mennjahit manik dan labuci

26
MENJAHIT MANIK DAN LABUCI

Upload: idayuzainal

Post on 30-Jun-2015

13.261 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 2: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

TUJUAN MENJAHIT MANIKManik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada pakaian, atau membuat beberapa item yang lain. Ini adalah bentuk umum dari perhiasan untuk kaum perempuan, dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperibadian.Dalam mencorakkan jahitan manik , sebenarnya ia memerlukan kreativiti seseorang penyulam untuk mengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk, saiz dan warna. Ada yang menggunakan warna yang sama dalam menghias jahitan manik tetapi mengambil pendekatan dengan menggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza.

Page 3: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

JENIS-JENIS MANIK DAN LABUCI

Manik Beras/ Rice Beads/ Manik Padi Sesuai bagi semua jahitan manik mengikut kesesuianselalu corak yang dijahit mengunakan manik ini ialah seperti bunga kekwa/teratai/ 3D dan lain-lain.Terdapat beberapa saiz dan warnaJenis Glass/kaca adalah yang paling terbaik dan lebih berkilat berbanding ABS yang diperbuat dari plastik dan kurang berkilat

Page 4: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

Manik silinder/ manik 2 cut sesuai bagi sesetengah jahitan manik terdapat beberapa saiz dan warna terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat

dari jepun, taiwan, korea, china.. .. best on top sales ialah manik Jepun.(terdapat beberapa jenama di pasaran seperti Mayuki, Mayuku, MGB, Apple, dll)

Manik bulat / round beads manik ini selalu dibuat di renjisan akhir

dalam jahitan crumbles sesuai bagi semua jahitan manik terdapat beberapa saiz dan warna terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat

dari jepun, taiwan, korea, china.. best on top sales ialah manik Jepun.(terdapat beberapa jenama di pasaran seperti Mayuki, Mayuku, MGB, Apple, dll)

 

Page 5: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

Mutiara/ Pearlterdapat banyak saiz dan warnaterdapat beberapa jenis iaitu ABS, Glass, dan Mutiara air masin/tawarselalunya mutiara ini di jahit manik dan perhiasan seperti membuat bunga telur, rantai dll.penggunaan yang meluas dari segi jahitan manik seperti crumbles dll.

Labuci-Labuci ni ada macam-macam bentuk. -Terdapat bentuk bunga,ada

bentuk  bulat,bentuk segitiga. -Terdapat banyak saiz dan warna

Page 6: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

ALAT YANG DIGUNAKAN MENJAHIT MANIK

1.    MANIK DAN LABUCI   Manik dan labuci terdapat dalam pelbagai kualiti. ada yang mahal lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak menyerlah keindahannya.  Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik dan labuci? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan pancaran warna kita boleh bezakannya, samada ianya jenis manik mahal / murah.  Terdapat  labuci pelbagai warna, bentuk dan saiz labuci dan dalam era moden dan ianya diperbuat daripada plastik.

Page 7: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

2.KAIN DAN FABRIK  

  Kain/ fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti chiffon, sutera, cotton, batik, viscose, satin dan pelbagai lagi. Yang penting adalah mengetahui ciri-ciri kain/ fabrik itu sendiri samada bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk, pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.  Melalui perbezaan ciri-ciri kain/ fabrik akan memudahkan menyulam manik dan labuci. Jika  nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak  ia akan merosakkan fabrik / kain.  

Page 8: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

 3. JARUM

  Jarum yang digunakan untuk menyulam manik sebaiknya jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi. Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.  Jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam manik.

Page 9: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

4. BENANG

   Dari jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus.  Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon.

Page 10: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

5. WATER ERASEABLE PEN

Digunakan untuk melakar corak sebelum proses menjahit manik dan labuci.Kesannya lukisan mudah tanggal jika dibasuh.

Page 11: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

6. CUTTER ATAU GUNTING

Digunakan untuk menggunting benang untuk menjahit manik dan labuci.

Page 13: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

1.

2. Rapikan lurus ikut garisan, cucuk jarum di kain pada manik terakhir. Keluarkan benang di tengah-tengah antara manik ke-3 ke-4 sebelah kanan.

3. Susup jarum di bawah deretan manik keluar ke sebelah kiri.

Mula jahitan dari awal garisan, masukkan 6 biji manik.

Page 14: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

4. Masukkan 6 biji manik lagi, ulangi langkah seperti no 2, 3 & 4. Keluarkan jarum di depan barisan manik pertama. Pastikan benang keluar di tengah2 barisan manik kedua sebelah kanan.

5. Seperti sebelumnya, susup ke sebelah kiri dibawah deretan manik kedua.

6. Rapikan jahitan, dan pintalan mula timbul. Ulangi langkah sehinggalah siap.

Page 16: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen.

2. Utk setiap kelopak gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar .(Terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik).

Page 17: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

3.Kemudian turunkan labuci seperti kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

4.Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

Page 18: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

5.Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

Page 19: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

MENJAHIT MANIK MANJALARA

Page 20: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

1.Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.

2.Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.

3. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.

Page 21: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

. 4.Penuhkan semua kelopak bunga.

5.Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. jahitkan kain lain untuk tutup

kesan jahitan

6.Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara . Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.

Page 23: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

 

2.Mulakan di mana-mana hujung corak cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan 5 hingga 6 biji manik. Bentukkan barisan manik tersebut betul-betul di atas corak yang hendak dibentukkan itu.Cucuk jarum dihujung manik terakhir.

1.Sekiranya corak baju yang hendak disulam terletak di tengah badan baju, elok menggunakan ram supaya mudah untuk disulam.

Page 24: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

 4.Susupkan jarum melalui lubang manik keluar mulai dari manik yang ke 3 hingga manik ke 5.

3.Keluarkan semula jarum di antara manik ke 2 & ke 3 di sebelah dalam lengkungan manik. (Setiap kali menjahit sekiranya bentuknya adalah melengkung pastikan jarum dikeluarkan di sebelah dalam lengkungan)   

Page 25: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

6.Beginilah rupa manik jelujur sulut paut @ tali air yang sudah dijahit. Kesannya amat dramatik dan timbul serinya.

5.Ulangi langkah 2,3 & 4 dengan memasukkan lagi 5 – 6 biji manik mengikut bentuk yang ingin diikut/dilukis.

Page 26: MENNJAHIT MANIK DAN LABUCI

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,NOOR IDAYU BINTI MAT WEdari: Jahitan pakaian wanita