konsep sosialisasi

5
Nurul Diyana Suliman TAJUK : PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL KONSEP SOSIALISASI Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak- kanak berlaku secara peniruan dan modeling. PROSES SOSIALISASI (Peniruan , Modelling) KONSEP TEORI PERSAHABATAN (3 TAHAP-ROBERT SELMAN) TAHAP 1- berlaku semasa kanak-kanak prasekolah. Sahabat dianggap kawan sepermainan sahaja. TAHAP 2- pembentukan karekteristik pada permulaan persekolahan. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai & diharapkan untuk membantu. TAHAP 3- Persahabatan lebih kepada hubungan intim, hubungan yang matang dan nilai persahabatan mula difahami PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL KANAK-KANAK Interaksi rakan sebaya Pembentukan hubungan persabahatan Pengaruh jantina Kesedaran ras dan budaya Sensitiviti terhadap orang-orang kurang upaya Peringkat perkembangan : Baru lahir : Melihat wajah ibunya dengan penuh minat

Upload: yana-suliman

Post on 13-Dec-2014

141 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep sosialisasi

Nurul Diyana Suliman

TAJUK : PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL

KONSEP SOSIALISASI

• Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling.

PROSES SOSIALISASI (Peniruan , Modelling)

KONSEP TEORI PERSAHABATAN (3 TAHAP-ROBERT SELMAN)

TAHAP 1- berlaku semasa kanak-kanak prasekolah. Sahabat dianggap kawan sepermainan sahaja.

TAHAP 2- pembentukan karekteristik pada permulaan persekolahan. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai & diharapkan untuk membantu.

TAHAP 3- Persahabatan lebih kepada hubungan intim, hubungan yang matang dan nilai persahabatan mula difahami

PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL KANAK-KANAK

Interaksi rakan sebaya

Pembentukan hubungan persabahatan

Pengaruh jantina

Kesedaran ras dan budaya

Sensitiviti terhadap orang-orang kurang upaya

Peringkat perkembangan :

Baru lahir : Melihat wajah ibunya dengan penuh minat

6 minggu – 3 bulan: Bayi mula senyum bila bercakap-cakap dengannya

4-5 bulan: Ketawa, main cak-cak, bermain dengan kakinya.

Akan mengeluarkan bunyi tertentu untuk menarik perhatian orang.

Page 2: konsep sosialisasi

Nurul Diyana Suliman

5-6 bulan: Membawa semua benda ke mulut

10-11 bulan: Melambai-lambai. Mula mengecam orang yang tidak dikenalinya.

11-12 bulan: Akan cuba memberi sesuatu ditangannya apabila diminta, menunjukkan dengan jari telunjuk apa yang dikehendakinya.

12-15 bulan: minum dengan cawan.

15-18 bulan: Meniru kerja-kerja rumah dan melakukan arahan-arahan yang mudah. Mempelajari persekitaran dengan penuh minat.

Dari 24 bulan: Memberitahu untuk ke tandas

3-4 tahun: Mula untuk berkongsi permainan, menggosok gigi, ‘imaginative play’

5-6 tahun : Suka memerhati orang bermain, sayangkan keluarga, membentuk perasaan terhadap alam sekitar, mempunyai perasaan terhadap orang lain., Lebih selesa berinteraksi dengan rakan seusia

BAGAIMANA SOSIAL BERKEMBANG MELALUI PENIRUAN DAN PEMERHATIAN ATAU MODEL?

RAKAN SEBAYA

a) Sahabat sebagai agen peneguhan

i. Memberi sokongan dan persetujuan positif kepada sahabat dalam bentuk senyuman, menawarkan bantuan, memuji dan sebagainya.

ii. Menerima segala kelemahan dan kebaikan seseorang sahabat

iii. Berkongsi, menerima idea-idea kanak-kanak yang lain, membenarkan kanak-kanak lain bermain bersama-sama, bekerjasama dan lain-lain.

b) Sahabat sebagai model sosial

i. Memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas tertentu dengan memerhati tingkah laku sahabatnya.

ii. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang lebih rapat dengannya.

INTERAKSI RAKAN SEBAYA, PERSAHABATAN DAN JANTINA BOLEH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL?

RAKAN SEBAYA DAN PERSAHABATAN

Page 3: konsep sosialisasi

Nurul Diyana Suliman

a) Interaksi positif dengan rakan membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuaian dengan orang lain. (kajian Harlow 1962).

b) Interaksi antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Contohnya : seorang kanak-kanak pendiam akan mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar bercakap daripada rakan yang gemar bercakap.

JANTINA

a) Kanak-kanak lebih memberi peneguhan kepada rakan sejantina kerana mereka lebih gemar berinteraksi dengan sahabat yang sejantina. Kanak-kanak akan bijak mengawal dan mengenalpasti had-had batasan pergaulan sosial dengan rakan berlainan jantina.

TINGKAH LAKU PROSOSIAL

Perkembangan perasaan empati kanak-kanak menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah.

Cenderung untuk menunjukkan sikap membantu dan bekerjasama

Tingkah laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan

Tingkah laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain, melakukan keganasan atau mencederakan orang lain

Tingkah laku antisosial kanak-kanak – berbohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah

Punca – modelling, kegagalan mencapai matlamat (kecewa)

TINGKAH LAKU SOSIAL SEMASA BERMAIN

peniruan

suka bertanding

berkawan setia

bekerjasama

simpati

pengiktirafan sosial

Page 4: konsep sosialisasi

Nurul Diyana Suliman

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Beri peluang dan sokongan untuk mencuba pelbagai aktiviti mengikut kebolehan

Jangan menghukum jika tersalah langkah

Peraturan bersifat ringkas & mudah difahami

Berikan pujian/ motivasi apabila kanak-kanak tunjukkan inisiatif

Laksanakan kurikulum yang meransang perkembangan-

Galakkan persaingan secara sihat

Gunakan kaedah bermain/ elemen permainan

Galakkan kanak-kanak kemuka/ bertanyakan soalan- guru perlu berikan maklum balas.

BENTUK SOSIAL

Sensetif & mudah menangis Manja & ingin dibelai Suka dihargai Ingin tahu & ingin cuba Suka tiru perbuatan orang Tamak-nak lebih Kedekut Suka bergurau Suka main masa buat kerja

CARA-CARA MENGGALAKKAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL