kod etika kkr - final touch up.pdf etika kkr - final touch up.pdf · nilai dan etika kerja adalah...

15
KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) KOD ETIKA KEMENTERIAN KERJA RAYA

Upload: dangdien

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)

K O D E T I K AK E M E N T E R I A N K E R J A R AYA

Page 2: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

peribadi dan integriti warga kerjanya. Kecemerlangan sesebuah organisasi saling berkait dengan ketinggian nilai dan etika seluruh warganya.

Integriti, akauntabiliti, komitmen, kebebasan dan kuasa, amat penting sebagai jaminan dan keyakinan stakeholders dan pelanggan bahawa mutu perkhidmatan yang diberi berada pada aras terbaik, boleh dipercayai, objektif dan kompeten.

Kod Etika KKR ini menerangkan prinsip dan nilai yang relevan dengan kerjaya dan tugas Pegawai Awam. Ia turut meliputi norma kelakuan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas. Kod Etika ini berasaskan tanggungjawab dan obligasi moral untuk memandu dan memacu warga KKR meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ia turut digubal dan diselaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan lain yang berkuat kuasa.

Harapan saya semoga Kod Etika ini dapat memantapkan integriti warga KKR dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab, seterusnya memelihara kredibiliti Kementerian dalam mencapai visi “Peneraju Pembangunan Infrastruktur dan Industri Pembinaan Negara Yang Terunggul.” Akhir kata, “Kecemerlangan organisasi, cerminan keluhuran jati diri dan peribadi”.

Sekian.

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOFMenteri Kerja Raya

Sekapur Sirih

Page 3: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Perkembangan dalam aliran dan struktur pembangunan negara meletakkan KKR bukan hanya berperanan sebagai perancang,

pelaksana, penyelaras dan pemantau pembangunan infrastruktur negara, tetapi turut menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam memenuhi agenda negara untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat.

Dengan adanya Kod Etika ini, diharap kesepaduan dapat dicapai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan aspirasi rakyat secara keseluruhannya dalam memacu KKR ke arah yang lebih cemerlang di persada pembangunan negara.

Justeru, warga KKR sebagai jentera penggerak organisasi hendaklah mempunyai nilai-nilai dan etika yang kukuh untuk memastikan pentadbiran KKR diiktiraf sebagai salah satu perkhidmatan yang cekap, efektif dan relevan.

Selaras dengan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam, sewajarnya KKR mempunyai Kod Etika tersendiri sesuai dengan persekitaran dan pengkhususan kerja yang dilaksanakan.

Saya berharap agar Kod Etika ini dipatuhi, difahami dan dihayati oleh seluruh warga KKR selari dengan inisiatif yang diambil dalam mengarusperdana pembangunan negara.

Sekian.

DATO’ SRI ZOHARI BIN AKOBKetua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Sekapur Sirih

Page 4: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Visi KKR 2

Misi KKR 2

Pengenalan Kod Etika 2

Objektif Kod Etika 3

Nilai Teras Bersama 4

Nilai-Nilai Kembangan 4

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Ikrar Perkhidmatan Awam

Akuan Pematuhan

01

02

03

04

05

06

07

08

0606

Page 5: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

2

VISI KKR

Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara.

MISI KKR

(i) Memastikan pembangunan infrastruktur dilaksana dengan cekap, berkualiti dan lestari; dan

(ii) Memantapkan industri pembinaan negara yang lebih berdaya saing pada peringkat global.

PENGENALAN KOD ETIKA KEMENTERIAN KERJA RAYA

(i) Kod Etika Kementerian Kerja Raya (KKR) ialah prinsip moral dan nilai-nilai akhlak cemerlang yang seragam serta panduan dan peraturan yang menjadi piawaian dan kod tingkah laku setiap warganya;

(ii) Kod Etika KKR yang disediakan adalah berpandukan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam serta Peraturan/Pekeliling/Arahan Perkhidmatan Awam sedia ada yang berkaitan. Ia menggariskan nilai teras, nilai kembangan dan etika kerja yang perlu dihayati serta diamalkan oleh warga KKR;

(iii) Tujuan penyediaan kod etika adalah untuk membantu warga KKR dan ia menjadi panduan dalam melaksanakan tanggungjawab selaras dengan peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi sebagai Pegawai Awam; dan

(iv) Kod Etika hendaklah dibaca bersama Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturan lain yang berkaitan yang telah berkuat kuasa.

