penyediaan kemudahan infrastruktur di …icdetah.com/journal/images/vol1/infrastruktur.pdf · hidup...

12
PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI HULU TEMBELING Mazdi Marzuki¹, Kamarul Ismail¹, Jabil Mapjabil², Rosmiza Mohd Zainol³ & Nor Kalsum Md Isa¹ ¹Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris ²Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Universiti Malaysia Sabah ³Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Infrastruktur dan kemudahan sosial merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan kualiti hidup sesebuah masyarakat. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi dari aspek kuantiti dan kualiti amat signifikan kerana ia menggambarkan indikator pembangunan dan taraf hidup sesuatu masyarakat di sesebuah kawasan. Di kawasan luar bandar sering diperkatakan tentang isu-isu infrastruktur yang tidak dapat dinikmati dengan sempurna oleh penduduk sedangkan masyarakat luar bandar juga memerlukan kemudahan sosial seperti masyarakat di kawasan bandar. Kertas kerja bertujuan untuk menilai penyediaan infrastruktur di kawasan luar bandar. Kawasan Hulu Tembeling di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Empat buah kampung iaitu Kg. Bantal, Kg. Gusai, Kg. Mat Daling dan Kg. Kuala Sat telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian melibatkan penggunaan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh dengan kaedah pemerhatian tentang infrastruktur yang terdapat di empat buah kampung tersebut. Kajian menunjukkan kawasan ini dilengkapi dengan infrastruktur yang merangkumi kemudahan asas dan kemudahan sosial. Namun begitu, aspek kualiti infrastruktur dan kemudahan sosial tersebut perlu dipertingkatkan lagi. PENGENALAN Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial merupakan salah satu indikator penting dalam mewujudkan kehidupan yang selesa khususnya untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial yang disediakan oleh kerajaan yang dapat dinikmati oleh masyarakat dengan mudah menunjukkan masyarakat di sesuatu kawasan tersebut mempunyai kualiti hidup yang baik manakala jika sebaliknya menggambarkan kualiti hidup sesebuah masyarakat yang rendah. Walaupun makna yang tepat tentang ‘kualiti hidup’ agak sukar untuk ditafsirkan tetapi konsep ini amat perlu dalam mengukur keselesaan masyarakat. Kesukaran mentafsir makna kualiti hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif dan subjektif. Konsep objektif berpaksikan kepada entiti fizikal atau kebendaan manakala konsep subjektif pula merujuk kepada persepsi dan apa yang masyarakat rasakan. Setelah hampir 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, persoalan mengenai penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial kepada penduduk di kawasan luar bandar menjadi topik perbincangan yang hangat diperkatakan. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang sempurna atau kurang sempurna berupaya mempengaruhi kualiti kehidupan masyarakat di kawasan luar bandar. Keadaan ini seterusnya menimbulkan masalah yang berantai di mana masih lagi terdapat sesetengah kawasan yang penduduknya mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah terhadap kemudahan sosial. Penduduk yang mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah kebanyakan tinggal terdapat di kawasan luar bandar. Kemudahan asas terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan sosial dan kemudahan awam. Kemudahan sosial ialah pendidikan, kesihatan dan keselamatan, Kemudahan

Upload: phunglien

Post on 04-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI HULU TEMBELING

Mazdi Marzuki¹, Kamarul Ismail¹, Jabil Mapjabil²,

Rosmiza Mohd Zainol³ & Nor Kalsum Md Isa¹ ¹Jabatan Geografi & Alam Sekitar,

Universiti Pendidikan Sultan Idris ²Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan,

Universiti Malaysia Sabah ³Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial,

Pembangunan & Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Infrastruktur dan kemudahan sosial merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan kualiti hidup sesebuah masyarakat. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi dari aspek kuantiti dan kualiti amat signifikan kerana ia menggambarkan indikator pembangunan dan taraf hidup sesuatu masyarakat di sesebuah kawasan. Di kawasan luar bandar sering diperkatakan tentang isu-isu infrastruktur yang tidak dapat dinikmati dengan sempurna oleh penduduk sedangkan masyarakat luar bandar juga memerlukan kemudahan sosial seperti masyarakat di kawasan bandar. Kertas kerja bertujuan untuk menilai penyediaan infrastruktur di kawasan luar bandar. Kawasan Hulu Tembeling di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Empat buah kampung iaitu Kg. Bantal, Kg. Gusai, Kg. Mat Daling dan Kg. Kuala Sat telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian melibatkan penggunaan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh dengan kaedah pemerhatian tentang infrastruktur yang terdapat di empat buah kampung tersebut. Kajian menunjukkan kawasan ini dilengkapi dengan infrastruktur yang merangkumi kemudahan asas dan kemudahan sosial. Namun begitu, aspek kualiti infrastruktur dan kemudahan sosial tersebut perlu dipertingkatkan lagi.

