Buat bajet perkahwinan Cara terbaik untuk buat perancangan perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan menyediakan senarai. Catatkan segala perkara perlu dilakukan sebelum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan anggaran untuk setiap perkara bagi mendapatkan jumlah bajet secara keseluruhan. 4) Tentukan konsep majlis Berbincang dengan pasangan anda konsep yang diingini sama ada eksklusif, moden, tradisional dan sebagainya termasuk warna tema. Pada masa sama, anda juga perlu fikirkan tempat majlis bakal berlangsung sama ada di taman, dewan, hotel, rumah dan lain-lain. 5) Pilih pakej perkahwinan

Page 21: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

3

Biasanya pakej perkahwinan perlu ditempah awal sebelum majlis dan seeloknya lima ke enam bulan awal. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan, jurufoto dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan yang sudah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 6) Buat senarai jemputan Senaraikan saudara-mara dan kenalan ingin dijemput untuk kedua-dua belah pihak pasangan pengantin. Perkara ini juga penting untuk pengedaran kad jemputan dan memberi sagu hati buat tetamu. 7) Tempah kad Lazimnya dua bulan sebelum majlis anda sudah boleh membuat tempahan kad sebelum diedarkan kepada tetamu bakal dijemput. Pengedaran juga digalakkan dua minggu awal agar mereka boleh merancang untuk majlis anda. 8) Membeli barang hantaran Jika anda ingin berjimat cuba lakukan pembelian ketika ada potongan. Buat pasangan yang ingin membuat sendiri barang hantaran, adalah eloknya jika barang gubahan sudah lengkap sebelum menghias. 9) Memilih cincin Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. Jadi, pilih yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan dua bulan sebelum majlis berlangsung. 10) Selesaikan segala urusan dengan pejabat agama Sebulan sebelum majlis berlangsung, selesaikan segala urusan dengan pejabat agama termasuk surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. 12) Tempah khidmat katering/tukang masak Selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis, perkhidmatan katering atau tukang masak untuk kenduri sudah ditempah. Ini bagi memberi masa mencukupi buat persiapan termasuk jika ada hidangan mengikut tema dan sebagainya. 13) Tempah pakej kanopi Pakej kanopi perlu ditempah awal-awal. Pastikan termasuk kelengkapan yang berkaitan seperti kerusi, meja, dulang lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dan lain-lain lagi. 14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Page 22: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

4

Sebelum majlis berlangsung pastikan segala hantaran siap digubah. Barang hantaran seperti manisan, coklat dan kek boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Barang lain termasuk sejadah, telekung, sepersalinan kain boleh digubah terlebih awal. 15) Telefon pihak berkaitan Beberapa hari sebelum majlis, pastikan anda menelefon pihak seperti penyedia pakej perkahwinan, jurusolek, jurugambar, tukang masak dan sebagainya untuk memastikan mereka sudah bersedia. 16) Sediakan dokumen Pada hari pernikahan anda jangan pula lupa membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. 17) Pastikan semua wang dan cincin Jangan kerana anda gemuruh, terlupa pula sediakan wang mas kahwin, wang hantaran (terutama wang tunai, wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi dan cincin, sirih junjung atau lain-lain hantaran. 18) Datang awal Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu ditetapkan begitu juga mereka yang menjadi saksi dan wali. 19) Tampil segar Bagi pengantin lelaki dan perempuan ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya. 20) Ceria menghadapi hari bahagia Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Page 23: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

5

Headline: Adat Melayu unik Publication: BH Date of publication: Mar 22, 2013 Section heading: Famili Page number: 001 Byline / Author: Oleh Norliza Abdullah; Hidayah Mohammad

PELBAGAI cara majlis perkahwinan diadakan oleh setiap pasangan. Zaman berubah, namun masih ramai yang mengadakan majlis secara berlebih-lebihan hanya kerana ingin mengekalkan adat dan tradisi. Dalam bab perkahwinan, sewajarnya atau lebih afdal melakukan yang diwajibkan mengikut hukum dan syariat Islam. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang ingin melakukan aktiviti sampingan yang sebenarnya dilihat hanya untuk memenuhi resmi nenek moyang untuk menambah kemeriahan majlis. Mengambil contoh amalan masyarakat di selatan tanah air, iaitu di Johor banyak diselitkan elemen adat tradisi seperti amalan melangkah bendul, menabur duit yang dipanggil `cukai pintu' atau tol, malam berinai kecil, sederhana dan besar. Perunding dan Pengurus Majlis Perkahwinan, Taib Noh, berkata sebenarnya masih ramai taksub dan menjadikan amalan sampingan itu sebagai sebahagian daripada kemestian. Katanya, mereka yang ingin berkahwin perlu melalui beberapa prosedur bermula daripada merisik, bertunang dan bernikah kerana itu dianggap perkara paling asas dalam perkahwinan. Bagi sesetengah kes, pasangan tidak melalui proses merisik dan bertunang, tetapi terus bernikah. Sebagai contoh, tradisi masyarakat di Johor bermula dengan adat merisik dan pihak lelaki akan bertemu dengan orang yang dipercayai keluarga untuk berjumpa dengan ibu bapa perempuan bagi memastikan anak mereka sudah berpunya atau sebaliknya. Merisik tidak dilakukan pada majlis formal, yang datang merisik bertemu ibu bapa dengan berbual-bual bertanyakan tujuan datang untuk menyunting anak dara. Kemudian orang yang merisik datang sekali lagi bagi tujuan meminang. Kali ini mereka datang membawa cincin emas belah rotan sebagai tanda. Sekiranya pinangan diterima, cincin belah rotan akan disarungkan ke jari manis gadis, jika ditolak cincin dibawa pulang. Selepas itu, proses perbincangan menetapkan tarikh pertunangan yang lazimnya dengan tempoh ikatan antara satu hingga dua tahun. Sekarang tempoh ikatan lebih cepat, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Page 24: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

