serangan israel di gaza, palestin [sumber elektronik].pdf

131

Upload: lydang

Post on 12-Jan-2017

284 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

1

ARKIB : 29/01/2013

Menilai jihad kita di Palestin

Oleh DR. ABU UZMA ABDUL RAHMAN PENULIS ialah pemerhati sosio politik.

LAWATAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza adalah suatu peristiwa bersejarah yang amat istimewa bagi negara kita. Apatah tidaknya, ia menimbulkan pelbagai reaksi dan harapan positif daripada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia akan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia sebagai mediator perdamaian antara Fatah dan Hamas.

Hal ini bukan angan-angan kosong kerana sudah terbukti, kepimpinan Perdana Menteri berjaya baru-baru ini menamatkan konflik berdarah di selatan Filipina yang telah berlangsung hampir 40 tahun lamanya. Usaha dan kejayaan Malaysia ini menjadi bualan masyarakat dunia dan amat dihargai oleh kerajaan Filipina.

Oleh itu, kehadiran Perdana Menteri ke Gaza memberi makna yang tersendiri sebagai satu penzahiran sokongan rakyat Malaysia atas perjuangan rakyat Palestin selama ini untuk mengecapi keamanan.

Sebenarnya, kepulangan semula orang Yahudi ke Al Quds adalah petanda bahawa usia dunia semakin berakhir.

Memetik ayat al-Quran surah Al Isra', ayat 4 sehingga 5 yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku."

Maka, benarlah bahawa janji Allah adalah pasti, bahawa satu hari nanti, akan dimusnahkan orang Yahudi di bumi Palestin buat kali kedua setelah mereka kembali ke Palestin. Dalam pada kembalinya mereka kepada tanah yang dijanjikan tersebut, kerosakan dan kemusnahan telah dilakukan dengan rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Rakyat Palestin hidup dalam serba kedaifan dan kemelaratan. Palestin malah memiliki statistik kadar buta huruf antara yang tertinggi di dunia akibat sekatan dan gangguan perang yang tidak berkesudahan.

Page 3: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

2

Yahudi menggila sesuka hati mereka dengan merampas tanah Palestin dan mendirikan tembok-tembok pemisah yang melumpuhkan penempatan Islam. Maka, benarlah seperti di dalam al-Quran bahawa apabila sampai masanya, mereka mula melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan angkuh dan sombong.

Melihat penderitaan rakyat Palestin ini menyebabkan ada ulama besar di negara Arab seperti Syaikh Al Albani dan alim ulama Malaysia yang mengatakan tidak ada jihad di Palestin kerana nyawa rakyat Palestin lebih bernilai daripada batu dan tanah yang dirampas. Namun, jika berterusan tinggal di Palestin, ada kemungkinan rakyat Palestin akan dipupuskan oleh Zionis.

Sayangnya, ulama yang berpendapat sedemikian dicemuh oleh sesetengah pihak sebagai bacul dan penakut. Anehnya, golongan ulama yang dicemuh ini, terlebih dahulu tiba di Gaza menghulurkan bantuan sedangkan pengkritik mereka hanya mampu memboikot burger di tanah air, itu pun sekadar di mulut tetapi bukan di perut.

Apakah yang harus dilakukan oleh umat apabila berhadapan dengan isu Palestin? Benar, memorandum dan demonstrasi adalah cara pintas menunjukkan rasa kesatuan. Ada yang berasa cukup sekadar mempunyai semangat jihad ataupun prihatin, untuk membebaskan bumi Palestin.

Malah ada yang mengusahakan boikot sesetengah barang yang kononnya ada kaitan dengan Israel. Tetapi, golongan yang asyik bermemorandum ini sering kali lupa bahawa semangat sahaja tidak cukup.

Kejayaan Salahuddin Al Ayubi menakluki Jerusalem sewajarnya dijadikan iktibar. Beliau bukan sahaja mementingkan sembahyang malam tetapi mementingkan teknologi. Lihat sahaja jentera yang digunakan dalam menawan Al-Quds seperti yang digambarkan dalam filem sejarah Kingdom of Heaven.

Bedilan bertalu-talu oleh manjanik dan sebagainya menunjukkan bahawa Salahuddin tidak hanya mengharapkan keajaiban tetapi juga senjata dan strategi peperangan yang mantap.

Inilah yang cuba dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini dalam menerajui negara kita. Mereka menitik beratkan soal keamanan dan kemajuan pendidikan serta ekonomi di samping kesuburan syiar Islam yang tidak terbatas pengamalannya di negara kita. Ini merupakan pendekatan yang sama oleh Salahuddin dan juga Muhammad Al Fatih.

Muhammad Al Fatih tidak mengharapkan tenteranya boleh melintas Selat Bosphorus secara sakti dengan berjalan di atas air seperti dalam cerita-cerita sufi dan wali tetapi, mencipta rantai besi yang direntas dari hujung selat ke seberangnya untuk membawa kapal hampir ke kubu lawan.

Page 4: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

3

Malahan, pakar ketenteraan Barat di zaman ini, mengiktiraf bahawa Muhammad Al Fatih adalah orang pertama yang menunjukkan betapa berkesannya penggunaan meriam dalam peperangan moden. Begitulah caranya orang dahulu berjuang. Mereka tidak menggunakan cara pintas tetapi diiringi usaha dan strategi membina kekuatan negara.

Jika itu dianggap canggih, maka ingatlah sirah Nabi itu sendiri. Nabi mengajak sahabatnya berjuang dan berperang dengan pedang, bukannya dengan menggunakan tentera jin ataupun rijalul ghaib mahupun mukjizat semata-mata.

Berdemonstrasi dan bermemorandum adalah cara murah dan mudah untuk menarik perhatian dan menjadi pejuang sekelip mata. Tetapi, melakukan kerja sebenar tidak semudah itu.

Kerja sebenar itulah yang dilakukan oleh golongan yang disebut "barua dan didoakan kehancuran" yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib Tun Razak.

Justeru, demonstrasi tersebut hanyalah sekadar mencederakan pihak keselamatan yang seagama malah mereka mungkin saudara-mara kita serta menyusahkan peniaga-peniaga dan pekerja-pekerja yang hanya ingin mencari rezeki yang halal.

Apa yang dilakukan tidak memberi kesan hatta terhadap hujung kuku Yahudi dan sekutunya seperti yang diharapkan. Inilah suatu perkara yang gagal dilakukan oleh sesetengah pihak yang berasa dirinya 'alim' tetapi gagal memerintah negeri sendiri.

Jika tidak kerana usaha pemimpin-pemimpin ini (semoga mereka dicucuri rahmat), mungkin nasib kita seperti sebahagian masyarakat Muslim selatan Thai yakni tidak dibuka peluang seluas-luasnya dalam pendidikan seperti orang Melayu Malaysia, setakat belajar pondok dan kemudiannya berharap dapat menjual tom yam di negara jiran, kekal terjajah dan mengagungkan bahasa dan budaya penjajah daripada bahasa ibunda sendiri walaupun berhadapan dengan bangsa sendiri.

Pemimpin-pemimpin kita jauh lebih bermaruah memperjuangkan Palestin daripada sesetengah pemimpin yang demi kerakusan kuasa melaungkan kesetiaan mereka mempertahankan keselamatan Israel dan bukannya nasib rakyat Palestin.

Page 5: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

4

ARKIB : 29/01/2013

Contohi kepimpinan PM bantu rakyat Palestin - Tengku Abdullah

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah ditemani Mukhriz Tun Mahathir (lima kanan) bergambar bersama pemberi sumbangan pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Pelestin-Gaza di Kuantan hari ini. Pada majlis itu, baginda berkenan menyerahkan dana berjumlah RM1.1 juta kepada Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) hasil kutipan di seluruh negeri ini sejak Disember lalu bagi tujuan misi kemanusiaan di Pelestin. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 29 Jan. - Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau sendiri situasi di Palestin perlu dijadikan contoh dan dorongan kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha itu jelas menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia amat komited dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu di Palestin.

"Saya berharap usaha murni negara kita akan mendapat perhatian pihak terlibat serta dunia demi merealisasikan keamanan di bumi Palestin.

"Saya juga bangga kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin, Aman Palestin daln lain-lain yang tampil sukarela membantu meringankan beban rakyat negara-negara bergolak," titah baginda pada pelancaran dan penyerahan dana Tabung Palestin-Gaza di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation (PPGO), Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Page 6: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

5

Baginda juga berbangga dengan sambutan rakyat termasuk sektor swasta dan kerajaan terutama di Pahang yang menyumbang kepada dana itu menerusi pelbagai saluran.

Sehingga kini sejumlah RM1.1 juta disumbang penduduk seluruh Pahang, titah baginda.

Sementara itu, Mukhriz berkata, dana berkenaan berjaya mengumpulkan RM5 juta setakat ini dan RM2 juta daripadanya akan diguna untuk membeli ubat-ubatan, makanan serta keperluan lain.

Beliau berkata, PPGO sedang merancang untuk menyediakan bekalan air bersih bagi rakyat Palestin.

"Bekalan air bersih di kawasan seperti Gaza dan Tebing Barat begitu terhad dan sumber air yang ada tidak selamat digunakan kerana bimbang mengandungi racun," katanya. - BERNAMA

Page 7: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

6

ARKIB : 01/02/2013

Israel mesti keluarkan semua peneroka dari wilayah Palestin-PBB

GENEVA 1 Feb. - Israel mesti segera mengeluarkan peneroka haram Yahudi dari wilayah Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, dalam satu laporan yang segera disifatkan pihak berkuasa Israel sebagai `berat sebelah’.

"Israel mesti menghentikan semua aktiviti penerokaan tanpa pra-syarat dan segera memulakan proses pengunduran peneroka haram Yahudi dari wilayah dikuasai Palestin," kata laporan yang ditauliahkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Mac lalu.

Oleh kerana penerokaan itu, ia mengakibatkan hak asasi penduduk Palestin `sedang dicabuli secara konsisten dan berlaku setiap hari’, kata tiga pakar bebas dalam laporan itu. - AFP

Page 8: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

7

ARKIB : 01/02/2013

Cakna Palestin terus usaha bantu umat Islam di Gaza

Ausaini Ibrahim (dua dari kanan) bersama kakitangan Cakna Palestin dan Eddlee Fried Chicken (EFC) melancarkan Kempen Membeli Sambil Menderma di Kios EFC di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor

KOTA BHARU 31 Jan. - Pertubuhan Cakna Palestin berjaya menyalurkan sejumlah RM3 juta hasil derma orang ramai kepada rakyat Islam di negara itu yang mengalami penderitaan akibat dizalimi rejim Zionis.

Timbalan Presiden 1 Cakna Palestin, Ausaini Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam usaha mengutip lebih banyak dana khusus bagi membangunkan sektor pendidikan dalam kalangan rakyat Palestin.

Katanya, dana itu akan digunakan untuk membantu para pelajar Palestin menyambung pelajaran di luar negara.

Beliau berkata, melalui Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan pada 15 November tahun lalu pihaknya berjaya mengutip kira-kira RM200,000 sumbangan bagi membantu masyarakat Palestin.

"Melalui tabung ini kita sudahpun menyalurkan sejumlah RM100,000 kepada wakil mereka yang datang ke sini baru-baru ini.

"Kita akan menggiatkan lagi usaha mengutip sebanyak mungkin derma dan menggalakkan sektor swasta atau korporat turut sama menyumbang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Page 9: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

8

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Perasmian Kempen Membeli Sambil Menderma oleh Eddlee Fried Chicken (EFC) dan Cakna Palestin di Kios EFC di Wakaf Che Yeh, dekat sini.

Kata Ausaini, EFC merupakan syarikat makanan segera pertama yang mengambil inisiatif berkenaan dan usaha tersebut seharusnya dipuji dan diberikan sokongan.

Sementara itu, pemilik EFC, Mohd. Eddlee Ismail, 43, berkata, idea mengadakan kempen berkenaan dicetuskan bapanya, Ismail Mohammad, 73, yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan yang dijalankan.

Melalui kempen tersebut katanya, 10 sen daripada setiap ketul ayam yang dijual akan didermakan kepada tabung tersebut sepanjang tiga bulan bermula 2 Februari ini.

"Melihat kepada kesengsaraan masyarakat di sana (Palestin), EFC rasa terpanggil melakukan sesuatu dan bersama menyumbang.

"Meskipun jumlahnya tidak besar tetapi sekurang-kurangnya kita bersama merasai jerit pedih masyarakat di sana.

"Kita masih menjual setiap ketul ayam pada harga sama iaitu RM2.20 dan 10 sen daripadanya akan didermakan kepada tabung ini. Ini juga memberi peluang kepada para pelanggan EFC menikmati keenakan hidangan dan dalam masa sama mendapat pahala melalui sumbangan," jelasnya.

Page 10: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

9

ARKIB : 01/02/2013

Ambil iktibar kesengsaraan hidup penduduk Palestin di Gaza

ROSMAH Mansor (kiri) beramah mesra dengan ahli al Wardah yang menerima anugerah selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali Kedua Kelab Kebajikan Dan Pendidikan al Wardah Pahang di Sempurna Resort, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 31 Jan. - Kesengsaraan hidup penduduk Gaza perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak kerana keamanan yang dikecapi negara ini boleh musnah pada bila-bila masa jika rakyat tidak bersatu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pengalaman beliau bersama Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza baru-baru ini amat menyentuh perasaannya apabila melihat keadaan kehidupan penduduk Palestin yang tidak sempurna.

"Mereka sentiasa hidup dalam kesengsaraan tanpa menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. Malah, apabila menghantar anak-anak ke sekolah, ibu bapa di sana akan mencium anak mereka sepuas yang mungkin.

"Mereka akan memeluk anak dengan penuh rasa sayang sambil menangis. Ini kerana mereka tidak tahu sama ada anak-anak ini akan kembali ke pangkuan setelah pergi ke sekolah," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Kali Kedua Kelab Kebajikan Dan Pendidikan al Wardah Pahang di sini hari ini.

Page 11: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

10

Yang turut hadir, isteri Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim dan Penaung Kelab Kebajikan dan Pendidikan al Wardah Pahang, Norwati Ishak.

Rosmah berkata, ketika melawat hospital di sana terdapat ramai pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia dan barah disebabkan kesan radiasi daripada bom Israel.

"Kanak-kanak ini terpaksa menjalani kemoterapi dan ada seorang daripada mereka berumur tiga tahun terpaksa menjalani rawatan itu berkali-kali sehingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap," katanya.

Sambil mengakui terdapat perasaan takut ketika berada di sana, Rosmah berkata, beliau hanya berserah kepada Allah kerana keadaan keselamatan di sana tidak menentu.

"Walaupun isteri Perdana Menteri Gaza cakap dekat saya jangan risau kerana keselamatan di sini amat bagus, namun saya tetap berserah kepada Allah Taala, hidup hiduplah. Beliau turut membawa saya ke banyak tempat, malah tiada dalam jadual pun dia bawa," katanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan untuk ke satu tempat yang dilawati, beliau ternampak askar Israel sedang berjaga di sempadan iaitu kira-kira 800 meter daripada kereta dinaikinya.

"Itulah keadaan yang terpaksa dihadapi mereka setiap hari. Saya pergi ke universiti nampak bangunan memang cantik tetapi di tepinya habis rumah kena bom oleh Israel," katanya.

Page 12: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

11

ARKIB : 31/01/2013

Israel pulau forum hak asasi manusia PBB

GENEVA 30 Jan. - Israel bertindak memulaukan forum hak asasi manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam, menjadikan ia negara pertama menolak untuk menyertai sesi yang akan mendedahkan rekod hak asasi manusia negara anggota.

Kegagalan Israel hadir mengundang kritikan banyak pihak, termasuk secara halus daripada Amerika Syarikat (AS), yang menganggap proses mengkaji semula hak asasi oleh PBB merupakan 'mekanisme bernilai' dan patut diguna pakai oleh semua negara.

Forum itu dijangka menilai Israel di bawah Penilaian Berpenggal Sejagat (UPR), mengenai hak asasi manusia bagi semua negara anggota PBB.

Penilaian terakhir yang pernah disertai Israel dijalankan pada Disember 2008.

Israel bertindak menggantung hubungan dengan badan itu sejak Mei lalu kerana mendakwa menerima layanan berat sebelah.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor berkata, Israel mengumumkan pihaknya "menggantung penyertaan bagi tempoh yang tidak pasti dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan polisi itu tidak berubah."

Para diplomat yang menghadiri forum itu, semalam berharap Israel mengubah pendiriannya pada saat akhir, agar mereka dapat meluahkan ketidakpuasan hati yang dialami.

Di Baitulmaqdis, Israel hari ini berkata, pihaknya menyalurkan sebanyak AS$100 juta (RM310 juta) tarif dan cukai terkumpul yang dibekukan sebelum ini untuk Pihak Berkuasa Palestin, sejak tahun lalu sebagai hukuman selepas Palestin diterima menjadi negara pemerhati yang diiktiraf anggota PBB.

Namun, pegawai Israel berkata, tindakan itu hanya dilakukan sekali bagi membantu krisis kewangan yang dihadapi Palestin dan bukan petunjuk bahawa usaha itu akan berterusan.

"Tindakan ini diputuskan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikutan situasi yang dialami Pihak Berkuasa Palestin sangat sukar.

"Namun penyaluran wang tersebut adalah bersifat sementara dan hanya melibatkan dana yang dipinjam untuk satu bulan," kata seorang pegawai yang enggan dikenali. - REUTERS/AFP

Page 13: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

12

ARKIB : 04/02/2013

Israel guna bom tangan

Askar Israel mengacukan senjata api kepada dua orang penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan membantah projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kelmarin. - AFP

BURIN, Tebing Barat 3 Feb. - Askar Israel didakwa menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan bagi menyuraikan kira-kira 150 penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan kali ketiga bagi membantah rancangan Israel mahu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Menurut saksi, penduduk Palestin dilaporkan cedera ringan ketika askar Israel meruntuhkan lebih sepuluh buah khemah dan pondok kecil yang dibina penduduk Palestin di wilayah Palestin yang diduduki Israel di utara Tebing Barat termasuk di perkampungan Burin.

Kejadian ini merupakan yang ketiga dalam beberapa minggu lalu, dalam usaha penduduk Palestin menggagalkan rancangan Israel untuk memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Kedua-dua tunjuk perasaan sebelum ini turut dipatahkan oleh askar Israel dan khemah-khemah yang mereka bina dirobihkan.

Israel, baru-baru ini mengumumkan akan merampas lebih 50 hektar tanah penduduk kampung berkenaan yang terletak di barat laut bandar Baitulmaqdis bagi membina

Page 14: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

13

kawasan penempatan haram baharu Yahudi yang akan diberi nama Bab al-Ka rama atau 'Pintu Maruah'.

Jurucakap tentera Israel berkata, askar Israel menggunakan senjata bukan pemusnah bagi menyuraikan tunjuk perasaan selepas mendakwa penduduk Palestin membaling batu ke arah mereka.

Israel turut mendakwa tentera mereka mengalami cedera ringan akibat dibaling batu oleh penduduk Palestin.

Penunjuk perasaan Palestin berkata, mereka berasa lega dengan laporan oleh penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mendesak Israel menghentikan projek penempatan haram Yahudi itu dan menghalau penduduk yang telah bermastautin di kawasan tersebut, kerana keadaan itu boleh mencetuskan perang.

Kementerian Luar Israel, bagaimanapun, menolak laporan itu dengan mendakwa ia 'tidak produktif dan malang'. - REUTERS

Page 15: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

14

ARKIB : 27/01/2013

Demi Palestin

Bisik-Bisik Mingguan

Najib Tun Razak bersama Ismail Haniyeh (kanan beliau) mengaminkan doa di hadapan kereta pemimpin Hamas, Ahmed Al-Jafari yang terbunuh dalam serangan bom Israel di Bandar Gaza. - BERNAMA

WALAU apa pun analisis dan tafsiran, hakikatnya Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak telah menyempurnakan lawatannya ke Gaza, Palestin.

Beliau mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin untuk meninjau sendiri rakyat dan situasi di sana.

Sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, Awang tumpang gembira dan syukur. Lawatan tersebut memperlihatkan komitmen berterusan Malaysia kepada Palestin, yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Misi kemanusiaan itu menjadi simbol sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin.

Dalam lawatannya, Najib menyatakan sokongan kepada Hamas dan Fatah serta sedia menjadi orang tengah menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin. Soal sama ada terdapat pihak tertentu di Palestin kurang senang kerana Hamas kononnya cuba mempolitikkan lawatan itu, adalah sesuatu di luar kawalan.

Page 16: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

15

Biarpun ada pihak menyalahtafsirkan lawatan tersebut sementara terdapat pemimpin pembangkang kita yang mentohmah Najib, itu tidak akan dapat menutup hakikat sebenar.

Majoriti rakyat Malaysia terutama umat Islam memberikan reaksi positif termasuk daripada puluhan ribu orang muda melalui komen Facebook dan Twitter. Apatah lagi penduduk Gaza yang ternyata teruja dengan lawatan tersebut.

Awang tidak nampak sebarang sebab untuk pemimpin pembangkang resah dengan kunjungan Najib melainkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. Malah sangat molek jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim boleh menyusul pula dalam lawatannya ke sana selepas ini.

Lebih-lebih lagi, beliau boleh membersihkan imejnya yang pernah menyatakan sokongan terhadap keselamatan Israel. Setakat ini, Anwar tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Rasanya tidak perlu untuk Awang ulas panjang misi kemanusiaan Najib. Kerana lawatan itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya. Atau dalam bahasa Inggeris selalu disebut ‘Action Speaks Louder Than Words.

Page 17: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

16

ARKIB : 01/02/2013

Pakaian tradisional wanita Palestin

Disediakan oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia

SEORANG wanita Palestin di Ramallah lengkap berpakaian tradisional di sekitar tahun 1929 - 1949.

DARI segi sejarah, Palestin merupakan sebuah kawasan unik kerana terletak di kawasan yang mempunyai pengaruh dari tamadun-tamadun besar dunia seperti Tamadun Mesir dan Tamadun Yunani sejak dari zaman sebelum Masihi. Ia juga istimewa kerana mempunyai lapisan sejarah yang panjang dan budaya serta kesenian yang menarik kesan dari pertembungan pelbagai pengaruh pemerintah yang pernah memerintah di wilayah ini seperti Mesir, Yunani, Parsi, Uthmaniyah dan British.

Salah satu barangan kesenian Palestin yang menjadi tarikan pengembara dahulu dan pengkaji tekstil pada hari ini ialah pakaian. Para pengembara yang sampai ke Palestin

Page 18: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

17

pada abad ke-19 Masihi merekodkan bahawa Palestin merupakan sebuah wilayah yang mempunyai kepelbagaian budaya dan pakaian yang indah dan berwarna-warni.

Secara tradisinya terdapat tiga jenis kumpulan masyarakat di dalam wilayah Palestin, masyarakat Badwi, masyarakat kampung dan masyarakat bandar. Ketiga-tiga kumpulan masyarakat ini mempunyai gaya pakaian tradisionalnya yang tersendiri namun pakaian wanita kampung dikatakan lebih mempunyai ciri-ciri tradisional berbanding wanita di bandar. Pakaian tradisional wanita Palestin lebih pelbagai berbanding pakaian lelaki.

Pakaian juga merupakan identiti kepada kaum minoriti yang diwakili, taraf sosial seseorang di dalam masyarakat dan juga status seseorang wanita sama ada beliau telah berkahwin ataupun tidak.

Ini dapat dilihat melalui jenis pakaian, potongan pakaian, warna dan sulaman yang digunakan. Kebanyakan pakaian yang dipakai pada waktu itu dihiasi dan dipenuhi dengan sulaman.

Kerja-kerja menyulam merupakan satu kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi wanita ke generasi wanita seterusnya di dalam sesebuah keluarga.

Dua jenis sulaman utama yang digunakan oleh kebanyakan wanita di atas pakaian tradisional wanita Palestin ialah jahitan silang pangkah dan sulaman benang berwarna-warni dan benang emas yang mengguna empulur supaya timbul, ia menyerupai sulaman tekat di negara kita.

Golongan wanita diajarkan kemahiran menyulam kerana mereka perlu menyulam kelengkapan perkahwinan mereka yang terdiri daripada seluar, baju panjang, jaket, tudung dan anak tudung.

Pakaian wanita tidak lengkap tanpa barang perhiasan. Barangan perhiasan yang digunakan oleh golongan wanita membezakan mereka sama ada mereka wanita badwi, wanita kampung ataupun bandar.

Antara barangan kemas yang sering digayakan bersama pakaian tradisional ialah perhiasan kepala, anting-anting, rantai leher dan gelang tangan. Barang-barang kemas ini terdiri daripada batu separa berharga, manik dan logam berharga seperti perak dan emas seperti yang digunakan di wilayah Arab yang lain.

Palestin juga mempunyai beberapa pusat pengeluaran kain seperti di Ramallah dan Jerusalem. Namun bagi kaum wanita Badwi, mereka menenun sendiri kain untuk dijadikan pakaian daripada bulu biri-biri, kambing dan unta.

Ia merupakan salah satu pekerjaan wanita badwi yang tinggal di kawasan gurun di Palestin seperti Gurun Negev yang didiami oleh kaum badwi Abu Jwayd.

Page 19: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

18

Namun, selepas pencerobohan dan kekejaman tentera Zionis, keindahan kesenian pakaian tradisional ini seakan-akan hilang dari pengetahuan orang ramai. Berbagai-bagai pihak berusaha untuk mengumpulkan khazanah warisan palestin ini termasuklah Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Di muzium ini terdapat sebuah garis masa yang dibuat khas bagi menunjukkan sejarah dan budaya Palestin semenjak dari zaman awal Masihi sehingga tahun 1948.

Page 20: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

19

ARKIB : 21/02/2013

Penunjuk perasaan, tentera Israel bertempur

Seorang penunjuk perasaan Palestin melontar semula gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel semasa pertempuran di luar penjara Ofer tentera Israel berhampiran bandar Tebing Barat di Ramallah, kelmarin. - REUTERS

TEBING BARAT 20 Feb. - Penunjuk perasaan yang menyokong empat orang tahanan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar, bertempur dengan tentera rejim Zionis di sini, semalam.

Pertempuran itu berlaku ketika beratus-ratus lagi tahanan Palestin turut melancarkan mogok lapar selama sehari, sebagai tanda memberi sokongan kepada keempat-empat orang tahanan itu.

Pertempuran itu memburukkan lagi ketegangan yang sedia ada berhubung mogok lapar yang mencetuskan tunjuk perasaan anti-Israel di seluruh Tebing Barat sejak beberapa hari lalu.

Dalam ketegangan di pekan Huwara, Tebing Barat itu, kira-kira 200 orang pemuda Palestin membaling batu dan mercun ke arah tentera Israel yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata serta bom yang mengeluarkan bunyi bising.

Kemarahan penunjuk perasaan kebanyakannya tertumpu kepada tahanan, Samer Issawi yang menghadapi masalah kesihatan selepas melancarkan beberapa mogok lapar selama lebih 200 hari.

Page 21: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

20

Hakim di Baitulmaqdis semalam turut menolak permohonannya untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Israel menahan lebih 4,500 orang penduduk Palestin atas pelbagai tuduhan daripada membaling batu sehinggalah terlibat dengan serangan membawa maut.

Sementara itu, Amani Srahna daripada Kelab Tahanan Palestin, kumpulan yang mewakili tahanan Palestin di Israel berkata, lebih 800 orang tahanan di tiga penjara menyertai mogok lapar selama sehari, semalam.

Di Tebing Barat pula, berpuluh-puluh orang pemuda yang bertopeng membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera Israel di penjara tentera Ofer berhampiran Ramallah, semalam.

Tentera rejim Zionis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata, bom bunyi dan menembak menggunakan peluru getah.