PENGENALAN Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial merupakan salah satu indikator penting dalam mewujudkan kehidupan yang selesa khususnya untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial yang disediakan oleh kerajaan yang dapat dinikmati oleh masyarakat dengan mudah menunjukkan masyarakat di sesuatu kawasan tersebut mempunyai kualiti hidup yang baik manakala jika sebaliknya menggambarkan kualiti hidup sesebuah masyarakat yang rendah. Walaupun makna yang tepat tentang ‘kualiti hidup’ agak sukar untuk ditafsirkan tetapi konsep ini amat perlu dalam mengukur keselesaan masyarakat. Kesukaran mentafsir makna kualiti hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif dan subjektif. Konsep objektif berpaksikan kepada entiti fizikal atau kebendaan manakala konsep subjektif pula merujuk kepada persepsi dan apa yang masyarakat rasakan.

Setelah hampir 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, persoalan mengenai penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial kepada penduduk di kawasan luar bandar menjadi topik perbincangan yang hangat diperkatakan. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang sempurna atau kurang sempurna berupaya mempengaruhi kualiti kehidupan masyarakat di kawasan luar bandar. Keadaan ini seterusnya menimbulkan masalah yang berantai di mana masih lagi terdapat sesetengah kawasan yang penduduknya mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah terhadap kemudahan sosial. Penduduk yang mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah kebanyakan tinggal terdapat di kawasan luar bandar. Kemudahan asas terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan sosial dan kemudahan awam. Kemudahan sosial ialah pendidikan, kesihatan dan keselamatan, Kemudahan

Page 2: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

awam pula merangkumi bekalan air, elektrik, pengangkutan, sistem sanitasi dan sistem pembuangan sampah.

Pengangkutan dan jalan perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting dalam menentukan darjah aksesibiliti masyarakat ke sesuatu lokasi yang ditujui. Jarak antara tempat kediaman yang jauh atau dekat akan menyebabkan sesetengah kemudahan tersebut mudah dikunjungi atau tidak. Tahap aksesibiliti yang rendah menyebabkan kemudahan infrastruktur yang tidak sempurna, keadaan ini secara langsung menyebabkan pertumbuhan limpahan ekonomi tidak dapat dirasai oleh sesebuah masyarakat. Dalam hal ini, bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menggariskan beberapa cadangan seperti inisiatif RMKe-10 iaitu dalam inisiatif 32 untuk memastikan infrastruktur asas dicapai oleh semua rakyat tanpa mengira kawasan dan inisiatif 50 untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Jaringan pengangkutan merupakan ‘jambatan’ penting bagi membolehkan mobiliti dan aksesibiliti masyarakat untuk ke sesuatu destinasi. Keadaan ini menuntut kepada terbentuknya kepelbagaian sifat jaringan pengangkutan yang diwarisi oleh sesuatu tempat. Pengangkutan yang digunakan di kawasan luar bandar dan pedalaman berhadapan dengan pelbagai isu yang pastinya akan memberikan tamparan yang cukup hebat bagi penduduk yang mendiami di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kualiti hidup masyarakat ini akan tercapai apabila tahap aksesibiliti masyarakat terhadap sesuatu kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan mudah diperoleh atau dicapai oleh penduduk. Namun begitu, persoalannya mengapa masih terdapat kawasan yang mengalami masalah aksesibiliti yang rendah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Salah satu kawasan yang mengalami masalah aksesibiliti yang rendah ialah Hulu Tembeling yang terletak di Daerah Jerantut. Daerah Jerantut merupakan daerah yang paling besar merangkumi keluasan 756,044 hektar iaitu meliputi 21 peratus daripada keluasan negeri Pahang (Kajian Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, 2010). Jalan perhubungan utama untuk ke kawasan kampung di kawasan ini ialah melalui jalan air iaitu menggunakan bot dari Jeti Kuala Tahan merentasi sungai Kuala Tahan. Perjalanan menggunakan bot dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal memakan masa tiga jam manakala ke Kampung Mat Daling memakan masa lima jam. Masa perjalanan ini akan bertambah apabila air sungai Kuala Tahan menjadi cetek sehingga memakan masa sehingga tujuh jam ke kampung Mat Daling. Tahap aksesibiliti masyarakat yang tinggal di kawasan ini untuk ke bandar terdekat pula memerlukan masa lebih kurang 1 jam 30 minit atau 80 km iaitu ke bandar Jerantut dari Jeti Kuala Tahan melalui jalan yang berbukit. Berdasarkan kepada suasana jalan perhubungan tersebut menunjukkan kawasan Hulu Tembeling mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah. Sehubungan itu, persoalan sejauh manakah penyediaan dan tahap aksesibiliti masyarakat terhadap infrastruktur dan kemudahan sosial seperti institusi pendidikan (sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat latihan), pusat kesihatan (klinik dan hospital), kemudahan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan elektrik dan air serta elemen komunikasi di kawasan ini memerlukan penelitian yang lebih jitu.

