kenegaraan topik 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/kenegaraan_topik_7 (1).pdf ·...

15
26/10/2015 1 Dr Murni Wan Mohd Nor KENEGARAAN TOPIK 7 SISTEM PERSEKUTUAN Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan konsep persekutuan Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan

Upload: hoangtram

Post on 17-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

1

Dr Murni Wan Mohd Nor

KENEGARAAN

TOPIK 7

SISTEM PERSEKUTUAN

• Konsep asas persekutuan

• Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan

negeri

• Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan konsep persekutuan

Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia

Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan

negeri

Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara

kerajaan persekutuan dan negeri

Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan

Page 2: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

2

JENIS SISTEM PEMERINTAHAN 1. Kerajaan Persekutuan

satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia

2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politik dengan segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat.

Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang

Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar

Contoh: UK, New Zealand, Sweden, China, Indonesia, Perancis

3. Kerajaan Gabungan/konfederasi

kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaan negeri/Kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri

Ikatan yang longgar antara kerajaan. Contoh: Empayar Jerman abad ke 19, Kesatuan Eropah, PBB, OIC

KONSEP PERSEKUTUAN

(LATIN) Fides : ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang terlibat dalam membentuk negara

Foedus : perjanjian, persetujuan atau perikatan

K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepada satu penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (co-equal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain.

KONSEP PERSEKUTUAN Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politik dengan

kewujudan dua peringkat kerajaan – sebuah Kerajaan Pusat dan

Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasa yang bersifat

tempatan seperti pengurusan sumber (tanah, air , perparitan)

Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untuk perkara-

perkara yang berkepentingan luas dan bersifat umum

seperti menyediakan kemudahan am dan kebajikan serta menjaga

keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll

Page 3: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

3

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN

Kebiasaannya - pembahagian kuasa berdasarkan

perlembagaan bertulis : fungsi kerajaan – sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi

satu kerajaan – perlembagaan rigid bagi memastikan kedua-dua

kerajaan pusat dan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa

antara satu sama lain.

Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan

jelas

Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke

atas bidang yang diagihkan kepadanya

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN

Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung

dengan rakyatnya

Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus

dari rakyat

Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang

ditentukan oleh perlembagaan dengan sendiri

Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri -

wilayah persekutuan – kawasan pentadbiran atau ibu kota Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan

pembangunan dan kemajuan antara negeri-negeri

KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN

PERSEKUTUAN Negeri yang kecil boleh bergabung dengan negeri yang besar

tanpa kehilangan kebebasan dan hak untuk membuat ketetapan sendiri.

Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akan menjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, penduduk dan politik.

Corak pemerintahan persekutuan membolehkan kepentingan tempatan disuarakan dan disalurkan kepada peringkat kerajaan pusat untuk penyelesaian.

Boleh memudahkan keseragaman dasar bagi seluruh negara

Membolehkan kepentingan tempatan diselesaikan.

Dapat mengawal kerajaan pusat supaya tidak terlalu kuat dan menjejas kepentingan kerajaan negeri (“check and balance”).

Page 4: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

4

KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN

PERSEKUTUAN

Mudah wujud masalah persaingan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya isu sumbangan kewangan kepada kerajaan pusat.

Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkan dasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya.

Pemerintahan persekutuan dianggap sebagai satu corak pemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan, kerana institusi pentadbiran yang sama/cawangan perlu diwujudkan di setiap negeri persekutuan.

Sering wujud rasa kurang berpuas hati dalam kalangan anggota negeri menyertai persekutuan.

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI

MALAYSIA 1. Fasa konfederasi (sebelum 1895) Pulau Pinang, Melaka dan Singapura – Gabenor Inggeris Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang – sistem

Residen 2. Fasa persekutuan (1895 – 1946) NNMB NNMTB Fasa kesatuan • NNS • Kesatuan Malaya (Januari 1946 – Julai 1946) 4. Fasa persekutuan PTM 1948 Persekutuan Malaya 1957 Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN Malaysia mempunyai kecondongan pusat (central bias) kepada

Kerajaan Pusat

Suruhanjaya Reid (sebelum Merdeka) berpendapat bahawa Persekutuan Malaya (pada masa itu) memerlukan kerajaan pusat yang kuat

Penting untuk

menyatupadukan negeri-negeri

Megatasi masalah perebutan kuasa

Mengatasi masalah pentadbiran

Meningkatkan dan menyelaraskan sistem pertahanan (Jepun dapat menyusup masuk ke Tanah Melayu kerana sistem pertahanan yang lemah)

Page 5: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

5

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN

DI MALAYSIA

TIGA ASPEK UTAMA:

Pengagihan bidang kuasa : Kuasa

perundangan dan kuasa eksekutif

Bidang kuasa kewangan (kuasa kerajaan

pusat)

Kedudukan perlembagaan kerajaan

persekutuan

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN

DI MALAYSIA Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan

kerajaan negeri

Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 :

“Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.

Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan

PEMBAHAGIAN KUASA 1. KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN : Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai Pertama

(Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama) Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak

diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adat Bumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah.

Dibawah Akta Imigresen 1963 – kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa – untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri itu.

Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama – dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki.

Page 6: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

6

Senarai (I)

Persekutuan

Senarai (II) Negeri Senarai (III) Bersama)

• Hal-Ehwal Luar Negara

• Keselamatan Dalam Negeri

• Pertahanan

• Kewangan

• Kewarganegaraan

• Buruh dan Keselamatan Sosial

• Pelajaran

• Pengangkutan dan Perkapalan

• Kerja Raya Persekutuan dan

Tenaga

• Penerbitan dan Penapisan

• Hal-Ehwal Agama Islam dan

Adat Istiadat Orang Melayu

• Pertanian dan Perhutanan

• Tanah

• Kerajaan Tempatan

• Perkhidmatan Tempatan

• Kerja Raya Negeri dan Bekalan

Air

• Hari Kelepasan Negeri

• Jentera Pentadbiran Kerajaan

Negeri

• Biasiswa

• Kebajikan Masyarakat

• Kesihatan Awam

• Perancangan Bandar dan

Kampung

• Perparitan dan Pengairan

• Pengembaraan

• Pemulihan Tanah Lombong

• Kebudayaan dan Sukan

• Ternakan Haiwan

• Kutu Rayau dan Penjaja

• Ukur

• Undang-undang Jenayah

dan Sivil

• Perdagangan dan Perusahaan

• Ubat dan Kesihatan

• Pilihanraya Persekutuan

• Hari Kelepasan Persekutuan

• Panggung Wayang dan Tempat

Hiburan

• Kebajikan Orang Asli

• Perumahan Persekutuan

• Syarikat Kerjasama

• Penyiasatan untuk maksud Negeri

• Penyu dan Penangkapan Ikan di

Sungai

• Perlindungan Binatang Negeri

dan Burung Liar

• Pengurusan Air

PENGAGIHAN KUASA

2. KUASA EKSEKUTIF Kuasa kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan. Kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai

Bersama. Perkara 94 –memperuntukkan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa

eksekutif meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu: mengumpulkan perangkaan menjalankan penyiasatan dan kajian menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan

kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan

PENGAGIHAN KUASA Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.

(1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan

menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan

bantuan teknikal kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti

dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara

yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang;

dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan mana-mana Negeri hendaklah menerima

apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini.

(3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan

daripada menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi

Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang

termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah

termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan perancangan bandar dan desa.

Page 7: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

7

PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua sumber hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan – kerajaan negeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan

Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberian kerajaan persekutuan

2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri Perkara 109 (1a) – „pemberian mengikut bilangan orang‟ di

sesebuah negeri

Perkara 109 (1b) „ pemberian jalan negeri‟ - berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan

PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN

Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan mengenakan sebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undang-undang

Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu.

Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan – tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun.

Kuasa Kerajaan Persekutuan

Mengatasi Kerajaan Negeri

Peruntukan berikut menunjukkan bahawa kuasa

kerajaan Persekutuan mengatasi kuasa kerajaan

negeri

i. mengubah undang-undang sempadan negeri (Per. 2b)

ii. perlembagaan persekutuan undang-undang utama (Per. 4

fasal 1)

iii. undang-undang negeri akan terbatal jika didapati

bercanggah dengan undang-undang persekutuan (Per. 75)

iv. kuasa persekutuan membuat undang-undang (Per. 73)

v. kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76)

Page 8: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

8

Kuasa Kerajaan Persekutuan

Mengatasi Kerajaan Negeri Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.

(1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan.

(2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri,

dan undang-undang Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam

kecuali daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun,

daripada suatu bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan bagi maksud itu oleh

Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan

Persekutuan.

3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa

undang-undang Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan

Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

Kuasa Kerajaan Persekutuan

Mengatasi Kerajaan Negeri Kes-kes mahkamah untuk diteliti dan dibincangkan:-

The Government of State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya And Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963] MLJ 355 :- mahkamah memutuskan bahawa persetujuan negeri tidak diperlukan untuk membolehkan negeri lain memasuki Persekutuan.

