penaksiran dan penilaian terhadap individu guru

31
MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013 TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK. 1. Pendahuluan Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Seorang guru adalah seorang pendidik. Pendidik ialah orang yang memikul tanggung jawab untuk membimbing.(Ramayulis,1982:42) Pendidik tidak sama dengan pengajar, sebab pengajar itu hanya sekadar menyampaikan pelajaran kepada murid. Prestasi yang tertinggi yang dapat dicapai oleh seorang pengajar apabila ia berhasil membuat pelajar memahami dan menguasai pelajaran yang diajarkan kepadanya. Tetapi seorang pendidik bukan hanya bertanggungjawab menyampaikan material pengajaran kepada murid sahaja tetapi juga membentuk keperibadian seorang anak didik bernilai tinggi. Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, Imam Al-Ghazali menetapkan beberapa kriteria yang harus dipenuhi oleh seorang guru. Tulisan berikut ini merupakan kutipan yang diambil oleh penulis dari buku Abuddin Nata (2000:95-99) ketika menjelaskan PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 1 -

Upload: fu-a-rt

Post on 19-Jun-2015

521 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

1. Pendahuluan

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain

dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan

kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai

dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007)

Seorang guru adalah seorang pendidik. Pendidik ialah “orang yang memikul

tanggung jawab untuk membimbing”.(Ramayulis,1982:42) Pendidik tidak sama dengan

pengajar, sebab pengajar itu hanya sekadar menyampaikan pelajaran kepada murid.

Prestasi yang tertinggi yang dapat dicapai oleh seorang pengajar apabila ia berhasil

membuat pelajar memahami dan menguasai pelajaran yang diajarkan kepadanya.

Tetapi seorang pendidik bukan hanya bertanggungjawab menyampaikan material

pengajaran kepada murid sahaja tetapi juga membentuk keperibadian seorang anak

didik bernilai tinggi.

Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, Imam Al-Ghazali menetapkan

beberapa kriteria yang harus dipenuhi oleh seorang guru. Tulisan berikut ini merupakan

kutipan yang diambil oleh penulis dari buku Abuddin Nata (2000:95-99) ketika

menjelaskan kriteria guru yang baik dari kitab Ihyaa Ulumuddin yang merupakan karya

agung Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali.

Al-Ghazali berpendapat bahawa guru yang dapat diberikan tugas mendidik

adalah guru yang selain cerdas dan sempurna akalnya, juga guru yang baik akhlaknya

dan kuat fizikalnya.  Dengan kesempurnaan akal ia dapat memiliki berbagai ilmu

pengetahuan secara mendalam, dan dengan akhlaknya yang baik ia dapat menjadi

contoh  dan teladan bagi para muridnya, dan dengan kuat fizikalnya ia dapat

melaksanakan tugas mengajar, mendidik dan mengarahkan anak-anak muridnya.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 1 -

Page 2: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Selain sifat-sifat umum yang harus dimiliki guru sebagaimana disebutkan di atas,

seorang guru juga harus memiliki sifat-sifat khusus atau tugas-tugas tertentu sebagai

berikut :

Pertama, Jika tugas mengajar merupakan keahlian dan profesional dari seorang

guru, maka sifat terpenting yang harus dimilikinya adalah rasa kasih sayang. Sifat ini

dinilai penting karena akan dapat menimbulkan rasa percaya diri dan rasa tenteram

pada diri murid terhadap gurunya. Hal ini pada gilirannya dapat menciptakan situasi

yang mendorong murid untuk menguasai ilmu yang diajarkan oleh seorang guru.

Kedua, kerana mengajarkan ilmu merupakan kewajiban agama bagi setiap orang

alim (berilmu), maka seorang guru tidak boleh menuntut upah atas kepayahannya.

