teknologi hijau [sumber elektronik].pdf

105

Upload: doandat

Post on 12-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KETTHA SEDANG SIAPKAN PELAN INDUK TEKNOLOGI HIJAU, KATA KETUA SETIAUSAHA

Date: 02-10-2012 Author: / SRH NN ZK KETTHA-PELAN INDUK KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang menyiapkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang akan menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau kepada aktiviti boleh dilaksanakan, yang bakal membimbing pemegang kepentingan utama termasuk agensi kerajaan. Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Loo Took Gee berkata GTMP itu akan mengukuhkan hala tuju strategik yang akan dimulakan oleh Malaysia bagi meningkatkan pembangunan teknologi hijau dalam usahanya menjadi ekonomi hijau karbon rendah. Beliau berkata GTMP akan merealisasikan strategi hijau bagi sembilan sektor ekonomi termasuk pengurusan sisa buangan, air, perhutanan dan tenaga. "Kebetulan, penilaian awal kami dalam sektor tenaga, bangunan, pengangkutan, pembuatan, ICT (teknolgi maklumat dan komunikasi), pengurusan air dan sisa buangan telah menunjukkan bahawa perniagaan hijau menyumbang kira-kira dua peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar dan menggunakan satu peratus daripada jumlah tenaga kerja yang bersamaan dengan 91,405 pekerjaan pada 2009," katanya. Loo berkata demikian dalam ucapan pembukaan beliau di Persidangan Bank-Bank Pembiayaan Teknologi Hijau di Kuala Lumpur, hari ini. Memandangkan hakikat bahawa penyesuaian semula ekonomi untuk menjadi "hijau" penting dalam situasi perubahan iklim dan pemanasan global, beliau berkata pelbagai langkah telah dimulakan terutamanya dalam sektor tenaga. "Kami berbangga untuk memaklumkan bahawa Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui Negara dan Pelan Tindakan telah diluluskan oleh kerajaan pada 2 April, 2010, hasil daripada satu kaji selidik untuk menangani masalah-masalah utama yang menghalang pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di negara ini," katanya. Loo berkata pengenalan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) membuktikan komitmen kerajaan menggalakkan pembangunan teknologi hijau. "Walaupun kadar pengambilan rendah di peringkat awal, pencapaian GTFS setakat ini memuaskan," katanya. Pada akhir September 2012, sejumlah 209 permohonan telah diperakui dengan sijil hijau, di mana 67 projek menerima tawaran pinjaman daripada institusi kewangan berjumlah RM815 juta. Beliau berkata antara faktor-faktor yang mempengaruhi sambutan perlahan kepada GTFS semasa fasa awalnya adalah kesukaran yang dihadapi institusi kewangan dalam menilai risiko yang dikaitkan dengan perniagaan hijau, berikutan ciri-ciri semula jadi model perniagaan itu. "Jelas, mewujudkan kesedaran menerusi penyebaran maklumat yang relevan dan mencukupi tentang teknologi hijau telah dikenal pasti sebagai kunci bagi merealisasikan peranan lebih besar institusi perbankan dalam pembiayaan projek seumpama ini," katanya. – BERNAMA SRH NN ZK

1  

Page 3: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

FMM BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN LANJUTKAN SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 29-09-2012 BELANJAWAN-REAKSI KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama)-- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berterima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi tempoh tiga tahun lagi dalam belanjawan 2013. Ia juga melahirkan penghargaannya kepada kerajaan kerana menerima cadangan mengiktiraf hak harta intelektual sebagai cagaran bagi pembiayaan untuk PKS mendapatkan pembiayaan. FMM juga menyambut baik pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak satu peratus dalam Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat. "Bagaimanapun, pantulan dalam kadar perlu membabitkan keseluruhan bagi menyediakan kelegaan juga kepada kelas pertengahan dan pekerja berpengetahuan dengan pendapatan bercukai melebihi RM50,000 setahun," kata persatuan itu dalam satu kenyataan. FFM juga menyambut baik kajian semula kerajaan bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) untuk membendung aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah. "Ia akan memberi kesan berpotensi kepada ekonomi secara keseluruhan. Insentif cukai bagi memulihkan projek perumahan juga akan melegakan pemilik rumah yang terlibat," kata FMM. Lanjutan elaun Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi pengkomersilan kepadasektor bukan berasaskan sumber juga disambut baik oleh FMM. Bagaimanapun ia menyatakan insentif tolakan berganda automatik bagi perbelanjaan R&D akan membawa rangsangan lebih langsung dan efektif kepada inovasi dan aktiviti R&D bagi syarikat. --BERNAMA NHIZ AS ZK

2  

Page 4: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KERAJAAN TAMBAH RM2 BILION DANA UNTUK SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 28-09-2012 Author: / NSF NSF LAT NAJIB-BELANJAWAN (TEKNOLOGI HIJAU) KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) Kerajaan akan menambah sebanyak RM2 bilion dana untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) bagi merancakkan lagi pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau. Tempoh permohonan skim SPTH ini juga dilanjutkan untuk tiga tahun lagi iaitu sehingga 31 Dis 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen hari ini. Dalam Belanjawan 2010, kerajaan mewujudkan SPTH membabitkan dana berjumlahRM1.5 bilion untuk tempoh tiga tahun, yang akan berakhir 31 Dis 2012. Dana ini membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah dengan kerajaan menanggung subsidi dua peratus daripada jumlah kadar faedah dan jaminan kerajaan sebanyak 60 peratus. Sehingga ini, hampir RM800 juta diluluskan kepada 50 syarikat tempatan, katanya. -- BERNAMA NSF NSF LAT

3  

Page 5: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

BMW BERHARAP KERAJAAN AKAN PERLUAS PENGECUALIAN DUTI KEPADA SEMUA KERETA GUNA TEKNOLOGI HIJAU

Date: 26-09-2012 BELANJAWAN-BMW KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- BMW Group Malaysia berharap kerajaan akan meluaskan pengecualian duti import dan eksais sedia ada bagi kenderaan elektrik dan hibrid kepada semua kenderaan yang menggunakan teknologi hijau tanpa mengirasaiz enjin. Meskipun kerajaan menyediakan pengecualian bagi enjin di bawah 2,000 cc di bawah dasar sekarang, BMW berkata bagi menghargai sepenuhnya dan memanfaatkan teknologi hijau dan baharu, pengecualian perlu diberikan kepada semua kenderaan yang menggunakan teknologi seumpama itu dengan kecekapan dan pelepasan gas sebagai kriteria utama. "Ini akan menggalakkan penggunaan awal oleh semua segmen pengguna, serta industri automotif," kata Dr Gerhard Pils, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata kumpulan itu mahu melihat penekanan terus diberikan kepada langkah-langkah positif ke arah menggalakkan pengambilan teknologi mesra alam dalam industri automotif. Teknologi itu terus menyediakan peluang ekonomi yang besar bagi kedua-dua syarikat automotif tempatan dan juga antarabangsa di Malaysia, katanya. "Memandangkan kemunculan Thailand dan Indonesia sebagai destinasi utama bagi pembangunan automotif, penting bagi kerajaan Malaysia untuk mengguna pakai strategi dua mata menggalakkan pelaburan lebih besar ke arah memperkenalkan teknologi hijau canggih ke Malaysia oleh perniagaan dalam rantaian bekalan automotif," kata Dr Pils. --BERNAMA ARUNT SD ZK

4  

Page 6: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

INDUSTRI MINYAK SAWIT AKAN GUNA TEKNOLOGI HIJAU, KATA MPOC

Date: 10-09-2012 Author: / NSS MO SP ROS MPOC-TEKNOLOGI HIJAU PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Industri minyak sawit amat perlu serta berpotensi besar untuk mengguna pakai teknologi hijau dan amalan mesra alam, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor berkata langkah itu bertujuan mengurangkan secara menyeluruh kesan karbon dalam industri berkenaan. "Sejak sekian lama, industri minyak sawit Malaysia, peneraju sektor minyak dan lemak global, mengambil langkah perlu bersama pemegang kepentingan bagi mewujudkan peluang bermakna dalam bidang kepentingan bersama ini," katanya ketika merasmikan Persidangan Kelestarian Minyak Sawit Antarabangsa Ketiga (IPOSC) 2012, di sini hari ini. IPOSC berperanan menonjolkan kepada umum bahawa industri minyak sawit Malaysia sentiasa mengamalkan prinsip amalan pertanian baik yang bersifat lestari. Ia juga berperanan menunjukkan bahawa minyak sawit Malaysia merupakan komoditi yang benar-benar lestari serta mampu mengekalkan keseimbangan tanggungjawabnya dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial. Antara isu yang dibincang pada persidangan dua hari itu, yang dihadiri peserta dan penceramah dari dalam dan luar negara, ialah inisiatif kelestarian minyak sawit, pemuliharaan, minyak sawit dan dasar antarabangsa. Lee berkata kini, minyak sawit merupakan komponen terbesar dalam perdagangan minyak dan lemak dunia, dengan Malaysia terus merupakan pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit dunia. Tahun lepas, Malaysia menghasilkan 38 peratus jumlah minyak sawit dunia dan 46 peratus jumlah eksport komoditi itu. Pada 2011, minyak sawit menyumbang RM80.4 bilion dari segi pendapatan eksport pada 2011, meningkat 34.5 peratus daripada 2010. Di sebalik pencapaian demikian, kata Lee, industri minyak sawit di negara ini sentiasa memahami dan menghormati sensitiviti alam semula jadi. Sehubungan itu, pada Konvensyen Rio Mengenai Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa Bersatu 1992, Malaysia membuat perakuan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasannya diliputi hutan, kata beliau. "Setelah hampir 21 tahun kemudian, kami tetap mengekalkan, dan malah melakukan lebih daripada apa yang menjadi komitmen kami. Malaysia berjaya merancang, mengurus dan memulihara kepelbagaian ekologi ekosistem serta hidupan liarnya yang unik lagi menarik," kata beliau. Pada majlis itu, buku panduan bertajuk 'Biodiversity in Plantation Landscapes - A Practical Resource Guide for Managers and Practitioners in Oil Palm Plantations', juga dilancarkan. Buku berkenaan, yang diterbitkan MPOC dengan kerjasama Wild Asia, bertujuan membimbing pengurus ladang sawit tentang hal lebih mendalam berkaitan pemuliharaan biodiversiti di ladang masing-masing.—BERNAMA NSS MO SP ROS

5  

Page 7: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

ITRAMAS BEKAL 32,000 LAMPU JALAN BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 02-08-2012 Author: / SAY3 TCT KLS ITRAMAS-LAMPU GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- ItraMas Technology Sdn Bhd bersedia membekalkan 32,000 lampu jalan menerusi projek perintis pemasangan lampu jalan berasaskan teknologi hijau yang pertama kali dilancarkan di Pulau Pinang hari ini. Pengerusinya, Datuk Khairuddin Ibrahim berkata setakat ini syarikatnya telah menaja 32 unit lampu di Persiaran Gurney dengan kos RM100,000. "Produk lampu berasaskan diod pemancar cahaya (LED) jenama Q-Ray ini mampumenjimatkan bil elektrik kerajaan negeri sehingga 50 peratus selain bersifat mesra alam. "Kita telah siap pasang sejak Jun lagi dan jika kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasinya dan mahu menukarkan kesemua lampu konvensional di negeri inidengan lampu keluaran ItraMas kita bersedia membekalkannya," kata Khairuddin kepada pemberita selepas pelancaran program itu di Persiaran Gurney malam ini. Beliau berkata walaupun harga lampu itu agak mahal, ia mampu bertahan selama 10 tahun berbanding lampu jalan konvensional yang perlu ditukar setiap dua hingga tiga tahun sekali. Khairuddin berkata ItraMas yang berpangkalan di Pulau Pinang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam reka bentuk, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran produk LED di dunia. Katanya produk berkenaan telah dieksport ke 17 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun. "Sebelum ini kita telah jalankan projek seumpama ini di Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka serta Johor Baharu melibatkan lebih 600 unit lampu kesemuanya dan selepas ini kita rancang mahu adakan di Selangor pula," katanya. Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata beliau bersedia mempertimbangkan cadangan menggunakan lampu jenama Q-Ray berkenaan di seluruh negeri ini. "Kos penggunaan elektrik untuk lampu jalan di negeri ini mencecah RM6 juta setahun dan jika gunakan produk ini ia mampu mengurangkan perbelanjaan kerajaandalam jangka masa panjang," katanya. -- BERNAMA SAY3 TCT KLS

6  

Page 8: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KEMENTERIAN MAHU MANFAATKAN BAKI RM700 JUTA DI BAWAH SKIM TEKNOLOGI HIJAU

Date: 24-07-2012 Author: / ZER KVTM TOM AA HIJAU-DANA KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjangka menggunakan baki dana bernilai RM700 juta di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau Malaysia menjelang akhir tahun ini. Pemangku Ketua Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, Ahmad Zairin Ismail berkata tujuannya ialah untuk mengagihkan dana ini memandangkan terdapat lebih 100 syarikat tempatan menunggu untuk dibiayai oleh skim berkenaan. "Setakat ini, kami telah meluluskan 48 projek tempatan bernilai RM800 juta. Kami telah menerima sambutan menggalakkan daripada syarikat tempatan untuk skim berkenaan. "Kami kini meninjau kemungkinan adanya dana tambahan dalam Belanjawan 2013, bergantung kepada keperluan industri dan syarikat tempatan," kata beliau selepas melancarkan Persidangan Teknologi Hijau Malaysia dan Anugerah GreenTech di sini hari ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijangka merasmikan acara tiga hari yang akan bermula 10 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Chin berkata 500 delegasi dari seluruh dunia dijangka bertukar-tukar idea, pengalaman dan pengetahuan pada persidangan itu. "Kami telah menerima sambutan positif dari syarikat-syarikat tempatan tahun ini. Hampir 200 petak pameran telah ditempah setakat ini, melepasi 120 petak pameran tahun lepas," kata beliau. Chin berkata penganjur akan menyediakan 600 petak pameran untuk syarikat tempatan dan asing tahun ini. Petak-petak pameran mestilah ditempah sebelum akhir September. Menerusi persidangan ini, kementerian ingin sekali merapatkan pewujudan dan pembangunan kelompok baharu inisiatif perniagaan hijau untuk pertumbuhan ekonomi hijau dalam negara ini. "Kami berharap usahawan dan ahli perniagaan Malaysia akan merebut peluang ini dengan mencari rakan yang sesuai dan membentuk sekutu dan kerjasama pintar dalam perniagaan hijau," tambah beliau. -- BERNAMA ZER KVTM TOM AA

7  

Page 9: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MASIH ADA HAMPIR RM775 JUTA UNTUK SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 18-07-2012 HIJAU-TEKNOLOGI KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Masih terdapat hampir RM775 juta pinjamanmudah daripada RM1.5 bilion yang disediakan menerusi Skim Pembiayaan TeknologiHijau (GTFS), tersedia untuk syarikat yang membangunkan teknologi hijau. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Loo Took Gee berkata sehingga Jun tahun ini, 16 projek sudahpun disahkan. "Lima membabitkan sisa buangan dan air, satu membabitkan pengangkutan dan 10yang lain mengenai projek tenaga. "Setakat ini, sejumlah 188 projek sudah disahkan. Sehingga Jun, lebih RM725 juta sudah diluluskan menerusi skim itu," katanya dalam ucapan pada perasmian Persidangan dan Pameran Pengurusan Air 2012. Ucapan beliau dibacakan oleh Paul Wong Kok Kiong, Setiausaha Bahagian Teknologi Hijau kementerian itu. Loo berkata produk dan perkhidmatan teknologi hijau yang dibangunkan dan dipasarkan Malaysia, perlu dipromosikan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak kredibiliti dan penerimaan pengguna atau pelanggan berpotensi. "Syarikat yang mempunyai produk dan perkhidmatan tulen, digalakkan memohon pendaftaran dengan Direktori Hijau yang ditadbir oleh Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia di bawah KeTTHA. "Pada masa ini, 158 syarikat sudah mendaftarkan produk masing-masing dalam kategori pertanian, bangunan dan penyelenggaraan, makanan dan minuman, industritenaga, bekalan pejabat, cetak dan kertas, pengangkutan dan air. "Terdapat 25 syarikat berdaftar di bawah perkhidmatan perniagaan dan profesional," katanya. Beliau juga berkata sektor Teknologi Hijau masih dalam peringkat awal namun pesat berkembang. "Kementerian akan terus memberi perhatian berat terhadap sektor ini. Inisiatif jaminan tenaga dan tenaga boleh baharu akan terus diberikan penekanan," katanya. Loo juga berkata pengurusan sisa menawarkan banyak peluang untuk inovasi teknologi hijau, seperti kitar semula dan pemulihan pelbagai bahan, sisa kepada tenaga dan sisa kepada baja. -- BERNAMA JJP JJP AS LAT

8  

Page 10: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI MALAYSIA SEDANG DIJALANKAN

Date: 14-07-2012 Author: / HI HI ROS CHIN-KAJIAN KUCHING, 15 Julai (Bernama) -- Satu kajian dasar sedang dijalankan untuk mengenal pasti tahap teknologi hijau yang dilaksanakan dalam pelbagai sektor perindustrian di negara ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin hari ini berkata sebuah syarikat pakar perunding telahpun ditugaskan untuk menjalankan kajian itu. "Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan data berhubung tanggapanindustri terhadap amalan mesra alam dan sejauh mana amalan itu diguna pakai dalam operasi mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival '1Hijau 1Komuniti' anjuran kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata kajian itu sebahagian daripada inisiatif kementeriannya untuk mengukur tahap kesedaran dalam kalangan pelbagai sektor di negara ini berhubungpenggunaan teknologi hijau dalam operasi mereka. "Kajian itu adalah proses panjang yang akan berpindah dari satu sektor ke sektor yang lain," katanya. -- BERNAMA HI HI ROS

9  

Page 11: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

GREENTECH MoU DENGAN MIGHT UNTUK TINGKAT SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 10-07-2012 Author: / NSS NSS LAT GREENTECH-MIGHT PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) dan Kumpulan Teknologi Tinggi Industri-Kerajaan Malaysia (MIGHT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan danmelengkapkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS). Majlis menandatangani MoU yang disaksikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sri Peter Chin Fah Kui bertujuan mewujudkan kerjasama antara GreenTech Malaysia dan MIGHT bagi meningkat dan melengkapkan Skim PembiayaanTeknologi Hijau (GTFS). Skim GFTS itu dilancarkan dua setengah tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi MoU itu, minat sektor swasta terhadap Skim GTFS dijangkakan meningkat. Program offset yang diwartakan oleh kerajaan pada 18 Mac 2011 tahun lepas memperuntukkan mandat untuk pelaksanaan program offset melalui pembelian Kerajaan yang melebihi RM50 juta. Program offset ini diuruskan oleh MIGHT bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pasaran dan rantaian global serta mendapatkan pembiayaan bagi membangunkan keupayaan dan kapasiti industri tempatan yang mempunyai Sijil Projek Hijau. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Ahmad Zairin Ismail berkata setakat ini mereka sudah menilai 189 syarikat untuk program GTFS dengan projek bernilai RM3.6 bilion. "Menerusi GTFS, kami mahu menyediakan akses pembiayaan komersil kepada syarikat tempatan supaya dapat berkembang, malah mengeksport produk," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU itu. Usaha sama itu dijangka meningkatkan kepentingan sektor swasta dalam GTFS. Beliau berkata kini terdapat 15 bank tempatan dan empat bank asing yang membiayai projek teknologi hijau menerusi skim pembiayaan itu. Sementara itu, Naib Presiden Pengurusan Offset MIGHT Zailani Safari melalui kerjasama ini, GreenTech Malaysia dan MIGHT akan bersama-sama mempromosi, membangun dan mengguna pakai teknologi hijau yang inovatif untuk kepentingan semasa negara. Langkah ini adalah sebahagian usaha mempercepatkan agenda teknologi hijau di Malaysia sebagai sebahagian daripada agenda global. Sementara itu, menurut kenyataan kementerian berkenaan, Skim GTFS menghadapibeberapa kesulitan pada peringkat awal dengan hanya 13 syarikat yang mendapat pinjaman daripada institusi kewangan pada tahun 2010. Namun, jumlah syarikat yang berjaya mendapat pinjaman kewangan melalui skim ini meningkat dengan mendadak baru-baru ini dengan 48 syarikat memperoleh pinjaman bank dengan jumlah pembiayaan mencecah hampir RM800 juta.

10  

Page 12: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Sehingga akhir bulan Jun 2012, sebanyak 214 permohonan GTFS telah diproses dan dinilai dan daripada jumlah itu, 189 projek berjaya mendapat Pensijilan Hijau yang melayakkan mereka untuk memohon untuk Skim ini. Jumlah kos teknologi hijau bagi projek yang telah disijilkan berjumlah RM3.6 bilion dan anggaran jumlah pengurangan gas rumah hijau (GHG) adalah sebanyak 8,685 juta tan setahun. Projek projek ini juga mempunyai potensi untuk mewujudkan kira-kira 1,200 peluang pekerjaan hijau pada masa hadapan. -- BERNAMA NSS NSS LAT

11  

Page 13: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

HO WAH GENTING TEROKA TEKNOLOGI HIJAU

Date: 27-06-2012 HOWAH-TEKNOLOGI KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Ho Wah Genting Bhd akan meneroka sektor teknologi hijau menerusi anak syarikatnya, HWG Consortium Sdn Bhd, berikutan penandatanganan dua perjanjian pengurusan projek dengan Wawasan MajuJuta Sdn Bhd dan Optima Tenaga Letrik Sdn Bhd. Pengerusi HWG Consortium Megat D'Shahriman (D'Shahriman) Zaharudin berkata HWG akan membiaya, membekal dan menyenggara lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) dan teknologi penyejukan berkesan tenaga rendah karbon yang dipatenkan. Beliau berkata syarikat itu akan bermula dengan memasang lampu LED di Felda Global Venture Holdings Bhd yang akan membantunya mengurangkan kira-kira 40 peratus penggunaan tenaga. Bercakap kepada pemberita selepas majlis pemateraian itu, beliau berkata syarikat itu juga sedang dalam proses untuk memasang lampu LED di beberapa kementerian seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Megat D'Shahriman berkata di bawah perjanjian ini, HWG Consortium akan menjadi pengurus projek tunggal dan eksklusif untuk pengilangan, pembekalan, pemasangan dan pembiayaan lampu LED tersebut dan teknologi hijau berkaitan. "Wawasan MajuJuta dan Optima Tenaga Letrik adalah untuk mendapatkan projek hijau daripada kerajaan Malaysia dan agensinya serta sebagai syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat-syarikat multinasional. --BERNAMA KTK SD NHZ

12  

Page 14: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

GDC KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR TERIMA ANUGERAH PLATINUM

Date: 21-06-2012 Author: / KHL KHL SN HIJAU-ANUGERAH PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Pusat Data Teknologi Hijau (GDC) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dianugerah sijil Certified Green Computing Facility tahap Platinum. Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan kepada GDC KeTTHA atas amalan seragam dan berkesan yang dilaksanakan. Pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu dianugerah oleh Green Computing Initiative, satu badan akreditasi dan pensijilan antarabangsa teknologi perkomputeran hijau. Kawasan penilaian utama pensijilan termasuk keadaan persekitaran, pengurusan tenaga, udara, penyejukkan, rantaian kuasa, peralatan IT dan pencahayaan. Pengarah Serantau dan Naib Presiden sedunia Green Computing Initiative, Matthew Rajendra berkata penerima anugerah mesti mendemonstrasikan sepanjang tempoh masa iltizam untuk mengurangkan jejak karbon Teknologi Maklumat dan mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara. "Dalam contoh ini, KeTTHA berjaya mengurangkan jejak karbon pusat datanya sebanyak 55 peratus dan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 60 peratus. "Ini adalah satu pencapaian yang besar dan memberi sumbangan penting kepada komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk perkembangan teknologihijau dan pengurangan jejak karbon negara kita," katanya pada majlis perhimpunan bulanan KeTTHA di sini hari ini. Pada majlis itu, Rajendra menyampaikan plak anugerah Plantinum kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. -- BERNAMA KHL KHL SN

13  

Page 15: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

M'SIA DISARAN MAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 15-05-2012 Author: / TCT TCT VMD AA MIDA-E&E GEORGE TOWN, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia yang mempunyai asas kukuh untuk pembangunan industri elektrik dan elektronik (E&E), seharusnya menyiapkan diri untuk merebut peluang dalam teknologi yang kian pesat ini, terutamanya dalam segmen teknologi hijau. Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata terdapatnya peluang meluas dalam industri E&E terutamanya dalam teknologi hijau dan keseluruhan rantaian bekalannya. Beliau berkata terdapatnya potensi besar untuk Malaysia dalam segmen teknologi hijau ekoran pengalaman meluas negara dalam industri separa konduktor, pengguna dan elektronik perindustrian, peranti kediaman serta industri sokongan. "Malaysia terus memberi tumpuan kepada meningkatkan industri kepada aktiviti mewah menerusi pengukuhan dan mendalami ekosistem E&E dengan mensasarkan operasi hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan seminar anjuran MIDA mengenai industri elektronik. Beliau berkata sektor swasta memainkan peranan penting dalam pembangunan industri E&E, sambil menambah pertumbuhan 12.8 peratus setahun dalam pelaburan sektor swasta berada di landasan betul memandangkan sektor ini telah menunjukkan trend positif dalam tempoh tiga bulan pertama. Sementara itu, Dr William Kao, Penasihat Teknologi Bersih untuk China dan Taiwan berkata, Malaysia dengan asas dan peluang yang kukuh dalam industri E&E boleh berpindah kepada pembangunan teknologi bersih. "Malaysia mempunyai banyak aktiviti pembuatan E&E seperti diod pencahayaan cahay, sel solar dan bateri dan ia seharusnya bergerak daripada semikonduktor kepada teknologi bersih," kata beliau. Kao berkata teknologi bersih melibatkan lebih daripada produk elektrik, sambil menambah yang Malaysia seharusnya meneroka ke dalam pembinaan dan bangunan hijau ekoran sumber aslinya yang banyak. Lebih daripada 400 peserta menghadiri seminar dan MIDA telah mengenalpasti 15 multinasional yang berpotensi dan syarikat domestik yang berminat meninjau peluang mendapatkan sumber produk, komponen dan perkhidmatan mereka. Syarikat-syarikat itu ialah dalam semikonduktor, pengujian dan alat pengukuran, produk E&E pengguna dan telekomunikasi. -- BERNAMA TCT TCT VMD AA

14  

Page 16: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU BERPOTENSI TINGKATKAN DAGANGAN MALAYSIA-TAIWAN

Date: 10-05-2012 Author: / PKP PKP VMD LAT MALAYSIA-TAIWAN KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Sektor ekonomi baharu seperti teknologi hijau berpotensi meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Taiwan pada masa akan datang, kata Presiden Persatuan Perniagaan Hijau Malaysia Tan Sri Mustafa Mansur. Beliau berkata berdasarkan kepakaran Taiwan dalam sektor tenaga hijau, Malaysia boleh memperoleh manfaat permindahan teknologi selain inisiatif usaha sama. "Menurut Institut Dasar Tanah, Taiwan merupakan pengeluar fotovoltaik ketiga terbesar di dunia yang mengusai kira-kira 15 peratus daripada pasaran, dan bersama China, kedua-duanya mendominasi 60 peratus daripada pasaran fotovoltaik solar dunia. "Dalam perkembangan lain, Taiwan juga merupakan negara pengeluar diod pemancar cahaya (LED) terbesar di dunia dengan nilai keluaran kira-kira US$1.6 bilion pada 2008," kata Mustafa yang ditemui pada Seminar Perniagaan Teknologi Hijau itu. Tahun lepas, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Taiwan berjumlah US$15.6 bilion (RM47.888 bilion), peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 2010. Pada acara yang sama, Timbalan Perwakilan (Hal Ehwal Ekonomi) Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Lin Min-Li berkata dalam tempoh empat bulan pertama 2012, jumlah dagangan susut empat peratus kepada US$4.55 bilion berbanding suku perbandingan yang sama tahun lepas. "Tahun ini, kami menjangkakan jumlah dagangan mencecah US$15 bilion, susut berbanding tahun lepas memandangkan Taiwan dan kebanyakan negara di rantau ini kini dalam proses pemulihan daripada krisis kewangan yang memperlahankan pergerakan pasaran di Barat," katanya. Malaysia ialah rakan dagang kesembilan terbesar Taiwan manakala Taiwan pula ialah rakan ketujuh terbesar Malaysia. -- BERNAMA PKP PKP VMD LAT

15  

Page 17: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MELAKA, GWANGJU JALIN KERJASAMA PERTINGKAT TEKNOLOGI HIJAU

Date: 03-05-2012 Author: / RSH KIA ERE DC MELAKA-GWANGJU MELAKA, 3 Mei (Bernama) -- Melaka menjalinkan kerjasama dengan Bandaraya Gwangju, Korea Selatan dalam usaha meletakan negeri itu pada landasan kukuh bagi mencapai status negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata jalinan kerjasama tersebut meliputi perkongsian pengalaman dan dasar teknologi hijau yang diaplikasi pihak berkuasa Gwangju dalam pentadbiran bandar raya itu. "Kita yakin jalinan ini dapat membuka laluan mudah dan melancarkan usaha kerajaan negeri mencapai status tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mohd Ali sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Bandaraya Gwangju bagi meningkatkan kerjasama dua hala terutama dalam bidangpenjagaan alam sekitar. MBMB diwakili Datuk Bandar Zainal Abu manakala Bandaraya Gwangju diwakili Ketua Pengarah Biro Ekologi dan Alam Sekitarnya, Shin Kwang Jo. Mohd Ali berkata contoh terbaik teknologi hijau Bandaraya Gwangju yang boleh diaplikasi termasuk penggunaan turbin untuk menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui. Terdahulu, dalam ucaptama pada Simposium Permuafakatan Persekitaran Bandar di Bandaraya Gwangju yang berlangsung hari ini, Mohd Ali berkata kerajaan Melakatelah mengambil pelbagai inisiatif bagi mencapai hasrat tersebut termasuk mewujudkan Majlis Teknologi Negeri, menyediakan pelan induk teknologi hijau, penubuhan Akademi Teknologi Hijau dan Indeks Bangunan. Katanya langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan pusat untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020. -- BERNAMA RSH KIA ERE DC

16  

Page 18: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

UiTM, UNIVERSITI & SYKT JERMAN BERMINAT KERJASAMA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

Date: 03-05-2012 Author: Nurhafizah Marzuki / NUR NUR NN AA UiTM-JERMAN SHAH ALAM, 3 Mei (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) berminat untuk terus bekerjasama dengan universiti dan syarikat Jerman bagi melahirkan lebih ramai jurutera dan menghasilkan penyelidikan menyeluruh dalam teknologi hijau. Naib Canselor UiTM Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata teknologi hijau yang memastikan pembangunan mampan dan memulihara persekitaran akan menjadi penting kepada negara membangun seperti Malaysia. Sehubungan itu, beliau berkata Jerman penting kepada UiTM dengan mengambilkira pencapaiannya dalam inovasi sains dan teknologi serta dalam bidang teknologi hijau. "Saya percaya pelajar dan kakitangan fakulti akan mendapat manfaat daripada kerjasama seumpama itu yang meliputi penerokaan seperti program latihan dalaman masa depan, projek penyelidikan bersama dan perkongsian perindustrian," kata beliau kepada Bernama selepas menghadiri Hari Jerman 2012 di UiTM di sini hari ini. Acara itu meliputi pelbagai aktiviti termasuk perniagaan, sains dan teknologi, bahasa Jerman, persembahan mengenai peluang pendidikan di Jerman dan pameran industri yang disertai oleh syarikat-syarikat Jerman terkemuka. Antara syarikat Jerman yang mengambil bahagian ialah seperti BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd, Robert Bosch Sdn Bhd, Goethe-Institut Kuala Lumpur, OSRAM (Malaysia) Sdn Bhd, Siemens Malaysia Sdn Bhd dan Volkswagen Group Malaysia. "Program itu memberi fokus kepada teknologi hijau dan memberikan peluang kepada syarikat Jerman yang turut serta mengetengahkan produk dan perkhidmatan mesra alam mereka kepada warga Malaysia," kata Sahol Hamid. Kira-kira 80 peratus daripada industri di Jerman kini menggunakan teknologi hijau, tambahnya. "Saya percaya Malaysia boleh mencapai ini dalam tempoh 10 tahun kerana ia mempunyai sekumpulan orang pintar yang mempunyai latihan dan bimbingan yang sesuai untuk membantu menjayakannya," kata beliau. -- BERNAMA NUR NUR NN AA

17  

Page 19: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MGTC AGIH RM800 JUTA PINJAMAN MUDAH KEPADA PENGGIAT TEKNOLOGI HIJAU

Date: 03-05-2012 Author: / NSF SD LAT HIJAU-PINJAMAN KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), badan rasmi yang memantau pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara, berharap dapat mengagihkan pinjaman mudah bernilai RM800 juta menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Nazily Mohd Noor berkata menerusi Bajet 2010, kerajaan memperuntukkan pinjaman mudah bernilai RM1.5 bilion untuk usahawan teknologi hijau bagi menggalakkan pertumbuhan sektor berkenaan. "Daripada jumlah itu, kira-kira RM700 juta pinjaman diluluskan sejak pelancaran skim pinjaman mudah itu pada 2010," katanya kepada pemberita pada pelancaran Seminar Perniagaan Teknologi Hijau 2012 di sini. Daripada pinjaman yang diluluskan, beliau berkata 70 peratus diluluskan kepada sektor tenaga, dan selebihnya kepada sektor pengangkutan, pembinaan dan pembangunan bandar. "Kerajaan memperuntukkan pembiayaan maksimum sehingga RM50 juta kepada pembekal dan RM10 juta kepada syarikat pengguna," kata Nazily yang menambah kerajaan akan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah yang ditetapkan. Beliau berkata kerajaan memberi jaminan menyediakan 60 peratus daripada jumlah pembiayaan dan 40 peratus lagi oleh institusi perbankan. Mengenai pertumbuhan sektor itu, beliau berkata kesedaran dalam kalangan penggiat sektor itu mengenai pentingnya pelaksanaan teknologi hijau untuk mewujudkan komuniti perniagaan hijau, semakin meningkat. Sementara itu, Seminar Perniagaan Teknologi Hijau akan berlangsung di Hotel JW Marriot Hotel di sini pada 10 Mei. Acara itu dianjurkan oleh MGTC dan penganjur bersama Institut Industri Maklumat Taiwan serta Techrans Advanced Sdn Bhd. Ia disokong sepenuhnya oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan. Kira-kira 100 hingga 150 peserta daripada industri teknologi hijau dijangka menghadiri seminar itu. -- BERNAMA NSF SD LAT

18  

Page 20: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

PERSIJILAN YANG SERAGAM PENTING UTK TINGKATKAN TEKNOLOGI HIJAU DI RANTAU INI

Date: 20-04-2012 Author: / FBP FBP NN AA HIJAU-PERSIJILAN KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perniagaan di Asia Tenggara kebanyakannya tertarik kepada idea "going green" tetapi mungkin akan mengguna pakai teknologi itu jika persijilan dan peraturan seragam yang ia gunakan di keseluruhan rantau ini dilaksanakan. Editor serantau Oxford Business Group (OBG), Paulius Kuncinas berkata pengenalan persijilan serantau itu, disertai dengan insentif tambahan, panduan teknologi yang lebih hebat dan maklumat yang lebih baik, akan meningkatkan pertumbuhan dalam industri dan merangsangkan keyakinan pelabur. "Teknologi hijau, jika dilaksanakan dengan betul, boleh menjimatkan kira-kira 40 hingga 60 peratus kos tenaga," kata Kuncinas dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata tanpa persijilan yang jelas dan konsisten, adalah sukar untuk syarikat mencapai keputusan pelaburan berhubung kos dan faedah untuk mengamalkan persekitaran yang hijau. "Mereka bimbang apa yang disifatkan sebagai hijau hari ini mungkin tidak lagi dilihat sebegitu dalam beberapa tahun akan datang," tambah beliau. Kuncinas turut mengetengahkan beberapa kebimbangan mengenai kekurangan kepakaran dalam teknologi hijau dan hanya segelintir sahaja syarikat yang berpengkhususan dalam bidang itu. OBG ialah syarikat penerbitan, penyelidikan dan perundingan global yang menerbitkan maklumat ekonomi ke atas pasaran-pasaran Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. -- BERNAMA FBP FBP NN AA

19  

Page 21: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

WUJUDKAN SUASANA KONDUSIF UNTUK LONJAK TEKNOLOGI HIJAU - PETER CHIN

Date: 05-04-2012 Author: / NO MO NM CHIN-TEKNOLOGI HIJAU MELAKA, 5 April (Bernama) -- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menggesa agar diwujudkan suasana kondusif untuk memperhebatkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi teknologi hijau. Katanya suasana itu boleh diwujudkan dengan mempertingkatkan perkongsian bijak antara kerajaan, industri dan institusi penyelidikan selain pemindahan pengetahuan dan teknologi daripada negara maju. "Lebih banyak kerjasama dan perkongsian dengan pihak industri asing diperlukan di mana Malaysia boleh dijadikan tempat pelaksanaan teknologi baru. "Perkongsian sebegini harus mencakupi pembangunan kapasiti dan bimbingan bagi industri tempatan dan usahawan," katanya ketika melancarkan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan dan ICT (ICEI) 2012, di sini malam tadi. Kementerian itu katanya bekerjasama dengan agensi seperti Sirim dan Jabatan Standard Malaysia bagi membangunkan standard serta mekanisme persijilan dan pelabelan. Chin berkata kementeriannya juga bekerjasama dengan Kementerian Kewanganbagi merangka Polisi Pemerolehan Kerajaan untuk menggalakkan pemerolehan teknologi hijau untuk dilaksana di agensi kerajaan. Kerajaan juga berharap produk dan perkhidmatan hijau menjadi pilihan dalam melakukan pemerolehan pada masa hadapan, katanya. Lebih 100 penyelidik tempatan dan luar negara menyertai persidangan dua hari tersebut bagi berkongsi idea, penemuan dan hasil penyelidikan dalam pelbagai aspek kejuruteraan serta teknologi komunikasi dan maklumat. -- BERNAMA NO MO NM

20  

Page 22: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU MAIN PERANAN PENTING DALAM DAYA SAING MALAYSIA

Date: 05-04-2012 KEMENTERIAN-HIJAU PETALING JAYA, 5 April (Bernama) -- Kerajaan menjangka teknologi hijau memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia kekal kompetitif di pasaranantarabangsa setelah permintaan global bagi produk lestari meningkat. "Kerajaan membuat komitmen bersyarat bagi mengurangkan jumlah karbon Malaysia sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020," kata Setiausaha Bahagian di Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Che Zuriati Muda. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran perkakasan rumahpenjimatan tenaga LG di sini hari ini. Produk baru LG itu termasuk peti sejuk dengan inovasi efisen tenaga bagi kesegaran berpanjangan, mesin basuh dan pembersih hampagas. Che Zuriati berkata kerajaan melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif bagi mengurangkan pelepasan karbon seperti menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharu serta meningkatkan usaha kecekapan tenaga. "KeTTHA telah memulakan program Kelestarian Yang Dicapai Melalui KecekapanTenaga atau SAVE yang dilancarkan pada 7 Julai, 2011 bagi menggalakkan penggunaan perkakasan efisen tenaga." Program tersebut termasuk rebat RM200 bagi pembelian peti sejuk, RM100 bagi penyaman udara dan RM200 setan penyejuk untuk kegunaan komersial. Sementara itu, Che Zuriati berkata media perlu memainkan peranan mereka dalam menggalakkan produk efisen tenaga yang memberikan penjimatan kos kepadapengguna dan industri. --BERNAMA NUR MAS SD NHD

21  

Page 23: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

UBAYA, UNIMAP JALIN KERJASAMA DALAM R&D TEKNOLOGI HIJAU

Date: 16-03-2012 Author: / BJL AFY DC UNIMAP-PENYELIDIKAN JAKARTA, 16 Mac (Bernama) -- Universiti Surabaya (Ubaya), Jawa Timur memulakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau, yang antara lain termasuk penggunaan tenaga suria untuk keperluan isi rumah. Penyelidikan yang diterokai oleh kedua-dua universiti itu juga termasuk teknologi konkrit hijau tanpa simen, yang dikenali sebagai "Green Polymer Concrete", kimia hijau bagi mengurangkan racun kimia di sektor perindustrian dan kitar semula sanitasi isi rumah. Media tempatan hari ini melaporkan usaha kerjasama R&D antara Ubaya dan UniMAP dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di Bangunan INternational Village, Ubaya, di Surabaya. Pada majlis itu, UniMAP diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengerusi Majlis Profesornya, Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff manakala Ubaya oleh Rektornya Prof Joniarto Parung, Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabdian Masyarakat, Dr Yoan Nursari Simanjuntak serta Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dr Dra Amelia. "Dengan kerjasama ini, mahasiswa Ubaya, khususnya dari jurusan kejuruteraan, boleh bergabung dalam penyelidikan atau pertukaran mahasiswa selama satu semester di UniMAP," kata Adi Tedjakusuma, Pengarah Hubungan Antarabangsa Ubaya. Beliau berkata tenknologi hijau merupakan sebuah pengembangan dan penerapan produk, peralatan dan sistem untuk melestarikan alam sekitar dan sumber daya, yang meminimumkan dan mengurangi kesan negatif daripada aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ubaya, sebelum ini, pada 15 Feb lalu memulakan kerjasama dengan syarikat Kumpulan Tan Chong dari Malaysia untuk membuka pusat kerjasama (kolaborasi) antara universiti dengan industri di peringkat Asia. Kolaborasi universiti-industri itu, melibatkan penubuhan pusat di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. -- BERNAMA BJL AFY DC

22  

Page 24: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

DUA GARIS PANDUAN JADIKAN MELAKA NEGERI TEKNOLOGI HIJAU

Date: 07-03-2012 Author: / RSH MAI DEWAN-MELAKA (HIJAU) MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri menggunakan dua garis panduan berdasarkan petunjuk antarabangsa dalam usaha memastikan matlamat Melaka sebagai Negeri Teknologi Hijau dapat dicapai menjelang tahun 2020, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. "Kita juga telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang bertindak sebagai badan penyelaras tertinggi bagi memastikan penggunaan teknologi hijau dapat dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat negeri menjelang tahun 2020," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini ketika menjawab soalan Datuk Abdul Wahab Abdul Latif (BN-Durian Tunggal). Katanya Pertubuhan Pembangunan Hijau Melaka turut diwujudkan di bawah majlis tersebut bagi mengurus sembilan lagi jawatankuasa lain selaras dengan pemilihan Melaka sebagai Negeri Teknologi Hijau oleh kerajaan persekutuan. Jawatankuasa itu terdiri daripada Jawatankuasa Tanah Lapang Hijau, Jawatankuasa Industri Hijau, Jawatankuasa Sungai Hijau, Jawatankuasa Pantai Hijau, Jawatankuasa Pemasaran Hijau, Jawatankuasa Bangunan Hijau, JawatankuasaPengangkutan Hijau, Jawatankuasa Utiliti Hijau dan Jawatankuasa Pendidikan dan Informasi. Beliau berkata kerajaan negeri telah menggariskan tujuh teras utama bagi memandu pembangunan teknologi hijau di negeri itu. Antara teras tersebut ialah penggunaan tenaga yang mesra alam, pengurusan sisa pepejal berdasarkan amalan kitar semula, dan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bandar. Mohd Ali berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa langkah dalam usaha membangun dan memperkukuh persekitaran dan prasarana yang menyokong pengeluaran produk dan perkhidmatan hijau seperti memperbanyakkan pengeluaran dan pensijilan produk, peralatan dan perkakasan hijau tempatan. -- BERNAMA RSH MAI

23  

Page 25: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

USAHA GALAKKAN INDUSTRI GUNA TEKNOLOGI HIJAU

Date: 27-02-2012 Author: Norindah Khairi / NK RON CR HIJAU-REVOLUSI KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Teknologi hijau diperakui boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli serta meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan masa kini. Amalan penggunaannya turut memberi impak terhadap revolusi kehidupan dengan meningkatnya kreativiti dan inovasi dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon, meningkatkan kelestarian alam sekitar dan penjimatan tenaga umpamanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Malaysiaberhasrat mengurangkan 40 peratus kadar pembebasan karbon menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu Dasar Teknologi Hijau digubal yang bermatlamat menyediakan hala tuju untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik dengan persekitaran yang sihat. Amalan hijau dan penggunaan teknologi hijau dari sudut pembinaan juga penting dan ada kaitannya untuk digalakkan dalam kalangan orang ramai dan penggiat industri ini. Pelan Induk Industri Pembinaan 2006-2015 menggariskan kepentingan alam sekitar dalam teras strategiknya iaitu berusaha mencapai standard yang tertinggi dari segi kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta amalan baik alam sekitar. Melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), pelbagai pelan tindakan dirangka dan dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi ini. PENGLIBATAN CIDB MEMAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU Program teknologi hijau dimulakan CIDB dengan inisiatif pembangunan program alam sekitar pada tahun 1999 dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Amalan Baik Persekitaran atau TC9. Pengurus Sektor Pembangunan CIDB, Emasria Ismail berkata jawatankuasa ini membantu dalam menggerakkan dasar dan cadangan untuk meningkatkan amalan persekitaran dalam industri pembinaan dan hasil daripada penubuhan jawatankuasa ini, beberapa penerbitan seperti garis panduan dan buku amalan baik alam sekitar telah dihasilkan. "Pada tahun 2010, CIDB menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Amalan Terbaik Teknologi Hijau Dalam Industri Pembinaan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan profesional, akademik dan persatuan yang berkaitan dengan industri pembinaan. "Ia bertujuan membantu CIDB dalam mengenal pasti, menyedia dan membangunkanStandard Industri Pembinaan, manual, garis panduan, laporan teknikal dan modul latihan yang berkaitan dengan teknologi hijau dalam industri pembinaan," katanya.

