definisi konsep peribumi

Upload: reygnna-meiy-dy-k

Post on 09-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peribumi

TRANSCRIPT

DEFINISI KONSEP PERIBUMIMenurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat.Kamus Dewanmemberi takrif peribumi sebagai penduduk asli dan juga bumiputera (DBP, 1964). Definisi yang hampir sama diberikan kamus Longman (edisi kedua, 1997) yang mentaktifkan peribumi sebagaiaboriginaliaitu para penduduk asal(aborigines)yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi. Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa peribumi merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia.Istilah peribumi ini barulah muncul dua istilah yang lebih spesifik digunakan bagi membezakan status kumpulan-kumpulan para penduduk asal ini iaitu bumiputera dan Orang Asli. Hasan Mat Nor (1998) telah mengemukakan takrifan masyarakat peribumi menurut klasifikasi perundangan di mana terdapat dua kelompok warga peribumi di Malaysia iaitu bumiputera dan Orang Asli. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta penduduk-penduduk natif lain di Sarawak; dan Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah. Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik utama dikenal sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hasan Mat Nor, 1998; Sunaidin, 1997). Pengkaji terkemudian seperti Nicholas (2000) mentakrifkan panggilan Orang Asli bermaksud tulen atau masyarakat pertama yang mendiami Semenanjung Malaysia.Perbezaan maksud istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat dengan merujuk kepada definisi di dalam perlembagaan negara dan juga Akta Orang Asli 1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa maksud yang lebih luas dan merangkumi keseluruhan Malaysia. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi Semenanjung Malaysia, menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu:i)Mana-mana orang yang bapanya adalah dari rumpun bangsa Orang Asli yang bercakap dalam bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli dan adalah seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.ii)Anak dari apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.iii)Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli kerana ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, ia masih mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin mengamalkan agama itu.iv)Apa-apa soal sama ada seseorang adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.Daripada definisi yang dibincangkan di atas, didapati masyarakat Orang Asli merupakan warga peribumi (golongan penduduk asal) Malaysia, namun agak berbeza dengan kelompok penduduk yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputera. Ini kerana peruntukan di dalam akta telah jelas bahawa istilah Orang Asli hanya digunakan bagi menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Malaysia, manakala lain-lain kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan sebagai bumiputera. Oleh yang demikian, maksud dan penggunaan istilah Orang Asli di dalam artikel ini hanya akan merujuk kepada 3 kumpulan etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.Definisi Konsep PersepsiPersepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari oleh individu sehingga individu dapat mengenali dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya (Bimo Walgito).Persepsi merupakan proses pengorganisasian dan penginterpretasian terhadap stimulus oleh organisme atau individu sehingga mendapat sesuatu yang berarti dan merupakan aktiviti yang terintegrasi dalam diri individu (Davidoff).Persepsi ialah interpretasi tentang apa yang dirasakan individu (Bower). Persepsi merupakan suatu proses pengenalan maupun proses pemberian erti terhadap lingkungan oleh individu (Gibson). Persepsi juga mencakupi konteks kehidupan sosial, sehingga dikenali persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan mengevaluasi orang lain yang dipersepsi, baik mengenai sifatnya, , ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsi sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek persepsi tersebut (Lindzey & Aronson).Persepsi merupakan proses pemberian arti terhadap lingkungan oleh seorang individu (Krech). Persepsi merupakan suatu proses yang dimulai dari penglihatan hingga terbentuk tanggapan yang terjadi dalam diri individu sehingga individu sedar akan segala sesuatu dalam lingkungannya melalui pancaindera yang dimilikinya.Persepsi adalah suatu proses pengenalan atau identifikasi sesuatu dengan menggunakan panca indera (Dreverdalam Sasanti, 2003). Kesan yang diterima individu sangat tergantung pada seluruh pengalaman yang telah diperoleh melalui proses berpikir dan belajar, serta dipengaruhi oleh faktor yang berasal dari dalam diri individu.Marat (1981) mengatakan bahwa persepsi adalah suatu proses pengamatan seseorang yang berasal dari suatu kognisi secara terus menerus dan dipengaruhi oleh informasi baru dari lingkungannya. Mar'at (Aryanti, 1995) mengemukakan bahwa persepsi di pengaruhi oleh faktor pengalaman, proses belajar, cakrawala, dan pengetahuan terhadap objek psikologis. Pelaku orang lain dan menarik kesimpulan tentang penyebab perilaku tersebut atribusi dapat terjadi bila:1)Suatu kejadian yang tidak biasa menarik perhatian seseorang,2)Suatu kejadian memiliki konsekuensi yang bersifat personal,3)Seseorang ingin mengetahui motif yang melatarbelakangi orang lain (Shaver, 1981; Lestari, 1999).Kesimpulannya bahawa persepsi suatu proses aktif timbulnya kesedaran dengan segera yang merupakan faktor internal serta eksternal individu meliputi objek, kejadian dan orang lain melalui pemberian nilai terhadap objek tersebut. Sejumlah informasi dari luar mungkin tidak disedari, dihilangkan atau disalahartikan. Mekanisme penginderaan manusia yang kurang sempurna merupakan salah satu sumber kesalahan persepsi (Bartol & Bartol, 1994).Pernyataan MasalahPada tahun 1992, terdapat 3202 kanak-kanak peribumi mendaftar di sekolah rendah tetapi dari jumlah tersebut seramai 2485 (77.6%) telah tercicir (Malaysia 2003). Data menunjukkan kegagalan kanak-kanak Orang Asli dalam akademik amat mengerunkan serta mencabar pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung samada dari pihak kerajaan atau pihak-pihak bukan kerajaan (NGO). Data ini seolah-olah menunjukkan pihak-pihak yang terlibat gagal menjalankan peranan yang telah diamanahkan kepada mereka!. Data yang sama juga telah dijelaskan melalui kajian oleh Mat Nor (1998).Menyedari hakikat ini pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan kepada semua 27 buah Institut Perguruan Malaysia di seluruh Negara supaya membangunkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah rendah yang majoriti muridnya adalah keturunan orang asli.Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada temubual kualitatif dengan dua orang Guru Besar, beberapa orang guru pentadbir dan guru biasa di Sek. Keb. Post Brooke dan Sek. Keb. Kuala Betis. Kesimpulan dapatan kajian kualitatif mendapati murid Orang Asli bermasalah dari sudut,a)Pencapaian akademik yang rendahb)Bilangan tidak hadir ke sekolah setiap hari terlalu besarc)Gaya pengajaran gurud)Gaya pembelajaran murid Orang Aslie)Kemudahan asasf)Amalan budaya yang kuatg)KeibubapaanSehubungan dengan beberapa pemasalahan tersebut kami mendapati adalah amat releven kajian ini dilihat dari sudut gaya pembelajaran murid dan gaya pengajaran guru. Agar pemasalahan ini dapat terjawab dan masalah yang berlarutan ini dapat di atasi secara bersistematik.Objektif Kajian1)Membandingperatusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru2)Membandingkanadakah terdapat hubungan antara persepsi guru dan gaya belajar murid peribumi3)Mengkajiperbezaan antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik.4)Mengkajihubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid.5)Mengkaji hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid.6)Mengkaji perbezaan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina7)Membandingkanterdapat perbezaan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajarPersoalan Kajian1)Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?2)Adakah terdapat perbezaan antara persepsi guru dan gaya belajar murid peribumi?3)Adakah terdapat hubungan antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?4)Adakah terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?5)Adakah terdapat hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?6)Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?7)Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar ?Rasional KajianKajian ini dijalankan kerana memandangkan kebanyakan dalam kalangan murid-murid peribumi dari segi pencapaian akademik adalah amat rendah berbanding dengan pencapaian murid-murid aliran perdana sedangkan kelulusan akademik guru dan kemudahan belajar adalah sama berbanding dengan sekolah aliran perdana/biasa.Kajian ini di buat adalah untuk mempastikan gaya belajar manakkah yang releven dengan murid peribumi supaya kurikulum yang sedia ada dapat diubah suai atau disediakan kurikulum baru khas untuk murid-murid peribumi. Johari Talib dan Nazri Muslim (2006)Bagaimana Kanak-Kanak Orang Asli Gagal Di Sekolah ?. Kajian yang dijalankan di sekitar kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan melibatkan 90 orang murid Orang Asli suku Temuan. Dapatan kajian hampir 90 % murid Orang Asli gagal menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sedangkan mereka berada di Tahun Enam walau pun sekolah tempat mereka belajar mempunyai kemudahan yang hamper sama dengan sekolah lain di daerah Jelebu.Batasan KajianKajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Sek. Keb. Post Brooke, Gua Musang, Kelantan dan Sek. Keb. Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Taburan pelajar yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun belajar.Bilangan pelajar seramai 110 orang dan guru seramai 40 orang.Tinjauan LiteraturSue and Sue (1990) menyatakan masyarakat peribumi cuba mendapatkan kedudukan dalam masyarakat melalui pemberian dan perkongsian. Irvine dan Kuykendall (1992) mempunyai pandangan yang serupa tetapi ia lebih mementingkan kepada setiakawan dan menitikberatkan semangat kerohanian dan tidak mementingkan diri sendiri. Mereka bekerjasama sangat tinggi dalam kumpulan. Berikut adalah ciriciri/ konsep yang diamalkan oleh kaum peribumi:StereotypeBagi masyarakat pribumi mereka menganggap mereka adalah sama dari segi fizikal,rambut, warna kulit, muka dan saiz. Mereka mempunyai kesan yang negatif sekiranya pihak sekolah ingin melihat tahap perbezaan pencapaian akademik dalam peperiksaan kerana berlawanan dengan prinsip hidupnya.Struktur KeluargaDalam masyarakatnya mereka sangat mementingkan kepada orang tua. Mereka menghormati pandangan dan keputusan yang dibuat oleh golongan tua.Kehidupan Harmoni Dalam masyarakatMereka inginkan kehidupan harmoni tanpa pergaduhan. Apabila bercakap orang tua mereka tidak melihat mata sebagai tanda hormat. Kalau melihat mata dianggap sebagai kurang ajar.