ULASAN LITERATUR Kemudahan sosial ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2011). Kemudahan sosial atau infrastruktur sosial merupakan satu bentuk sistem kemudahan yang memenuhi keperluan orang awam untuk melakukan aktiviti sosial harian mereka dalam kehidupan. Kemudahan infrastruktur sosial disediakan dalam bentuk fizikal dan juga perkhidmatan serta dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu, badan swasta juga memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat.

Aspek infrastruktur sosial yang sempurna merupakan satu keperluan asas kepada masyarakat daripada pelbagai golongan untuk menjalankan aktiviti harian mereka dengan selesa. Di samping itu, infrastruktur sosial yang baik akan dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni seterusnya membentuk satu kawasan yang selamat untuk dihuni. Infrastruktur sosial memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi sesuatu bandar. Infrastruktur sosial menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk hidup di dalam sesuatu kawasan bandar dengan selesa, selamat dan memudahkan untuk bergerak. Terdapat beberapa elemen utama yang menjadi asas infrastruktur sosial.

Page 3: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Kemudahan sosial merupakan satu komponen penting dalam proses perancangan dan pembangunan negara. Penyediaan kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah perlu kerana ia menggambarkan penunjuk tahap pembangunan mampan negara ke arah pembentukan komuniti sejahtera. Namun begitu, di sebalik kemudahan-kemudahan sosial yang telah disediakan, terdapat beberapa halangan dari segi aksesibiliti masyarakat terhadap kemudahan tersebut.

Faktor penempatan khususnya kawasan luar bandar mempengaruhi tahap aksesibiliti masyarakat bagi mendapatkan kemudahan sosial merangkumi kemudahan pengangkutan, pendidikan dan sebagainya. Sebagai contoh, lokasi penempatan orang Asli yang berselerak dan kebanyakannya jauh di pedalaman menyebabkan darjah aksesibiliti mereka kepada kemudahan pendidikan agak rendah. Ketiadaan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang melalui kawasan pedalaman turut mempengaruhi tahap aksesibiliti pelajar orang Asli untuk mendapatkan pendidikan (Zainal Abidin, 2004). Aspek aksesibiliti juga menitikberatkan peluang kepada individu itu terhadap lokasi yang diberi agar memudahkan mereka untuk menyertai sesuatu aktiviti. Pada asasnya aksesibiliti mewakili aktiviti yang mudah untuk dari lokasi tertentu dengan adanya sistem pengangkutan (Karst, et. al. 2012). Hal ini menunjukkan sesuatu kemudahan sosial boleh dicapai dengan adanya aksesibiliti yang sangat baik.

Selain itu, kedudukan yang jauh terpencil di pedalaman juga mempengaruhi tahap aksesibiliti masyarakat setempat untuk menikmati kemudahan awam seperti pengangkutan awam, perpustakaan, jalan raya dan alat komunikasi (Mohamad Johdi & Abdul Razak, 2009). Semakin jauh kedudukan suatu penempatan, potensi untuk mendapatkan kemudahan semakin rendah. Lebih buruk lagi, masyarakat di sana berkemungkinan akan jauh ketinggalan dari segi kemajuan, keilmuan dan kemudahan-kemudahan sosial yang lain seperti yang dinikmati oleh masyarakat bandar.

