konsep pentaksiran bmm

18
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek- aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu

Upload: kowsalya-ramesh

Post on 19-Jun-2015

400 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep pentaksiran bmm

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil

pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding

matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan

mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat

sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah

beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini

digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah

berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai

perbezaan.

Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk

menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka

kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran

di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh

pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan

gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga

dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang

Page 2: Konsep pentaksiran bmm

pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran

dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian

dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian

besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta

melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi

aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran

seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri

seperti ;

1 i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa

memeriksa skrip jawapan.

2 Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

3 Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat

tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan

sesuatu ujian.

iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang

penting.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan

pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.

Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,

kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau

pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui

temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk

mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala

pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran

tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah

tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian

fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang

tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang

Page 3: Konsep pentaksiran bmm

mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada

pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.

Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga

boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu

pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek

berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal

pelajar menggunakan pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan

pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka

sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu

kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur

‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan

(dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang

pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus

berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan

memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran

di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir

ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu

Page 4: Konsep pentaksiran bmm

memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-

cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang

berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap

berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/

pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui

pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah

menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui

pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam

bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat

penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum

yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan

penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat

Page 5: Konsep pentaksiran bmm

yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap

sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.

Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang

pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,

menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat

penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.

Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang

dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa

yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep

pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-

langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang

tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau

keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau

perkara.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil

pengajaran dan

pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur

pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah

menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu

bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif,

penilaian juga boleh dibuat dengan

menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada

pemerhatian atau temubual.

Page 6: Konsep pentaksiran bmm

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran

Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk

menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk

penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan

starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran

mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang

berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara

keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian

dan pentaksiran ialah:

perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian

Definisi Sebuah proses yang

menentukan peringkat

pencapaian dan

prestasi seseorang

individu atau murid

Satu alat yang

sistematik untuk

menilai dan mengukur

perubahan dalam

sesuatu aspek tingkah

laku.

Sebuah proses

menentukan

perubahan tingkah

laku dan membuat

pertimbangan nilai.

Tujuan Bagi membuat

pengelasan terhadap

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran

Untuk menentukan

pencapaian terhadap

sesuatu pembelajaran

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif pembelajaran.

Kaedah mengajar dan

kurikulum.

Bentuk 1. Set ujian bertulis

dengan markah dan

gred

1. Pemerhatian

2. Ujian lisan

3. Ujian bertulis

1. Jadual

2. Gred berdasarkan

teknik perangkaan

Proses

perlaksanaan

Menjalankan proses

pengujian

Menyediakan set ujian

berdasarkan cara

Menentukan kaedah

pengukuran yang ingin

Page 7: Konsep pentaksiran bmm

menggunakan set ujian

dan kemudian

mencatat atau

merekod markah serta

memberi gred

ujian yang ingin

dijalankan.

Melakukan

pentadbiran semasa

menjalankan ujian

dan seterusnya

menjalankan

pemeriksaan terhadap

set ujian yang telah

dijalankan.

dijalankan dan

melakukan proses

pengukuran dan

penganalisaan semasa

pengukuran dilakukan.

Kemudian proses

interpretasi dijalankan

sebelim melapor

dapatan kajian dan

tindakan.

Masa Selepas sesi

pembelajaran

Selepas sesi

pembelajaran

Boleh dijalankan

sebelum, semasa atau

selepas sesi

pembelajaran

liputan Terhad kepada

sesuatu peringkat

pembelajaran

Terhad kepada

sesuatu kemahiran

atau pembelajaran

yang telah

disampaikan

Menyeluruh terhadap

sesuatu pembelajaran

sehingga kepada

keseluruhan sesebuah

kurikulum

keputusan Menunjukkan

pencapaian secara

relatif

Menunjukkan prestasi

sesuatu kemahiran

atau penguasaan

pembelajaran yang

spesifik

Menunjukkan

pencapaian

keseluruhan

seseorang individu

namun tidak hanya

menggambarkan

kebaikan individu

tersebut.

Page 8: Konsep pentaksiran bmm

Rumusan

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan

yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan

pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru

dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL

Mata Pelajaran : Pendidikan MoralTahun : 5Tarikh : 20 Oktober 2011 Hari : RabuMasa : 8.00 pagi – 9.00 pagi Jangka Masa : 1 jam (60 minit)Bilangan murid : 21 orang

Page 9: Konsep pentaksiran bmm

Bidang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diriNilai : Kepercayaan kepada TuhanTajuk : Menghormati agama lainPengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing- masing.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ; i. Menceritakan tentang agama masing-

masing dan tempat beribadat mereka. ii. Menyenaraikan anutan agama yang

terdapat di Malaysia. iii. Mengemukakan idea atau pendapat tentang

cara menghormati agama lain.

Gabungjalin : Muzik, Pendidikan IslamUnsur KBKK : Membuat InferensPendekatan : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan

pembelajaran koperatif.

Strategi : Pemusatan murid dan bahanBBM : Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, kertas manila.

PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH

ISIPELAJARAN

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN

Set Induksi (10 minit)

Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di

Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton.

BBMVideo

Page 10: Konsep pentaksiran bmm

Malaysia.

a. Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut?

b. Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia?

c. Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain?

Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan.

Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru.

Langkah 1(15 minit)

Agama dan tempat ibadat

Guru meminta beberapa orang murid daripada pelbagai kaum untuk menceritakan agama masing-masing dan

Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan.

BBMMuzik latar iaitu lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Page 11: Konsep pentaksiran bmm

tempat ibadat serta perayaan.

a. Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup?

b. Mengapa perlu menyambut perayaan?

Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut.

Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.

Langkah 2(20 minit)

Gambar-gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat.

Guru meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan mencampur-campurkan gambar tersebut.

Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil kad gambar tersebut dengan memadankan pada sudut papan hitam.

BBMGambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap

Page 12: Konsep pentaksiran bmm

G Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum.

Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle

kaum.

Langkah 3(10 minit)

Kepentingan menghormati agama orang lain

Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum.

Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan.

Contoh jawapan1.toleransi2.menghormati3.bersatupadu

Penerangan

Bersoal jawab

Penutup(5 minit)

Rumusan.

Video lagu Hari Raya.

Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain

Guru mengajak murid menyanyikan lagu tersebut.

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan mengedarkan kertas manila

Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain

Murid menyanyikan lagu tersebut dengan edaran lirik lagu oleh guru.

Murid mencipta kad ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga

Rumusan murid

BBMVideo

Page 13: Konsep pentaksiran bmm

Aktiviti mewarna.

pelbagai warna.

Kad terbaik akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kelas.

mereka dan menyiapkan di rumah masing-masing.

BBMEdaran kertas manila

Lampiran