konsep pembinaan sikap moral dalam pembentukan masyarakat di malaysia

43
SGDV3013 MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT TAJUK 5: KONSEP PEMBINAAN SIKAP MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA Disediakan Oleh: Felicia Yudin128741 Diana Ak Tanie 128747 Ummu Kausar Bt Ahmad Kamaludin129280 Nur Farhanah Bt Mohamed 130057 Raihan Bt Mohamed 130059

Upload: diana-tani

Post on 23-Jun-2015

2.073 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SGDV3013 MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKATTAJUK 5: KONSEP PEMBINAAN SIKAP MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA Disediakan Oleh: Felicia Yudin 128741 Diana Ak Tanie 128747 Ummu Kausar Bt Ahmad Kamaludin 129280 Nur Farhanah Bt Mohamed 130057 Raihan Bt Mohamed 130059

PENGENALAN Malaysia: sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Kejayaan Malaysia yang mampu menguruskan masalah hubungan etnik ini bukanlah mudah tanpa kerjasama semua pihak tidak kira dari pihak pemerintah mahupun rakyat.

SAMB Pembinaan sikap moral dalam pembentukan masyarakat sangat penting bagi memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mewujudkan masyarakat berintegrasi.

KONSEP MORAL Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Moral terbahagi kepada dua iaitu : 1. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. 2. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu

KONSEP TANGGUNGJAWAB "Perbuatan-perbuatan yang difardukan kepada seseorang serta wajib mengerjakannya seperti ibadah dan ia adalah kewajipankewajipan syarak" (KAMUS ISLAM) Tanggungjawab atau responsibility merupakan tugas dan kewajipan melaksanakan sesuatu kerja yang telah diberikan.

KONSEP MASYARAKAT Manusia merupakan makhluk yang memiliki keinginan untuk bersatu dengan sesamanya serta alam lingkungan di sekitarnya dengan menggunakan fikiran, naluri, perasaan, keinginan dan sebagainya manusia memberi reaksi dan melakukan interaksi dengan lingkungannya.

KONSEP MASYARAKAT Kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat (Kamus Dewan) Community pula membawa maksud kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai yang bersama. (Bahasa Inggeris)

KONSEP MASYARAKAT masyarakat berasal dari akar kata syaraka, yusyariku, masyarakatan yang bermaksud bersekutu, berkongsi atau hidup bersama. ( Bahasa Arab) Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat dalam ketiga-tiga bahasa Melayu, Arab dan Inggeris membawa maksud yang hampir sama iaitu perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.

ASAS PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU YANG BAIK DAN BERMORAL DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT

DEFINISI KONSEPKamus Dewan 1993, Asas ialah sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kamus Dewan 1989, mendefinisikan tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri, kelakuan sikap, dan perangai.

Tingkah laku sebahagian drpd elemen sikap bagi seseorang individu. Menurut Azizi (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

INSTITUSI AGAMAAgama Islam, tingkah laku yang baik atau buruk yang ditonjolkan berpunca dari rohani seseorang, @ lbh khusus merujuk kepada aspek pembentukan dan pendidikan hati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ...ingatlah sesungguhnya dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut maka eloklah seluruh jasad, sebaliknya apabila rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh jasad. Ingatlah bahawa daging itu adalah hati.

Ibn Qayyim membahagikan tiga jenis hati :Hati yang tenang dan tenteram Hati yang sakit Hati yang mati

Hati yang tenang jelasnya merujuk kepada hati yang disuburkan dengan akidah atau iman. Hati yang sakit - adalah hati yang telah dicemari dengan perkara-perkara dosa. hati yang mati adalah hati golongan yang tidak beriman kepada Allah.

INSTITUSI KELUARGA Tingkah laku juga merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Dalam aspek membina tingkah laku baik dan bermoral ini boleh diibaratkan seperti membina sebuah bangunan. sebelum sesebuah bangunan itu didirikan, pembinaan asas perlu didahulukan dengan perancangan yang rapi dan strategik untuk memastikan bangunan yang dibina itu kukuh dan kuat.

SAMB Oleh yang demikian, dalam membentuk sebuah masyarakat mesti dimulakan dengan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina, maka tegak masyarakat itu. Namun, jika lemah maka runtuhlah apa saja yang dibina di atasnya.

pendidikan itu bermula daripada rumah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya . ibu bapa seharusnya mewujudkan suasana yang boleh mendorong kepada tingkah laku yang positif dalam keluarga seperti menyemai sikap berdisiplin, hubungan kekeluargaan yang erat dan harmoni.

tidak seharusnya terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak, sebaliknya mereka perlu mengawal sedikit tingkah laku anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai insan yang berdisiplin. ibu bapa perlu menjadikan rumah sebagai satu persekitaran yang baik dengan menyemai cara hidup yang positif.

Dalam agama Islam sendiri juga ada mengatakan bahawa institusi keluarga adalah asas bagi segala pendidikan yang kukuh bagi generasi muda. Islam mengambil berat terhadap ibu bapa yang bertindak sebagai pemeri dan pemerintah keluarga. jika ibu bapa berjaya melahirkan anak yang baik dan bermoral dalam institusi keluarga bermakna mereka juga berjaya melahirkan insan yang baik dan bermoral dalam hubungan masyarakat.

INSTITUSI PENDIDIKANelemen yang penting dalam memainkan peranan sebagai asas pembentukan tingkah laku baik dan bermoral dalam hubungan masyarakat. melalui budaya sekolah yang diamalkan di sekolah seperti hubungan pelajar dengan guru, hubungan pelajar dengan pelajar serta hubungan pelajar dengan masyarakat di sekitar kawasan sekolah akan mempengaruhi cara mereka berhubung dengan masyarakat.