KOD ETIKA KEMENTERIAN KERJA RAYA

Page 6: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

3

OBJEKTIF KOD ETIKA

(i) Menetapkan Kod Etika yang perlu diikuti oleh warga KKR;

(ii) Meningkatkan profesionalisme warga KKR dalam merencanakan pembangunan prasarana negara;

(iii) Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat;

(iv) Meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pengurusan Kementerian;

(v) Menyepadukan pengaruh etika dan undang-undang agar ia lebih berkesan dalam usaha membanteras pelbagai bentuk rasuah, salah laku, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Page 7: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

4

Profesional

INTEGRITI

KERJABERPASUKAN

Wibawa

Tegas

Kompeten

KomunikasiBerkesan

Berilmu

Kreatif &Inovatif

Mesra

Muafakat

Komitmen

Prihatin

Berdisiplin

Hormat- Menghormati

Akauntabiliti

Telus

Amanah

Benar

Adil

Bijaksana

PROFESIONAL

Mempunyai kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan yang sewajarnya oleh seseorang untuk mencapai kecemerlangan.

INTEGRITI

Mempunyai keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral positif yang tidak mudah dipengaruhi oleh elemen negatif demi mempertahankan nama baik KKR daripada pelbagai bentuk penyelewengan

KERJA BERPASUKAN

Berkeupayaan membina hubungan baik melalui interaksi dan kerjasama secara efektif tanpa kepentingan peribadi dengan warga KKR dan pemegang amanah harta (stakeholder) untuk mencapai objektif yang sama dalam meningkatkan prestasi penyampaian kementerian.

NILAI TERAS BERSAMA DAN NILAI KEMBANGAN

NILAI TERAS BERSAMA

NILAI-NILAI KEMBANGAN

Page 8: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

5

6

5

4

2

3

1

TAFSIRAN NILAI-NILAI KEMBANGAN DI BAWAH NILAI TERAS BERSAMA

Wibawa

Pembawaan sikap dan tingkah laku positif yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi sehingga berupaya mempengaruhi orang lain dan disegani oleh segenap individu. Warga yang berwibawa juga merupakan seorang yang berilmu pengetahuan dan berpengalaman luas.

Tegas

Membuat keputusan atau mengambil tindakan tanpa ragu-ragu dan sentiasa menzahirkan ketegasan dengan bijaksana.

Kompeten

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan tepat berdasarkan pengetahuan dan kepakaran dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai perubahan kerja serta berdaya saing tinggi.

Komunikasi Berkesan

Mesej yang disampaikan dapat difahami dengan tepat dan jelas serta sentiasa membina jaringan komukasi yang baik bagi mengelak berlakunya konflik.

Berilmu

Mempunyai ilmu pengetahuan dalam perkara yang dilakukan dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.

Kreatif & Inovatif

Berkebolehan berfikir atau merealisasikan idea baharu serta berkebolehan mengembangkan idea asal kepada idea yang lebih kreatif untuk manfaat organisasi.

Page 9: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

6

10

11

12

7

8

9

Akauntabiliti

Bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan, keputusan, tindakan dsb. serta bersedia memberi penjelasan atau kewajaran yang diperlukan. Telus

Melaksanakan sesuatu mengikut tatacara atau prosedur kerja yang ditetapkan tanpa berselindung atau menimbulkan kesangsian. Setiap keputusan dan tindakan hendaklah dimaklumkan selagi tiada percanggahan dengan undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa. Keputusan yang dibuat hendaklah bebas melalui proses yang jelas dan nyata tanpa sebarang pengaruh peribadi.