(Kukandle, 1992).JangkaanOrang peribumi menerima keadaan kehidupan dengan seadanya Sue and Sue (1990) dan tidak ada cubaan untuk mengubahnya. Mereka selesa dengan keadaan sekarang dan kesanny mereka tidak membuat perubahan dari segi kemajuan untuk diri dan kemajuan.Orientasi MasaKetepatan masa tidak begitu penting. Mereka tidak suka kepada dateline dan ingin kerja dengan bebas.Non Interference (Tiada Gangguan)Sue and Sue (1990)menyatakan masyarakat peribumi lebiha suka memerhati dan tidak suka melibatkan diri. Persaingan dan pencapaian individu sangat penting bagi kita tetapi orang asli tidak suka kepada persaingan individu dan lebih kepada kepentingan kumpulan.Sharing PerkongsianDalam masyarakat orang asli, individu yang dapat memberi dan berkongsi akan mendapat penghormatan dan kedudukan tinggi dalam masyarakat. Mereka sangat menitikberatkan kumpulan tidak mementingkan diri sendiri. Berbeza dengan manusia biasa yang inginkan pembangunan diri dan kemajuan diri tetapi orang asli sebaliknya kerana mementingkan kumpulan.KerjasamaReyhner (1992) kaum peribumi sangat mementingkan kerjasama dan semangat berkorban tinggi serta mementingkan kumpulan. Kepercayaan ini memberi kesan besar kepada orang asli terhadap gaya belajar asli belajar, terutama dalam pemilihan gaya belajar iaitu mereka bersedia belajar dalam kumpulan berbanding secara individu dan situasi competitif.Learning styleKukandle (1992) membuat kajian tentang teori budaya keatas kesan pemilihan pembelajaran terhadap individu dan kumpulan. Hilliard (1989) mencadangkan kumpulan manusia berkongsi teknik untuk membuat sesuatu pekerjaan.Budaya inilah yang memberi sesuatu etnik itu kuasa dan bermakna. Dia mengatakan ciri-ciri budaya ini tidak nampak dan mereka tidak sedar kewujudannya. Budayanya unik sehingga ia masuk kedalam budaya lain.Di sekolah cikgu mementingkan kepada matapelajaran dan mereka gagal menguruskan pelajar. Cabaran utama guru ialah keluar sedikit dari budaya kita dan cuba untuk mengembangkan penghargaan dan kefahaman kepada silang budaya untuk memahami budaya orang asli iaitu konsep silang budaya.Ramai pakar kaedah pembelajaran mengatakan bahawa gaya pembelajaran kaum peribumi ialah visual tetapi apa yang berlaku didalam kelas kebanyakkan pengajaran oleh guru dalam bilik darjah menggunakan gaya auditori.Sekarang ini banyak usaha-usaha di Amerika untuk memadankan gaya pengajaran guru dengan gaya belajar murid. Kebanyakkan guru tidak mempedulikan budaya dan kesan terhadap pembelajaran daripada menggunakan stategi silang budaya. Rainner (1992) mencadangkan guru mengunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan budaya belajar untuk mencapai kesan yang maksimum kepada pelajar.Kebanyakan penyelidik menemui tiga faktor asas berkaitan pencapaian akademik mereka iaitu pendapatan keluarga, pencapaian akademik ibu bapa dan status pekerjaan ibu bapa. Scielfelbein & Simmons (1981), 13 penyelidikan dijalankan di Amerika Syarikat didapati 10 penyelidikan menemukan bahawa faktor sosio-economic determinant theory (SES) menentukan pencapaian akdemik. Johari Talib (2002) menunjukkan bahawa faktor SES yang diuji secara langsung dan tidak langsung melalui kolerasi dengan gaya keibubapaan dan personaliti kanak-kanak masih merupakan faktor utama dalam menentukan pencapaian akademik kanak-kanak pada semua peringkat kelas sosial.Kesan kesukaran ekonomi yang dihadapi keluarga terhadap perkembangan kanak-kanak banyak telah direkodkan (eg. Harrison et al. 1990, McLoyd 1990, Lareau 1987). Berkaitan dengan isu ini McLoyd membuat kesimpulan :(a) poverty and economic loss diminish the capacity of supportive, consistent, and involved parenting, (b) a major mediator of tahe link between economic hardship and parenting behavior is psychological distress deriving from an excess of negative life event, indesirable chronic conditions, and tahe absence and disruption of marital bonds, (c) economic loss and poverty affect children indirectly through the impact on parents behavior toward the child, and (d) father-child relations under conditions of economic hardship depend on the quality of relations between the mother and father.Jelaslah dapatan kajian dapat menyimpulkan kesukaran ekonomi keluarga memberi kesan kepada tingkah laku ibu bapa, hubungan mereka sesama sendiri dan anak-anak, gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga secara menyeluruh yang semuanya memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak pada semua peringkat umur.Blake (1989) berpendapat saiz keluarga yang besar memyebebkan sumber kewangan yang terhad di mana terpaksa dibahagi-bahagikan kepada yang lebih kecil yang memyebabkan status kehidupan keluarga menjadi rendah. Bukan sahaja aspek kewangan malahan terpaksa juga berlaku pembahgian dalam aspek masa, sokongan emosi, dan perhatian. Blake 1989, Coleman 1987 menyatakan keadaan ekonomi keluarga dapat diperbaiki dengan pelbagai sokongan dan bantuan sosial.MetodologiKajian ini menggunakan Soal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992 terhadap murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di Sek. Keb. Post Brooke, Gua Musang, Kelantan.Soal selidik ini mengandungi 50 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu :Bahagian I - Gaya Belajar Secara VisualBahagian II - Gaya Belajar Secara AuditoriBahagian III - Gaya Belajar Secara KinestatikReka Bentuk KajianGaya Belajar Murid dan Gaya Belajar Murid Mengikut Persepsi GuruGAYA BELAJAR MURID PERIBUMIGAYA BELAJAR MURID MENGIKUT PERPESPI GURUGAYA BELAJAR SECARA VISUALGAYA BELAJAR SECARA AUDITORIGAYA BELAJAR SECARA KINESTATIK