Seorang pegawai kesihatan Palestin, Ahmed Beitwai berkata, enam pemuda Palestin cedera ringan akibat terkena tembakan peluru getah dan peluru hidup. - AGENSI

Page 22: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

21

ARKIB : 17/02/2013

Langgar undang-undang

BAITULMAQDIS 16 Feb. - Kumpulan aktivis Human Rights Watch (HRW) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), berkata, Israel telah melanggar undang-undang perang dalam siri serangan udara selama lapan hari ke atas kumpulan Hamas di Genting Gaza pada November lalu.

Menurut HRW, sebanyak 14 serangan udara yang dilancarkan oleh rejim Zionis itu bukan sasaran tentera yang sah, manakala empat lagi serangan disasarkan ke atas Hamas yang mempunyai kekuatan tentera yang tidak seimbang.

HRW berkata, serangan udara Israel itu juga menyebabkan lebih 40 penduduk awam Palestin maut.

Kumpulan aktivis itu turut memetik serangan bom di sebuah kediaman di Gaza yang menyebabkan seorang ayah dan dua anaknya yang berumur empat dan dua tahun terbunuh.

Serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza dilancarkan selepas berlaku peningkatan serangan roket dan beberapa serangan lain oleh pejuang Gaza.

Tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan terbaru HRW ini, tetapi sebelum ini mereka sering menuduh Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai. - AGENSI

Page 23: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

22

ARKIB : 16/02/2013

PBB bimbang keadaan mogok lapar

NEW YORK 15 Feb. - Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay melahirkan kebimbangan tentang keadaan tahanan Palestin, terutama Samer Issawi yang melancarkan mogok lapar lebih 200 hari dan dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Beliau meminta kesemua tahanan Palestin yang ditahan di penjara atas polisi 'penahanan pentadbiran,' dibebaskan atau didakwa segera, semalam.

Dua lagi tahanan Palestin, Tarek Qaadan dan Jafar Azzidine, melancarkan mogok lapar selama 78 hari bagi membantah polisi Israel terhadap penahanan tersebut, yang membolehkan suspek ditahan tanpa perbicaraan atas perintah mahkamah tentera.

"Kesemua tahanan perlu didakwa dan berdepan perbicaraan dengan jaminan kehakiman sejajar dengan standard antarabangsa atau mereka perlu dibebaskan," katanya. - AGENSI

Page 24: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

23

ARKIB : 15/02/2013

Kanak-kanak Palestin didera

Askar Israel menahan seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang membaling batu ke arah tentera Israel di Tebing Barat. - AGENSI

RAMALLAH 14 Feb. - Satu kajian Pertubuhan bagi Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa (DCI) mendapati Israel melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara di negara itu di bawah sistem mahkamah tentera rejim Zionis itu.

Kajian DCI ke atas lebih 300 kanak-kanak Palestin yang pernah ditahan di penjara Israel, menunjukkan pihak berkuasa rejim Zionis Israel melakukan pelbagai penderaan termasuk mengugut untuk merogol tahanan kanak-kanak.

Menurut DCI, sejak 11 tahun lalu, kira-kira 7,500 kanak-kanak Palestin, sesetengahnya berusia 12 tahun, pernah ditahan, disoal siasat dan dipenjarakan mengikut undang-undang mahkamah tentera Israel.

Jelas pertubuhan itu, kebanyakan kanak-kanak tersebut ditahan di rumah mereka antara waktu tengah malam hingga pukul 5 pagi.

Peguam yang mewakili DCI, Gerard Horton berkata, kanak-kanak Palestin yang ditahan akan ditutup mata mereka dengan kain dan dipaksa meniarap menghadap lantai atau meniarap atas lantai kenderaan tentera.

Katanya, seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohammad S, berusia 16 tahun dari bandar Tulkarem di utara Tebing Barat mengakui dia ditahan

Page 25: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

24

ketika sedang tidur pada pukul 2.30 pagi dan dibawa keluar dari rumahnya oleh tentera Israel dengan matanya ditutup dan dipaksa meniarap selama sejam.

Kemudian, kanak-kanak tersebut dibawa ke pusat siasatan di Nablus pada pukul 11 pagi untuk disoal siasat dan hanya dibenarkan minum air serta menggunakan tandas.

"Mohammad kemudiannya dibawa ke penjara Al Jalameh berdekatan Haifa dalam keadaan ditutup mata dan tangannya diikat.

"Dia ditempatkan secara berseorangan di Sel 36 dan terpaksa tidur di lantai kerana tiada selimut atau tilam disediakan dalam bilik tahanan berkenaan.

"Dia menghabiskan masa selama 17 hari dalam sel berkenaan dan terpaksa menjalani sesi soal siasat selama tiga jam setiap hari dengan tangannya diikat pada kerusi," jelas Horton.

Menurut Horton, terdapat juga laporan yang menyatakan tentera Israel meletakkan makanan anjing di atas kepala tahanan kanak-kanak sebelum menyuruh seekor anjing makan makanan tersebut.

Jelasnya, sepanjang sesi soal siasat, kebanyakan kanak-kanak yang ditahan mengadu dihina, ditampar dan disepak.

Malah katanya, beberapa kes kecil turut melaporkan tentang ugutan pegawai penyiasat Israel mengancam untuk merogol tahanan kanak-kanak Palestin.

"Menurut siasatan kami, Israel didapati melanggar hak asasi manusia kerana mengamalkan sistem menahan kanak-kanak Palestin secara berseorangan untuk tempoh tertentu dan melakukan penderaan emosi serta fizikal," katanya. - AGENSI

Page 26: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

25

ARKIB : 26/02/2013

Maut di dalam penjara

Penduduk Palestin mengangkat jenazah tahanan Palestin, Arafat Jaradat yang meninggal dunia di sebuah penjara Israel sebelum dikebumikan di bandar Hebron, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS 25 Feb. - Seorang tahanan Palestin yang maut di sebuah penjara Israel kelmarin dipercayai didera sebelum meninggal dunia, kata pihak berkuasa Palestin, semalam.

Israel, bagaimanapun menyifatkan keputusan bedah siasat ke atas Arafat Jaradat, 30, adalah terlalu awal dan tidak membawa kepada sebarang keputusan.

Menteri Tahanan Palestin, Issa Qaraqea berkata, Jaradat mati akibat didera setelah pasukan patologi Palestin hadir pada bedah siasat Jaradat yang dijalankan Israel.

''Terdapat tanda-tanda penderaan di belakang, dada, satu luka dalam di atas bahu, luka di tulang belakang dan tanda seksaan di bawah kulit,'' katanya yang merujuk keputusan awal doktor Palestin.

Kematian Jaradat dan mogok lapar yang dilancarkan empat tahanan di sebuah penjara Israel telah membangkitkan ketegangan di seluruh Tebing Barat yang menyaksikan penunjuk perasaan melontar batu ke atas tentera Israel, semalam.

Page 27: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

26

Keputusan bedah siasat Palestin itu mampu meningkatkan lagi pergolakan yang semakin meluap-luap di wilayah Palestin beberapa minggu sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka melawat wilayah tersebut.

Israel dalam pada itu menuntut pihak berkuasa Palestin supaya memulihkan kekacauan di wilayah berkenaan.

Kementerian Kesihatan Israel pula berkata, kecederaan yang ditemui hasil bedah siasat itu mungkin berpunca akibat usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkan Jaradat. - REUTERS

Page 28: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

27

ARKIB : 25/02/2013

Seorang tahanan Palestin mati mengejut

Seorang wanita Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel semasa mengadakan tunjuk perasaan di Kampung Saair, timur Tebing Barat, semalam. - REUTERS

BAITULMAQDIS 24 Feb. - Seorang tahanan Palestin di penjara Israel mati mengejut semalam, mencetuskan keganasan di bandar Hebron, Tebing Barat dan mendorong Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad mengeluarkan kenyataan supaya siasatan penuh dijalankan.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, Arafat Jaradat, 30, yang merupakan ayah kepada dua orang anak, mati secara mengejut di pusat tahanan Megiddo, utara Israel.

"Punca kematian mungkin disebabkan serangan jantung, tetapi buat masa ini saya masih tidak memperolehi butiran terperinci," katanya.

Fayyad dalam satu kenyataan menyuarakan rasa sedih dan terkejut berhubung kematian Jaradat.

Fayyad menegaskan tentang perlunya siasatan penuh dijalankan bagi mengetahui punca kematian Jaradat.

Selepas berita kematian itu tersebar, pertempuran tercetus di bandar Hebron antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel, menurut saksi dan sumber keselamatan.

Page 29: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

28

Hamas berkata, tahanan itu maut disebabkan 'keadaan yang tidak berperikemanusiaan di penjara Israel'.

Menurut perkhidmatan perisikan dalaman Israel, Shin Bet, Jaradat ditahan pada Isnin lalu kerana terlibat dengan insiden membaling batu pada November 2012, kejadian yang menyebabkan seorang penduduk Israel cedera.

"Ketika berehat selepas makan tengah hari, Jaradat tiba-tiba diserang sakit, menyebabkan pegawai perubatan dipanggil tetapi mereka gagal menyelamatkannya.

"Dia menghidap sakit belakang dan beberapa kecederaan lama, satu di bahagian kaki kiri akibat terkena peluru getah dan satu lagi di perut akibat terkena gas pemedih mata.

"Dia juga telah diperiksa beberapa kali oleh doktor dan didapati tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, tetapi siasatan masih diteruskan," ujar Shin Bet.

Sementara itu, kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari, hari ini, bagi membantah kematian Jaradat, menurut seorang pegawai ketika pasukan keselamatan rejim Zionis berdepan dengan tunjuk perasaan. - AFP

Page 30: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

29

ARKIB : 24/02/2013

100 penduduk Palestin cedera

Penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel semasa mengadakan tunjuk perasaan di pusat pemeriksaan Jalama dekat bandar Jenin, Tebing Barat, kelmarin menggesa pihak berkuasa Israel membebaskan tahanan Palestin yang mengadakan mogok lapar di penjara israel. - AFP

BAITULMAQDIS 23 Feb. - Hampir 100 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel ketika mengadakan demonstrasi di Tebing Barat, semalam bagi mendesak pembebasan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar.

Wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Mohammed Ayyad berkata, 94 rakyat Palestin cedera, termasuk dua orang cedera ditembak ketika polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang membaling batu.

''Lebih daripada separuh cedera berada di luar penjara tentera Ofer berdekatan Ramallah di mana beratus-ratus tahanan Palestin ditahan,'' katanya.

Beribu-ribu rakyat Palestin mengadakan demonstrasi di seluruh Tebing Barat termasuk kira-kira 2,000 orang di Nablus di mana berlakunya pertempuran antara belia Palestin dan askar Israel berdekatan pos pemeriksaan Huwara.

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan yang mengibar bendera Palestin di pos pemeriksaan tentera Jalameh, luar bandar Jenin, bertempur dengan askar Israel yang melepaskan gas pemedih mata dan menangkap 17 penunjuk perasaan.

Page 31: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

30

Jurucakap polis, Micky Rpsenfel berkata, penduduk Palestin melempar batu ke arah polis di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

''Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan lima penduduk Palestin termasuk mereka yang berada dibawah umur 18 tahun ditangkap di daerah Issawiyeh,'' katanya.

Di Hebron, hampir 400 rakyat Palestin berarak bagi menyatakan sokongan kepada tahanan Palestin dan menggesa pembukaan semula laluan ke Palestin yang ditutup sejak 1994 dalam kejadian pembunuhan 24 orang penduduk Palestin oleh penduduk haram Yahudi.

Sumber keselamatan Palestin mendakwa, askar Israel menggunakan bom tangan pegun dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan tersebut dan menahan jurugambar agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

''Sebanyak empat orang cedera ditembak dalam kejadian itu,'' kata sumber itu. - AFP

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 30 Mei 2013

Page 32: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

1

Headline: Penerbit filem Palestin kongsi pengalaman Publication: BH Date of publication: May 18, 2013 Section heading: Main Section Page number: 024

Petaling Jaya: Seorang penerbit dan pengarah, Emad Burnat dari Palestin tidak dapat melupakan pengalaman nyaris maut ketika melakukan penggambaran filem 5 Broken Cameras yang mengisahkan serangan Israel terhadap negara itu. Katanya, tentera negara itu menembak lima kameranya sepanjang tempoh penggambaran antara 2005 hingga 2011 kerana tidak mahu aktiviti perang dirakam. Tembak kamera Mereka menembak semua kamera saya, tetapi mujur peluru hanya terkena pada lensa kamera dan menyelamatkan nyawa saya beberapa tahun lalu. Saya bernasib baik kerana hanya cedera ringan pada tangan, katanya pada Dialog Sri Pentas di Sri Pentas di sini, semalam. Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Mohd Naquib Razak bertindak sebagai moderator pada dialog itu. Emad yang juga seorang petani di Tebing Barat sebelum ini datang ke negara ini atas jemputan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestin Malaysia. Emad juga berkata, filem itu ditayangkan di Festival Filem Palestinian Kuala Lumpur bermula semalam sehingga 19 Mei di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion di ibu negara. Orang ramai boleh menyaksikan filem ini secara percuma di festival filem ini dan diharap dapat memberi mesej kepada semua masyarakat apa yang berlaku di Palestin, katanya.

Page 33: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

2

Headline: Kagum jihad wanita Palestin Publication: HM Date of publication: Apr 18, 2013 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Jangkaan saya mengenai keadaan di Gaza, Palestin ternyata meleset sebaik menjejakkan kaki di bumi bertuah berkenaan pada 27 Mac lalu. Jujurnya, apa yang saya bayangkan sebelum tiba adalah semua bangunan pejabat dan rumah musnah akibat 'dihujani peluru dan bom' dalam serangan bertali arus oleh jet pejuang dan kereta kebal tentera Israel sehingga semua penduduk di Gaza terpaksa berlindung di sebalik pokok selain mendirikan khemah di tanah lapang. Keadaan sebenar ternyata berbeza daripada apa yang saya bayangkan sebaik melihat banyak bangunan pejabat dan rumah masih berdiri kukuh. Malah, pembangunan kawasan Gaza yang kini keluasannya hanya tinggal sebesar Pulau Pinang selepas dirampas Israel kian rancak membangun, terutama membabitkan pembinaan semula bangunan yang dimusnahkan rejim zionis itu. Tidak meminta-minta Kesempatan saya berada di bumi yang dirahmati Allah itu selama hampir dua minggu ketika mengikuti Misi Perubatan Aman Palestin ke bumi Gaza digunakan sepenuhnya untuk menjelajahi segenap pelusuk kawasan berkenaan. Bagi saya, peluang berada di Gaza adalah satu pengalaman yang sukar diperoleh dan kesempatan itu bukan sekadar digunakan untuk menemui seramai mungkin mangsa perang, malah bertujuan memahami budaya masyarakat yang sering dihimpit peperangan. Ingin saya kongsikan di sini adalah sikap wanita Palestin yang ibaratkan sebagai tulang belakang kepada kejayaan setiap pejuang di Palestin. Biarpun dalam kesusahan, mereka pasti mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan hidangan dan masakan terbaik biarpun hanya itulah makanan ataupun bekalan yang tinggal untuk mereka sekeluarga. Sebenarnya, istilah meminta-minta tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka membuatkan saya berbangga dapat mengenali sebahagian wanita Palestin. Kahwin satu penghormatan

Page 34: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

3

Ini bukanlah cerita saya mahu ketengahkan, sebaliknya sikap wanita ini yang sanggup berkahwin dengan pejuang Palestin biarpun lelaki terbabit sudah hilang upaya ataupun cacat. Saya saksikan sendiri ketika melawat lima pejuang Palestin yang kedua-dua kaki mereka terpaksa dipotong selain terlantar sakit di katil masih diterima untuk dinikahi golongan wanita. Seorang daripada mereka yang temui ialah Aisyah Abdul Rahman, 19, yang menerima lamaran Ahmad Muhammad, 25, biarpun suaminya itu terpaksa menghabiskan sisa hidup di atas kerusi roda. Dia berkata, perkahwinan adalah satu penghormatan bagi dirinya. Ini adalah perjuangan kami (wanita Palestin)...mungkin kami tidak mampu ke medan perang, namun ia pengorbanan terbesar bagi melahirkan lebih ramai pejuang dan membalas budi pejuang Palestin, katanya ringkas yang menunjukkan jiwa besar seluruh wanita Palestin membuatkan saya menjadi kagum. Gaza pikat pelancong Selain kebesaran jiwa seluruh rakyat terutama wanita Palestin, saya dapati Gaza adalah sebuah kawasan yang cantik dan indah serta mempunyai tarikan untuk aktiviti pelancongan. Biarpun sering dihimpit peperangan, kunjungan pelancong terdiri daripada warga Eropah tidak pernah putus biarpun dalam jumlah tidak ramai. Bagi saya, sekiranya tiada sekatan dilakukan kerajaan Mesir, terutama di sempadan Rafah, pasti lebih ramai pelancong akan datang ke Gaza. Saya dan kumpulan sukarelawan Aman Palestin sendiri menghadapi kesukaran bagi melepasi kira-kira 15 sekatan jalan raya yang dilakukan tentera dan polis Mesir sepanjang jalan dari Kaherah menuju Rafah. Jika masalah ini dapat diatasi, saya yakin Gaza akan menjadi satu daripada tempat pelancongan dunia yang menarik kerana keindahan pantai dan kesan peninggalan sejarahnya. Oleh itu, marilah kita doakan semoga seluruh bumi Palestin dapat dibebaskan daripada cengkaman Israel. * Penulis Wartawan Jenayah Harian Metro

Page 35: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

4

Headline: Serangan `batu dari neraka' Publication: HM Date of publication: Apr 6, 2013 Section heading: Main Section Page number: 032 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Tidak sepopular Briged Tentera al-Qassam, namun bagi penduduk tempatan mereka bukan pejuang yang boleh diperkotak-katikkan tatkala keupayaan teknologi dalam menghasilkan pelbagai senjata api berat dan roket dikenali sebagai `Sam7' yang juga digelar `batu dari neraka'. Untuk makluman, Briged Tentera Abdul Qader al-Hossaini adalah kumpulan pejuang Mujahidin yang bertanggungjawab dalam serangan mengejutkan Israel. November tahun lalu, tatkala dihimpit serangan membabi-buta tentera Israel yang mengakibatkan kematian ratusan rakyat Palestin, sekali lagi pasukan tentera al-Hossaini menjadi penyelamat dengan melancarkan roket yang berjaya sampai ke wilayah Zionis itu. Tersentak dengan serangan itu, tentera Israel melakukan genjatan senjata dipercayai sebagai satu langkah Zionis menyiasat bagaimana kumpulan pejuang Palestin mampu membangunkan senjata canggih itu. Dengan bantuan rakyat Malaysia di Palestin, Shahrina Ahmad Sharkawi dan suami, Hassan Rezq al-Zahra, akhirnya saya mendapat kebenaran bertemu mereka. Seperti dijanjikan, tepat jam 9 malam, saya dibawa ke sebuah bangunan yang tidak diketahui lokasinya. Ketika melangkah masuk, saya menyedari diperhatikan dengan tajam sekumpulan lelaki berpakaian biasa, namun dapat mengagak, mereka sebahagian pasukan tentera berkenaan, namun renungan dibalas dengan memberi salam dan bersalaman. Selepas bersalaman, saya diperkenalkan kepada Panglima Briged Tentera Qader al-Hossaini sebelum dipelawa duduk di ruang tamu. Pengamatan saya mendapati panglima yang mahu dikenali sebagai Umar itu hanya berpakaian biasa dan tidak banyak berbicara. Saya dihidangkan teh sebelum diminta menerangkan tujuan sebenar bertemu mereka. Disebabkan tidak mampu berbahasa Arab, ada seorang ahli pasukan berkenaan yang lagak gayanya seperti `saintis' berusia 40-an tidak berpuas hati ataupun sengaja mahu menguji saya. Mengambil pendekatan selamat, saya membaca surah al-Fatihah di hadapan mereka

Page 36: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

5

dengan kuat menyebabkan `saintis' itu tersenyum tanda berpuas hati. . Sesudah `ujian kecil' itu, Umar memberi kebenaran meninjau keupayaan pasukannya. Namun, sebelum itu, dia meminta dikongsikan kisah peperangan meletus di Sabah terlebih dulu kepadanya dan beberapa pemimpin bawahannya. Selepas penerangan selesai, Umar mengiringi saya mengikuti laluan rahsia menghubungkan bilik bawah tanah. Sebaik pintu itu dibuka, saya melihat sebahagian pasukan al-Hossaini yang lengkap berpakaian tentera, namun memakai topeng muka bagi tidak mendedahkan identiti mereka. Seperti diminta, Umar membenarkan saya memasuki dan meninjau tempat mereka memproses dan membuat senjata api serta roket. Pada pengamatan saya, jurutera dan saintis al-Hossaini hanya menggunakan peralatan ringkas dalam menghasilkan bom, roket dan senjata api. Umar memperkenalkan saya kepada individu bertanggungjawab membangunkan roket dan senjata api itu. Lelaki terbabit adalah orang sama yang melakukan `ujian kecil' terhadap saya sebelum itu. Malah, ketika itu, dia (saintis) lebih mesra, sekali gus memudahkan kerja mengumpul maklumat serta merakamkan gambar. Umar memberitahu, dengan bantuan saintis mahupun jurutera dan beberapa lagi anak buahnya, mereka membina ratusan roket yang mampu sampai antara jarak lima dan 75 kilometer (km). Malah, mereka juga mempunyai senjata yang mampu menjatuhkan pesawat pejuang tentera Israel. Ini buatan Gaza sepenuhnya. Ia dihasilkan daripada pesawat Israel yang terhempas selepas ditembak, katanya sambil ketawa sinis sebelum memberitahu, pasukannya sudah membina ratusan roket berkenaan dan menunggu masa bagi menyerang tentera Israel dengan `batu dari neraka' bagi membebaskan Masjidil Aqsa. Menurut Umar, kejayaan melancarkan roket ke kawasan penempatan Israel November lalu menyebabkan mereka terpaksa membuat genjatan senjata kerana takut. Mereka (Israel) mungkin terkejut kerana tanpa peralatan canggih, kami berjaya menghasilkan roket bermutu tinggi, katanya. Dengan perasaan bimbang, saya meminta kebenaran mengambil gambar dan memeriksa roket itu. Tanpa sebarang halangan, Umar membenarkan gambar mereka dan peluru berpandu dirakam.

Page 37: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

6

Headline: Sekolah tahfiz Malaysia-Palestin Publication: HM Date of publication: Apr 4, 2013 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Aman Palestin masih memerlukan dana tambahan sebanyak AS$200,000 (RM600,000) bagi membina sebuah sekolah tahfiz di Khanyounis, di sini, yang bakal menampung seramai 800 pelajar. Perkara itu didedahkan, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Palestin Omar Sayem yang berkata, pihaknya kini hanya mempunyai AS$300,000 (RM900,000) dan masih memerlukan baki dana berkenaan bagi menjayakan projek berkenaan. Menurutnya, hasil rundingan dilakukan, kerajaan Palestin sudah bersetuju dan memberikan tanah seluas 46,500 meter persegi untuk dijadikan tapak sekolah berkenaan. Sehingga kini kita masih mengharapkan sumbangan rakyat seluruh dunia terutamanya Malaysia bagi menjayakan projek berkenaan. Saya berharap orang ramai terus memberikan sumbangan dalam memastikan projek yang bakal membantu kira-kira 800 pelajar di daerah ini bagi mendapatkan pendidikan sempurna, katanya ketika melawat tapak pembinaan sekolah tahfiz berkenaan, kelmarin. Omar berkata, pembinaan sekolah berkenaan dijadualkan bermula awal bulan ini dan dilakukan oleh jurutera tempatan. Katanya, sekolah tahfiz ini akan memberikan sistem pendidikan awal kepada kanak-kanak di daerah itu. Kanak-kanak yang akan menjadi pelajar di sekolah ini adalah berusia antara tujuh dan 12 tahun. Malah, nama sekolah berkenaan juga akan diberikan sempena hubungan Malaysia-Palestin, katanya memberitahu pihaknya masih mencari nama sekolah berkenaan. Omar berkata, pihaknya juga merancang untuk melakukan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang bagi mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun, apa yang pasti sekolah berkenaan akan dimulakan dengan sesi untuk kanak-kanak lelaki, katanya memberitahu Khanyounis adalah antara penempatan terbesar menempatkan pelarian Palestin 1948 di mana tanah mereka dirampas untuk dijadikan penempatan haram yang kini dijadikan negara Israel.

Page 38: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

7

Dalam perkembangan lain, hasil sumbangan seluruh rakyat Malaysia, Aman Palestin meneruskan pelbagai projek yang diyakini mampu membantu seluruh rakyat Palestin. Namun, sudah pasti usaha murni itu menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran terpaksa dilalui petugas Aman Palestin adalah dalam proses membawa masuk janakuasa elektrik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan saja sudah mengambil masa setahun. Difahamkan, janakuasa elektrik berkenaan dibawa masuk melalui komponen yang dileraikan dan pemasangannya juga memakan masa hampir setahun sebelum ia boleh digunakan. Ketua Perubatan Misi Perubatan Aman Palestin Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, janakuasa elektrik berharga RM800,000 itu berjaya dibawa masuk pada penghujung tahun 2011. Ia memakan masa hampir setahun untuk dibawa masuk Aman Palestin kerana menghadapi pelbagai kesukaran dan halangan. Selepas berjaya dibawa masuk, janakuasa elektrik itu dapat digunakan untuk membekalkan elektrik kepada enam pejabat Kementerian Palestin, katanya memberitahu antara jabatan yang menerima bekalan elektrik itu adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Tempatan serta banyak lagi jabatan kerajaan Palestin berhampiran loji janakuasa berkenaan ditempatkan yang dirasmikan pada April 2012. Menurutnya, kejayaan membawa itu membuktikan dan menafikan tohmahan segelintir masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan ia adalah projek gajah putih Aman Palestin. Kumpulan dan individu mengatakan ia hanyalah projek yang akan gagal dan inilah buktinya kesungguhan Aman Palestin dalam menjayakan setiap projek yang dirancang, katanya. Ditanya wartawan di mana janakuasa elektrik itu dibeli, Dr Zainur berkata ia dibeli di Mesir dengan harga RM500,000 dan baki RM300,000 adalah kos yang dibelanjakan untuk membawa masuk dan pemasangannya. Dr Zainur berkata, sehingga kini alat elektrik itu dapat digunakan biarpun ada antara kompleks kerajaan sudah musnah akibat dibom jet pejuang tentera Zionis pada November tahun lalu. Wartawan Harian Metro yang dibawa ke tempat janakuasa berkenaan dapat melihat dan merakamkan gambar bangunan kerajaan yang dimusnahkan tentera zionis. Dalam serangan itu, janakuasa elektrik tajaan Aman Palestin itu terselamat.

Page 39: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

8

Headline: Kaki palsu ditaja Aman Palestin

Publication: HM Date of publication: Apr 3, 2013 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Bukan sekadar pembedahan malah kaki palsu ini juga tajaan Aman Palestin, kata Samih al-Masni, 40, yang dibawa ke Malaysia oleh Aman Palestin pada 2010 untuk menjalani pembedahan di beberapa hospital selepas cedera parah akibat serangan pesawat tanpa pemandu milik Israel pada Januari 2009. Mengimbas kejadian itu, Samih berkata, kira-kira jam 7 pagi (waktu Palestin) dia terkena serangan tentera Israel ketika berada berhampiran rumahnya di Tal Al-Hawa, di sini. Ketika itu saya bersama dua rakan. Seorang daripada mereka maut di tempat kejadian. Ketika sibuk menguruskan rakan yang mati, kami diserang kali kedua kira-kira jam 8.30 pagi, katanya yang ditemui di rumahnya, semalam. Menurutnya, serangan kedua, juga oleh pesawat tanpa pemandu itu menyebabkan dia cedera parah di seluruh badan. Rakan-rakan membawa saya ke Hospital al-Shifa untuk rawatan, katanya yang mempunyai enam anak berusia antara dua hingga 14 tahun. Akibat, kekurangan peralatan, dia dibawa ke Mesir untuk rawatan namun doktor mendakwa tidak boleh melakukan apa-apa. Alhamdulillah, pada 2010 dengan bantuan Aman Palestin, saya dibawa ke Malaysia dan dirawat di sana selama lapan bulan. Saya menjalani pembedahan dan di rawat di hospital di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Ketika di sana, saya terharu kerana dikunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) dan isterinya, katanya. Dia mendapat kaki palsu bernilai RM150,000 yang membolehkannya bergerak lebih sempurna.

Page 40: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

9

Headline: Hospital turut dibedil Publication: HM Date of publication: Apr 2, 2013 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Kekejaman Israel sememangnya diketahui di seluruh dunia namun pengalaman melihat sendiri bukti perbuatan kejam itu nyata membangkitkan kemarahan sebaik menjejakkan kaki ke Hospital al-Shifa, di sini, kelmarin. Mana tidaknya, hospital yang menempatkan ratusan pesakit juga tidak terlepas daripada serangan mereka. Wartawan sempat merakamkan beberapa keping gambar menunjukkan kesan tembakan yang masih berada di dinding bangunan hospital berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Malaysia di Gaza Ir Omar Sayem berkata, dia tidak pasti tarikh sebenar serangan berkenaan namun ia adalah kejadian pada tahun 2008 dan November lalu. Menurutnya, masjid bersebelahan hospital iaitu Masjid al-Shifa juga musnah dibom tentera Israel menggunakan jet pejuang pada 2008 namun, ia dibina semula. Dengan izin Allah, ia dijangka siap dalam masa terdekat, katanya yang meninjau peralatan ENT yang disumbangkan Aman Palestin untuk kegunaan hospital berkenaan. Katanya, mesin berkenaan berharga AS$30,000 (RM90,000) dan disumbangkan pada 2010. Semalam, kumpulan sukarelawan dan wartawan Malaysia dibawa meninjau Hospital Maktyrs al-Gaza. Menurut Omar, di hospital berkenaan pihak Aman Palestin menyumbangkan unit penyahmasinan berharga AS$100,000 (RM300,000). Akibat peperangan, ramai rakyat Palestin mengalami pelbagai penyakit dan ada antara mereka menderita sakit sejak lebih lima tahun tanpa mendapat rawatan sewajarnya. Jadi, dengan sumbangan ini, kita percaya dapat meringankan sedikit bebanan ditanggung mereka. Ini adalah bukti keihlasan rakyat Malaysia yang sanggup memberikan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang dalam kesengsaraan, katanya.

Page 41: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

10

Headline: `Kamu diperhatikan' Publication: HM Date of publication: Apr 2, 2013 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Tentera Israel sedang melihat wajah kamu dengan jelas. Itulah ungkapan pertama sebaik saya dan beberapa sukarelawan Misi Perubatan Aman Palestin menjejakkan kaki ke ladang gandum di Syijaya, Timur Gaza, semalam. Perkara itu dimaklumkan pekerja ladang, Hassan al-Yad, 25, yang berkata lokasi di mana saya dan sukarelawan lain sedang berdiri hanyalah kurang dua kilometer dari kubu tentera Israel. Menurutnya, kawasan ladang berkenaan boleh dikatakan kawasan paling berisiko diserang tentera Israel malah, setiap kali peperangan meletus, semua pekerja ladang dihalang memasuki kawasan berkenaan. Di sebalik pokok di tengah-tengah ladang itu adalah kubu tentera Israel yang lengkap dengan senjata ringan dan berat, katanya sambil menunjukkannya ketika ditemui di sini, semalam. Hassan berkata, peluru tentera Israel boleh mengenai mereka pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran. Jika (mereka) lepaskan tembakan, ia hanya mengambil masa dua minit untuk mengenai kawasan ini, katanya sambil menunjukkan kelongsong mortar milik tentera Israel yang dilepaskan ke kawasan ladang berkenaan pada peperangan 2008 dan November lalu. Katanya, mortar itu antara yang ditembak tentera Israel pada November lalu dan menyebabkan semua pekerja ladang terpaksa menunggu hingga tamat peperangan malah ia sememangnya menjejaskan ekonomi peladang malah, terdapat peladang yang maut dalam serangan berkenaan. Ditanya bagaimana tentera Israel boleh melihat wajah saya dan semua kumpulan sukarelawan, Hassan berkata, mereka (Israel) mempunyai pelbagai teknologi canggih yang digunakan untuk mengintip seluruh Palestin seperti drone dan mungkin banyak lagi peralatan milik mereka. Jadi, sudah tentu kamu semua juga tidak terlepas dari pandangan mereka. Saya yakin, kamu dan saya sedang diperhatikan, katanya memberitahu, tentera Israel menjadikan pokok di tengah ladang berkenaan sebagai perlindungan mereka. Katanya, pokok itu juga melindungi pergerakan mereka daripada dilihat orang luar

Page 42: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

11

terutamanya pejuang Palestin. Pemerhatian saya mendapati kawasan ladang gandum seluas kira-kira dua kilometer persegi itu itu kini dibahagikan kepada dua. Malah, hanya kurang 500 meter sahaja kawasan ladang yang masih milik rakyat Palestin dapat diusahakan kerana kawasan selebihnya sudah dirampas tentera Israel. Hassan kemudian menerangkan bahawa pohon menghijau yang bagaikan satu barisan di tengah ladang berkenaan dijadikan sempadan antara kawasan Palestin dan Israel. Katanya, bukan saja melepasi kawasan berkenaan sebaliknya mereka (tentera Israel) akan melepaskan tembakan jika sesiapa saja yang cuba berada berhampiran kerana mereka takut diserang. Malah, jika ada kenderaan yang melepasi 500 meter daripada kawasan kita berdiri sekarang, saya pasti dia ditembak, katanya. Tambahnya, dia dan peladang lain sudah tidak takut untuk berperang.

Page 43: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

12

Headline: Mengemis di makam syuhada Publication: HM Date of publication: Mar 30, 2013 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza (Palestin): Terharu, sedih dan kasihan adalah perasaan yang saya alami sebaik melihat sekumpulan lima kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun terpaksa mengemis di Makam Syuhada, di sini, bagi mendapatkan wang. Alasannya, mereka perlu menyara keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Kumpulan kanak-kanak dan remaja itu dilihat berlari ke kawasan makam sebaik melihat kehadiran orang luar ke kawasan berkenaan sebelum berusaha menghampiri sesiapa saja dan meminta wang. Kanak-kanak yang mahu dikenali sebagai Mohamed, 12, berkata, mereka akan menunggu di kawasan makam berkenaan sebaik mengetahui daripada rakan kehadiran orang luar ke Palestin. Di sini (makam) adalah antara kawasan wajib dikunjungi orang luar. Di sini lubuk kami mendapatkan wang, katanya memberitahu, dia mengemis kerana mahu membantu keluarganya yang susah. Mohamed dan rakannya bagaimanapun melarikan diri selepas disergah sekumpulan warga Palestin yang lebih dewasa yang juga berada di kawasan berkenaan membuatkan saya gagal menemubualnya lebih mendalam mengenai kesusahan dialami. Apapun, sebelum berbuat demikian, Mohamed menjerit bahawa dia juga bakal menjadi syuhada dan kuburnya ditempatkan di kawasan makam berkenaan. Biarpun begitu, saya sempat merakam gambar Mohamed yang memerhatikan wartawan dan kumpulan sukarelawan Aman Palestin dari jauh. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila dimaklumkan seorang sukarelawan Aman Palestin yang sudah kerap kali masuk ke sini, kebanjiran kanak-kanak atau remaja di kawasan berkenaan dan mengemis pertama kali berlaku sejak lebih lima kali dia datang ke kawasan berkenaan. Hujahnya, masyarakat Palestin paling `menghina' orang mengemis kerana bagi mereka menjatuhkan martabat diri dan tergolong dalam kasta terendah rakyat negara berkenaan. Katanya, dia percaya keadaan ekonomi yang membuatkan semua perkara memalukan dan paling dibenci warga Palestin sendiri berlaku.

Page 44: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

13

Saya kemudian menziarahi kubur Briged Komander al-Qassam Syeikh Ahmad al Jabari yang maut dalam serangan pertama pada November tahun lalu. Untuk makluman semua, makam seluas hampir 100 meter persegi ini menempatkan ratusan pejuang Palestin yang terkorban dalam menentang tentera Zionis. Manakala, Syeikh Ahmad adalah tokoh rundingan yang menukarkan 1,027 tebusan Palestin di penjara Israel dengan hanya seorang tentera mereka berpangkat koperal pada 2011.

Page 45: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

14

Headline: `Semoga jumpa di syurga' Publication: MA Date of publication: Mar 31, 2013 Section heading: Main Section Page number: 018

Gaza (Palestin): Jangan lupakan kami. Semoga kita jumpa lagi di syurga. Itulah antara harapan seorang rakyat Palestin yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid al-Walid, Khanyounis di sini, kelmarin. Muhammad berkata, dia dan rakyat Palestin mengalu-alukan kedatangan kumpulan sukarelawan Aman Palestin di Gaza bagi membantu masyarakat di sini. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu kami. Bantuan kamu cukup berharga buat kami dan teruskanlah niat murni itu. Jangan lupakan kami dan semoga berjumpa di syurga, kata Muhammad mengakhiri perbualan ringkas dengan wartawan. Sebelum beredar, Muhammad memeluk wartawan dan menangis sambil membisikkan perkataan cukup bermakna dalam nada sebak iaitu: Terima kasih Malaysia. Jujurnya, sikap dan perlakuan Muhammad membuatkan wartawan sebak seketika dan hanya mampu mengangguk. Untuk makluman, sebelum dihampiri Muhammad dan penduduk Khanyounis yang lain, wartawan mendengar pengumuman pihak pengurusan masjid selepas solat Jumaat namun tidak difahami kerana menggunakan bahasa Arab. Bagaimanapun, wartawan dapat mengagak ia memberitahu jemaah bahawa kumpulan sukarelawan dan petugas media Malaysia bersama mereka di masjid itu. Selepas pengumuman itu, kumpulan sukarelawan dan petugas media dikerumuni bagaikan seorang wira. Kebanyakan mereka yang tidak dapat berbahasa Inggeris hanya datang bersalaman dan mengangguk sebelum mengerumuni wartawan. Ada juga yang meminta gambar mereka dirakamkan selain tidak kurang mahu bergambar bersama sukarelawan menggunakan telefon bimbit masing-masing. Perkara sama berlaku kepada wartawan dan permintaan mereka untuk bergambar tidak putus-putus. Malah, untuk keluar dari masjid berkenaan, semua sukarelawan terpaksa diiringi petugas Aman Palestin yang berasal dari sini.

Page 46: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

15

Wartawan kemudian dimaklumkan oleh Ketua Delegasi Misi Perubatan Aman Palestin, Ustaz Anas Abdul Wahab bahawa rakyat Palestin mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran rakyat Malaysia di sini. Sebelum itu, wartawan dan kumpulan sukarelawan dibawa meninjau tapak pembinaan semula Masjid al-Qassam yang hancur dibom tentera Zionis pada tahun 2008. Anas berkata, Aman Palestin menaja sepenuhnya pembinaan semula masjid berkenaan yang menelan kos RM800,000. Ia dimulakan pada Oktober 2012 dan kini 75 peratus siap, katanya ketika meninjau tapak pembinaan itu yang terletak kurang dua kilometer dari sempadan Israel. Katanya, disebabkan terlalu dekat dengan penempatan haram Israel, perkampungan berkenaan sering menjadi sasaran serangan tentera rejim berkenaan.

Page 47: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

16

Headline: Mata kena serpihan peluru Publication: MA Date of publication: Mar 31, 2013 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Gaza: Selain menjadi mangsa sasaran serangan tentera Israel, penduduk di bandar ini juga ada ketikanya tersepit dalam pertempuran dalaman yang berlaku di Palestin sendiri. Natijah daripada pertempuran yang berlaku sesama sendiri itu turut mengorban atau mencederakan orang awam tidak berdosa. Wartawan dan kumpulan sukarelawan Misi Perubatan Aman Palestin yang dibawa ke sebuah rumah golongan miskin terdiri daripada pelarian Palestin di perkampungan Khanyouni berkesempatan bertemu Hussein Arafat Abu Ghali, 16, antara individu yang menjadi mangsa pertempuran berkenaan. Menurut Hussein, pertempuran antara kumpulan Fatah dan Hamas pada 1998 tidak akan dapat dilupakannya. Dalam pertempuran itu saya antara yang cedera apabila mata kanan terkena serpihan peluru. Ketika itu saya baru berusia sembilan tahun, katanya yang hanya sedar ketika berada di hospital dan mengalami kesakitan teramat sangat. Mengimbau detik hitam itu, Hussein berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dia dalam perjalanan ke sekolah. Tiba-tiba mata kanan saya sakit bagaikan dicucuk benda tajam sebelum saya rebah tidak sedarkan diri, katanya yang cuba melupakan kejadian itu tetapi gagal kerana matanya kini tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Katanya, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat selain diberi bantuan perubatan oleh kerajaan Palestin untuk merawat mata kanannya itu. Dalam lawatan berkenaan, Ketua Delegasi Misi Perubatan Aman Palestin, Uztaz Anas Abdul Wahab turut menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan beban Hussein yang sudah kematian bapa. Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung keluarga Hussein, katanya. Menurut Anas, selepas kematian bapa, Hussein dan enam lagi saudaranya kini bergantung harap kepada ibunya, Najah Abu Lahali bagi membesarkan mereka.

Page 48: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

17

Headline: Kegigihan bantu Palestin buka mata dunia Islam

Publication: BH Date of publication: Mar 14, 2013 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Razak Rashid Ghows

Minggu lalu, Pengerusi Al Quds International, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, yang juga ulama terkenal dunia mengutus surat kepada Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan penghargaannya berikutan lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu. Bukan mudah bagi seseorang yang berada dalam kedudukan beliau untuk memberi penghargaan semata-mata dengan tujuan mengambil hati. Sudah tentu beliau melihat kesungguhan Malaysia dalam isu yang dihadapi rakyat Palestin ini dan mempunyai maklumat serta fakta untuk menyokong pandangannya sebelum menyampaikan penghargaan seperti yang dilakukan. Ada kemungkinan juga Al-Qaradawi atau pemimpin Palestin yang lain tahu bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka dalam perjuangan menentang kekejaman Zionis itu. Tidak cukup dengan bantuan kewangan atau barangan keperluan, pada setiap solat Jumaat, jemaah Malaysia turut mengaminkan doa untuk kesejahteraan rakyat Palestin. Tidak cukup lagi, Perdana Menteri sanggup melakar sejarah dan menempuhi risiko dengan menjejaki bumi Palestin pada 22 Januari lalu. Ia adalah satu manifestasi bahawa kita bukan sekadar bercakap kosong seperti orang lain yang hanya menguar-uarkannya di pentas politik. Penghormatan itu juga bererti pemimpin Islam dunia turut memberi pengiktirafan mereka kepada rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang komited untuk membantu Palestin, dengan mengetepikan kepentingan politik. Main peranan utama Malah sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, Malaysia sudah memainkan peranan utama sama ada dalam isu di Asia Barat mahupun isu lain pada peringkat antarabangsa menerusi beberapa badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Persatuan Negara Asia Tenggara atau ASEAN dan lain-lain. Dalam isu Palestin, Malaysia turut menyuarakan pendiriannya pada sidang utama dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membantah sikap berdolak

Page 49: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

18

dalik kuasa Barat dalam mencari penyelesaian kepada konflik di Asia Barat itu yang sudah berlarutan selama 60 tahun. Malaysia juga antara negara yang menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak beberapa tahun lalu, menerusi kapal Rachel Corrie dan Spirit of Rachel Corrie. Pelbagai usaha juga dilakukan oleh beberapa NGO melalui jalan darat, bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, yang menjadi mangsa serangan kejam Zionis yang kejam. Dunia tahu bahawa apa yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis itu bertujuan untuk menidakkan hak rakyat Palestin di bumi mereka sendiri, khususnya kota suci Baitulmaqdis. Ia adalah satu bentuk penjajahan oleh Israel dan didukung kuasa Barat. Namun di tengah kemelut itu dan usaha untuk perdamaian, tidak banyak negara sanggup tampil untuk menghulurkan bantuan seperti pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Seperti ditegaskan Al-Qaradawi, rakyat Palestin bukan saja semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis itu, mereka juga sedang berusaha untuk mengubahkan identiti Arab dan Islam kepada identiti Yahudi menerusi 'penjajahan' tersebut. Keprihatinan Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin itu sejak berabad lamanya itu dimanifestasikan melalui lawatan Najib. Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama dari negara ini dan pemimpin Islam pertama daripada kalangan bukan negara Arab untuk sampai ke Gaza. Lihat sendiri keadaan sebenar Dengan mengunjungi bumi Palestin itu, Najib dapat melihat kehidupan dan penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita di negara berkenaan. Al-Qaradawi berpendapat lawatan Perdana Menteri memberinya peluang untuk melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain menjadi simbol sokongan kuat Malaysia terhadap Palestin. Kehadiran Najib di Gaza juga menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia masih meneruskan azam yang dimulakan oleh pemimpin sebelum ini termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di Palestin. Langkah Najib mengunjungi Gaza juga sejajar dengan suara masyarakat dunia yang ingin mengangkat status Palestin kepada negara pemerhati bukan anggota di perhimpunan agung PBB.

Page 50: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

19

Seperti ditegaskan Al-Qaradawi, kunjungan Najib yang dibuat atas dasar kemanusiaan selepas Gaza diserang Israel, November lalu, menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sudah lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka. Apapun, lawatan Najib dengan jelasnya memberi mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa mereka perlu lebih tegas dan berani dalam usaha menamatkan sekatan yang dikenakan pihak Zionis di Palestin.

Page 51: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

20

Headline: Pijak, curah petrol, bakar bendera Israel Publication: HM Date of publication: Nov 27, 2012 Section heading: Main Section Page number: 002

PASIR GUDANG: Pijak, curah petrol dan bakar bendera Israel. Tindakan itu sebagai tanda protes yang ditunjukkan kira-kira 150 peserta demonstrasi membantah serangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, baru-baru ini. Demonstrasi diadakan di Masjid Jamek Pasir Gudang di sini, bermula kira-kira jam 5 petang semalam dan peserta sempat menunaikan solat Asar berjemaah untuk mendoakan keselamatan rakyat Palestin. Ia membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kebajikan Sinar Islam (Persim), Gerakan Generasi Muda Malaysia (Gemuda) dan beberapa NGO lain. Presiden Gemuda Malaysia, Rosli Othman berkata, demonstrasi bertujuan menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin ditindas tentera Israel. Dalam tempoh lapan hari diserang, katanya, dunia menyaksikan kekejaman tentera Zionis bertindak tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan apabila membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk bayi. Kekejaman itu bukan saja menindas rakyat Palestin malah secara tidak langsung menghina umat Islam seluruh dunia dan kami berharap ia menjadi iktibar kepada kita semua. Mungkin kita tidak mempunyai dana besar untuk disalurkan bagi membantu rakyat Palestin, tetapi kita mampu berdoa untuk kebangkitan semula mereka, katanya. Sementara itu Presiden Persim, Muharam Baharom berkata, kekejaman tentera Zionis yang mengenepikan hak asasi manusia ketika menyerang Palestin tidak dapat diterima. Katanya, perbuatan kejam itu turut disamakan dengan tabiat haiwan apabila bertindak tanpa memikirkan kesan buruk. Aksi kekejaman tentera Zionis bukan saja patut dikutuk umat Islam sebaliknya mereka beragama lain kerana ia amat keterlaluan apabila kanak-kanak tidak berdosa turut menjadi mangsa. Diharapkan kekejaman dan penindasan di Palestin tidak berlaku di negara ini, katanya. Gabungan NGO itu turut melancarkan tabung bagi membantu membangunkan semula

Page 52: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

21

Palestin yang diranapkan tentera Israel. Mereka mensasarkan kutipan berjumlah RM10,000 untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum diserahkan kepada rakyat Palestin.

Page 53: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

22

Headline: Sumbangan RM5 daripada bonus bantu mangsa Zionis Publication: HM Date of publication: Nov 22, 2012 Section heading: Main Section Page number: 034

ALOR SETAR: Seramai 1.42 juta penjawat awam diseru memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM5 daripada bonus yang bakal diperoleh penghujung Disember nanti untuk disalurkan kepada mangsa serangan terbaru Israel di Gaza. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berkata bantuan itu sekurang-kurangnya mampu mengurangkan penderitaan dialami penduduk Palestin di Gaza. Katanya, beliau mencadangkan supaya semua ketua jabatan dalam sektor perkhidmatan awam melancarkan tabung derma kilat secepat mungkin bagi mengumpulkan sumbangan ikhlas daripada setiap penjawat awam di jabatan masing-masing. Dari aspek fizikal mungkin kita tidak dapat membantu mereka, tetapi kita dapat menyumbangkan wang yang dapat digunakan bagi menyediakan bekalan ubat-ubatan dan bahan guna pakai harian mereka. Jika setiap seorang daripada 1.4 juta penjawat awam dapat menyumbangkan RM5, kita berjaya mengumpul hingga RM7 juta bagi disalurkan kepada mereka, katanya selepas merasmikan majlis penyerahan kad skuad pengguna kepada 800 ahli Cuepacs Kedah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit, di sini, semalam. Omar berkata, semua sumbangan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum disumbangkan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Page 54: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

23

Headline: Letupan kecil di Gaza Publication: BH Date of publication: Dec 28, 2012 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

Gaza: Deruman enjin jet yang membelah langit Gaza pada malam 8 Disember lalu membangkitkan rasa gusar di hati penulis, sekalipun ini bukan kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Anbiya itu. Ketika itu, penulis bersama 57 sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza baru tiba di Hotel Gaza, selepas mengharungi lebih 30 jam perjalanan udara dan darat yang memenatkan dari Kuala Lumpur, kira-kira 8,000 kilometer (km) dari bumi Gaza. Penulis tidak pasti, ia bunyi jet pejuang F16 atau pesawat drone Israel yang berlegar-legar tengah malam itu. Apa yang pasti 'gangguan' itu menyebabkan tidur kami, sukarelawan Malaysia, tidak lena sekalipun badan terasa amat letih dek perjalanan lebih 380 km melintasi padang pasir Gurun Sinai dari Kaherah ke sempadan Rafah. Agak menakutkan juga.. saya hanya mampu berdoa, kata Dr Saidatul Aminah Osman, 40, satu-satunya sukarelawan wanita dalam misi itu ketika ditanya penulis keesokan harinya. Lawat 'ground zero' Tengahari itu, sebelum kami melawat lokasi `ground zero' serangan lapan hari Israel yang berakhir 21 November lalu, kedengaran satu letupan yang kuat. Beberapa sukarelawan kelihatan panik sebelum ditenangkan sukarelawan tempatan yang mengatakan ia berlaku jauh dari lokasi penginapan kami. Tenang, tenang.. tiada apa-apa yang perlu ditakutkan, kata Najlaa Ataallh, sukarelawan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang membantu menyelaraskan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu. Najlaa berkata ia hanya letupan kecil dan tidak mungkin Israel akan menyerang Gaza lagi ketika ratusan rakyat asing, termasuk warga Eropah, berada di bumi Gaza. Ketika itu, delegasi Malaysia saja mencecah 200 orang dengan sebahagiannya turut diberi penghormatan mengibar Jalur Gemilang di Dataran Khateeba di Gaza City ketika Hamas meraikan 25 tahun penubuhannya tanggal 8 Disember.

Page 55: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

24

Perjalanan kami memasuki Gaza menerusi sempadan Rafah, pintu masuk ke Gaza melalui Mesir, juga tidak sesulit di zaman era Hosni Mubarak. Sebelum ini, kami perlu menunggu empat jam lebih untuk melepasi Imigresen Mesir, tetapi kali ini menunggu dua jam untuk melepasi mereka dan itupun kerana baju kalis peluru dan walkie talkie yang kami bawa. Mesir di bawah Presiden (Mohammed) Morsi bukan seperti dulu, kami lebih dekat dengan Palestin, kata Khaled Khalaf, sukarelawan Mesir yang mengiringi perjalanan sukarelawan Malaysia dari Kaherah ke Rafah. Harap dunia bersatu Pun begitu, rata-rata rakyat Palestin ditemui penulis mengharapkan dunia terus bersatu untuk menekan Israel, memaksa rejim itu menghentikan sekatan haramnya ke atas Gaza dan mengiktiraf status Palestin yang kini negara pemerhati bukan anggota di PBB. Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh untuk menjejaki Gaza pula disifatkan sebagai 'kemenangan', jika menjadi realiti, apatah lagi Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilantik sebagai Duta Kehormat Palestin berkuat kuasa 11 Disember lalu. Azeez yang selama ini membawa imej Najib pada setiap bunting misi kemanusiaannya, bukan hanya diberi 'kuasa' meneruskan perjuangan Palestin menerusi misi kemanusiaan, malah membawa masuk pelaburan ke bumi Palestin.

Page 56: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

25

Headline: Layan nelayan seperti binatang Publication: BH Date of publication: Dec 24, 2012 Section heading: Main Section Page number: 014 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

Gaza: Diperlakukan seperti binatang! Itu nasib yang menimpa ratusan nelayan pantai di Gaza yang akan ditembak pada bila-bila masa sekiranya mereka melepasi had tangkapan ikan ditetapkan rejim Zionis Israel. Mereka diarah melucutkan pakaian, dipaksa terjun ke laut, digari, diikat dan kebiasaannya dipukul sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod untuk disoal siasat seperti penjenayah. Realiti ini yang dikongsi nelayan Gaza dengan penulis yang mengunjungi pelabuhan kecil Gaza, kira-kira 400 meter dari Hotel Gaza yang juga lokasi penginapan 58 sukarelawan Misi Kemanusiaan 'Second Wave Road to Gaza' selama lima hari, bermula 8 Disember lalu. Timpa nasib malang Bagi Mahdi Bakr, 37, yang ditemui di depan bangunan baru Kesatuan Nelayan Gaza sumbangan sebuah negara Arab, nasib menimpanya jauh lebih malang. Tangan kanan dan dua jari tangan kirinya telah dipotong tentera Israel dalam satu insiden pada 1997 hanya kerana beliau menangkap ikan melebihi kawasan ditetapkan. Saya tak lagi turun ke laut sejak 1 Jun 1997 itu, kata pemuda yang masih belum berkahwin itu kepada penulis di tepi sebuah bot milik rakannya. Mahdi berkata sejak insiden itu, beliau tidak mampu turun ke laut kerana menjadi orang kelainan upaya, tetapi masih mampu bekerja mengambil upah mengangkut hasil tangkapan laut ke pasar basah terletak 100 meter dari penempatan nelayan itu menggunakan kereta sorong. Terima sumbangan Alhamdulillah, saya terima upah lima hingga lapan Shekel Israel (bersamaan RM5) sehari, kata Mahdi yang masih mampu tersenyum. Pemuda malang itu turut menerima sumbangan kewangan daripada Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ketua misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M).