24  

Page 26: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

STANDARD PENILAIAN CIDB CIDB, ketika ini giat menjalankan program penilaian terhadap kualiti yang dinamakan sebagai Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) dan Safetyand health Assessment System in Construction (SHASSIC), yang membuat penilaian terhadap amalan keselamatan dan kesihatan di tapak kerja. Menurut Emasria, sebagai pelengkap kepada kedua-dua standard dan sistem itu, CIDB dengan kerjasama Jawatankuasa Teknikal Standard Green Performance Assessment System in Construction yang diwakili agensi kerajaan dan badan profesional pembinaan membangunkan Standard Industri pembinaan Green PASS, yang membantu industri membuat penilaian terhadap kesan bangunan terhadap alam sekitar. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard ini dapat menilai dan mengira impak sebenar kuantiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) oleh bangunan terhadap alam sekitar. Standard ini masih dalam peringkat penilaian industri untuk penambahbaikkan bagi memastikan semua aspek dan kepentingan penilaian pembinaan diambil kira, katanya. GALAK PENGGIAT INDUSTRI GUNA TEKNOLOGI HIJAU Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang dipertanggungjawab membangunkan industri pembinaan, CIDB mengambil langkah proaktif dalam memperkenal program teknologi hijau dalam pembinaan. Program ini turut mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional yang lain menerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan. Menurut Emasria, yang terlibat dalam Jawatankuasa Pembangunan Standard Industri Pembinaan, antara program yang giat dilaksanakan adalah pembangunan program pelabelan hijau bagi produk pembinaan atau lebih dikenali sebagai CIDB Green Label. "Program ini turut bertujuan menggalakkan pengilang atau pengeluar bahan binaan menghasilkan produk binaan yang mesra alam selain melahirkan pengeluar dan pengilang yang lebih berinovasi ke arah yang lebih hijau. "Selain itu pelabelan hijau ini dapat menyokong indeks atau sistem penilaian bangunan hijau serta perolehan hijau yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi," katanya. Menurut beliau, CIDB turut menyediakan skim bimbingan kepada kontraktor ke arah pensijilan ISO 14001 Environmental Management System (EMS). Skim ini dibangunkan dengan tujuan membantu kontraktor menjalankan pengurusan alam sekitar yang tersusun dan berkesan sebagai tanda sokongan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga bertujuan menyediakan maklumat berkenaan kontraktor yang telah menunjukkan serta memberikan komitmen yang tinggi dan baik dalam pengurusan alam

25  

Page 27: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

persekitaran kepada pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan. PERSIDANGAN PEMBINAAN HIJAU 2012 Langkah proaktif CIDB mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan penggiat industri di Malaysia terhadap kepentingan penilaian teknologi hijau dalam pembinaan ialah sebagai menyokong usaha negara mengurangkan kadar pembebasankarbon menjelang 2020. Emasria berkata pelbagai pelan tindakan dirangka bagi memenuhi aspirasi berkenaan bagi memastikan masyarakat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan persekitan yang lebih sihat. Sebagai usaha mempromosi inisiatif ini, CIDB dengan kerjasama pihak industri tempatan dan luar negara buat julung kalinya mengadakan Persidangan Pembinaan Hijau. Persidangan yang diadakan pada 15 dan 16 Feb itu menampilkan pakar teknologi hijau dari serata dunia termasuk mereka yang berperanan penting dalam pembinaan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia. "Persidangan itu memberi fokus kepada aplikasi teknologi hijau dalam pembinaan dan antara penceramahnya ialah pakar-pakar dalam teknologi hijau dari Australia, Finland, Singapura dan Dubai. Persidangan video secara langsung juga diadakan bersama pejabat gabenor California, yang bertemakan Green California Building Industries and Cities, untuk berkongsi pendapat mengenai bidang teknologi hijau dalam pembinaan dan perbandaran. Antara program yang turut berlangsung ialah pameran GreenBuild Asia iaitu pameran produk pembinaan hijau dan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012, di PusatKonvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Penyampaian Anugerah Khas Alam Sekitar juga diadakan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia, sebagai mengiktiraf kontraktor yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam projek binaan. Dengan inisiatif ini, Emasria berharap ia dapat mengukuhkan lagi amalan baik teknologi hijau dalam industri pembinaan. -- BERNAMA NK RON CR

MELAKA DAN USM JALIN KERJASAMA BANGUNKAN BANDAR TEKNOLOGI

26  

Page 28: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

HIJAU

Date: 26-02-2012 Author: / SAY3 NAW NM MOHD ALI-USM GEORGE TOWN, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai "Negeri Bandar Teknologi Hijau" menjelang 2020. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata dengan adanya sumbangan tenaga pakar dari USM, usaha ke arah membangunkan Melaka sebagai bandar raya lestari akan dapat dipercepatkan. "Menerusi sumbangan tenaga pakar dari USM kita yakin dapat merangka pelan pembangunan teknologi hijau yang mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Pendekar di USM, di sini malam tadi. Mohd Ali yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), berkata perjanjian persefahaman antara kedua-duanya akan dimeterai dua minggu lagi. Beliau berkata kerajaan negeri Melaka juga telah menyediakan Pelan Induk Teknologi Hijau yang menggariskan lima teras strategik untuk memandu pembangunanteknologi hijau di negeri itu. Katanya lima teras strategik itu ialah mengukuhkan institusi berkaitan teknologi hijau; menyediakan persekitaran pembangunan teknologi hijau yang kondusif; mengukuhkan pembangunan modal insan; menggalakkan penyelidikan sertainovasi teknologi hijau; dan promosi serta kesedaran awam terhadap kepentingan teknologi hijau. Mohd Ali berkata berpandukan teras terbabit, kerajaan Melaka giat menggerakkan program yang menekankan ciri-ciri penggunaan teknologi hijau dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan dalam kawasan pentadbirannya. "Ia termasuk alam sekitar, demografi, ekonomi bandar, kemudahan masyarakat, rekreasi, pengangkutan, aksesibiliti, pengurusan dan kewangan," katanya. -- BERNAMA SAY3 NAW NM

27  

Page 29: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU URUS PELUPUSAN SISA PEPEJAL - CHOR

Date: 04-02-2012 Author: / ASMA SMS RHM CHOR-TEKNOLOGI ALOR SETAR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatanakan menggunakan teknologi canggih dengan ciri-ciri teknologi hijau untuk melupuskan sampah sarap tanpa mencemarkan alam sekitar. Menterinya Datuk Seri Chor Chee Heung berkata satu daripada kaedah yang akan digunakan ialah loji insinerator seperti yang telah diamalkan di beberapa negara Asia termasuk Singapura. "Loji insinerator zaman sekarang tidak sama seperti yang dahulu kerana ia telah mempunyai ciri-ciri teknologi tinggi dan teknologi hijau yang tidak akan membawa kesan negatif kepada kesihatan rakyat," katanya. Dengan penggunaan insinerator, tidak bermakna tapak pelupusan sampah tidak akan digunakan sebaliknya ia akan dinaik taraf menjadi sanitari seperti yang digunakan di negara-negara maju, katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam media bersama kementerian itu di sini malam tadi. Katanya kini terdapat empat insinerator iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan satu lagi sedang dibina di Labuan. Beliau berkata kementerian akan membuka tawaran kepada syarikat berkaitan untuk mengemukakan cadangan bagi membina tapak pelupusan berteknologi tinggi. "Kita akan kaji cadangan itu dan akan lihat teknologi mana yang paling canggih serta tidak menggunakan kos terlalu tinggi, pada masa sama pelupusan dapat dilakukan dengan cara yang sistematik dan baik". -- BERNAMA ASMA SMS RHM

28  

Page 30: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

INDUSTRI PEMBINAAN DI MELAKA DISARAN PRAKTIKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 12-01-2012 MOHD ALI-HIJAU MELAKA, 12 Jan (Bernama) -- Syarikat pembinaan di Melaka disaran menggunakanteknologi hijau dalam projek mereka bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan matlamat Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Melaka berhasrat menjadi sebuah negeri berteknologi hijau pertama di Malaysia, setanding Melbourne di Australia dan Vancouver, Kanada. "Kerajaan negeri juga sudah berusaha sebaik mungkin untuk menuju ke arah teknologi hijau dengan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka, Akademi Teknologi Hijau Melaka, Bandar Hijau Hang Tuah, Melaka Bebas Asap Rokok,Green Tour Melaka, Program Biodiesel dan juga Direktori Hijau," katanya pada perasmian Seminar Kerja-Kerja Mengecat ke Arah Teknologi Hijau di Ayer Keroh hari ini. Seminar anjuran Akademi Binaan Malaysia (ABM) tersebut dihadiri kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada kontraktor di negeri ini. Katanya tahap kebersihan alam sekitar dari bandar hinggalah ke kampung di negeri Melaka juga sudah semakin baik dan masyarakat kini mula faham akan program kitar semula yang dianjurkan. --BERNAMA DAN NO NM

29  

Page 31: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

SEKTOR SWASTA DISARAN GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 22-12-2011 Author: / YAT JR NHD CHIN-TEKNOLOGIHIJAU KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini menyarankan agar sektor swasta mengambil bahagian dalam usaha kerajaan bagi menggalakkan teknologi hijau. Pelbagai insentif disediakan bagi menggalakkan sektor swasta mengguna pakai teknologi hijau dalam pengeluaran mereka serta semasa menawarkan perkhidmatan, kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan program televisyen "Green Kids" di sini hari ini. Beliau berkata kerajaan, melalui 16 kementeriannya, menyokong usaha untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar dengan memperkenalkan dasar teknologi hijau di mana majlis teknologi hijau diwujudkan. Ideanya adalah untuk menyalurkan mesej kepada semua orang. Apabila kerajaan mengarahkan semua pejabatnya memantau suhu penyaman udarapada minimum 24 darjah Celsius, sektor swasta juga perlu bersama-sama dalam memastikan keberkesanan langkah tersebut, kata Chin. Beliau menyambut baik cadangan dan idea daripada orang ramai mengenai cara terbaik menyalurkan mesej kesedaran terhadap alam sekitar dan menggalakkan teknologi hijau di semua peringkat. "Apa yang kita lakukan, kita perlu melakukan secara mesra alam," katanya dan menambah yang kerajaan akan memulakan kempen yang lebih agresif tahun depan bagi menggalakkan teknologi hijau. -- BERNAMA YAT JR NHD

30  

Page 32: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MELAKA ANTARA PELOPOR KE ARAH BANDAR TEKNOLOGI HIJAU - PETER CHIN

Date: 22-11-2011 Author: / DAN BD SBB MELAKA-BANDAR HIJAU MELAKA, 22 Nov (Bernama) -- Melaka dipilih menjadi antara pelopor ke arah bandar teknologi hijau bagi membentuk persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Beliau berkata Melaka akan menjadi salah sebuah bandar hijau menerusi projek perintis selain Putrajaya dan Cyberjaya. "Melaka mempunyai ciri-ciri Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon dan Sistem Penilaian (LCCF) yang merupakan satu sistem yang menyokong semua dasar dan inisiatif Kerangka Perbandaran Mapan, termasuk Garis Panduan Kejiranan Hijau serta memberi penekanan kepada aspek peningkatan taraf kualiti kehidupan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau yang dirasmikanKetua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka(MITC), Ayer Keroh hari ini. Chin berkata Melaka memiliki ciri yang lebih terperinci ke arah konsep teknologi hijau iaitu mencapai pembangunan sosioekonomi yang mampan dan inklusif. "Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan Melaka dalam pembangunan bandar mapan dengan mengambil kira keperluan pembangunan serta menitik berat kepentingan rakyat, khususnya generasi masa depan," kata Chin. Sementara itu, Mohd Ali berkata pelan rangka tersebut dihasilkan menerusi tiga kelebihan untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional iaitu pembangunan sosioekonomi yang kukuh, negeri mampan dan status perbandaran diseluruh negeri. "Pelan Rangka ini merangkumi tiga objektif iaitu meningkatkan pencapaian negeri maju, memperkukuhkan status negeri bandar dan memperkukuhkan status negeri mampan menerusi amalan dan penggunaan teknologi hijau," katanya. Beliau berkata kerangka induk ini turut meliputi lapan bidang utama bagi memenuhi kriteria negeri maju, negeri bandar dan negeri teknologi hijau. Ia termasuk alam sekitar, demografi, ekonomi bandar, kemudahan masyarakat dan rekreasi serta pengangkutan dan aksesibiliti, pengurusan dan kewangan. -- BERNAMA DAN BD SBB

31  

Page 33: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

SETEM KHAS BANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU DIJUAL MULAI RABU

Date: 07-09-2009 Author: / PNAA TCL RS SETEM-HIJAU KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Tiga bangunan cekap tenaga dipapar dalamsetem khas dan sampul surat Hari Pertama mulai Rabu bagi menyokong inisiatif ke arah pembangunan teknologi hijau di negara ini. Setem 30 sen menampilkan Bangunan Pejabat Tenaga Hijau, Pusat Tenaga Malaysia; setem 50 sen pula menampilkan Bangunan Pejabat Tenaga Rendah, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air; manakala setem RM1 menampilkan Bangunan Berlian, Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya," Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata pada previu media di sini hari ini. Katanya setem-setem ini dan sampul surat Hari Pertama yang berharga 30 sen boleh didapati di pejabat-pejabat pos seluruh negara manakala folder yang berharga RM5.50 boleh didapati di pejabat pos yang terpilih sahaja. Pos Malaysia juga akan menjual seribu edisi terhad set lengkap yang mengandungi setem, sampul surat hari pertama dan folder berharga RM43.60 setiap satu. -- BERNAMA PNAA TCL RS

32  

Page 34: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

K'JAAN AKAN TUBUH MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU - PM

Date: 24-07-2009 Author: / NJ NJ HS NAJIB-HIJAU BANGI, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan bercadang menubuhkan majlis teknologi hijau bagi penyelarasan peringkat tinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan pemegang amanah utama bagi pelaksanaan dasar-dasar teknologi hijau yang efektif. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan mempengerusikan majlis itu berkata langkah itu merupakan satu daripada lima teras strategik di bawah Dasar Teknologi Hijau Negara. Beliau berkata dasar itu diramalkan bagi empat teras utama daripada perspektif tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. "Timbalan saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menjadi pengganti saya dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menjadi tunggak untuk menyelaraskan dan melancarkan peranan semua pemegang amanah bagi kejayaan pelaksanaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau," katanya semasa melancarkan dasar itu di sini hari ini. Beliau berkata teras strategik kedua bertujuan menyediakan persekitaran kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau. Najib berkata ini termasuklah memperkenalkan dan melaksanakan instrumen ekonomi innovatif serta mewujudkan mekanisme fiskal dan kewangan yang efektif bagi menyokong pertumbuhan industri hijau. "Kami bercadang untuk mengadakan promosi besar-besaran pelaburan langsung asing (FDI) teknologi hijau bagi menggalakkan pelaburan langsung tempatan (DDI) dan penyertaan industri tempatan," kata Perdana Menteri. Beliau berkata sehingga Jun tahun ini, Malaysia menarik hampir RM12 bilion dalam pelaburan industri solar fotovoltaik menerusi FDI, daripada syarikat ternama seperti First Solar, Sun Power, Q-Cells and Tokuyama. Beliau berkata sementara itu, strategi ketiga memerlukan pembangunan modal insan diperhebatkan menerusi program latihan dan pendidikan sedia ada, serta dengan menyediakan pakej kewangan serta insentif kepada penuntut untuk mempelajari subjek berkaitan teknologi hijau. "Kita mesti memastikan bahawa kita mempunyai kemahiran, kelayakan, kecekapan dan tenaga manusia yang produktif kerana ini merupakan faktor penting bagi pembangunan Teknologi Hijau," katanya. Najib berkata strategi keempat adalah memperhebatkan Penyelidikan Teknologi Hijau dan Innovasi ke arah pengkomersilan dan insentif akan ditawarkan dan diumumkan kelak. Beliau berkata teras terakhir bagi teknologi hijau ini maju ke hadapan adalah mengadakan promosi besar-besar dan kesedaran awam memandangkan ia merupakan sektor baru negara. Beliau berkata kerajaan akan menjadi contoh penggunaan teknologi hijau dalam kemudahan-kemudahan milik kerajaan dan promosi, pendidikan dan penyebaran maklumat akan diadakan bagi memupuk kesedaran orang ramai bagi menyokonmg dan

33  

Page 35: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

mengguna pakai "ekonomi hijau" dan menjadikan "amalan hijau" sebagai sebahagian kehidupan mereka. Najib turut menamakan bangunan Pusat Tenaga Malaysia sebagai Pejabat Tenaga Hijau (GEO), yang mempunyai penarafan Indeks Bangungan Hijau (GBI) yang pertamadi Malaysia. Sementara itu, pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan manfaat bagi syarikat yang mengguna pakai teknologi hijau, beliau berkata kerajaan telah memberikan pengurangan cukai berganda kepada syarikat berkenaan. "Kami akan melihat perkara itu. Kami mungkin mempertimbangkan beberapa cadangan dalam masa terdekat. "Tetapi yang jelas, kami perlu melihat perkara ini dengan lebih mendalam kerana kami memutuskan apakah bentuk insentif yang perlu ditawarkan," katanya. Ditanya mengenai insentif kepada pengguna yang menggunakan teknologi solar, beliau berkata tenaga solar agak mahal ketika ini tetapi dalam masa beberapa tahun, ia akan lebih berdaya saing dan kerajaan akan terus memberi sokongan dalam pembangunan tenaga solar di negara ini. -- BERNAMA NJ NJ HS

34  

Page 36: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU JANA BEKALAN ELEKTRIK DI PEDALAMAN SARAWAK

Date: 25-06-2009 Author: / RDY JRL ROS SARAWAK-SOLAR KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Satu sistem solar hibrid yang mesra alam menggunakan teknologi hijau yang terkini dari Jerman akan digunakan bagi memastikan bekalan elektrik tanpa henti ke kawasan pedalaman di Sarawak, kata Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan hari ini. Awang Tengah, yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua berkata sistem solar hibrid itu akan dipasang di kawasan pedalaman Sarawak yang hanya boleh dikunjungi menerusi jalan sungai dan tidak dihubungkan ke grid elektrik utama. "Sebelum kita boleh memulakan pelaksanaannya, kajian perlu dijalankan sama ada projek itu berdaya maju atau sebaliknya," katanya sebelum majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Carbon Capital Corporation (CCC) Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina sistem solar hibrid di Sarawak, di sini hari ini. Awang Tengah berkata di bawah MoU itu, CCC akan melakukan kajian kemungkinanberhubung penilaian aspek teknikal dan kewangan di tapak projek yang dikenal pasti. "CCC kemudian akan mengemukakan cadangan, termasuk sistem reka bentuk, kos dan spesifikasi untk melaksanakan kerja. Selepas itu, diharapkan kontrak rasmi dapat ditandatangani untuk pelaksanaan projek itu," katanya. Awang Tengah berharap dengan pengenalan sistem tenaga alternatif terkini menerusi sistem solar hibrid, kerajaan dapat mempercepatkan pembekalan tenaga di kawasan pedalaman. Pengerusi Eksekutif Kumpulan CCC Sdn Bhd Datuk Wahab Suhaili berkata sistem solar hibrid akan menggunakan teknologi yang disediakan oleh IBC Solar Teknik Sdn Bhd yang berpengalaman luas dalam teknologi solar hijau di pasaran domestik dan antarabangsa. "Sistem solar hibrid IBC, yang terbukti berkesan di seluruh dunia, amat sesuai untuk sebuah negeri seperti Sarawak, apabila hampir mustahil untuk kerajaan menyediakan grid elektrik di semua kawasan pedalamannya," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif IBC Solar Teknik Sdn Bhd Ahmad Nazri Ibrahim berkata Sarawak boleh menjadi negeri peneraju di Malaysia yang menggunakan teknologi hijau kelas pertama sebaik sahaja kerajaan meneruskan dengan serius penggunaan sistem solar hibrid. Ahmad berkata sistem itu dinamakan sistem solar hibrid kerana ia secara automatik akan bertukar kepada generator berkuasa diesel sekiranya tidak menerima tenaga solar yang cukup daripada matahari. -- BERNAMA RDY JRL ROS

