kompetensi kecerdasan emosi wajar diperkenalkan dikalangan pensyarah ipg

Upload: sipopoh

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    1/7

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WAJAR DIPERKENALKAN DIKALANGAN PENSYARAH

    IPG

    Oleh

    MOHD.YAZID BIN DERAMAN

    Jabatan Pendidikan Jasmani.

    Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.

    Mengapa Kompetensi Kecerdasan Emosi?

    Menurut ilmuan Psikologi Daniel Goleman, kebolehan mengenali dan kemampuan mengendalikan

    emosi adalah salah satu ciri kedewasaan dan keperibadian matang. Faktor inilah yang menjadi

    kayu ukur yang membezakan antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Sebab kebolehan

    mengenali dan mengendalikan emosi ini belum mampu dimiliki oleh kanak-kanak. Kerana itu

    hampir setiap kanak-kanak akan menunjukkan emosi yang meletup-letup, marah-marah, menjerit-jerit, tidak mahu dipersalahkan, merasa benar sendiri, tidak mementingkan perasaan orang lain,

    sering menangis meraung-raung terutama di hadapan orang ramai jika keinginannya tidak dipenuhi

    sebagai tanda yang mereka belum mampu mengawal dan mengendalikan emosi mereka.

    Makanya sesiapa sahaja orang dewasa yang selalu beraksi seperti yang dilakukan oleh kanak-

    kanak yang sedemikian dikategorikan sebagai orang dewasa yang belum cukup matang emosi

    walaupun usia pelakunya sudah mencapai separuh abad, memiliki kelulusan tinggi dan memegang

    jawatan penting dalam organisasi. Oleh itu adalah sesuatu yang sangat merbahaya jika kita sebagai

    pendidik tidak menyedari tahap kedangkalan kecerdasan emosi (EQ) hingga terus-menerus bangga

    dengan gelaran, pangkat, pengetahuan yang dimiliki iaitu yang hanya berbentuk kecerdasan intelek

    (IQ) semata-mata.

    Menurut Peter Salovey dan John Mayer (Psikologis dari Universiti Harvard dan New Hampshire di

    Amerika Syarikat), kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi sendiri itulah yang dinamakan

    kompetensi kecerdasan emosi atau EIC (Emotional Intelligence Competency) (Salovertoley &

    Mayer, 1990). Menurut kedua-dua pakar ini, orang dewasa yang tidak dapat mengenali dan

    mengendalikan emosinya sendiri (termasuk emosi suka bertengkar, tidak mahu mengalah, mahu

    menang sendiri, tidak boleh bertoleransi, tidak mahu berunding secara profesional dan logik, suka

    menuduh, suka berebut jawatan, suka menyalahkan, menjatuhkan, memalukan, malah sanggup

    mengkhianati orang lain) dan adalah termasuk di kalangan orang-orang yang belum cukup matang

    kerana memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang rendah.

    Perkaitan Antara EQ dan IQ dan cara meningkatkannya.

    Kecerdasan Emosi (EQ) memiliki kemampuan untuk berkembang, sedangkan IQ tidak bertambah,

    namun kedua-duanya saling melengkapi walaupun tidak berjalan secara selari. Tidak semua

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    2/7

    individu yang memiliki IQ yang menonjol akan memiliki EQ yang menonjol juga. Menurut Daniel

    Goleman, kecerdasan emosi menjadi daya dorong paling utama kepada IQ untuk pemiliknya berjaya

    dalam hidup. Ini kerana kecekapan emosi mengandungi kemampuan dalam dua perkara. Satu,

    kemampuan dalam hal mengurus emosi diri sendiri yang dipanggil kecekapan peribadi dan kedua,

    adalah kemampuan mengurus emosi dalam mengekalkan hubungan baik dalam hubungan sosial

    dengan orang lain yang dipanggil kecekapan sosial. Kecekapan peribadi akan menentukan

    bagaimana kita mengatur diri sendiri yang mencakup kesedaran diri (self awareness), pengurusan

    diri (self regulation), dan motivasi kendiri (self motivation). Manakala kecekapan sosial sangat

    berperanan ketika kita berhubung dengan orang lain yang mencakup empati (emphaty) dan

    keterampilan sosial (social skill).