6

Hantaran nombor ganjil Ketika majlis pertunangan, rombongan pihak lelaki membawa pelbagai cenderahati dengan jumlah ganjil yang dipersetujui bersama. Contohnya lelaki akan membawa lima dulang barangan dan dibalas dengan tujuh atau lebih daripada pihak perempuan. Beliau berkata, pelbagai terma digunakan supaya bait-bait perkataan yang diucapkan lebih berseni. Pihak lelaki atau perempuan tidak diwakili ibu atau bapa sebaliknya oleh bapa dan emak saudara atau keluarga terdekat untuk berbincang tarikh majlis pertunangan, diikuti wang hantaran ditetapkan pihak perempuan. Sekarang berbeza apabila pada majlis pertunangan pihak lelaki datang berkunjung dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu dan bergambar sama seakan sudah sah sebagai suami isteri. Beliau berkata, itulah kelainan dan uniknya majlis merisik serta pertunangan di Johor, bakal pengantin lelaki tidak hadir sama. Mengenai hantaran pula ia ditetapkan seperti dipersetujui pihak perempuan. Ada dua permintaan iaitu serba satu dan serba berdiri. Bagi serba satu pihak lelaki perlu menyediakan wang hantaran mengikut jumlah yang dipersetujui dengan barangan cenderahati iaitu sepersalinan, kasut dan beg tangan. Permintaan serba berdiri pula pihak lelaki perlu sepersalinan, kasut beg tangan dan barangan kemas meliputi rantai leher, gelang tangan, cincin, baju, kasut, tas tangan dan manisan sebagai iringan. Semua barangan ini akan dibawa ketika majlis pernikahan, katanya. Langkah bendul Taib berkata, perbezaan lain yang tidak diamalkan di negeri lain ialah, konsep `langkah bendul', iaitu memberikan sebentuk cincin atau persalinan kepada kakak atau abang yang belum berkahwin kerana adiknya menamatkan zaman bujang terlebih dulu. Bagi majlis berinai pula diadakan dalam tiga fasa, iaitu berinai kecil, sederhana dan besar. Majlis pernikahan dibuat pada hari lain atau pada waktu malam atau sebelah pagi dan diikuti majlis persandingan pada sebelah petang. Yang menariknya, pengantin lelaki akan diarak sejauh 100 hingga 200 meter ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi rombongan saudara-mara serta paluan kompang dan rebana. Setiba di pekarangan rumah, mereka disambut dengan kumpulan silat sebelum

Page 25: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

7

melangkah masuk ke ruang persandingan. Bagaimanapun, perkahwinan sekarang banyak dilakukan di dewan atau hotel, manakala konsepnya sudah agak berbeza. Cukai pintu Setiba di muka pintu mempelai lelaki tidak dibenarkan masuk selagi tidak mengagih-agihkan atau menabur wang kepada keluarga pihak perempuan yang sudah siap sedia menunggu. Amalan ini dikenali sebagai `cukai pintu'. Ada ketikanya, berpeluh-peluh keluarga pengantin lelaki menunggu di dalam ruang rumah dan pengapit terpaksa melayan pelbagai kerenah sambil menjawab pelbagai soalan dikemukakan saudara dan mak andam. Jika dulu cuma duit siling saja, kini sudah menggunakan wang RM5 dan RM10 berga ntung kepada kemampuan. Malah, `cukai pintu' juga perlu diberi kepada mak andam yang menunggu di atas pelamin dengan jumlah yang agak tinggi iaitu antara RM50 hingga RM100 selepas itu baru dibenarkan duduk di sebelah mempelai perempuan. Sebenarnya, `cukai pintu' itu bukan membebankan, sebaliknya sebagai majlis 'orientasi' kepada pihak lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga yang turut diterapkan acara usik-mengusik bagi mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi masih ramai yang mengamalkan demi menjaga adat dan budaya perkahwinan Melayu. Perkahwinan dari perspektif Islam Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), Hushim Salleh, berkata Islam perlu memahami kasih sayang dalam Islam. Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) juga seharusnya memahami hak dan peranan sebagai suami dan isteri untuk memastikan kehidupan berumah tangga dilayari dengan baik serta berlandaskan syariat Islam. Suami dan isteri perlu mengenal pasti hak masing-masing. Paling utama ialah amanah. Suami dan isteri sewajarnya bersikap jujur. Mengkhianati satu sama lain akan membawa padah seperti perceraian. Mawadah dan rahmah iaitu cinta dan kasih sayang yang berhak dimiliki kedua-duanya. Masing-masing bertanggungjawab memberikan kasih sayang antara satu sama lain untuk rumah tangga yang harmoni, katanya ketika dihubungi. Hushim Salleh turut menulis buku Psikologi Perkahwinan dan Keluarga - Semakin Hari

Page 26: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

8

Semakin Sayang yang boleh didapati menerusi laman web www.hushimmotivational.blogspot.com. INFO Kewajipan suami kepada isteri isteri * Memberikan nafkah kepadanya seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dengan cara yang baik. * Menggauli isteri dengan cara yang baik termasuk memberi layanan yang baik kepada isteri dari segi seksual, fizikal dan emosi. * Adil kepada setiap isteri jika suami memiliki lebih daripada satu isteri. * Menginap bersamanya sekurang-kurangnya sekali setiap empat malam (dalam hal ini di mana suami berkahwin lebih dari satu) Kewajipan isteri kepada suami * Tunduk kepada suami dalam kebaikan, bukan dalam kemaksiatan. Isteri tidak perlu tunduk kepada suami dalam melakukan sesuatu yang dia tidak mampu. * Menjaga harta suami, menjaga kehormatannya dan tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izinnya. * Menggembirakan hati suami dan menjaga zuriatnya * Memenuhi tuntutan batin suami apabila diperlukan suami * Meminta izin kepada suami jika ingin berpuasa (sunah) apabila suami berada di rumah * Mengikuti suami jika suami menghendakinya

Page 27: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

9

Headline: Pengantin India bersanding ikut adat Melayu Publication: HM Date of publication: Dec 7, 2012 Section heading: Main Section Page number: 054

JOHOR BAHRU: Sepasang pengantin baru, R Surender, 26, dan S Lavanya, 25, diraikan dengan jamuan serta persandingan mengikut adat masyarakat Melayu. Pasangan itu diraikan di rumah pengantin lelaki di Taman Megah Ria, Masai di sini, 24 November lalu oleh kira-kira 300 tetamu terdiri penduduk sekitar kawasan berkenaan. Surender, seorang juruteknik berkata, dia dan isteri tidak menyangka majlis perkahwinan dalam konsep berbeza. Perancangan majlis itu idea beberapa rakan yang juga ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan ini. Saya dan isteri aktif dalam KRT dan penganjuran konsep perkahwinan itu sesuai bagi mengeratkan perpaduan masyarakat setempat, katanya. Sementara itu, Lavanya, jururawat klinik swasta berkata, selain berpakaian tradisional pengantin Melayu, majlis itu diselangi tepung tawar dan silat. Menurutnya, tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai masakan Melayu. Kami yang berkahwin di kuil pada pagi terharu diraikan dalam suasana meriah. Kami berterima kasih kepada KRT kawasan ini selain Umno Cawangan Cenderai yang melakukan pelbagai persiapan dan menaja pentas serta pakaian pengantin, katanya.