35  

Page 37: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

INTEL BERUSHA GUNA TEKNOLOGI HIJAU DALAM OPERASI

Date: 19-06-2009 Author: / NJK LC LAT INTEL-HIJAU KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Intel Corp, syarikat terbesar dunia yang mengeluarkan cip komputer, kini berusaha gigih menggunakan teknologi hijau bagi mewujudkan operasi yang mampan dan pada masa yang sama mengurangkan impakterhadap alam sekitar. Pengurus Besar Ekoteknologinya, Lorie Wigle yang berada di sini untuk berkongsi maklumat dalaman mengenai teknologi hijau dengan para pegawai kerajaanMalaysia, berkata Intel berusaha menggunakan prinsip hijau menerusi penyelesaian dan produknya. Sebagai contoh, pemproses mikro teras Intel telah menyumbang secara kolektif kepada penjimatan 20 jam terawatt tenaga, katanya. Teknologi proses pagar logam 45 nanometer k-tinggi terkini syarikat itu mampu mengurangkan kebocoran aliran elektrik, yang menghasilkan peningkatan kecekapan pemproses, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Wigle, Intel kini dikatakan sebagai pembeli terbesar tenaga diperbaharui di Amerika Syarikat, dengan kira-kira 1.3 bilion kilowatt jam tenaga diperbaharui setahun. Oleh itu, Intel secara serius berusaha berkongsi pengalamannya dalam bidang teknologi alam sekitar dengan kerajaan-kerajaan, yang kebanyakannya sudah menunjukkan minat untuk melaksanakan teknologi berkenaan, katanya. Wigle juga berkata beliau sudah menemui wakil Tenaga Nasional Bhd, Universiti Multimedia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia, semalam bagi membincangkan perkongsian sumber. "Ia hanya perbincangan tidak rasmi, namun menarik kerana mengetahui terdapat ruang aktiviti di negara ini yang mahu menggunakan teknologi itu," katanya. -- BERNAMA NJK LC LAT

36  

Page 38: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU HARUS MANFAATKAN MASYARAKAT SETEMPAT - NGO

Date: 05-06-2009 Author: / SHK AKT JK ROS TENAGA-HIJAU PETALING JAYA, 5 Jun (Bernama) -- Sebuah persatuan pengguna yang baru ditubuhkan, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) hari ini menggesakerajaan agar berwaspada dengan pelabur asing yang mahu menyertai projek teknologi hijau negara. "Kebanyakan syarikat ini mempunyai motif terselindung dan lebih berminat untuk mengaut keuntungan bukannya memindahkan teknologi baru kepada masyarakat Malaysia," kata setiausaha agungnya S. Piarapakaran. Beliau mengulas mengenai pengumuman Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) semalam bahawa lebih banyak pelabur datang untuk membangunkan loji solar di Malaysia. Piarapakaran berkata syarikat terbabit membangunkan loji mereka di sini semata-mata untuk mengambil peluang daripada tenaga buruh yang murah, sumber semula jadi yang banyak dan bekalan elektrik pada harga diskaun. "Sebaik saja mereka memulakan pengeluaran, semua produk mereka dieksport ke luar negara dan kita tidak mendapat manfaat daripadanya. "Jika teknologi hijau ingin dikembangkan, kita sepatutnya lebih fokus dan melakukan usaha bersepadu bagi memastikan masyarakat luar bandar di kampung danestet sekali pun dapat meraih manfaat daripadanya," katanya. Piarapakaran berkata Wecam bukanlah menentang pelaburan asing tetapi lebih menitikberatkan bahawa pelaburan seperti itu seharusnya mendatangkan faedah kepada penduduk Malaysia dalam jangka panjang. "Sebagai contoh, Malaysia mempunyai tenaga solar yang sangat banyak dan kita perlu mencari jalan untuk mengumpul tenaga ini dari bumbung rumah serta bangunan. "Kita perlu meneliti dan memikirkan satu mekanisme apabila harga panel solar boleh distabilkan dan mampu dimiliki semua orang. "Kita juga perlu berusaha ke arah menghasilkan panel solar, penyongsang dan bateri kita sendiri supaya kita dapat membangunkan kepakaran serta keupayaan sendiri dalam bidang ini," kata Piarapakaran. Satu lagi bidang yang yang menjadi perhatian ialah kekeliruan dalam kalangan kakitangan kerajaan dan masyarakat umum terhadap definisi teknologi hijau, katanya, sambil menambah kerajaan seharusnya memberikan definisi yang lebih jelas. -- BERNAMA SHK AKT JK ROS

37  

Page 39: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MELABUR DLM TEKNOLOGI HIJAU, MUHYIDDIN BERITAHU PENGELUAR KERETA

Date: 26-05-2009 Author: / NBB AHM HIJAU-TEKNOLOGI KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu membuat pelaburan bagi membangunkan teknoloji hijau dan bersih bagi kenderaan masa depan untuk memajukan lagi industri automotif, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya syarikat boleh bekerjasama melakukan penyelidikan dan pembangunan dengan universiti tempatan dan menjadi peneraju memajukan teknologi hijau dan bersih. "Adalah penting bagi industri automotif untuk berfikir dan merancang untuk masa depan. Anda perlu menilai daya maju anda dan anda boleh menambah nilai untuk kekal berdaya saing di dalam tempoh jangka panjang," katanya semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur ke-dua di sini hari ini. Katanya pembangunan produk baharu industri adalah penting untuk meningkatkan agihan pasaran dengan meningkatkan jualan. Mengenai semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini, katanya fokus khusus akan diberikan di dalam pembangunan alat ganti automotif dan sektor komponen. Muhyiddin berkata semakan semula itu akan turut mengambil kira pandangan dan cadangan oleh persatuan industri, kementerian dan agensi kerajaan yang relevan. "Semakan semula itu akan menyediakan pelan cadangan bagi industri automotif di Malaysia, untuk memudahkan mereka memajukan pelan jangka sederhana dan panjang masing-masing," katanya. Selain itu, ia akan turut menambahbaikkan lagi garis panduan sedia ada, dasar dan insentif, mengambil kira kesan keadaan ekonomi global dan serantau semasa, persekitaran pembangunan dan banyak faktor lain yang memberi kesan pembangunan terhadap industri automotif. Kini, terdapat lebih 690 pengeluar komponen automotif dan kira-kira 110 pengeluar komponen motosikal/skuter di negara ini. Katanya terdapat 45 vendor yang berupaya untuk mereka bentuk dan membangunkan, menyumberkan komponen/alat ganti dan pengeluar keseluruhan modul/komponen bagi pengeluaran kenderaan. NAP, yang dilaksanakan pada 2008, telah menarik pelaburan 135 projek bernilai RM2.37 bilion. -- BERNAMA NBB AHM

38  

Page 40: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

UTP WUJUD KURSI TEKNOLOGI HIJAU

Date: 29-04-2009 Author: / MI SD AHM UTP-MITSUBISHI KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Mitsubishi Corporation untuk mewujudkan Kursi Profesor Mitsubishi Corporation di dalam bidang Teknologi Hijau di universiti itu. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, UTP berkata MoU itu akan membuka laluan untuk meningkatkan hubungan antara industri dan pihak akademik di dalam memajukan penyelidikan industri berkaitan, sambil mewujudkan modal insan berpengetahuan dan mahir. "Kursi Teknologi Hijau itu akan memberi fokus pada reka bentuk pemangkin dan reaktor terutama sekali dalam penukaran biodiesel dan biomass untuk mengeluarkan pelbagai produk bahan api di dalam usaha ke arah memastikan kemampanan bekalantenaga," katanya. UTP berkata pengwujudan kursi itu akan menyediakan peluang bagi para pelajarnya untuk didedahkan kepada teknologi hijau melalui pelbagai penyelidikan yang bakal dilaksanakan. Universiti itu kini mempunyai tiga kursi akademik, iaitu Kursi Shell dalam Geosains Petroleum, Kursi Schlumberger dalam bidang Kejuruteraan Petroleum dan Kursi Transocean dalam Teknologi Laut Dalam. -- BERNAMA MI SD AHM

39  

Page 41: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

BERHATI-HATI DENGAN PROMOTER TEKNOLOGI HIJAU - FOMCA

Date: 14-04-2009 Author: / SHK KHY RHM TEKNOLOGI HIJAU KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan perlu berhati-hati dalam menerima pandangan dan cadangan mengenai teknologi hijau yang dipromosikan promoter asing yang licik. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berpendapat promoterseperti itu boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada negara. Pengurus Program, Meja Alam Sekitar Fomca, S. Piarapakaran, berkata kebanyakan promoter asing hanya merupakan jurujual yang licik dan petah berkata-kata untuk menjual inovasi yang sudah ketinggalan zaman kepada negara-negara yang berminat dalam revolusi hijau. Katanya oleh kerana Malaysia kini menumpukan kepada teknologi hijau, negara pasti akan menarik perhatian "jurujual" seperti itu dan dengan itu perlu berhati-hati dengan mereka kerana inovasi yang mereka jual mungkin tidak sesuai dengan keperluan negara. Piarapakaran berkata penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merupakan langkah yang positif berikutan dunia kini memberikan tumpuan dalam melindungi alam sekitar dan pemuliharaan tenaga. Beliau berkata universiti, institusi penyelidikan dan pertubuhan bukan kerajaan sepatutnya digalakkan oleh kementerian baru itu untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan untuk memenuhi keperluan tempatan. Katanya pada ketika ini terdapat banyak peluang dan pasaran di negara bagi gerakan hijau berikutan pengguna kini lebih mementingkan produk mesra alam sekitar. Malahan pelajar sekolah diajar mengenai kitar semula dan digalakkan untuk mengitar semula produk yang telah digunakan seperti kertas surat khabar, botol, tin dan kotak. Masyarakat juga menyokong dan menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang kurang menggunakan tenaga di rumah, katanya. Piarapakaran berkata Fomca akan terus menyediakan pendidikan dan panduan kepada pengguna untuk memanfaatkan dan menghayati revolusi hijau. -- BERNAMA SHK KHY RHM

40  

Page 42: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU BOLEH JADI PEMACU PERTUMBUHAN UTAMA DI MALAYSIA

Date: 22-04-2010 Author: / PAMZ LC KY GTA2010-HIJAU KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Teknologi hijau berpotensi menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan, guna tenaga dan teknologi di Malaysia, sama seperti situasi di Jerman. "Pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Jerman meningkat daripada 6.3 peratus pada 2000 kepada lebih 16 peratus pada 2009," kata Pengurus Besar DewanPerniagaan dan Industri Malaysia-Jerman, Thomas Brandt. Berucap pada Pameran Green Tech Asia (GTA) 2010 di sini hari ini, beliau berkata kira-kira 500,000 orang dijangka bekerja dalam sektor boleh diperbaharui Jerman menjelang 2020. Sekarang ini pun, kira-kira 1.8 juta lebih ramai orang bekerja dalam sektor perlindungan alam sekitar dan iklim daripada jumlah yang bekerja dalam industri automotif, kata Brandt. "Kami yakin kerajaan berada di landasan yang betul dengan penubuhan Majlis teknologi Hijau Negara oleh kementerian-kementerian berkaitan yang merupakan langkah pertama yang baik," katanya. Sementara itu, bercakap pada satu sesi taklimat untuk media, Ketua Pegawai Eksekutif Fairs and Management Sdn Bhd, Jonathan Kan, berkata pameran itu bertujuan memperagakan teknologi dan perkhidmatan terbaru yang menawarkan kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi kepada industri dan pada masa yang sama berkeupayaan melindungi dan memulihara alam sekitar. Pameran selama empat hari dari hari ini hingga Ahad itu, telah menerima penyertaan dari 16 negara, termasuk Malaysia, yang memperagakan teknologi hijau terbaru masing-masing bagi menggalakkan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan tenaga. GTA 2010 yang bertema "Untuk Dunia Yang Lebih Hijau" itu merangkumi tiga acara subsektor utama terdiri daripada EnergyTech 2010, EnvironTech 2010 dan CleanTech 2010. Pameran itu disokong oleh Persatuan Pengurusan Sisa Buangan Malaysia, Persatuan Kontraktor Sisa Pepejal dan Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia. -- BERNAMA PAMZ LC KY

41  

Page 43: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

M'SIA PELU KAJI TEKNOLOGI HIJAU SEBAAI PENYUMBANG EKONOMI MASA DEPAN,

Date: 08-04-2010 Author: / UHS SD LAT MUKHRIZ-HIJAU KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Malaysia pelu mengkaji potensi membangunkan teknologi hujau sebagai penyumbang ekonomi negara pada masa depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, hari ini. Beliau berkata untuk itu, negara juga perlu menangani isu-isu perundangan bagi membolehkan industri tenaga boleh diperbaharui memperoleh hasil dan menyumbang kepada negara. Buat masa ini, teknologi hijau hanya memain peranan minimum dalam ekonomi Malaysia berbanding negara lain seperti Jerman dan Korea, katanya kepada pemberita sempena Forum Perniagaan Korea-Malaysia di sini. Pada masa depan teknologi hijau akan memain peranan penting di mana-mana negara, dan mereka yang dapat menggunakan sepenuhnya sumber itu akan memastikan sumber pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata Malaysia berminat memperoleh teknologi hijau daripada Korea dan akan meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara. Beliau berkata ia selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 40 peratus menjelang 2020. -- BERNAMA UHS SD LAT

42  

Page 44: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MOSTI LULUS 183 PROJEK TEKNOLOGI HIJAU BERNILAI RM157 JUTA

Date: 01-04-2010 FADILLAH-PENYELIDIKAN KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) memberi peruntukan kira-kira RM157 juta kepada 183 projek bagi penyelidikan dan pembangunan teknologi hijau. Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof berkata projek-projek ini diberikan di bawah dana Intensification of Research in Priority Areas (IRPA), ScienceFund, TechnoFund, Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF) and Community InnoFund (CIF). "Daripada semua projek-projek ini, kira-kira sepuluh projek ScienceFund bernilai RM2 juta dan satu projek IRPA, bernilai RM180,000 diluluskan kepada Universiti Malaya (UM)," katanya pada pelancaran Ekspo Inovasi dan Kreativiti UM 2010, hari ini. Dalam proses mengguna pakai teknologi hijau, kerajaan menekankan kepada inovasi dan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan harian. "Inovasi penting dalam mewujudkan dan membangunkan produk mesra alam sekitar. Produk tersebut perlu praktikal dan mempunyai potensi untuk dikomersilkan," katanya. --BERNAMA PLCY SD ZK

43  

Page 45: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

CGC DAN CIMB BEKERJA SAMA MEMPROMOSIKAN PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 10-03-2010 Author: / PLCY VMD RBO LAT CGC-CIMB KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) menjalin usaha sama dengan CIMB Bank untuk mempromosikan Skim Pembiayaan Tekonologi Hijau (GTFS) kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau. CIMB, penyedia perkhidmatan kewangan Malaysia kedua terbesar di negara ini, akan membiayai sehingga RM150 juta untuk skim itu manakala CGC diberi mandat untuk menyediakan jaminan 60 peratus kepada peminjam. "Penyertaan CIMB Bank dalam skim ini membuktikan keyakinannya terhadap keupayaan sektor baharu ini," kata Pengarah Urusan Datuk Wan Azhar Wan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini. Baki 40 peratus itu akan ditanggung oleh institusi kewangan yang turut serta. Pengeluar teknologi hijau boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM50 juta sementara pengguna boleh memohon pinjaman sehingga RM10 juta. Lebih 140 syarikat dijangka memanfaatkan skim pembiayaan itu. -- BERNAMA PLCY VMD RBO LAT

44  

Page 46: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

M'SIA AMBIL LANGKAH TEPAT DALAM TEKNOLOGI HIJAU, KATA PEGAWAI JERMAN

Date: 09-03-2010 Author: / STR SHY TOM AA HUJAU-TEKNOLOGI MUNICH, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan menggalakkan pembangunan industri hijau bagi memastikan pembangunan yang mampan, memulihara persekitaran untuk generasi akan datang dan membina industri masa depan, kata Volker U. Friedrich, anggota Lembaga Pemegang Amanah Forum Malaysia-Eropah (MEF). Pengarah pengasas C3IT Software Solutions GmbH itu berkata Malaysia "amat unik di kalangan negara-negara Asia." "Ia sentiasa berada di hadapan. Ia telah mengenal pasti yang daya saingnya di dunia boleh diperolehi menerusi penggunaan teknologi hijau. Negara ini mempunyai sumber yang kaya untuk mencapai ke arah itu - tanah yang luas, kepelbagaian bio, hutan hujan, kuasa air, gas asli dan biomas - dan komitmen kepimpinannya," tambah beliau. Friedrich berkata beliau bersetuju dengan Datuk Seri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang apa diperlukan Malaysia pada masa ini ialah rakan niaga dan kepakaran hijau untuk membawa Agenda Hijaunya ke hadapan. Chin telah mengetuai delegasi untuk berucap di Spring Dialogue Forum Malaysia-Eropah di sini minggu lepas. "Kami di Munich amat teruja mendengar desakan kerajaan ke arah kemampanan dan mengenal pasti teknologi hijau sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa depan di Malaysia," kata Friedrich. Monika Balga, profesional pemasaran yang berpangkalan di Munich pula berkata beliau gembira dapat mengetahui yang Malaysia menyediakan pinjaman mudah kepadasyarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau kerana ia akan menjadi pemangkin untuk penyertaan yang lebih aktif di kalangan sektor swasta dalam mengguna pakai teknologi hijau. Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU), destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesarnya. Warga Jerman juga merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia dan lebih 300 syarikat Jerman mempunyai pejabat di Malaysia. Dalam tahun 2009, jumlah dagangan Malaysia dengan Jerman bernilai AS$9.45 bilion. Di peringkat global pula, Jerman merupakan rakan dagang sembilan terbesar Malaysia. Acara Spring Dialogue itu turut mengetengahkan syarikat-syarikat Malaysia seperti Top Glove, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia yang mengeksport lebih daripada 35 epratus produknya ke Eropah. Syarikat yang mengeksport 33 bilion sarung tangan setahun itu memanfaatkan teknologi hijau dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistemnya. Danny Ong, Naib Presiden Top Glove berkata syarikat bukan sahaja

45  

Page 47: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

menghasilkan produk-produk lestari tetapi turut memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia. "Secara ringkasnya, sarung-sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) dan mesra persekitaran, menggunakan bahan mentah atau sumber semulajadi yang mampan dan sentiasa boleh ditambahkan. "Hijau itu bersih," kata Dieter Klein, CEO of P21, yang memberi tumpuan kepada kuasa untuk abad ke-21. Beliau maklum yang pelaburan Jerman ke Malaysia tertumpu terutamanya dalam industri elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia dan mesin dan sektor kelengkapan. Beliau berharap dapat memudahkan lagi peluang kerjasama dalam sektor hijau dengan Malaysia setelah memahami dengan lebih baik berkenaan dasar hijau kerajaan. Chin berkata beliau kagum dengan Jerman sebagai peneraju dunia dalam teknologi hijau memandangkan warga Jerman telah memperlihatkan tahap keprihatinan hijau yang tinggi dalam budaya, produk dan perkhidmatan mereka. Beliau turut bercakap mengenai industri "photovoltaic" sebagai contoh industri teknologi hijau yang telah berkembang di Malaysia. Setakat ini, Malaysia telah berjaya memperolehi kira-kira tiga bilion euro dalam pelaburan asing langsung dari syarikat-syarikat seperti First Solar, Sun Power, Tokuyama and Q-Cells AG. "Kejayaan industri "photovoltaic" memperlihatkan kemungkinan melabur di Malaysia. Saya menyarankan para industri Jerman mengambil masa sedikit untuk belajar mengenai dasar hijau kita dan tunggu pelancaran Rancangan Malaysia kesepuluh untuk mendapatkan "feel" yang lebih baik akan komitmen negara kita kepada masa depan yang lebih menghijau - masa depan yang mana kita semua boleh kongsikan bersama," kata Chin. Speaker lain yang turut hadir di majlis Spring Dialogue itu ialah Tun Musa Hitam, pengerusi Sime Darby Group, Tan Sri Jamilus Hussein, pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Datuk Jalilah Baba, Ketua Pengarah MIDA. -- BERNAMA STR SHY TOM AA

46  

Page 48: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

LEBIH BANYAK INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU BEROPERASI DI SENAI, KATA OSK RESEARCH

Date: 17-02-2010 Author: / PJR AS LAT OSK-MMC KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lebih banyak industri teknologi hijau akan beroperasi di Senai, dengan pelaburan MOX Linde berjumlah RM60 juta, disasar membekalkan gas industri kepada penghuni di kawasan berkenaan, kata OSKResearch. Dalam nota kajiannya hari ini, OSK berkata anak syarikat milik penuh MMC Corporation, Senai High Tech Park Sdn Bhd, menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan EQ Solar Technology International Sdn Bhd dan MOX Linde Gases Sdn Bhd. Firma penyelidikan itu berkata EQ Solar merancang menggunakan kawasan seluas25 ekar (10 hektar) untuk kemudahan kilang mengeluarkan modul solar monohablur dan polihablur. MOX Linde akan mendirikan kilang pengeluaran dan pengasingan gas industri bersepadu selain gudang gas khusus elektronik di situ. "Kami yakin pajakan jangka panjang dimeterai dengan EQ Solar dan MOX-Linde, yang membayar sehingga RM25 sekaki persegi," katanya. EQ Solar, yang melabur kira-kira AS$500 juta untuk mendirikan kemudahan menghasilkan 50 megawatt modul hablur setahun untuk sel solar, menyertai dua lagi syarikat yang berkaitan solar membuka kedai di Malaysia sejak dua tahun lepas. Ia bertujuan mengambil peluang terhadap Skim Pembiayaan Teknologi Hijau Kerajaan berjumlah RM1.5 bilion. OSK berkata MoU itu adalah yang pertama membabitkan pajakan di kawasan berkenaan sejak MMC membeli Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd pada 2008. "Sebagai taman teknologi tinggi kedua di Malaysia selepas Taman Teknologi Tinggi Kulim, MMC mempunyai harapan yang tinggi untuk taman itu, dengan unjuran pajakan antara RM20-RM30 sekaki persegi, berbanding penilaian dalaman kami padaRM7.50 kaki persegi," katanya. OSK berkata jika taman itu yang mempunyai kawasan seluas 118.4 juta kaki persegi, menarik pelabur bernilai tambah, sumbangan pajakan pada masa depan selain permintaan untuk kargo udara dan tanah untuk industri di taman itu, dijangkakan besar. MMC ialah konglomerat yang memiliki pengeluar tenaga bebas terbesar, terminal kontena terbesar dan pelabuhan minyak kelapa sawit terbesar di Malaysia. -- BERNAMA PJR AS LAT

47  

Page 49: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

DELEGASI PERNIAGAAN AUSTRALIA CARI RAKAN KONGSI TEKNOLOGI HIJAU DI M'SIA

Date: 12-02-2010 Author: Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah AUSTRALIA-MISI KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Satu delegasi perniagaan dari Australia yang disertai syarikat yang mengkhususkan dalam projek karbon akan berada di Malaysia dari 1-2 Mac depan untuk mencari kerjasama dalam bahagian teknologi hijau. Pesuruhjaya Perdagangan pertama Australia yang dilantik bagi portfolio Tenaga Bersih dan Alam Sekitar di Asean, Garth Taylor berkata delegasi "Carbon Cluster" itu akan disertai 25 syarikat dari Australia. "Mereka akan datang mewakili kemahiran khusus mereka dalam projek karbon," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual. Projek karbon merujuk kepada inisiatif perniagaan yang menerima pembiayaan disebabkan oleh langkah-langkah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Taylor, yang berpangkalan di Malaysia, bertanggungjawab untuk mewujudkan kesedaran di kalangan negara anggota Asean tentang pembangunan di Australia dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan penyimpanan tenaga. "Pakar-pakar yang datang mewakili rantaian nilai bagi projek karbon," kata Taylor. Projek karbon memerlukan pembiayaan, teknologi, pengurusan kejuruteraan, pengurusan projek, penilaian risiko serta insurans. Antara program yang dirancang bagi para delegasi termasuklah program padanan perniagaan dan persidangan meja bulat perniagaan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, kata Taylor. Ditanya mengenai mengapa delegasi itu memilih Malaysia, Taylor berkata: "Malaysia merupakan pilihan jelas bagi projek karbon kerana ia adalah peneraju di Asean bagi projek karbon yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah proses Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM)". Malaysia, selain Indonesia dan Thailand, mempunyai kira-kira 90 projek berkaitan yang berdaftar sekarang. "Filipina, Vietnam dan Singapura juga mempunyai projek berdaftar tetapi Malaysia merupakan peneraju dan jelas sekali pilihan bagi kami. "Ia juga titik pusat yang sangat baik kerana delegasi itu akan beralih ke India selepas Malaysia," kata Taylor. Menyentuh mengenai komitmen Australia terhadap teknologi hijau beliau berkata negara itu meletakkan isu perubahan iklim sebagai agenda utamanya. --BERNAMA TNS SD ZK

48  

Page 50: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU, CARA UNTUK M'SIA BERKEMBANG KE HADAPAN

Date: 26-01-2010 Author: / STP VMD AA TEKNOLOGI HIJAU-MSIA KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Teknologi hijau ialah cara untuk Malaysia berkembang ke hadapan kerana ia bukan sahaja menyediakan ekonomi dengan potensi bidang pertumbuhan tetapi juga memperlihatkan Malaysia sebagai memandang jauh kehadapan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata daya saing Malaysia di dunia boleh dipertingkatkan menerusi kecekapan dalam penggunaan elektrik dan penggunaan teknologi hijau. Dalam temubual dengan Oxford Business Group, beliau berkata Malaysia mesti mewujudkan ekonomi yang rancak dan boleh menarik pelabur asing. "Malaysia perlu dengan jayanya mendapatkan niaga janji yang baik untuk sumber baru tenaga pada masa yang sesuai. "Ini akan membantu memastikan sektor eksport negara mampu bersaing dengan negara-negara jiran dan tidak mendapati dirinya tersekat oleh tarif elektrik yang tinggi. "Kita tidak mahu produk kita dilabelkan sebagai tidak mesra persekitaran dan tidak mampan. Kita perlu setaraf dengan negara-negara antarabangsa yang berjaya dalam perdagangan global," jelas beliau dalam temu bual berkenaan. Beliau maklum adanya halangan ke atas beberapa sumber tenaga hijau seperti kuasa solar yang masih lagi mahal dan biomas yang memerlukan kecanggihan teknologi. Bagaimanapun, Chin berkata kuasa elektrik hidro boleh menjadi sumber penting tenaga hijau terutamanya untuk Empangan Bakun tetapi tidak wajar untuk mengharapkannya membentuk sebahagian besar tenaga bercampur diperbaharui semula Malaysia. -- BERNAMA STP VMD AA

49  

Page 51: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

SELANGOR CARI LEBIH RAMAI PELABUR DARIPADA SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU

Date: 26-01-2010 SELANGOR-PELABURAN SHAH ALAM, 26 Jan (Bernama) -- Selangor menyasar menarik lebih ramai pelabur daripada sektor teknologi tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau tahun ini, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok, hari ini. Bajet Malaysia bagi 2010 menyediakan beberapa insentif bagi pelaburan dalam tenaga hijau dan boleh diperbaharui, kata Kok. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan dialog mengenai "Pengeluaran Lesen, Rumah Gudang, Perkhidmatan dan Kemudahan yang disediakan oleh Kastam Di raja Malaysia bagi Pelabur 2010" yang dianjurkan oleh SSIC Bhd di sini. Kerajaan negeri merancang pergi ke Jerman dan Belanda tahun ini bagi mencari pelabur terutamanya yang terlibat dalam tenaga solar dan aktiviti pembuatan hiliran, katanya. Apabila ditanya mengenai jumlah pelaburan yang diterima Selangor tahun lepas, beliau berkata kerajaan negeri menarik pelaburan bernilai RM3.9 bilion sehingga September tahun lepas dan menunggu angka seluruh tahun daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia. Mengenai dialog tersebut, Kok berkata ia mungkin membayangkan ekonomi mula meningkat berdasarkan kepada kehadiran wakil perindustrian dan minat yang ditunjuk mereka. Antara isu yang dibangkitkan oleh peserta dialog ialah kekurangan kemudahan bagi pengeksport untuk membuat pembayaran cukai kepada jabatan kastam kerana mereka terpaksa pergi ke pejabat kastam di Pulau Indah WestPort untuk membuat pembayaran. Mereka berharap jabatan itu boleh membuka pejabat kutipan pembayaran cukainya di Shah Alam dan Puchong untuk mengelakkan kelewatan pembayaran. --BERNAMA MK LC ZK

50  

Page 52: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

MALAYSIA TETAPKAN AGENDA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU 26 JAN

Date: 09-01-2010Author: / HI BK CHIN-HIJAU MIRI, 9 Jan (Bernama) -- Hala tuju pembangunan teknologi hijau negara akan ditetapkan setelah mesyuarat pertama Majlis Teknologi Hijau Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 26 Jan ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin berkata lapan menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan menganggotai majlis itu yang merupakan salah satu komponen untuk mempromosi aplikasi teknologi hijau selaras dengan objektif dan matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara. Selain beliau, anggota kabinet lain yang terlibat dalam majlis ini termasuk Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha. "Mesyuarat pertama ini menjadi langkah susulan selepas pelancaran Dasar Teknologi Hijau oleh Perdana Menteri Julai lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Menurutnya majlis itu mungkin akan menjemput pakar-pakar luar negara dalam bidang pembangunan teknologi hijau untuk menganggotai jawatankuasa teknikal yang bakal ditubuhkan bagi memantapkan lagi usaha kerajaan memajukan teknologi berkenaan di negara ini. Selepas mesyuarat pertama ini, Chin berkata Najib dijangka melancarkan Skim Pinjaman Mudah Teknologi Hijau di Putrajaya. Katanya pelancaran skim pinjaman ini merupakan susulan kepada pengumuman dalam Bajet 2010 berkenaan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk membangunkan teknologi hijau di negara ini. Menurutnya di bawah skim ini syarikat pembekal teknologi hijau boleh membuat pinjaman sehingga RM50 juta sementara syarikat pengguna pula boleh mendapat pinjaman maksimum RM10 juta. Sementara itu, beliau berkata kementeriannya buat julung kalinya akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Greentech dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 14 hingga 17 Okt ini. Katanya Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri berkaitan Teknologi Hijau dan program institusi pengajian tinggi awam tempatan dan luar negara akan turut diatur semasa pameran dan persidangan antarabangsa itu. -- BERNAMA HI BK

51  

Page 53: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU DAN BERSIH HALA TUJU INDUSTRI AUTOMOTIF

Date: 14-12-2009 Author: / CL SD LAT MUHYIDDIN-AUTOMOTIf PETALING JAYA, 14 Dis (Bernama) -- Teknologi Hijau dan Bersih merupakan hala tuju untuk industri automotif, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata pelaburan lebih besar perlu dibuat untuk membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk kenderaan pada masa akan datang. "Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkat. Mungkin syarikat Malaysia boleh bekerjasama dengan universiti dalam R&D da menjadi pemimpin dalam membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk industri automotif," kata Muhyiddin dalam ucapan pada Anugerah Tahunan Kereta New Straits Times/Maybank 2009 malam ini. Selari dengan komitmen kerajaan terhadap konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Dasar Automotif Nasional (DAN), menurut Muhyiddin memberi manfaat lanjut kepada pengguna dari segi keselamatan jalan dan perlindungan alam sekitar, menawarkan tenologi yang selamat dan mesra alam serta kenderaan yang lebih canggih. Kajian itu juga menyediakan manfaat besar untuk syarikat kereta dan menyokong vendor yang melabur dalam pengeluaran kenderaan hibrid dan elektrik serta komponen. "Bagi menyokong pembangunan teknologi hijau, komponen yang mendapat manfaat menerusi kajian semula itu termasuk ion lithium berteknologi tinggi atau bateri polimer lithium untuk kenderaan hibrid dan elektrik, sistem suwa pek bateri selain pelbagai teknologi baharu yang akan melonjakkan sokongan terhadap teknologi automotif alternatif," katanya. Industri automotif katanya perlu disinergikan dan dicegaskan. Muhyiddin turut menekankan isu kereta import terpakai. "Walaupun kereta terpakai memenuhi keperluan, kita mengambil kira amalan pengimport yang menyalahguna permit menerusi pengisytiharan di bawah nilai kereta import terpakai," katanya. Amalan ini katanya menjejaskan pemilik jenama sah dan ia akan dihentikan mulai 1 Januari tahun depan menerusi pelaksanakan harga rizab kenderaan import terpakai. Kerajaan kata Muhyiddin meminta MOSTI segera merangka pelan tindakan untuk penguatkuasaan standard mandatori untuk produk automotif. "Ia termasuk standard penggunaan dan kecekapan bahan api," katanya. Ini kata Timbalan Perdana Menteri penting memandangkan wujud kebimbangan global terhadap pelepasan karbon dan kelestarian. "Pengenalan dan penguatkuasaan standard mandatori secara beransur-ansur untuk peroduk automotif diharap menggalakkan lebih banyak generasi pembuat kereta baharu dari China," katanya. Muhyiddin berkata beberapa dadar sudah diselaraskan, seperti pembekuan lesen pengeluaran baharu untuk membina semula trak serta pemansuhan permit import (AP)

52  

Page 54: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

terbuka menjelang 2015 dan AP francais menjelan 2020. Sementara itu, Peugeot 308 Turbo baharu dipilih sebagai pemenang keseluruhan New Straits Time/Maybank 2009. Harganya yang kompetitif dan kualiti binaan merupakan faktor utama kemenangannya. Berharga RM113,888 atas jalan dengan insurans, 308 Turbo menggunakan komponen import dari Perancis. Dua tokoh permotoran dipilih memenangi anugerah Tokoh Automotif 2009. Mereka ialah Datuk Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor dan Datuk Syed Abdull Hafiz, Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd. -- BERNAMA CL SD LAT

53  

Page 55: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

USAHA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA TARIK MINAT TUJUH NEGARA ASING

Date: 12-12-2009Author: / HI AHM CHIN-TEKNOLOGI MIRI, 12 Dis (Bernama) -- Usaha Malaysia untuk membangunkan teknologi hijau telah menarik minat tujuh buah negara asing yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini, hari ini. Katanya Jerman, Peranchis, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Jepun dan China sudah pun menyatakan hasrat mereka melalui duta masing-masing semasa bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini. Bercakap kepada pemberita di sini, Chin berkata negara-negara berkenaan tertarik dengan kesungguhan kerajaan yang telah memperuntukkan dana berjumlah RM1.5 bilion untuk membangunkan teknologi itu mulai 1 Jan depan. Berikutan pengumuman berkenaan dana itu, katanya beberapa buah syarikat tempatan juga telah mengemukakan cadangan penglibatan mereka dalam pembangunan teknologi itu. Menurutnya, pelabur luar atau syarikat tempatan yang berminat boleh mendapat bantuan di bawah dana ini dengan mengemukakan permohonan mereka ke Jawatankuasa Dana Teknikal Teknologi Hijau di Pusat Tenaga Hijau Malaysia di Bangi, Selangor. Dalam perkembangan lain, Chin berkata beliau belum lagi dimaklumkan berkenaan sebarang keputusan terbaru Kerajaan Persekutuan membenarkan Sarawak menggunakan sepenuhnya tenaga dari Empangan Hidroelektrik Bakun untuk keperluan industri tempatan. "Saya belum lagi dimaklumkan berkenaan dengan apa-apa perubahan baru dalam perancangan tenaga Bakun ini lagi," katanya. Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Kerajaan Pusat telah bersetuju meluluskan permintaan Kerajaan Negeri untuk menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik Bakun dalam peringkat awal operasinya untuk membangunkan industri di Sarawak, khususnya di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Keputusan ini juga akan menangguhkan rancangan awal untuk membekalkan tenagadari projek itu ke Semenanjung Malaysia menjelang 2015. Projek hidroelektrik Bakun yang terletak di daerah Belaga di bahagian tengah Sarawak dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2011 dan berkeupayaan untuk menjana sehingga 2,400 Megawatt tenaga. -- BERNAMA HI AHM

54  

Page 56: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

K'JAAN TAWAR PINJAMAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU, KATA CHIN

Date: 08-12-2009 Author: / WSM KHY RHM CHIN-HIJAU KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan menawarkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pinjaman dengan kadar faedah serendah dua peratus kepada syarikat berkaitan teknologi hijau mulai 1 Jan tahun depan di bawah Bajet 2010 bagi menggalakkan dan mempromosikan sektor tersebut. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata syarikat pembekal teknologi hijau layak membuat pinjaman maksimum RM50 juta manakala syarikat pengguna dalam sektor itu layak membuat pinjaman maksimum RM10 juta untuk membiayai akitiviti mereka. "Syarikat yang berminat boleh memohon pinjaman ini menerusi beberapa bank yang akan disenaraikan oleh Bank Negara dan senarai tersebut akan diumumkan kemudian pada tahun depan. "Kerajaan juga menyediakan insentif lain seperti elaun cukai pelaburan, taraf perintis, pengecualian duti import dan sebagainya untuk menggalakkan lagi pertumbuhkan industri ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Prapelancaran Program 1Malaysia: Satu Hati Cinta Negara: Ke Arah Persekitaran Hijau anjuran Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA) di sini hari ini. "Kerajaan juga mengalu-alukan kerjasama dengan NGO seperti PENCINTA untuk mempromosikan kepentingan alam sekitar, khususnya dalam sektor teknologi hijau. "Kementerian perlu pandangan dan cadangan daripada semua lapisan masyarakat termasuk industri, komersial dan individu kerana asas program teknologi hijau ini adalah demi kebaikan semua," katanya. PENCINTA merupakan sebuah NGO di bawah naungan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan antara aktiviti yang akan diadakan pada Mac tahun depan di bawah pelancaran program tersebut termasuk seminar, syarahan, pameran dan ekspo berkenaan eknologi hijau. Sementara itu ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurunkan tarif bekalan elektrik dari Empangan Bakun kepada 32 sen daripada 38 sen, Chin berkata harga tersebut merupakan anggaran sahaja dan bukannya harga muktamad yang ditentukan oleh kerajaan. Beliau menjelaskan bahawa memandangkan projek hidro elektrik Bakun melibatkan pembinaan talian elektrik yang berkos tinggi, maka keputusan muktamad bagi tarif bekalan elektrik masih dalam perbincangan. "Walau bagaimanapun, kos untuk menjana kuasa dari Sarawak masih lebih murah berbanding dengan Semenanjung Malaysia," katanya. Dalam ucapan beliau sebelum ini, Chin berkata impian kementerian tersebut adalah supaya suatu hari nanti, Malaysia dapat membudayakan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat supaya orang ramai dapat hidup dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Beliau turut menyeru orang ramai untuk mempraktikkan amalan hijau dan memberikan komitmen dalam melaksanakan Dasar Teknologi Hijau Negara.

55  

Page 57: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

-- BERNAMA WSM KHY RHM TEKNOLOGI HIJAU MAINKAN PERANAN PENTING DALAM MODEL EKONOMI BAHARU

Date: 26-11-2009 Author: / NJK TOM NHZ CHIN-TEKNOLOGI HIJAU Mengulang untuk menambah "SERI" kepada gelaran "Datuk" KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Teknologi hijau akan memainkan peranan yang penting dalam model ekonomi baharu kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan baharu negara ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menggalakkan penggunaan teknologi hijau untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dalam model ekonomi baharu. "Kami membincangkan tentang pertumbuhan hijau dan pembiayaan hijau dan bagaimana ia boleh dilakukan menerusi proses pembangunan hijau. "Berikutan perbincangan tersebut, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion sebagai pinjaman kepada syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau. "Bilangan syarikat mungkin tidak banyak, tetapi jika ramai yang menggunakannya dari industri ini, saya yakin RM1.5 bilion itu akan ditambah. "Teknologi hijau boleh menjadi pemangkin untuk mendorong industri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa di sini hari ini. Chin berkata inisiatif ini diambil untuk mempercepatkan pembangunan teknologi hijau. Beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah untuk mempromosi Malaysia sebagai hab teknologi hijau dan perkhidmatan berkaitan. "Melihat kepada pertumbuhan kita dalam industri hijau, kita patut melihat banyak perubahan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. "Teknologi hijau akan menjadi fokus ekonomi kita. Walau apa yang anda lakukan, kereta anda akan lebih efisyen, kita akan ada lebih banyak kereta elektrik dan hybrid. "Pemaju perumahan akan membina lebih banyak rumah hijau apabila orang ramai menyedari kepentingan teknologi hijau," katanya. Mengenai Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko, Chin berkata ia akan menjadi wadah ke arah perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan. "Kerajaan percaya ini adalah hala tuju ke arah alam sekitar lestari dan untuk mencipta budaya perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan," katanya. Persidangan empat hari itu, dengan tema "A Green New Deal", bertujuan mempromosi industri teknologi hijau yang akan membantu menjana ekonomi, mencipta

56  

Page 58: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

peluang pekerjaan, menghapuskan kemiskinan dan mengelakkan bencana alam. Persidangan itu akan diadakan bermula 14 hingga 17 Okt 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -- BERNAMA NJK TOM NHZ

57  

Page 59: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU BAB BAHARU DALAM HUBUNGAN M'SIA-JERMAN, KATA DIPLOMAT JERMAN

Date: 25-11-2009 Author: TENGKU NOOR SHAMSIAH TENGKU ABDULLAH / TNS TOM NHZ

M'SIA-TEKNOLOGI HIJAU

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Teknology hijau akan menjadi penjana pertumbuhan baharu untuk lebih meningkatkan hubungan ekonomi dan politik Malaysia-Jerman. Sementara Malaysia bergerak pesat untuk menjadi negara berasaskan sains, Jerman, ssebuah negara yang berasaskan industri, mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan kepada Malaysia. Duta Jerman ke Malaysia Dr Gunter Gruber berkata negaranya boleh memberi sumbangan penting kepada sektor perubatan negara dengan banyak pelaburan baharu yang disalurkan ke negara ini. "Sungguhpun syarikat-syarikat meningkatkan pelaburan dan ini menunjukkan Malaysia berada pada hala tuju yang betul untuk bergerak ke peringkat seterusnya dalam sektor maklumat, komunikasi dan teknologi, saya rasa jentera pertumbuhan baharu antara Malaysia dan Jerman adalah sektor berkaitan Teknologi Hijau," katanya kepada BERNAMA dalam satu temubual ekslusif. Menekankan bahawa Jerman adalah peneraju dalam bidang Teknologi Hijau, Gruber berkata: "Pelaburan terbesar kami yang terakhir di Malaysia adalah oleh Q-Cells AG, syarikat foto-voltaic dan pembuat sel solar utama dunia". "Saya percaya ini menandakan bahagian baharu dalam Teknologi Hijau. "Saya juga yakin Malaysia akan menjadi peneraju dunia dalam aplikasi tenaga boleh ganti kerana negara ini percaya bahawa sesuatu harus dilakukan untuk menangani perubahan cuaca. "Ini adalah kerana Malaysia ada banyak sumber termasuk cahaya matahari, biomass dan minyak sawit. Ini semua penting untuk tenaga boleh ganti. "Ia hanya perlukan kemahuan politik dan sokongan orang ramai," kata Gruber yang mula bertugas di Malaysia satu tahun lalu. Beliau berkata Malaysia berkembang sihat dalam menangani isu perubahan cuaca kerana pemimpin dan rakyatnya saling berkomunikasi serta bertindak dengan penuh tanggunjawab. "Malaysia adalah rakan niaga penting bagi Jerman di bahagian dunia sebelah sini, serta merupakan negara pendahulu di kalangan negara-negara Asean. Negara saya mempunyai hubungan yang baik dengan Malaysia, bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan perniagaan. "Kami teruja berada di Malaysia dan terlibat dalam peringkat seterusnya untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Jerman dan Malaysia. "Kami adalah rakan dagangan utama Malaysia. Terdapat banyak peluang dan ruang untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang lain. "Saya yakin kita ada masa depan yang cerah bersama-sama," kata Gruber yang melawat Malaysia pertama kali pada 1967 sebagai pelancong.

