tomtom touch fitness tracker -...

56
TomTom Touch Fitness Tracker Manual Pengguna 1.0

Upload: vuongngoc

Post on 12-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

TomTom Touch Fitness Tracker

Manual Pengguna

1.0

Page 2: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

2

Kandungan

Selamat datang 4

Penjejak Kecergasan anda 5

Perihal Penjejak Kecergasan anda .............................................................................. 5 Memakai Penjejak Kecergasan anda ........................................................................... 6 Membersihkan Penjejak Kecergasan anda ..................................................................... 6 Penderia kadar denyutan jantung .............................................................................. 7 Menanggalkan modul daripada tali pengikat .................................................................. 7 Mengecas Penjejak Kecergasan anda .......................................................................... 7 Storan data ......................................................................................................... 8 Maklumat bateri.................................................................................................... 8 Melakukan set semula ............................................................................................. 8 Penjejak Kecergasan anda dan air .............................................................................. 9

Mula Pantas 10

Muat turun TomTom MySports Connect ...................................................................... 10 Pendaftaran ....................................................................................................... 11 PILIHAN: Dapatkan aplikasi mudah alih MySports .......................................................... 11 Menggunakan penjejak kecergasan anda .................................................................... 12 Menggunakan mod Sukan ....................................................................................... 13 Mengukur komposisi badan ..................................................................................... 13

Memasang dengan peranti mudah alih anda 16

Memasang dengan peranti iOS ................................................................................. 16 Memasang dengan peranti Andriod ........................................................................... 17

Menjejaki kecergasan anda 19

Perihal penjejakan aktiviti ..................................................................................... 19 Menjejaki aktiviti anda sepanjang 24/7 ..................................................................... 20

Menjejaki denyutan jantung anda ........................................................................ 21 Menjejaki langkah anda..................................................................................... 22 Menjejaki kalori anda ....................................................................................... 23 Menjejaki masa aktif anda ................................................................................. 24 Menjejaki jarak anda ........................................................................................ 25 Menjejaki tidur anda ........................................................................................ 26

Mod sukan 28

Menggunakan mod Sukan ....................................................................................... 28 Perihal anggaran kalori ......................................................................................... 28

Menetapkan matlamat 30

Perihal matlamat ................................................................................................ 30 Menetapkan matlamat penjejakan aktiviti .................................................................. 31 Menetapkan matlamat sukan .................................................................................. 31 Menetapkan matlamat badan .................................................................................. 32

Page 3: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

3

Komposisi badan 34

Perihal komposisi badan ........................................................................................ 34 Mengukur komposisi badan ..................................................................................... 34 Komposisi badan ideal anda ................................................................................... 36 Keselamatan dan komposisi badan ........................................................................... 37 Artikel - Mengukur dan Menilai Komposisi Badan .......................................................... 37 Carta Peratusan Komposisi Badan ACE ....................................................................... 39

Pemberitahuan telefon 40

Menerima pemberitahuan telefon ............................................................................ 40

Tetapan 41

Perihal tetapan ................................................................................................... 41 Denyutan jantung sepanjang hari ............................................................................. 41 Pemberitahuan telefon ......................................................................................... 41 Profil ............................................................................................................... 41 Keutamaan ........................................................................................................ 42 Zon denyutan jantung ........................................................................................... 42

Akaun TomTom MySports 43

TomTom MySports Connect 44

Aplikasi mudah alih TomTom MySports 45

Berkongsi aktiviti anda 46

Tambahan 47

Notis hak cipta 56

Page 4: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

4

Manual Pengguna ini menerangkan semua perkara yang perlu anda tahu tentang TomTom Touch Fitness Tracker baru anda.

Apakah sebenarnya penjejak kecergasan?

TomTom Touch anda menjejaki aktiviti anda DAN komposisi badan anda. Komposisi badan merupakan penunjuk utama kecergasan anda. Apabila kita bersenam, biasanya kita ingin mengurangkan % lemak badan dan meningkatkan % otot. Dengan TomTom Touch anda, anda boleh menjejaki komposisi badan anda dan bukan sekadar langkah anda.

Apakah ciri utama?

TomTom Touch anda mempunyai skrin sentuh dan boleh menjejaki langkah, kalori, masa aktif, jarak, masa tidur, denyutan jantung dan komposisi badan.

Petua: Walaupun produk ini merupakan produk TomTom, produk ini tidak dilengkapi GPS jadi tiada fungsi navigasi. Jika anda menginginkan produk yang mencatatkan laluan larian dan tunggangan anda pada peta dan menunjukkan kelajuan, gerakan dan pengiraan jarak yang tepat,

cubalah Jam Tangan Sukan GPS TomTom.

Berikut ialah beberapa rujukan permulaan yang berguna dalam Manual Pengguna ini:

Mula Pantas

Perihal Penjejak Kecergasan anda

Memakai Penjejak Kecergasan anda

Mengecas Penjejak Kecergasan anda

Penjejak Kecergasan anda dan air

Petua: Terdapat juga soalan lazim (FAQ) di tomtom.com/support. Pilih TomTom Touch Fitness

Tracker daripada senarai atau masukkan istilah carian.

Kami berharap anda menikmati pembacaan manual ini dan paling pentingnya, anda menikmati proses menjadi lebih cergas menggunakan TomTom Touch baru anda!