Government of Malaysia v Government of the State of Kelantan [1968] 1 MLJ 129 :-Kerajaan Negeri membuat persetujuan kewangan dengan Timbermine Industrial Corp. Co. Ltd. Kerajaan Pusat tidak bersetuju dan mendakwa persetujuan Kerajaan Pusat diperlukan sebelum Kerajaan Negeri membuat pinjaman kewangan. Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan kewangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Timbermine untuk menjana dana sbyk rm2.5milion bukan “pinjaman,” maka tidak bertentangan dgn Perkara 111(2).

PENTADBIRAN NEGERI Sejarah pentadbiran negeri

Sistem dan struktur pentadbiran negeri Kuasa Pemerintahan Badan Eksekutif Negeri Badan Perundangan Negeri Penyelarasan Pentadbiran

Jentera pentadbiran negeri a. Perkhidmatan Awam Negeri b. Jabatan Kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Kewangan Negeri

Penasihat Undang-Undang Negeri Unit Perancangan Ekonomi Negeri

Peringkat Pentadbiran Negeri Pentadbiran Daerah Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung

Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Page 9: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

9

PELAKSANAAN PERSEKUTUAN DI

MALAYSIA

Kuasa diagihkan mengikut bidang kuasa

PERLEMBAGAAN

Kerajaan

persekutuan /pusat

Kerajaan negeri

Kerajaan tempatan

SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI:

Pentadbiran Inggeris

Negeri-

negeri

Selat 1826

Perjanjian

Pangkor 1874

NNMB

1895

NNMTB

1909

Inggeris menguasai pentadbiran negeri

kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu

Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir

PTM 1948

Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura

- Setiap negeri ada perlembagaan sendiri

- Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu

Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri

- Struktur pentadbiran di N9 berbeza

PENTADBIRAN NEGERI

Kuasa pemerintahan negeri

(berdasarkan perlembagaan)

-Senarai Negeri

-Senarai Bersama

-Kuasa Residual

Page 10: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

10

Jaminan Persekutuan ke atas

perlembagaan negeri Perkara 71 - Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan

peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan

Jadual Kelapan Perkara 71 (peruntukan perlu)

Bahagian I: Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan

Bahagian II: Peruntukan sementara

Bahagian II: Berkaitan dengan Melaka dan Pulau Pinang

Contoh Peruntukan tetap:

Raja atau Yang Di Pertua Negeri (YDN)

Pemerintahan – YDN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perundangan – YDN dan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Kewangan – Berdasarkan peraturan persekutuan

PENTADBIRAN NEGERI

Badan Eksekutif/Pemerintahan:

Diketuai oleh Raja/YDPN

Kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau

MMK (peranan hampir sama kabinet di peringkat pusat) yang di

ketuai oleh MB/KM

Ahli MMK

MB/KM sebagai ketua

Empat hingga 12 orang yang dilantik dari kalangan ahli DUN

3 orang pegawai kerajaan (SUK, Penasihat Undang-undang Negeri dab

Penasihat Kewangan)

PENTADBIRAN NEGERI: Sistem badan eksekutif/kabinet negeri

Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa

MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu

Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK)

Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri

Sistem Pentadbiran Bermenteri

MMK berbentuk kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat

Sabah-kabinet negeri Sarawak-Majlis Tertinggi Seorang menteri

bertanggungjawab ke atas satu kementerian

dibantu oleh menteri muda

Page 11: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

11

PENTADBIRAN NEGERI:

Badan perundangan negeri Dewan Undangan Negeri

membuat undang-undang negeri

bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri

satu dewan sahaja

ahli dari pilihanraya DUN

3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri

Jabatan Kerajaan Negeri Pej. SUK

Pej. Kewangan Negeri

Penasihat Undang-undang Negeri

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Perkhidmatan Awam Negeri/Personel Awam Negeri

PENYELARASAN PENTADBIRAN

KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

disalurkan melalui:

Majlis Raja-raja

Majlis Kewangan Kebangsaan

Majlis Tanah Kebangsaan

Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan

Dewan Negara

Mesyuarat Menteri-menteri/Ketua-ketua Menteri

Page 12: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

12

Struktur Jentera Pentadbiran Negeri

(ringkas)

Pejabat MB/KM

Pejabat SUK

Pejabat

Daerah

Pentadbiran

Bahagian

(Sarawak)

Pentadbiran

Mukim

Pentadbiran Kampung

Pentadbiran Daerah

cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat

bandar

sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa

(disentralisasi kuasa)