58  

Page 60: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

-- BERNAMA TNS TOM NHZ MAJLIS PENASIHAT UNTUK RANGSANG SEKTOR SWASTA TEROKA TEKNOLOGI HIJAU

Date: 25-11-2009 Author: / WNA THS NHD MUHYIDDIN-HIJAU KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebagai sebahagian daripada Agenda Hijau Kerajaan, Majlis Penasihat Teknologi Hijau Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, akan dibentuk dalam usaha untuk mempercepatkan pembangunan teknologi hijau dalam negara. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata insentif untuk projek-projek teknologi hijau telah diumumkan dalam Bajet 2010. Beliau berkata kerajaan akan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang membekal dan menggunakan teknologi hijau. "Kerajaan akan menyokong pihak yang berminat untuk melaksanakan teknologi hijau. "Kerajaan akan meningkatkan kesedaran mengenai peluang perniagaan dalam teknologi hijau dan menumpukan kepada program latihan dan pendidikan serta menimbang untuk memberi insentif kepada syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi hijau," kata beliau pada majlis penyampaian Anugerah Hibiscus Perdana Menteri 2008/09 kepada 31 syarikat yang cemerlang dalam pengurusan alam sekitar, di sini malam ini. Muhyiddin berkata inisiatif berkenaan akan menggalakkan lebih banyak sektor swasta meneroka ke bidang ini bagi membantu menyelamat dan memulihara alam sekitar. "Memang diketahui bahawa perniagaan yang mencapai tahap pembangunan mampan yang dihasratkan akan mendapat kelebihan persaingan di pasaran," katanya. Beliau berkata syarikat-syarikat berkenaan akan dapat menikmati penjimatan kos dengan peningkatan produktiviti dan kecekapan. Muhyiddin berkata di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tumpuan yang lebih lagi diberikan terhadap pendekatan khusus untuk mengurangkan kesan alam sekitar yang negatif pada sumber dan untuk memperhebatkan usaha pemuliharaan bagi mengurus sumber asli negara secara lestari. "Kerajaan komited secara serius untuk memastikan usaha menjaga alam sekitar akan terus digalakkan melalui pelaksanaan pelbagai program bagi memulihara biodiversiti yang kaya dan melindungi alam sekitar untuk kualiti hidup yang lebih baik," katanya. Muhyiddin berkata kerajaan akan menggunapakai Pelan Strategik Negara untuk pengurusan sisa pepejal yang akan merancang dan memperuntukkan sumber berdasarkan kepada konsensus dan keutamaan negara. Ia menyasar untuk mencapai 25 peratus kitaran semula sisa menjelang 2020,

59  

Page 61: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

katanya. Bagaimanapun beliau berkata, negara perlu mempunyai sistem pengurusan sisa pepejal yang efektif bagi mencapai status negara maju. "Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran yang bersih dan mesra alam di mana rakyat boleh bekerja dan tinggal dalam kehidupan yang lebih kondusif," katanya. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perubahan Iklim, yang dipengerusikan Perdana Menteri dan satu dasar mengenai prubahan iklim juga sedang dirumus. -- BERNAMA WNA THS NHD

60  

Page 62: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KERAJAAN TERIMA PERMOHONAN PINJAMAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 21-11-2009 Author: / NJK NHD CHIN-DANA KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mula menerima beberapa permohonan pinjaman untuk dana RM1.5 bilion yang diwujudkan bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau di negara ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini. Dana itu yang dijangka mula disalurkan 1 Jan 2010, membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka. Bagi syarikat pembekal, pinjaman maksimum yang boleh dibuat ialah RM50 juta dan syarikat pengguna, RM10 juta. Chin berkata kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif seperti elaun cukai pelaburan, taraf perintis, pengecualian duti import serta pengecualian cukai jualan bagi bangunan yang telah mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI). "Oleh itu, saya menyeru agar syarikat-syarikat yang berkaitan, meneroka dan membangunkan bidang teknologi hijau di samping menikmati insentif demi manfaat negara dan alam sekitar," katanya selepas merasmikan Karnival Cekap Tenaga 2009 hari ini. Kerajaan juga katanya, telah menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara untuk memacu perkembangan teknologi hijau, di samping memelihara alam sekitar. Empat tonggak di bawah dasar itu ialah tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. "Bagi sektor tenaga, cabaran utama ialah untuk meningkatkan sumber tenaga boleh diperbaharui dan menggunakan tenaga cekap," kata Chin. Malaysia, kata beliau, sedang berusaha mengurangkan kebergantungan kepada sumber api fosil dengan meneroka sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui. "Kementerian saya telah pun memulakan usaha untuk menentukan bekalan tenaga yang mencukupi bagi negara. Usaha masih diteruskan untuk mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil," katanya. -- BERNAMA NJK NHD

61  

Page 63: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KERAJAAN AGGRESIF PROMOSIKAN TEKNOLOGI HIJAU UNTUK PELIHARA ALAM SEKITAR

Date: 18-11-2009 Author: / SYZ KHY RA LAJIM-TEKNOLOGI HIJAU KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan terus mempromosikan secara aggresif penggunaan amalan dan teknologi hijau seperti kaedah pengkomposan sisa pepejal dan kitar semula untuk memelihara alam sekitar. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata ini kerana kaedah itu mampu mengurangkan sehingga 90 peratus jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di dalam negara. "Namun tanpa sokongan rakyat semua program ini tidak akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar "Teknologi Hijau Dalam Pengurusan Sisa: Pengetahuan dan Praktis Terkini" anjuran Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia di sini hari ini. Ketika ini, lebih 19,000 tan sisa pepejal dihasilkan setiap oleh rakyat negara ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Beliau berkata penggunaan amalan dan teknologi hijau juga akan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal kepada 10 kali ganda daripada jangka hayat asalnya dan dapat meminimakan masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Lajim berkata 114 daripada 290 tapak pelupusan sisa pepejal di seluruh negara kini telah tamat tempoh hayatnya. Beliau berkata untuk itu kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan terus menjalankan program kesedaran, seminar dan iklan bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai "amalan hijau" seperti kitar semula dan menjimatkan penggunaan tenaga di pejabat dan rumah. Ditanya mengenai kemajuan kempen kitar semula, Lajim berkata kerajaan masih optimis untuk mencapai sasaran 22 peratus kitar semula menjelang 2020 walaupun kadar kitar semula sekarang hanya sekitar lima peratus. Seramai 13 pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara terlibat dalam seminar dua hari itu bagi membincangkan kaedah terkini teknologi hijau dalam menguruskan sisa pepejal secara efektif. -- BERNAMA SYZ KHY RA

62  

Page 64: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

TEKNOLOGI HIJAU BANTU KUKUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA, KATA CHIN

Date: 17-11-2009 Author: / UHS CHNG LC LAT CHIN-CHINA KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pendekatan properniagaan dan mesra pasaran akan mendorong lebih banyak firma China meneroka kemungkinan melabur dalam pelbagai sektor di sini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini. Oleh itu, Chin berkata teknologi hijau boleh memain peranan dalam mengukuhkan hubungan kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara kedua-dua negara. "Saya yakin teknologi hijau akan muncul sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan ia juga akan menjadi pemangkin pertumbuhan di China," katanya dalam ucapan pada Forum Ekonomi China Dunia di sini, Chin berkata menerusi Dasar Teknologi Hijau Nasional, aplikasi komponen teknologi hijau digalakkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam beberapa bidang, termasuk pelaburan asing. Oleh itu katanya dasar berkenaan terpakai, dan dalam melaksanakan teknologi hijau secara berkesan dalam beberapa sektor teras seperti tenaga, bangunan, air dan pengurusan sisa serta pengangkutan. -- BERNAMA UHS CHNG LC LAT

63  

Page 65: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

PELEPASAN CUKAI TEKNOLOGI HIJAU DISAMBUT BAIK

Date: 23-10-2009 Author: / AYU MAA NC SNS HK RHM BAJET-REAKSI (PEMBANGKANG) KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin pembangkang tetapi kebanyakan mereka melahirkan harapan yang ia akandisalurkan dengan betul. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyambut baik pelepasan cukai Teknologi Hijau bagi pengusaha yang bersedia memperuntukkan modal bagi pembangunan teknologi hijau. "Perlu dipastikan ini merupakan usaha mapan yang mematuhi piawaian antarabangsa supaya kadar pengeluaran karbon dapat dikurangkan selaras dengan Protokol Kyoto dan Protokol Copenhagen akan datang." Lim yang juga Setiausaha Agung DAP bagaimanapun berharap insentif pengurangan kadar cukai itu diaplikasikan secara adil kepada semua rakyat dan untuk semua negeri. Beliau mengulas cukai individu 15 peratus bagi mereka yang bekerja dalam Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar berbanding 26 peratus bagi lainnya di Malaysia. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan pembangunan teknologi hijau "tetapi apa yang penting ialah sekarang ini harus ada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih besar untuk pembangunan teknologiini khususnya untuk industri tenaga. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyambut baik kebanyakan daripada inisiatif yang dicadangkan oleh Najib. "Secara keseluruhannya untuk Selangor, kita harap belanjawan ini dapat disalurkan sebaik-baiknya daripada segi peruntukan untuk tingkatkan program pengangkutan seperti bina LRT dan jalan raya." Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa pula berharap dasar kerajaan membenarkan institusi pengajian tinggi awam menjana pendapatan sendiri tidak disalahgunakan menjadi modul perniagaan yang akan menjejaskan orang ramai. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pula melahirkan kebimbangan kerana pada pembentangan bajet kali ini kerajaan tidak memperincikan secara jelas langkah-langkah untuk mengurangkan defisit negara dan juga mekanisme untuk meningkatkan pelaburan negara yang telah merosot ketika ini. -- BERNAMA AYU MAA NC SNS HK RHM

64  

Page 66: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

CETDEM: GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU DI SEMUA PERINGKAT

Date: 23-10-2009 Author: / VMP KAM RHM BAJET-REAKSI (TEKNOLOGI HIJAU) KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan untuk mewujudkan dana RM1.5 bilion bagi pembangunan teknologi hijau, pembuatan dan penggunaan produk hijau akan menggalakkan lebih banyak syarikat mengutamakan produk hijau, menurut Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem). Mengalu-alukan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Pengarah Eksekutif Cetdem Anthony Tan Kee Hua bagaimanapun berkata untuk meningkatkan penggunaan tempatan terhadap produk hijau, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan untuk mewajibkan syarikat pengeluar produk hijau seperti sel solar untuk menjual produk mereka di dalam negara pada kadar peratusan tertentu. Katanya ini kerana pada masa ini semua pengeluar mengeksport produk mereka manakala pengguna tempatan perlu memberi produk sedemikian pada harga import yang lebih tinggi. "Terdapat sekurang-kurangnya empat syarikat pengeluar sel solar di dalam negara dan mereka mengeksport 100 peratus produk mereka ke luar negara. Jadi, hakikatnya negara memberikan subsidi kepada pelanggan Eropah, bukan warga negarakita," katanya kepada Bernama. Najib, ketika membentangkan Bajet 2010 hari ini mengumumkan dana itu akan diguna bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Dana ini membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai akitiviti mereka. Skim ini dijangka memanfaatkan lebih 140 buah syarikat apabila ia dimulakan 1 Jan, 2010. Selain itu, keutamaan juga diberi kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan kerajaan. Mengenai program kesedaran dan pendidikan terhadap teknologi hijau, Tan berkata ia patut disepadukan dalam sistem pendidikan negara dengan penekanan kepada prasekolah dan sekolah rendah bagi membolehkannya dipupuk menjadi satu budaya. Menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), beliauberkata pihak berkuasa perlu mengkaji kaedah untuk menggabungkan teknologi dalam pengangkutan awam seperti penggunaan bahan bakar berasaskan biologi atau bio-fuel. -- BERNAMA VMP KAM RHM

65  

Page 67: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

PUSAT TEKNOLOGI HIJAU NASIONAL DIBENTUK - NAJIB

Date: 23-10-2009 Author: / SR SR NH NAJIB-HIJAU KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Atas kesedaran bahawa teknologi hijau berpotensi menjadi sektor penting dalam pembangunan ekonomi, kerajaan telah mencadangkan untuk menstruktur semula Pusat Tenaga Malaysia sebagai Pusat Teknologi Hijau Nasional. Semasa mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Teknologi Hijau yang baru diwujudkan itu akan bertanggungjawab untuk merumuskan pelan tindakan teknologi hijau negara. "Pusat ini akan berfungsi sebagai pusat tumpuan bagi menetapkan piawaian dan menggalakkan teknologi hijau. Bagi meningkatkan kegiatan kesedaran hijau dan mengamalkan gaya hidup mesra alam sekitar, peruntukan sebanyak RM20 juta akan disediakan, katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat. Najib, yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan sulung Bajet selama 90 minit itu berkata kerajaan juga akan menganjurkan pameran antarabangsa mengenai teknologi hijau pada April 2010, yang dijangka akan menarik pakar dan syarikat terkemuka dalam teknologi hijau. Beliau berkata kerajaan juga berhasrat untuk membangunkan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai perbandaran perintis dalam Teknologi Hijau bagi mempamerkan pembangunan perbandaran yang lain. Bajet 2010 juga akan memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan mesra alam sekitar yang mematuhi piawaian teknologi hijau dalam pemerolehan kerajaan. "Bagi menggalakkan teknologi hijau, kerajaan akan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion. Dana ini akan menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang membekal dan menggunakan teknologi hijau. Bagi para pembekal, pinjaman maksimum sehingga RM50 juta dan bagi syarikat-syarikat pengguna RM10 juta. Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah, kata Najib. Sebagai tambahan, beliau berkata kerajaan akan menyediakan jaminan 60 peratus bagi jumlah pinjaman dengan baki 40 peratus oleh institusi kewangan. Najib berkata permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Nasional dan skim itu akan bermula pada 1 Jan, 2010 dan dijangka memberi faedah kepada 140 buah syarikat. Dalam menggalakkan bangunan hijau, Perdana Menteri berkata pemilik bangunan yang mendapat Indeks Bangunan Hijau (GBI) dari 24 Okt, 2009 sehingga 31 Dis, 2014 akan mendapat pengecualian cukai yang menyamai dengan perbelanjaan modal tambahan dalam mendapatkan sijil seperti itu. GBI ialah indeks rating hijau mengenai bangunan-bangunan mesra alam sekitar yang menjimatkan kos utiliti dan mengekalkan kualiti alam sekitar. Najib juga mengumumkan bahawa pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI daripada para pemaju akan diberikan pengecualian duti setem berhubung instrumen pindah milik. Jumlah pengecualian itu menyamai dengan kos tambahan yang terlibat dalam mendapatkan sijil GBI dan pengecualian itu akan diberi kepada para pembeli yang

66  

Page 68: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

melaksanakan perjanjian jual beli dari 24 Okt 2009 sehingga 31 Dis, 2014. -- BERNAMA SR SR NH

67  

Page 69: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KERAJAAN AKAN WUJUD DANA RM1.5 BLN UNTUK GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 23-10-2009 Author: / TNS AS NHD BAJET-TEKNOLOGIHIJAU KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion sebagai sebahagian usaha menggalakkan teknologi hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Dana ini membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka. Bagi syarikat pembekal, pinjaman maksimum yang boleh dibuat ialah RM50 juta dan syarikat pengguna, RM10 juta," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata kerajaan akan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah dengan nisbah jaminan kerajaan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi hijau Negara. Skim ini akan dimulakan pada 1 Jan, 2010 dan dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat. Najib berkata teknologi hijau berpotensi menjadi sektor penting dalam pembangunan ekonomi. Dalam hal ini, kerajaan telah melancarkan dasar Teknologi Hijau Negara pada Ogos lepas. Untuk menggalakkan lagi pembangunan aktiviti teknologi hijau ini, beliau berkata kerajaan akan menstruktur semula Pusat Tenaga Malaysia dengan tanggungjawab untuk menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau. Pusat berkenaan, dengan peruntukkan RM20 juta, akan berfungsi sebagai "focal point" untuk menetapkan piawaian dan mempromosikan tenologi hijau. Najib berkata kerajaan akan menganjurkan pameran antarabangsa mengenai teknologi hijau pada April tahun depan. Pameran ini dijangka menarik syarikat terkemuka dunia dan pakar dalam bidang teknologi hijau. Beliau berkata kerajaan juga akan menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi perintis kepada pembangunan bandar lain. Kerajaan juga akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar serta mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan kerajaan, katanya. Najib berkata bagi menggalakkan pembinaan bangunan hijau, kerajaan mencadangkan supaya pemilik bangunan yang telah memperoleh sijil Indeks BangunanHijau (GBI), indeks penarafan hijau ke atas bangunan mesra alam, diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan, bermula 24 Okt, 2009 sehingga 31 Dis, 2014. Beliau berkata pembeli yang membeli bangunan dan kediaman yang telah memperoleh sijil GBI daripada pemaju hartanah diberi pengecualian duti setem ke

68  

Page 70: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

atas surat cara pindah milik. Pengecualian itu adalah layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli mulai 24 Okt 2009 hingga 31 Dis, 2014. Insentif berkenaan diberikan hanya sekali kepada pemilik pertama bangunan itu. -- BERNAMA TNS AS NHD

69  

Page 71: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

CHIN: DANA TEKNOLOGI HIJAU TIDAK MENCUKUPI TETAPI PERMULAAN YANG SIHAT

Date: 23-10-2009 Author: / TCT THS NHZ BAJET-CHIN (REAKSI) KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Meskipun dana RM1.5 bilion untuk mempromosi teknologi hijau mungkin tidak mencukupi, ia bagaimanapun adalah satu permulaan yang sihat, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui. "Ia mungkin tidak cukup. Ini hanyalah satu permulaan. Jika dana itu habis dengan segera saya pasti kerajaan akan menimbangkannya (meningkatkan dana)," katanya kepada pemberita selepas pengumuman Bajet 2010 di Parlimen hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan dana tersebut ketika mengumumkan Bajet 2010. Dana berkenaan akan memberikan pinjaman mudah kepada syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau. Untuk pembekal, pembiayaan maksima ialah RM50 juta dan untuk syarikat pengguna, RM10 juta. Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah untuk pembiayaan itu. Selain itu, kerajaan akan memberi jaminan 60 peratus ke atas jumlah pembiayaan dengan 40 peratus lagi oleh institusi perbankan. Skim itu akan bermula 1 Januari 2010 dan dijangka memberi manfaat kepada 140 syarikat. Chin berkata skim tersebut akan menggalakkan penggunaan teknologi hijau. Beliau berkata kementeriannya akan menganjurkan pameran antarabangsa pada April tahun depan, yang dijangka menarik syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar teknologi hijau. "Kami akan menganjurkan satu kempen, dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan dan Pusat Tenaga Malaysia, agensi yang bertanggunjawab ke atas teknologi hijau, untuk memberitahu tentang skim itu kepada orang ramai dan faedah teknologi hijau. -- BERNAMA TCT THS NHZ

70  

Page 72: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

CHIN HARAP BAJET 2010 SERTAKAN LEBIH BANYAK USAHA GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Date: 21-10-2009 Author: Samantha Tan / TCT SD NHZ PETER-ALAMSEKITAR KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berharap Bajet 2010 yang akan datang akan memberi perhatian kepada pengalakkan teknologi hijau di negara ini. "Saya berharap Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa langkah untuk membantu dalam pengalakan teknologi hijau," kata menterinya Datuk Peter Chin Fah Kui. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen Jumaat ini, 23 Okt. "Ini amat penting kerana jika teknologi hijau akan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi, galakan kerajaan harus ada," kata Chin kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Asia mengenai Jentera Bendalir yang ke-10 2009, di sini hari ini. Terdahulu, dalam ucaptamanya, Chin berkata lebih banyak usaha diperlukan untuk menarik pelaburan terus asing dalam teknologi hijau untuk menggalakkan pelaburan terus tempatan dan penyertaan industri tempatan. Mengenai sama ada kementerian itu telah mencadangkan insentif-insentif bagi Bajet 2010, Chin berkata kementerian itu telah memberi cadangan dan ia adalah antara tumpuan utama kementerian itu. Dalam perkembangan lain, Chin berkata satu bentuk insentif adalah perlu untuk menggalakkan pengilang minyak sawit memerangkap gas methane kerana kebimbangan dunia mengenai gas rumah hijau. Satu perjanjian baharu patut ada di bawah perintah itu, menggantikan Protokol Kyoto, katanya. Satu perjanjian menggantikan Protokol Kyoto pada tahun 2012 mungkin akan ditandatangani pada lewat 2009 di Copenhagen. Ditanya jika terdapat insentif daripada kementerian untuk mengalakkan usaha ini, Chin berkata : "Dari pihak kerajaan, tidak buat masa ini." Buat masa ini, pihak perladangan dijangka memainkan peranan mereka dalam pengurangan penggunaan gas rumah hijau, tambahnya. Beliau menggesa pengilang miyak sawit untuk bekerja di bawah rangka kerja Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) untuk mengurangkan pelepasan gas methane yang menyumbang ke arah pemanasan global. "Tetapi keseluruhan proses CDM kini sedang dikaji dan diharapkan, jika bukan CDM, mungkin akan ada langkah lain untuk menggalakkan pemerangkapan gas methane kerana ia amat penting," kata Chin. Beliau bagaimanapun berkata CDM adalah langkah yang bagus dan memainkan peranannya dengan baik sekarang. Pihak industri, katanya, sedang membiasakan diri dengan budaya memerangkap

71  

Page 73: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

gas methane dan jika CDM dihentikan, ia akan memberikan impak yang besar kepada industri pertanian, katanya. -- BERNAMA TCT SD NHZ

