konsep dan definisi kurikulum

13
KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM 1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98) 2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995) 3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek. 4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. 5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) 6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:- a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian. b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan. d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman. e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai- nilai sampingan. CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat. KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF) 1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. 1

Upload: aziyan-bakar

Post on 26-May-2015

39.626 views

Category:

Education


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep dan definisi kurikulum

KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau

satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat

yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)

2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru

mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)

3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang

mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.

4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang

mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur

kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan

daripada generasi ke generasi yang lain.

5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)

6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-

a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri

daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-

ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah,

bahan dan cara penilaian.

b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang

lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi

kandungan dengan berkesan.

c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek

yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.

d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia

bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan

mendapat pengalaman.

e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui

pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan.

CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi

lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam

kehidupan masyarakat.

1

Page 2: Konsep dan definisi kurikulum

KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)

1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak

disampaikan.

2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.

3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat

perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia

dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai

mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan

terkini.

4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari

segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu

berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan

jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat

ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.

5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat

untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di

Malaysia.

6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan

menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah

air.

2

Page 3: Konsep dan definisi kurikulum

HALA TUJU KURIKULUM

1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang

dari segi sahsiah dan akademik.

2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,

rohani dan emosi.

3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran

belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan

mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung

secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri

dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan

aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi

4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan

aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan

kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat

perlu diperkukuhkan.

5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada

penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek

melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga

diberi perhatian.

6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan

corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

3

Page 4: Konsep dan definisi kurikulum

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK)

1. Pembangun kurikulum perlu mengkaji

a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum

b) Falsafah pembentukan kurikulum

c) Kriteria pembentukan kurikulum

2. Teori berkaitan dengan kurikulum :

Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:-

a) Teori tradisional

- Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull

dan lain-lain.

- Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum

tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan

sama ada tercapai atau tidak.

- Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan

- Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan

dan dikawal.

- Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku.

Pengajar bertindak sbg penyampai maklumat dan ditatih dlm

melaksanakan kurikulum dgn berkesan.

b) Teori konseptual

- Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi

kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.

- Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut

konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan

hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun

sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan

mudah.

- Member fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan

pada kandungan kurikulum.

- Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan

generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan

apa-apa yang berlaku di sekolah.

4

Page 5: Konsep dan definisi kurikulum

c) Teori rekonseptual

- Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism

seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dan

lain-lain.

- Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan

ketika membuat keputusan.

- Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus

mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan

kebijaksanaan sendiri.

- Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang

membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum

bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan

berupaya mengubah masyarakat.

- Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa

ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang

mempengaruhi kehidupan.

5

Page 6: Konsep dan definisi kurikulum

FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara

keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara

2. Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai

secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan

3. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum

4. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum.

Antaranya:

a) Idealisme

- Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir

- Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran

b) Realisme

- Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-

apa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan

lengkap.

- Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran

manusia.

c) Paramatism

- Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu

idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan.

- Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang

berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai

bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

- Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu

tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan

dan pedoman hidup.

- Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi

menggunakan ilmu.

- Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia

yang berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan

pemikiran.

6

Page 7: Konsep dan definisi kurikulum

d) Perialisme

- Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel.

- Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap.

- Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia

berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup.

- Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui

pengujian berstruktur.

- Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.

- Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan

kurikulum terbina adalah muktamad.

e) Essentialisme

- Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam

pembelajaran.

- Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan

tidak perlu dalam pendidikan.

- Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa

dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang

kebijaksanaan masa hadapan.

f) Progressivesme

- Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan

dan bukan ketekalan.

- Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan

pengajaran melalui alat bantuan belajar.

- Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina

suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan

persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional

- Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada

kecenderungan dan minat pelajar.

- Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman

langsung menjadi pengetahuan.

- Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana

manusia terus hidup dan berfikir.

7

Page 8: Konsep dan definisi kurikulum

g) Rekonstrutionalisme

- Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab

sosial serta melahirkan masyarakat berilmu.

- Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan

yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat.

h) Eksistensialisme

- Mementingkan pendidikan melalui persekitaran.

