konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

12
KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION (EDU3108)

Upload: noor-maslina

Post on 25-Jun-2015

145 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION(EDU3108)

Page 2: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Profesion

Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau

mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.

Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan

perniagaan.

Page 3: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Ciri-ciri Profesion

Perkhidmatan yang unik dan penting

Banyak menggunakan keupayaan

Mendapat latihan khusus

Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas

Page 4: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Ciri-ciri Profesion

Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja

Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya

Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya

Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya

Page 5: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Konsep Perguruan Dan Keguruan

• Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.

• Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.

Page 6: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan

• Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.

• Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.

Page 7: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Keguruan sebagai satu profesion

Pekerjaan penting

Bersifat autonomi

Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas

Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan

Mengutamakan perkhidmatan

Page 8: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Keguruan Bukan Satu Profesion

Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza

Kuasa Kesatuan

Keseragaman ahli Kesatuan

Kuasa Autonomi

Bidang ikhtisas yang lain

Page 9: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

Konsep Profesional danBukan Profesional

• Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah

diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.

Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.

Page 10: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.

profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan

Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah

mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika

sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.

Page 11: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara.

guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih

sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.

Page 12: Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)

kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.

autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah.

kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.

bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.