Di samping itu, masalah aksesibiliti terhadap kemudahan sosial juga dapat dikenal pasti apabila kemudahan pendidikan seperti sekolah terletak jauh dari penempatan masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar. Kajian Doris et al. (2012) telah membuktikan, antara alasan pelajar berhenti sekolah adalah disebabkan sekolah terletak jauh dari rumah. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang menyatakan bahawa ibu bapa adalah punca anak-anak mereka tidak ke sekolah. Hal ini disebabkan masalah pengangkutan dan ketiadaan jalan perhubungan yang menghubungkan antara kampung dengan sekolah. Oleh itu, menempatkan sekolah yang berdekatan dengan perkampungan orang Asli dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran, lambat sampai dan ponteng sekolah (Mazdi et. al, 2014). KAWASAN KAJIAN Penyelidikan ini dijalankan di Daerah Jerantut yang mempunyai 10 buah mukim (Jadual 1). Mukim-mukim tersebut terdiri daripada Pedah, Pulau Tawar, Teh, Tembeling, Kuala Tembeling, Hulu Cheka, Tebing Tinggi, Kelola, Burau Dan Hulu Tembeling. Secara lebih terfokus kajian lokasi kajian memberi tumpuan kepada mukim Hulu Tembeling. Mukim Hulu Tembeling merupakan mukim yang terbesar di Daerah Jerantut. Mukim ini mempunyai keluasan 409,840.45 hektar (56.86%) daripada keseluruhannya Daerah Jerantut. Untuk meneliti isu ini dengan lebih mendalam dan terperinci, penyelidikan ini memberi fokus kepada salah satu kawasan luar bandar atau dengan perkataan lain ialah kawasan pedalaman iaitu di Hulu Tembeling. Hulu Tembeling merupakan salah sebuah kawasan yang berada di Daerah Jerantut. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jerantut. Jerantut merupakan daerah yang terbesar di negeri Pahang yang merangkumi keluasan 2,900 batu persegi (755,771.39 hektar). Daerah ini berjiran dengan Negeri Kelantan dan Terengganu di utara, di selatan pula berjiran dengan Temerloh dan Maran dan di barat dengan Lipis dan Bera. Hulu Tembeling merupakan kawasan yang paling luas di Daerah Jerantut iaitu 409,840.45 hektar atau mewakili lebih kurang 57 peratus daripada keseluruhan daerah Jerantut. Bilangan penduduk di Hulu Tembeling pula ialah 2,217 orang penduduk di 27 buah kampung dan lima orang JKKK (Majlis Daerah Jerantut 2014).

Penyeldikan ini hanya memberi fokus kepada penduduk di empat buah kampung yang besar di mukim Hulu Tembeling iaitu iaitu Kg. Bantal, Kg. Mat Daling, Kg. Kuala Sat dan Kg. Gusai. Keempat-empat kampung ini merupakan kampung yang paling jauh dan berada di kawasan pedalaman di mukim ini. Kedudukan keempat-empat kampung ini yang berdekatan antara satu dengan yang lain memudahkan penyelidikan ini dilakukan.

Page 4: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Rajah 1: Kawasan Kajian Sumber: Diubahsuai daripada http://pdtjerantut.pahang.gov.my/index.php/profail-

daerah/latarbelakang/peta-keluasan

Jadual 1: Senarai Mukim dan Keluasan Daerah Jerantut

Bil Mukim Keluasan

Hektar %

1 Pedah 24,006.04 3.33 2 Pulau Tawar 78,514.68 10.89 3 The 8,846.49 1.23 4 Tembeling 123,670.58 17.16 5 Kuala Tembeling 19,047.39 2.64 6 Hulu Cheka 32,579.36 4.52 7 Tebing Tinggi 11,781.27 1.63 8 Kelola 2,802.10 0.39 9 Burau 9,672.04 1.34 10 Hulu Tembeling 409,840.45 56.86

Jumlah 720,760.40 100.00

Sumber: JUPEM Pahang METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian yang yang diguna dalam penyelidikan ini antaranya ialah kajian keperpustakaan bagi mendapatkan data dan maklumat sekunder yang diambil daripada sumber bercetak atau yang diterbitkan secara rasmi atau tidak diterbitkan secara rasmi (Ahmad Mahdzan 2007). Dalam konteks penyelidikan ini, metod yang digunakan merangkumi perkara yang berkaitan dengan konsep kajian untuk pemahaman awal seperti konsep aksesibiliti, kawasan luar bandar dan jenis-jenis kemudahan sosial. Manakala kajian keperpustakaan berkaitan dengan kawasan kajian yang merangkumi kepadatan penduduk, guna tanah dan aspek pembangunan di Daerah Jerantut dan Hulu Tembeling pula diperoleh dari Pejabat Tanah Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut.

Penggunaan data primer melalui kaedah kajian lapangan, temu bual, pengamatan, pemerhatian dan pandangan berfokus turut dilakukan. Data-data yang dicerap akan dihurai dan ditafsir dalam kajian agar selari dengan matlamat dan fokus kajian. Kajian ini juga menggunakan soal selidik bagi menjawab objektif kajian. Soal selidik yang dibina ditadbirkan kepada responden bagi menjawab objektif kajian. Responden kajian ini terdiri daripada penduduk di empat buah

Page 5: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

kampung iaitu Kg. Bantal, Kg. Mat Daling, Kg. Kuala Sat dan Kg. Gusai. Data dan maklumat yang diperoleh akan dianalisis dan bagi menjawab objektif kajian.

