konsep perkembangan kanak

10
1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna kedua-dua perkataan ini berbeza tetapi ia tidak boleh dipisahkan. Dari segi aspek pertumbuhan, menurut Woolfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf- saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada peringkat ke peringkat lain. Di samping itu, ciri-ciri pertumbuhan yang dapat kita lihat ialah pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur malahan saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. Selain itu, saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah dimana pertambahan saiz otak member kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Pertumbuhan juga dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran

Upload: amalina-aziz

Post on 27-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

1.0KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang

berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi

perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan

rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor

persekitaran. Perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang

menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama.

Realitinya, makna kedua-dua perkataan ini berbeza tetapi ia tidak boleh dipisahkan.

Dari segi aspek pertumbuhan, menurut Woolfolk dan Margetts (2007)

mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada

segi fizikal ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan,

ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang

dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada peringkat ke peringkat lain. Di samping

itu, ciri-ciri pertumbuhan yang dapat kita lihat ialah pertumbuhan manusia bersifat

kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur malahan saiz dan struktur badan bertambah dan

kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. Selain itu, saiz otak dan organ-organ

dalaman juga bertambah dimana pertambahan saiz otak member kanak-kanak

keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan

melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Pertumbuhan juga dipengaruhi oleh baka atau

keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut dan yang

terakhir ialah kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku

peringkat demi peringkat.

Selain itu, dari segi aspek perkembangan pula ialah Santrock (2008)

mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan

sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir

hayat. Perkembagan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapt diukur secara kuantitatif

tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.

Ciri-ciri perkembangan ialah perkembangan bersifat kuantitatif dan perubahan-

perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, social, emosi dan moral.

Page 2: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

Selain itu, perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah

tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, member nama

kepada objek, mengenal perkataan dan mengkaitkan dengannya objek. Disamping itu,

ciri-ciri perkembangan yang lain ialah perubahan-perubahan yang berlaku adalah

berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Kematangn merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Selain

itu juga ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran dan terakhir ialah perkembagan

adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

1.1PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan kanak-kanak dapat

dikelaskan kepada 8 bahagian. Prinsip yang pertama ialah mengikut arah tertentu. Arah

seperti arah kepala ke kaki(cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di

bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah kedua ialah

arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah

menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Prinsip kedua ialah

berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara berterusan

daripada lahir sehingga mati. Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau

kecepatan yang berbeza-beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri.

Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Prinsip yang

keempat pula adalah berlaku secara menyeluruh di mana otot- otot besar akan

berkembang terlebih dahulu berbanding dengan otot-otot kecil. Prinsip kelima ialah

kadar kecepatan yang berbeza. Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah

sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Seterusnya ialah

prinsip keenam ialah setiap anggota saling berkaitan dan mempengaruhi.

Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan

Page 3: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Prinsip ketujuh ialah corak

perkembangan yang berbeza mengikut individu. Maka, tidak semua kanak-kanak

sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Prinsip

terakhir adalah berlaku secara berperingkat. Hidup manusia adalah mengikut peringkat-

peringkat tertentu. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi

peringkat itu.

Secara kesimpulannya proses perkembangan berlaku mengikut aturan.

Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian

merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan

juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam

perkembangan kognitif dan bahasa. Perubahan dan pertumbuhan dan perkembangan

beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh

menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.

Pertumbuhan berlaku dengan otot-oto halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah

satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang

kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya

sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Corak dan aturan perkembagan hamper sama tetapi kadar perkembangan

manusia nerneza untuk setiap individu. Misalnya setengah kanak-kanak dapt berjalan

pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada bulan 18 bulan. Ini

adalah salah satu factor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kta

dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Perkembangan adalah hasil interaksi

kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia

ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian

berlari. Ia dipengaruhi oleh factor-faktor genetic. Pembelajaran adalah hasil daripada

latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran

membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam

dirinya, misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna

memungkinkan seseorang iti berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih

atau meniru cara-cara berenang.

Page 4: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

2.0 ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.1 PERKEMBANGAN JASMANI

Perkembangan jasmani merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar

pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia (Woolfolk & Margeets, 2007). Semasa pembesaran

kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan,

menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang

lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak

secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya

keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau

permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin

mengakibatkan mereka disisihkan daripada kumpulan rakan sebaya mereka.

Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan

terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada

kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi

asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

2.1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN JASMANI

Prinsip asas dalam perkembangan jasmani

1. Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke

kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi

berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan,

kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal

pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti

dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat

mengawal kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan

Page 5: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh

meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.

Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal

kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan

berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang

belakang dan menuju kea rah luar Badan. Pada peringkat

pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu

sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan

kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan.

Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai objek

yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat

mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan,

bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk

menggengam objek. Seterusnya bayi dapat memegang

objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan

kerana otot tangan sudah berkembang.

3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Sebagai

contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan

menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama

berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk

kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi

menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat

memberitahu kepalanya sakit.

4. Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza. Kaki dan

tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa

peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa

lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat

dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja

tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan perlahan.

Page 6: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

2.1.2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN JASMANI

Prenatal

Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan,

iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu.

Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-

dua ovarinya. Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh, satu

ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam

ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia.

Proses ini dipanggil ovulasi. Selepas ovulasi, ovum tersebut akan

bergerak ke tiub fakopia. Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu

bergabung dengan sperma bapa di bahagian atas tiub falopia

bersebelahan dengan ovary. Sekiranya ovum tersebut tidak

disenyawakan dalam masa 48jam selepas ovulasi, ia akan

dikeluarkan sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh

sperma dinamakan zigot. Kadangkala seorang wanita akan

menghasilkan lebih daripada satu telur, sama ada secara

semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan

dua ovum oleh dua sperma berbeza menghasilkan kembar dwizigot

atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara. Jika avum yang

disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahagian, iaitu

zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahagian

sel dan perkembagan menjadi dua individu yang serupa maka

kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil

daripada zigot yang sama, oleh itu ia mewarisi gen sama daripada

ibu dan bapa. Peringkat prenatal ialah selama Sembilan bulan dan

terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage),

embrio dan fetal.

Page 7: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK

1. FASA PEMBENIHAN

2. FASA EMBRIO

3. FASA FETAL