72  

Page 74: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

SEKTOR BINAAN PERLU LEBIH BANYAK INSENTIF UNTUK GUNA TEKNOLOGI HIJAU, KATA CHIN

Date: 12-10-2009 Author: / UHS LC ZK CHIN-KOS KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor binaan memerlukan insentif tambahan untuk menampung kos awal mengguna pakai teknologi hijau, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin, hari ini. Beliau berkata Malaysia akan mula membangunkan negara yang lebih hijau bagi memastikan masa depan lebih mampan tetapi cabaran utama yang dihadapi industri bangunan hijau adalah elemen kos. "Majoriti kos ini berpunca daripada peningkatan masa reka bentuk kejuruteraan dan seni bina, kos dan masa pemodelan yang perlu bagi menyepadukan amalan bangunan mampan ke dalam projek-projek," kata Chin. "Tetapi secara umumnya, lebih awal ciri-ciri binaan hijau dimasukkan ke dalam proses reka bentuk, kosnya akan menjadi lebih rendah," katanya pada persidangan "Bangunan Hijau Berprestasi Tinggi, Malaysia" di sini. Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Rendah Kanan Kementerian bagi Bahagian Teknologi Hijau, Rosli Abdullah. Chin berkata sejak 10 tahun lalu, Malaysia telah memulakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif serta memperkenalkan tenaga diperbaharui. "Kita juga mungkin melihat inisiatif lain dalam bajet akan datang, kerana kementerian sekarang berusaha untuk memperkenalkan teknologi hijau dalam semua sektor, terutama pengurusan air dan sisa buangan, tenaga dan bangunan, serta dalam sektor pengangkutan," katanya. Chin berkata meskipun bangunan hijau biasanya dianggap lebih mahal berbanding bangunan biasa, satu kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa premium purata bagi bangunan hijau ini dua peratus kurang daripada anggapan biasa. Faedah kewangan bangunan hijau adalah dalam kos tenaga, sisa buangan dan air yang rendah, kos pelepasan dan alam sekitar yang rendah, kos operasi dan penyenggaraan yang rendah dan peningkatan dari segi kesihatan dan produktiviti, katanya. Memetik contoh bangunan Taipei Metro Far Eastern Group, Chin berkata kompleks di Taiwan itu berjaya berjimat sehingga RM2.1 juta setahun dari segi bil tenaga selepas memasukkan beberapa ciri-ciri yang cekap tenaga. "Mendapatkan faedah-faedah ini pastinya satu pelaburan yang berbaloi dalam bangunan hijau," katanya. Chin berkata sudah sampai masanya untuk Malaysia merebut peluang dan menggunakan teknologi bangunan hijau yang canggih seperti negara-negara jiran lain. Beliau berkata dengan sumber yang tersedia, apa yang perlu dilakukan adalah membawa masuk tenaga dan melengkapkannya. "Malaysia mempunyai banyak sumber tenaga diperbaharui dan kita perlu mencari

73  

Page 75: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

kaedah untuk menggunakannya menerusi inovasi dalam teknologi," katanya. Chin berkata negara mempunyai jumlah tenaga berpotensi 9.76 juta tonne bersamaan minyak setahun, daripada sisa-sisa biomas sahaja, terutamanya dalam sektor kayu dan pertanian. Selain itu, sebagai sebuah negara tropika, Malaysia juga mewarisi sumber tenaga solar yang besar, katanya. -- BERNAMA UHS LC ZK

74  

Page 76: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KERAJAAN YAKIN BANYAK PELUANG UNTUK SEKTOR SWASTA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

Date: 09-10-2009 Author: / STP VMD NHD CHIN-SWASTA KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Dengan peningkatan kesedaran dan penggalakkan mengenai teknologi hijau, kerajaan yakin terdapat banyak peluang perniagaan dalam bidang berkenaan untuk sektor swasta. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata dengan penjimatan yang diperoleh daripada teknologi hijau, syarikat bukan sahaja dapat menikmati penjimatan kos tetapi juga produktiviti dan kecekapan yang lebih luas yang akan meningkatkan keuntungan. "Pada pandangan kerajaan, penggunaan teknologi hijau untuk meningkatkan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar merupakan suatu yang paling penting untuk negara membangun seperti kita. "Dalam usaha untuk merangsang pembangunan industri, kerajaan akan terus memberi sokongan dengan menyediakan insentif pelaburan dan cukai yang sewajarnya," kata menteri itu dalam ucapan sebelum pemeteraian perjanjian antara Fairs and Events Management Sdn Bhd, yang menganjurkan GreenTechAsia 2010, dengan organisasi terlibat. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir. Beliau berkata ini bagi memastikan komuniti perniagaan akan terus memainkan peranan melalui tanggungjawab korporat untuk menyelamat dan mengekalkan alam sekitar. GreenTechAsia 2010, yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April, 2010, dijangka menarik 300 syarikat antarabangsa dan tempatan serta akan menampilkan teknologi yang dapat melindungi dan memulihara alam sekitar. -- BERNAMA STP VMD NHD

75  

Page 77: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

KEMPEN HARAM GUNA BEG PLASTIK AKAN DILAKSANAKAN, PROMOSI TEKNOLOGI HIJAU

Date: 08-10-2009 Author: / NJ NJ ROS PETER CHIN-PLASTIK PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui. Beliau berkata sebagai langkah permulaan, kempen itu akan dilaksanakan di peringkat kementerian sebelum diperluaskan ke pusat membeli-belah dan seterusnya ke seluruh negara. "Kita semua harus memulakan kempen pengharaman penggunaan beg plastik misalnya oleh pengusaha kantin yang beroperasi di premis kementerian ini. "Kita perlu amalkan tabiat harian di mana makanan tidak lagi dibungkus dalam bekas-bekas plastik yang tidak mesra alam dan boleh mencemarkan alam sekitar," katanya selepas melancarkan Buku Panduan Insentif Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga di Malaysia di sini hari ini. Katanya pada masa ini, pelaksanaan untuk mengadakan kempen itu masih di peringkat perbincangan dengan kementerian lain seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Chin berkata satu persidangan dan pameran antarabangsa mengenai teknologi hijau akan diadakan di negara ini pada Oktober tahun depan dengan penyertaan terbesar oleh pihak kerajaan, swasta dan industri. Katanya persidangan dan pameran itu akan menjadi platform untuk memperkenalkan Malaysia sebagai antara beberapa negara di dunia yang memberi perhatian khusus kepada teknologi hijau. "Persidangan itu merupakan usaha yang diamanahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat satu persidangan atau pameran yang mempunyai standard antarabangsa diadakan di negara kita," katanya. Sementara itu, beliau berkata buku panduan yang dilancarkan itu bagi memberi maklumat mengenai insentif fiskal yang disediakan kerajaan bagi penjanaan Tenaga Boleh Diperbaharu dan pelaksanaan langkah kecekapan tenaga termasuk kualiti tenaga elektrik. Katanya buku panduan yang disediakan sebagai rujukan kepada penjana dan pengguna tenaga khususnya tenaga elektrik dalam sektor industri dan komersial akan mula diedarkan hari ini. Katanya salinan buku boleh diperoleh daripada kementerian berkenaan, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Suruhanjaya Tenaga serta Pusat Tenaga Malaysia dan versi elektronik buku tersebut boleh dimuat turun dari laman web agensi berkenaan. -- BERNAMA NJ NJ ROS

76  

Page 78: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

CHIN: DIALOG TEKNOLOGI HIJAU WUJUDKAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Date: 29-09-2009 Author: / AYU LC AA CHIN-TEKNOLOGI HIJAU PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) -- Kerjasama Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) dalam Dialog Teknologi Hijau akan membantu mweujudkan pertumbuhan ekonomi baru, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui hari ini. Beliau berkata menerusi dialog yang diadakan di sini hari ini, sektor swasta negara-negara EU digalakkan meninjau peluang pelaburan di negara ini. "Dialog ini turut menandakan mesej dan komitmen penting yang bergerak ke arah teknolog hijau ialah cara mewujudkan ekonomi yang berasaskan kepada pembangunan mapan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, Chin mengadakan dialog dengan delegasi dari EU yang diketuai oleh duta dan ketua delegasi Suruhanjaya Eropah ke Malaysia, Vincent Piket dan duta Sweden Helen Sangeland. Dialog itu membincangkan pelbagai inisiatif kerjasama dalam beberapa bidang termasuk dasar, rangka kerja perundangan dan peraturan, pengukuhan kapasiti, inisiatif projek bersama dan penyelidikan dan pembangunan. Seiring dengan ini, acara pameran perdagangan mengenai teknologi hijau akan diadakan pada Oktober tahun depan sebagai platform untuk sektor swasta dari negara-negara EU untuk meninjau kemungkinan usaha sama, kata Chin. -- BERNAMA AYU LC AA

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 5 Oktober 2012

77  

Page 79: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Pengurangan cukai galak teknologi hijau

Publication: BH Date of publication: Sep 18, 2012 Section heading: Bisnes Page number: 006 Byline / Author: Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Petaling Jaya: MK Land Holdings Bhd (MK Land), pemaju hartanah tempatan, berharap kerajaan akan mempertimbang cadangan pemberian insentif berbentuk pengurangan cukai kepada syarikat yang membangunkan projek menggunakan teknologi hijau dalam Bajet 2013. Pengerusi, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (gambar), berkata pemberian insentif itu penting untuk menggalakkan pemaju mengaplikasikan teknologi mesra alam dengan lebih luas termasuk pemasangan panel solar dalam projek pembangunan mereka pada masa depan. Katanya, pengurangan cukai itu akan membabitkan bahan mentah dan peralatan berkaitan teknologi mesra alam seperti yang digunakan dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang memberi penjimatan kos ketara berbanding kaedah konvensional. "MK Land berpendapat, jika kerajaan mengurangkan cukai untuk teknologi hijau, ia akan menjadikan pemaju lebih berminat untuk membangunkan projek yang bersifat lebih mesra alam kerana ia dapat mengurangkan kos pembinaan," katanya ditemui di sini. Mustapha Kamal berkata, bagi MK Land, jika kerajaan melaksanakan inisiatif itu, ia membolehkannya membina lebih banyak rumah mampu milik bercirikan teknologi hijau. Peka keperluan rakyat "Jika ia menjadi kenyataan, MK Land akan membangunkan projek kediaman mampu milik di tanah milik kami di Cyberjaya. "Namun, sebenarnya kami sudah memainkan peranan dalam membantu kerajaan

1  

Page 80: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

merealisasikan usaha itu," katanya. Sementara itu, beliau berkata, buat masa ini, kebanyakan pemaju lebih cenderung membangunkan projek hartanah mewah kerana ia menjanjikan keuntungan lebih tinggi. "Menerusi pengurangan cukai ini, ia membolehkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik kerana kos pembinaan dapat dikurangkan," katanya sambil menambah pemaju perlu lebih peka dengan keperluan rakyat bukannya membangunkan projek perumahan untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Saya menyarankan pemaju membina 75 peratus rumah mampu milik dilengkap dengan pusat komersil dan kemudahan lain daripada keseluruhan simpanan tanah yang ada, manakala selebihnya baru difikirkan untuk projek kediaman mewah," katanya. Mampu milik Pada masa ini, MK Land sedang membangunkan projek perumahan di Meru, Perak membabitkan pembinaan 1,500 unit dengan sebahagian besar daripadanya adalah rumah mampu milik. Projek itu yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang, membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM300juta. Sejak ditubuhkan hampir 30 tahun lalu, MK Land sudah membina 29,982 unit kediaman dengan GDV RM1.8 bilion yang mana 16,925 unit adalah rumah kos rendah, kos sederhana rendah (6,652 unit) dan kos sederhana (6,492 unit). INFO MK Land Bhd - 29,982 unit - rumah kos dibina sejak 30 tahun - 16,925 - unit kos rendah - 2,023 hektar - simpanan tanah

2  

Page 81: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Syor tambah insentif guna teknologi hijau

Publication: BH Date of publication: Sep 18, 2012 Section heading: Main Section Page number: 011

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa memberi lebih banyak insentif dan galakan kepada pihak yang melaksana program berkaitan bahan api yang boleh diperbaharui, termasuk penggunaan teknologi hijau. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata harapan tinggi daripada pihak swasta termasuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) itu wajar dipertimbangkan dengan teliti. Katanya, kerajaan perlu mengembangkan teknologi hijau supaya digunapakai secara meluas di seluruh negara, sekali gus mempergiatkan lagi sektor berkenaan. "Buat masa sekarang pelaksanaan program ini di negara kita amat sedikit dan kita perlu berusaha dengan lebih giat lagi untuk melaksanakannya. Perlu ada insentif "Kita kena ada insentif dan galakan bagi pihak yang berusaha berkaitan bahan api yang boleh diperbaharui, termasuk teknologi hijau. "Saya berharap Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan insentif ini, kita sudah hantar banyak ulasan dan cadangan untuk menggalakkan bidang ini kepada kerajaan. Saya harap bajet kali ini akan mengambil kira perkara ini," katanya kepada BH. Fah Kui berkata, insentif dan galakan seperti pengecualian cukai dapat memberi kebaikan bukan saja kepada penggiat industri, malah rakyat bawahan. "Apabila kita laksana teknologi hijau, ia akan memberi peluang kepada rakyat peringkat bawahan mendapat peluang pekerjaan selain IKS menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti alat ganti atau penyelenggaraan. Ia turut membantu merangsang perkembangan ekonomi negara," katanya.

3  

Page 82: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: All Cosmos teraju guna teknologi hijau

Publication: BH Date of publication: Sep 1, 2012 Section heading: Berita Sawit Page number: 005 Byline / Author: Oleh Che Johari Mamat

Bangi: Sebelum ini, bahan sisa (biojisim) sawit dari ladang dan kilang sawit tidak mendapat permintaan, malah ladang dan kilang sawit sanggup membayar dengan menggunakan pihak ketiga untuk melupuskannya. Sejak kebelakangan ini permintaan produk biojisim mendapat permintaan tinggi oleh syarikat untuk menghasilkan teknologi dan produk hijau yang mesra alam. Penggunaan biojisim membantu memanjangkan hayat tanah untuk penanaman dan menggalakkan pertumbuhan tanaman untuk menjadi lebih sihat, hasilnya memberi manfaat kepada mereka. Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd (All Cosmos), Datuk Tony Peng Shih, berkata demikian ketika dihubungi melalui telefon oleh penulis Berita Sawit mengenai "Biofertiliser Hendersonia GanoEF" (GanoEF) yang dihasilkan syarikat itu dengan bantuan dan kerjasama khidmat kepakaran MPOB. Baja GanoEF diperkenalkan kepada pasaran melalui pelancarannya oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok pada Perasmian Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2012 pada bulan Jun 2012 lalu. Pelancaran baja hijau itu turut disaksikan Pengerusi MPOB, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Timbalan Ketua Setiausaha MPIC, M.Nagarajan dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May Datuk Tony berkata, All Cosmos ingin merebut peluang ini untuk menjadi peneraju dalam menghasilkan teknologi baja hijau yang memberi bermanfaat kepada petani termasuklah penanam dan pekebun kecil sawit. Subur tanah

4  

Page 83: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Baja GanoEF ini adalah baja '4 dalam 1' yang mengandungi Hendersonia (endophytic fungus), nutrien bermanfaat, bahan organik dan mikro organisma bermanfaat (EM) yang berupaya menyuburkan tanah dan membantu pertumbuhan pembesaran pokok sawit secara berkesan. Beliau berkata, kajian terbukti dengan kandungan kulat Hendersonia dalam baja ini berupaya mengawal dan mengurangkan kehadiran kulat Ganoderma yang menyebabkan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) kepada pokok sawit. Selain itu ciri kebaikan lain baja ini adalah berupaya meningkatkan kadar pertumbuhan anak benih sawit di samping kadar larut resap nutrien yang rendah ketika hujan serta bahan organiknya berupaya memperbaiki struktur tanah. "Aktiviti penyelidikan adalah nadi pembangunan syarikat dan dianggap keutamaan kepada All Cosmos. Kami adalah yang pertama menghasilkan baja menggunakan teknologi hijau melalui campuran 'mikroorganisma bermanafaat' (EM) di Malaysia", katanya. Beliau percaya syarikat itu memainkan peranan penting dalam meneraju menggunakan teknologi hijau yang mesra alam yang digunakan di kebanyakan negara maju bagi menghasilkan produk pertanian secara mampan. All Cosmos menggunakan kira-kira 50,000 tan setahun produk biojisim. Sumber produk biojisim diperoleh melalui kontrak kekal dengan pembekal luar dan dalam negara. Tingkat produktiviti Beliau menambah pembekalan baja kepada pekebun kecil dan estet sawit serta pelbagai tanaman komoditi memberi peluang kepada All Cosmos menyumbang terhadap peningkatan produktiviti pertanian terutama komoditi sawit. Kini, sebahagian besar permintaan untuk baja All Cosmos adalah dari negara Indonesia dan Vietnam. Kedua-dua negara ini mempunyai keluasan tanah pertanian yang luas digunakan untuk tanaman bagi pengeluaran makanan. Permintaan baja di negara-negara Asia semakin kian berkembang selaras dengan

5  

Page 84: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

peningkatan kawasan penanaman sawit terutama di Indonesia dan Thailand. All Cosmos akan terus memainkan peranan membantu petani dengan memastikan bekalan dan edaran baja secara konsisten kepada petani yang memerlukannya. All Cosmos juga adalah syarikat pengeluar Baja MPOB F4 hasil penyelidikan MPOB.

6  

Page 85: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: PROTON terus usaha majukan teknologi hijau

Publication: BH Date of publication: Sep 8, 2012 Section heading: Main Section Page number: 038 Byline / Author: Oleh Mona Ahmad

Kebimbangan berhubung kemusnahan alam sekitar akibat pencemaran kenderaan bermotor menggunakan bahan bakar fosil membuka ruang peralihan kepada penggunaan kenderaan menggunakan tenaga alternatif seperti elektrik. Bagaimanapun, peralihan ke arah teknologi tenaga hijau yang lebih mesra alam ini memerlukan pelaburan yang besar. Justeru, dalam usaha memastikan masa depan tenaga hijau terutama elektrik terus berkembang semua pihak terutama kerajaan, industri dan universiti serta institusi penyelidikan perlu berganding bahu untuk merealisasikan impian itu. Pendekatan menyeluruh untuk membangunkan industri kenderaan elektrik diperlukan bagi memberi manfaat kepada pengguna, industri dan alam sekitar. Ubah pergantungan Mengubah pergantungan masyarakat terhadap bahan bakar fosil kepada tenaga hijau bukan sekadar membina atau membawa masuk kenderaan elektrik tetapi perlu membabitkan semua aspek termasuk pembangunan prasarana berkaitan. Sejajar misi menambah kemajuan negara menerusi inovasi, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk melihat bagaimana sistem pengangkutan berasakan tenaga elektrik mampu memberikan kehidupan lebih berkualiti kepada pengguna dan membuka peluang baru kepada industri automotif di Malaysia. Cabaran Pengangkutan Hijau PROTON 2012 Sehubungan itu, AIM dan pengeluar kereta nasional, PROTON, menganjurkan Cabaran Pengangkutan Hijau PROTON 2012 (PGMC2012). Pertandingan itu terbuka kepada pasukan universiti tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan teknologi yang

7  

Page 86: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

mengubah PROTON Saga konvensional kepada kenderaan elektrik sepenuhnya. PCM2012 dijangka menarik penyertaan 19 universiti. Ia dilancarkan pada 29 Februari dengan sokongan rakan strategik dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) iaitu Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MAI); agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) iaitu Institut Automotif Malaysia; dan Persatuan Jurutera Automotif Antarabangsa (SAE) Malaysia. Tingkat keupayaan teknologi elektrik Selain memfokuskan teknologi dan strategi menjimatkan tenaga, pertandingan ini turut melihat penyelesaian untuk merapatkan jurang antara kenderaan menggunakan bahan bakar fosil dengan tenaga elektrik dari segi keupayaan secara menyeluruh dan jarak perjalanan. Pada peringkat ini, 10 pasukan teratas yang berjaya mengubah PROTON Saga akan bersaing mempamerkan keupayaan ciptaan mereka pada 4 hingga 7 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang. AIM juga berkerja sama dengan Q-cells Sdn Bhd, Universiti Tenaga (UNITEN), TNB Research, Tan Chong Bhd dan KeTTHA membina Tempat Pengecas Kenderaan Elektrik dengan Kuasa Solar (SELVEC). Kurang pelepasan karbon dioksida Projek itu membabitkan pembinaan lapan petak tempat mengecas elektrik solar bagi membolehkan kajian terhadap penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida, kos keseluruhan pemilikan dan sistem pembangunan komunikasi untuk memantau dan menilai kegunaan EV. Projek SELVEC mengambil pendekatan menyeluruh untuk membangun dan memajukan prasarana mapan, bersih dan menjimatkan kos kenderaan elektrik yang boleh dicas semula, menyokong usaha kerajaan untuk beralih kepada tenaga hijau, pendekatan yang berinovatif dengan masa depan lebih makmur. Wujud pelbagai peluang baru

8  

Page 87: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Usaha seperti PGMC2012 dan SELVEC mampu menjadikan impian kenderaan elektrik kenyataan daripada teknologi yang hanya di bawah bumbung kepada prasarana nasional dengan menyemai peluang baru dalam industri, pekerjaan, pendapatan dan manfaat lain untuk Malaysia dan penduduknya. INFO Saingan PROTON Saga elektrik - Tarikh: 6 dan 7 Oktober. - Masa: 9.30 pagi hingga 5.30 petang. - Tempat: Litar Antarabangsa Sepang.

9  

Page 88: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Teknologi hijau - masa depan negara

Publication: BH Date of publication: Aug 14, 2012 Section heading: 1Klassifieds Page number: 020

Ramai antara kita yang sering mendengar tentang teknologi hijau dan ia sering dikaitkan dengan alam sekitar. Namun kita tidak begitu jelas apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau. Teknologi Hijau atau lebih dikenali sebagai teknologi mesra alam menggariskan pelbagai kaedah untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan ke arah penambahbaikkan aktiviti manusia secara praktikal. Justeru, Teknologi Hijau boleh dirumuskan sebagai aplikasi pengetahuan untuk menambah baik kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan dan membendung impak negatif kepada alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Apakah perkara-perkara yang patut diutamakan dalam teknologi hijau? Teknologi hijau mempunyai pelbagai cabang. Ia merangkumi pengambilan sumber daripada alam sekitar hingga kepada cara menguruskan sisa harian. Antara cara tersebut ialah perolehan hijau, pembuatan hijau, pembungkusan hijau, dasar sifar sisa dan sebagainya. Kesimpulannya, Teknologi Hijau adalah saling berkaitan dalam pelbagai cara sehingga kepada kehidupan harian kita sebagai pengguna. Intipati Dasar Teknologi Hijau * Tenaga - mencari kaedah bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui serta menggalakkan kecekapan tenaga. * Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. * Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi. * Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua Amalan Hijau yang boleh dilakukan oleh pengguna.

