konsep pembentukan kata soalan dua

17
Konsep Pembentukan Kata Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya. (Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134) Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses

Upload: nzm91

Post on 19-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Konsep Pembentukan Kata

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya.(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata, terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :AkronimPembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:i.JAIS Jabatan Agama Islam Selangorii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahimiii. IPG Institut Pendidikan GuruAnalogiPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya, perkataantatabahasamemang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk sepertitatatertib, tatacaradantatahias. Contoh lain :i.Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversitiii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara

Peleburan FonemProses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:i.[benda] +[alir] = [bendalir]Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.

Peluasan MaknaPembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.Pemberian Makna KhususDalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu meniru atau melukis peta.

Peminjaman KataPembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :i.Element elemenii.Magistrate majistretiii.Diplomat diplomatPenambahanPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :i.[bu] + [kit] = [bukit]ii.[bu] + [lan[ = [bulan]iii.[bu] + [luh] = [buluh]PenciptaanPembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, namakiwimerijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.PenggemblenganPerkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataankumpulan gitar rancakmenjadikugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut :i.Bernama Berita Nasional Malaysiaii.Proton Perusahaan Otomobil NasionalPenyempitan MaknaPembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataantuan puterimempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.PenyingkatanMelalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :i.tv televisyenii.Dr. doktoriii.Prof profesorProses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan.Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut :a.Bentuk kata tunggalPerkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal(Pola suku kata beserta contoh perkataan)

Bil.Pola Kata Tunggal

Satu Suku KataDua Suku KataTiga suku kataEmpat suku kata dan lebih

1.KV yuV+K akuKV+V+KV-cuacaKV+KV+VK+KV-keluarga

2.VK amV+VK aibKV+V+KVK-biawakKV+KVK+KV+KV-sementara

3.KVK catV+KVK adikV+KV+V-usiaKVK+KV+V+KV-bendahari

4.KKVK storVK+KV undiKV+KV+V-deriaKV+KV+KV+KV-bidadari

5.KVKK teksVK+KVK ambilKVK+KV+V-mentuaKV+KV+KV+KVK-kapitalis

6.KKKV skruKV+V doaKV+KV+VK-seluarKVK+KV+KV+KVK-sentimeter

7.KKKVK skripKV+VK jauhV+KV+KV-ijazahKVK+KVK+KV+KV-dispensari

8.KV+KV pasuKV+KV+KV-keliruKV+KV+V+KVK-mesyuarat

9.KV+KVK telurVK+KV+VK-ikhtiarV+KV+KVK+KV+KV-universiti

10.KVK+KV lampuV+KV+VK-elaun

Jadual 1Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.

b.Bentuk kata terbitanKata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :Bentuk Kata Terbitan

Bil.Jenis imbuhan

AwalanAkhiranApitanSisipan

1.Kata namape-pelari, pem-pembuatKata nama-an-pakaian, -wati-seniwatiKata namape-..-an perasaanKata nama-el- telunjuk

2.Kata kerjame-melawan, di-diaturKata kerja-kan-buatkan, -di-dudukiKata kerjame--kan memainkanKata kerja-er- gerodak

3.Kata adjektifter-terbesar, se-secantik-Kata adjektifke--an keakrabanKata adjektif-el- gelegak

Jadual 2

c.Bentuk kata majmukProses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk

Bil.Rangkaian kata bebasIstilah khususKiasan

1.gambar rajahPerdana Menterihak milik

2.alat tulisRaja Mudabatu kapur

3.air hujanMaib Canselordaerah panas

4.nasi minyakTimbalan Ketua Pustakawanatur cara

Jadual 3

d.Bentuk kata gandaanBentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :

Bentuk Kata Gandaan(berserta contoh perkataan)

Bil.Penggandaan PenuhPenggandaan SeparaPenggandaan Berentak

1.Kata tunggalMeja-meja, ayat-ayatKata tunggalLaki-lelaki, tikus-tetikusPengulangan vokalKuih-muih,cerai-berai

2.Kata berimbuhanAwalan-pelatih-pelatihAkhiran-amalan-amalanApitan-persatuan-persatuanKata berimbuhanAwalan-berlari-lariAkhiran-sayur-sayuranApitan-kekuning-kuninganPengulangan konsonanBatu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik

3.--BebasAnak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.

Jadual 4

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehinggaperkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. DalamPetikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajarterdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman imbuhan.Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

Bil.Aspek/unsur peminjamanContoh perkataan dalam petikan.

1.Peminjaman tulenBahasa Inggeris-auditorium-program-radio-serius-aspek-sesi-input-kreatif-kategori-unit-kokurikulum-aktiviti

2.Peminjaman bunyi-bunyi asingBahasa arab dan parsi-/sy/ ;syarikat

-/kh/ ;khusus

Peminjaman imbuhanBahasa Sanskrit-tata - ;tatabahasa

Jadual 5

3.0Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

3.1Jenis-jenis akronimBerdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)Antara jenisakronim tersebut ialah seperti berikut :i.Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya :ADUN Ahli Dewan Undangan NegeriIPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

ii.Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanNegaraMara Majlis Amanah Rakyatiii.Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Bernama Berita Nasional Malaysiatadika taman didikan kanak-kanakcerpen cerita pendek

iv.Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :asbut asap kabutdebunga debu bungapurata pukul rataRumusan

Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Berlandaskan apa yang telah dinyatakan, bahasa Melayu mampu berkembang dan berevolusi berlandaskan teori dan pendekatan yang ada sejajar dengan peredaran semasa. Walaupun terdapat beberapa cendekiawan yang menzahirkan pendapat dan pandangan yang bercambah, ianya merupakan sumber rangsangan serta memperkayakan pemikiran setiap pembaca terutama sekali kepada penuntut yang ingin mendalami bidang ini.Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kataatau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku. Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris.Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. Kewujudan kata-kata baharu memyebabkan bahasa Melayu sentiasa berlakunya transformasi dan sentiasa mengikuti arus zaman supaya tidak ketinggalan. Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa pula, dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam hal ini, proses pembentukan kata akan lebih menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.