Kaedah pemerhatian dan catatan digunakan untuk mengumpul data tentang kemudahan dan masa perjalanan ke kawasan kampung yang terdapat di Hulu Tembeling. Pemerhatian ini akan dilakukan selama empat hari yang melibatkan keempat-empat kg iaitu Kg. Bantal. Kg. Mat Daling, Kg. Kuala Sat dan Kg. Gusai. Pemerhatian dan catatan turut meninjau kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan di kawasan kampung tersebut serta kualiti kemudahan tersebut. Temu bual juga merupakan antara data primer yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah temu bual dilakukan secara formal yang melibatkan temu bual dengan pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat-pejabat kerajaan di Daerah Jerantut dan ketua kampung di Hulu Tembeling.

HASIL KAJIAN Kemudahan Bekalan Air Bekalan kemudahan air merupakan sumber terpenting bagi meneruskan kelangsungan hidup penduduk di mukim Hulu Tembeling. Dalam aspek kemudahan bekalan air, terdapat beberapa pemboleh ubah yang disenaraikan antaranya air paip, air masyarakat, air sungai, air telaga dan lain-lain.

Hasil kajian yang telah dilakukan, seramai 48 orang (57.1%) responden menikmati bekalan air paip di tempat mereka, manakala seramai 36 orang (42.9%) responden lagi tidak dapat menikmati kemudahan ini. Bagi komponen bekalan kemudahan air masyarakat (air bukit) pula, sebahagian responden menyatakan kemudahan ini ada di tempat mereka, manakala sebahagiannya lagi tidak ada dengan angka masing-masing 42 orang (50%) responden. Daripada hasil kajian juga, 61 orang (72.6%) responden dapat menikmati kemudahan bekalan air sungai dan seramai 23 orang (27.4%) responden tidak dapat menikmati kemudahan ini. Berlainan pula pada hasil kajian bagi kemudahan bekalan air telaga, hanya seorang (1.2%) responden menyatakan kemudahan ini ada di tempat responden. Manakala selebihnya seramai 83 orang (98.8%) responden menyatakan kemudahan bekalan air telaga tiada di tempat mereka. Bagi kemudahan bekalan air lain-lain pula, hanya 2 orang (2.4%) responden sahaja menyatakan kemudahan bekalan ini ada di tempat mereka dan 82 orang (97.6%) responden lagi menyatakan kemudahan selain daripada air paip, air masyarakat, air sungai dan air telaga tidak ada di kampung mereka (Rajah 2)

Rajah 2: Kemudahan Bekalan Air

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

Kemudahan Bekalan Elektrik Kajian ini juga tertumpu kepada kemudahan bekalan elektrik yang dinikmati di mukim Hulu Tembeling. Kemudahan bekalan elektrik dikaji dari sudut empat jenis pemboleh ubah iaitu generator, panel solar, bekalan elektrik luar bandar dan juga bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Hasil kajian

57.1% 50%

72.6%

1.2% 2.4%

42.9% 50%

27.4%

98.8% 97.6%

0

20

40

60

80

100

120

Bekalan air

Ada

Tiada

Page 6: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

mendapati alat panel solar dan bekalan elektrik luar bandar tidak digunakan di mukim Hulu Tembeling. Seramai 16 orang (19.0%) responden menikmati bekalan elektrik yang didapati melalui generator. Majoriti responden daripada kajian ini dapat menikmati bekalan tenaga elektrik daripada TNB iaitu seramai 81 orang (96.4%). Manakala, 3 orang (3.6%) daripadanya tidak mendapat bekalan elektrik daripada TNB (Rajah 2).

Rajah 3: Kemudahan bekalan elektrik

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN KOMUNIKASI Kemudahan komunikasi merupakan rangkaian perhubungan yang penting pada zaman ini. Kemudahan komunikasi menjadi alat terpenting dalam menghubungkan masyarakat di daerah Hulu Tembeling. Kajian ini memperhalusi kewujudan kemudahan ini berdasarkan kepada 5 pemboleh ubah seperti telefon talian tetap, telefon mudah alih (handphone), internet, astro dan juga rangkaian TV biasa di samping meneliti tahap kebolehcapaian terhadap kemudahan seperti ini di mukim tersebut. Daripada sejumlah responden yang terlibat, hanya 4 orang (4.8%) mempunyai telefon talian tetap di rumah mereka. Manakala, lebih daripada separuh responden tidak mempunyai telefon talian tetap iaitu seramai 80 orang (95.2%) responden. Berlainan pula dengan kemudahan telefon mudah alih (handphone), majoriti responden dengan angka seramai 78 orang (92.9%) responden mempunyai kemudahan komunikasi jenis ini. Seramai 6 orang (7.1%) responden yang selebihnya tidak memilikinya (Rajah 4).

Hasil kajian mendapati kemudahan komunikasi internet juga boleh didapati di mukim Hulu Tembeling walaupun berada di kawasan pedalaman. Seramai 18 orang (21.4%) responden dapat menggunakan internet, manakala seramai 66 orang (78.6%) responden lagi tidak dapat menggunakannya. Manakala bagi kemudahan astro pula, sejumlah 66 orang (78.6%) responden dapat menikmati kemudahan ini di rumah mereka. Sebilangan kecil sahaja tidak dapat menikmati kemudahan astro iaitu seramai 17 orang (20.2%) responden. Di samping itu, seramai 35 orang (41.7%) responden mempunyai rangkaian televisyen biasa dan seramai 49 orang (58.3%) tidak mempunyai rangkaian televisyen di rumah mereka (Rajah 4).

19%

96.4%

81%

100% 100%

3.6%

0

20

40

60

80

100

120

Generator Panel solar Bekalan

elektrik luar

bandar

Bekalan

elektrik TNB

Bekalan elektrik

Ada

Tiada

Page 7: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Rajah 4: Kemudahan Komunikasi

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN JALAN RAYA Kemudahan jalan raya juga antara kemudahan sosial yang paling utama untuk menghubungkan masyarakat antara satu sama lain, begitu juga bagi masyarakat pendalaman seperti di lokasi kajian. Kemudahan ini terbahagi kepada beberapa pemboleh ubah, antaranya ialah kemudahan jalan tar, kemudahan jalan batu kerikil, kemudahan jalan tanah merah dan juga kemudahan jalan denai.

Merujuk kepada hasil dapatan kajian, kemudahan jalan tar hanya dinikmati oleh 3 orang (3.6%) responden sahaja. Manakala, 80 orang (95.2%) responden menyatakan kemudahan ini tidak ada di tempat mereka. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kemudahan jalan batu kerikil juga jauh sekali untuk dinikmati oleh penduduk. Seramai 7 orang (8.3%) responden menyatakan bahawa kemudahan jalan batu kerikil ada di tempat mereka dan seramai 77 orang (91.7%) responden menyatakan kemudahan ini tidak ada di tempat mereka. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan kemudahan jalan batu kerikil juga jauh sekali untuk dinikmati oleh penduduk. Seramai 7 orang (8.3%) responden menyatakan bahawa kemudahan jalan tar ada di tempat mereka dan seramai 77 orang (91.7%) responden menyatakan kemudahan ini tidak ada di tempat mereka. Hanya sebahagian daripada responden dengan angka 41 orang (48.8%) responden menggunakan kemudahan jalan denai dan selebihnya lagi iaitu seramai 43 orang (51.2%) responden tidak menggunakan kemudahan jalan denai sebagai jalan penghubung (Rajah 5).

Rajah 5: Kemudahan jalan raya Sumber: Kajian Lapangan, 2014

4.8%

92.9%

21.4%

78.6%

41.7%

95.2%

7.1%

78.6%

20.2%

58.3%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Telefon

talian tetap

Telefon

mudah alih

Internet Astro Rangkaian

TV biasa

Komunikasi

Ada

Tiada

3.6% 8.3%

94%

48.8%

95.2% 91.7%

6%

51.2%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Jalan tar Jalan batukerikil

Jalan tanahmerah

Jalan denai

Jalan raya

Ada

Tiada

Page 8: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

KEMUDAHAN PENDIDIKAN Kemudahan pendidikan di mukim Hulu Tembeling dikaji dari sudut tiga komponen iaitu tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Terdapat 74 orang (88.1%) responden menyatakan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak iaitu tadika ada di tempat mereka. manakala 10 orang (11.9%) responden menyatakan kemudahan itu tidak ada sama sekali. Selain itu, kemudahan pendidikan di mukim Hulu Tembeling semakin menunjukkan perkembangan dengan terdapatnya kemudahan pendidikan di peringkat sekolah rendah. Seramai 82 orang (97.6%) responden menyatakan kemudahan sekolah rendah ada di lokasi kajian, melainkan 2 orang (2.4%) daripada responden menyatakan kemudahan pendidikan di peringkat ini tidak ada di sana (Rajah 6).

Rajah 6: Kemudahan Pendidikan Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN KESIHATAN Bagi kemudahan kesihatan, kajian ini tertumpu kepada dua pemboleh ubah iaitu klinik kesihatan dan klinik desa. Bagi kemudahan klinik kesihatan, seramai 27 orang (32.1%) responden menyatakan kemudahan ini ada disediakan di tempat mereka, manakala 56 orang (66.7%) responden menyatakan kemudahan ini tidak disediakan di tempat mereka. Berdasarkan rajah 4.11, seramai 60 orang (71.4%) responden menyatakan kemudahan klinik desa ada di tempat mereka dan 23 orang (27.4%) responden lagi menyatakan sebaliknya (Rajah 7).