10  

Page 89: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

* Bawa beg sendiri ketika membeli belah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. * Berbasikal atau berjalan kaki sekiranya jarak perjalanan adalah berdekatan. Ia baik untuk kesihatan. * Gunakan pengangkutan awam dengan kerap. Pembebasan karbon adalah jauh lebih rendah melalui kaedah ini. * Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan. Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen. Amalkan kecekapan tenaga, layari www.switch.org.my mendapatkan kaedah mengamalkan kecekapan tenaga. * Amalkan 3R (Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula) dapat mengurangkan kemusnahan sumber alam. * Praktiskan dan sokong kaedah perkebunan secara organik. * Perkebunan secara ini, yang tidak menggunakan bahan kimia, dapat memastikan alam sekitar tidak tercemar. * Beli barangan tempatan. Kita dapat menjimatkan wang, menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan pengangkutan barangan jarak jauh. * Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal. Bahan-bahan ini kadang kala tidak boleh terurai dalam jangkamasa yang pendek. * Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan. Penggunaan semula air serta penuaian air hujan merupakan kaedah efektif untuk mengurangkan penggunaan air di rumah. * Belilah barangan mesra alam yang diiktiraf. Produk-produk ini kurang memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar berbanding dengan barangan biasa. Dengan cara ini anda dapat menjamin masa depan yang sejahtera untuk generasi akan datang. * Jalankan projek-projek atau aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar di kawasan kediaman, tempat kerja dan masyarakat setempat.

11  

Page 90: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Artikel sumbangan Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) www.wecam.org.my

12  

Page 91: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Teknologi hijau jimat bil elektrik

Publication: BH Date of publication: Aug 7, 2012 Section heading: Main Section Page number: 005

Kuala Lumpur: Bermula tahun depan, semua 28 hospital besar kerajaan akan dilengkapi teknologi hijau untuk mengurangkan bil elektrik yang mencecah RM115 juta setahun. Kementerian Kesihatan percaya menerusi sistem pencahayaan dan pendingin hawa bersifat mesra alam, pihaknya mampu mengurangkan kos utiliti 10 peratus tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata buat peringkat pertama, projek hospital mesra alam akan dimulakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara. "Kementerian percaya dengan menggunakan teknologi hijau mesra alam, mampu mengurangkan kos elektrik di hospital kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Projek WATTS' kempen kesedaran penjimatan elektrik dan pemanasan global di sini, semalam. Sementara itu, Tiong Lai berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan pusat komuniti dalam usaha memberi sokongan moral kepada pesakit mental. "Sebagai contoh, pusat komuniti di Muar, Johor menunjukkan kesan yang amat positif apabila pesakit mental pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan biasa," katanya.

13  

Page 92: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Panasonic buka Pusat Econation

Publication: BH Date of publication: Aug 3, 2012 Section heading: Bisnes Page number: 008 Byline / Author: Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai teknologi hijau, Panasonic Malaysia Sdn Bhd mengambil inisiatif membuka sebuah hub interaktif yang dinamakan Pusat Econation yang mempamerkan teknologi hijau terbaru kepada masyarakat dan industri di negara ini. Pusat Econation berkeluasan 6,000 kaki persegi di Petaling Jaya, Selangor itu dilengkapi penyelesaian tenaga keseluruhan yang menjadi teras Panasonic iaitu Cipta, Storan, Simpan dan Urus Tenaga. Pengarah Urusannya, Jeff Lee, berkata kos keseluruhan pembinaan pusat berkenaan RM4 juta dan ia adalah yang pertama dibina di negara ini. Interaksi dengan alam semula jadi "Pusat Econation ini mempunyai rekaan teknikal yang membolehkannya berinteraksi dengan unsur semula jadi seperti cahaya matahari, air, udara dan bumi. "Bagi unsur cahaya matahari, ia boleh dilihat melalui modul 40kWp solar yang dipasang pada struktur dwibumbung dan bagi unsur air, kami memasang 50 meter padu sistem penuaian air hujan. "Sementara itu, unsur udara di aplikasi menerusi pemasangan tenaga udara yang cekap dan pendingin udara dalaman, manakala untuk unsur bumi, ia diterjemah menerusi rekaan landskap dan pengurangan pantulan haba," katanya selepas majlis pelancaran Pusat Econation, semalam. Hadir sama Pengerusinya, Tan Sri Datuk Asmat Kamaludin serta Timbalan Pengarah Urusannya, Chris Tomachi.

14  

Page 93: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Lee berkata, pelaburan bagi pusat berkenaan membolehkan Panasonic memajukan lagi keupayaan dalam menyediakan hub bagi rakan kongsi serta pihak lain yang berkepentingan.

15  

Page 94: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Percepat agenda teknologi hijau

Publication: HM Date of publication: Jul 11, 2012 Section heading: Main Section Page number: 034

PUTRAJAYA: Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) dan Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia (Might) menjalin kerjasama bagi mempromosi, membangunkan serta mengguna pakai teknologi hijau inovatif untuk kepentingan semasa negara. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerjasama kedua-dua pihak itu menjadi sebahagian daripada usaha mempercepatkan agenda teknologi hijau di Malaysia. "Program ini memperuntukkan mandat untuk melaksanakan program 'offset' melalui pembelian oleh kerajaan melebihi RM50 juta. "Ia diuruskan Might bertujuan meningkatkan akses kepada pasaran dan rantaian global serta mendapatkan pembiayaan bagi membangunkan keupayaan dan kapasiti industri tempatan yang mempunyai Sijil Projek Hijau," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GreenTech Malaysia dan MIGHT, di sini, semalam. Pada majlis itu, GreenTech Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zairin Ismail manakala MIGHT oleh Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Konsultasi dan Pengurusan Offset Industri, Zailani Safari. MoU itu adalah bagi melengkapkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) dilancarkan sejak dua setengah tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Skim GTFS adalah pembiayaan pinjaman mudah ditubuhkan kerajaan dengan dana berjumlah RM1.5 bilion dan melalui skim itu kerajaan menawarkan subsidi sebanyak dua peratus setahun ke atas kadar faedah dikenakan pihak bank serta jaminan sebanyak 60 peratus daripada jumlah pinjaman.

16  

Page 95: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Ia bertujuan meningkatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi hijau dalam sektor tenaga, air dan pengurusan sisa, bangunan dan pengangkutan. Peter Chin berkata, GTFS adalah skim pembiayaan kerajaan yang bertindak sebagai pemangkin dalam menggalakkan institusi kewangan mewujudkan instrumen kewangan inovatif bagi membiayai projek hijau.

17  

Page 96: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: MPJ aplikasi teknologi hijau

Publication: HM Date of publication: Jul 6, 2012 Section heading: Metro Plus Page number: 007

JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) muncul pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini yang mengaplikasikan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian, terutama di kalangan warga kerjanya. Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, amalan itu dipraktikkan melalui Program Biodiesel Melaka yang diuruskan Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ), bermula Mei lalu. "Tujuan utama pelaksanaan program itu adalah saluran kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar, terutama membabitkan kebersihan longkang dan perparitan daripada pembuangan sisa minyak masak terpakai. "Selain itu, ia memberi peringatan kepada orang awam mengenai kemudaratan dari segi kesihatan jika menggunakan minyak masak lebih daripada tiga kali penggunaan," katanya ketika melancarkan Program Biodiesel Melaka di Dataran MPJ, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman. Menurut Murad, program itu juga mampu menggalakkan orang awam mengumpulkan minyak masak terpakai untuk dikitar semula. "Minyak masak berkenaan akan dikitar semula menjadi bahan api biodiesel kenderaan atau digunakan sebagai bahan penjanaan elektrik. "Usaha itu penting dalam memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia pada masa kini," katanya. Sementara itu, beliau turut mengingatkan warga MPJ supaya tidak menjual minyak masak terpakai kepada individu atau syarikat kitar semula yang tidak diiktiraf kerana ia akan dikitar semula menjadi minyak masak dan dijual dalam bentuk beg plastik.

18  

Page 97: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Pelbagai inisiatif diperkenal wujud ekonomi hijau

Publication: BH Date of publication: Jun 29, 2012 Section heading: Main Section Page number: 008

PUTRAJAYA: Pelbagai inisiatif dan dasar baru diperkenalkan kerajaan ke arah mewujudkan ekonomi hijau menerusi Model Ekonomi Baru (MEB), berjaya menaikkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) Global. Kedudukan Malaysia melonjak dari tangga ke-54 EPI pada 2010 kepada tempat ke-25 tahun lalu. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Malaysia muncul negara terbaik pencapaian EPI di peringkat ASEAN, tahun lalu serta ketiga terbaik di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun. "Ekonomi hijau ini memberi penekanan kepada penjagaan alam sekitar dan perlindungan ekosistem dalam proses pembangunan negara. "Ekonomi Hijau bukan saja mampu menghasilkan tenaga bersih, malah satu teknologi yang mampu menghasilkan proses pengeluaran lebih mesra alam," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam. Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, Laporan Ekonomi Hijau diterbitkan di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) juga menunjukkan menghijaukan ekonomi tidak akan melambatkan pertumbuhan, tetapi mampu menjana satu enjin pertumbuhan baru. Katanya, ia boleh menjana peluang tenaga kerja baru, sekali gus menjadi strategi penting untuk menghapuskan kemiskinan berterusan. Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat isu penjagaan alam sekitar, dan dalam Bajet 2011, RM1.9 bilion diperuntukkan untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar, termasuk untuk Program Sungai Nadi Kehidupan dan Greener KL.

19  

Page 98: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Program Sungai Nadi Kehidupan membabitkan tiga komponen, iaitu pembersihan, pengindahan dan pembangunan sungai untuk mengubah landskap Sungai Klang menjadi sebuah tepian air (waterfront) yang segar dan penuh dengan pelbagai aktiviti kehidupan. Menerusi Projek Greener KL pula, 100,000 pokok disasar ditanam di lokasi strategik di kawasan Lembah Klang.

20  

Page 99: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Revolusi hijau Terengganu

Publication: HM Date of publication: Jun 14, 2012 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Zatul Iffah Zolkiply

SELAIN kecemerlangan dalam pendidikan yang mampu memperbaiki taraf hidup masyarakat, keusahawanan serta memajukan sektor yang diusahakan sekarang boleh mengubah kehidupan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka yang secara tidak langsung membantu menjayakan usaha menghapuskan kemiskinan. Kerajaan negeri Terengganu menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyatnya, sama ada untuk melanjutkan pelajaran untuk generasi muda atau untuk ketua keluarga memperbaiki taraf kehidupan seperti bantuan kepada nelayan dan petani selain bantuan modal untuk peniaga kecil. Kesungguhan kerajaan negeri membantu rakyat Terengganu membasmi kemiskinan dapat dilihat melalui pelbagai program berasaskan pertanian yang berdaya maju seperti projek jelapang padi di Kampung Mak Jintan dan Kampung Jelapang, Setiu; tanaman jagung hibrid di Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibung, Hulu Terengganu; penternakan kambing di Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut dan penanaman kelapa matang di Setiu dan Kemaman. Bagi memastikan kejayaan projek itu, RM27.3 juta diperuntukkan untuk sambungan projek jelapang padi, pembangunan ladang kelapa sawit, projek tanaman kelapa dan projek kecil berkelompok. Pada Mesyuarat Exco barubaru ini, kerajaan negeri meluluskan permohonan 224 lot rancangan tanah berkelompok di tiga kawasan untuk perumahan dan pertanian. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, tiga kawasan terbabit ialah 74 lot di Bukit Pak Meriah, Jambu Bongkok, Marang untuk tanaman buahbuahan manakala 16 lot di Kampung Guntung Luar, Setiu sebagai tapak rumah selain 134 lot di Kampung Bukit Kesing, Telemong, Hulu Terengganu untuk projek tanaman dikendalikan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

21  

Page 100: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Jika dulu apabila menyebut negeri jelapang padi, Kedah adalah negeri pertama terlintas di fikiran namun kini, siapa sangka Terengganu turut menjadi negeri menghasilkan padi apabila 750 hektar tanah dimajukan dengan Kampung Jelapang dan Kampung Mak Jintan dipilih untuk projek perintis. Ahmad berkata, sebanyak RM48 juta diperuntukkan untuk pembangunan prasarana di kawasan berkenaan termasuk pembinaan saliran yang dimulakan pada 1 Mei 2009. Melihat kepada kejayaan projek jelapang padi di Setiu, katanya, dua daerah lain masingmasing di Marang dan Kuala Terengganu dengan keluasan 1,300 hektar bakal dijadikan daerah jelapang padi tahun depan bagi menambah pengeluaran hasil beras dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. "Dengan adanya projek penanaman padi ini, ia berupaya menampung keperluan bekalan padi di Terengganu, sekali gus memenuhi 70 peratus keperluan padi rakyat di negeri ini dengan membangunkan semua kawasan terbiar dengan tanaman padi," katanya. Selain itu, kesungguhan kerajaan negeri memajukan sektor pertanian dapat dilihat dalam projek penanaman jagung hibrid yang diusahakan secara berkelompok oleh penduduk tempatan di Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibung, Hulu Terengganu untuk dieksport. Projek yang diuruskan Jabatan Pertanian dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Terengganu (TADC) bermula pada 2008 dengan kos RM5 juta ini dijangka dapat memberi pendapatan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Terengganu turut mencipta sejarah tersendiri apabila bakal menjadi pembekal kambing terbesar di Malaysia menjelang 2015 dengan mewujudkan lapan projek lembah kaprima di setiap daerah membabitkan kos RM24 juta. Projek itu dilaksanakan di Kampung Payang dan Mengabang Bakong, Hulu Terengganu; Kampung Cabang, Kemaman; Hulu Seladang dan Telaga Papan, Setiu; Durian Mentangau, Dungun; Segading, Besut dan Tanjung Gadong, Marang dengan 600 ekor kambing induk dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu. Kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada projek tanaman kelapa matag yang lebih produktif, mempunyai nilai komersial yang tinggi serta mampu memberi pulangan

22  

Page 101: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

yang lumayan dengan peruntukan sebanyak RM1.18 juta melalui Jabatan Pertanian Terengganu. Terengganu memulakan projek perintis di kawasan seluas 250 hektar di Kampung Baru Bukit Kecil, Setiu dan Kampung Yak Yah di Ibok, Kemaman yang mana sebanyak 7,068 benih kelapa matag diagihkan kepada pekebun kecil di seluruh negeri pada 2010 oleh Jabatan Pertanian. Kerajaan negeri turut menyokong industri akuakultur seperti ikan keli, haruan, patin dan kelah yang disokong melalui penyelidikan dan pembangunan khusus untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri bagi memakmurkan kehidupan rakyat. Bagi tanaman kelapa sawit, kerajaan negeri turut membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar di Merchang, Marang untuk pelaburan jangka panjang yang akan dimulakan pada Oktober depan. Projek pertama di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) ini diuruskan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri yang menyasarkan pembukaan 200 hektar ladang kelapa sawit dan kos tanaman dianggarkan RM15,000 bagi setiap hektar. Komitmen kerajaan Terengganu dalam meningkatkan pendapatan rakyat di negeri ini dapat dilihat apabila Menteri Besar memperkenalkan konsep ladang rakyat yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan 100 ekar ladang sudah diwujudkan di Mukim Besul dan Hulu Paka, Dungun. Selain melaksanakan projek berdaya maju, kerajaan negeri tidak ketinggalan memberikan bantuan kepada golongan petani, nelayan dan penternak seperti bantuan baja kepada 69 petani di beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Rakit selepas tanaman mereka musnah akibat banjir tahun lalu. Bagi mengurangkan beban nelayan dan penternak, khususnya ketika musim tengkujuh, bantuan RM100 diberikan Januari tahun ini membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM200,000 sebagai inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan keluarga nelayan dan penternak. Selain bantuan RM100 daripada kerajaan negeri, golongan nelayan di Terengganu turut menerima bantuan RM200 daripada Kerajaan Pusat. Tidak ketinggalan, setiap nelayan

23  

Page 102: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

yang layak menerima subsidi petrol 10 sen bagi setiap satu kilogram tangkapan. Pada September tahun lalu, kerajaan negeri menyumbangkan RM1.1 juta kepada 11 persatuan nelayan di Terengganu untuk tujuan modal pembangunan projek kecil seperti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, PNK Besut, PNK Kuala Terengganu Utara, PNK Dungun, PNK Paka, PNK Kemasik, PNK Kijal, PNK Kemaman dan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu). Agensi Terbabit Membantu Nelayan, Petani dan Penternak * Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) - Peningkatan ekonomi pekebun kecil pinjaman kepada pekebun kecil individu, koperasi pekebun kecil dan syarikat - Peningkatan hasil ladang pinjaman untuk pembelian teknologi baru seperti benih dan baja - Pembangunan rakyat termiskin - pinjaman kepada golongan rakyat termiskin - Pembangunan usahawan pinjaman mudah kepada pekebun kecil * Tabung Darul Iman - Bantuan perubatan, kebajikan, bencana alam, bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai bantuan segera yang difikirkan perlu dan munasabah * Jabatan Pertanian - Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Serating, Marang; Rhu Tapai, Setiu dan Paloh, Jenang, Kemaman membabitkan tanaman seperti sayursayuran, buah-buahan dan tanaman kontan - Program Pembangunan Industri Asas Tani - Projek Fertigasi Mega Program Pembangunan Industri Buah-buahan - Program Pembangunan Industri Sayuran dan Tanaman Ladang

24  

Page 103: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

- Program Pembangunan Komoditi Berpotensi - Program Pembangunan Tanaman Padi - Program Bumi Hijau * Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - Pembangunan industri asas tani - bantuan peralatan, naik taraf premis, khidmat nasihat dan membantu mempromosi produk - Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan - skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan, Program Azam Tani, Program eKasih, Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam, Skim Pinjaman Nelayan Komersial, Skim Nelayan Enjin Pantai * Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) - Tumpuan pada ternakan lembu dan kambing, pelaksanaan program satu tanaman satu wilayah, akuakultur (ikan sangkar dan ikan dalam tangki)

25  

Page 104: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

Headline: Masih ada RM800 juta dana teknologi hijau

Publication: BH Date of publication: May 11, 2012 Section heading: Ekonomi Page number: 001

PERBADANAN Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) masih mempunyai baki RM800 juta dana di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk disalurkan sebagai pinjaman mudah kepada usahawan dan syarikat yang bergiat dalam industri teknologi hijau. Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.5 bilion bagi dana itu yang bermatlamat meningkatkan lagi kegiatan teknologi hijau di negara ini, sejajar perkembangan industri itu di seluruh dunia. Sejak dilancarkan pada Januari 2010, MGTC sudah mengagihkan RM700 juta daripada peruntukan itu yang disalurkan oleh bank tempatan. Dalam tempoh empat bulan tahun ini saja, MGTC iaitu badan yang memantau pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara sudah meluluskan permohonan 11 syarikat untuk mendapatkan peruntukan berkenaan, daripada sebanyak 20 yang disasarkan untuk tahun ini. Ketua Eksekutif MGTC, Dr Nazily Mohd Noor, berkata sejak skim itu diperkenalkan dua tahun lalu pihaknya menerima permohonan dalam jumlah yang besar daripada peserta terbabit dalam sektor teknologi hijau. "Tahun lalu kami mencapai sasaran yang ditetapkan dan berada pada landasan kukuh untuk melepasi sasaran keseluruhan tahun ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan seminar perniagaan teknologi hijau anjuran MGTC dan Persatuan Perniagaan Teknologi Hijau Malaysia (MAGBA) di Kuala Lumpur, semalam. Seminar yang turut dianjurkan bersama oleh Institut Industri Maklumat Taiwan dan Techtrans Advanced Sdn bhd itu dihadiri lebih 200 peserta sektor teknologi hijau. Penganjurannya bermatlamat menjadi platform antarabangsa menggalakkan peluang lebih besar dalam sektor teknologi hijau serta membolehkan syarikat tempatan mempelajari arah aliran baru daripada pakar luar negara.

26  

Page 105: Teknologi Hijau [Sumber Elektronik].pdf

27  

Hadir sama, Presiden MAGBA, Tan Sri Mustafa Mansur dan Timbalan Perwakilan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Lin Min Li. Nazily berkata, sepanjang tahun lalu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau mendapat maklum balas baik apabila MGTC memproses 73 permohonan, meluluskan 53 projek dan sebanyak 23 syarikat mendapat pembiayaan yang keseluruhannya berjumlah RM444 juta daripada bank. "Bank tempatan yang terbabit dalam skim ini seperti Maybank dan Bank Pembangunan juga memberikan kerjasama baik, sekali gus melicinkan lagi proses keseluruhan pembiayaan," katanya. Beliau berkata, 70 peratus projek teknologi hijau yang dibangunkan menerusi pinjaman mudah itu adalah dalam sektor tenaga membabitkan projek dalam bidang berdaya maju seperti biomass, diod pemancar cahaya (LED) dan `photovoltaic' (PV). "Namun, semakin banyak projek dalam sektor pengangkutan dan pembinaan bangunan dimajukan menerusi skim ini. "Kedua-dua sektor itu menjadi tumpuan kami untuk tahun ini," katanya. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dibahagikan kepada dua segmen iaitu pembiayaan kepada syarikat yang memajukan teknologi hijau dan syarikat yang mahu menggunakan teknologi hijau bagi tujuan lain. Syarikat yang memohon mendapatkan pinjaman mudah untuk memajukan teknologi hijau layak menerima pembiayaan sehingga RM50 juta dengan tempoh bayaran balik sehingga 15 tahun. Syarikat itu perlu dimiliki sekurang-kurangnya 51 peratus rakyat tempatan.

Sumber : Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 4 Oktober 2012