konsep kenegaraan- bab 1

Download Konsep Kenegaraan- Bab 1

If you can't read please download the document

Upload: salmiah-ramli

Post on 15-Apr-2016

63 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Nota Penggal 1 STPM

TRANSCRIPT

SALMIAH BT RAMLISEKOLAH TINGGI KLUANG 2012

BAB 1 : KONSEP KENEGARAAN

DEFINISI NEGARA ialah sebuah wilayah fizikal yang didiami oleh sekumpulan penduduk, mempunyai sempadan,dan ditadbir oleh sebuah kerajaan.

Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.

Suatu masyarakat @ komunitiyang mendiamisebuah kawasan @ wilayahsecara tetap&diperintah oleh sebuah kerajaan.

ciri-ciri umum NEGARA ialah:i. MempunyaiSempadan/wilayahfizikal yang tetap dan jelas.ii. Mempunyai penduduk yang tetap.iii. Mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematikiv. Mempunyai kedaulatan- berupaya menentukan halatuju dan nasib bangsa sendiri.

CIRI-CIRI NEGARA MALAYSIA

Sempadan yang tetap dan diiktiraf Sempadan Malaysia diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia berkuasa penuh terhadap kawasan perairan dan ruang udara Malaysia. Kuasa autonomi ini dihormati oleh kuasa asing. Sebarang pencerobohan wilayah negara akan dianggap sebagai pencabulan kedaulatan dan kerajaan Malaysia berhak menentang sebarang pencabulan kedaulatan wilayah ini.

Penduduk yang tetap Penduduk tetap di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Kerajaan yang teratur dan sistematik Pertukaran kerajaan di Malaysia berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan melalui proses pilihan raya. Maka, penguakuasaan undang-undang berlangsung sepanjang masa.

Mempunyai kedaulatan/ merdeka Malaysia berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

Ideologi negara sendiri Mengamalkan demokrasi berparlimen. Selain itu, setiap pemimpin membawa ideologi masing-masing antaranya gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku individu, masyarakat dan negara.

Mempunyai identiti tersendiri Mempunyai perlembagaan bertulis, agama rasmi iaitu agama islam, bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia, simbol atau lambang negara, bendera negara, lagu Negaraku dan lain-lain.Comment by Salmiah: JATA NEGARAComment by Salmiah: BENDERA NEGARA

KONSEP KEDAULATAN Istilah kedaulatanmerupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris, sovereignty dan dalam bahasa Itali disebut sovranus atau superanus dalam bahasa Latin. Istilah ini membawa maksud tertinggi. Oleh itu, Kedaulatan dapat ditakrif sebagai hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada lantaran sifatnya yang mutlak. Kadaulatan wujud kerana adanya wilayah Kedaulatan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: Kedaulatan politik Kedaulatan yang sah Kedaulatan politik ialah kuasa rakyat yang dilaksanakan melalui pilihan raya untuk memilih kerajaan. Kedaulatan yang sah ialah kuasa ketertinggian Perlembagaan dan undang-undang negara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.

Malaysia sebagai sebuah negara merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13 buah kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya).

CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT

Merdeka iaitu bebas dari dijajah oleh kuasa lain. Berkuasa sendiri. Iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing. Berwibawa. Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri seperti bendera dan jata diri Mempunyai perlembagaan. Menentukan organisasi kerajaan, pengasingan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum untuk menggariskan perlaksanaan kuasa.

CIRI SISTEM KERAJAAN MALAYSIA YANG BERDAULAT Mengamalkan demokrasi berparlimen(Parlimen dwidewan dan bercorak Westminster)Comment by Salmiah: -Raja atau Presiden mempunyai kuasa simbolik.-Parlimen menggubal undang-undang. Wakil Parlimen dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum-Parti politik yang menang majoriti akan membentuk kerajaan. Mempunyai Raja Berperlembagaan (YDPA sebagai ketua negara) Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

SISTEM KERAJAAN Kerajaan merujuk kepada badan atau institusi yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran (fungsi-fungsi pengurusan ) dan pemerintahan negara. Merangkumi semua badan yang mengubal, mentafsir, dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Kerajaan terdiri daripada 3 komponeniaitu:Comment by a: a) Badan Perundangan/Legislatif.b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.c) Badan Kehakiman/Judisiari

Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan untuk:i. Menjalankan urusan pentadbiran danii. Menguatkuasakan undang-undang.

Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif /Badan Kehakiman:-

BADANFUNGSI

PerundanganMenggubal Undang-Undang

Eksekutif Menguatkuasa dan melaksana undang-undang.Melaksana dasar-dasar awam.

KehakimanMentafsir undang-undang.Menjatuhkan hukuman.

PERANAN KERAJAAN1. Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara a. Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance)

2. Menyediakan kemudahan ekonomia. Kemudahan insfrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan pembangunan ekonomib. Menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan

3. Menyediakan pelbagai perkhidmatana. Berperanan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatanb. Segala perkhidmatan ini disediakan untuk keperluan masyarakat (kerajaan dan swasta)

4. Memastikan keamanan dan ketenteramana. Memastikan situasi negara terkawal dan stabil

5. Menstabilkan persaingana. Tindakan dan pemantauan perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam konteks seimbang

6. Perlindungan Alam Sekitara. Berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar.b. Pembangunan hendaklah dilaksanakan secara lestari

7. Penyediaan Keperluan Asasia. Memastikan keperluan asas rakyat di lengkapi terutama golongan berpendapatan rendahb. Kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.

8. Memastikan kestabilan ekonomia. Kerajaan perlu melaksanakan strategi terbaikuntuk memastikan kestabilan ekonomi.

JENIS KERAJAANComment by a: Antara jenis kerajaan utama ialah :a) Kerajaan Konfederasi b) Kerajaan Kesatuan c) Kerajaan Persekutuan

KONFEDERASIComment by a: Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi. Di mana kerajaan negeri mempunyai kebanyakkan kuasa pemerintahan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa terhad. Sistem kerajaan ini wujud atas dasar perjanjian yang longgar antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini. KESATUANComment by a: Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand, Britain, Perancis, Denmark dan Indonesia.

PERSEKUTUANComment by a: Mengikut sistem ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeribergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam perkara-perkara tertentu. Lazimnya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab dalam perkara umum seperti pertahanan,kewangan,pendidikan dan sebagainya dan hal ehwal luar negara. Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama,tanah,perhutanan dan sebagainya yang tidak perlukan keseragaman. Contoh: Malaysia,Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India

BENTUK NEGARA

Terdapat pelbagai bentuk negara yang diamalkan di seluruh dunia.

Bentuk negaraCiri-CiriContoh

Monarki-kuasa penuh di tangan raja atau sultan.-raja atau sultan mempunyai kata putus-Tiada parti politik-warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan-pentadbiran dijalankan oleh kaum kerabat atau sultan- menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasaBrunei DarussalamArab Saudikuwait

Autokrasi-diperintah oleh seorang individu / badan politikberkuasa mutlak-pemerintahan secara kejam dan kekerasan untuk kekalkan kuasanya.

Cuba dan Korea Utara.

Totalitarian- Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya.-Mempunyai banyak tanah jajahan. -Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.-Pemimpin berkuasa mutlak.

Sosialis-bersifat kemasyarakatan (utamakan rakyat berpendapatan rendah). -Hak perseorangan tidak dipentingkan tetapi milik negara.Algeria, Laos

Republik- ketua negara ialahPresiden yang merupakan rakyat biasa-Tiada raja yang memerintah.-mengamalkan demokrasi(pemilihan Presiden dilantik atau melalui pilihanraya)- Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden atau sistem separa presiden.Comment by Salmiah: -Ketua negara ialah Presiden dan juga sebagai Ketua Kerajaan. -Presiden bertanggungjawab untuk mentadbir negara-Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihanraya-Contoh: AS, Filipina, Indonesia, Mezico, Korea SelatanComment by Salmiah: Ketua negara ialah Presiden tetapi ketua kerajaan ialah Perdana MenteriKedua-dua mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, hanya bidang kuasa diasingkan.Contoh: Peranchis, Peru, Sri Langka, Portugal, Taiwan, Rusia.Di Singapura dan india, jawatan Presiden hanya simbolik (Presiden tidak campur tangan dalam pentadbiran negara.India dan SingapuraAmerika SyarikatFilipinaSri LankaPeranchisPortugalTaiwanPakistan

Komunis-Semua anggota masyarakat sama dari aspek sosial.-Tidak percaya wujudnya Tuhan.-Menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan.- Ekonomi dimiliknegarakan.Korea Utara

Demokrasi BerparlimenComment by a: Sistem Raja Berpelembagaan.-mempunyai raja/sultan-raja/sultan ketua negara-raja mempunyai kuasa simbolik sahaja kerana pentadbiran negara dijalan kan oleh Perdana Menteri.-Kerajaandipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bebas.-Hak Asasi rakyat terjamin.-Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea-Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.-Pengundian dalam pilihanraya dibuat secara sulit.-konsep kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat-mengamalkan doktrin pengasingan kuasaMalaysia dan Thailand.

