definisi kurikulum dan pembangunan kurikulum masa hadapan

34
DEFINISI KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MASA HADAPAN KPM: Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan

Upload: stanley-yex-aiyong

Post on 18-Feb-2016

134 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

definisi kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

DEFINISI KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MASA HADAPAN

KPM: Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.

Page 2: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992) • Usaha menyeluruh yang dirancang oleh

pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. (Inlow, 1976).

Page 3: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968)• Kurikulum ialah pilihan daripada

berbagai- bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).

Page 4: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Menurut Robert S. Zais (1976), kurikulum sebagai kesatuan yang terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan, isi, aktiviti dan penilaian. • Tiap-tiap komponen kurikulum

berhubungan antara satu dengan yang lain.

Page 5: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

•Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional.

Page 6: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan.• Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh

dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. • Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh

dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan.

Page 7: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Saylor dan Alexander (1974), menyatakan bahawa Kurikulum ialah rancangan tentang pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan.

• Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan, matlamat dan nilai sosial, permintanan murid dan proses pembelajaran.

Page 8: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Wheeler (1967), mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. Menurutnya, proses ini perlu berorientasikan masyarakat, individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya kepada murid.

Page 9: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

LATAR BELAKANG KURIKULUM DI MALAYSIA

Page 10: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

Berbentuk sekolah pondok2. Pembelajaran secara turun temurun yang diwariskan daripada generasi kepada generasi seterusnya3.Halatuju: melahirkan insan berkemahiran,berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.4. Falsafah pendidikan : melahirkan generasi yang beradap sopan dan hormat menghormati.5. Pembelajaran berteraskan tauhid, akidah dan akhlak

ERA MASYARAKAT TRADISIONAL

Page 11: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

ERA PENJAJAHAN INGGERIS• Terdapat 5 jenis pendidikan : Sekolah Inggeris,

Sekolah Melayu, Sekolah Pondok Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular India

• Falsafah Pendidikan : berbentuk kemahiran• Halatuju pendidikan : menyekat peluang orang

Melayu mengembangkan bakat, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio - ekonomi.

Page 12: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

SEKOLAH VERNAKULAR CINA• Ditubuhkan secara persendirian seperti kaum

Hakka dan Hokkien• Tempat : rumah kediaman, premis perniagaan,

bangunan tokong• Berpusat di bandar besar: Kuala Lumpur, Johor

Bahru, Ipoh, Taiping• Kurikulum : berorientasikan negara Cina• Halatuju : Cenderung meningkatkan kemahiran

dan penguasaan dalam matematik dan sains

Page 13: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

SEKOLAH VERNAKULAR INDIA

• Ditubuhkan oleh Syarikat Perladangan Eropah.• Dibuka diladang-ladang getah dan

kopi• 1925; Kod Buruh diperkenalkan.

Page 14: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

SEKOLAH INGGERIS • Falsafah : mengembangkan agama Kristian dan

menyebarkan ideologi Kristian. • Terbahagi kepada 2• i) mendapat bantuan kerajaan • ii) dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian.• Matapelajaran diajar ialah bacaan, mengarang, ejaan,

menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. • Kurun ke 20 diperkenalkan perkebunan dan anyaman. • Halatuju : melatih tenaga kerja seperti kerani dan

juruteknik. • 1905 : Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.

Page 15: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

ERA PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA ( 1957 1970 )

• 1946 - Laporan Chesseman • 1951 - Laporan Barnes • 1952 - Laporan Fenn- Wu • 1956 - Ordinan Pelajaran Penyata Razak • 1960 - Laporan Rahman Talib

Page 16: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1946 : LAPORAN CHEESEMAN

• Disediakan oleh Mr H.R. Cheeseman , TimbalanPengarah Pendidikan.

• Cadangan:• 1. Menubuhkan Sekolah Teknik Rendah• 2. Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib• 3. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar• 4. Melantik pengelola di sekolah vokasional• 5. Pendidikan dalam bahasa pengantar diberi secara

percuma.

Page 17: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1951 : LAPORAN BARNES

• Disediakan oleh L.J . Barnes, Pengarah Latihan BahagianLatihan Sosial Universiti Oxford.

• Cadangan :• 1. Sekolah dwi bahasa ; Bahasa Inggeris dan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar• 2. Sekolah vernakular beransur-ansur ditukar kepada

sekolah kebangsaan• 3. Pendidikan untuk orang Melayu diperbaiki• 4. Memperluaskan peluang bagi pendidikan kepada

anak Melayu

Page 18: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1952-LAPORAN FENN-WU

• Ditubuhkan oleh Dr Fenn & Dr Wu.• Bertujuan melayani kehendak masyarakat

Cina.• Cadangan - memperakukan dan pembaikan

sekolah Cina.

Page 19: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1956 – ORDINAN PELAJARAN

• Cadangan :• 1. Memajukan sistem sekolah kebangsaan• 2. Mengadakan 3 bahasa sekolah vernakular• 3. Mengekalkan aliran sekolah Inggeris• 4. Mengembangkan sekolah vokasional

Page 20: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1956 – LAPORAN RAZAK

• Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein.

• Tujuan: mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia

• Cadangan :• 1. Mewujudkan Sekolah Rendah Kebangsaan

( SRK ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK )

• 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Page 21: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1960 – LAPORAN RAHMAN TALIB

• 4 aspek penting :• 1. Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar• 2. Sistem peperiksaan yang sama• 3. Penekanan kepada pendidikan teknik dan

vokasional• 4. Penekanan pendidikan moral dan

keagamaan

Page 22: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

1962 – Dasar Pendekmorasian

• pendidikan percuma

Page 23: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

Pembangunan Kurikulum Secara Umum Di Malaysia

• Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing.

• Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Page 24: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• JK Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994 halaman 100).

Page 25: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989.

Page 26: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

• FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.

• FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita.

Page 27: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

• Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

• Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

Page 28: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut.

• Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti.

• Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan.

• Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.

• Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Page 29: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

• Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

• Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

• Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

Page 30: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara.

• Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara.

• Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan.

• Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara.

Page 31: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan individu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum.

• Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendukung matlamat dan wawasan negara.

• Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).

Page 32: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP).

• ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.

• Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan.

Page 33: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

• Kurikulum Standard Kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.

• Kurikulum ini berfokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).

Page 34: Definisi Kurikulum Dan Pembangunan Kurikulum Masa Hadapan

TAMAT