Page 57: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

26

Azeez turut menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada Kesatuan Nelayan Gaza. Di Gaza, nelayan tempatan hanya boleh menangkap ikan sehingga tiga batu nautika dari pantai iaitu had tangkapan ditetapkan Israel melalui sekatan haram. Sekatan haram ini jelas bertentangan dengan had 12 batu nautika undang-undang antarabangsa, apatah lagi menghormati Perjanjian Oslo 1995 antara Palestin dan Israel yang menetapkan had 20 batu nautika bagi nelayan Gaza. Bot dimusnahkan Israel Sekurang-kurangnya 29 nelayan Gaza ditahan, sembilan bot disita dan sebuah bot dimusnahkan rejim Israel antara 28 November hingga 1 Disember lalu. Mereka ditahan kerana menangkap ikan melebihi tiga batu nautika, sedangkan Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan had tangkapan dinaikkan kepada enam batu nautika di bawah gencatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel selepas serangan lapan hari ke atas Gaza bermula 14 November lalu tamat. Israel tetap Israel, mereka tidak hormat sesiapa, kata Mahdi seolah-olah menyimpulkan mengenai keangkuhan rejim Israel yang tidak pernah berpenghujung. Siri 4 esok mengenai kisah dan harapan anak muda Gaza selepas Palestin berjaya membida kedudukannya sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB.

Page 58: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

27

Headline: Misi solidariti Gaza Publication: BH Date of publication: Dec 22, 2012 Section heading: Glamor Page number: 011

MAJALAH 3 minggu ini akan memaparkan kisah pasca peperangan, antara Palestin dan Israel, sehingga termeterai perjanjian gencatan senjata. Bagaimana pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ke atas Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota, dapat mengubah masa depan rakyat Palestin? Hilang 11 ahli keluarga Kru Majalah 3 mendekati mangsa serangan pada 14 hingga 21 November lalu. Kisah yang paling menyayat hati, Ad-Dalou yang kehilangan 11 ahli keluarganya termasuk isteri, anak-anak, menantu dan cucu. Seorang anak lelakinya terselamat kerana bersama Ad-Dalou ke masjid ketika serangan dan seorang lagi sedang menyambung pengajian di Turki. Dalam misi kemanusiaan bersama Aman Palestin, kami juga melawat tanah pertanian rakyat Palestin selepas dirampas oleh Israel sejak 12 tahun lalu. Dibaling bom Semasa pertemuan bersama petani rakyat Palestin, kami dikejutkan dengan bom asap yang dibaling tentera Israel yang berkawal di sempadan. Dua helikopter milik tentera Israel turut memasuki ruang udara Palestin ketika itu. Kami juga bersama nelayan Palestin yang menyambut baik perjanjian gencatan senjata apabila membenarkan nelayan Palestin untuk menangkap ikan sejauh enam kilometer, sebelum ini hanya tiga kilometer saja dibenarkan oleh tentera Israel. Sukarelawan Misi Soladiriti kali ini juga bertuah kerana dapat bersama lebih sejuta rakyat Palestin meraikan kemenangan mereka di padang Al-Qatiba di Barat Gaza. Saksikan laporan penuh Misi Solidariti dalam Majalah 3 jam 9 malam ini di TV3. (END)

Page 59: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

28

Headline: Zionis hapus zuriat Palestin

Publication: BM Date of publication: Dec 23, 2012 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

Gaza: Mohammad Nasar, 35, sedang merenung jauh ketika kali pertama ditemui penulis di bangunan lama sebelah masjid berdekatan kawasan shati atau pantai di pinggir Gaza City, dua minggu lalu. Mohammad yang memakai baju sejuk tiga lapis berdiri di barisan paling belakang, bersebelahan motosikal buruk diparkir dekat bangunan lama yang dijadikan pusat pengedaran makanan misi kemanusiaan dari Malaysia, petang 11 Disember lalu. Penulis yang baru turun dari bas melihat gelagat penerima bantuan lain yang kelihatan teruja, ketika Mohammad tenang dan bersahaja sambil memegang kupon bantuan di tangan kanannya. Terima kasih kerana membantu kami, kata Mohammad apabila mula-mula disapa penulis menerusi penterjemah, Iyas Fares, ketika puluhan keluarga di kawasan itu menerima bantuan bekalan makanan termasuk gula, gandum, minyak masak, kacang dal dan susu tepung bagi tempoh sebulan. Ditembak pada 2005 Mohammad yang berjambang dan berbadan tegap kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang masalah, namun hakikatnya bapa kepada Mohammad Nasir, 8, menyimpan seribu kisah duka. Nasir sering tanya kepada saya mengenai seorang adik, tapi saya tidak mampu (menunaikannya), kata Mohammad mengelak daripada bertentang mata dengan penulis. Penulis terkejut apabila Iyas memaklumkan Mohammad tidak lagi mampu menghamilkan isterinya selepas ditembak tentera Israel pada 2005. Dalam kejadian di Nefsareen, sebuah penempatan di Palestin, Mohammad ditembak tentera Israel dalam sekatan jalan raya semata-mata kerana beliau memandang tentera yang menahannya. Mereka melepaskan berdas-das tembakan (dan satu daripadanya mengenai alat kelamin Mohammad), katanya yang ketika itu dikejarkan ke Hospital Al Shifa berlumuran darah oleh rakannya.

Page 60: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

29

Mohammad menunjukkan kesan jahitan di bahagian bawah perutnya sambil berkata: saya pulih, tapi bukan sepenuhnya. Perlu jalani pembedahan Mohammad berkata, beliau memerlukan sekurang-kurangnya AS$20,000 untuk mengembalikan kelelakiannya menerusi pembedahan khas, sesuatu yang dianggap hanya akan terjadi dengan izin Allah. Mohammad yang bergantung hidup dengan kupon bantuan diedarkan di masjid oleh badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara ribuan rakyat Palestin yang kehilangan pekerjaan akibat serangan rejim Israel pada penghujung 2008. Dianggarkan, 25 peratus daripada 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza menganggur dengan majoritinya bergantung kepada bantuan luar. Sekurang-kurangnya 5,000 keluarga menerima bekalan makanan untuk tempoh sebulan selain 20,000 selimut diedarkan kepada keluarga Palestin memerlukan sepanjang misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia yang memasuki Gaza selama lima hari, bermula 8 Disember lalu. Siri 3 esok, ikuti kisah ketabahan nelayan Palestin yang mencari rezeki di bawah cengkaman dan penindasan rejim zionis Israel sejak sekatan Gaza 2007.

Page 61: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

30

Headline: Demi bumi Palestin Publication: HM Date of publication: Dec 15, 2012 Section heading: Variasi Page number: 020 Byline / Author: Oleh Azhar Mat Ganti

PELBAGAI cara jahat digunakan rejim Israel untuk menyerang dan menekan Palestin namun ia tidak pernah mematahkan semangat juang penduduk di situ untuk mempertahankan hak serta kedaulatan mereka. Serangan demi serangan, bom demi bom, penduduk Palestin tidak pernah mengalah demi satu hakikat iaitu mahu generasi baru negara itu hidup secara berdaulat di tanah tumpah darah mereka. Seorang kanak-kanak yang ditemui berjalan berseorangan di celahan runtuhan di bandar Gaza tidak mudah mengambil wang daripada orang luar jika tidak dikatakannya padanya ia derma ikhlas. Di sebalik desakan hidup untuk mencari makanan buat pengisi perut, kanak-kanak Gaza lebih rela bekerja mengutip sisa batu di tapak runtuhan atau mengumpul barangan kitar semula tanpa meraih simpati.

Page 62: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

31

Headline: Bantuan Malaysia tiba Publication: BH Date of publication: Dec 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 006 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

Hampir 30 tan bekalan ubatubatan, peralatan perubatan dan susu formula bernilai RM2 juta disalurkan menerusi dua misi kemanusiaan dari Malaysia kelmarin kepada Hospital Al Shifa yang mengalami krisis bekalan ubat di sini. Bantuan itu, termasuk bekalan antibiotik, peralatan kecemasan seperti defribilator (alat rawatan kes denyutan jantung tidak normal yang mengancam nyawa), keperluan perubatan pakai buang serta alat bantu pernafasan. Daripada jumlah itu, 4.5 tan disumbangkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) menerusi Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza dan 25 tan lagi, termasuk susu formula, disalurkan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF). Sumbangan itu masing-masing diserahkan Presiden KP1M merangkap ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Penasihat PGPF yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kepada Menteri Kesihatan Palestin di Gaza, Dr Mufed El Mokhlalaty di Hospital Al Shifa, petang kelmarin. Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan di Hospital Al Shifa ialah Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti; Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai; Ketua Perubatan Misi KP1M, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Bukti Malaysia prihatin Dr Mufed menyifatkan bekalan perubatan itu sebagai bukti keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyalurkan sumbangan kepada 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza. Sekurang-kurangnya 182 orang terbunuh dan 1,500 cedera dalam serangan Israel sebelum ini. Mereka juga serang hospital dan paramedik. Wartawan juga tidak selamat sebab Israel tidak mahu dunia tahu apa yang berlaku di sini. Ini adalah `jenayah perang' dan mereka akan dihadapkan ke ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) kelak, katanya ketika mengalu-alukan kedatangan 58 sukarelawan KP1M dan GBG1M yang memasuki Gaza sejak Sabtu lalu serta delegasi PGPF yang memasuki Gaza selama sehari kelmarin.

Page 63: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

32

PM Palestin jemput Najib lawat Gaza Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, semalam menjemput Datuk Seri Najib Razak melawat Gaza. Pemimpin kanan Hamas itu juga berdoa supaya Allah memberi peluang beliau bersolat bersama Perdana Menteri dan delegasi Malaysia di Masjid al-Aqsa suatu hari kelak. Katanya, beliau dan rakyat Palestin amat menghargai `kecintaan peribadi' Najib dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu selama ini. Saya dan rakyat Palestin berdoa kepada Allah bahawa kami pasti akan melawat Malaysia kembali apabila penentangan rakyat Palestin ke atas Israel berjaya, katanya ketika menerima kunjungan hormat 58 sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza yang disertai sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) diketuai Presidennya, Shahrul Nasrun Kamarudin. Perbualan Ismail diterjemahkan Mufti Perlis yang juga sukarelawan misi berkenaan, Dr Juanda Jaya. Sebelum pertemuan itu, Ismail menghubungi Najib menggunakan telefon mudah alih Presiden KP1M yang juga ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Najib nyata kesudian Ismail berkata Najib menyatakan kesediaan mengunjungi Gaza dalam masa terdekat dan mungkin Januari tahun depan. Dalam pertemuan di sebuah dewan kecil di tepi pantai di pinggir Gaza itu, Ismail memohon maaf kepada delegasi Malaysia kerana pertemuan terpaksa diadakan di lokasi itu kerana pejabat asalnya dibom Israel dalam serangan sebelum ini. Katanya, beliau sepatutnya mengunjungi Malaysia pertengahan bulan lalu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu selepas Gaza diserang. Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan berterusan rakyat Malaysia ke atas perjuangan Palestin menerusi misi bantuan dan ia diserikan dengan kedatangan rombongan misi itu ketika Hamas meraikan ulang tahun penubuhannya pada 8 Disember lalu. Azeez ketika ditemui media kemudiannya berkata misi kemanusiaan itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia dan rakyatnya untuk membebaskan Al Quds dari cengkaman rejim zionis Israel. 14 sukarelawan sertai misi

Page 64: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

33

Seramai 14 pakar, doktor dan paramedik sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza ditempatkan di Hospital Al Quds semalam bagi mengakses situasi dan keperluan perubatan di hospital di wilayah itu. Pasukan perubatan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman itu juga mengadakan latihan penggunaan kelengkapan dan pemeriksaan ambulans kepada doktor di hospital terbabit. Mereka juga mengadakan latihan bantuan kecemasan dan trauma seperti penggunaan manequin dan teknik bantuan pernafasan CPR yang terkini. Pakar kanak-kanak dari Senawang, Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, 35, berkata kelengkapan perubatan hospital di Gaza lebih bertumpu kepada keperluan kecemasan. Keperluan kecemasan diutamakan di sini, tetapi keperluan perubatan kepada kanak-kanak agak terhad. Misalnya, stok oral antibiotik (sirap) dalam simpanan terhad. Amalan cara hidup sihat, terutama dalam kalangan kanak-kanak juga terabai, katanya. Pakar tulang dari Rawang, Dr Sathia Prakash berkata misi kemanusiaan itu memberikan pendedahan awal kepada 14 pengamal perubatan terbabit mengenai situasi sebenar di Gaza. Saya datang atas semangat 1Malaysia untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Apa yang pasti misi ini memberi pengalaman baru khususnya dalam pengurusan bencana. Ini kepakaran mereka, katanya. Hargai keamanan Dr Saidatul Aminah Osman, 40, yang juga satu-satunya sukarelawan wanita dalam misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) berkata rakyat Malaysia boleh belajar dari apa yang berlaku di Palestin, khususnya dalam menghargai sebuah keamanan. Sukarelawan KP1M, Yap Soon Chieh, 27, berkata beliau menjadi sukarelawan atas semangat untuk membantu sesama manusia walaupun bukan beragama Islam. Kita menolong tanpa (perlu) sebab, katanya yang menguruskan soal keperluan logistik 58 sukarelawan misi, termasuk menjaga baju kalis peluru yang dibawa bersama misi kemanusiaan bermula Jumaat lalu. Paramedik dari Baling, Kedah, Mohd Haider Kamar Zaman, 31, menyifatkan Malaysia amat bertuah jika dibandingkan dengan Palestin yang sentiasa berdepan dengan tekanan Israel dari segenap penjuru. Sumbangan berterusan

Page 65: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

34

Mukhriz dan Azeez memberi jaminan sumbangan rakyat Malaysia tidak akan terhenti di situ, sebaliknya Malaysia akan terus menghulurkan bantuan kepada Gaza sehingga mencapai keamanan mutlak selepas Palestin berjaya memperoleh kedudukannya sebagai negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 29 November lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini juga menyatakan komitmen Malaysia untuk membuka kedutaan pertama di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak. Hospital Al Shifa yang terletak di Rimal, utara Gaza mengalami krisis bekalan ubat-ubatan akibat operasi Pillar of Defence rejim Israel selama lapan hari bermula 14 November lalu. Kempen serangan udara itu dikecam masyarakat dunia, termasuk Malaysia, sehinggalah gencatan senjata dicapai 21 November lalu, namun kesan serangan itu menyebabkan ribuan warga Palestin cedera selain hospital mengalami krisis bekalan ubat-ubatan. Sekurang-kurangnya lima NGO Malaysia, termasuk KP1M dan GBG1M, PGPF, Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia dan Aqsa Sharif memasuki wilayah konflik itu selepas gencatan senjata dicapai di antara HAMAS dan Israel bagi menyampaikan bantuan segera, khususnya bantuan perubatan.

Page 66: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

35

Headline: Keberanian Malaysia dikagumi (HL) Publication: BH Date of publication: Dec 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Nik Sukry Namli

Kuantan: Palestin menghargai dan memuji keberanian Malaysia mengecam Israel serta menyuarakan bantahan terhadap negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat susulan keganasan rejim itu di Gaza. Duta Khas Palestin ke Malaysia, AbdelAziz Abughoush, berkata semangat kesepaduan ditunjukkan rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik dalam isu membabitkan serangan terbaru Yahudi ke atas negara berkenaan dikagumi rakyat Palestin. Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai tokoh yang wajar dicontohi, AbdelAziz menghargai keberanian Kerajaan Malaysia mengecam tindakan rejim Zionis dan menyuarakannya sendiri kepada Presiden Barack Obama. Palestin kagum Palestin amat memuji semangat Malaysia dalam isu ini.. kesepaduan ditunjukkan rakyat Malaysia amat kami kagumi. Sokongan konsisten Malaysia bagi pembebasan dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat sejak dulu juga membuktikan negara ini mengambil berat nasib menimpa kami. Keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati awal 29 November lalu juga merisaukan Yahudi, dan ini membuktikan dengan sokongan masyarakat dunia terutama Malaysia sudah membuka jalan kepada pembebasan penuh Palestin. Dalam konflik lapan hari yang dimulakan rejim Zionis pertengahan November lalu, mengorbankan ramai orang awam, termasuk kanak-kanak. Mereka (Zionis) melancarkan 1,500 serangan udara dan darat...menggugurkan 1,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza, semuanya bagi menguji sistem persenjataan baru dimiliki mereka, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Palestin anjuran UMNO Bahagian Kuantan, di sini, malam kelmarin. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; wakil UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof. Kira-kira 1,500 penduduk sekitar daerah ini hadir pada majlis itu yang bermula jam 8

Page 67: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

36

malam. Derma RM60,000 Sementara itu, Wan Adnan yang juga pengerusi penganjur majlis berkenaan berkata, kerajaan negeri dan UMNO bahagian menyumbang RM60,000 kepada tabung berkenaan. Kita harap dapat mengutip sekurang-kurangnya RM100,000 dan mengalu-alukan syarikat korporat turut memberikan sumbangan. Selain wang, kita juga mengalu-alukan sumbangan lain, seperti pakaian dan barangan keperluan harian lain. Tabung ini kita akan edarkan ke 24 pusat daerah mengundi (PDM) bahagian ini. Kita juga sedang berbincang dengan pimpinan UMNO bahagian lain untuk memperluaskan kutipan tabung ini ke kawasan mereka, katanya.

Page 68: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

37

Headline: Bukti kekejaman Israel Publication: BH Date of publication: Dec 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 012 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

Gaza: Di atas runtuhan bangunan tiga tingkat yang tersilap dibedil jet pejuang rejim Israel di Jalan Naser di sini, tergantung kain rentang gambar empat kanak-kanak yang terkorban dalam serangan tentera Zionis pada November lalu. Kain rentang itu memaparkan gambar empat beradik, termasuk Ibrahim Al-Dalu yang berusia 10 bulan, terbujur kaku akibat serangan 'bom pintar' yang digugurkan dari jet pejuang F16 Israel. Tertera di atas kain rentang itu tulisan 'kenapa mereka dibunuh', seolah-olah mempersoalkan kehebatan bom pintar rejim yang paling berkuasa di dunia itu kerana tersilap membedil rumah yang hanya dihuni 12 orang awam dalam operasi ketenteraan khas bulan lalu. Kenapa mereka dibunuh, kenapa? kata Ahmad Jamal Al Dalu, 28, antara empat yang terselamat dalam serangan rejim zionis. Di atas sisa runtuhan rumah kelahirannya itu, Ahmad Jamal berkata Israel melakukan kesilapan besar dengan meranapkan rumahnya itu. Katanya, tiada apa yang menjadi ancaman kepada Israel di rumah itu kecuali ibunya yang berusia 48 tahun dan ahli keluarganya yang tidak menyimpan sebarang jenis senjata atau roket. Ibu saya berhasrat untuk menunaikan haji tapi kini dia sudah tiada, katanya merujuk kepada Tahani Hasanal Al Dalu, 48, yang terkorban dalam serangan itu. Dalam insiden yang berlaku antara 14 hingga 21 November lalu, Ahmad berkata, hanya bapa dan adik lelakinya terselamat kerana berada di masjid menunaikan solat Asar. Ketika itu saya berada di Turki. Saya tidak sangka perkara ini akan berlaku kerana saya ada menelefon ibu sehari sebelum kejadian itu bertanyakan khabar ibu yang berhasrat menunaikan haji. Ibu kedengaran terlalu gembira, mahu menunaikan haji seperti mahu masuk ke syurga. Ibu menunggu selama enam tahun untuk itu (menunaikan haji), kata Ahmad menerangkan kepada penulis dan 57 sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza yang melawat beberapa tapak 'ground zero' akibat serangan rejim Israel sebelum ini.

Page 69: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

38

Wakil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Gaza, Najlaa Ataallh, berkata pihak berkuasa Palestin kini menggunakan kaedah visual seperti bunting khas bagi memudahkan pengunjung mengetahui apa yang berlaku di lokasi itu.

Page 70: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

39

Headline: Bandar Gaza mula membangun Publication: MA Date of publication: Dec 9, 2012 Section heading: Main Section Page number: 013 Byline / Author: Oleh Jamilul Anbia Md Denin

GAZA: Sifat gigih serta kental menghadapi hidup sukar di zon perang membuatkan rakyat Gaza kini lebih berdaya saing dan mampu membangunkan ekonomi dalam tempoh singkat. Berbanding tiga tahun lalu, bandar Gaza kini jelas lebih maju apabila semakin banyak premis perniagaan baru dibuka, malah wujud berpuluh butik pakaian terkenal yang beroperasi di bandar ini. Suasana perniagaan itu dianggap luar biasa bagi orang luar yang menyangka bandar Gaza tidak ubah seperti bandar mati berikutan kerap menjadi sasaran serangan tentera Israel. Peniaga runcit warga Gaza, Innas Khanjil, 28, yang ditemui berkata, perkembangan positif ekonomi Gaza kini hasil keringat dan sikap tidak putus asa penduduk Islam untuk melihat bandar itu membangun sama seperti kota lain. Menurutnya, ramai menyangka bandar Gaza dipenuhi tanah perkuburan mangsa perang serta bangunan rosak dibedil Israel. Namun jika diamati, bandar Gaza berubah wajah dan hampir mempunyai semua kemudahan asas seperti elektrik, air, pengangkutan awam dan telekomunikasi. Malah, semua bangunan atau kemudahan asas yang dimusnahkan Israel dalam serangan terakhir pada 28 Disember 2008, berjaya dibaik pulih, katanya. Dakwaannya berasas apabila rata-rata bangunan milik kerajaan Palestin, rumah atau balai polis yang dibedil bom Israel tiga tahun lalu dibaik pulih. Gaza yang dulunya suram kini memiliki berpuluh-puluh premis Islamic National Bank, stesen petrol Al Hadddad, lebih 20 hotel serta restoran mewah. Keadaan ini jauh berbeza berbanding tiga tahun lalu dan ia membuktikan rakyat semakin serius dalam memacu ekonomi negara, katanya. Sementara itu, wartawan Metro Ahad yang meninjau sekitar bandar Gaza turut kagum apabila semakin banyak premis perniagaan baru dibuka, terutama membabitkan salun kecantikan, kedai alatan elektrik, pusat jualan dan pameran kereta Volkswagen, selain puluhan restoran makanan Barat dan Asia Barat.

Page 71: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

40

Headline: Seri wajah pejuang

Publication: HM Date of publication: Dec 8, 2012 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Elrafaei Sapi

KUALA LUMPUR: Apa yang menyentuh hati saya adalah melihat wajah mereka berseri kerana warak. Semangat pejuang Islam ditanam dalam diri bukan saja berani mati malah mereka askar tiada tandingan, kata Ketua Biro Harian Metro Perak, Jamilul Anbia Md Denim mengenai semangat pejuang Palestin digelar Komando Qassam atau 'Tentera Malaikat' yang ditemuinya di Gaza baru-baru ini. Jamil bersama Jurugambar Eksekutif, Azhar Mat Ganti berkesempatan ke Gaza berkongsi pengalaman selama lima hari berada di Gaza bersama penonton program Malaysia Hari Ini (MHI) di sini, semalam. Jamil berkata, laporan eksklusif mengenai tentera Qassam dilaporkan muka depan akhbar ini semalam menjadi kenyataan tanpa disengaja selepas menyuarakan hasrat pada satu badan bukan kerajaan (NGO), Pemulihan dan Pembangunan Tebing Gaza (Emmar) dan Pengarah Perhubungan Luar Kementerian Pendidikan Palestin, Ahmad Annaj. Kami masuk ke sempadan Rafah pada 28 November lalu selepas menunggu tiga jam sekatan. Ketika kami dibawa berjumpa dengan tentera Qassam, kami menaiki teksi dan diberitahu ingin menuju ke kem pelarian di utara Gaza. Namun, apabila tiba di satu kawasan gelap kami diminta turun dan berjalan sejauh 500 meter sebelum disambut antara 20 dan 30 anggota tentera berpakaian biasa, katanya yang turut dibantu Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) yang mengadakan misi bantuan di sana. Sebagai wartawan, Jamil berkata, usaha mendapatkan berita untuk dikongsi bersama pembaca cabaran paling besar. Perkara pertama saya fikir bagaimana mendapatkan berita terbaik menyelami kesengsaraan rakyat di Gaza disampaikan dalam bentuk berita. Namun, petugas Muslim Care banyak membantu, katanya. Katanya, pengalaman melihat penderitaan masyarakat Palestin seperti kanak-kanak, wanita dan warga emas di Hospital Al-Shifa dan Khan Younis berdepan kecederaan putus kaki, ditembak dari belakang dan koma cukup menyentuh perasaan. Saya melihat Khan Younis menjadi sasaran kerana ia menjadi sumber makanan dari

Page 72: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

41

pertanian dan ternakan pada masyarakat di sana. Apabila kawasan ini diletupkan ia mengakibatkan penduduk kebuluran, katanya. Berkongsi pengalaman kali kedua berbanding pada 2008, Jamil menyatakan Gaza mempunyai potensi maju sebagai bandar pesisir pantai jika tiada serangan Israel. Dulu saya lihat Gaza seperti bandar mati, tetapi kali ini lebih membangun kerana mempunyai stesen minyak, bank dan butik pakaian mewah. Setiap kali meninggalkan Gaza saya rindu untuk kembali semula. Walaupun perasaan berdebar, tetapi apa yang berlaku boleh dihayati dan dijadikan teladan untuk masyarakat kita menghargai keamanan, katanya. Bagi Azhar, pengalaman pertama kali ke sana memberikan pengalaman berharga apabila berkesempatan merakam gambar mangsa kekejaman tentera Zionis. Bukan semua boleh pergi apatah lagi melepasi proses 14 sekatan adalah sukar. Malah, setiap langkah penuh debaran kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila pergerakan kami turut diperhatikan, katanya. Katanya, sambutan diberikan masyarakat Gaza terhadap kunjungan bantuan Malaysia lebih rapat seperti saudara. Menjadi tanggungjawab kami apa dipaparkan itulah keadaan sebenar berlaku di sana. Bagi mereka yang ingin menderma inilah masanya, katanya.