Devolusi (penurunan kuasa)

kuasa membuat keputusan dalam

daerah/wilayah diserahkan

kepada badan yang mentadbir

wilayah tersebut

spt pihak berkuasa tempatan

Dikonsentrasi (perkongsian

kuasa)

Kuasa membuat keputusan

pentadbiran diberikan kepada

suatu unit atau organisasi dengan

izin pentadbiran pusat spt

pentadbiran daerah

Kerajaan

Tempatan Pentadbiran Daerah

KERAJAAN TEMPATAN Tujuan penubuhan kerajaan tempatan - Memberi

autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri

Membantu peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan

Memberi peluang penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal dan kepentingan mereka

Berfungsi - Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan perbandaran seperti; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini – PENGUASA TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll

Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 13: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

13

KERAJAAN TEMPATAN Selepas Akta 1976 /

Diluluskan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008

PBT

Lokasi Ketua

Eksekutif

Kriteria

1.Majlis Bandar Raya Bandar

raya

Datuk Bandar Penduduk:

lebih 500 ribu orang

Hasil tahunan:

lebih RM100 juta

2.Majlis

Perbandaran

Bandar Yang di

Pertua Majlis

Perbandaran

Penduduk:

lebih 150 ribu

orang

Hasil tahunan:

lebih RM20 juta

3.Majlis Daerah Luar

bandar

Yang di-

Pertua Majlis

Daerah

Penduduk:

Kurang 150 ribu

orang

Hasil tahunan:

Kurang RM20 juta

PENGUASA TEMPATAN/PBT Fungsi penguasa tempatan berdasarkan prinsip

1. ultra-vires – penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapka undang-undang

2. general competence – memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat mampu untuk membiayai kegiatan tersebut.

FUNGSI UTAMA PBT DI MALAYSIA

Mengawal pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya

Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah

Menjaga dan mengawal kesihatan awam, mengurus pasar dan gerai serta mengutip cukai seperti cukai pintu

Membina dan menyelenggarakan kemudahan awam dan rekreasi seperti taman awam

Membina, menyelenggarakan dan membaiki jalan-jalan awam, pembentungan, parit dan saluran air

PENGUASA TEMPATAN/PBT Sumber pendapatan PBT

Sumber utama – cukai taksiran yang dikenakan atas harta dalam

kawasan pentadbiran masing-masing

Punca lain :

Sewa dan bayaran lesen serta lain-lain caj yang dibayar kepada PBT

Contoh: lesen perniagaan.

Caj atau keuntungan daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan

atau perusahaan yang dikendalikan oleh PBT

Bunga terhadap wang yang dilaburkan oleh PBT dan semua

pendapatan yang dikutip daripada harta tak alih dan harta alih PBT

Semua hasil PBT daripada kerajaan persekutuan

Page 14: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

14

Contoh undang-undang Kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan Undang-undang Kecil : Pasar Penjaja Kedai Gunting Rambut Iklan Kolam Pembuangan pemungutan,

pembuangan dan pelupusan sampah

Tandas awam Pelesenan dan tempat letak

kereta Anjing Kolam renang

Contoh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Majlis Bandaraya Shah Alam MP Ampang Jaya MP Kajang MP Klang MP Petaling Jaya MP Selayang MP Subang Jaya MD Hulu Selangor MD Kuala Langat MD Kuala Selangor MD Sabak Bernam MD Sepang

Isu Dalam Pentadbiran Negeri

Isu penyelarasan

Maklumat tidak sampai/sistematik

Kelemahan perancangan ekonomi negeri

Tenaga kerja berkemahiran

Penyelarasan projek pembangunan

Masalah pentadbiran tanah

Prosedur dan peraturan/Birokrasi yang lemah

Kerjasama

MASALAH/ISU UTAMA DALAM HUBUNGAN

ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

a. Isu keluar dari persekutuan

b. Isu darurat

c. Perbezaan ideologi politik- Kerajaan negeri

dipimpin parti pembangkang

d. Isu kewangan

e. Kemajuan yang tidak seimbang?

Page 15: KENEGARAAN TOPIK 7 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KENEGARAAN_topik_7 (1).pdf · SISTEM PERSEKUTUAN •Konsep asas persekutuan ... • Pengangkutan dan Perkapalan

26/10/2015

15

FIKIRKAN…

Bagaimanakah sistem Persekutuan dilaksanakan di Malaysia?

Adakah Malaysia mengamalkan satu sistem persekutuan yang

baik?

Sejauhmanakah sistem persekutuan di Malaysia memberi

kebaikan kepada kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)?

Apakah isu-isu semasa mengenai sistem persekutuan Malaysia

masa kini?