    Seseorang yangg memiliki kecekapan emosi yang menonjol akan menampilkan tingkahlaku kerja

    yang cemerlang, terutama dalam hubungan dengan orang lain. Dia sentiasa tahu diri dan sentiasa

    mampu memimpin dirinya sendiri dalam menyelesaikan pekerjaannya tanpa perlu pengawasan

    daripada orang lain. Dia juga mampu membina hubungan baik dan pengelolaan yang profesionaldengan orang lain sama ada dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi.

    Seorang pendidik yang memiliki kecekapan emosi yang profesional akan mampu menjadikan dirinya

    model yang efektif untuk menggerakkan organisasi pengajaran dan pembelajarannya serta institusi

    di mana dia berada ke arah yang lebih sejahtera dan harmonis. Mereka akan lebih banyak memberi

    inspirasi kepada pelajar daripada sekadar mengarah dan memerintah agar terhasil yang terbaik

    mengikut kemahuan mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain.

    Ancaman yang menakutkan dalam usaha membina keseimbangan keharmonian dalam pekerjaan

    dan di tempat kerja ini ialah bila kita pihak pengurus / pentadbir tidak ada yang menyedari bahawa

    EQ mereka terlalu rendah, hinggakan mereka terus bersikap membanggakan kecerdasan IQ

    semata-mata tanpa menyedari kepentingan mempertingkatkan kecerdasan EQ bagi mengimbangi

    kecerdasan IQ. Oleh itu, beberapa langkah diperlukan untuk menseimbangkan antara kesedaran

    EQ dan IQ bagi melahirkan insan yang benar-benar seimbang mental dan emosi. Antara langka-

    langkah yang dapat dilaksanakan ialah;

    Pertama:

    Perkenalkan kursus-kursus yang membolehkan peserta mengenali kekuatan dan kelemahan diri

    terutama dalam hubungan dengan dirinya dan hubungan dengan orang lain. Cara ini akan

    membolehkan peserta menggunakan rakan-rakan karib mereka sebagai pemberi maklum balas

    yang ikhlas tentang tingkah laku sendiri selama ini. Dengan maklumat daripada maklum balas

    tersebut, mereka boleh membuat perubahan seperti mempertahankan dan mempertingkatkan

    tingkahlaku yang sudah profesional. Manakala perlakuan yang dirasakan kurang baik dan tidak

    profesional perlu diubah. Aktiviti ini boleh dilakukan sepanjang masa.

    Kedua:

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    3/7

    Dengan cara bergaul dan berinteraksilah dengan orang ramai yang berbeza latar belakang dan

    personaliti. Buanglah kebiasaan bergaul dengan orang yang kita senangi, sepadan, tidak

    menimbulkan masalah, serta sikap tidak senang dengan perbezaan pendapat. Dengan cara begini,

    kita memberi latihan kepada kecerdasan emosi kita untuk membolehkan kita berada dengan orang

    kontra dengan pemikiran, perasaan dalam keadaan harmoni.

    Ketiga:

    Belajar setia dan komited terhadap tugas yang mudah disepakati bersama serta dilakukan dengan

    konsisten tidak dengan hanya mengurus diri untuk sekadar puas dengan pencapaian optima, tapi

    mahu melonjak diri ke tahap mahu lebih dari biasa (go to extramile).

    Keempat:

    Kurangkan masa menyibuk dengan urusan orang lain seperti menyebarkan fitnah dan

    mengumpat. Kegemaran ini akan membuang masa, tenaga sia-sia yang sepatutnya dapat

    digunakan untuk mengembangkan kecerdasan emosi tersebut. Tambahan pula perlakuan tersebutakan menjejaskan harga diri sendiri.

    Kelima:

    Bertingkahlaku asertif (tegas diri) nyatakan yang benar jika benar dan salah jika salah secara sopan

    santun, beradab dan beretika. Orang yang bersikap safety playeruntuk menjaga kedudukan dan

    keselesaan yang dimiliki, lalu membiarkan keadaan yang merosakkan terus berlaku, menunjukkan

    pelakunya memiliki kekerdilan kecerdasan emosi.