Page 73: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

42

Headline: Malaysia wajar terajui usaha bebaskan Palestin Publication: BH Date of publication: Dec 6, 2012 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Amidi Abdul Manan

Gaza menangis lagi. Gaza sekali lagi diserang. Seperti sebelum ini sasarannya tidak mengenal erti kemanusiaan apatah lagi belas ehsan. Bom demi bom digugurkan. Peluru berpandu dilancarkan bagi membunuh sesiapa sahaja di tempat yang disasarkan. Tangisan dan rintihan langsung tidak memberi sebarang erti kepada manusia berbangsa Israel itu. Seperti biasa juga umat Islam melaungkan pembelaan terhadap warga Palestin yang kini menjangkau dasawarsa keenam diperlakukan semahunya. Tunjuk perasaan, kutipan derma dan kata-kata semangat bergema di serata dunia menyokong perjuangan rakyat Palestin. Bantuan demi bantuan diberikan tanpa kelihatan penghujungnya. Kehilangan nyawa rakyat Palestin sudah tidak terkira lagi. Biar berapa pun jumlahnya ia seolah-olah tidak memberi nilai. Nyawa rakyat Palestin umpama sampah di mata Israel. Tiada bezanya nyawa seorang pejuang kebebasan dengan nyawa warga tua, tiada bezanya antara nyawa seorang wanita dan nyawa kanak-kanak, semuanya diragut rakus oleh Israel. Entah berapa banyak pula kemusnahan yang merugikan di Gaza. Jumlah kemusnahan tidak perlu dinilai kerana tidak boleh dituntut ganti ruginya. Dunia yang ada seolah-olah membisu. Seorang presiden sebuah negara paling berkuasa di dunia yang menghentikan aktiviti ketenteraan negaranya di negara lain juga tidak dapat berbuat apa-apa. Pemilihan semula Presiden Barack Obama tidak langsung menghadirkan rasa gerun, malah memberikan Israel lesen untuk bertindak semahunya. Itulah fenomena yang biasa kita lalui setiap kali konflik Palestin-Israel memuncak. Derma, demonstrasi, kutukan, persidangan, pemulauan barang adalah acara yang sudah menjadi tetap apabila berhadapan dengan keangkuhan rejim Israel itu. Konsisten bela nasib rakyat Palestin Kita berbangga kerana Malaysia adalah antara negara yang konsisten dalam membela nasib rakyat Palestin. Bermula dengan tunjuk perasaan dan kenyataan mengutuk tindakan rejim Israel itu, sudah ada usaha bersifat jangka panjang yang digerakkan. Pembinaan hospital dan masjid serta menaja pelajar Palestin adalah antara usaha itu. Namun, timbul persoalan bilakah keangkuhan rejim Israel itu dapat dihentikan? Segala

Page 74: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

43

usaha sudah digerakkan dan hampir semuanya menemui jalan buntu. Perundingan demi perundingan diadakan namun hak rakyat Palestin terus dinafikan. Dunia Islam kini teruja dengan wajah baru politik Asia Barat. Umat menanti suatu kelainan pasca 'Arab Spring'. Ketegasan Kerajaan Mesir telah mula kelihatan apabila Presiden Mohamed Morsi sudah pun menghantar Perdana Menteri, Hisham Qandil untuk melawat Gaza. Tak dibiarkan sendirian Dalam satu kenyataannya selepas solat Jumaat baru-baru ini, Morsi menyatakan rakyat Mesir hari ini berbeza dengan rakyat Mesir ketika era Hosni Mubarak. Beliau menegaskan rakyat Palestin tidak akan dibiarkan sendirian. Presiden Tunisia, Moncef Marzouki pula mengeluarkan kenyataan menempelak kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap konflik yang melanda Gaza. Beliau menyatakan sokongan dan kebersamaan dengan rakyat Palestin bagi berhadapan dengan serangan 'barbaric' yang dilakukan oleh pengganas Israel. Seperti Mesir, Kerajaan Tunisia juga menghantar Menteri Luarnya, Rafik Abdessalem bagi menyampaikan bantuan kema-nusiaan. Pertemuan di Kaherah antara Perdana Menteri Turki, Amir Qatar dan Presiden Mesir adalah sesuatu yang menarik. Presiden Mesir dan Perdana Menteri Turki itu menegaskan mereka akan mempertahankan Gaza walau berapa pun kosnya. Perkembangan ini walaupun dilihat sebagai positif dalam menghadapi konflik di Gaza, masih terlalu awal untuk dihitung keberkesanannya. Umat meletakkan harapan yang tinggi bagi penyelesaian yang tuntas terhadap konflik yang berlarutan terlalu lama. Justeru, ingin dicadangkan di sini bahawa sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan sejagat, sewajarnya Kerajaan Malaysia mengetuai rakan sekutu dalam ASEAN bersama menghantar delegasi rasmi bagi menunjukkan kesungguhan dalam membela rakyat Palestin. Kita perlu berbuat sesuatu yang lebih tegas dan di luar kebiasaan bagi menghentikan keangkuhan rejim Israel itu. * Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia E-mel ke [email protected] untuk berkongsi pendapat

Page 75: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

44

Headline: `Kalau jumpa saya pukul dengan kayu' Publication: HM Date of publication: Dec 6, 2012 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Jamilul Anbia Md Denin

GAZA: Biarpun masih kanak-kanak, semangat dan keberanian mereka untuk berdepan dengan tentera Israel amat mengagumkan selepas menyedari kesinambungan perjuangan mereka penting untuk membebaskan bumi Gaza daripada cengkaman rejim Israel. Seorang kanak-kanak Palestin, Masaab Alashi, berusia lapan tahun, berkata, dia amat benci kepada tentera Zionis yang memusnahkan kampungnya di Abasan Kabiran, di sini. Saya akan pukul mereka (tentera Zionis) dengan kayu kalau saya jumpa mereka. Saya akan pukul kuat-kuat supaya mereka jangan datang ke sini lagi, katanya penuh bersemangat. Dia yang hilang tempat tinggal akibat serangan Zionis itu mendakwa tidak gentar dengan tentera Israel walaupun menyedari tentera Israel dilengkapi senjata api. Saya tak takut tentera Zionis sebab mereka mengecut dan hanya berani menyerang dari udara atau laut. Mereka takut mati kerana akan dihantar masuk ke neraka, katanya fasih. Keberanian kanak-kanak Gaza ini turut diakui oleh seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gaza, Anwar Ibrahim, 45, yang mendakwa anak perempuannya, Waffa yang berusia enam tahun hanya ketawa dan tidak menunjukkan reaksi cemas sepanjang lapan hari serangan israel. Menurutnya, Waffa sedikitpun tidak lari atau menyorok ke dalam rumah sebaik mendengar dentuman bunyi letupan bom dijatuhkan tentera Israel. Anak saya itu hanya ketawa dan sekadar bertanya apa yang berlaku. Apabila saya memberitahu ia adalah letupan bom Israel...Waffa hanya tersenyum. Dia memberitahu akan memukul tentera Israel jika mereka terus membuat kacau di bumi Gaza. Saya bertanya sama ada dia tidak takut ditembak tentera israel namun Waffa sekadar menggeleng kepala, katanya. Menurutnya, dia turut sempat merakam gelagat anak perempuannya itu ketawa menggunakan kamera telefom bimbit ketika serangan Zionis berlaku bertali arus.

Page 76: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

45

Saya yakin beribu lagi kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis turut mempunyai keberanian ini dan tidak gentar sama sekali terhadap ancaman maut Zionis, katanya.

Page 77: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

46

Headline: Tulang hancur Publication: HM Date of publication: Dec 6, 2012 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Jamilul Anbia Md Denin

GAZA: Saya hanya mampu melihat anak gadis saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah sebelum mati akibat parah di kepala, kata Shahida Mohamed, 56, menceritakan detik kematian anaknya selepas rumah mereka dibom tentera Israel, 15 November lalu. Akibat serangan yang dilakukan ketika azan Maghrib berkumandang itu, Shahida turut parah apabila tulang lutut kaki kirinya hancur ditimpa bumbung rumah manakala anak perempuannya, Yusrah Abdullah, 20, mati serta-merta. Shahida yang ditemui di Hospital Al Shifa, di sini, berkata, ketika kejadian dia memasak di rumah bersama Yusrah sebelum beberapa jet pejuang F-16 milik Israel melintasi ruang udara Gaza dan menjatuhkan bom dan roket. Letupan demi letupan kuat berlaku sebelum dinding dan bumbung rumah kami turut berkecai. Saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah. Yusrah mati serta-merta akibat ditimpa tiang dan bumbung rumah di kepala dan saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa, katanya berlinangan air mata. Kecederaan Shahida akibat serangan tentera Israel itu menyebabkan tulang lutut kakinya pecah manakala isi daging betisnya turut hancur. Seorang lagi mangsa, Yusuf Kareem, 45, hancur tulang ke dua kakinya akibat ditembak dengan roket milik tentera Israel. Dalam kejadan 18 November lalu, mangsa cedera parah selepas terkena serpihan peluru roket menusuk masuk ke dalam daging kakinya menyebabkan tulang mangsa patah remuk hampir di semua bahagian. Sakit yang saya alami terlalu azab untuk dibayangkan. Tulang kaki saya hancur dan doktor berusaha memulihkannya dengan memasang besi sebagai ganti. Saya hanya orang awam yang tidak bersenjata. Mereka (tentera Zionis) seolah-olah mendapat kepuasan dengan membunuh penduduk Gaza, katanya. Kesengsaraan sama turut dialami seorang anggota polis Palestin, Usama Mohamad Abu Saad, 48, yang cedera parah ditembak jet pejuang Israel, 18 November lalu.

Page 78: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

47

Dalam kejadian lewat petang itu, beberapa jet pejuang F-16 milik tentera Israel melepaskan roket serta menjatuhkan bom ke arah balai polis terletak di pinggir Gaza City, di sini. Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari balai polis berkenaan sebelum berpuluh ledakan kuat berlaku dan meruntuhkan bangunan balai polis itu. Pada masa sama, saya ditembak di belakang tubuh dipercayai dilepaskan dari jet pejuang Zionis. Akibat tembakan itu, saya tidak sedarkan diri sebelum dipapah orang ramai ke hospital Al Syifa. Memang sakit ketika itu dan saya sangka akan mati, katanya. Menurutnya, dia bernasib baik peluru tidak menembusi organ utama tubuhnya. Walaupun tidak boleh bergerak kini, saya bersyukur kerana terselamat. Malah, saya mendapat tahu seluruh bangunan balai polis ranap dihujani roket dan bom. Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam, katanya. Tinjauan Harian Metro mendapati bilangan pesakit akibat serangan tentera Zionis bermula 14 November lalu berkurangan di Hospital Khan Younis dan Al Syifa. Pada masa sama, lebih 10 doktor dari Sudan secara sukarela didapati turut bertugas di hospital itu untuk memberi bantuan kepada pesakit sejak kelmarin. Bantuan kecemasan diberikan NGO antarabangsa dari Tukri dan Mesir termasuk ubat-ubatan dan doktor pakar sedikit sebanyak membantu pihak hospital di Gaza merawat ribuan pesakit yang dihantar ke hospital ketika perang meletus.

Page 79: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

48

Headline: 32 sekolah musnah disasar roket Zionis Publication: HM Date of publication: Dec 4, 2012 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Jamilul Anbia Md Denin

GAZA: Impian kanak-kanak dan remaja Palestin mendapat pendidikan sempurna seperti rakan mereka di negara lain terus berliku apabila 32 sekolah musnah sepanjang lapan hari Israel membedil bandar ini, bermula 14 November lalu. Timbalan Menteri Pendidikan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Anwar Alif Barwai yang ditemui Harian Metro di sini berkata, kemusnahan teruk dialami struktur bangunan sekolah membuktikan ia sememangnya menjadi sebahagian sasaran serangan yang dirancang tentera Israel dan bukannya tidak sengaja. Menurutnya, pihak Yahudi Israel sememangnya berniat mahu menghancurkan kemudahan dan sistem pendidikan umat Islam Palestin Gaza bagi merencatkan masa depan generasi muda. Setakat ini beribu-ribu pelajar Gaza tidak mendapat kemudahan pembelajaran sempurna dan menumpang di beberapa sekolah lain untuk meneruskan sesi pembelajaran. Tindakan Israel seharusnya dikecam pihak antarabangsa. Hak untuk belajar dan mendapat ilmu pengetahuan adalah hak semua kanak-kanak dan ia tidak harus dijadikan sasaran peperangan, katanya. Sementara itu, Dr Anwar berharap kementerian pendidikan di Gaza mampu menjadikan Malaysia sebagai contoh bagi memaju dan menaik taraf pendidikan di negara itu. Saya mendapat tahu sistem pendidikan di Malaysia sudah berkembang pesat dan menjadi acuan kepada beberapa negara Islam lain. Ini sesuatu yang membanggakan dan kami harus belajar dari pengalaman Malaysia. Kami harap kerajaan Malaysia sudi berkongsi pengetahuan bagi membina sistem kokurikulum kondusif kepada pelajar di Gaza, katanya. Menurutnya, semoga suatu hari nanti pihaknya mampu menyediakan sekolah serba lengkap dengan prasarana moden untuk generasi muda Gaza yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Setakat ini ada 85 sekolah di Semenanjung Gaza yang masih terselamat dan menjadi sekolah projek bagi memastikan semua pelajarnya turut mempunyai kekuatan mental dan fizikal bagi mengharungi ancaman berterusan Israel, katanya.

Page 80: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

49

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar bandar ini semalam mendapati beberapa guru dan pelajar yang terbabit dalam serangan itu giat mengumpulkan semula buku teks dari celah runtuhan bangunan sekolah. Seorang guru ditemui, Fathma Majeed, 35, berkata, buku teks itu perlu dikutip dan digunakan semula berikutan mereka tidak mampu membeli buku teks baru untuk pelajar.

Page 81: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

50

Headline: Ramai kanak-kanak disahkan pekak Publication: HM Date of publication: Dec 4, 2012 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Jamilul Anbia Md Denin

GAZA: Setakat ini, 45 kanak-kanak disahkan menjadi pekak dan berkemungkinan akan turut bisu apabila koklea telinga mereka rosak akibat bunyi kuat letupan bom Israel yang melakukan serangan berterusan ke atas bandar ini pada 14 hingga 22 November lalu. Perkara itu dinyatakan Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz yang kini bertungkus-lumus merawat dan memulihkan kanak-kanak Palestin di Gaza. Ramai kanak-kanak Gaza yang terselamat akibat serangan bom berangkai dan roket Israel kini menjadi pekak akibat bunyi letupan bom yang terlalu kuat. Ramai juga antara mereka mengalami situasi trauma teruk hingga menjejaskan emosi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertutur. Menyedari masalah dialami kanak-kanak ini...saya dibantu 10 sukarelawan lain membuka pusat ini untuk memberikan rawatan terhadap mereka menggunakan peralatan moden dan kaedah psikologi, katanya. Persatuan NGO Gaza itu yang mendapat bantuan dana tetap dari Pertubuhan Muslim Care Malaysia turut menyediakan bilik terapi khas untuk mengenal pasti masalah pendengaran dihadapi mangsa sebelum rawatan diberikan. Kebanyakan mereka ini tidak mampu mendapatkan rawatan pakar kerana bayarannya mahal, jadi kami menawarkan rawatan percuma bagi memastikan mereka dapat dipulihkan, katanya. Sementara itu, ibu mangsa, Ummu Jannah, 38, memberitahu anak lelakinya, Bahrawi Mohamed, 6, mengalami masalah psikologi teruk hingga tidak boleh bercakap. Dia bagaimanapun bersyukur apabila anaknya itu yang menerima bantuan pusat itu kini sudah boleh bercakap serta berkomunikasi. Seorang sukarelawan di pusat itu, Baker Elqa Hauji, 30, mendakwa tugas tanpa gaji itu dianggap satu jihad.

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 30 Mei 2013

Page 82: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

1

MAPIM GESA PBB BENARKAN PELARIAN PALESTIN PULANG KE RUMAH

Date: 15-05-2013 Author: / YAM KHY NH MAPIM-PALESTIN KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan Resolusi 194 (III) yang memberi keizinan kepada pelarian Palestin pulang ke rumah mereka sempena menyambut ulang tahun Hari Nakba atau Hari Bencana. Pengerusi Mapim Azmi Abdul Hamid berkata PBB telah meluluskan resolusi itu 65 tahun lalu tetapi sehingga hari ini Israel masih tidak membenarkan pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka. Hari Nakba disambut pada 15 Mei setiap tahun bagi memperingati pengusiran ratusan ribu warga Palestin dari penempatan mereka berikutan penubuhan Israel pada 1948, katanya. "Resolusi diluluskan PBB untuk menyelesaikan krisis pelarian Palestin. Mereka kini berada di khemah-khemah pelarian di Jordan, Syria dan Lubnan tetapi nampaknya Israel tidak mematuhi dan menghormati resolusi itu dengan melarang warga Palestin pulang ke rumah mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan satu memorandum yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon di pejabat PBB di Bukit Damansara di sini. Memorandum berkenaan diterima Penasihat Keselamatan Jabatan Keselamatan PBB (UNDSS) Devendra Patel. "Perang itu telah mencetuskan krisis pelarian paling besar dalam sejarah sehingga menyebabkan rakyat Palestin diusir keluar Israel dan apa yang menyedihkan warga Palestin tidak dapat pulang walaupun resolusi berkenaan telah lama diluluskan PBB," katanya. Sehubungan itu, Azmi berkata antara isi kandungan dalam memorandum itu ialah mencadangkan kepada PBB untuk mengantung keanggotaan Israel dalam PBB, melaksanakan sekatan ketenteraan dan ekonomi ke atas Israel dan membawa kes pelanggaran hak asasi manusia, penempatan haram dan lain-lain penindasan terhadap warga Palestin oleh Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. -- BERNAMA YAM KHY NH

Page 83: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

2

SOKONGAN PADU NAJIB TERHADAP PALESTIN PENYEBAB MUSUH ISLAM KURANG SENANG

Date: 02-05-2013 Author: / SAH TNS DC AHMAD-ISLAM SEGAMAT, 2 Mei (Bernama) -- Sokongan padu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap perjuangan rakyat Palestin mungkin antara punca musuh Islam luar negara mendoakan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini. Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat Palestin juga boleh menjadi penyebab musuh Islam itu tidak mahu BN terus memerintah agar tiada lagi bantuan sampai kepada negara yang ditindas Israel itu. Katanya, musuh Islam itu berasa semakin kurang senang apabila kepimpinan Najib dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju, sekali gus menutup helah mereka yang melabelkan negara Islam sebagai mundur. "Saya tidak mengatakan ia pasti tapi mungkin itu boleh dijadikan sebab mengapa mereka tak suka pada kita. "Jadi jika Malaysia berjaya di bawah pimpinan Najib, pasti agenda jahat mereka untuk terus menindas umat Islam gagal," katanya ketika ditemui pada satu majlis bersama rakyat di sini hari ini. Satu video klip bertajuk 'Malaysia Prophecy From Jerusalem' berdurasi 16 minit itu telah mula tersebar luas menerusi media sosial sejak 26 April lalu malah ia dilihat sebagai cubaan pihak luar untuk menimbulkan sentimen keagamaan terhadap rakyat di negara ini. Ketika diminta mengulas mengenai kandungan video tersebut yang begitu mengetahui keadaan dalaman di negara ini, Ahmad berkata ia berikutan ada pemimpin pembangkang yang terlalu banyak menyokong kegiatan kumpulan Yahudi malah aktiviti politik pemimpin itu juga dibiayai kumpulan tersebut. "Maklumat ini saya dapat daripada Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan maklumat itu adalah fakta malah pastinya beliau tahu secara terperinci," katanya. Ahmad dalam pada itu menggesa umat Islam di negara ini untuk bangkit dan sedar dari angan-angan malah terus bersatu agar 'doa' pihak luar itu dapat ditepis bagi menjamin keharmonian negara sebagai sebuah negara Islam maju pada masa depan. -- BERNAMA SAH TNS DC

Page 84: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

3

AMAN PALESTIN HANTAR PAKAR PERUBATAN LATIH DOKTOR MUDA GAZA

Date: 22-03-2013 Author: / IAMS INE FR SP RHM PALESTIN-PAKAR BANGI, 22 Mac (Bernama) -- Aman Palestin Berhad akan menghantar sepasukan enam pakar perubatan ke Gaza dari 26 Mac hingga 8 April untuk memberi latihan kepada doktor muda Gaza dan melakukan 21 pembedahan kritikal yang telah dikenal pasti. Perunding Aman Palestin Berhad Dr Zainurrashid Zainuddin berkata pasukan itu, yang akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Palestin dan Hospital Palestin di Gaza, juga dijadual mengadakan seminar dan syarahan di fakulti perubatan Universiti Islam Gaza. Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Dr Zainurrashid, yang akan mengetuai misi perubatan itu, berkata pasukan berkenaan akan dianggotai enam pakar daripada pelbagai bidang iaitu seorang pakar bedah umum, seorang pakar urologi, seorang pakar bedah tangan, seorang pakar bedah ortopedik dan seorang pakar ginekologi. "Pembedahan yang akan dilakukan semasa misi itu termasuk enam kes ortopedik, 11 kes urologi dan empat kes neurologi, yang keseluruhannya melibatkan anggaran kos RM500,000," katanya. Dr Zainurrashid, pakar ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, berkata tiga hospital di Gaza - Al-Quds Hospital, Asdeeqa Al-Marid Hospital dan Al-Awda Medical Centre - akan menyertai misi itu. Beliau berkata ini merupakan misi perubatan pertama Palestin Aman, setelah menghantar 14 misi kemanusiaan sebelum ini. Sementara itu ketua pegawai eksekutif Aman Palestin Awang Sufian Awang Piut berkata Aman Palestin membuat keputusan menghantar kumpulan pakar itu kerana mendapati doktor di Palestin belum terdedah kepada kemajuan terkini dalam bidang perubatan. "Kami harap misi ini akan membantu mereka menambah pengetahuan tentang penemuan dan teknologi terbaru dalam bidang perubatan," katanya. Beliau berkata misi itu akan dibiayai Aman Palestin dan melalui sumbangan rakyat Malaysia. -- BERNAMA IAMS INE FR SP RHM

Page 85: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

4

PUSAT TRAUMA UNTUK KANAK-KANAK PALESTIN PERLU DIBINA - NGO

Date: 11-03-2013 Author: / FBA MRS ZBI MAM NM LL4G-TRAUMA KOTA BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Sebuah badan bukan kerajaan, Life Line for Gaza (LL4G), merancang untuk membina pusat trauma bagi membantu kanak-kanak Palestin menghadapi krisis berpanjangan dengan Israel. Pengerusi LL4G Noorazman Mohd Samsuddin berkata pihaknya menjangka serangan lebih hebat daripada rejim Zionis pada masa depan, justeru pembinaan pusat trauma seumpama itu amat diperlukan bagi membantu kanak-kanak terbabit menghadapi situasi cemas. "Hasil kajian yang kita lakukan, terdapat kira-kira 2,000 kanak-kanak Palestin terutama yang tinggal di Gaza kini berada dalam keadaan trauma berikutan konflik Palestin-Israel yang masih belum menemui titik noktahnya," katanya. Beliau bercakap pada sidang media mengenai Perlawanan Bola Sepak Amal Palestin antara bekas pemain Kelantan dan bekas pemain Selangor di sini hari ini. Perlawanan persahabatan yang dijadual berlangsung pada 8.45 malam di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini Jumaat ini, bertujuan mengumpul dana untuk misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.lifelineforgaza.org atau www.facebook.com/lifeline4gaza. -- BERNAMA FBA MRS ZBI MAM NM

Page 86: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

5

LAWATAN NAJIB KE GAZA PERKUKUH HARAPAN RAKYAT PALESTIN UNTUK MERDEKA - YUSUF AL-QARADAWI

Date: 10-03-2013 Author: / SNS AKT RS AL-QARADAWI-NAJIB KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa kerana pendirian beliau dalam menyokong perjuangan Palestin. Ini termasuk Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, yang menyatakan penghargaan mereka menerusi sepucuk surat kepada perdana menteri, sambil menyifatkan lawatan itu sebagai petanda jelas kepada masyarakat antarabangsa dan para pemimpin negara-negara Islam. "Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," kata Pengerusi lembaga itu, Yusuf Al-Qaradawi. Surat itu difaks ke Bernama hari ini. Adalah diperhatikan lawatan berani Najib ke Semenanjung Gaza memperkukuh harapan jutaan rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan sejak beberapa dekad. "Malaysia bagi mereka telah lama dianggap sebagai negara Islam peneraju, khususnya dalam menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Al-Qaradawi berkata kerajaan Malaysia dan rakyatnya adalah faktor penting dalam menyokong perjuangan adil Baitulmaqdis, dengan Baitulmaqdis sendiri menjadi teras perjuangan Islam. Najib memasuki Gaza untuk lawatan kemanusiaan sehari pada Januari, pertama kali bagi seorang perdana menteri Malaysia, semasa lawatan kerja tiga harinya ke Mesir sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. -- BERNAMA SNS AKT RS

Page 87: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

6

PALESTIN MESTI KAJI STRATEGINYA UNTUK MERDEKA - TUN DR MAHATHIR

Date: 02-03-2013 Author: / SSS SS3 RV RS MAHATHIR-PALESTIN KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa rakyat Palestin mesti mengkaji semula strategi mereka bagi mencapai tahap negara merdeka. Beliau berkata selepas lebih 60 tahun segala usaha untuk melihat Palestin merdeka masih tidak berhasil. Dr Mahathir, yang juga Presiden Perdana Global Peace berkata, pada masa sama rakyat negara itu juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi mendapatkan sokongan dunia, khususnya pihak Barat walaupun ini akan mengambil masa agak lama. "Kini masanya untuk membuat perancangan lebih berkesan dan siapkan diri dengan strategi dan kemahiran. Mungkin mengambil masa, tapi tak mengapa kerana kita telah menunggu lebih 60 tahun. Beliau berucap pada penutupan persidangan pertama Gerakan Belia Malaysia-Palestin di sini bertajuk "Evolution For Palestine". "Rakyat di negara yang ingin membangun mesti membuat persiapan. Mesti ada pengetahun dan kemahiran...Tanpanya jika kita menangpun tidak dapat membantu membangun negara," katanya. -- BERNAMA SSS SS3 RV RS

Page 88: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

7

AMAN PALESTIN PERLU RM450,000 UNTUK PROJEK MEMBANTU RAKYAT GAZA

Date: 02-03-2013 Author: / SAH RV NM DANA-AMAN PALESTIN KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Aman Palestin Berhad memerlukan RM450,000 untuk melaksanakan lima projek pembangunan yang dirancang tahun ini bagi membantu rakyat Gaza. Pengerusi Eksekutifnya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata projek terbabit ialah menggali telaga, projek pertanian dan penternakan, menyediakan katil kecemasan di dua hospital utama, memulihkan pusat perubatan dan membina sebuah rumah kebajikan bagi golongan kurang upaya akibat kecederaan semasa perang. Sejak penubuhan Aman Palestin, rakyat di negara ini memberi sokongan yang begitu baik dan tidak putus-putus menyumbang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya bagi memastikan sokongan rakyat berterusan, Aman Palestin juga melantik lima selebriti sebagai duta yang akan memainkan peranan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderitaan penduduk Palestin di Gaza. Lima selebriti itu ialah Heliza Helmi, Zoey Rahman, Maulana, Amie Sofea dan Salima Habibi yang diharap dapat terus aktif berdakwah menyedarkan rakyat Malaysia mengenai nasib penduduk Gaza, katanya. Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Aman Palestin akan menganjurkan 'Larian Untukmu Gaza' pada 9 Jun ini bagi mengutip dana. Larian itu yang diadakan dengan kerjasama Artis Kuala Lumpur menyasarkan kutipan RM50,000 untuk disalur kepada tabung Palestin, katanya. -- BERNAMA SAH RV NM

Page 89: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

8

NAJIB GESA RAKYAT MALAYSIA BANTU RANCANG MAJUKAN PALESTIN, SELAIN HULUR BANTUAN

Date: 02-03-2013 Author: / SSS SS3 HK MGN SP NH NAJIB-PALESTIN KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia supaya tidak hanya memberi bantuan kewangan, perubatan dan kecemasan lain, tetapi juga turut membantu merancang masa depan yang lebih baik untuk Palestin. "Apa yang patut kita tawarkan juga ialah wawasan untuk masa depan Palestin, selain sumber yang kita miliki, untuk dikongsi di mana perlu. "Kita juga boleh mengambil iktibar tentang apa yang dibawa oleh persengketaan, kacau-bilau dan peperangan kepada sesebuah negara, sesuatu yang ingin kita elak sepenuhnya," kata Najib dalam prakata buku cenderamata sempena persidangan 'Evolusi Palestin' anjuran Pergerakan Belia Malaysia-Palestin (MPYM) di sini. Najib, yang juga penaung MYPM, berkata rakyat Malaysia, seperti rakyat di pelbagai negara lain di dunia, sentiasa mengambil berat nasib yang menimpa rakyat Palestin. Konflik yang berlaku di negara Timur Tengah itu tidak boleh diketepikan begitu saja atau diharapkan akan selesai dengan sendiri, katanya. "Ia sesuatu yang nyata dan ibarat udara yang kita hirup ketika bernafas, umpama hujan yang membasahi kita, seperti luka di tangan kita serta darah yang mengalir daripadanya. Kita mendengar tangisan mereka, kita turut merasai kesakitan mereka," kata Najib. Perdana Menteri berkata MPYM merupakan platform yang baik kerana ia mewakili harapan serta impian Malaysia dan Palestin, selain keazaman, idea dan tenaga untuk memupuk serta mengukuhkan hubungan antara satu sama lain. Katanya golongan muda di Malaysia bernaib baik kerana membesar dalam suasana aman, berbanding anak muda di Palestin yang membesar dalam suasana sengketa. "Namun demikian, belia, khususnya pada era teknologi serba pantas ini, akan dapat menyelami minda dan apa yang dirasa satu sama lain, dengan cepat. Najib berkata perkara lebih malang bagi Palestin ialah ia tidak diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat, walupun memperoleh taraf negara pemerhati pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. "Sekiranya anda membuat carian secara dalam talian tentang negara di Timur Tengah yang dilanda peperangan, Iraq, Libya, Bahrain, Afghanistan, Pakistan, Syria, Jordan dan Yemen akan muncul, manakala Palestin hanya disebut sebagai "wilayah" sahaja," katanya. -- BERNAMA SSS SS3 HK MGN SP NH