Seorang guru harus meniru Rasulullah SAW. yang mengajar ilmu hanya kerana Allah,

sehingga dengan mengajar itu ia dapat “bertaqarrub” kepada Allah. Demikian pula

seorang guru itu tidak dibenarkan minta dikasihani oleh muridnya, melainkan sebaliknya

ia harus berterima kasih kepada muridnya atau memberi imbalan kepada muridnya

apabila ia berhasil membina mental dan jiwa. Murid telah memberi peluang kepada guru

untuk dekat pada Allah SWT. Namun hal ini boleh terjadi jika antara guru dan murid

berada dalam satu tempat, ilmu yang diajarkan terbatas pada ilmu-ilmu yang sederhana,

tanpa memerlukan tempat khusus.

Namun jika guru yang mengajar harus datang dari tempat yang jauh, segala

prasarana yang mendukung pengajaran harus diberi dengan dana yang besar, serta

faktor-faktor lainnya harus diupayakan dengan dana yang besar, maka akan sukar

dilakukan kegiatan pengajaran dan pembelajaran apabila gurunya tidak diberikan

imbuhanan kesejahteraan yang memadai.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 2 -

Page 3: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Ketiga, seorang guru yang baik hendaknya berfungsi juga sebagai pengarah dan

penyuluh yang jujur dan benar di hadapan murid-muridnya. Ia tidak boleh membiarkan

muridnya mempelajari pelajaran yang lebih tinggi sebelum menguasai pelajaran yang

sebelumnya. Ia juga tidak boleh membiarkan waktu berlalu tanpa peringatan kepada

muridnya bahwa tujuan pengajaran itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT,.

Dan bukan untuk mengejar pangkat, status dan hal-hal yang bersifat keduniaan.

Seorang guru tidak boleh tenggelam dalam persaingan, perselisihan dan pertengkaran

dengan sesama guru lainnya.

Keempat, dalam kegiatan mengajar seorang guru hendaknya menggunakan cara

yang simpatik, halus dan tidak menggunakan kekerasan, cacian, makian dan

sebagainya. Dalam hubungan ini seorang guru hendaknya jangan mendedahkan atau

menyebarluaskan kesalahan muridnya di depan umum, kerana cara itu dapat

menyebabkan anak murid yang memiliki jiwa yang keras, menentang, membangkang

dan memusuhi gurunya. Dan jika keadaan ini terjadi dapat menimbulkan situasi yang

tidak mendukung bagi terlaksananya pengajaran yang baik.

Kelima, seorang guru yang baik juga harus tampil sebagai teladan yang baik di

hadapan murid-muridnya. Dalam hubungan ini seorang guru harus bersikap toleransi

dan mahu menghargai kepakaran orang lain. Seorang guru hendaknya tidak mencela

ilmu-ilmu yang bukan keahliannnya atau kepakarannya. Kebiasaannya seorang guru

yang mencela guru ilmu fiqih dan guru ilmu fiqih mencela guru hadis dan tafsir, adalah

guru yang tidak baik. (Al-Ghazali, t.th:50)

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 3 -

Page 4: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Keenam, seorang guru yang baik juga harus memiliki prinsip mengakui adanya

perbezaan potensi yang dimiliki murid secara individu dan memperlakukannya sesuai

dengan tingkat perbezaan yang dimiliki muridnya itu. Dalam hubungan ini, Al-Ghazali

menasihatkan agar guru membatasi diri dalam mengajar sesuai dengan batas

kemampuan pemahaman muridnya, dan ia sepatutnya tidak memberikan pelajaran yang

tidak dapat dijangkau oleh akal muridnya, kerana hal itu dapat menimbulkan rasa

antipati atau merusak akal muridnya. (Al-Ghazali, t.th:51)

Ketujuh, seorang guru yang baik menurut Al-Ghazali adalah guru yang di

samping memahami perbedaan tingkat kemampuan dan kecerdasan muridnya, juga

memahami bakat, tabiat dan kejiawaannya muridnya sesuai dengan tingkat perbedaan

usianya. Kepada murid yang kemampuannya kurang, hendaknya seorang guru jangan

mengajarkan hal-hal yang rumit sekalipun guru itu menguasainya. Jika hal ini tidak

dilakukan oleh guru, maka dapat menimbulkan rasa kurang senang kepada guru,

gelisah dan ragu-ragu.