    Keenam:

    Teruslah beljar sama ada melalui pengalaman seharian, membaca buku pengembangan diri,

    mengikuti kuliah formal atau melalui kursus-kursus yang bersifat soft skilldan melalui media-media

    sehingga kita berada dalam zon self-continous improvement.

    Ketujuh:

    Mendekatkan diri dengan Pencipta dalam bentuk doa, permohonan dan kesyukuran atas semua

    nikmat yang sudah dan sedang dinikmati hingga ke saat ini, dengan rendah hati memohon agar Dia

    mengubah diri kita daripada tidak baik kepada baik dan yang baik kepada lebih baik. Orang yang

    mampu mencapai tahap kesejahteraan emosi adalah mereka yang taat pada perintah agama dan

    dekat hubungan dengan Pencipta atau dengan lain perkataan mereka memilik satu lagi kecerdasan

    yang disebut kecerdasan spiritual(SQ). Orang cemerlang dan sejahtera adalah mereka yang

    sekurang-kurangnya memiliki dan mengamalkan ketiga-tiga kecerdasan utama iaitu kecerdasan

    Intelek (IQ), kecerdasan Emosi (EQ) dan kecerdasan Spiritual(SQ) yang digabungkan secara

    mantap dan tekal.

    Sudahkah Kita Memiliki Kompetensi Kecerdasan Emosi?

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    4/7

    Psikologis Daniel Goleman (1999) mengemukakan lima prasyarat untuk menentukan seseorang itu

    sudah memiliki dan mengamalkan kkecerdasan emosi iaitu:

    Pertama: Mampu mengenali emosi sendiri

    Kedua: Mampu mengelolakan atau mengurus emosi itu sesuai dengan situasi dan keadaan formal

    atau tidak formal

    Ketiga: Mampu memotivasikan diri dengan emosinya sendiri

    Keempat: Mampu mengenali emosi orang lain

    Kelima: Mampu membina hubungan baik dengan orang lain terutama dengan mereka yang

    berbeza pendapat, sikap dan nilai pegangan dan falsafah hidup.

    Andai kata, kelima-lima prasyarat Goleman ini diacu, ditekapkan kepada pendidik dan pengurus

    pendidikan kita disemua peringkat, maka akan segera tampak bahawa terlalu sedikit daripada

    kelima-lima prasyarat tersebut telah benar-benar dikuasai dan digunapakai secara tekal oleh

    mereka dalam proses mengurus diri sendiri dan dalam berurusan dengan orang lain terutamadengan anak didiknya, rakan sekerja malah dengan majikannya sendiri. Buktinya dapat ditemui

    dengan mudah di mana-mana sahaja kita berada. Malah ada di antara kita yang menggunakan

    budaya marah-marah, kecewa dan putus asa, suka bertengkar dan bergaduh sebagai budaya

    harian di rumah atau di tempat kerja untuk mencapai tujuan. Hinggakan kita berada dalam keadaan

    beremosi marah-marah dan kecewa itu jauh lebih dominan dan dalam tempoh yang panjang

    dibandingkan dengan kita berada dalam emosi lembut, mesra, hormat menghomati, tolak ansur dan

    bekerjasama, peka dengan perasaan orang lain, suka bekerja dalam pasukan, menjauhi konflik.

    Berdasarkan gambaran di atas, maka amat wajar kompetensi emosi ini didedahkan kepada pendidik

    di semua peringkat terutamanya di sekolah dan IPT bagi mempertingkatkan keberkesanan kemairan

    pedagogi yng digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaaran dan dalam pengurusan

    pendidikan kerna pada dasarnya kompetensi kecerdasan emosi dapat mengubah paradigmaa

    pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, dapat memperluaskan isi dari kurikulum dan dapat

    memodifikasikan hubungan kehidupan harian di sekolah.

