konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

23
ISI KANDUNGAN No. Kandungan Muka surat 1 Pendahuluan 1 2 Pengurusan 1) Takrif Pengurusan 2) Sejarah Awal Pengurusan 3) Konsep Pengurusan i. Konsep Pengurusan Islam ii. Konsep Pengurusan Barat iii. Konsep Pengurusan Jepun 4) Fungsi-fungsi Pengurusan i. Proses Penyusunan ii. Proses Pengarahan iii. Proses Pengawalan 3 4 6 7 8 9 9 10 3 Organisasi 1) Sektor Awam 2) Sektor Swasta 3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 11 11 12 0

Upload: noradanisha

Post on 25-Jan-2015

23.672 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

ISI KANDUNGAN

No. Kandungan Muka surat

1 Pendahuluan 1

2 Pengurusan

1) Takrif Pengurusan

2) Sejarah Awal Pengurusan

3) Konsep Pengurusan

i. Konsep Pengurusan Islam

ii. Konsep Pengurusan Barat

iii. Konsep Pengurusan Jepun

4) Fungsi-fungsi Pengurusan

i. Proses Penyusunan

ii. Proses Pengarahan

iii. Proses Pengawalan

3

4

6

7

8

9

9

10

3 Organisasi

1) Sektor Awam

2) Sektor Swasta

3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta

11

11

12

4 Kesimpulan 15

5 Bibliografi / Rujukan 16

0

Page 2: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

PENDAHULUAN

Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salah

satu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalah

salah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagai

aspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan

juga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalah

pengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara.

Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentang

konsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau

garis panduan pengurusan turut disertakan.

Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang

seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai

‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagai

pelaksana.

Sebagai seorang ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat

dibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi dan

objektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk

mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus

dengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dan

kemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus.

Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yang

sama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang

telah ditetapkan.

1

Page 3: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

Sama ada sebagai ‘master-mind’ mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkan

tatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garis

panduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garis

panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan

persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi.

Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan

tanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketua

subordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yang

ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa

diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada

pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik

dan menghormati ‘the spirit of ethic’ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi

organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.

2

Page 4: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

PENGURUSAN

1) TAKRIF PENGURUSAN

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses

kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai

garis panduan tertentu.

Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa

Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin –

‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi

perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan

18.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan

dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk

tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu

matlamat. Ia juga merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga

sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang

yang menjalankan fungsi pengurusan’.

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni untuk

mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan

pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu

kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai

rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses

merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan

3

Page 5: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang

ditetapkan’. Mohammad Fauzi (2008).

Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan

atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-

kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

2) SEJARAH AWAL PENGURUSAN

Umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah

keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan

pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara

bangsa.

Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan

kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan

kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan

mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara,

mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke

atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.

Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan

peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai

sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash)

dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan

dalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001)

4

Page 6: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285

undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan

pengurusan, perdagangan dan kewangan.

Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan

pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan

pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan

piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem

pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja

setiap masa.

Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem

pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’,

bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah

satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan

Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri.

Sivachandralingam & Ayadurai (2001)

Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi

membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia

Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan

empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini

diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan

model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992).

Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuah

organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana

pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh

5

Page 7: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan

penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi

(2008).

3) KONSEP PENGURUSAN

Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti

zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan

yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu

i. Konsep Pengurusan Islam

ii. Konsep Pengurusan Barat

iii. Konsep Pengurusan Jepun

Konsep Pengurusan Islam

 Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik

dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya

jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh

dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan

Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

Definisi Pengurusan Islam

 Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah

mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya:

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin

Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta

kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus.

6

Page 8: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

b) Profesor Syed Othman Alhabshi

Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-

sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat

organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai

matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Konsep Pengurusan Barat

 Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantung

kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearah

memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau

pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya.

Definisi Pengurusan Barat

 Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:

a) Hilgert dan Leonard

Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan

denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi

kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.

b) Boone dan Kurtz

Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber

manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

7

Page 9: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

c) Gitman dan McDaniel

Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan

sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat

organisasitersebut.

d) Wagner dan Hollenback 

 Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan

kawalanperlakuan organisasi

Konsep Pengurusan Jepun

 Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih

mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung

kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan

membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai

kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.

Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-

a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu

pekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan

kepadamereka yang paling lama berkhidmat.

b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan

mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama.

Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.

c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif,

ketaatandan etika.

8

Page 10: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN

Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada

tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan dan

objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin

dicapai.

Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan

berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancangan

ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat

organisasi.

PROSES PENYUSUNAN

Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.

Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang

pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan

staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan

program kebajikan.

PROSES PENGARAHAN

Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi

berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibata

dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi.

9

Page 11: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

PROSES PENGAWALAN

Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang

program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.

Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam

penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasan

aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat

kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku.

10

Page 12: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

ORGANISASI

Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan

dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri

Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-

organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan

atau barangan mereka

Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah

negara adalah sama penting

1) SEKTOR AWAM

Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi

dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang

melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif,

dan kehakiman

Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa

Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi

kepentingan awam

2) SEKTOR SWASTA

Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi,

mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.

Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut

cara atau pilihan masing-masing

11

Page 13: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan

satu pihak lagi ialah pekerja.

3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA

KEUNTUNGAN

Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta

kemajuan negara secara keseluruhannya

Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu

tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk

kepentingan diri sendiri.

KAWALAN KUASA

Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang

tersedia dalam undang-undang negara.

Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian

kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut.

HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN

Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lain

iaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran

pembangunan serta pentadbiran negara.

Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat

persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain.

12

Page 14: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan

yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara.

Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta

terarah kepada keuntugan kewangan organisasi.

STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI

Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan

disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran ke

organisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan

yang mencukupi.

Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap

terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi

sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis.

FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI

Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau

bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut.

Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh

keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumber

utama kepada pembangunan organisasi sektor swasta.

PENYEDIAAN BELANJAWAN

Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang

disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

13

Page 15: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka

bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.

TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI

Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi

perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara.

Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi

liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap

sesebuah organisasi swasta.

PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI

Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi

sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan

rakyat dalam negara tersebut.

Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk-

produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasi

swasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta

juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat

contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air

serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia.

14

Page 16: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

KESIMPULAN

Pengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasi

sama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikan

kecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang

berdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnya

mnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara.

Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta seperti

yang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan peranan

yang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-dua

sektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-dua

sektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor ini

berkongsi negara yang sama.

Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awam

serta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lain

yang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajar

unuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaan

pengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagi

menambah kefahaman.

Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasan

yang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan “soft

skill” pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan.

15

Page 17: konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta

Bibliography

1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu

Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita

Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com

content&task=view&id=1940&ltemid=179

2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti.

3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan:

Pustaka Cipta.

4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar

Bakti.

5. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on

September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-

sejarah-dan-konsep-siri-1/

6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and

Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51.

7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2

16