Kelapan, seorang guru yang baik adalah guru yang berpegang teguh kepada

prinsip yang diucapkannya, serta berupaya untuk merealisasikannya sedemikian rupa.

Dalam hubungan ini Al-Ghazali mengingatkan agar seorang guru jangan sekali-kali

melakukan perbuatan yang bertentangan dengan prinsip yang dikemukakannya.

Sebaliknya jika hal itu dilakukan akan menyebabkan seorang guru kehilangan

wibawanya. Ia akan menjadi sasaran penghinaan dan ejekan yang pada gilirannya akan

menyebabkan ia kehilangan kemampuan dalam mengatur murid-muridnya. Ia tidak akan

mampu lagi mengarahkan atau memberi petunjuk kepada murid-muridnya.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 4 -

Page 5: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Dari lapan sifat guru yang baik sebagaimana dikemukakan di atas, dapat dilihat

bahawa sebahagiannya masih ada yang sejalan dengan tuntutan masyarakat moden.

Sifat guru yang mengajarkan pelajaran secara sistematik, iaitu tidak mengajarkan

bahagian berikutnya sebelum bahagian terdahulu dikuasai, memahami tingkat

perbezaan usia, kejiwaan dan kemampuan intelektual pelajar, bersikap simpatik, tidak

menggunakan cara-cara kekerasan, serta menjadi peribadi teladan adalah sifat-sifat

yang tetap sejalan dengan tuntutan masyarakat moden.

2. Guru sebagai satu profesion, konsep kod etika cirri-ciri dan falsafah sifat guru

Falsafah pendidikan guru:

Guru yang berpekerti mulia berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3. Kod etika ciri-ciri dan falsafah sifat guru utama

Konsep profesion:

Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang mempunyai

kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta

mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

4. Kod etika ciri-ciri dan falsafah sifat guru utama.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 5 -

Page 6: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Kod etika profesion:

Etika: suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau

organisasi

Ia meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan

yang salah

Tujuan: memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan

Kod etika keguruan: Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh

Kementerian Pendidikan

5. Kepentingan etika guru kod etika guru konsep kod etika ciri-ciri falsafah Sifat guru

utama. Ciri-ciri seorang guru yang baik secara umumnya;

Mencintai profesion keguruan.

Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar.

Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid.

Bersifat sabar.

Berkeperibadian mulia .

Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan.

Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau di luar bandar.

6. Konsep kod etika ciri-ciri falsafah sifat guru utama.

6.1 Terhadap murid;

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 6 -

Page 7: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain.

Mengajar anak murid cara belajar,menganalisis & berfikir secara kritis.

Hubungan ‘mata pelajaran’ dengan kehidupan murid .

Kenal, hormati dan percayai murid-murid.

Menjana idea-idea baru &menarik bagi murid berfikir.

Mengalak anak murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran.

Hadir dalam lain-lain aktiviti dimana murid terlibat seperti sukan & persembahan.

6.2 Terhadap mengajar:

Melakukan refleksi dan kritik kendiri.

Berfikir secara sistematik mengenai amalannya & belajar daripada pengalaman.

Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran & pembelajaran.

Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid.

Merancang pengajaran terdahulu,nberikan masa yang cukup bagi setiap tajuk,

dan menyatupadukan mata pelajaran.

Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi

memastikan kurikulum yang sentiasa ‘baru dan segar’ serta relevan .

Menyertai jawantankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan

atau diri sendiri.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 7 -

Page 8: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

6.3 Terhadap disiplin:

Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar.

Seorang yang dahagakan ilmu,sentiasa menambah pembacaan dalam

bidangnya dengan membaca,menghadiri konferens, konvensyen, bengkel &

seminar & mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan.

Seorang yang suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya .

Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat

menyertainya.

Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar.

Bina & mengekalkan hubungan profesional .

Bekerja dalam organasasi sekolah yang besar.

6.4 Secara peribadi:

Tunjukan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan

mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi.

Berfikiran terbuka, rendah diri dan bersikap optimistic.