    Kekangan Melaksanakan Pendidikan Kecerdasan Emosi

    Ramai pendidik berpendapat bahawa tugas mendidik emosi pelajar adalah tanggungjawab ibu bapa,

    namun desakan hidup yang mencabar dan menjurus kepada desakan mencari kemewahan material

    ternyata institusi keluarga bukanlah satu-satunya tempat yang ideal bagi anak-anak untuk

    mendapatkan kompetensi kecerdasan emosi. Hal ini sudah dibuktikaan di negara maju. Kemajuan

    yang dialami menjadikan ibu bapa yang juga sekali gus bekerjaya telah menjadi satu daripada

    penghambat kepada hubungan ibu bapa dan anak-anak terutamanya dari segi komunikasi dan

    perkongsian waktu senggang.

    Penghambat kedua kepada tahap penguasaan pendidikan emosi dalam keluarga ialah terhadnya

    keupayaan ibu bapa dalam bidang ini dari segi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan kesedaran

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    5/7

    ibu bapa berhubung dengan kepentingan kemahiran kecerdasan emosi. Keadaan ini ditambah

    buruk lagi apabila anak-anak sibuk menghabiskan masa belajar dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah

    daripada di rumah hinggakan interaksi yang bermakna sulit untuk berlaku antara ibu bapa dan anak-

    anak. Keadaan ini menipiskan lagi kesempatan untuk pendidikan kecerdasan emosi berlaku secara

    mantap dan berkualiti dalam keluarga. Sedangkan menurut kajian di negara maju, menunjukkan

    sebaik-baiknya asas pembelajaran kecerdasan emosi harus berlaku seawal di usia tadika hingga

    anak mencapai usia baligh. Pada usia penting ini, rumah dan sekolah adalah tempat terbesar bagi

    anak-anak melaksanakan kegiatan mereka.

    Namun sayang, kita melihat terdapat semacam percanggahan antara keperluan membina keperluan

    murid dari segi emosi dengan kemahuan kurikulum yang berfokus utama membentuk minda dan

    sangat kurang memberi ruang untuk menata emosi pelajar dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Sekolah lebih banyak memberi tumpuan pada usaha yang berhubungan dengan

    kemampuan fizik pelajar seperti membaca, menulis matematik dan sebagainya. Keadaan ini

    diburukkan lagi oleh keadaan guru yang masih kurang atau belum mendapat latihan yangsecukupnya berhubung dengan kompetensi kecerdasan emosi untuk dirinya dan

    pelajar. Sedangkan kompetensi kecerdasan emosi dalam belajar biasanya dikaitkan dengan proses

    membentuk kestabilan emosi untuk membina sikap tekun, konsentrasi, tenang, teliti dan sabar

    dalam memahami isi pelajaran yang dipelajarinya.

    Bukti keperluan pendidikan ini dapat dilihat dari keluhan para guru yang rata-rata mengatakan sikap

    pelajar sangat sulit diatur dan difahami semosinya dan terlalu sukar untuk membimbing mereka

    untuk membuat tumpuan, tekun dan tenang semasa pengajaran berlangsung serta sukar membantu

    pelajar untuk memahami bahan yang diajar.

    Bagaimana Menerapkan Kecerdasan Emosi Di Sekolah?

    Usaha menerapkan kecerdasan emosi pada lingkungan sekolah boleh merupakan suatu perubahan

    yang agak radikal kerana ia melibatkan perubahan kurikulum dan memerlukan sokongan pihak guru,

    pelajar dan ibu bapa. Namun menurut Goleman, pendidikan kecerdasan emosi boleh dimulakan

    dalam pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang berikut:

    Aktiviti mengenal diri sendiri

    Hasil daripada aktiviti ini akan membantu peserta mengenal perasaan yang timbul serta

    penyebabnya, serta dapat membantu mereka mengetahui hubungkait antara tiga perkara yang

    berbeza iaitu pemikiran, perasaan dan perbuatan. Fikiran boleh menyebabkan timbulnya perasaan

    dan perasaan mendasari sesuatu perbuatan.

    Aktiviti menyelesaikan konflik

    Menyelesaikan masalah tanpa masalah bukanlah perkara mudah. Proses ini memerlukan

    kesedaran mekanisma sebab musabab masalah itu terjadi dan sehingga dapat memilih cara-cara

    penyelesaian yang tepat. Biasanya orang yang terjebak dalam konflik terkunci oleh lingkaran

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    6/7

    emosinya sendiri. Satu hal yang harus dihindari dalam aktiviti ini adalah pemikiran negatif diri

    sendiri. Penemuan cara pennyelesaian daripada satu-satu masalah tersebut akan dapat

    mendorong pelajar untuk mengarah diri sendiri secara positif disaat emosi menurun seperti marah,

    takut, cemas dan sedih.