Rajah 7: Kemudahan Kesihatan

88.1% 97.6%

2.4%

11.9%

2.4%

94%

0

20

40

60

80

100

120

Tadika Sekolah rendah Sekolahmenengah

Pendidikan

Ada

Tiada

32.1%

66.7% 71.4%

27.4%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Ada Tiada

Kemudahan kesihatan

Klinik kesihatan

Klinik desa

Page 9: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN KESELAMATAN Bagi aspek kemudahan keselamatan pula, kajian ini tertumpu kepada tiga pemboleh ubah iaitu pondok polis, balai polis dan juga balai bomba. Seramai 17 orang (20.2%) responden menyatakan kemudahan keselamatan pondok polis ada di tempat kajian dan seramai 66 orang (78.6%) responden menyatakan kemudahan ini tidak terdapat di tempat mereka. Bagi kemudahan balai polis pula, hanya seorang (1.2%) responden menyatakan kemudahan balai polis ada di lokasi kajian. Manakala, sejumlah 83 orang (98.8%) responden lagi menyatakan kemudahan ini tidak ada di tempat mereka (Rajah 8).

Rajah 8: Kemudahan Keselamatan

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN PERKUBURAN Keseluruhan penduduk yang menetap di mukim Hulu Tembeling beragama Islam, hanya kemudahan perkuburan Islam yang ada di lokasi kajian. Seramai 84 orang (100%) responden menyatakan kemudahan perkuburan Islam ada di mukim berkenaan. KEMUDAHAN KEAGAMAAN Kemudahan keagamaan adalah merangkumi masjid, surau, kuil, tokong dan gereja. Namun, berdasarkan dapatan kajian ini hanya terdapat kemudahan masjid dan surau di kelima-lima kampung tersebut memandangkan kesemua responden di kawasan kajian beragama Islam. Seramai 82 orang (97.6%) mengatakan kemudahan masjid disediakan di kampung mereka dan 2 orang (2.4%) pula mengatakan kemudahan tersebut tidak terdapat di tempat kediaman mereka. Selain itu, terdapat juga kemudahan surau di beberapa tempat responden. Seramai 46 orang (54.8%) mengatakan ada kemudahan surau di sekitar tempat kediaman dan 38 orang (45.2%) selebihnya mengatakan tiada kemudahan surau di tempat mereka (Rajah 9).

20.2%

1.2%

78.6%

98.8% 100%

0

20

40

60

80

100

120

Pondok polis Balai polis Balai bomba

Kemudahan keselamatan

Ada

Tiada

Page 10: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Rajah 9: Kemudahan Keagamaan

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

KEMUDAHAN PERKHIDMATAN POS Kemudahan perkhidmatan pos dilihat tidak kurang pentingnya kepada masyarakat di mukim Hulu Tembeling. Terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini bagi perkhidmatan pos iaitu kemudahan mini pos dan kemudahan pejabat pos. Seramai 36 orang (42.9%) responden menyatakan kemudahan mini pos ada dan seramai 47 orang (56.0%) responden lagi menyatakan kemudahan ini tiada di tempat kajian (Rajah 10).

Rajah 10: Kemudahan Perkhidmatan Pos

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

LAIN-LAIN KEMUDAHAN SOSIAL Kajian ini turut mengkaji lain-lain kemudahan sosial seperti dewan serba guna, dewan orang ramai, balai raya, kedai runcit, kedai makan, pasar raya dan padang permainan yang terdapat di daerah hulu Tembeling. Hasil kajian mendapati seramai 55 orang (65.5%) mengatakan kemudahan dewan serba guna ada di kawasan mereka dan 29 orang (34.5%) mengatakan kemudahan tersebut tidak disediakan di kawasan mereka. Manakala bagi kemudahan dewan orang ramai, seramai 30 orang (35.7%) bersetuju mengatakan kemudahan dewan orang ramai disediakan di kampung mereka dan 52 orang (61.9%) mengatakan tiada kemudahan tersebut. Seramai 61 orang (72.6%) mengatakan bahawa balai raya juga disediakan dan 23 orang (27.4%) mengatakan kawasan mereka tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Selain itu, majoriti responden 81 orang (96.4%) mengatakan kemudahan kedai runcit ada di kampung mereka. Namun, seramai 3 orang (3.65%) mengatakan kemudahan tersebut tidak disediakan. Seterusnya seramai 74 orang (88.1%) mengakui kedai makan ada di sekitar kawasan responden dan hanya 10 orang (11.9%) yang tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Manakala bagi kemudahan pasar raya pula, majoriti responden iaitu 84 orang (100%) mengatakan bahawa kemudahan tersebut tidak disediakan di kampung mereka. Sementara itu, seramai 56 orang (66.7%) bersetuju mengatakan bahawa padang permainan disediakan dan 27 orang (32.1%) mengatakan kemudahan tersebut tidak disediakan di kampung mereka (Rajah 11).