6.5 Sifat guru yang professional:

Mula kerja pada awal pagi.

Mengurus dan merangcang.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 8 -

Page 9: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Ada perangcangan & matlamat.

Berpakaian secara ‘Profesonal’.

Guna waktu yang terluang sebagai masa ‘kerja’.

Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesinal.

Dalam mesyuarat mereka duduk dimana mereka boleh belajar.

Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan.

Sedia buat keputusan dan selesaikanya.

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.

Melanggan dan membaca jurnal professional.

Kembangsuburkan kerjaya mereka.

Sedia untuk belajar dan mendapat bantuan.

Belanja wang untuk perkembangan profesional atau bilik darjah

Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat tugas mereka membantu proses ini.

Melihat pekerjaan ‘mengajar’ sebagai satu profesion paling mulia.

7. Ciri-ciri guru berkualiti

  Guru berfungsi sebagai pembuat keputusan yang berhubungan dengan

perancangan, implementasi, dan penilaian. Sebagai perancang, guru hendaknya dapat

mendiagnos keperluan pelajar sebagai subjek belajar, merumuskan tujuan kegiatan

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 9 -

Page 10: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

proses pengajaran dan pembelajaran, dan menetapkan strategi pengajaran yang

ditempuh untuk merealisasikan tujuan yang telah dirumuskan. Sebagai

pengimplementasi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah disusun, guru

hendaknya mempertimbangkan situasi dan keadaan yang ada dan berusaha

menggunakan setiap situasi yang muncul menjadi situasi yang memungkinkan

berlangsungnya kegiatan belajar mengajar. Pada saat melaksanakan kegiatan menilai,

guru harus dapat menetapkan prosedur dan teknik penilaian yang tepat. Jika tujuan

pembelajaran yang telah ditetapkan pada kegiatan perancangan belum tercapai, maka

ia harus melihat kembali serta merancang implementasinya dengan maksud untuk

melakukan penambahbaikan.

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus

pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain.

John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau

kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri

atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan

perkhidmatan (ISO8402).

  Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-

ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai

aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.

Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan

pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:

7.1. Bertindak sebagai penyebar ilmu

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai

ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 10 -

Page 11: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas,

sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan

menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah

mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus

mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para

pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu

berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua

aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan

bertaraf antarabangsa.

7.2. Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut

Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang

mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah

moral, agama, terminal dan instrumental.

Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan

sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan

sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku

guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung

akan diterapkan dalam jiwa pelajar.

 Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model

kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk

beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 11 -

Page 12: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

7.3. Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan

ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat

kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan

luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan

budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan

bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)).

Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid,

serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai

seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri

supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru

dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan

dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

7.4. Mengamalkan kemahiran professional.

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang

mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan

peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,

berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah

pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 12 -

Page 13: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal

intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin

Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan

Malaysia).

7.5. Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan.

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,

seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang

profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan

terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.

Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan

menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang

perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing

murid-murid menggunakan internet sebagai p&p.

Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik

darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan

meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.

Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing,

dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007)

7.6. Perancangan pengajaran.

Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung

kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif

pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 13 -

Page 14: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya

menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk

menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru

harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia

merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam

penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan

cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan

menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

7.7. Pelaksanaan pengajaran

Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti

menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti

melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan

pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk

mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam

pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan

mengajar.

7.8. Penilaian pengajaran.

Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj

mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk

mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif

p&p.

Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat

penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 14 -

Page 15: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi

pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.

8. Kompetensi Guru

Kompetensi guru dapat didefinisikan sebagai penguasaan terhadap

pengetahuan, keterampilan, nilai dan sikap yang direfleksikan dalam kebiasaan berfikir

dan bertindak dalam menjalankan profession sebagai guru.

8.1 Guru menurut Cogan (1997) harus mempunyai kompetensi berikut:

(1) Kemampuan untuk memandang dan mendekati masalah-masalah pendidikan dan

perspektif masalah global.