InstrumenSoal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992. Terdapat 50 item dibahagikan kepadatiga bahagianPopulasi/SampelanPopulasi ialah murid Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat. Sampel diambil secara rawak seramai 100 orangProsedur Pengumpulan DataPengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan menggunakan Soal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992 diberikan dan pelajar dikehendaki menjawabnya dalam masa yang telah ditetapkan. Kajian Rintis telah dijalankan untuk mempastikan kesesuaian instrument kepada murid. Instrumen ini telah pun diuji oleh pengkaji terdahulu dan telah pun melalui beberapa kajian rintis, namun untuk memastikan kesesuaian instrument ini, ianya sekali lagi dibuat.Pemerosesan Dan Analisis DataData akan dianalisis secara kuantitatif menggunakan statistic diskriptif SPSS versi 11.5 untuk melihat skor secara terperinci setiap responden.Kaedah korelasi pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara gaya belajar murid dan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Ujian t-test digunakan untuk menguji perbezaan antara jantina dengan gaya belajar.Dapatan KajianBab ini melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap murid peribumi di Sek. Keb. Post Brooke. Hasil kajian terbahagi dua iaitu menerusi statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis kajian telah dibuat menggunakan program Statistical Package for Sosial Science (SPSS).Bahagian ini menggunakan statistik inferensi dengan menggunakan kaedah one way anova dan t-test. Kuputusan kajian dinyatakan dalam bentuk inferensi mengikut susunan hipotesis kajian. Dalam kajian ini, aras yang digunakan ditetapkan pada = 0.05. Keputusan kajian dilaporkan setakat dua angka pepuluhan sahaja.Soalan 12.1 Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?

Jadual 1 : Peratus gaya belajar murid peribumiGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Murid53.626.420.0

Perpsepsi Guru10.035.055.0

Soalan 12.2 Adakah terdapat hubungan antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?

Jadual 2 Peratus hubungan gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akdemik

Gaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Tinggi33.317.050.0

Sederhana60.020.020.0

Rendah51.033.315.7

Soalan 12.3 : Adakah terdapat hubungan antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?

Jadual 3 : Ujian Kolerasi Person -Hubungan gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akdemikPencapaianAkademikGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Akademik0.234* 0.1580.278*

(sig.2 tailed pada aras alpa 0.005)

Soalan 12.4 : Adakah terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?

Jadual 4 : Hubungan antara pergalaman guru mengajar dengandengan persepsi guru terhadap gaya belajar muridPengalaman MengajarGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

1-5 Tahun0.028.671.4

5-10 Tahun5.040.055.0

Lebih 10 Tahun23.130.846.2

Soalan 12.5 : Adakah terdapat hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?

Jadual 5 : Hubungan antara tahap akademik gurudengan persepsi guru terhadap gaya belajarTahapAkademikGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Diploma8.3333.358.33

Ijazah6.640.053.33

Sarjana1000.00.0

Soalan 12.6 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?Jadual 6 : Ujian-t Perbezaan yang signifikan antaragaya belajar murid peribumi dengan jantinaGaya BelajarJantinaNMinSPtSignifikan

VisualL4768.138.91-2.0120.047

P6372.0811.04

AuditoriL4766.5110.08-1.6180.109

P6369.8911.33

KinestatikL4766.896.98-0.9410.349

P6368.7111.82

(sig.2 tailed pada aras alpa 0.005)

Jadual 7 : Peratus gaya belajar murid peribumi dengan jantinaJantinaGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Lelaki53.225.521.3

Perempuan54.027.019.0

Soalan 12.7 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar ?

Jadual 7 : Peratus perbezaan yang signifikan antaragaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajarTahunGaya Belajar (%)