- Guru membantu murid dalam proses penerokaan.

- Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina

pendidikan.

- Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara

individu.

8

Page 9: Konsep dan definisi kurikulum

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Dikategorikan kepada tiga kaedah :

a) Berpusatkan subjek

b) Berpusatkan pelajar

c) Berpusatkan masalah

2. Reka bentuk berpusatkan subjek

- Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran yang terdiri

daripada:-

reka bentuk mata pelajaran

reka bentuk disiplin

reka bentuk bersepadu

reka bentuk korelasi

a) Reka bentuk mata pelajaran

- Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum.

- Merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran

yang terdapat dalam buku teks.

- Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sebagai subjek.

- Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun daripada ringkas ke

kompleks.

- Tumpuan pelajaran tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

b) Reka bentuk disiplin

- Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses.

- Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu.

c) Reka bentuk bersepadu

- Menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran

yang bersepadu.

- Membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing

- Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin

- Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih

bermakna.

9

Page 10: Konsep dan definisi kurikulum

d) Reka bentuk korelasi

- Mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan

untuk mengurangkan pemisahan antara subjek.

3. Reka bentuk berpusatkan pelajar

- Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalm bidang

pendidikan.

- Berdasarkan kepada falsafah progressivesme.

- Terbahagi kepada 3 kategori

Reka bentuk berpusatkan pelajar

Reka bentuk berpusatkan pengalaman

Reka bentuk berpusatkan humanistik

a) Reka bentuk berpusatkan pelajar

- Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi

pelajar ketika belajar.

- Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi

peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.

b) Reka bentuk berpusatkan pengalaman

- Sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar.

- Penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina

kurikulum.

- Ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan

pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh

itu kurikulum tidak akan dirancang dengan awal.

- Kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

c) Reka bentuk berpusatkan humanistik

- Mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar

dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.

- Menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap).

- Memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif pengalaman dan

perasaan.

- Menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan

amalan.

10

Page 11: Konsep dan definisi kurikulum

- Menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara

keseluruhan.

4. Reka bentuk berpusatkan masalah

- Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.

- Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan

kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada tiga :

reka bentuk situasi – kehidupan

reka bentuk semula masyarakat

i. Reka bentuk situasi – kehidupan

b. lebih mirip kepada teori konseptual.

c. berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh

di aplikasikan dalam kehidupan secara terus.

d. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan

masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk diri.

b) Reka bentuk semula masyarakat

- berorientasikan masyarakat.

- mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat

daripada aspek sosial, politik dan ekonomi.

- dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

- menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang

berkualiti

11

Page 12: Konsep dan definisi kurikulum

KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

1. Selaras dengan kehendak FPK. Tujuan penggubalan adalah untuk :

a) Meningkatkan pengetahuan kesihatan

b) Memupuk sikap positif terhadap kesihatan

c) Mengamalkan gaya hidup sihat

2. Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR Tiga Tunjang

a) Kesihatan diri dan keluarga

Kesihatan diri

Perasaan

Kekeluargaan

b) Gaya Hidup Sihat

Pemakanan

Pengurusan Konflik dan Stress

Penyalahgunaan bahan

c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Keselamatan

Penyakit berjangkit

Pertolongan cemas

3. Penilaian Pendidikan Kesihatan

a) Penilaian Formatif

Menilai program utk perbaiki kurikulum, p&p, dan perkembang kanak-

kanak

Membentuk maklumat dan objektif program.

Pembelajaran kanak-kanak yg berterusan

Pengumpulan bukti secara sistematik

Memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.

b) Penilaian Sumatif

Akhir pelajaran PK – samada setiap akhir unit atau akhir semester

Ujian yang standard

Menentukan tahap pancapaian murid

12

Page 13: Konsep dan definisi kurikulum

Menentukan keberkesanan kurikulum, pengajaranguru dan

pembelajaran murid.

c) Penilaian berterusan dan tidak formal

Penilaian tentang apa yang telah dilaksanakan

Maklumbalas semasa terhadap tindakan/ kerja murid.

Maklumbalas secara spontan melalui pemerhatian.

13