konsep profesion dan ciri-ciri profesional

18
KONSEP PROFESION DAN CIRI-CIRI PROFESIONAL TAJUK 1 AHLI KUMPULAN :- 1. MOHD TARMIZI B HALIM 2. MOHD OSMAN B ZAKARIA 3. UMAMAGESWARY A/P ARUMUGUM

Upload: is1977

Post on 27-Dec-2015

426 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

KONSEP PROFESION DAN CIRI-CIRI PROFESIONAL

KONSEP PROFESION DAN CIRI-CIRI PROFESIONAL

TAJUK 1TAJUK 1

AHLI KUMPULAN :- 1. MOHD TARMIZI B HALIM

2. MOHD OSMAN B ZAKARIA

3. UMAMAGESWARY A/P ARUMUGUM

PROFESION• Profesion keguruan merupakan profesion yang

tertua di dunia.• Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang

melaksanakan fungsi sosial yang penting.• Menurut kamus dewan (2005) menyifatkan

profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.

PROFESIONAL• Merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam

kalangan ahli dalam suatu profesion.• Setiap ahli dalam suatu profesion perlu menguasai ilmu

pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu dan perlu mengawal tingkah laku.

• Secara umumnya keguruan merupakan suatu profesion dan guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut.

• Setiap ahli profesional hendaklah memenuhi ciri-ciri umum sesuatu profesion.

• Contohnya satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai seorang profesional.

PROFESION

Latihan khusus Kod Etika

Pengetahuan & Kemahiran

Perkhidmatan Unik

Autonomi

Badan Kawalan

Tanggungjawab

Latihan Khusus• Profesion pada umumnya merujuk kepada bidang yang

memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi.• Buktinya sebelum seseorang itu menjadi guru, mereka

perlu mengikuti latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

• BPG, IPG dan IPT yang bertanggungjawab menyediakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan guru di seluruh negara.

• Program-program yang dijalankan telah menjadikan guru itu pakar dalam bidang masing-masing.

• Justeru itu perguruan boleh dianggap sebagai satu profesion kerana dapat memenuhi ciri ini dan dapat dibuktikan dengan sijil yang diperolehi.

Kod Etika• Perguruan ialah satu profesion juga dapat dibuktikan

dengan ada kod etika iaitu “Tatasusila Profesion Keguruan”.

• Etika ini menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.

• Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.

• Seseorang guru yang dapat mematuhi etika ini akan memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, sedia menerima segala perubahan yang akanmeningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Pengetahuan & Kemahiran• Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan atau

kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.

• Kemahiran dan pengetahuan ini perlu diperbaharui dan diperkukuhkan dari masa ke semasa.

• Contohnya, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan strategi PdP di bilik darjah.

• Pihak PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan senantiasa mengadakan kursus-kursus bagi meningkatkan Profesionalisme keguruan itu sendiri.

• Ilmu ini penting bagi menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar dan bagi menyokong usaha-usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara.

Perkhidmatan Unik• Perguruan ialah satu profesion kerana dapat memberikan

perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat.• Hanya mereka yang mempunyai

kualiti,berketerampilan,kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik sahaja layak menjadi guru.

• Guru bukan sahaja mengajar malah bertindak sebagai penasihat, pembimbing,pentadbir,perangsang,ibubapa dan sebagainya.

• Guru dalam profesion keguruan perlu menjadi tokoh yang serba tahu, khususnya dalam bidang berkaitan pendidikan dan juga isu-isu semasa yang berlaku disekeliling agar dapat dibincangkan.

• Guru juga mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk membangunkan personaliti, kebolehan mental dan fizikal pelajar.

Tanggungjawab

• Sesuatu profesion perlu memikul tanggungjawab di atas semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

• Perguruan sebagai suatu profesion juga dapat dibuktikan dengan tanggungjawab guru terhadap murid.

• Menurut Tatasusila KPM, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion.

• Hanya guruyang bertanggungjawab dan beretika yang layak menjadi guru yang profesional.

• Ini kerana perkhidmatan perguruan melibatkan masa depan pelajar itu sendiri.

Badan Kawalan

• Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.