DOKTRIN PENGASINGAN KUASAComment by a: Bermaksud:Badan yg membuat undang2 hanya dibenarkan membuat undang2, ia tidak boleh menyerahkan kuasa ini kpd badan lain.begitu juga ia tidak boleh mempunyai kuasa2 yg lain.Badan yg memerintah hanya dibenarkan menjalankan pemerintahan negara sahaja. Ia tidak boleh membuat undang2 dan menjalankan kuasa kehakiman danBadan kehakiman hanya dibenarkan melaksanakan kuasa, ia tidak boleh membuat undang2 dan menjalankan kuasa pemerintahan. Diperkenalkan oleh Charles de Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis dalam bukunya The Spirit of Laws. Doktrin ini merujuk kepada pengasingan atau pembahagian kuasa pemerintahan antara:

a) Badan Perundangan (Legislatif).Comment by a: b) Badan Eksekutif (Pentadbiran).c) Badan Kehakiman (Judisari).

Tujuan Pengasingan kuasa ialah untuk :i) Mengelakkan pertindihan bidang kuasaii) Menbolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan lain.iii) Mengelakkan penyalahgunaan atau pemusatan kuasa kepada individu atau badan institusi tertentu

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA Malaysia sebagai negara demokrasi berpalimen dan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia (mengikut Fasal 9), terdapat pembahagian kuasa antara :Comment by a: Walaupun malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi tidak sepenuhnya kerana kita mempunyai akta tertentu yang dipraktikkan demi menjamin keselamatan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Aantaranya, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)-telah dimansuhkan pd 2011. Bertujuan untuk menentukan keharmonian dan keamanan hidup masyarakat majmuk lebih terjamin. Jika tiada akta sedemikian, isu-isu sensitif mungkin akan dieksploitasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan diri hingga masyarakat menjadi huru-hara.

a) Kerajaan Pusat b) Kerajaan Negeri c) Kerajaan Tempatan

Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa asal. Doktrin Pengasingan kuasa bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa, namun di Malaysia,Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara yang mempunyai kuasatertinggiterhadap Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Peringkat Persektutuan, Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang. Peringkat Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.

KESIMPULAN Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memahami dan menghayati struktur pentadbiran negara dari peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan supaya kedaulatan negara dapat dipertahankan.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Cadangan Pembentukan Malaysia

a. Selepas Merdeka, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.a. Kerajaan British menolak cadangan kerana Singapura pada awalnya diketepikan.b. Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura ketika itu juga menyarankan agar Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu.c. Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj, Perdana Menteri Pertama Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.d. Gagasan Malaysia ialah cadangan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu unit politik.

e. Proses-proses ke arah pembentukan Malaysiai. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tuanku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia.ii. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.iii. Hasil daripada rundingan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk.

iv. Tujuan JPPK: Memberitahu orang ramai tentang Malaysia Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia

v. JPPK telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysiavi. JPPK telah mengadakan empat mesyuarat, iaitu di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961) Kuala Lumpur (6 januri 1962) dan Singapura (1 Februari 1962)vii. Hasil rundingan yang dijalankan, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kandungan Memorandum ini ialah: Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia Kerajaan persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan Hak Istimewa seperti orang Melayu juga diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan

viii. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold:

Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Kerajaan British untuk:Comment by Salmiah: Anggotanya:Lord CobboldSir David WatherstonSir Anthony AbellMuhammad Ghazali bin ShafieWong Pow Nee Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia Membuat pernilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British Antara cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya Cobbold ialah: Perlembagaan Malaysia yang baharu harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta tarikh penubuhan Malaysia

ix. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil dari Tanah Melayu, Britain, Sabah, dan Sarawak ditubuhkan untuk: Mengkaji laporan suruhanjaya Cobbold Membincangkan hak serta kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

x. September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduknya tentang pembentukan Malaysia dan hasilnya menunjukkan penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.

xi. Berunei yang pada mulanya menyokong Malaysia, telah menarik diri daripada menyertai Malaysia pada bulan Julai 1963.

xii. Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan sekali lagi dan mendapati penduduk kedua-dua negara itu berhasrat untuk menyertai Malaysia.

xiii. Perjanjian MalaysiaComment by a: Pada bulan Jun1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di London. Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London pada 9 Julai 1963. Pada 16 September 1963, negara Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sawarak, Sabah dan Singapura ditubuhkan secara rasminya.

Perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah seperti berikut: Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi masih boleh digunakan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan Untuk Sabah dan Sarawak , bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10 tahun selepas pembentukan Malaysia Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama (hak istimewa)sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu

f. Faktor atau sebab untuk membentuk Malaysia:Comment by a:

xiv. Mempercepat proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh pihak British. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan untuk mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak, Brunei dan Singapura yang pada masa itu masih dibawah kekuasaan British. British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah ini daripada ancaman kuasa luar.

xv. Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera. Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa jika Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan Tanah Melayu, hal ini akan mendatangkan faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei akan mengimbangi kadar penduduk berdasarkan kaum kerana 70 peratus daripada penduduk Borneo Utara ialah Bumiputera.

xvi. Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota. Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, tetapi Sabah dan Sarawak ialah negeri yang mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Kekayaan dari kawasan maju akan dipindahkan ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

xvii. Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara terutamanya di Singapura dan Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.

Senario di Singapura Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang semakin bertambah di Singapura pada tahun 1950an. Pada 1954, komunis telah menganjurkan pemogokan di sebuah syarikat bas yang kemudiannya merebak menjadi rusuhan Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Pertelingkahan dalam pertubuhan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihan raya kecil pada tahun 1961, iaitu pilihan rayaHong Lim dan pilihan raya Anson. Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis, iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Gagasan Malaysia diharap dapat mengagalkan hasrat komunis untuk menguasai Singapura dan dapat menyekat kemaraan mereka.

Senario Politik di Sarawak Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit, iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak dalam kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani Mereka menghasut masyarakat Cina agar menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Kerajaan British kemudiannya melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Gagasan Malaysiadiharap dapat mewujudkan kestabilan politik dan dapat menentang ancaman komunis.

PERISTIHARAN MALAYSIA Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 ogos 1963 Filipina dan Indonesia menentang kuat penubuhan Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara Tanah Melayu. Akhirnya MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka dalam gagasan Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos- 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda kerana laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang misinya ke Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963 Oleh itu, penubuhan Malaysia ditunda ke 16 September 1963.Comment by a: Mengikut laporan PBB, lebih 70 peratus rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Gagasan Malaysia. Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diistiharkan secara rasminya.

SOALAN SUBJEKTIF DAN JAWAPAN LENGKAP

1. Senaraikan ciri negara berdaulat. Merdeka iaitu bebas dari dijajah oleh kuasa lain. Berkuasa sendiri. Iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing. Berwibawa. Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri seperti bendera dan jata sendiri Mempunyai perlembagaan. Menentukan organisasi kerajaan, pengasingan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum untuk menggariskan perlaksanaan kuasa

2. Senaraikan ciri sistem kerajaan Malaysia. Demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan Kerajaan Persekutuan Mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa Ketertinggian Perlembagaan.

3. Nyatakan dua ciri negara republik yang mengamalkan sistem presiden. Presiden ialah ketua kerajaan. Presiden dipilih oleh rakyat secara terus melalui pilihanraya.

4. Senaraikan ciri kerajaan demokrasi berparlimen. Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bebas. Hak Asasi rakyat terjamin. Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Pengundian dalam pilihanraya dibuat secara sulit. konsep kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat mengamalkan doktrin pengasingan kuasa

5. Nyatakan faktor pembentukan Malaysia. Mempercepatkan proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei. Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera. Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota. Menyekat pengaruh komunis.

6. Nyatakan fungsi Suruhanjaya Cobbold. Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.

7. Berikan fungsi utama jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum yang ditubuhkan pada bulan Julai 1961. Menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk Mengumpulkan pandangan penduduk Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

8. Malaysia mengamalkan pentadbiran awam yang berasaskan doktrin pengasingan kuasa Namakan dua badan yang terlibat dalam doktrin ini.i. Badan Perundanganj. Badan Eksekutif

Nyatakan dua tujuan doktrin pengasingan kuasai. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa.j. Untuk mengelakkan pertindihan bidang kuasa.

9. Nyatakan tiga ciri Malaysia sebagai NEGARA. Mempunyai sempadan negara yang tetap dan diiktiraf. Mempunyai keupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negeri Mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain. Tidak tunduk kepada arahan dan tekanan kerajaan asing Berkuasa untuk menentukan masa hadapan negaranya sendiri Mempunyai kerajaan yang mantap dan stabil.

MODUL NOTA KENEGARAAN PENGAJIAN AM STPM9