Page 90: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

9

OIC BANTU PALESTIN TUBUH JARINGAN KESELAMATAN KEWANGAN ISLAM

Date: 08-02-2013 Author: / ABM INE FR DC OIC-PALESTIN KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Persidangan Kemuncak Islam ke-12, anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), telah menerima pakai resolusi penubuhan Jaringan Keselamatan Kewangan Islam bagi membantu Palestin. Menurut kenyataan OIC, resolusi itu menyebut Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu perlu memastikan usaha tersebut dilaksanakan dengan jayanya. "Kami memutuskan untuk menubuhkan Jaringan Keselamatan Kewangan Islam bagi membantu Palestin mengharungi waktu yang sukar. "Israel merampas pulangan kewangan Palestin selepas mereka mendapat status pemerhati bukan ahli di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) November lepas," kata Ihsanoglu pada hari terakhir persidangan dua hari itu di Kaherah, Mesir, Khamis. Beliau berkata negara Islam bukan Arab akan dijemput untuk menganjurkan sebuah persidangan bagi menggalak serta meningkatkan sokongan untuk Palestin sehingga krisis tersebut tamat. Katanya beberapa negara Islam sudah menunjukkan minat untuk menyumbangkan kepada sistem jaringan keselamatan tersebut. Persidangan kemuncak tersebut dengan tema: 'Dunia Islam: Cabaran Baharu dan Peluang Untuk Berkembang' itu memberi tumpuan kepada beberapa isu termasuk dunia Islam, masalah Palestin, penempatan Israel dan ketegangan di berapa negara Islam. Persidangan kemuncak itu juga memutuskan bahawa negara anggota OIC, Sekretariat Agung OIC dan Bank Pembangunan Islam akan mengadakan Persidangan Penderma dengan negara penderma, institusi antarabangsa dan Palestin bagi memastikan dana disediakan bagi Pelan Strategik Sektor Pembangunan Bandaraya Al-Quds (Baitulmmaqdis). Pada persidangan kemuncak itu, negara anggota OIC juga menyokong laporan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (HRC) berhubung penempatan Israel. Dalam laporan tersebut yang dikeluarkan Mac tahun lepas, HRC menggesa penubuhan sebuah jawatankuasa siasatan mengenai penempatan Israel yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa. -- BERNAMA ABM INE FR DC

Page 91: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

10

PUNCAK NIAGA SERAH ZAKAT RM100,000 UNTUK RAKYAT PALESTIN, ROHINGYA

Date: 02-02-2013 Author: / FAI MAM NM ZAKAT-PALESTIN SHAH ALAM, 2 Feb (Bernama) -- Puncak Niaga (M) Sdn Bhd hari ini menyerahkan zakat pendapatan syarikat sebanyak RM100,000 kepada Islamic Relief Malaysia untuk disalur kepada rakyat Palestin dan masyarakat Islam Rohingya. Cek zakat perdapatan itu disampaikan Pengurus Besar Jabatan Teknologi Maklumat (IT) Puncak Niaga, Azlan Shah yang mewakili bapanya Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Tan Sri Rozali Ismail, kepada Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin. Daripada jumlah itu, RM60,000 disumbangkan kepada Tabung Gaza Palestin dan RM40,000 kepada tabung bantuan kemanusiaan Rohingya. Selain itu, warga kerja Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) turut menghulur sumbangan peribadi berjumlah RM6,000 yang dikumpul melalui kutipan tabung kemanusiaan beberapa hari sebelum itu. Pengarah Urusan Puncak Niaga,Datuk Syed Danial Syed Ariffin dalam ucapannya berkata sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban dan menyemarakkan lagi semangat rakyat Islam Palestin dan Rohingya dalam menegakkan agama Islam. "Walaupun kita tidak dapat menyumbang tenaga untuk menyertai perjuangan mereka, kita tetap boleh membantu melalui sumbangan wang ringgit dan juga mendoakan kesejahteraan buat mereka," katanya. Terdahulu, kira-kira 100 warga kerja Puncak Niaga dan Syabas yang beragama Islam menyertai sambutan Maulidur Rasul yang diisi dengan ceramah dan program bual bicara bersama pendakwah Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, selain paparan gambar bertujuan memperingati perjuangan umat Islam di bumi Palestin. -- BERNAMA FAI MAM NM

Page 92: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

11

NAJIB KONGSI PENGALAMAN DI GAZA, PALESTIN DENGAN 1,000 ANGGOTA NCWO

Date: 29-01-2013 Author: / KNAA ZUZ NAK NH NAJIB-KONGSI KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi pengalaman beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan kemanusiaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini. Beliau berkongsi kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami penduduk wilayah tebing barat itu berikutan keganasan rejim Zionis Israel, dengan lebih 1,000 anggota Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO) sempena sambutan jubli emas persatuan itu di Dewan Perdana Felda di sini. Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menceritakan pertemuannya dengan seorang wanita yang kehilangan empat orang anaknya dalam insiden keganasan di wilayah itu. "Cuba bayangkan ibu yang kehilangan empat orang anaknya kerana keganasan dalam konflik di Gaza dan ibu itu beritahu pada isteri saya bahawa tiap-tiap pagi dia peluk anak-anak dia sebab dia tidak tahu pada akhir hari tersebut sama ada mereka akan bertemu lagi atau tidak. "Itulah satu cerita yang menyayat hati saya dan isteri selain banyak lagi sebenarnya kisah dan gambaran yang boleh kita jadikan iktibar dan peringatan," katanya dalam ucapan perasmian itu. Justeru, beliau berharap rakyat di negara ini mensyukuri dan menghargai asas keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dikecapi di Malaysia. Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza pada Selasa lepas dilihat membuka mata masyarakat dunia berhubung keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera. Sementara itu, Najib turut membidas sikap pembangkang yang sering memperlekeh usaha baik kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Malah, beliau menyifatkan sikap pembangkang itu sebagai tidak konstruktif dalam membuat kritikan terhadap usaha kerajaan yang positif. "Masalahnya kita ada pembangkang. Kalau kita baik, dia akan cuba perlekehkan. Saya pergi Gaza pun ada orang perlekeh. Bila kita buat Permata pun ada yang nak perlekehkan. Mereka tidak konstruktif dalam kritikan. "Cubalah kata ini baik, tak apalah kerajaan buat. Kalau baik katalah yang baik. Sepatutnya itulah peranan pembangkang yang konstruktif tapi apapun ia, kita ada masa yang akan tiba tidak lama lagi untuk kita buat penilaian yang mana baik yang mana sebaliknya," katanya. -- BERNAMA KNAA ZUZ NAK NH

Page 93: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

12

CONTOHI KPRIHATINAN PM UNTUK BANTU RAKYAT PALESTIN - TENGKU ABDULLAH

Date: 29-01-2013 Author: / NZR NZR NM TENGKU ABDULLAH-PALESTIN KUANTAN, 29 Jan (Bernama) -- Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau sendiri situasi di Palestin perlu dijadikan contoh dan dorongan kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah usaha itu jelas menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia amat komited dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu di Palestin. "Saya berharap usaha murni negara kita akan mendapat perhatian pihak terlibat serta dunia demi merealisasikan keamanan di bumi Palestin. "Saya juga bangga kerana beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Perdana Global Peace Foundation, Haluan Palestin, Aman Palestin daln lain-lain yang tampil sukarela membantu meringankan beban rakyat negara-negara bergolak," titah baginda pada pelancaran dan penyerahan dana Tabung Palestin-Gaza di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation (PPGO) Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Baginda juga bangga dengan sambutan rakyat termasuk sektor swasta dan kerajaan terutama di Pahang yang menyumbang kepada dana itu menerusi pelbagai saluran. Sehingga kini sejumlah RM1.1 juta disumbang penduduk seluruh Pahang, titah baginda. Sementara itu, Mukhriz berkata dana berkenaan berjaya mengumpulkan RM5 juta setakat ini dan RM2 juta daripadanya akan diguna untuk membeli ubat-ubatan, makanan serta keperluan lain. Beliau berkata PPGO sedang merancang untuk menyediakan bekalan air bersih bagi rakyat Palestin. "Bekalan air bersih di kawasan seperti Gaza dan Tebing Barat begitu terhad dan sumber air yang ada tidak selamat digunakan kerana bimbang mengandungi racun," katanya. -- BERNAMA NZR NZR NM

Page 94: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

13

LAWATAN PM KE GAZA DISIFATKAN SEBAGAI LAWATAN PERPADUAN OLEH RAKYAT PALESTIN

Date: 25-01-2013 Author: / NNA RV ROS LAWATAN-GAZA KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dapat memberi sokongan pragmatik dan disifatkan sebagai 'lawatan perpaduan' oleh rakyat Palestin. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Khalek Awang berkata selain menjanjikan keamanan masa depan, lawatan itu turut menekankan kepentingan amalan kesederhanaan dalam pemerintahan tertinggi. Beliau berkata frasa 'lawatan perpaduan' memang tepat kerana sejak 1948 berjuta-juta umat Islam dan Kristian Palestin terpaksa meninggalkan tanah air dan tinggal dalam buangan, namun impian rakyat Palestin terhadap pendamaian tetap kukuh. "Dengan melawat Gaza, Perdana Menteri cuba memaparkan kepada dunia perjuangan rakyat Palestin yang telah bertahan selama beberapa dekad, sekali gus memberi sokongan pragmatik kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata jika golongan sederhana berusaha secara kolektif dan lebih prihatin terhadap ketidakadilan yang ditanggung rakyat Palestin, inisiatif itu pasti membuahkan hasil yang dinanti-nantikan iaitu perdamaian antara Hamas dan Pihak-Pihak Berkuasa Palestin atau perdamaian antara Palestin dan Israel. Najib melawat Gaza, lawatan pertama seorang perdana menteri Malaysia ke bumi Palestin, pada lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. -- BERNAMA NNA RV ROS

Page 95: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

14

OBAMA TULIS DERITA RAKYAT PALESTIN DITINDAS ISRAEL

Date: 13-01-2009 Author: / PKJ PFA NO RS PERHIMPUNAN-PALESTIN MELAKA, 13 Jan (Bernama) -- Satu perhimpunan di sini hari ini bagi menentang keganasan rejim Zionis Israel di Palestin diberitahu bahawa bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam sepucuk suratnya pernah menyifatkan rakyat Palestin sebagai kelompok manusia paling tragis kerana ditindas oleh "penjajahan" Israel. Presiden International Movement of Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar berkata Obama menulis surat itu kira-kira 15 tahun lepas semasa beliau seorang peguam muda. Obama akan mengangkat sumpah sebagai presiden baru Amerika Syarikat pada 20 Jan ini. "Saya ingin mengingatkan Obama supaya beliau mengingati tulisannya dan bertindak sesuatu kepada nasib bangsa Palestin yang kini dibedil oleh tentera regim Israel," kata beliau pada perhimpunan yang dianjurkan oleh kerajaan Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh. Lebih 10,000 orang termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, beberapa timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron selaku pengerusi perhimpunan dan para belia, pelajar dan orang awam hadir sebagai menyatakan sokongan dan simpati kepada penduduk Palestin. Chandra berkata konflik Palestin-Israel boleh diselesaikan sekiranya Presiden Amerika Syarikat melakukan sesuatu termasuk memberi "kata-dua" kepada Israel supaya menghentikan serangan. "Oleh itu kita berharap Obama bertindak sewajarnya berasaskan penelitian beliau satu ketika dulu yang pernah menyatakan simpati kepada bangsa Palestin," katanya. Mohd Ali pada majlis itu menyokong ketetapan 10 resolusi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada persidangan khas Dewan Rakyat semalam. Anggota parlimen dari kerajaan dan pembangkang sebulat suara menyokong resolusi itu yang antara lain mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan tribunal bagi menyiasat kezaliman dan jenayah perang Israel di Gaza sekarang. Mohd Ali, naib presiden Umno, turut mencadangkan supaya ibu pejabat PBB di New York dipindahkan ke Beijing, China sebagai menepati piagam hak asasi manusia sepertimana dinyatakan oleh PBB sendiri. "Adalah adil dan tepat ibu pejabat PBB tidak lagi berdiri di New York kerana peranan Amerika Syarikat yang menyokong keganasan sebaliknya berpindah ke Beijing, sebuah negara yang dilihat lebih mencintai keamanan berasaskan pada sejarah dan kekuatan ekonomi pada masa depan," katanya. Beliau turut melancarkan tabung khas kerajaan Melaka bagi membantu rakyat Palestin dengan mensasarkan sumbangan dan kutipan sebanyak RM1 juta.

Page 96: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

15

-- BERNAMA PKJ PFA NO RS SETIAP AHLI TWU DERMA RM1 KE TABUNG PALESTIN

Date: 13-01-2009 Author: / SHK AFY RHM TWU-PALESTIN KUALA LUMPUR, 13 Jan (BERNAMA) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan (TWU) yang mempunyai kira-kira 12,000 ahli hari ini mengarahkan setiap ahlinya menyumbang RM1 ke Tabung Palestin. "Kita telah hantar arahan ke semua cawangan kita untuk membuat kutipan yang akan digunakan untuk menyumbangkan makanan, pakaian, ubat dan khemah kepada mangsa perang," kata Setiausaha Agung TWU Datuk Zainal Rampak. Dalam kenyataan kepada Bernama, beliau mencadangkan semua kesatuan sekerja dan perkerja di negara ini mencontohi langkah kesatuan itu. "Jika setiap pekerja menyumbang satu ringgit, dengan mudah dapat mengumpul kira-kira 10 juta ringgit kerana terdapat 10 juta pekerja di negara ini sekarang," katanya. Zainal juga menggesa Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) untuk mengarahkan anggota gabungan mereka mendesak Israel dan Amerika Syarikat menghentikan "pembunuhan" penduduk di Gaza. -- BERNAMA SHK AFY RHM

Page 97: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

16

MISI PBSM BANTU PALESTIN TIBA DI RAFAH

Date: 14-01-2009 Author: KURNIAWATI KAMARUDIN / KK KHY MAI PBSM-BANTUAN KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang menghantar misi perubatan pertamanya ke Semenanjung Gaza bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan tentera Israel akan memasuki Rafah di sempadan Mesir-Palestin hari ini. Pasukan dua anggota terdiri Dr Yahaya Abu Ahmad dan pegawai logistik, Nasir Khan Abdul Rahman, sampai ke Kaherah Sabtu lalu bagi memulakan perjalanan sejauh 300 kilometer untuk sampai ke sempadan Rafah. Nasir Khan ketika dihubungi berkata, mereka berdua bergerak dengan menaiki sebuah van dengan membawa lima kotak ubat-ubatan dan memasuki Rafah tengah hari ini. "Perjalanan mengambil masa empat jam dan kita telah berhubung dengan Persatuan Palang Merah Palestin yang menunggu kita di sempadan Rafah dan mengiringi kenderaan kita," katanya. Beliau berkata PBSM mendapat kerjasama baik daripada Persatuan Palang Merah Mesir dan Palestin, dan mereka tidak menghadapi masalah memasuki sempadan Rafah. Nasir Khan berkata bahawa selepas penyerahan ubat-ubatan kepada wakil Persatuan Palang Merah Palestin, beliau dan Dr Yahaya akan bergerak ke sebuah hospital di El-Airsh, 40 kilometer dari Rafah. "Kita difahamkan terdapat ramai mangsa di sana terutama kanak-kanak dan wanita. Dr Yahya akan memberi bantuan perubatan," katanya. Sebelum itu, beliau dan Dr Yahaya melawat Hospital Mahad Al-Naser di Kaherah, di mana terdapat 35 rakyat Palestin yang menerima rawatan. "Mereka adalah mangsa hari pertama serangan iaitu pada 27 Dis lalu," kata Nasir Khan. Pengurus Komunikasi PBSM, Suhana Mohamed Salleh berkata selain memberi bantuan perubatan, misi pertama itu akan berada di Palestin selama 10 hingga 14 hari dan akan membuat pemantauan bagi mengetahui permintaan dan keperluan perubatan di sana. "Daripada penilaian yang dibuat itu, barulah kita akan hantar jenis ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan di sana serta pasukan perubatan seterusnya," katanya. PBSM juga menubuhkan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin bagi membantu rakyat negara itu. Sehingga kini ia telah menerima kira-kira RM30,000 yang akan digunakan untuk membiayai kos pembelian ubat, alat bantuan sokongan serta bantuan pemulihan

Page 98: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

17

rakyat Palestin. Orang ramai boleh menghantar sumbangan melalui akaun Maybank bernombor 5144 2210 2657 atau sumbangan cek atas nama 'Tabung Bantuan Antarabangsa PBSM' dengan menulis 'Gaza City' di belakang cek terbabit. -- BERNAMA KK KHY MAI

Page 99: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

18

PALESTIN MAHU AS MENJADI "BROKER YANG ADIL"

Date: 14-01-2009 Author: / SBB KHY RHM PALESTIN-AMERIKA KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) diminta menjadi broker yang adil dalam menangani konflik pencerobohan Israel di Palestin yang bermula pada 27 Dis lepas. Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abuqutaish berkata beliau berharap bakal Presiden AS Barack Obama membuat pembaharuan dalam dasar negara itu berhubung perkara tersebut. "Kami tidak mahu mereka menjadi sekutu kami tetapi apa yang sebenarnya kami mahukan ialah agar AS menjadi broker yang adil," katanya pada sidang akhbar selepas menerima cek RM50,000 sumbangan Majlis Jaksa Pendamai Selangor di Kedutaan Palestin di sini hari ini. Semalam, akhbar melaporkan bahawa Israel terus mendapat sokongan daripada sekutu kuatnya itu apabila Presiden George W. Bush menyatakan bahawa gencatan senjata hanya akan dilakukan apabila Hamas menamatkan serangan roket ke atas negara Yahudi tersebut. Abdelaziz berkata angka kematian meningkat kepada 978 orang manakala 4,500 lagi cedera dalam serangan rejim zionis yang kini masuk hari ke-18. Katanya, antara yang terkorban dalam serangan itu ialah 13 anggota daripada pasukan perubatan, empat wartawan dan empat warga asing. Beliau berkata, Israel bukan sekadar melanggar hak-hak asasi kemanusiaan yang dinikmati rakyat Palestin apabila menyerang Gaza malah negara Yahudi itu turut menghalang masyarakat dunia menghulurkan bantuan. Abdelaziz juga berharap mereka yang cedera dalam serangan itu dapat dikeluarkan melalui sempadan Palestin-Mesir. Beliau yang berterima kasih atas bantuan yang diberikan berkata, Malaysia adalah contoh di mana masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni tanpa mengira agama. Sementara itu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor Datuk Seri Mahamad Fathil Mahmood berkata selain bantuan kewangan, pihaknya akan menghantar bantuan daripada segi peralatan perubatan seperti ambulans ke Palestin jika serangan terhadap Gaza masih berterusan. Dalam perkembangan lain, Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Bush perlu diheret ke mahkamah perang antarabangsa kerana bersekongkol dengan tindakan kejam tentera Israel membunuh rakyat Palestin di Gaza. "Bush adalah penjenayah perang yang bertanggungjawab di atas kematian ratusan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak di Gaza akibat keganasan rejim Yahudi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata pendedahan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert bahawa Bush mengikut telunjuk negara Yahudi itu untuk tidak menyokong gencatan senjata membuktikan AS tidak berhasrat menamatkan konflik yang berlaku di Semenanjung

Page 100: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

19

Gaza. Syed Ali juga berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menghormati sepuluh usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin yang diluluskan Parlimen Malaysia. Dewan Rakyat pada sidang khasnya Isnin lepas, antara lain mendesak PBB menubuhkan serta-merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. -- BERNAMA SBB KHY RHM

Page 101: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

20

TABUNG BANTUAN PALESTIN DI PLAZA TOL

Date: 14-01-2009 Author: / AHS KHY AZH LEBUHRAYA-PALESTIN KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyediakan Tabung Bantuan Palestin di setiap plaza tol di seluruh negara bagi memudahkan pengguna lebuh raya menghulurkan bantuan dalam bentuk baki bayaran tol, untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang sedang menjadi mangsa serangan ganas Israel di Gaza. Pengerusi LLM Datuk Syed Jamal Syed Jaafar berkata semua 24 syarikat konsensi LLM bersetuju untuk menyediakan tabung berkenaan di plaza tol masing-masing secepat mungkin. "Pengguna boleh mendermakan baki selepas membayar tol ke tabung berkenaan, walaupun sedikit tetapi yang penting ikhlas," katanya selepas melancarkan Majlis Pernyataan Komitmen Tanggungjawab Korporat LLM dan Syarikat Konsesi di sini hari ini. "Kami yakin boleh dapat kutipan yang banyak sebab terdapat lebih 100 plaza tol di seluruh negara ketika ini," katanya. Pada majlis yang sama, 104 kakitangan LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang kurang berkemampuan turut menerima bantuan RM500 seorang daripada LLM, bagi meringankan beban membeli barangan persekolahan anak-anak. -- BERNAMA AHS KHY AZH

Page 102: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

21

SOLAT HAJAT DAN DEMONSTRASI AMAN PALESTIN DITERUSKAN

Date: 16-01-2009 Author: / ZU AD RDY PFA MSR BD SLR AZE ZI SMK ZAF NZR HNH MRA BK PALESTIN-

SOLAT KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia hari ini terus mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, dan di sesetengah masjid turut diadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan umat Islam Palestin yang diancam dan dianaiya oleh rejim Zionis Israel. Selain berdoa untuk keselamatan warga Palestin, umat Islam turut menderma kepada tabung bantuan Palestin dan mengadakan demonstrasi secara aman. Di MELAKA, lebih 2,000 umat Islam berhimpun di perkarangan Masjid Negeri Al-Azim di sini selepas solat Jumaat bagi menunjukkan bantahan mereka ke atas kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Mereka turut memegang kain rentang yang tertera perkataan mengutuk kekejaman Israel serta memboikot produk keluaran rejim itu dan Amerika Syarikat (AS) . Sementara di Kolej Yayasan Melaya (KYM), seramai 800 pelajar dan kakitangan kolej itu turut mengadakan perhimpunan yang sama, berserta tayangan video yang memaparkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa Kolej itu juga turut melancarkan tabung untuk membantu rakyat Palestin yang akan berlangsung sehingga 29 Jan ini. Di PULAU PINANG, Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan turut mengadakan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat di Padang Awam Jawi sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin. Yang Dipertuanya Hasruldani Husain berkata perhimpunan itu turut disertai beberapa pertubuhan lain termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya berkata semua 200 masjid di negeri itu digalakkan mengadakan solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah pada setiap Jumaat bagi memohon doa agar penduduk Palestin dilindungi Allah daripada kekejaman Zionis. " MAIPP juga telah mengedarkan teks khutbah berkaitan Palestin kepada semua masjid dan jika ada masjid yang hendak meneruskan khutbah selepas ini berhubung isu ini, kita benarkan," katanya kepada Bernama. Beliau juga berkata MAIPP menetapkan semua masjid di negeri itu mengadakan kutipan derma untuk Palestin pada solat Jumaat 23 Januari ini. Di SEREMBAN, khutbah Jumaat yang dibaca dengan penuh emosi oleh Ustaz Mohd Fadhil Wahab yang juga imam untuk solat Jumaat di Masjid Negeri hari ini menyebabkan beberapa jemaah mengalirkan air mata, dan ada pula yang melaungkan takbir "Allah Hu Akbar". Khutbah itu antaranya meminta rakyat Malaysia, umat Islam khususnya supaya memboikot barangan AS dan Israel. Sementara itu, di Masjid Datuk Klana Petra Sendeng di Jalan Jelebu pula,

Page 103: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

22

satu demontrasi secara aman dengan membawa sepanduk anti-Israel turut diadakan selepas solat Jumaat. Di JOHOR, lebih 1,000 anggota Persatuan Malabar Muslim Johor mengadakan demonstrasi selama setengah jam selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Wadi Hassan, di Johor Baru di sini hari ini Selain mengibarkan kain rentang dan poster mengutuk Israel, mereka juga mengedarkan risalah kekejaman tentera Zionis kepada orang ramai serta membakar bendera Israel dan AS dan patung Presiden George W. Bush. Presiden persatuan itu Abdullah Aziz Muhamad turut menyampaikan derma persatuan tersebut sebanyak RM40,000 kepada Tabung NSTP Untuk Gaza. Di KANGAR, kesemua masjid dan surau di seluruh Perlis diarah mengadakan Qunut Nazilah selepas solat fardu lima waktu bagi mendoakan untuk mengembalikan keamanan di Gaza. Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Malik Hussin memberitahu Bernama, selain itu, kesemua 103 masjid diminta membuat kutipan untuk Tabung Bantuan Palestin, yang dilancarkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra pada Rabu lepas, selama tiga minggu atau tiga kali solat Jumaat. "JAIPs juga menggalakkan jabatan dan pertubuhan sukarela untuk menyalurkan sumbangan melalui jabatan itu untuk dipanjangkan kepada JAKIM." katanya dan menambah antara yang membuat sumbangan ialah Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebanyak RM1,010. Di KUCHING, antara intipati khutbah yang disampaikan pada solat Jumaat hari ini menyentuh kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dan meminta umat Islam di negeri ini bertindak membantu rakyat Palestin termasuk memboikot barangan atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel. Sementara itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata Tabung Kemanusiaan Gaza Palestin telah menerima sumbangan sejak Selasa lepas dan kerajaan negeri mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta. Di KELANTAN, lebih 500 masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri mengadakan solat hajat dan doa Qunut Nazilah selepas solat Jumaat hari ini. Persatuan Pelindung Persatuan Pengguna Kelantan (PPPK), Ahmad Othman, berkata pihaknnya telah meminta supaya aanggota persatuan di bawah gabungannya turut mengadakan solat hajat di tempat masing-masing. Di PAHANG, lebih 500 masjid di negeri itu mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bagi keamanan di Palestin serta turut mendoakan kesejahteraan rakyat di negara daripada sebarang musibah. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata selain itu pejabat Mufti Pahang akan menyiapkan teks khutbah solat Jumaat berkaitan dengan Palestin untuk disampaikan pada solat Jumaat oleh para imam di seluruh masjid di negeri itu pada 30 Jan ini. Di KEDAH, kesemua 600 masjid seluruh negeri itu turut mengadakan solat hajat khusus untuk keselamatan rakyat Palestin selepas solat Jumaat. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Bernama, kerajaan

Page 104: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

23

negeri mengarahkan semua masjid supaya menganjurkan solat hajat selama dua Jumaat mulai hari ini. Katanya, dalam solat hajat itu juga, semua imam diminta membaca doa Qunut Nazilah untuk memohon keseselamatan rakyat Palestin serta membuat kutipan derma untuk mengisi tabung Selamatkan Rakyat Palestin. Di Alor Setar, Lebih 200 penjaja dan peniaga kecil pusat perniagaan Pekan Rabu di sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Di KUALA TERENGGANU, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan 483 buah masjid di seluruh negeri itu mengadakan solat hajat serta kutipan derma untuk rakyat Palestin sejak Jumaat lepas. Pesuruhjayanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata pihaknya menjangkakan dapat mengutip lebih RM200,000 daripada orang ramai dalam tempoh dua minggu. -- BERNAMA ZU AD RDY PFA MSR BD SLR AZE ZI SMK ZAF NZR HNH MRA BK