(2) Kemampuan untuk bekerjasama dengan orang lain secara kooperatif dan

bertanggung jawab sesuai dengan peranan dan tugas dalam masyarakat.

(3) Kemampuan berfikir secara kritis dan sistematis.

(4) Keinginan untuk selalu meningkatkan kemampuan intelektual sesuai dengan

tuntutan zaman yang selalu berubah sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan

dan teknologi.

8.2 Cutler & Rupp (1993) untuk menjadi profesional seorang guru harus memiliki lima

hal. Pertama, guru mempunyai komitmen kepada pelajar dan proses belajarnya. Ini

bererti bahwa komitmen tertinggi guru adalah kepada kepentingan pelajarnya. Kedua,

guru menguasai secara mendalam bahan dan mata pelajaran yang diajarkannya serta

cara mengajarkannya kepada pelajar . Ketiga, guru bertanggung jawab memantau hasil

belajar siswa melalui berbagai teknik penilaian, bermula cara pengamatan dalam

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 15 -

Page 16: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

perilaku pelajar sampai kepada menguji hasil pembelajaran. Keempat, guru mampu

berfikir secara sistematis tentang apa yang dilakukannya, dan belajar dari

pengalamannya. Ertinya harus selalu ada masa untuk guru untuk mengadakan refleksi

terhadap apa yang telah dilakukannya. Kelima, guru semestinya merupakan sebagian

dari masyarakat belajar dalam lingkungan professionnya.

8.3 Sagala (2005) mengemukakan guru yang profesional harus memiliki sepuluh

kompetensi asas, iaitu:

(1) Menguasai landasan-landasan pendidikan.

(2) Menguasai bahan pelajaran.

(3) Kemampuan mengelola program belajar mengajar.

(4) Kemampuan mengelola kelas.

(5) Kemampuan mengelola interaksi belajar mengajar.

(6) Menilai hasil pembelajaran pelajar.

(7) Kemampuan mengenal dan menterjemahkan kurikulum.

(8) Mengenal fungsi dan program bimbingan dan kaunseling.

(9) Memahami prinsip-prinsip dan hasil pengajaran.

(10) Mengenal dan menyelenggarakan pentadbiran pendidikan.

8.4 Sudjana (1989) mengemukakan empat kompetensi guru, iaitu:

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 16 -

Page 17: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

(1) Mempunyai pengetahuan tentang belajar dan tingkah laku manusia.

 (2) Mempunyai pengetahuan dan menguasai bidang pengajian yang dibinanya.

(3) Mempunyai sikap yang tepat tentang diri sendiri, sekolah, teman sejawat, dan

bidang pengajian yang dibinanya.

(4) Mempunyai keterampilan teknik mengajar.

8.5 Suryadi dan Mulyana (1993:21) mengemukakan kompetensi guru bertolak dari

analisis tugas-tugas guru baik sebagai pengajar, pembimbing, mahupun pentadbir di

dalam kelas. Kompetensi guru terdiri dari:

(1) Menguasai bahan pelajaran.

(2) Mengelola program pengajaran dan pembelajaran.

(3) Mengelola kelas.

(4) Menggunakan media atau bahan bantu mengajar.

(5) Menguasai landasan kependidikan.

(6) Mengelola interaksi pengajaran dan pembelajaran.

(7) Menilai prestasi belajar.

(8) Mengenal fungsi dan layanan bimbingan kaunseling.

(9) Mengenal dan menyelenggarakan pentadbiran sekolah.

(10) Memahami dan menafsirkan hasil penelitian guna keperluan pengajaran.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 17 -

Page 18: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

9. Guru sebagai pengamal reflektif.

Amalan refleksi amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan

dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan

mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar kearah meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Konsep refleksi dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang

yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah

difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan

cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan

lebih berkesan pada masa hadapan.