Amanah

Melaksana tanggungjawab dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan sama ada dari aspek masa, kuasa, sumber kewangan, peralatan dan tenaga kerja.

Benar

Benar dan selari pada niat, percakapan dan perbuatan tanpa niat atau agenda tersendiri atau tersembunyi.

Adil

Membuat pertimbangan dengan saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berdasarkan undang-undang, peraturan, keutamaan serta membuat penilaian secara objektif dan profesional. Warga yang adil sentiasa mengamalkan prinsip meletakkan sesuatu pada tempatnya serta tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau berpihak kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

Bijaksana

Berfikir dan bertindak dengan penuh hemah, rasional tanpa pengaruh emosi, sesuai dengan masa dan keadaan untuk mencapai matlamat dan hasil yang berkualiti. Seluruh potensi dan kompetensi diri digunakan

Page 10: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

7

16

17

18

15

14

13

dalam memupuk keupayaan dan kepakaran dalam melunaskan tugas dan tanggungjawab.

Mesra

Sentiasa memberi layanan mesra dan berhemah serta menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan stakeholders di samping menjaga dan mengamalkan hubungan baik sesama warga Kementerian.

Muafakat

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara kolektif dan toleransi sebagai satu pasukan serta saling bantu membantu antara satu sama lain atas dasar kebersamaan di bawah satu organisasi.

Komitmen

Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, keazaman dan iltizam yang tinggi.

Prihatin

Sentiasa cakna, mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara yang berlaku serta peka terhadap keperluan dan perubahan keadaan sekeliling.

Berdisiplin

Sentiasa berkelakuan baik, mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Hormat-menghormati

Mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang lain dengan berinteraksi dan memberi layanan sopan serta berhemah untuk mewujudkan suasana harmoni.

Page 11: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Kami, pegawai awam Malaysia, berikrar dan berjanji bahawa dengan rela hati akan mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:

(i) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

(ii) Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan pada amalan rasuah;

(iii) Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika kementerian;

(iv) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;

(v) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan

(vi) Mematuhi sepenuhnya kod etika kementerian dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Page 12: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia berikrar bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Kami dengan cara ini :

(i) Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;

(ii) Bekerja dengan penuh tanggungjawab;

(iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri;

(iv) Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;

(v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;

(vi) Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan

(vii) Berpegang teguh pada ajaran agama.

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Page 13: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

AKUAN PEMATUHAN

Saya………………………………………………………………………….........

No. Kad Pengenalan…………………………………………………….............

......................................................................................................................

Dengan ini, mengaku telah membaca, memahami dan akan mematuhi KOD ETIKA KKR. Keengganan dan kegagalan saya mematuhi KOD ETIKA ini tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

………………………………………… (Tandatangan Pegawai)

Tarikh:

Disaksikan oleh:

…………………………………………(Tandatangan Pengarah/Ketua Jabatan)

Nama:Tarikh:

(Nama Penuh Dengan HURUF BESAR)

(Jawatan Dan Gred Jawatan)

Page 14: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

Saya………………………………………………………………………….........

No. Kad Pengenalan…………………………………………………….............

......................................................................................................................

Dengan ini, mengaku telah membaca, memahami dan akan mematuhi KOD ETIKA KKR. Keengganan dan kegagalan saya mematuhi KOD ETIKA ini tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

………………………………………… (Tandatangan Pegawai)

Tarikh:

Disaksikan oleh:

…………………………………………(Tandatangan Pengarah/Ketua Jabatan)

Nama:Tarikh:

(Nama Penuh Dengan HURUF BESAR)

(Jawatan Dan Gred Jawatan)

AKUAN PEMATUHAN

Page 15: Kod Etika KKR - Final Touch Up.pdf Etika KKR - Final Touch Up.pdf · Nilai dan Etika Kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan

KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)

KEMENTERIAN KERJA RAYA,Tingkat 1-14, Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin,50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101E-mel: pro[at]kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833