Page 105: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

24

MASJID NEGARA KUMPUL RM29,000 UNTUK PALESTIN

Date: 16-01-2009 Author: Mohd Yusof Saari / MYS HK HS PALESTIN-DERMA KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kutipan derma Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Masjid Negara buat pertama kali pada Jumaat lepas mencecah RM29,000, kata Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad. Beliau berkata kutipan itu adalah "luar biasa kerana dalam masa enam jam kita mampu mengumpul jumlah yang banyak walaupun jumlah kehadiran jemaah adalah sama seperti hari-hari Jumaat sebelum ini." Sambutan dan sumbangan orang ramai terhadap empat tabung di pintu masuk masjid itu seawal pukul 9 pagi hingga 3 petang adalah di luar dugaan, malahan kutipan derma untuk mangsa tsunami 2004 dulu pun tidak setinggi ini, katanya kepada Bernama. Beliau berkata selalunya Masjid Negara pada hari Jumaat biasa hanya mampu mengumpul sekitar RM4,000 hasil derma orang ramai yang berjemaah di masjid itu. Beliau berpendapat faktor khutbah berkaitan dengan Palestin mungkin telah mendorong jemaah untuk menghulurkan derma dengan jumlah yang lebih besar, katanya. "Saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysian (Jakim) agar membaca khutbah yang menjurus kepada penderitaan rakyat Palestin di Gaza dilihat bertepatan dengan kehendak jemaah dan ternyata berjaya menyentuh emosi mereka. "Selain itu sifat semulajadi rakyat Malaysia yang suka menderma dan prihatin dengan kemelut yang melanda rakan seagama juga menjadi pendorong kepada mereka untuk menderma," katanya. Syeikh Ismail turut mengakui yang keperihatinan rakyat Malaysia sememangnya luar biasa kerana mereka sanggup menunggu untuk bersama-sama menunaikan solat hajat dan berdoa untuk rakan seagama di Semenanjung Gaza walaupun mereka sibuk dengan tugasan harian. Biarpun mereka hanya melihat penderitaan rakyat Palestin melalui paparan di media tetapi masyarakat Malaysia mampu menghayati dan merasai keperitan yang dideritai mangsa-mangsa kekejaman regim Zionis dan penghayatan itu mendorong mereka untuk terus menderma, katanya. Beliau berkata kutipan derma untuk Palestin diadakan pada tiga Jumaat berturut-turut mulai Jumaat lepas. -- BERNAMA MYS HK HS

Page 106: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

25

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL MERUPAKAN TITIK HITAM

Date: 17-01-2009 Author: Abdul Muin Abdul Majid / MAM BK NG-GAZA DUBAI, 17 Jan (Bernama) -- Kekejaman pencerobohan rejim Israel ke atas orang awam di Gaza mungkin berlaku beribu-ribu batu jauhnya dari Malaysia tetapi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen boleh menceritakan perasaan beliau mengenai kesengsaraan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin terutamanya mereka yang kehilangan anak dan yang dicintai dalam konflik tersebut. "Tidak ada konflik, tidak ada yang tidak dipersetujui dalam sebarang bentuk kewajaran yang mengorbankan mereka yang tidak berdosa. Semua kematian dan kecederaaan memedihkan saya sebagai seorang ibu. "Saya cukup memahami kepedihan sangat yang dirasai oleh kalangan keluarga-keluarga," katanya memberitahu Bernama mengenai pandangan beliau mengenai peperangan di Gaza yang dilancarkan Israel pada 27 Dis lepas yang mengorbankan lebih 1,000 rakyat Palestin. Dr Ng berada di Dubai untuk mewakili Malaysia pada Forum Kepimpiann Wanita Arab pertama yang baru berakhir di mana beliau berkongsi pengalaman negara di Asia Tenggara ini mengenai pembangunan wanitanya dengan peserta lain. Ia satu tragedi, kata beliau, bahawa manusia yang telah menerokai dan maju dalam kemajuan teknologi tetapi tidak mampu untuk mengatasi konflik Palestin-Israel. Merujuk kepada kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik Gaza, menteri Malaysia itu menyeru orang dewasa mengambil tanggungjawab dengan melindungi mereka. Menurut Dr Ng rakyat Malaysia mestilah bersyukur dengan keamanan dan kestabilan di negara. "Kita kira kesejahteraan yang kita ada di Malaysia. Kita diberikan kesejahteraan" kata beliau sambil mengingatkan rakyat Malaysia jangan mengambil ringan dengan kestabilan dan keharmonian negara. "Tidak ada sesiapa pun yang berhak cuba memudaratkannya dengan sebarang kepentingan peribadi," katanya sambil menambah bahawa mereka yang memilih untuk melakukannya disifatkan sebagai "tindakan tidak bertanggungjawab yang besar". Dr Ng berkata kerajaan Malaysia akan terus bekerja untuk mengukuhkan ketahanan kekeluargaan serta melindungi kanak-kanak, antara lain. -- BERNAMA MAM BK

Page 107: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

26

WANG UNTUK RAKYAT PALESTIN DIBELANJA BAIK

Date: 18-01-2009 Author: R. Ravichandran / RV AFY RS PALESTIN-TABUNG KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Sejak tercetus krisis Gaza akibat serangan ganas Israel mulai 27 Dis, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat menyatakan simpati kepada rakyat Palestin dan bermurah hati menyumbang untuk tabung yang ditubuhkan oleh pelbagai pertubuhan. Namun, betapa wang itu telah dan akan dibelanjkan, demi meringankan penderitaan dan membantu 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, adalah sesuatu yang kebanyakan rakyat Malaysia ingin tahu. Menurut Pengurus Komunikasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Suhana Mohamed Salleh mereka melancarkan Tabung Pemulihan Antarabangsa PBSM bagi rakyat Palestin sebagai respon kepada rayuan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan telah memasukkan US$10,000 ke sebuah bank di sana. Beliau memberitahu Bernama bahawa bantuan PBSM kepada rakyat di sana berdasarkan pendekatan tiga peringkat, menyelamat (kecemasan), kerja pemulihan sebagai sokongan psikologi dan projek pasca pemulihan. Suhana berkata mereka bekerjasama rapat dengan rakan Palestin dan ketika ini keutamaan mereka ialah membantu kerja-kerja kecemasan dan untuk tujuan itu mereka menghantar dua orang personel (seorang doktor dan seorang kakitangan pemulihan) serta bekalan perubatan yang akan dihantar melalui sempadan Rafah. Bagaimanapun, pada jangka panjang, sebaik saja keadaan kembali normal di Gaza, akan timbul keperluan mendesak bagi projek pasca pemulihan memandangkan banyak hospital, pusat kesihatan, sekolah dan kemudahan bekalan air musnah akibat pengeboman Israel, yang setakat ini mengakibatkan kira-kira 1,157 orang terbunuh dan 5,100 cedera. "Pendekatan kami bagi jangka panjang ialah melibatkan diri dalam kerja-kerja pemulihan untuk membantu rakyat yang menghadapi pelbagai kesulitan," katanya dan menjelaskan mereka akan menghantar pasukan bagi menilai situasi di peringkat bawahan serta keperluan bagi kerja-kerja pemulihan. Ketua Komunikasi dan Kutipan Tabung, MERCY Malaysia Shamini Darshni berkata mereka lebih suka sumbangan wang tunai kerana ia lebih memudahkan untuk membeli bekalan perubatan seperti kelengkapan perubatan dan ubat-ubatan farmaseutikal. Beliau berkata sehingga ini mereka telah mengumpul kira-kira RM5.6 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM1 juta telah dibelanjakan, antara lain membeli empat ambulans dan bekalan perubatan. Shamini berkata mengikut laporan yang mereka terima, daripada sejumlah 70 ambulan di Gaza, kira-kira 40 musnah akibat serangan Israel. "Respon kami kepada situasi pasca konflik bergantung pada apa yang diperlukan oleh komuniti tempatan di sana," katanya. Shamini berkata Tabung Pemulihan Palestin MERCY Malaysia masih mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan boleh dibuat

Page 108: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

27

menerusi cek kepada Akaun MERCY MALAYSIA CIMB No: 1424-000-6561053 atau cek dibayar kepada akaun MERCY HUMANITARIAN FUND MAYBANK No: 5621 7950 4126. MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa, anggota Asian Disaster Reduction & Response Network (ADRRN) dan International Council of Voluntary Agencies (ICVA). Pengerusi Jawatankuasa Malaysia bagi Mengingati Deir Yassin, Hishamudin Ubaidulla berkata semua mereka yang mengutip dana bagi rakyat Palestin mestilah mengadakan cara konkrit bagaimana menolong mereka sebaik sahaja gencatan senjata terlaksana dan keadaan kembali normal. Hishamudin berkata banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini telah menggerakkan tenaga mengutip dana, dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia. Beliau berkata yang penting ialah membina semula semua institut kemanusiaan yang musnah seperti hospital, pusat kesihatan dan memberi kaunseling kepada rakyat Palelstin yang trauma. "Sejak 1948, rakyat Palestin mengalami bencana demi bencana...dalam situasi sekarang bantuan segera diperlukan," katanya kepada Bernama. Jawatankuasa Peringatan Deir Yassin antara lain bertujuan menghapus prejudis terhadap rakyat Palestin dan memupuk rasa tanggungjawab kemanusiaan terhadap bangsa yang menjadi mangsa kekejaman penjajahan Zionis ke atas tanah air mereka dan dasar apartheid Israel. -- BERNAMA RV AFY RS

Page 109: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

28

SUKARELAWAN SALAM KE PALESTIN SELASA

Date: 18-01-2009 Author: / AHS KAM HS SALAM-PALESTIN KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Lima anggota sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan berlepas ke Palestin Selasa ini untuk menghulur bantuan kepada rakyat negara itu yang sedang diancam serangan kejam tentera rejim Israel. Anggota Lembaga Pemegang Amanah SALAM Datuk Ahmad A. Talib berkata kumpulan yang diketuainya itu akan bergabung dengan kumpulan-kumpulan sukarelawan lain yang sudah tiba di sana dan akan cuba memasuki sempadan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, perubatan, dan bahan keperluan lain seperti baju sejuk dan kain selimut. "Kami menyeru kepada orang ramai dan syarikat-syarikat korporat untuk terus menghulurkan derma kepada rakyat Palestin, kerana jumlah derma yang kami terima setakat ini masih tidak mencukupi," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan majlis penghargaan Sukarelawan 2008 SALAM di sini hari ini. Beliau berkata pakar rawatan kecemasan Datuk Dr Baba Mohd Deni yang pernah tercedera di paha akibat terkena peluru semasa berkhidmat di Baghdad ketika Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq pada 2003, akan turut menyertai kumpulan itu. "Kumpulan ini adalah yang pertama berlepas ke Gaza dan akan disusuli oleh kumpulan kedua pada 27 Jan nanti," kata Ahmad. SALAM ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan bekas diplomat negara Tan Sri Razali Ismail dan kini mempunyai 4,000 sukarelawan berdaftar di seluruh negara. -- BERNAMA AHS KAM HS

Page 110: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

29

RAKYAT PALESTIN MENGHARAPKAN NEGARA MEREKA BEBAS AMAN

Date: 18-01-2009 Author: Voon Miaw Ping / VMP SHS BK PALESTIN-GAZA KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Sentiasa terganggu apabila mendengar berita mengenai Gaza diserang pasukan rejim Israel dengan kejam tanpa sedikit perasaan perikemanusiaan. Itulah gambaran perasaan yang memilukan Kamal J.I, rakyat Palestin yang tinggal di sini sejak 16 bulan lepas, mengetahui dengan baik keadaan di sana -- pengeboman, pembunuhan sewenang-wenangnya dan sekatan serta kepungan terhadap orang Palestin -- dan beliau ialah salah seorang daripada mereka. "Semua visual, semua berita terlalu menyanyatkan. Tetapi kita ingin tahu perkembangan terkini di Palestin. "Yang lebih teruk kini ialah untuk menghubungi keluarga kami yang menjadi lebih sukar dengan serangan baru-baru ini di negara kami," kata Kamal kepada Bernama ketika ditemui pada perhimpunan "Selamatkan Rakyat Palestin" -- Campuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Menentang Pendakwaan Palestin, di sini hari ini. Guru bahasa Inggeris berusia 36 tahun, kini melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). "Dengar berita daripada keluarga kami hanyalah satu-satunya kelegaan tetapi hanya sementara sebelum kebimbangan bermula lagi," tambah beliau. Kamal yang dilahirkan dan dibesarkan di kem pelarian Balata, kem pelarian terbesar di Tebing Barat, yang kini menjadi "rumah" bagi kira-kira 30,000 orang pelarian juga memberitahu bagaimana beliau dipenjara dan diseksa tanpa perasaan perikemanusiaan sebanyak tiga kali oleh rejim itu, hanya kerana beliau adalah rakyat Palestin. "Tidak dapat digambarkan dan dibayangkan bagaimana nyawa kami yang tinggal sebagai seorang pelarian di tanah air sendiri, Kita sangat dihina, " kata beliau. Sungguhpun seksaan fisologi, katanya rakyat Palestin akan berdiri teguh dan akan menewaskan rejim itu pada satu hari nanti. Beliau juga gembira dengan sokongan rakyat Malaysia yang ditunjukkan terhadap perjuangan rakyat Palestin, sambil menambah bahawa ia akan meningkat semangat mereka untuk meneruskan perjuangannya. "Mereka tidak mampu untuk mematahkan semangat kami. Kami akan menang. Ada harapan dan kami harap untuk hidup di tanah air sendiri pada satu hari nanti, dengan aman seperti negara lain," kata Kamal. Rakan senegaranya Dr Ma'an Fahmi Al-Khatib telah lama mengharapkan dan tertunggu-tunggu bahawa satu hari nanti beliau boleh menjejakkan kakinya di bumi Palestin. "Saya impikan sebuah negara Palestin yang bebas dan saya boleh kembali ke tanah air nenek moyang saya," tambah beliau.

Page 111: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

30

Seperti jutaan generasi seperti beliau, Ma'an yang dilahirkan di Jordan setelah ibu bapanya melarikan diri dari Baitulmuqaddis pada 1948, tidak dibenarkan pulang ke Palestin. "Dan sungguhpun keluarga terdekat saya ada di Jordan, kami masih ada saudara di Palestin. Ia tidak mungkin, walaupun hanya melawat sekali," kata beliau yang telah tinggal di sini sejak 10 tahun lepas. -- BERNAMA VMP SHS BK

Page 112: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

31

RAJA MUDA INGATKAN RAKYAT HATI-HATI BANTU PALESTIN

Date: 19-01-2009 Author: / NSI AD RS RAJA - PALESTIN KANGAR, 19 Jan (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati menyalurkan sumbangan atau bantuan kewangan untuk rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan keganasan regim Zionis. Katanya, rakyat Malaysia yang terkenal begitu pemurah dilihat berlumba-lumba untuk menderma dan jumlah penganjur kutipan juga begitu banyak. Bagaimanapun, baginda bimbang kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan penduduk Palestin untuk memungut derma bagi kepentingan sendiri. "Saya khuatir terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang berebut-rebut untuk menyalurkan bantuan," titahnya semasa merasmikan wacana perpaduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, di Arau dekat sini hari ini. Baginda bertitah, seluruh rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan yang dikecapi hari ini, kerana rahsia utamanya adalah perpaduan antara kaum, dan semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum harus memelihara perpaduan itu sebaik mungkin. "Malaysia tidak boleh dihancurkan dengan serangan ketenteraan kerana semangat bangsa kita yang kuat tetapi emosi dan sentimen perkauman yang diperbesarkan akan menyebabkan negara menjadi rapuh," titah baginda. "Kepelbagaian kaum di Malaysia hendaklah dilihat sebagai anugerah dan aset, bukannya sebagai kelemahan atau masalah. Kepelbagaian ini akan terus menjadi nadi kekuatan dan bukannya kelemahan selagi tiada pihak yang memainkan sentimen perkauman," titah Raja Muda itu. Wacana Perpaduan, Peranan Melayu dan UiTM dalam konteks artikel 153 Perlembagaan Malaysia anjuran UiTM itu bertujuan membuka minda masyarakat terhadap kepentingan perpaduan dalam negara dan peranan yang perlu dilakukan semua rakyat pelbagai kaum. Wacana setengah hari itu mengundang Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah; dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Ia dipengerusikan oleh Prof, Madya Dr Haidar Dziauddin. -- BERNAMA NSI AD RS

Page 113: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

32

PALESTIN HARAP OBAMA TUKAR DASAR LUAR AS

Date: 19-01-2009 Author: / MAA HK RHM PALESTIN-OBAMA KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Aboughosh berkata beliau berharap presiden baru Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang bercakap mengenai harapan dan perubahan akan mengubah dasar luar AS berkaitan Palestin. Beliau berkata dasar luar AS sedia ada memihak kepada Israel dan tidak adil kepada rakyat Palestin, dan meminta pentadbiran AS mencari jalan penyelesaian untuk Israel. "Beliau (Obama) berkata beliau adalah seorang presiden yang membawa harapan dan perubahan. Kami rakyat Palestin sentiasa menaruh harapan dan kami berharap beliau akan mengubah dasar luar AS. Kami berharap beliau akan membantu menghentikan kitaran pembunuhan beramai-ramai," kata Aboughosh kepada pemberita selepas temubual oleh stesen radio Traxx FM mengenai perkembangan semasa di Gaza akibat pencerobohan Israel. "Kami berharap yang beliau (Obama) akan membantu memberikan keadilan kepada rakyat Palestin, membantu kami mendapatkan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara kami dan memberikan kami hak untuk kembali. "Kini, terdapat lima juta rakyat Palestin di Palestin dan lima juta di luar Palestin yang tidak dapat kembali ke tanah air," katanya. Dalam temu bual dengan Traxx FM, Aboughosh menyangkal dakwaan wujud jurang antara rakyat Palestin Islam dan Kristian di Gaza. "Tiada perbezaan seumpama itu. Anda tidak dapat membezakan antara satu sama lain. Sejak zaman berzaman, iaitu dari zaman (khalifah) Umar al-Khattab lagi, kami sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bersatu. "Satu-satunya perbezaan ialah puak yang ada yang mewujudkan jurang antara kami. Kami mesti bersatu untuk menang dalam menentang Israel. Dan Israel tidak peduli atau membezakan antara puak dan agama, mereka mengebom kami semua," katanya. Mengulas dakwaan Mesir tidak menghulurkan bantuan dalam perjuangan Palestin, Aboughosh mempertahankan negara itu dengan menegaskan Mesir bertanggungjawab membantu sehingga membawa kepada gencatan senjata itu. "Sesetengah kerajaan, ekoran politik anti-propaganda, menunding jari kepada Mesir demi kepentingan mereka sendiri. Tanpa Mesir tidak akan ada gencatan senjata. Tanpa Mesir, 220 doktor dari negara itu tidak akan berada di Palestin. Tanpa Mesir, kami tidak akan mendapat sebarang bekalan perubatan," katanya. Sementara itu, dilaporkan pasukan tentera Israel telah mula meninggalkan Semenanjung Gaza ekoran perjanjian sementara dicapai dengan Hamas selepas tiga minggu berperang. Sejak Israel melancarkan serangan di Gaza pada 27 Dis tahun lepas, lebih

Page 114: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

33

1,000 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 5,100 cedera. -- BERNAMA MAA HK RHM

Page 115: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

34

PENTADBIRAN OBAMA AKAN BERUSAHA BERHUBUNG ISRAEL-PALESTIN

Date: 21-01-2009 Author: / RV HK NH AMERIKA-PALESTIN KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS), di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama akan mengambil pelbagai langkah dan berusaha menyelesaikan isu Israel-Palestin yang telah lama berlanjutan untuk mewujudkan suasana aman yang berpanjangan di kawasan Timur Tengah yang penuh konflik itu. Duta Besar AS ke Malaysia James R.Keith berkata berdasarkan mesej yang disampaikan Obama pada upacara mengangkat sumpah sebagai presiden ke-44 semalam dan kenyataannya sebelum ini berhubung isu itu, Washington tidak akan membuang masa bagi menyelesaikan isu itu. "Saya berpendapat anda akan dapati lebih awal pada .. mungkin seawal minggu ini..(pentadbiran) akan umumkan mengenai dasar dan pegawai yang akan ditempatkan bagi menangani masalah di Timur Tengah," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai apa yang boleh diharapkan oleh masyarakat antarabangsa daripada pentadbiran baru berhubung isu Israel-Palestin itu. Terdahulu, Keith menghadiri "Hari Mengangkat Sumpah: Jangkaan Bagi sebuah Pentadbiran Baru AS" di sini hari ini. Beliau berkata AS mengalu-alu gencatan senjata baru-baru ini berikutan serangan Israel ke atas Gaza yang didakwa Tel Aviv bertujuan bagi mempertahan negara mereka dari serangan roket Hamas. "harapan kami adalah untuk mewujudkan bukan hanya (keamanan) sementara tetapi kemanan yang kekal dan berpanjangan di Timur Tengah, katanya. Washington di bawah bekas Presiden George W.Bush menerima kritikan daripada masyarakat antarabangsa kerana dasarnya yang berat sebelah dalam menangani krisis Gaza dan juga isu Israel-Palestin. "Saya berpendapat anda tidak perlu ragu dengan kami (pentadbiran baru AS) bagi menyumbang kepada keamanan Israel-Palestin dan kami akan bekerja kuat (berhubung isu itu)," katanya. Keith berkata isu Israel-Palestin telah berlanjutan sejak beberapa dekad dan oleh itu ia memerlukan kesabaran bagi mencari penyelesaian yang kekal berpanjangan, Katanya Amerika bukan sahaja mahu menyelesaikan konflik Israel-Palestin tetapi juga isu berkaitan seperti mewujudkan keamanan di anatar Israel dan Syria memandangkan usaha membawa kemanan ke rantau itu juga membabitkan pihak lain selain Palestin dan Israel. "Kami berharap penyelesaian bagi dua buah negara dengan keselamatan dan maruah yang sama bagi Palestin dan Israel," katanya. -- BERNAMA RV HK NH

Page 116: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

35

RAKYAT PALESTIN PERLU SUSUN SEMULA STRATEGI - HORTA

Date: 22-01-2009 Author: / PKSB SR KAM SP RHM HORTA-PALESTIN KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman regim zionis Israel sejak beberapa dekad lepas, perlu mengkaji semula sejarah, strategi, tindakan dan pencapaian mereka selama ini sebelum memutuskan tindakan yang akan mereka ambil selepas ini, kata Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1996 dan Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta. Pemimpin Palestin pula, kata beliau, perlu menggunakan strategi lebih berkesan bagi memikat hati penduduk negara itu dan cuba menyembuhkan luka yang mereka alami akibat kekejaman Israel. "Enam puluh tahun selepas penubuhan negara Israel, penduduk Palestin masih tinggal di khemah pelarian. Bagi Israel pula, ia perlu cuba merawat mental penduduk Palestin yang dicengkam kelukaan serta memulihkan maruah mereka. "Serangan bom berani mati yang dilakukan oleh rakyat Palestin mencerminkan keadaan terdesak yang mereka alami. Namun, tiada bom yang dapat meranapkan semangat penduduk Palestin," katanya. Horta berkata demikian dalam ucap utama bertajuk "Is Long Lasting Peace An Attainable Dream?" (Bolehkah Keamanan Berkekalan Dicapai?) pada syarahan umum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) di sini hari ini. Katanya bagi mencapai keamanan berkekalan di wilayah yang bergolak itu, Israel perlu berundur setapak serta memikirkan semula strateginya dan pada waktu yang sama, kedua-dua pihak perlu melihat kembali perjanjian sempadan 1967. "Hamas (kerajaan yang mentadbir Palestin), juga perlu berundur setapak. Dalam pada itu, Barat pula tidak sepatutnya begitu cepat menggelar orang lain sebagai pengganas. "Ketika Amerika begitu galak melaungkan demokrasi, negara itu memandang jijik terhadap Hamas yang dipilih oleh rakyat Palestin. Ini tidak baik. Setiap orang berhak diberi peluang, begitu juga kerajaan Hamas di Palestin," katanya. Pemimpin yang terselamat daripada cubaan membunuh di Timor Leste pada awal tahun lepas ini berkata walaupun Hamas bersifat agresif, ia patut dibenarkan mentadbir Palestin sebelum sebarang penghakiman dibuat terhadapnya. "Saya setuju bahawa kuasa boleh membawa keburukan, tapi kuasa juga boleh menjadikan seseorang itu bersikap sederhana. Hamas tidak diberi peluang, tapi saya rasa keadaannya sudah berubah sekarang dan Hamas akan dibenarkan mentadbir Palestin. "Pada mulanya Yasser Arafat adalah seorang pengganas, tapi beliau menjadi pemimpin yang hebat kemudiannya...inilah apa yang boleh dihasilkan oleh kuasa," katanya. Horta, 60, yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Kofi Annan sebagai setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)sebelum namanya digugurkan apabila menjadi Perdana Menteri Timor Timur (kini dikenali sebagai Timor

Page 117: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

36

Leste) dua tahun lepas, berkata badan dunia itu boleh berfungsi dengan cekap sekiranya prosedurnya dipermudahkan. Bagaimanapun, kata beliau, ada banyak aspek yang terletak di luar bidang kuasa setiausaha agung PBB, antaranya kesungguhan politik negara anggotanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau pertelingkahan antara negara. Mengenai Barack Obama yang kini menjadi presiden Amerika, Horta berkata Asean tidak akan menjadi agenda utama pemimpin kulit hitam pertama negara kuasa besar itu kerana terdapat isu sejagat lain yang perlu diberi keutamaan oleh Obama. "Ini bukan kerana beliau tidak memandang penting terhadap lebih 600 juta manusia yang tinggal di negara anggota Asean, tapi kerana kita hidup dalam keadaan aman, tanpa sebarang sengketa sesama kita. Negara anggota Asean patut berbangga dengan hakikat ini. "Beliau (Obama) perlu terlebih dulu menangani masalah ekonomi yang dicipta oleh syarikat multinasional Amerika. Kemudian isu Palestin-Israel, isu Iraq dan isu Afganistan. Beliau perlu menjadikan Amerika lebih proaktif," katanya. Mengenai keamanan, Horta berkata walaupun usaha mencapainya memerlukan proses yang panjang, ia memerlukan sifat kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan mereka yang mampu mempengaruhi manusia kerana banyak kerajaan telah tersungkur akibat sombong dan angkuh. Katanya mereka yang berkuasa perlu turun ke bawah dan berjumpa dengan mereka yang berada di pinggir persada kuasa bagi menjamin kejayaan sesebuah kepimpinan. "Kalau seseorang itu tidak mampu mempamerkan dirinya sebagai manusia yang benar-benar bersikap merendah diri, sekurang-kurangnya berlakonlah sebagai seorang yang merendah diri. Elakkan konfrontasi. Jangan pinggirkan mana-mana kelompok masyrakat dan tanganilah punca sebenar sesuatu sengketa. Semua pemimpin negara perlu berbuat begini bagi mencapai keamanan yang berkekalan," katanya. Mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang, beliau berkata Timor Leste bersyukur kerana ia merupakan segelintir negara yang mampu mengekalkan kadar pertumbuhannya iaitu pada paras 10 peratus tahun lepas. "Ini kerana kami menjadi pengimport hampir semua benda. Kos benda-benda yang diimport ini turun kerana kejatuhan ekonomi. Melalui penjimatan ini, kami memberi US$20 setiap bulan kepada mereka yang berusia lebih 60 tahun di Timor Leste. "Walaupun jumlah ini tidak besar bagi rakyat Malaysia, tapi nilainya amat tinggi bagi seseorang yang tidak pernah melihat dolar Amerika," kata beliau. -- BERNAMA PKSB SR KAM SP RHM

Page 118: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

37

KERAJAAN HAMAS PALESTIN HARAP SOKONGAN NAM TAMATKAN PEMBEKUAN BANTUAN

Date: 28-05-2006 Author: Faizah Izzani Zakaria dan Kristy Inus / FIZ KI RAR SS KAY NAM-Hamas SEPANG, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Palestin pimpinan Hamas berharap untuk mendapat sokongan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bagi mendesak Kuartet Asia Barat dalam pasukan keamanan supaya menamatkan pembekuan bantuan asing terhadap negara itu. Menteri Luar Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin Dr Mahmoud Al-Zahar berharap kerajaan Hamas dapat mengumpulkan sokongan kewangan dan politik dalam mencapai objektif itu. " Kami telah ke Indonesia dan Brunei bertujuan mendapatkan sokongan selain bantuan daripada mereka dan saya fikir kami berjaya. Negara-negara lain dalam senarai adalah Sri Lanka, Maldives, China dan Iran. " Mesyuarat NAM kali ini adalah persidangan besar pertama kami (Hamas) dan kami sedar Palestin ialah salah satu agenda dalam pergerakan ini. Kami akan meminta bantuan rakan-rakan untuk membantu Palestin sedaya upaya mereka," katanya kepada Bernama sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini. Al-Zahar berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan NAM (NAM-CoB) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga Selasa di mana Mesyuarat peringkat Menteri bagi Jawatankuasa NAM mengenai Palestin bersidang hari ini. Kuartet itu terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Russia. Hamas menewaskan puak Fatah pimpinan Mahmoud Abbas pada pilihan raya Januari lalu. Piagam Hamas adalah untuk menghapuskan Israel. Tindakannya yang enggan menghentikan kekerasan dan mengiktiraf Israel telah membawa kepada tindakan boikot bantuan kewangan antarabangsa yang boleh menyebabkan Pihak Berkuasa Palestin muflis. Ketika ditanya mengenai kehadiran wakil daripada Hamas dan Fatah, dua puak bertelagah di Palestin, pada Mesyuarat Menteri-Menteri NAM-CoB, Al-Zahar enggan mengulas. Mengenai perjuangan senjatanya, Al-Zahar berkata mereka percaya ia merupakan satu-satunya cara untuk menghalau Israel keluar dari wilayah Palestin pada masa ini. " Mana-mana negara mahukan kedaulatan tetapi pada masa yang sama boleh memilih satu daripada tiga pilihan: rundingan bagi pembebasan, atau berjuang untuk pembebasan atau mungkin gabungan kedua-dua itu tetapi nampaknya rundingan menemui kegagalan, jadi kita beralih kepada pilihan lain. " Kami fikir ia menampak sedikit kejayaan tetapi jika Israel mempunyai pilihan yang lebih baik kepada rakyat Palestin, kami sedia berbincang,"

Page 119: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

38

katanya. Mengenai pungutan suara yang dibawa Mahmoud Abbas yang merupakan Presiden Palestin, dengan Hamas menolak tempoh masa yang diberikan, Al-Zahar berkata ia bukan berkenaan mengadakan pungutan suara tetapi lebih kepada isu pengiktirafan terhadap Israel. " Untuk bercakap tentang kepentingan nasional kami, saya rasa ia tidak sesuai diadakan pungutan suara dan tidak sepatutnya ada tempoh masa," katanya. Sabtu lalu, Hamas menolak tempoh masa yang ditetapkan Presiden Palestin itu supaya menerima rancangan yang menuntut negara Palestin bersebelahan Israel, yang mana beliau mengugut untuk mengadakan pungutan suara. Laporan berita asing berkata Hamas tidak bersetuju dengan tempoh masa yang ditetapkan minggu ini oleh Presiden Palestin itu supaya Hamas menerima rancangan berkenaan atau menerima pungutan suara dalam masa 40 hari. -- BERNAMA FIZ KI RAR SS KAY

Page 120: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

39

ISU PALESTIN: M'SIA HARAP PETA KEAMANAN DIPULIHKAN

Date: 28-05-2006 Author: / SNS RAR KAY NAM-Palestin PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) -- Mesyuarat peringkat menteri bagi Jawatankuasa Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin yang berlangsung hari ini akan meminta supaya peta keamanan Israel-Palestin dipulihkan semula. Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata ia penting bagi membolehkan rundingan damai antara kedua-dua negara berkenaan serta puak yang bertelagah di Palestin dapat diselesaikan. "Ia juga penting untuk menentukan bahawa Israel tidak membuat keputusan secara bersendirian, hanya berundur dan menentukan sempadan tanpa merujuk kepada persetujuan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu khas rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di RTM1 hari ini. Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sempena Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan NAM (NAM-CoB) yang bermula semalam. Syed Hamid yang ditemubual secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berkata mesyuarat itu juga dijangka mengeluarkan kenyataan untuk menyokong pengujudan negara Palestin. Syed Hamid berkata usaha rundingan damai memerlukan kesepakatan antara pihak-pihak yang berkuasa di Palestin dan berharap dalam menuju usaha itu, Israel tidak akan mengambil tindakan yang menzalimi kepentingan dan kedudukan rakyat Palestin. Mengenai kehadiran delegasi yang mewakili kumpulan Hamas dan Fatah, iaitu kedua-dua puak yang bertelagah di Palestin pada mesyuarat NAM-CoB kali ini yang juga medan terakhir Malaysia sebagai pengerusi NAM, Syed Hamid berkata isu itu di luar bidang kuasa NAM dan perlu ditangani sendiri oleh Palestin. " Saya harap mereka akan dapat menunjukkan perpaduan dan kesepakatan di antara mereka kerana ia penting untuk menentukan kejayaan mereka dalam berhadapan dengan rintangan untuk mencapai kedamaian dan keamanan di negara mereka," katanya. Selain mesyuarat jawatankuasa itu, Syed Hamid juga akan mempengerusikan mesyuarat peringkat menteri bagi NAM Troika dan Negara-Negara Bekas Pengerusi NAM yang akan berlangsung petang ini. -- BERNAMA SNS RAR KAY

Page 121: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

40

SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN DARIPADA KEHILANGAN BANTUAN

Date: 29-05-2006 Author: / AKT MOK KAY RON Abdullah-NAM (Palestin) PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Rakyat Palestin patut diselamatkan daripada kehilangan bantuan berikutan tindakan penderma menghentikan kemasukan sumbangan ke negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "Adalah penting bagi anggota kuartet antarabangsa (kumpulan empat) menunaikan tanggungjawab mereka bagi memastikan pelaksanaan sepenuhnya pelan damai Asia Barat. Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptama merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM-CoB) di sini hari ini. Sebagai "broker jujur", kuartet ini tidak harus menyokong sebarang tindakan satu pihak terhadap konflik Palestin-Israel sehingga menjejaskan pihak lain, kata Abdullah. Kumpulan empat broker pengaman Asia Barat itu terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, PBB dan Rusia. Abdulllah berkata penafian terhadap bantuan antarabangsa yang sangat diperlukan rakyat Palestin adalah tindakan yang tidak berhati perut dan sudah tentu akan menjejaskan penyelesaian awal konflik. Perdana Menteri menggesa komuniti antarabangsa supaya menghormati pilihan penduduk Palestin yang telah melaksanakan hak demokrasi dan kuasa memilih mereka untuk memberikan kemenangan kepada Hamas pada pilihan raya Januari lalu. Sokongan terhadap demokrasi perlu ditunjukkan secara konsisten, bukan secara memilih atau berat sebelah, katanya. Beliau berkata kepimpinan Hamas mesti dilibatkan menerusi hubungan dan proses dialog, bukannya diketepikan atau dipulaukan dan disekat. Perdana Menteri mengulangi bahawa penyelesaian terhadap konflik itu tidak akan tercapai kecuali aspirasi sah dan hak bagi rakyat Palestin untuk tidak diketepikan, dipenuhi oleh semua. Konflik itu, katanya, kekal sebagai satu daripada tragedi paling besar pada masa ini dengan apa yang dinamakan "proses perdamaian", kini terbiar hancur. "Kita terus menyaksikan pencerobohan secara kejam di wilayah Palestin oleh Israel dan penderitaan dahsyat penduduk yang tinggal di bawah pendudukan asing -- semuanya atas nama memastikan keselamatan Israel, termasuk mereka yang menetap secara haram di bumi Arab," katanya. Abdullah berkata keamanan tidak dapat diwujudkan jika pendudukan berterusan dilakukan di wilayah orang lain. "Keamanan tidak akan datang kecuali rakyat Palestin bebas melaksanakan hak asasi dan politik mereka termasuk hak untuk aktiviti ekonomi.

Page 122: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

41

"Masalah itu mesti diselesaikan dengan adil, bermoral dan mengikut undang-undang antarabangsa, mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 (1967) dan 338 (1973) serta resolusi lain PBB yang berkaitan, yang memberikan Palestin dan Israel negara masing-masing dengan sempadan yang selamat," katanya. Abdullah berkata pihak-pihak dalam konflik itu juga mesti membuat penilaian yang serius dan realistik terhadap keadaan terkini dan mengadakan usaha serius ke arah keamanan dan perdamaian. "Mereka mesti mengelak daripada terbabit dalam konflik kekerasan dengan mengadakan dialog dan usaha perdamaian. Kedua-dua pihak harus memulihkan harapan terutamanya rakyat Palestin yang kini sudah berputus asa selepas mengharungi penderitaan selama dua generasi tanpa ada kesudahan," katanya. Abdullah berkata PBB, terutama Majlis Keselamatan, mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam menyelesaikan masalah itu dan mesti lebih proaktif dan bukannya bersikap reaktif dalam menangani isu itu. Pada mesyuarat menteri-menteri NAM mengenai Palestin semalam, Farouk Kaddoumi dari puak Fatah mewakili Palestin sebagai ketua delegasi manakala Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan Palestin pimpinan Hamas, Dr Mahmoud El-Zahar turut hadir. -- BERNAMA AKT MOK KAY RON

Page 123: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

42

LIPUTAN MEDIA BARAT TERHADAP KONFLIK PALESTIN-ISRAEL BERAT SEBELAH

Date: 30-05-2006 Author: / SR SN DC LAT Palestin-Berita KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Laporan media Barat terhadap konflik Palestin-Israel, khususnya mengenai jumlah kematian, didapati berat sebelah, berbeza dan karut, demikian menurut kumpulan penganalisis media yang berpengkalan di Amerika Syarikat, hari ini. Alison Weir, pengarah eksekutif "if Americans Knew", berkata satu kajian oleh kumpulan itu terhadap beberapa rangkaian berita Amerika Syarikat dan agensi berita Barat mendedahkan corak butiran yang tidak sama yang menghalang penonton dan pembaca memahami konflik itu. "if American Knew" ialah kumpulan bukan membuat keuntungan yang khusus menganalisis media dengan tumpuan pada konflik Palestin-Israel. Bercakap pada sesi Sidang Kemuncak Media Asia 2006 di sini, beliau berkata pada tahun pertama kebangkitan Intifada pada 2000, lebih empat kali ganda rakyat Palestin terbunuh berbanding warga Israel, namum ABC World News Tonight, CBS Evening News dan NBC Nightly News, melaporkan lebih ramai rakyat Israel yang mati berbanding rakyat Palestin. Katanya ia memberi penonton pandangan songsang mengenai keganasan di wilayah itu. "Memutarbelitkan berita seperti itu juga menimbulkan kronologi terbalik di mana pasukan keselamatan Israel dilihat sebagai membalas tetapi secara realiti ramai rakyat Palestin dibunuh di Tebing Barat dan Gaza sebelum mana-mana rakyat Yahudi dibunuh dalam kawasan Israel," katanya. Weir berkata juga terdapat kecacatan dalam melaporkan jumlah kematian kanak-kanak. Pada 2004, kanak-kanak Palestin yang dibunuh adalah 22 kali ganda daripada kanak-kanak Israel. "Kami dapati ABC, CBS dan NBC melaporkan kematian kanak-kanak Israel pada kadar 9 hingga 12.8 kali lebih tinggi daripada kematian kanak-kanak Palestin. Dengan tidak memasukkan jumlah besar kematian kanak-kanak Palestin, ABC, CBS dan NBC gagal menjalankan fungsi mereka sebagai agensi berita -- melaporkan berita," katanya. Wier berkata kumpulan itu juga mendapati walaupun tidak kurangnya siaran berita mengenai konflik itu, berita keganasan terhadap rakyat Palestin tidak disiarkan tetapi sebaliknya memberi penekanan insiden keganasan ke atas warga Israel. "Pada masa yang sama, kami dapati rangkaian berita cenderung melaporkan fakta bahawa ratusan rakyat Israel terbunuh tetapi tidak menyebut jumlah rakyat Palestin yang terkorban. Laporan seperti itu mengelirukan," katanya. -- BERNAMA SR SN DC LAT

Page 124: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

43

ANGGOTA NAM DIGESA BERI BANTUAN SEGERA YANG DIPERLUKAN RAKYAT PALESTIN

Date: 30-05-2006 Author: / MOT AZZ RHM NAM-Palestin (Deklarasi) PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin menggesa negara anggota NAM memberikan, dengan kadar segera, bantuan ekonomi dan kewangan kepada rakyat Palestin. Menteri-menteri Luar jawatankuasa itu menyuarakan kebimbangan dengan penderitaan teruk yang dialami rakyat Palestin akibat pemberhentian bantuan kewangan dan politik oleh beberapa negara. Tindakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin itu dilakukan selepas pilihan raya Majlis Perundangan Palestin pada Januari yang menyaksikan puak Hamas dipilih untuk menerajui kerajaan. Negara berkenaan menggesa Israel, yang menguasai wilayah itu, menarik balik kebenaran kutipan cukai perolehan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang memburukkan lagi krisis kewangan, dan menolak hukuman kolektif diambil ke atas rakyat Palestin kerana mengadakan pemilihan wakil mereka melalui proses demokrasi. Perkara itu terkandung dalam Deklarasi mengenai Palestin setebal empat muka surat pada akhir Mesyuarat Menteri-Menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM-CoB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Jawatankuasa itu yang dianggotai Algeria, Colombia, Cuba, Malaysia, Bangladesh, India, Indonesia, Palestin, Senegal, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe bermesyuarat pada Ahad. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapan perasmian mesyuarat NAM-CoB, berkata kerajaan baru pimpinan Hamas perlu dilibatkan secara diplomatik untuk menghormati hak rakyat Palestin yang mengundi parti itu. Beliau berkata rakyat Palestin tidak patut diabaikan bantuan dan sokongan kewangan sebagai cara untuk mengiktiraf kerajaan mereka. Sementara itu, menteri-menteri luar juga mengulangi sokongan mereka kepada PA di bawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas dan menekankan pentingnya mengekalkan dan melindungi PA sebagai sebuah institusi kebangsaan. Menteri berkenaan juga menggesa kumpulan empat menghidupkan semula proses damai dan menyelamatkan Pelan Damai dan terus terlibat secara aktif dengan rakyat Palestin dan Israel untuk menyambung rundingan mereka. "Menteri-menteri juga menegaskan perlunya bagi segera diadakan mesyuarat khas perkumpulan serantau dan antarabangsa itu yang bertujuan membina kerjasama lebih padu untuk mencapai penyelesaian aman terhadap konflik Israel-Palestin. "Mereka juga menyatakan sokongan terhadap gesaan Presiden Abbas

Page 125: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

44

baru-baru ini supaya segera diadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan konflik itu," menurut deklarasi itu. Mengenai pembinaan Tembok oleh Israel di sekeliling timur Baitulmaqdis yang jelas melanggar undang-undang, menteri berkenaan mengutuk Israel yang secara terang-terangan mengingkari pandangan Mahkamah dan melanggar resolusi Perhimpunan Agung. "...jika tidak dihentikan dan dirobohkan, Tembok ini akan menyebabkan penyelesaian dua negara terhadap konflik itu mustahil dapat dicapai," menurut dellarasi itu. -- BERNAMA MOT AZZ RHM

Page 126: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

45

PALESTIN NAFI BOIKOT NAM-COB

Date: 30-05-2006 Author: Mohsin Taib / MOT MOK JK KAY NAM-Palestin PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Khabar angin yang mengatakan delegasi Palestin memboikot Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM-CoB) adalah tidak benar, kata Wakil Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad Mansour hari ini. Katanya Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin Dr Mahmoud Zahar dan Farouk Kaddoumi, ketua jabatan politik Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), pulang awal kerana ada urusan lain. Mansour juga menafikan Kaddoumi pulang kerana "tidak gembira" tidak dapat bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang bertemu Zahar sebelum ini. " Beliau (Kaddoumi) pulang awal pagi ini kerana jadual penerbangan ditetapkan terlebih awal. Pertemuan (dengan Abdullah) sepatutnya diadakan malam semalam tetapi Perdana Menteri itu sibuk dengan jamuan malam dan Kaddoumi perlu pulang segera," katanya kepada Bernama di sini. Mansour mengulas mengenai laporan berita asing bahawa Zahar dari puak Hamas, memboikot NAM-CoB sebagai membantah kehadiran saingannya dari Fatah. " Beliau (Zahar) telah membuat kenyataan kepada media Arab bahawa beliau tidak turut serta dalam mesyuarat ini dan beliau berada di sini bagi mengadakan perbincangan dua hala dengan kerajaan Malaysia," Mansour menjelaskan. Ditanya mengapa Palestin mempunyai wakil dari kedua-dua puak itu pada mesyuarat kali ini, katanya Kaddoumi telah diarahkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk mengetuai delegasi. " Delegasi itu telah dilantik dan diketuai Kaddoumi dengan Zahar sepatutnya sebahagian daripada delegasi itu," katanya. Mansour mengakui bahawa terdapat perbezaan antara Hamas, yang memenangi pilihan raya Palestin baru-baru ini, dan Fatah tetapi menegaskan ia merupakan hal dalaman negara itu yang boleh diselesaikan di peringkat dalaman. Sementara itu, katanya Palestin sangat berterima kasih kepada Malaysia kerana sokongan kuatnya terhadap perjuangan Palestin. Perdana Menteri sewaktu berucap pada majlis perasmian NAM-CoB semalam, bercakap panjang lebat mengenai perjuangan dan kesusahan rakyat Palestin. " Kami sangat berterima kasih untuk itu. Ini mengesahkan kedudukan yang kami ketahui dimiliki Malaysia, sebagai pemimpin NAM dan dalam kapasitinya, telah menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Mansour. Beliau juga yakin bahawa perjuangan rakyat Palestin akan terus dijadikan tumpuan NAM walaupun selepas Cuba mengambil alih kepimpinannya September ini. -- BERNAMA MOT MOK JK KAY

Page 127: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

46

PENGASAS "IF AMERICANS KNEW" DEDAH ISU SEBENAR KONFLIK PALESTIN-ISRAEL

Date: 31-05-2006 Author: / SR AFY DC KHY Media-Amerika KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Enam tahun dahulu, beliau adalah editor akhbar masyarakat yang kecil di Sausalito, California dan sama seperti kebanyakan rakyat Amerika Syarikat, beliau langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai konflik Palestin-Israel. Tetapi kemudian, apabila kebangkitan Intifada berlaku pada September 2000, beliau mula melihat imej kanak-kanak membaling batu ke arah kereta kebal dan sifat ingin tahu mula menguasai dirinya. Beliau mula memberi lebih perhatian kepada berita-berita mengenai topik itu. Editor wanita berkenaan ialah Alison Weir, pengarah eksekutif "If Americans Knew", sebuah kumpulan bukan mencari untung, khusus untuk menganalisis media dengan tumpuan kepada konflik Palestin-Israel. Beliau kini menulis dan berceramah di seluruh Amerika Syarikat termasuk memberi taklimat di Capitol Hill, di Sekolah Undang-Undang dan Diplomasi Fletcher dan Sekolah Undang-Undang Harvard. Pada 2004, beliau dianugerahkan sebagai Anggota Kehormat Phi Alpha Literary Society, yang menyifatkannya sebagai "pensyarah kewartawanan berani dalam hak asasi manusia". "Apabila saya mula memberi perhatian terhadap krisis Israel-Palestin sebagai wartawan, saya perhatikan bahawa saya banyak mendengar cerita sebelah pihak sahaja mengenai konflik kedua-dua pihak itu. "Saya ikuti dengan penuh minat gambaran yang diberikan oleh jurucakap Israel mengenai keadaan Israel tetapi saya dapati pandangan Palestin amat kurang sekali," katanya pada persidangan tiga hari Sidang Kemuncak Media Asia 2006, yang berakhir di sini hari ini. Weir berkata atas sifat ingin tahu untuk memahami keadaan secara menyeluruh, beliau mula mencari lebih banyak maklumat, kebanyakannya menerusi Internet dan mendapati insiden harian yang bermakna tidak dilaporkan oleh sumber-sumber berita seperti San Francisco Chronicle, the New York Times dan National Public Radio. Selepas beberapa bulan mendapat maklumat menerusi sumber-sumber alternatif, Weir mendapati beliau tidak senang hati dan terkejut dengan apa yang diperolehnya lalu meletakkan jawatan sebagai editor dan pergi ke Palestin sebagai wartawan bebas. "Apa yang saya temui dalam masa sebulan berjalan secara bebas di wilayah-wilayah Palestin ialah banyak cerita mengenai rantau itu tidak benar seperti yang dianggap sebelum ini. "Dari segi realitinya, saya disambut, dijemput untuk tinggal bersama di rumah orang, dilayan dengan hormat dan berasa selamat kecuali apabila

Page 128: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

47

mendekati tentera Israel. Apabila memberitahu rakyat Palestin bahawa saya adalah orang Amerika, mereka sepontan menjawab 'selamat datang'," katanya. Namun, bukan itu sahaja yang ditemuinya kerana beliau juga menemui kesan kemusnahan "seluruh masyarakat, pokok-pokok tumbang dan kanak-kanak ditembak di bahagian perut, belakang dan kepala". Weir juga mendapati pengalaman bersama ibu bapa yang anak lelaki muda mereka dibunuh, bercakap dengan seorang wanita yang rakan karibnya baru sahaja ditembak mati dan bagaimana rasanya berdepan dengan "tentera dalam kereta kebal dengan mesingannya dihalakan ke arah anda". "Dalam erti kata lain, saya mendapati bagaimana sebenarnya berada di Palestin dan bagaimana Israel menggunakan perbelanjaan besar wang cukai rakyat Amerika," katanya. Selepas kembali ke Amerika Syarikat, Weir memulakan kumpulan "If Americans Knew", bagi memaklumkan kepada rakyat negara itu keadaan sebenar konflik itu dan khususnya menjalankan kajian ke atas liputan media mengenai konflik tersebut. Kajian oleh kumpulan itu memakan masa yang lama, menganalisis media cetak dan elektronik di Amerika Syarikat dan beliau menyifatkan hasil kajian itu sebagai menakjubkan. Dalam setiap kes, kumpulan itu mendapati berita diputarbelitkan dan menuju kesimpulan yang sama iaitu hanya jumlah kecil kematian rakyat Palestin yang dilaporkan berbanding jumlah kematian rakyat Israel yang sengaja diperbesar-besarkan. "Sudah bertahun-tahun saya terbabit dalam dunia kewartawanan dan terbabit dengan penubuhan Pusat Kewartawanan Penyiasatan beberapa dekad yang lepas, yang sejak itu banyak memenangi anugerah kerana mendedahkan berita yang sebelum itu ditutupi. "Penyorokan fakta mengenai Palestin, yang telah saya bongkar, adalah salah laku kewartawanan paling besar dan paling lama yang pernah saya saksikan," katanya. Tetapi malangnya, keadaan itu tidak diketahui oleh sebahagian besar rakyat Amerika. -- BERNAMA SR AFY DC KHY

Page 129: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

48

TINDAKAN ISRAEL SERANG PALESTIN MENYUKARKAN PROSES DAMAI

Date: 01-07-2006 Author: / SLR RV RS Najib-Palestin KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Keganasan Israel ke atas rakyat Palestin hanya akan menyukarkan proses damai di Asia Barat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Israel perlu mematuhi prinsip dan undang-undang antarabangsa dan lebih-lebih lagi kerajaan yang ada di Palestin merupakan kerajaan yang sah. "Ia telah secara sah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi walaupun sesuatu yang berlaku terhadap anggota tenteranya, ini tak beri Israel hak untuk mencabuli kedaulatan dan hak asasi rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas beliau bermain golf di Piala Perdana Menteri, Golf Amal Malaysia 2006 di sini hari ini. Katanya, tindakan Israel itu tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi ia turut melibatkan para pemimpin Palestin. Israel sepatutnya mencari jalan untuk menghormati di antara satu sama lain, katanya. Ditanya apa yang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) boleh lakukan dalam keadaan ini, Najib kata: "Ini terpulang kepada sekretariat OIC untuk tentukan perkara ini." Israel kelmarin melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin serta menahan lapan orang menteri Palestin kerajaan pimpinan Hamas dengan alasan untuk membebaskan seorang askarnya yang diculik. -- BERNAMA SLR RV RS

Page 130: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

49

MSIA TERUS BERI SOKONGAN POLITIK DAN MORAL KEPADA K'JAAN PALESTIN

Date: 27-06-2006 Author: / ASF MOT RHM Parlimen-Hamas KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi sokongan politik dan moral kepada kerajaan Palestin pimpinan Hamas untuk mencari penyelesaian yang adil kepada konflik Palestin-Israel. Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu telah ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa bertemu wakil khas Hamas Dr Azzam Tamimi di Putrajaya pada 20 Feb lepas. Ini disusuli bantuan RM58 juta kepada kerajaan Palestin yang diumumkan Mei lepas, bagi meringankan beban rakyat Palestin akibat implikasi sekatan ekonomi oleh Washington dan Kesatuan Eropah. Selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia turut menyeru semua pihak yang terlibat agar terus membantu Palestin bagi mencari penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin, katanya di persidangan Dewan Rakyat hari ini. Sementara itu, beliau menolak dakwaan akhbar Harakah bahawa kerajaan memberi layanan buruk kepada Menteri Luar Palestin Mahmud Al-Zahar semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM-CoB), di Putrajaya, bulan lepas. Sambil menyifatkan laporan itu memberi imej buruk kepada negara, Ahmad Shabery berkata beliau tidak percaya seorang pemimpin Islam yang dikagumi akan membuat kenyataan seperti itu. -- BERNAMA ASF MOT RHM

Page 131: Serangan Israel Di Gaza, Palestin [Sumber Elektronik].pdf

50

TINDAKAN KUASA BESAR TIDAK GUGAT USAHA MALAYSIA BANTU PALESTIN

Date: 04-07-2006 Author: / HI HI KHY Parlimen-Palestin KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Tindakan negara kuasa besar untuk menarik balik bantuan kewangan kepada Palestin tidak menggugat usaha Malaysia untuk meneruskan bantuan kepada negara bermasalah di Timur Tengah itu. Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Ahmad Shabery Cheek berkata hakikat ini terbukti dengan bantuan terbaru sebanyak RM1 juta yang diserahkan 30 Mei lepas untuk membantu dua buah sekolah di bandar Jenin. "Menteri Luar kita (Datuk Seri Syed Hamid Albar) sendiri telah pergi ke sana sebagai simbol Malaysia sentiasa bersama dengan rakyat Palestin," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, hari ini. Katanya dalam tempoh tiga tahun lepas, Malaysia telah menyumbangkan lebih US$1.372 juta (RM5 juta) bagi pembangunan fizikal dan ekonomi Palestin dan dalam bulan Mei tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak US$16 juta (RM58.39 juta). Menurutnya Malaysia akan terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat dan kepimpinan Palestin dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara yang bebas dan berdaulat tanpa mengira parti mana yang dipilih rakyat Palestin. Katanya perkara ini telah ditegaskan oleh Abdullah semasa pertemuan dengan wakil khas Hamas, Dr Azzam Tamimi di Putrajaya pada 20 Feb lepas. Menjawab soalan tambahan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai), Ahmad Shabery berkata Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab turut sama memberi bantuan dalam menyelesaikan isu Palestin. Katanya adalah tidak adil untuk mengatakan negara-negara Arab langsung tidak memberi bantuan memandangkan mereka telah berterusan mencari jalan untuk menyelesaikan isu berkenaan. -- BERNAMA HI HI KHY Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 30 Mei 2013