Proses pefleksi pedagogi kefahaman mengenalpasti dan menjelaskan isu,

fenomena atau masalah pedagogi Kefahaman baru Transformasi Membuat atau

merancang pengubahsuaian, Merancang tindakan pedagogi peningkatan atau tindakan

susulan Refleksi Refleksi terhadap tindakan yang diambil Pelaksanaan Melaksanakan,

menguji atau mengkaji tindakan yang dirancang Penilaian Menilai tindakan yang diambil

Pemikiran reflektif menurut Birchall(1992), pemikiran reflektif memerlukan

penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbang segala kemungkinan tindakan

alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta

menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Seseorang yang dikatakan berfikiran

reflektif boleh dilihat daripada tindakan seperti berikut: Mengaitkan sesuatu idea dengan

pengalaman yang sedia ada. Mengemukakan soalan kendiri.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 18 -

Page 19: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Mengusulkan hipotesis dan andaian. Mengemukakan pelbagai kemugkinan

penyelesaian yang wajar. Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif

Penyelesaian pemikiran kritis dan kreatif renungan kembali refleksi (Pemikiran

Metakognitif)Pemikiran reflektif perkaitan dengan pengalaman sedia ada.

Berikut menunjukkan komponen dan proses pemikiran reflektif: pemikiran

reflektif pemikiran renungan kembali kritis dan refleksi (Pemikiran kreatif Perkaitan

dengan Metakognitif) pengalaman sedia ada Penyelesaian

Peringkat-peringkat pemikiran reflektif proses pemikiran reflektif bermula

masalah membaca dan memahami masalah melalui pemikiran kognitif mentafsir

maklumat Menentu dan Memproses dan menganalisis data dengan menyusun

maklumat pemikiran secara kritis Mencari hubungan Mengingat kembali perhubungan

pengalaman yang sedia ada dengan masalah Mencadang hipotesis Penggunaan

pemikiran kritis dan kreatif Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian Membukti

hipotesis Menilai penyelesaian Penggunaan pemikiran refleksi (metakognisi) untuk

membuat keputusan atau menetap tindakan

Cara-cara meningkatkan pemikiran reflektif memperkenal masalah-masalah

terbuka melatih pelajar supaya cekap menggunakan teknik penyelesaian masalah

membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan mentafsir

maklumat daripada data.

Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif untuk membentuk

pelbagai hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar

Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi dan teknik refleksi untuk

menilai kemungkinan penyelesaian. Di dalam segala proses pemikiran reflektif yang

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 19 -

Page 20: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

digunakan untuk menyelesaikan masalah, guru harus menggunakan teknik penyoalan

supaya daya pemikiran reflektif pelajar dapat di pertingkat

10. Kesimpulan.

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting

dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di

tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang dibentangkan iaitu

guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai

role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan

pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi

muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri,

ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih,

penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat

sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang

mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Rujukan

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk           KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 20 -

Page 21: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (2006).Peningkatan Kualiti Pengajaran Di            Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/200

Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33.

Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur         Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.

Anderson, Coralyn S. (1987). Instructional Leadership Behaviours In High School Principals, Assistant Principal And Deparmant Chairpersons : The High School Journal. 70 (2) : 115 - 123.

Anderson, R. H. & Karolyn, J. S. (1993). Clinical Supervision : Coaching For Higher Performance. Pennsylvania : Technomic Publishing Company,Inc.

Asnah Abdul Hamid,(1995)."Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi Pendidikan : Satu Pendekatan Kaunseling". Jurnal Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 4, Bil. 2.

Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing Company.

Haji Abdul Rahman b. Ahmad,(1987). Penyeliaan Bilik Darjah - Kajian Kes Sekolah-Sekolah Selangor. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.

Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Ismail Abu Talib, (1986). Penyeliaan Sekolah - Satu Harapan. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Peningkatan Profesionalisme Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Melaka, Melaka.

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, (1993). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar, (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999 bertajuk Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 21 -

Page 22: Penaksiran Dan Penilaian Terhadap Individu Guru

MOHAMED FUAT MD NOOR 122458 PSIKOLOGI PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN SGDY 3013

TAJUK: PENAKSIRAN DAN PENILAIAN TERHADAP INDIVIDU PENDIDIK.

PENSYARAH : DR. YAHYA DON - 22 -