Page 28: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

10

Headline: UPSI tonjol adat perkahwinan Melayu Publication: BH Date of publication: Jan 10, 2013 Section heading: Varsiti Page number: 003

Tanjung Malim: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengembalikan ingatan kepada adat perkahwinan Melayu menerusi Persembahan Malam Istana Kasih Mahligai Warisan baru-baru ini. Mereka membuat persembahan secara lakonan dimulai dengan adat merisik, majlis akad nikah, peminangan, majlis perkahwinan, persembahan kebudayaan, majlis endoi, cukur jambul dan selawat. Pengarah program, Mardianto Hamid, berkata persembahan dilakukan oleh lebih 50 pelajar semester satu Kursus Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Pelihara jati diri Katanya, persembahan itu bertujuan mengingatkan masyarakat untuk memelihara jati diri bangsa. Arus pemodenan hari ini mencabar budaya bangsa Melayu untuk bertahan terutama kecenderungan generasi hari ini berkomunikasi melalui laman sosial. Program ini diharap dapat memupuk rasa cinta kepada adat dan warisan Melayu. Persembahan itu mencetus kenangan yang sukar dilupakan kerana menguji semangat kerja berpasukan dan kesungguhan walaupun kami baru semester satu, katanya.

Page 29: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

11

Headline: Pasangan Siam kahwin ikut adat Melayu Publication: MA Date of publication: Nov 25, 2012 Section heading: Main Section Page number: 016

JITRA: Sepasang pengantin berketurunan Siam mencipta kelainan untuk menjadi kenangan indah dalam hidup mereka bagi dikongsi bersama anak cucu apabila meraikan majlis perkahwinan mereka mengikut adat Melayu, di sini, semalam. Ini berikutan pengantin lelaki, Osot Prayun, 41, dari Kroh, Perak bersama pasangannya, Siry Chem, 35, turut diarak dengan paluan gendang dan seruling oleh Kumpulan Seni Warisan Kedah dari Kodiang bagi menyerikan majlis berkenaan. Lebih menarik, pasangan pengantin terbabit juga melalui pengalaman direnjis oleh beberapa orang kenamaan termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Siry yang juga Pengurus Akaun, berkata majlis perkahwinannya berlangsung selama dua hari sejak kelmarin di mana turut diraikan mengikut adat Melayu kerana mahu merasai kemeriahan sendiri. Menurutnya, tambahan pula, dia turut menjalani kehidupan Melayu bersama keluarga bapa angkatnya, Asni Bakar sejak berusia belasan tahun sekali gus timbul idea mahu melakukan persandingan mengikut budaya kaum terbabit.

Page 30: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

12

Headline: Utama keberkatan Publication: BH Date of publication: Nov 2, 2012 Section heading: Famili Page number: 008 Byline / Author: Oleh Saadiah Ismail

Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' menunjukkan, betapa adat menjadi keutamaan dalam apa juga acara ingin dilakukan. Perkara ini dapat disaksikan terutama dalam majlis perkahwinan orang Melayu seperti menepung tawar, menabur beras kunyit, membaca jampi mantera, berandam, berhias dan sebagainya. Sesetengah amalan ini diketahui ada kaitan dengan adat Hindu tetapi ia seakan sebati dan menjadi budaya sukar dihapuskan. Ada yang berpegang, selagi tidak melanggar akidah dan syariat Islam, mereka bebas melakukannya. Jika diteliti semula, banyak cara boleh dilakukan bagi menggantikan adat itu kepada konsep lebih bersifat keislaman untuk mendapat banyak keberkatan. Justeru, tidak salah malah lebih afdal melakukan perubahan ke arah kebaikan. Pendekatan itu diaplikasi, Raudhah Islamic Wedding and Events yang tampil dengan konsep terbaru bagi memastikan majlis dipenuhi dengan keberkatan menerusi pengisian keagamaan sewajarnya. Dengan ketibaan musim cuti persekolahan ramai yang merancang mengakhiri zaman bujang. Mereka mungkin boleh menggunakan pendekatan itu bagi menggantikan kelaziman majlis dilakukan. Ikut budaya luar Pemilik Raudhah Islamic Wedding and Events, Marhaini Yusoff, berkata majlis perkahwinan sekarang dilihat lebih banyak berunsurkan hiburan seperti nyanyian dan tarian yang boleh melalaikan. Ada sesetengahnya terikutikut dengan budaya luar sehingga lari daripada matlamat asal majlis perkahwinan berkenaan. Bagaimanapun, menerusi program disediakan menggantikannya dengan pengisian ilmu supaya lebih bermanfaat dan sekali gus membantu mengeratkan hubungan tetamu yang hadir. Antara program itu meliputi bacaan alQuran dan zikir untuk terapi jiwa. Apa yang pasti halwa telinga tetamu yang hadir akan terpesona dan tenang, katanya. Marhaini berkata, Raudhah ingin membawa aliran terbaru dalam setiap majlis

Page 31: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

13

perkahwinan supaya wang dikeluarkan hampir ribuan ringgit dapat dimanfaatkan daripada sudut dakwah. Tiga elemen diwujudkan iaitu bacaan al-Quran dan terjemahan, zikir terapi serta pesan ulama. Biarlah asas permulaan majlis dengan sesuatu yang baik. Kita mahu jadikan majlis itu diberkati dengan zikir bagi mengingati Allah dan diampunkan segala dosa. Itu janji Allah. Mana tahu, jika ada tetamu yang hadir secara tidak langsung menerima hidayah dan berlaku perubahan positif dalam hidupnya, katanya ketika ditemui, barubaru ini. Bagi mengelakkan kemusykilan berkaitan konsep perkahwinan itu, pihaknya mempunyai penasihat syariah tersendiri iaitu Mantan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hasbullah Abd Halim yang akan menasihati apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Selain itu, pakar motivasi tetap iaitu Dr Love, Dr Rozita Shaari juga akan terbabit sama dalam majlis berkenaan. Banyak perbezaan akan dilakukan dalam majlis berkonsepkan keislaman ini iaitu tiada upacara menepung tawar, tetapi diganti dengan sesi tepung tawar hati pengantin. Pengisian ini lain daripada yang lain kerana tetamu yang hadir akan mendengar ilmu yang disampaikan ulama dan pakar motivasi dari semasa ke semasa. Kami tidak menggalakkan pengantin duduk di atas pelamin, tetapi diubah kepada sesi bersalam dan memperkenalkan pengantin serta keluarganya. Apaapa pun perbincangan lebih lanjut antara kedua pihak perlu dilakukan bagi memuaskan hati pelanggan, katanya yang turut menyediakan sistem bunyi, skrin, multimedia, seorang artis dan penasihat. Jimat kos Bukan itu saja, memikirkan kos perkahwinan yang semakin mencanak mahal, beliau terpanggil untuk melaksanakan majlis perkahwinan beramai-ramai. Cara ini dilihat membantu pasangan yang kurang berkemampuan untuk berkahwin dengan cara yang mudah. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak, agensi yang ingin terbabit sama dan pihak penaja sangatlah dialualukan. Dengan hanya bayaran serendah RM5,000 mereka boleh melangsungkan perkahwinan berkonsepkan keislaman. Jadi ini alternatif untuk menyenangkan terutama golongan muda berkahwin tanpa perlu rasa beban dan menanggung hutang kemudian hari, katanya. Mahaini berkata, berdakwah bukan hanya bertempat di masjid dan sebagainya, tetapi menjangkau lebih daripada itu. Kaedah boleh dilakukan dalam pelbagai dan inilah yang dilakukan oleh pihaknya. Sesiapa yang ingin mengetahui pertanyaan lanjut, boleh berhubung di talian 013