• Contohnya Majlis Perubatan Malaysia untuk memantau tingkahlaku doktor perubatan.Majlis Bar Malaysia untuk memantau kelakuan peguam dan sebagainya.

• Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika yang telah dipersetujui.

• Profesion perguruan mempunyai badan yang menjaga kepentingan perkhidmatan awam seperti Ceupacs, KPPK dan lain-lain.

• Tetapi adakah badan-badan ini mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil tindakan sepenuhnya terhadap sesorang guru yang melanggar etika keguruan? Hal inilah yang menjadi satu perkara mengapa profesion perguruan masih dipertikaikan oleh sesetengah masyarakat.

• Ini kerana ada segelintir guru yang telah melanggar kod etika perguruan, tetapi tindakan terhadapnya tidak setimpal. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu melakukan salah laku etika disuatu tempat, tindakan yang biasa diambil hanyalah ditukarkan ke tempat lain.

Autonomi• Seseorang profesional menikmati autonomi dan

tanggungjawab tentang perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang diterima.

• Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar terima. Oleh kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya, anda tidak dapat menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

• Adakah guru mempunyai kuasa autonomi ? Bagi pendapat saya guru tidak mempuayai kuasa autonomi sepertimana seorang doktor.

• Profesion perguruan hanya mengikut apa yang diarahkan kepadanya. Guru hanya mengikut arahan daripada pihak pentadbir dan juga pihak atasan seperti PPD,JPN dan KPM.

• Guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan dalam pelbagai aspek dalam profesion.

• Perkhidmatan yang diberikan oleh guru itu juga masih boleh dipertikaikan kualiti perkhidmatannya.

• Tambahan pula zaman sekarang kerjaya guru semakin mencabar dengan kerenah ibubapa, masyarakat,pihak atasan, dan kerajaan.

• Kurikulum sekarang juga menuntut profesion perguruan sentiasa mengikut arus perubahan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

Adakah guru seorang profesional ?• Profesion perguruan masih dipertikaikan oleh

sesetengah masyarakat. Kenapa? • Kenyataan ini ada benarnya kerana telah ada segelintir

guru yang telah melanggar kod etika perguruan seperti salahlaku berkaitan jenayah yang telah tersebar di dada-dada akhbar.

• Ini umpama ‘ Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ (Loke Yim Peng, setiausaha Agung KPPK).

• Ramai yang menganggap perkerjaan guru merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

• Ini kerana wujudnya guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih yang menganti guru bersalin contohnya.

• Guru ganti ini tidak perlu melalui apa-apa latihan perguruan bagi melayakkannya untuk mengajar.

• Menurut shuib dan Johari (2001), melalui pemerhatian,temubual dan pengalaman, mereka mendapati ada beberapa faktor mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat minat daripada golongan remaja.

• Antaranya ialah kurang peluang untuk kenaikan pangkat, karenah birokrasi dan juga menghadapi karenah pelajar yang pelbagai ragam.

• Kerjaya guru hanya dijadikan pilihan terakhir setelah gagal untuk mendapatkan tempat mengikut kelulusan seperti memilih untuk mengikuti program KPLI contohnya.

• Hal ini dikukuhkan oleh kajian yang dilakukan oleh (Mahadi Hj Khalid dan Salahudin Hj Sabu, 2005) menunjukkan 53.5% pelajar KPLI memilih kerjaya guru kerana tiada pilihan lain.

• Akhirnya akan lahirlah sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.

• Justeru itu, akan lahirlah juga modal insan yang tidak berkualiti seterusnya tidak dapat memartabatkan perguruan sebagai satu profesion.

• Ini semua bergantung kepada guru itu sendiri dan tanggapan masyarakat sekeliling terhadap profesion perguruan.

Rumusan• Kesimpulannya, bagi kami profesion keguruan masih

lagi dianggap profesional dan profesion yang mulia di mata masyarakat.

• Sebilangan besar guru yang berintegriti sentiasa menjadi contoh yang terbaik sebagai ikutan murid-murid dan juga masyarakat keseluruhannya.

• Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai.

• Hal ini termaktub dalam teras strategik kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu memartabatkan profesion keguruan.

SekianTerima kasih