    Aktiviti Membina Empati

    Untuk membina kesedaran untuk memahami kehendak lingkunga, persekitaran ke dalam diri pelajar

    harus dimulai dengan melibatkan diri mereka dengan aktiviti membina kesedaran untuk memahami

    orang yang ada di persekitaran mereka terlebih dahulu. Maka aktiviti mendengar segala keluhan

    kawan-kawan tanpa terbawa-bawa emosi sendiri boleh digunakan. Pelajar diharapkan mampu

    membezakan antara perbuatan dan perkataan orang lain dengan pemikiran dan reaksi peribadi.

    Aktiviti Komunikasi

    Satu cara untuk membolehkan pelajar berlatih membina dan mengendalikan emosi dengan baik

    ialah melalui aktiviti berkomunikasi dengan orang lain. Melalui aktiviti ini pelajar dapat membinahubungan yang baik dan meguntungkan semua pihak melalui aktiviti ini juga akan memberi

    kesempatan kepada pelajar mengekspresikan pemikiran mereka secara aktif tanpa diwarnai

    kemarahan.

    Aktiviti Kerjasama dalam Kelompok

    Dalam aktiviti ini, pelajar diajar konsep kerjasama antara yang memimpin dan dipimpin. Kerjasama

    yang efektif adalah bila pelajar tahu bila harus memimpin dan bila harus dipimpin. Kepimpinan yang

    efektif tidak dibangunkan berdasarkan pada kuasa, tapi pada kemampuan diri dalam menolong

    orang supaya mahu bekerja bersama-sama mencapai tujuan bersama. Melalui aktiviti ini, pelajar

    belajar mengenali diri secara efektif bertujuan menghidupkan kerjasama bukan dengan menyuruh

    dan mengkritik. Begitu juga untuk membuat orang bersetuju dan bertanggungjawab pada hasil dari

    keputusan yang dibuat secara suara ramai.

    Kesimpulan

    Memang diakui, mendidik seseorang untuk menjadi pintar mungkin lebih mudah dan dapat

    dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi mendidik seseorang untuk mempunyai emosi yang baik dan

    seimbang tidak semua orang mampu. Untuk melahirkan orang yng baik dan seimbang emosinya

    memerlukan guru yngsabar, komited, lembut, penyayang dan mempunyai semangat dedikasi yang

    tinggi dalam memahami dunia kehidupan dan geraklaku anak didiknya serta mempunyai

    kecerdasan emosi yang sangat mantap hasil sokongan semua pihak secar paling

    positif. Memandangkan jalan sudah direntes maka terpulanglah kepada kita para pendidik untuk

    membawa pesawat berangkat daripada landasan untuk berjuang bagi memiliki kompetensi

    kecerdasan emosi yang amat diperlukan oleh pucuk-pucuk yang sedang bertunas di tangan kita

    agar dapat tumbuh menjadi pohon yang rendang lalu kita dapat berteduh di bawahnya bila sampai

    masanya kelak. Paling tidak, kita dapat melahirkan Pemandu trak nombor satu yang beriman dan

    berakhlak daripada melahirkan CEO yang kesepuluh tahap pengurusannya.

  • 7/27/2019 Kompetensi Kecerdasan Emosi Wajar Diperkenalkan Dikalangan Pensyarah Ipg

    7/7

    Rujukan:

    William, Watson Purkey dan John M. Novak. 1996. Inviting School Success. Wadswotrh Publishing Com.

    London

    Florence Littaurer. 1999. Personality Plus. Advantage Quest Publication

    Ary Ginanjar Agustian. 2002. ESQ Berdasarkan 6 Rukun Iman dan % Rukun Islam. Penerbit Arga. Jakarta

    Indonesia

    Danila Zainal Abidin 2004. 7 Formula Individu Cemerlang. PTS Publication

    http://www.sekolah Indonesia com

    http://www.sekolah/http://www.sekolah/