Page 32: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

14

3593165 atau layari laman sesawang Raudhah islamic Wedding Events. INFO Raudhah Islamic Wedding and Events - Bayaran serendah RM30,000 bagi satu majlis perkahwinan dikendalikan Raudhah Islamic Wedding and Events. - Bayaran serendah RM5,000 untuk majlis perkahwinan beramai-ramai. - Raudhah Islamic Wedding and Events menyediakan perkhidmatan pelancongan Islamik ke beberapa negara. - Turut menganjurkan perkahwinan beramai-ramai jika ada sambutan.

Page 33: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

15

Headline: Pasangan Jepun bersanding cara Melayu Publication: HM Date of publication: Oct 1, 2012 Section heading: Main Section Page number: 008

KUANTAN: Pasangan pengantin baru warga Jepun, Tetsukosenda, 28, dan isterinya, Chiaki, 27, memilih bersanding mengikut cara tradisional Melayu, sekali gus menikmati sendiri pengalaman menjadi raja sehari pada majlis penuh meriah di Kampung Jaya Gading, di sini. Kedua-dua mempelai dari Nagata, Jepun itu diraikan dengan penuh adat Melayu termasuk berarak diiringi pukulan kompang, bersanding dan ditepung tawar sambil menyaksikan pertunjukan seni silat dan Muay Thai sebelum memulakan acara makan beradat. Tetsukosenda berkata, walaupun wujud sedikit masalah dari segi komunikasi, ia tidak menghalangnya daripada 'merakam' hari pentingnya itu dengan keunikan cara masyarakat Melayu di negara ini. Sepanjang dua tahun bekerja di sini, saya beberapa kali mengikuti rakan menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu dan tertarik dengan pakaian pengantin serta adat perkahwinannya. Bermula dari situ, saya mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan dengan cara tradisional Melayu dan gembira apabila ia berlangsung dengan penuh meriah, katanya yang bekerja sebagai jurutera di TDK Lambda (M) Sdn Bhd, di sini. Isterinya, Chiaki berkata, dia sangat menyukai negara ini terutama makanannya iaitu Char Kuey Teow dan nasi lemak, namun tidak menyangka turut berpeluang meraikan perkahwinan dengan cara tradisional Melayu. Saya sangat terharu apabila melihat begitu ramai orang termasuk penduduk datang meraikan perkahwinan kami dan mereka sangat ramah, katanya. Sementara itu, penduduk, Noraini Darus, 48, berkata, dia dan keluarga berbesar hati apabila kediaman mereka dipilih untuk lokasi majlis perkahwinan pasangan Jepun berkenaan yang juga pegawai atasan di kilang tempat dia bekerja. Persiapan majlis dilakukan secara bergotong-royong bersama kakitangan kilang dan selepas perbincangan, mereka memilih rumah saya sebagai lokasi majlis perkahwinan. Majlis ini bakal diingati sepanjang masa memandangkan ia majlis perkahwinan pertama dianjurkan di sini, katanya.

Page 34: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

16

Headline: Pelajar asing kagum adat, budaya masyarakat Malaysia

Publication: HM Date of publication: Sep 26, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010

SHAH ALAM: Saya begitu teruja pertama kali diberi peluang mencanting batik. Ini pengalaman yang berharga sepanjang berada di Malaysia dan tidak akan saya lupakan selamanya, kata Joseph Strom, 16. Dia antara 13 pelajar serta dua guru pengiring dari Gleneagles Secondary College dan Fountain Gates, Secondary College dari Melbourne, Australia yang menyertai Program Sister School Cluster, di sini, semalam. Joseph berkata, dalam program yang dianjurkan antara Australia dan Malaysia itu, dia diberi pendedahan mengenai budaya dan adat diamalkan penduduk negara ini. Saya mendapati adat dan cara perkahwinan orang Melayu sangat berbeza daripada perkahwinan bangsa lain kerana ia dibuat secara teratur dan beradab serta saya kagum melihatnya, katanya. Sementara itu, guru pengiring program itu, Tammy Van Rossum, 29, berkata, antara tujuan utama program itu adalah memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajarnya. Peserta program ini ialah pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu Indonesia di kedua-dua kolej itu dan saya berharap mereka dapat mempelajari bahasa Malaysia apabila menyertai aktiviti dianjurkan bersama pelajar SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, katanya. Dalam program sehari itu, pelajar dari dua kolej berkenaan turut menyertai program yang mendapat kerjasama SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan SMK USJ 4, Subang Jaya. Pengetua SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rohani Mustaffa berkata, ini kali kelima program seperti itu dijalankan sekolah itu dengan kedua-dua kolej itu.