SAMBinstitusi pendidikan seharusnya menerapkan nilai-nilai positif dan nilai moral dalam diri pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembentukan tingkah laku baik dan bermoral juga boleh dibentuk melalui penerapan melalui subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

SAMBSebagai contoh: melalui mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat beberapa nilai yang boleh diterapkan dalam diri pelajar berkaitan dengan tingkah laku baik dan bermoral dalam hubungan masyarakat seperti hormat-menghormati, toleransi, baik hati, bekerjasama dan sebagainya.

SAMBMelalui nilai-nilai moral yang diterapkan dalam mata pelajaran tersebut akan menjadi asas dan panduan kepada anak-anak dalam menbentuk tingkah laku baik dan bermoral dalam hubungan masyarakat. berperanan dalam membentuk disiplin pelajar sebagai asas pembentukan tingkah laku yang baik dan bermoral melalui peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di sekolah.

SAMBMelalui peraturan tesebutlah yang akan membentuk disiplin pelajar dan seterusnya pelajar akan menerapkan disiplin diri itu apabila mereka berada dalam kalangan masyarakat di sekeliling mereka.

INSTITUSI SOSIALSosialisasi merupakan satu proses dimana individu belajar cara bermasyarakat ataubersosial supaya mereka boleh berfungsi dikalangan masyarakat tempat tinggalnya. Kanak-kanak diajar amalan dan nilai dalam sesuatu masyarakat melalui perhubungan dengan setiap individu yang telah sedia mengamal norma dan nilai masyarakat tersebut dan ini lazimnya bermula dari keluarga.

Sosial merupakan asas pembentukan tingkah laku yang meliputi banyak aspek, antaranya keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.

Dalam konteks ini, tingkah laku dipengaruhi oleh ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sebaya, orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya.

Selain itu, sosialisasi juga yang merupakan asas pembentukan tingkah laku termasuklah ideologi, nilai, sikap, undang-undang dan peraturan, mores serta adat dan pantang-larang sesuatu budaya.

Budaya pula adalah berbeza mengikut negara, antara kaum dan etnik serta kumpulan-kumpulan berdasarkan sosio-ekonomi.

Oleh itu, yang di katakan asas dalam sosialisasi dalam membentuk tingkah laku adalah, apa yang diterapkan dan cuba di sampaikan oleh persekitaran sosial kepada pembentukan tingkahlaku seseorang yang seawalnya bermula daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Semua pihak yang berkaitan harus memainkan peranan agar tingkahlaku yang dibentuk adalah baik dan sempurna dan boleh di terima dalam persekitaran masyarakat.

MASALAH KE ARAH PERLAKUAN YANG BAIK DAN BERMORAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini. Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang . (Ibnu Khaldun)

Antara faktor- faktor yang menjurus kepada masalah ini ialah :i. Kurangnya Didikan Agama

Masalah kurangnya didikan agama adalah faktor yang paling utama dalam masalah sosial remaja. Didikan agama mampu menjadi penghalang daripada perkara yang tidak elok Oleh itu, ibu bapa memastikan anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat kanak-kanak.

ii. Kasih sayang daripada keluarga Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa di rumah dan lebih selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar

iii.Pengaruh rakan-rakan Tidak dinafikan bahawa seseorang ingin mencari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih sama ada baik atau sebaliknya. Ini kerana perasaan seseorang remaja ingin mencuba sesuatu perkara yang baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan halal dan haram.

iv.Pengaruh media massa Media massa, sama ada media cetak ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya disiarkan ataupun diluluskan untuk pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda remaja.

v. Keadaan Sekeliling Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi tempat-tempat maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan duniawi semata-mata.

LANGKAH-LANGKAH DORONGAN JIWA KE ARAH PERLAKUAN YANG BAIK DAN BERMORAL

Peranan masyarakat

Penghayatan agama

Peranan kerajaan dan NGO

LANGKAHLANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA SOSIAL.

Kawalan ibu bapa

Peranan media

PENGHAYATAN AGAMA Agama boleh menjadi benteng kepada seseorang untuk menjauhi diri daripada melakukan perkaraperkara yang ditegah atau dilarang. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk

KAWALAN IBU BAPA Ibu bapa harus peka dengan setiap aktiviti dan segala gerak laku anak-anak ketika mereka berada diluar rumah. Memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak supaya mereka tidak merasa diabaikan Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapa menyebabkan anak-anak ini berpeleseran di luar bersama rakan-rakan yang senasib dengan mereka

PERANAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN (NGO) menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu-isu moral. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti kedua-dua ibu bapa dan guru dengan tujuan memberi pendedahan ilmu mengenai gejala-gejala yang semakin meruncing dalam kalangan remaja agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah terlibat dengan gejala-gejala negative. Bentuk program yang kedua ialah mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak terlibat dengan isu-isu moral.

PERANAN MEDIA MASSA Klasifikasikan filem berunsur ganas. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesankesan buruk terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Di samping itu, media juga perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan gejalagejala yang negative seperti rempit, pembuangan bayi dan seumpamanya.

KUATKUASA UNDANG-UNDANG Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan kes pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak remaja. Di samping mengambil tindakan yang tegas, keskes berkenaan perlulah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

KESIMPULAN Kesimpulannya, kemelut gejala social yang melibatkan remaja yang merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa hadapan semakin membimbangkan. Bersesuaian dengan konsep satu Malaysia, semua pihak perlu peka terhadap permasalahan ini untuk bersamasama mengembleng usaha dan tenaga bagi menangani gejala ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH