pengertian konsep kurikulum psv kbsr

Upload: suhaimi-shaarani

Post on 14-Apr-2018

379 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    1/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    1

    TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTAKONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR

    SINOPSIS

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah

    untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi

    pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu

    guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan

    bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi

    perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar

    dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara

    serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-

    murid di sekolah.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual

    (PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSVKBSR

    Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR

    Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum

    Merancang danmereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran

    dan pembelajaran

    Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    2/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    2

    1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

    Jadual 1 :

    Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

    Jadual 2 :

    Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual

    Transisi merentasikurikulum PSV

    Pendidikan Institusi

    Penerbitan Penubuhan kelab seni

    SebelumMerdeka

    AwalMerdeka Sekarang

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    3/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    3

    a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia

    1.1 Laporan Winstedt- Zaman British

    Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger-

    negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa

    budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta

    lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah

    untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.

    Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia

    hanya akan menimbulkan kesulitan nanti

    1.2 1916Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah

    di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata

    pelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran

    sains pertanian

    1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri

    Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik

    memerhati alam yang didapati darinya, dan ia dapat

    menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka

    ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan

    kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.

    Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.

    1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam

    8.00 pagi hingga 12.00 tgh

    Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,

    Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,

    Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem

    Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran

    R.O.Winstedt

    1.5 Penyata Rahman Talib

    Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula

    implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957

    yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib

    Antara syor yang dikemukakan:

    Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan

    had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    4/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    4

    percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai

    1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan

    vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.

    Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya

    sebagai bahasa kebangsaan.

    1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan

    di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

    telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru

    dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah

    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu

    Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama

    Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan

    lain-lain.

    1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut

    kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga

    1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat

    kesesuaian KLSR ini.

    1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa

    KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum

    yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan

    kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.

    1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti

    kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali

    pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar

    menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi

    kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada

    mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran

    masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang

    positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum

    Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan

    terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah

    beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan

    tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,

    kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan

    kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila

    kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    5/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    5

    memberikan penekanan kepada penglahiran pelajaryang mahir

    dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md

    Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan

    Seni Visual).

    1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran

    Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru

    ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua

    kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib

    dan mata pelajaran elektif.

    1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan

    penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang

    individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran

    terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam

    menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya

    dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,

    matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih

    mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.

    1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran

    wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini

    ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK

    pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,

    kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

    menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat danNegara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang

    terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti

    berikut :

    (a) Melukis dan membuat gambar

    (b) Membuat corak dan rekaan

    (c) Membentuk dan membuat binaan

    (d) Mengenal kraf tradisional

    1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian

    aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    6/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    6

    aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai

    pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-

    sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah

    perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi,

    estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa

    pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni

    sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran,

    dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan

    Mohamad.1996)

    1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.

    Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil

    Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi

    menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh

    University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.

    1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran

    yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih

    berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji

    kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam

    kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.

    1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami

    sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat

    bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak

    memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah

    khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat

    matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak

    mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.

    1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr

    Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telahmembahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan

    MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan

    dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu

    kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di

    peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program

    seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian

    Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami

    perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    7/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    7

    Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama

    menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan

    penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen

    iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan

    Karya

    b) Kelahiran Institusi Seni

    1.1 1922 Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan

    perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran

    termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh

    pelukisan yang mempunyai sudut pandangan Melayu

    Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd.

    Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam

    Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga

    dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli

    Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah,

    Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab

    1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama

    * penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga

    dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan

    dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.

    Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas

    1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur

    Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-

    masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan

    jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacatpendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan

    sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan

    Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK

    adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo

    For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus,

    seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran

    yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni

    seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib

    lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    8/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    8

    praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti

    Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim

    Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan

    pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).

    1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan

    Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,

    logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni

    1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)

    Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam,

    Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka

    tembikar, Seni reka kasut.

    1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan

    seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong

    Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah

    mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini

    memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde

    negara. Mereka telah menanamkan semangat yang

    memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk

    kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun

    1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah

    Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai

    lagi.

    1.7 1971-Universiti Sains Malaysia

    Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang

    Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik,

    arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.

    Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza

    Piyadasa.

    c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

    1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan

    mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam

    bahasa Cina

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    9/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    9

    1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau

    Pinang dan ahli Penang Impressionist

    1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang

    pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan

    sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah

    memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan

    guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan

    pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus

    berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara

    perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret Mohd. Hossein

    Enas, Kelas Arca Idris Salam, Kelas Grafik Zakaria Nor

    dan Kelas seni dalaman Habibah Baharudin

    1.4 1954Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual

    Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54

    hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru

    Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan

    oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20

    orang guru seni.

    1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya

    Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin

    Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan

    kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga

    kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,

    kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri

    daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris

    1.6 1957- Thursday Art GroupRentetan dari penubuhan WAG

    dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti

    banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya danidentiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan

    dan kerjaya.

    1.7 1966-Penang Teachers Art Circle-Latihan pendidikan seni di

    luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan :

    membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan

    seni.

    d) Penerbitan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    10/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    10

    1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and

    Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni

    pertukangan.

    1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan

    kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan

    1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan

    oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata

    pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di

    sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.

    Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan

    Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang

    ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran

    Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting

    digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di

    sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

    1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior

    Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-

    sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau

    Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan

    Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work

    antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan /

    kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-

    cara menjilid buku dan alat yang digunakan.

    1.5 Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman

    Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih

    kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat

    perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan

    sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahuntiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan

    permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah

    liat: penuntut terpilih

    1.6 1957- Buku Panduan Guru Kementerian Pelajaran

    Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai

    Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk

    membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-

    kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan

    kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka.

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    11/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    11

    Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan

    kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan,

    Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan

    kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang

    terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan

    biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian

    iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,

    Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.

    1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan

    seni lukis SekolahVictoria,Singapura) dan W.T.Swinbanks

    (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).

    Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri

    teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School

    Certificate.

    1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge

    Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang

    menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk

    geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh

    Malaya.

    2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisual

    a) Matlamat Pendidikan Seni Visual

    Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia

    telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini

    agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian

    keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan

    alam kehidupan selepas persekolahan.

    Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan

    penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni

    Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    12/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    12

    keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif

    dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat

    Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

    menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.

    Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;

    1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam

    pendidikan dengan aktif.

    2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta

    penghasilan seni visual.

    3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya

    menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah

    adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan

    produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan

    kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

    terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan

    seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

    pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Rajah 2.1 :

    Matlamat Pendidikan Seni Visual

    CelikBudaya/harmonis

    Nilai estatik tinggi Kreatif

    Inovatif

    Inventif/produktif

    Imaginatif

    Kritis

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    13/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    13

    Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan

    aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan

    estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

    adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan

    produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

    menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan

    negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :

    - Memupuk minat

    - Memperkembang keperibadian

    - Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai

    kesenian dan alam sekitar.

    b) Objektif Pendidikan Seni Visual

    * Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di

    kreatif dan menyeronokkan

    - Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera

    - Mengenali asas seni reka dan olahannya serta

    dapat menggunakannya

    - Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai

    kegiatan seni visual

    c) Organisasi KurikulumPendidikan Seni Visual

    - Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti

    berikut

    a) pemerhatian secara aktif

    b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat

    dan bahanc) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    14/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    14

    d) menghargai nilai baik dalam semua aspek

    kehidupan

    i. Pemerhatian secara aktif

    Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa

    menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada

    perkara berikut ;

    Pengetahuan sedia ada murid

    Benda yang konkrit

    Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

    Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

    Mencetus idea dan imaginasi

    ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat danbahan

    Aspek yang melibatkan penerokaan dan

    penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan

    dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa

    menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatiankepada perkara berikut;

    penerokaan

    - aktiviti kecil mudah ringkas;

    - cuba mencuba, suaikenal dengan

    bahan;

    - mencari alternatif, variasi dan

    kemungkinan lain;

    - bebas daripada jawapan tetap, murid

    senang dan ingin mmencuba;

    - aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;

    dan

    - menggunakan kemahiran berfikir dan

    pengurusan grafik

    penghasilan/membuat

    - Penggunaan alat bahan dan teknik;

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    15/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    15

    - Tatacara, langkah dan proses

    membuat;

    - Amalan tertib kerja;

    - Keselamatan semasa bekerja; dan

    - Penyampaian kandungan subjek, idea,

    halbenda dengan bentuk hasil.

    iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;

    Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,

    terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti

    yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan

    aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap

    pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,

    perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;

    Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah

    seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,

    rupabentuk dan bentuk;

    Aspek bahasa yang berkaitan denganmanipulasi, alat bahan dan teknik;

    Penghargaan hasil kerja dan menghormati

    pembuat karya;

    Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;

    dan

    Penyerapan pengetahuan dan penerapan

    nilai yang berkaitan dengan kandungan

    iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek

    kehidupan

    Nilai, idea dan kandungan dikaitkan

    selanjutnya dengan perkara lain di dalam

    kegiatan;

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    16/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    16

    Nilai, idea dan kandungan dikaitkan

    selanjutnya dengan perkara lain di luar

    kegiatan dalam kehidupan seharian;

    Tindakan susulan;

    Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam

    Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai

    alam kehidupan;

    Nilai patriotisme dan nilai murni lain;

    Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya

    dan perkembangan persepsi yang terkandung

    dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan

    tersebut dihuraikan secara lebih terperinci

    dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan

    Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi,

    dan penilaian

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    17/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    17

    Organisasi Kurikulum

    PENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia

    pendidikan barat

    Carta 2.2 :Carta Organisasi Kurikulum

    Murid

    Pelbagai

    kegiatan senivisual

    4 bidang

    Membuat

    corak danrekaan

    membantuk

    dan membuatbinaan

    mengenal kraf

    tradisional

    Memperkembang dan menyelaras persepsi dankonsepsi visual murid untuk menggalakkan

    pemikiran kritis dan kreatif

    menggambar

    Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan

    penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor,

    mental yang merengkumi perasaan, koordinasi,

    manipulasi dan persepsi visual

    Pengetahuan yang dapat dimiliki:

    *Mengenal bahan, alat dan teknik,

    *Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,

    kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses

    pembuatan, kaedah dokumentasi intergrasi maklumat dan

    aplikasi perisian komputer

    Yang dipentingkan:

    *pemerhatian secara aktif

    *interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

    *apresiasi seni visual secara mudah

    *menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    18/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    18

    Carta 2.3:

    Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    19/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    19

    3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan

    Kurikulum

    3.1 Sosial

    3.2 Ekonomi

    3.3 Politik

    3.4 Teknologi

    Aspek-aspek

    (Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)

    Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsianpintar

    Peralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan

    Pakaian Ornamen Tema Pengiklanan

    Kebudayaan Promosi e-dagang

    Nilai sejagat Penyebaranmaklumat

    Kepercayaan/adatistiadat

    Dimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas

    Muzium, galeri,bazar, pasar seni,komplek kraf dan

    lain-lain.

    Jaringankeusahawanan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    20/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    20

    4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR

    Sinopsis

    Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajarankerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalamrangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu danmenyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapanpengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.

    Hasil Pembelajaran

    i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan SeniVisual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran(HSP) PSV KBSR.

    ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum

    iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR

    Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran

    Rajah 4.1 :

    Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual

    JALINAN KEMAHIR

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    21/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    21

    a) Penggabungjalinan Kemahiran

    Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu

    pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

    intergratif dan menyeluruh Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan

    pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran

    Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:

    i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

    ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

    iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

    b) Penyerapan Pengetahuan

    Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati danmenyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripadasuatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu matapelajaran yang diajar

    Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visualialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarikwalaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifatsebaliknya

    Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran danpembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnyaialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaranlain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif

    Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinyadengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari matapelajaran lain

    Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakanserba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal

    dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran melukis dan mewarna sahaja.

    PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

    PENDEKATAN IMPLISIT Pendekatan implicit seperti guru-gurusecara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai

    PENDEKATAN EKSPLISIT Mengadakan suatu peraturan, arahandan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    22/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    22

    PENGAYAAN

    Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar kearah perkembangan dan bakat diri

    Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiridan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskanpembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusipemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri

    Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untukmengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan sertadapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan danjuga masyarakat.

    Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supayapelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri

    5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual

    Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar

    negara khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun

    1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula

    diintegrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah

    mengganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya.

    Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain

    diintegrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat

    secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah

    diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju.

    Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna

    pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan

    pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan

    personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total

    dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling

    bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai

    lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan

    antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar,

    dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang

    terjalin dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi

    masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    23/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    23

    antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi,

    intergrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi

    pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran

    yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan

    masalah sebagai satu cara belajar.

    a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P)

    Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,

    penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan

    kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam

    falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa

    kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialahkonsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali

    sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR

    membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,

    bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi

    dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi

    pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu

    ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi

    aspek.

    Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :

    i) Penggabungjalinan

    Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang

    kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    24/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    24

    menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai

    kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni

    dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa

    mata pelajaran.

    Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti

    P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses

    P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan

    pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan

    dengan cara bersepadu.

    Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan

    perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran

    itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan

    teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan

    pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan

    minat murid-murid.

    Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

    penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan

    cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.

    Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-

    kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-

    kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan

    lain-lain mata pelajaran.

    Jenis-jenis Penggabungjalinan :

    Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P

    boleh dilihat daripada tiga sudut seperti :

    Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    25/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    25

    Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke

    dalam sesuatu mata pelajaran

    Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

    Contoh Aktiviti dalam P&P

    Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2)

    Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100

    Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0

    sehingga 100

    Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)

    Muzik : Nyanyian lagu Sepuluh Budak Hitam.

    Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok

    dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan

    yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang

    diajar.

    Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan

    cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat

    Sepuluh Budak Hitam untuk operasi menolak nombor bulat. Guru

    menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan

    meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid

    menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.

    Contohnya lirik : Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang

    tergelincir tinggal lagi Sembilan.

    Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.

    Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah

    seperti berikut:

    Diamlah wahai adik

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    26/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    26

    Papaku pulang dari kota

    Telefon berbunyi

    Sepuluh botol kicap

    Silly billy

    Satu pagi saya ke sekolah

    ii) Penyerapan

    Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

    atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam

    isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses

    penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau

    lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada

    mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains

    bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa

    Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains

    semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Ciri-ciri Penyerapan :

    i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan

    daripada berbagai-bagai pelajaran

    ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara

    bersepadu dalam satu mata pelajaran

    iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam

    proses penyerapan adalah fleksibel.

    iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung

    kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau

    bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan

    yang lebih.

    v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan

    proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan

    boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan

    berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis

    dan mengira.

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    27/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    27

    Contoh Aktiviti dalam P&P

    Subject : Science Year 5

    Topic : Investigating Living Thing

    Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes

    Penyerapan

    Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca

    Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau

    artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran

    Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu

    pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran

    Bahasa Inggeris

    Contoh petikan : Tapai is a popular food in Malaysia. It is made

    from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai.

    Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan

    isi kandungan topic yang akan dijalankan.

    iii) Penerapan

    Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan

    nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

    Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian,

    ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui

    dua pendekatan iaitu :

    i. Pendekatan implisit

    Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.

    Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak

    dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-

    kanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian `

    kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan

    pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif

    itu.

    ii. Pendekatan eksplisit

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    28/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    28

    Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu

    peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang

    bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan

    tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan

    secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,

    dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.

    Contoh Aktiviti Dalam P&P

    Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

    Tahun 4

    Topik : Pengurusan Diri

    Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri

    Penerapan

    Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan

    pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik

    pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih

    dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada

    dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para

    pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.

    Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah

    yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah.

    Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut

    dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti

    tersebut.

    iv) Pemulihan

    Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.

    Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk

    membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang

    tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    29/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    29

    perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah

    pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam

    merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus

    diambil kira iaitu:

    i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan

    contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal

    pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti

    kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru

    seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah

    tersebut.

    ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan

    dipelbagaikan

    mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang

    telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya

    diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih

    mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang

    memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.

    iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk

    bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid

    memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting

    untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan

    lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang

    sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan,

    pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.

    Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau

    kemahiran yang perlu dikuasai.

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    30/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    30

    Contoh Aktiviti Dalam P&P

    Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5

    Topik : Geografi Fizikal

    Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan

    hidupan liar

    Pemulihan

    Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran

    dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan

    kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran

    membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika

    dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang

    serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat

    serta mengukuhkan pemahaman pelajar.

    Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut

    memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang

    berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik

    dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam

    aktviti pemulihan pelajar.

    Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia

    mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk

    unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk

    menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan

    seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop

    perpaduan yang luas.

    Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam

    landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi

    kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.

    Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran

    dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    31/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

    31

    setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu

    semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan

    dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif

    yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu

    jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

  • 7/29/2019 Pengertian Konsep Kurikulum Psv Kbsr

    32/32

    (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)