VisualAuditoriKinestatik

Tahun 467.624.38.1

Tahun 538.735.525.8

Tahun 652.421.426.2

13.0 PerbincanganDalam bab ini perbincangan berdasarkan kepada beberapa bahagian iaitu melihat peratusan gaya belajar murid Orang Asli dan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Keduanya gaya belajar dengan pencapaian akademik, jantina dan tahap / darjah.13.1 Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya belajar bagi murid sebahagain besarnya ialah gaya visual (53.6%) berbanding gaya auditori (26.4%) dan kinestatik (20%). Ini menunjukkan murid-murid lebih berminat belajar mengunakan gaya visual iaitu mereka lebih suka kepada Susana belajar yang pasif, boleh dilihat atau diperhatikan ,suka demonstrasi dan mudah mengingat apa yang dilihat dari apa yang didengar. Ini mungkin disebabkan latarbelakang kehidupan yang bersifat naturalistic di pedalaman.Bagi persepsi guru terhadap gaya belajar murid pula didapati gaya belajar kinestatik lebih dominan (55%) berbanding gaya auditori (35%) dan gaya visual(10%).Ini disebabkan latihan persediaan guru yang dipoeroleh daripada pusat latihan guru lebih berorintasikan ciri-ciri pelajar bandar. Guru persepsi bahawa murid lebih suka bergerak,bermain, melakukan aksi dan sebagainya.13.2 Adakah terdapat hubungan antara persepsi guru dan gaya belajar murid peribumi?Dari dapatan di atas menunjukkan bahawa tidak ada hubungan yang positif antara gaya belajar murid dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Ini akan menghasilkan aktiviti p&p yang tidak selaras dengan keperluan murid. Ini mungkin menyebabkan tahap pencapaian akademik murid pribumi berada tahap yang rendah. Sepatutnya guru perlu mengetahui latarbelakang gaya belajar murid sebelum memulakan sesi P&P seperti yang dikatakan oleh Lee Shulman (1986) iaitu keperluan guru memahami PCK (Pedagogical Content Knowledge).13.3Adakah terdapat perbezaan antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik?Merujuk kepada jadual dua menunjukkan bahawa dalam kumpulan pencapaian aakademik tinggi didapati 50% murid adalah dari gaya kinestatik, 33.3% dari gaya visual dan 17% dari gaya auaditori.Bagi kumpulan lemah pula didapati 51% adalah adalah dari gaya visual berbanding 33.3% dari gaya auditori dan 15.7% dari gaya kinestatik. Ini menunjukkan pelajar kinestatik mendapat pencapaian yang tinggi kesan daripada gaya guru mengajar yang mengunakan gaya kinestatik semasa P&P. Sedangkan sebahagian kecil sahaja murid yang memilki gaya belajar ini.13.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?Dari jadual menunjukkan bahawa gaya visual mempunyai perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Min pelajar lelaki 68.13 dan min pelajar perempuan 72.08 dengan berbeza dengan tahap 0.047 iaitu signifikan pada aras alpa 0.05. Ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai gaya belajar visual yang lebih tinggi.13.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar?Dari jadual enam menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang ketara gaya belajar murid mengikut mengikut tahap/darjah pelajar. Sebagai contoh bagi tahun 4 untuk kumpulan pelajar gaya visual 67.6% tahun 5 (38.9%) dan tahun 6 (52.4%). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara gaya belajar dengan tahap/darjah pelajar.13.6 Adakah terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid?Dapatan juga menunjukan bahawa pengalaman mengajar guru memberi kesan kepada persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Guru yang lebih lama mengajar menunjukkan kecenderungan untuk lebih mengenali gaya belajar murid yang betul iaitu visual berbanding guru baru yang dominan kepada gaya belajar kinestatik. Sebagai contoh bagi guru yang pengalaman 1-5 tahun (0%), 5-10 tahun(5%) dan 10 ke atas (23.1%) untuk kumpulan gaya pembelajaran visual.14.0 CADANGAN DAN KESIMPULANPenyelidikan tentang kajian yang berkaitan gaya belajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli masih lagi kurang. Oleh itu, dirasakan perlu diperbanyakkan lagi penyelidikan-penyelidikkan tentangnya dibuat untuk membongkar penemuan-penemuan baru. Merujuk kepada dapatan kajian ini menunjukan pelajar pribumi lebih dominan mengunakan gaya belajar visual berbanding dengan persepsi guru lebih kepada gaya belajar kinestatik. Oleh itu dicadangkan guru-guru di pedalaman yang terlibat dengan murid pribumi perlu mengetahui latarbelakang budaya murid pribumi dahulu dengan memberi pendedahan awal sebelum mereka ditempatkan disekolah berkenaan. Semasa latihan perguruan juga perlu ada kurikulum khas yang sesuai dengan budaya masyarakat pribumi.Semasa P&P guru perlu perbanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gaya belajar visual seperti perbanyakkan aktiviti yang melibatkan demonstrasi, tunjukcara,seni muzik, cd-rom,video dan sebagainya. Dapatan juga menunjukkan guru yang berpengalaman membuat persepsi yang betul dengan gaya belajar murid iaitu gaya belajar visual berbanding dengan guru yang baru posting yang lebih dominan kepada gaya belajar kinestatik. Oleh itu dicadangkan guru baru ditempatkan perlu diberi orientasi pendedahan awal berkenaan dengan budaya belajar dan kehidupan masyarakat pribumi. Begitu juga dicadangkan agar diwujudkan satu matapelajaran pedagogi pribumi yang mengambil kira gaya belajar orang asli yang lebih focus kepada gaya visual.Bagi guru-guru yang sedang mengajar perlu diadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan dari masa kesemasa berkenaan dengan corak pengajaran bagi orang asli supaya mereka menjalankan proses P&P mengikut kesesuaian dengan budaya masyarakat orang asli. Dicadangkan juga supaya diubah kurikulum,sukatan dan buku teks supaya selaras dengan kehendak gaya belajar bagi kaum pribumi di Malaysia.