97.6%

54.8%

2.4%

45.2%

100% 100% 100%

0

20

40

60

80

100

120

Masjid Surau Kuil Tokong Gereja

Kemudahan keagamaan

Ada

Tiada

42.9% 56%

100%

0

50

100

150

Ada Tiada

Perkhidmatan pos

Mini pos

Pejabat pos

Page 11: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Rajah 11: Lain-Lain Kemudahan Sosial

Sumber: Kajian Lapangan, 2014

RUMUSAN Dapatan kajian menunjukkan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial terdapat di Hulu Tembeling. Kemudahan ini disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Namun begitu, liputan kemudahan tersebut tidak dinikmati sama rata oleh semua penduduk. Penduduk di kawasan ini menikmati kemudahan air dan eletrik yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad. Elemen komunikasi pula kebanyakan penduduk menggunakan telefon mudah alih. Manakala dari aspek perhubungan pula agak kurang memuaskan kerana jalan raya yang disediakan ialah jalan tanah merah dan tidak bertar. Aspek pendidikan pula tidak menghadapi masalah khususnya bagi mereka yang ingin mendapat pendidikan awal di tadika dan sekolah rendah tetapi jika hendak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah penduduk di Hulu Tembeling perlu melakukan ‘migrasi ilmu’ ke Kuala Tahan.

Aspek kemudahan kesihatan dan keselamatan pula disediakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu lokasinya hanya tertumpu di Kg. Bantal sahaja. Kemudahan perkuburan pula disediakan di semuat kg yang melibatkan perkuburan Islam. Kemudahan keagamaan pula disediakan di semua kampung sama ada yangn paling besar iaitu masjid atau sekurang-kurangnya surau.Kemudahan pos pula hanya melibatkan wakil pos yang disediakan di Kg. Bantal. Manakala kemudahan-kemudahan lain seperti dewan serba guna, balai raya, kedau runcit dan padang permainan disediakan di semua kampunng khususnya di kampung-kampung utama.

PENGHARGAAN Penulis pertama merakamkan sekalung penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana membiayai kajian ini di bawah Geran Penyelidikan Universiti (Kod Penyelidikan: 2013-0127-106-01) yang bertajuk “Aksesibiliti Masyarakat Luar Bandar Terhadap Kemudahan Sosial: Kajian Di Hulu Tembeling, Pahang. RUJUKAN Ahmad Mahdzan Ayob (2007). Kaedah penyelidikan sosioekonomi; Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Doris et. al. (2012). Transformasi Modal Insan Melalui Peningkatan Pendidikan: Kajian Kes Komuniti Orang

Asli di Cameron Highland, Pahang. Dalam Prosiding PERKEM vii, jilid 2, 1215-1224. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2011). Garis Panduan Perancangan

Infrastruktur dan Utiliti. (2011). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

65.5

35.7

72.6

96.4 88.1

66.7

34.5

61.9

27.4

3.6 11.9

100

32.1

0

20

40

60

80

100

120

Lain-lain kemudahan

Ada

Tiada

Page 12: PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI …icdetah.com/journal/images/VOL1/INFRASTRUKTUR.pdf · hidup ini disebabkan konsep ini mempunyai dua matra iaitu konsep yang bersifat objektif

Karst, et. al. (2012). Accessibility Analysis and Transport Planning. United Kingdom: Edward Elgar Publishing Limited.

Majlis Daerah Jerantut (2010). Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020. Jabatan Rancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Majlis Daerah Jerantut (2014). Statistik Kawasan. http://www.mdjerantut.gov.my/ statistik-kawasan Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil & Rosmiza Mohd Zainol. (2014). Mengupas Keciciran Pelajar Orang Asli

Malaysia: Suatu Tinjauan ke Dalam Isu Aksesibiliti Sekolah. Malaysian Journal of Society and Space 10 Issue 2, 189-198.

Mohamad Johdi Salleh, Abdul Razak Ahmad. (2009). Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli (Versi elektronik). Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Diperoleh pada Julai, 16 2014 daripada http://irep.iium.edu.my/16171/1/Chapter_Kesedaran_Belajar_Masy__Orang_Asli_-_2009.pdf

Zainal Abidin Hj Ali. (2004). Jabatan Hal Ehwal Orang Asli: Peranan dalam Bidang Penyelidikan. Kertas Kerja dalam Seminar Sehari Tradisi Lisan Masyarakat Orang Asli. Anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 8 September.