mengajar sebagai satu profesion

12
KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION (EDU3108)

Upload: nurul-fithriyyah

Post on 16-Aug-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SMO

TRANSCRIPT

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION (EDU3108) Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakanoleh orang yang berpendidikan tinggi ataumempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan danperniagaan. Ciri-ciri Profesion Perkhidmatan yang unik dan penting Banyak menggunakan keupayaan Mendapat latihan khusus Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugasCiri-ciri Profesion Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain Konsep Profesional dan Bukan Profesional Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.