Page 35: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

17

Headline: Praktikal perkahwinan bantu pelajari amalan tradisi Publication: BH Date of publication: Jun 5, 2012 Section heading: Minda Page number: 006 Byline / Author: Oleh Safuri Kamarudin

DALAM usaha memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hikmah dan adat perkahwinan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Kedah menganjurkan program praktikal perkahwinan, di sekolah berkenaan, baru-baru ini. Program sehari itu turut menerapkan elemen mengenai adat perkahwinan Melayu disertai 64 orang pelajar. Penasihat program, Puan Maudah Ali yang juga guru Pendidikan Syariah Islamiah SMK Baling, berkata program diadakan bertujuan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kepentingan, hikmah dan adat perkahwinan. Perkahwinan sememangnya dituntut dalam Islam bagi mengelakkan diri daripada kelakuan tidak bermoral hingga melakukan maksiat. Oleh itu, pihak sekolah mengambil kesempatan memberi pendedahan kepada pelajar bagi memastikan mereka faham mengenai konsep perkahwinan. Program ini bukan hanya berpandukan pada teori semata-mata tetapi amali juga diajar supaya pelajar diberi tanggungjawab melaksanakan adat perkahwinan bermula adat merisik sehinggalah jemputan kepada majlis persandingan, katanya. Walaupun pelajar mendapat maklumat secara teori di dalam kelas, Puan Maudah berkata, pelaksanaan pembelajaran secara praktikal lebih berkesan kerana setiap pelajar merasai sendiri pengalaman merisik, meminang, akad nikah dan juga bersanding. Inilah satu pendekatan untuk pelajar merasai suasana perkahwinan yang lebih kondusif sebelum melangkah ke alam rumah tangga suatu hari nanti. Program kali ketiga itu sebahagian daripada pendedahan mengenai situasi sebenar yang akan dilalui pelajar dan akan diteruskan pada tahun hadapan, katanya. Program itu dilaksanakan seratus peratus oleh pelajar membabitkan penyediaan hantaran, menyarung cincin, undangan perkahwinan, persediaan tempat persandingan, adab ketika bersanding, pemberian bunga telur malah turut bertanggungjawab menjadi juru nikah ataupun lebih dikenali sebagai `Tok Kadi'. Selain program praktikal perkahwinan, SMK Baling juga bercadang mengadakan latihan amali ibadat haji dan umrah bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar

Page 36: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

18

mengenai amalan berkenaan. Inisiatif ini juga membantu mereka memahami ibadat berkenaan secara mendalam dan membantu mereka menjawab soalan peperiksaan kelak.

Page 37: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

19

Headline: Olahan unik bunga telur Publication: HM Date of publication: Jun 2, 2012 Section heading: Variasi Page number: 003

BUNGA telur begitu sinonim dengan beberapa upacara adat khususnya dalam masyarakat Melayu dari dulu hingga kini. Selain majlis pertunangan dan perkahwinan, ia turut menjadi penyeri majlis khatam al-Quran serta cukur jambul. Fungsi dan peranannya tetap sama sebagai tanda terima kasih kepada saudara-mara dan tetamu yang hadir. Dalam majlis perkahwinan, masyarakat Melayu dulu percaya bahawa bunga telur sebagai simbolik kepada kesuburan kedua-dua mempelai. Asalnya ia terdiri daripada sebiji telur rebus dilekatkan atau dicucuk pada setangkai bunga yang berasaskan kertas. Sekepal pulut kuning atau pulut kunyit yang diisi di dalam kelongsong daun pisang diikat bersama-sama bunga telur tadi. Malah, ia bukan sekadar tanda terima kasih, kerana keluarga pengantin mengharapkan supaya tetamu mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat dan hidup sejahtera. Hari ini bunga telur mengalami banyak perubahan. Peredaran zaman turut mengubah makna dan fungsi pemberiannya. Pulut kuning tidak lagi digunakan dan di sesetengah tempat sudah menggantikan telur dengan manisan seperti gula-gula, coklat, kek kecil atau buah-buah. Bekas comel digubah indah dan kreatif untuk mengisi telur atau manisan yang bakal diberikan kepada tetamu. Bakul kecil dari rotan, tembikar, tembaga dan kristal dihiasi bunga riben serta bertatahkan taburan manik. Ia juga didekoratifkan menjadi bekas bunga telur yang eksklusif dan menarik. Kini kreativiti pereka dan pengusaha kraf tempatan menampilkan ciptaan unik bunga telur ternyata membanggakan kerana turut mengekalkan keunikan warisan silam. Justeru jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Promosi Kerja Kahwin anjuran

Page 38: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

20

Kraftangan Malaysia yang bakal berlangsung mulai 20 Jun hingga 02 Julai ini. Pelbagai rekaan baru bunga telur berasaskan produk kraf tempatan bakal menggamit kehadiran anda. Maklumat lanjut kunjungi Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03 - 2162 7459 atau layari www.kraftangan.gov.my

Page 39: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

21

Headline: Mempelai India bersanding adat Melayu Publication: HM Date of publication: Nov 30, 2010 Section heading: Main Section Page number: 027

LANGKAWI: Niat mencipta sejarah dan kelainan dalam hidup mendorong sepasang mempelai keturunan India, S Nagesh Rau, 30, dan isterinya, R Kamini Devi, 29, bersanding mengikut adat Melayu di Dewan Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini, malam kelmarin. Malah, pasangan pengantin itu bangga kerana memperagakan persalinan Melayu termasuk tengkolok dan selendang serta dirai pelbagai lapisan masyarakat. Nagesh berkata, keputusan mengadakan persandingan mengikut adat Melayu idea bersama dia dan isteri kerana mereka dibesarkan dalam masyarakat Melayu, malah mempunyai ramai rakan berbangsa Melayu. Katanya, keputusan itu tidak dihalang keluarga, malah mereka menyokong semata-mata mahukan kelainan dan menjadikan majlis perkahwinan itu sebagai sejarah. Nagesh, kakitangan Four Season Resort Langkawi dan Kamini, kakitangan Public Bank Berhad di sini, berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum merancang majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 500 tetamu itu. Saya bersanding mengikut cara Melayu kerana saya fikir Melayu dan India tiada bezanya. Kita sama-sama rakyat Malaysia, katanya ketika ditemui pada majlis persandingannya, kelmarin. Sebelum menaiki pelamin digubah khas di dewan berkenaan, pasangan pengantin itu diarak dengan bunga telur sebelum disusuli upacara merenjis yang didahului ibu bapa kedua-dua pengantin. Kamini dari Taman Intan, di sini, yang tidak terkejut dengan keputusan suaminya berkata, dia tidak kekok memakai kebaya moden dan selendang, tetapi rimas sedikit kerana tidak biasa dengan pakaian itu.

Page 40: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

22

Headline: Budaya berinai berubah Publication: BH Date of publication: Oct 14, 2010 Section heading: Sentral Page number: 027 Byline / Author: Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

PEMAKAIAN inai bagi pengantin baru bagaikan satu kemestian dalam perkahwinan orang Melayu, malahan bagaikan tidak sempurna jika mempelai, khususnya pengantin wanita sekiranya inai tidak menghiasi jari pada hari bahagia. Di Malaysia, tradisi inai dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan India sekitar 1200 Masihi sehingga pemakaiannya akhirnya menjadi antara tradisi unik dan istimewa serta diperturunkan dalam adat perkahwinan Melayu. Sesetengah pendapat menyatakan penggunaan inai bermula dari India yang diperkenalkan pada zaman Moghul, namun ada juga yang mengatakan inai bermula dari Mesir dan tersebar ke seluruh dunia kerana budaya merantau masyarakat pedagang zaman dulu. Berbeza dengan amalan masyarakat dulu yang menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana keharuman bau asli dan tujuan perubatan, masyarakat kini melihat inai sebagai lukisan indah di atas tangan ekoran amalan orang India. Sebahagian besar masyarakat cenderung melihat inai sebagai pewarna kuku di jari tangan atau kaki secara semula jadi pada majlis pertunangan atau perkahwinan, sedangkan hakikatnya herba ini boleh merawat masalah cekam kuku dan kulit di sekitar kuku. Pensyarah Kanan, Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Ahmad Hakimi Khairuddin, berkata berinai dalam perkahwinan Melayu tidak wajib, tetapi digalakkan untuk memperlihatkan keistimewaan dan kelainan kepada pengantin perempuan. Budaya berinai tidak sekadar membabitkan perhiasan dan solekan, malahan berkaitan dengan ilmu masyarakat Melayu terhadap kesihatan dan kesuburan, meskipun tiada kajian mendalam terhadap fungsinya dalam bidang kesihatan. Bagaimanapun, perubahan dan perkembangan budaya menyebabkan masyarakat kini tidak lagi memahami fungsinya. Kini, penggunaannya sebagai perhiasan di atas kuku tidak sekadar popular untuk majlis perkahwinan, malahan sudah menjadi kebiasaan pada hari biasa. Kebanyakan wanita Melayu kini mula menggemari lukisan dan corak inai di atas tangan yang dipengaruhi budaya Hindu di India, katanya pada pertemuan dengan Sastera.

Page 41: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

23

Perkembangan itu diyakini berlaku kerana perubahan gaya hidup dan aliran cita rasa serta pengaruh India sehingga menyebabkan semakin ramai bakal pengantin lebih gemar menggunakan `inai segera' atau seni lukisan mehendi berbanding daun inai ditumbuk untuk amalan berinai. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zainab Ismail, berkata inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita Islam sebagai pewarna rambut serta hiasan kuku dan jari. Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Justeru, tidak salah untuk melukis inai pada tangan dengan corak bunga atau daun, asalkan ia tidak menyerupai tatu atau corak yang boleh menyebabkan akidah rosak. Begitu juga hukum harus bagi umat Islam menggunakan inai bagi menghitamkan rambut kerana ia baik bagi pertumbuhan rambut selain bertujuan menghitamkan. Apa saja yang dilakukan haruslah berbalik pada niat sendiri kerana Allah SWT sukakan pada perkara yang cantik, katanya. Sungguhpun demikian, beliau mengingatkan meskipun berinai diharuskan bagi wanita Islam, namun lelaki Islam dilarang memakainya kerana perbuatan berinai pada tangan dan kaki menyerupai cara kaum wanita berhias, malahan Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita. Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan, malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai kerana berinai bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki adalah adat semata-mata, bukannya syariat dalam Islam, jelasnya.

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 20 Jun 2013

Page 42: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

1

PASANGAN CINA KAHWIN IKUT ADAT KAUM MELAYU DI PANGKOR

Date: 16-01-2011 Author: / DIN ZAZ KLS KAHWIN-ADAT PANGKOR, 16 Jan (Bernama) -- Sepasang pengantin berbangsa Cina di sini memilih adat perkahwinan Melayu bagi meraikan hari berbahagia mereka termasuk menggayakan persalinan songket yang lengkap selain diarak pembawa bunga manggar dan kumpulan kompang dengan direnjis air mawar. Pasangan Marco Foo, 29, dan Jenny Chan, 22, turut disandingkan di atas pelamin dengan jemputan turut diberi peluang untuk melakukan adat menepung tawar kedua-dua pengantin itu. Marco berkata idea untuk melangsungkan hari bersejarahnya dalam adat perkahwinan Melayu itu dibuat apabila dicadangkan oleh sahabatnya. "Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pangkor bersama kawan-kawan pelbagai kaum termasuk Melayu. Tiada masalah bagi saya untuk bersanding mengikut adat. Jika dahulu saya menyaksikan perkahwinan kawan-kawan Melayu, namun hari ini, saya sendiri yang bersanding," katanya ketika ditemui pada majlis persandingannya di sini hari ini. Beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai komputer di sini berkata keluarganya juga terlebih dahulu mengadakan majlis perkahwinan dalam adat perkahwinan Cina semalam. Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor turut meraikan pasangan itu yang dihadiri lebih 500 tetamu pelbagai kaum dan agama di Pangkor Village Resort di sini. Zambry melahirkan rasa gembira dengan penerimaan pasangan itu terhadap adat dan budaya masyarakat Melayu. Katanya masyarakat kini sudah berubah dan kini boleh berkongsi adat bangsa lain yang sebelum ini hanya terhad diamalkan oleh satu-satu bangsa sahaja. "Saya cukup terharu dengan perubahan positif yang berlaku sekarang ini, di mana adat kaum Melayu contohnya sudah boleh diterima dan diamalkan oleh kaum Cina di sini. Peristiwa di mana pasangan pengantin berbangsa Cina yang melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat orang Melayu pada hari ini cukup bersejarah dan belum dilihat sebelum ini," katanya. Terdahulu beliau turut menyaksikan kedua-dua pengantin yang segak memakai pakaian songket itu diarak sebelum melakukan adat tepung tawar terhadap pengantin itu di atas pelamin. -- BERNAMA DIN ZAZ KLS

Page 43: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

2

EKSPO PERKAHWINAN INDIA DAN MELAYU DI MID VALLEY

Date: 22-04-2010 Author: / PSSA LES KAY EKSPO-PERKAHWINAN KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ekspo perkahwinan yang mengumpulkan budaya perkahwinan Melayu dan India di bawah satu bumbung berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley di sini bermula hari ini hingga Ahad. Terdapat 53 gerai pameran bagi perkahwinan India dan 31 gerai pameran perkahwinan Melayu menanti pengunjung ekspo dan bakal pengantin untuk mendapatkan inspirasi bagi hari gemilang masing-masing. "Ekspo ini juga akan menyediakan pakar profesional yang mahir dan bersedia untuk menawarkan kepakaran mereka untuk menjadikan majlis perkahwinan ini menjadi istimewa," kata Pengarah D'Organiser (M) Sdn Bhd Victoria Sivatian selaku penganjur ekspo yang ditemui di sini hari ini. Beliau berkata pasangan yang membuat tempahan pada ekspo itu juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian dan hadiah-hadiah lain yang menarik. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany ketika merasmikan ekspo itu berkata pameran ini penting untuk generasi muda lebih memahami adat-adat yang diamalkan oleh setiap kaum terutamanya pada majlis perkahwinan. "Rakyat Malaysia dapat mengamalkan sikap 'Truly Asia', bukan sekadar tagline tetapi kita mesti menunjukkan bagaimana ia berlaku," katanya dalam ucapan perasmian. -- BERNAMA PSSA LES KAY

Page 44: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

3

PERKAHWINAN PASANGAN PENGANTIN CINA BERKONSEPKAN MELAYU TRADISIONAL

Date: 20-01-2006 Author: / PBA KAY Pengantin IPOH, 20 Jan (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun malam ini menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan usahawan beras, Datuk Shum Long Sang di sebuah hotel di sini. Majlis perkahwinan yang berkonsepkan Melayu tradisional serta Baba dan Nyonya itu dihadiri kira-kira 1,200 jemputan termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri beliau Datin Seri Kamariah Mokri, exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. Elaine Shum Sai Ling, 23, berkahwin dengan Chan Kin Soon, 25, yang berasal dari Melaka. Kedua-dua pasangan itu telah berkenalan sejak tiga tahun lalu. Pasangan pengantin tersebut yang kini bekerja sebagai akauntan di Australia pulang bercuti di Malaysia bagi melangsungkan perkahwinan tersebut. Sultan Azlan Shah, Tajol Rosli dan kedua ibu bapa kepada mempelai itu turut merenjiskan mawar kepada pasangan tersebut. Majlis itu diserikan dengan tarian kebudayaan, kompang dan tarian naga. -- BERNAMA PBA KAY

Page 45: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

4

PASANGAN JEPUN LANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM MELAYU

Date: 10-09-2005 Author: / NSM AZH SETIU, 10 Sept (Bernama) -- Oleh kerana hatinya sudah tertawan dengan kebudayaan dan keramahan penduduk tempatan, seorang pemuda Jepun, Shiraga Katsuyuki, 34, memilih untuk melangsungkan perkahwinannya mengikut adat tradisional masyarakat Melayu di sebuah tempat peranginan di sini. Walaupun tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara yang dipisahkan oleh jarak yang beribu batu jauhnya, majlis perkahwinan Katsuyuki dengan pasangannya Shiraga Satoe, 25, tetap meriah dengan kehadiran serta layanan penuh mesra kalangan penduduk tempatan serta kakitangan resort itu. Katsuyuki sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang di Malaysia selama tiga setengah tahun, sebelum pulang ke Jepun selama enam bulan, dan kembali kesini semula ke sini sembilan bulan lalu untuk bertugas sebagai sebagai penasihat penyeleggara di sebuah kilang eletronik di Pangkalan Chepa, Kelantan. Bermula dengan adat bersiram pada sebelah awal pagi, pasangan itu kemudiannya diarak dengan pengusung sehingga ke pelamin yang disediakan untuk ditepung tawar, dan jelas kedua-duanya nampak cukup ceria dalam menempuh satu pengalaman yang amat unik bagi mereka. Katsuyuki yang berasal dari Okayama nampak begitu tampan dan hebat dengan mengenakan songket berwarna biru muda, manakala Satoe pula yang berasal dari Hiroshima, turut kelihatan cukup ayu dan menawan memakai kebaya songket. "Makanan di sini juga sedap, cuma agak pedas," kata Katsuyuki kepada pemberita menerusi seorang jurubahasa. -- BERNAMA NSM AZH

Page 46: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

5

PASANGAN ENGLAND LANGSUNG PERKAHWINAN IKUT ADAT MELAYU

Date: 18-04-2003 Author: / MNH RHM Langkawi-Kahwin (Bergambar) LANGKAWI, 18 April (Bernama) -- Hasrat sekeluarga dari England yang ingin mengahwinkan anak mereka di Malaysia mengikut adat istiadat Melayu, akhirnya tercapai apabila perkahwinan itu berlangsung di sini hari ini. Terry D'Souza, 51, yang merancang perkahwinan itu sejak setahun lalu dan besannya Julian Davies, 50, begitu gembira meraikan hampir 40 tetamu yang hadir di majlis perkahwinan yang berlangsung di Mutiara Burau Bay Beach Resort Langkawi. "SARS (Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk) dan konflik perang di Iraq tidak menghalang kami mendaftarkan perkahwinan anak-anak kami di Langkawi, semalam," kata D'Souza di sini. Beliau yang dilahirkan di Melaka kini menjadi warganegara British setelah menetap di England sejak lebih 30 tahun yang lalu. Anak perempuannya, Alison D'Souza, 24, dan Nathan Davies, 27, masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional Melayu ketika bersanding di atas pelamin. Sebelum itu, ketibaan pengantin yang diiringi pengapit masing-masing ke pelamin disambut dengan paluan kompang dan diikuti majlis "akad-nikah" secara simbolik dengan menyarung cincin di jari manis masing-masing. Ketika pengantin bersanding mereka dipersembahkan dengan pencak silat dan tarian kebudayaan sebelum disusuli upacara merenjis air mawar sebelum diadakan joget lambak. Nathan, anak kedua daripada tiga beradik adalah lulusan University of Plymouth kini bertugas sebagai guru dan Alison anak kedua daripada empat beradik adalah seorang pelatih jururawat di negaranya. Julian yang pertama kali menyaksikan adat perkahwinan itu berkata selain menikmati keindahan alam semulajadi di Langkawi, beliau juga dapat mengikuti adat istiadat perkahwinan Melayu yang unik dan menarik. Langkawi terus menjadi destinasi pilihan bagi pasangan pelancong asing bukan Islam mendaftar perkahwinan mereka sambil berbulan madu di sini sejak syarat perkahwinan untuk mereka dipermudah pada akhir 1999. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan seramai 143 pasangan luar negara mendaftar perkahwinan di sini setakat ini dengan 24 pasangan berbuat demikian tahun lalu. -- BERNAMA MNH RHM

Page 47: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

6

PASANGAN BELANDA RAIKAN PERKAHWINAN IKUT ADAT MELAYU

Date: 10-04-2003 Author: / MNH FIZ MAI Belanda-Melayu (Bergambar) LANGKAWI, 10 April (Bernama) -- Langkawi merupakan tempat paling bermakna bagi sepasang kekasih dari Belanda kerana di sinilah mereka membuat keputusan untuk berkahwin malah turut mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat istiadat Melayu. Detik-detik bersejarah bagi Robbie Mardon, 40, dan Mirjom Gommers, 32, terakam malam tadi di Mutiara Burau Bay Beach Resort apabila pihak pengurusan hotel itu mengendalikan upacara perkahwinan mereka dengan penuh warna warni dan dihadiri para tetamu, kebanyakannya pelancong asing yang menginap di situ. Ketibaan pengantin di Seashell Beach Cafe, tempat berlangsung upacara perkahwinan itu, disambut dengan paluan kompang dan diiringi pengapit masing-masing sehingga ke pelamin yang serba kuning. Robbie kelihatan kacak berpakaian baju Melayu hitam dengan tanjaknya manakala Mirjom anggun dengan kebaya hitam bersulam benang emas. Walaupun pasangan itu kelihatan agak kekok dan gugup melalui adat istiadat Melayu itu, tetapi air muka mereka penuh ceria merasai pengalaman yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Bibit-bibit percintaan pasangan yang gemar mengembara ini tercetus 11 tahun lepas apabila mereka bertemu buat pertama kali di Greece. Mereka tiba di Langkawi dua minggu lepas, seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin di sini, setelah sekian lama menjelajah bersama ke beberapa negara. Pengurus Besar Mutiara Burau Bay Beach Resort, Abdul Razak Abdul Kadir, berkata ini merupakan kali pertama hotel itu meraikan dan mengendalikan upacara perkahwinan seperti itu. "Bila pasangan itu merancang untuk melansungkan perkahwinan di sini, kami memberikan kerjasama untuk menganjurkan majlis perkahwinan Melayu itu secara besar-besaran," katanya. Beliau berkata upacara yang penuh warna warni beserta dengan adat tradisional Melayu itu telah menarik minat pelancong dari luar negara yang menginap di situ. Semasa bersanding pengantin dipersembahkan dengan pencak silat dan tarian kebudayaan Melayu. Upacara kemuncak persandingan itu, para tetamu dan pelancong asing kemudian dijemput merenjis air mawar kepada pasangan pengantin. Robbie memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau tidak akan melupakan saat-saat manis yang dilaluinya itu. "Kami akan terus datang ke Langkawi," katanya. -- BERNAMA MNH FIZ MAI

Page 48: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

7

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TERBIT BUKU PERKAHWINAN MELAYU

Date: 05-06-2002 Author: / FAY AZH NAK KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Orang ramai yang berminat mengenai adat perkahwinan orang Melayu kini boleh mendapatkan maklumat mengenainya melalui buku "Perkahwinan Melayu" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku setebal 109 halaman itu mengandungi 10 bab yang merangkumi pelbagai tahap dalam istiadat perkahwinan Melayu bermula daripada adat merisik sehinggalah upacara selepas persandingan. Buku itu ditulis oleh Dr Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan Islam, dan dijual dengan harga RM113 senaskhah. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail semasa berucap merasmikan pelancaran buku itu berkata ia merupakan antara 1,000 buku yang mengupas adat istiadat perkahwinan Melayu yang kaya dengan pengaruh agama dan budaya. "Masyarakat Melayu zaman dahulu menganggap perkahwinan amat tinggi martabatnya. Mereka sangat berpegang teguh pada adat istiadat keranan adat itulah cermin keperibadian sesuatu bangsa," katanya. Beliau berkata dengan berlangsungnya majlis perkahwinan, masyarakat Melayu dapat berkumpul, bersatu tenaga dan beramah mesra bagaikan satu keluarga walaupun berlainan bangsa. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, Dr Amran dan Ketua Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan DBP Wan Sakinah Wan Abrahim. -- BERNAMA FAY AZH NAK

Page 49: Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu [Sumber Elektronik]

8

NILAI PERKAHWINAN DAN KELUARGA MELAYU TELAH MEROSOT

Date: 16-12-2000 Author: / FA ZS PR Nilai-Islam (Bergambar) KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Nilai perkahwinan dan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu hari ini telah merosot kerana perubahan pesat daripada segi sosial dan pengaruh barat melalui media, kata seorang ahli akademik Islam. Timbalan Pengarah (Pengijazahan) Akademik Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Dr Yaacob Harun berkata, nilai-nilai negatif telahpun bertapak dalam minda pemuda masyarakat Melayu. "Institusi kekeluargaan adalah satu institusi utama dalam masyarakat Islam yang sentiasa perlu dijaga serta dihargai, kata Dr Yaacob dalam kertas kerjanya bertema - "Nilai-nilai Perkahwinan di Kalangan Masyarakat Islam Melayu" di seminar sempena pameran "Kemurnian Seni Perkahwinan" di Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini. "Tidak kira kadar pembangunan, perkahwinan dan institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan. Justifikasi bagi kewujudannya dalam masyarakat perlu terus dipertahankan oleh semua anggota masyarakat," katanya. Ketika ditemui oleh BERNAMA selepas menyampaikan kertas kerja itu, Dr Yaacob berkata Jabatan Agama Islam boleh memperkenalkan surat nikah yang bercirikan keseniaan Islam sebagai tanda penghargaan terhadap sesebuah perkahwinan. Cara yang pernah dipraktikkan dalam surat-surat nikah Parsi dalam Dinasti Qajar perlu dijadikan panduan bagi masyarakat Islam di negara ini untuk mengabadikan surat nikah. Turut sama membentangkan kertas kerja pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Pertubuhan Arkib Kebangsaan Iran, Dr Sayed Hassan Shahrestani, Dr Amir H.Zekrgoo dari Universiti Kesenian Tehran dan Timbalan Profesor Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pameran itu bertema "Kesucian Seni Perkahwinan - Sijil-sijil Perkahwinan Persia Daripada Dinasti Qajar" yang bermula Selasa lepas membawa bersama koleksi sijil-sijil perkahwinan berhias dari Iran. Sejak berkurun-kurun di Persia, sesuatu yang mudah dan praktikal seperti sebuah dokumen perniagaan dijadikan hasil seni. Dibuat dalam bentuk sama ada "skrol" atau "buku", dokumen-dokumen ini ditulis dalam skrip seni khat yang cantik dan dihiasai dengan mewah menggunakan pigmen `lapis lazuli'(biru pekat), cinnabar (merah) dan emas. Bahagian tepi skrip itu juga sering dihiasi. -- BERNAMA FA ZS PR Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 20 Jun 2013