Selamat datang

Page 5: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

5

Perihal Penjejak Kecergasan anda

1. Pemakaian tali pengikat - masukkan kedua-dua pasak pada tali pengikat untuk memastikan Penjejak Kecergasan anda dikancing dengan ketat.

2. Skrin sentuh - seret skrin sentuh untuk melihat gambaran keseluruhan metrik penjejakan aktiviti anda dan mod yang berlainan.

Seret ke BAWAH untuk beralih ke skrin di atas skrin jam. Skrin adalah seperti berikut:

Mod sukan

Komposisi badan

Denyutan jantung

Seret ke ATAS untuk beralih ke skrin di bawah skrin jam. Skrin adalah seperti berikut:

Langkah

Tenaga atau kalori yang dibakar

Jarak

Masa aktif

Masa tidur

Petua: Kesemua skrin ini juga menunjukkan kemajuan matlamat jika matlamat ditetapkan.

3. Ikon matlamat bulat - jika anda menetapkan matlamat aktiviti harian, maka ikon matlamat bulat akan ditunjukkan di atas metrik pilihan anda atau jam yang menunjukkan maklumat seperti langkah. Ikon matlamat ini akan diisi setiap hari apabila anda berusaha untuk mencapai matlamat anda.

Petua: Set matlamat lalai yang sebanyak 10,000 langkah ditetapkan untuk anda.

4. Skrin jam - apabila anda mengaktifkan peranti anda dengan menyentuh skrin, anda akan melihat skrin jam yang menunjukkan masa. Seret ke atas atau ke bawah daripada skrin jam untuk melihat metrik dan mod.

5. Butang - butang digunakan untuk mengaktifkan peranti untuk mengambil ukuran komposisi badan dan untuk memulakan dan menghentikan catatan dalam mod Sukan.

Penjejak Kecergasan anda

Page 6: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

6

Nota: Untuk menyeret skrin sentuh, luncurkan jari sepanjang skrin sentuh dari atas ke bawah untuk menyeret ke BAWAH atau luncurkan jari dari bawah ke atas untuk menyeret ke ATAS.

Memakai Penjejak Kecergasan anda

Cara anda memakai TomTom Touch anda adalah penting kerana prestasi Penderia Denyutan Jantung dan hasil komposisi badan anda mungkin terjejas. Untuk maklumat lanjut tentang cara penderia ini berfungsi, lihat Penderia denyutan jantung.

Jika anda menghadapi isu untuk mendapatkan bacaan denyutan jantung yang tepat atau mengambil ukuran komposisi badan, pastikan TomTom Touch anda dipakai seperti berikut:

Dipakai dengan ketat tetapi tidak menyebabkan ketidakselesaan.

Dipakai di atas tulang pergelangan.

Anda akan memperoleh hasil yang paling tepat daripada penderia denyutan jantung selepas anda memanaskan badan.

Penting: Untuk meningkatkan ketepatan, JANGAN GERAK sehingga denyutan jantung anda

dikesan.

Membersihkan Penjejak Kecergasan anda

Anda disyorkan untuk membersihkan TomTom Touch anda seminggu sekali jika anda menggunakannya dengan kerap.

Lap TomTom Touch dengan kain lembap jika perlu. Gunakan sabun yang lembut untuk menghilangkan minyak atau kotoran.

Jangan dedahkan TomTom Touch anda kepada bahan kimia yang kuat seperti petrol, pelarut pembersihan, aseton, alkohol atau penghalau serangga. Bahan kimia boleh merosakkan pengedap, bekas dan kemasan.

Page 7: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

7

Bersihkan kawasan penderia kadar denyutan jantung dan pad sambungan dengan sabun lembut dan air setakat yang diperlukan.

Jangan calarkan kawasan penderia kadar denyutan jantung. Lindunginya daripada kerosakan.

Penderia kadar denyutan jantung

TomTom Touch anda mempunyai penderia denyutan jantung terbina dalam untuk membantu anda meningkatkan keberkesanan latihan anda.

Cara penderia berfungsi

Degupan jantung anda diukur menggunakan cahaya untuk mengukur perubahan dalam aliran darah anda. Ini dilakukan pada bahagian atas pergelangan tangan anda dengan memancarkan cahaya melalui kulit ke kapilari betul-betul di bawah kulit dan mengesan perubahan pantulan cahaya.

Prestasi penderia denyutan jantung tidak dipengaruhi oleh peratusan lemak badan atau bulu badan anda. Walau bagaimanapun, penderia AKAN dipengaruhi oleh kedudukan TomTom Touch pada pergelangan anda, warna kulit dan jenis kulit anda serta sama ada anda memanaskan badan atau tidak.

Menggunakan penderia denyutan jantung

Untuk mendapatkan prestasi yang terbaik daripada penderia denyutan jantung, lihat Memakai Penjejak Kecergasan anda. Penjejakan denyutan jantung berterusan ditetapkan kepada HIDUP secara lalai.

Menanggalkan modul daripada tali pengikat

Anda perlu menanggalkan TomTom Touch anda daripada tali pengikat untuk mengecasnya atau menyambungkannya kepada MySports menggunakan komputer anda.

Untuk menanggalkan TomTom Touch anda daripada tali pengikat, lakukan perkara berikut:

1. Tekan bahagian atas modul dengan kuat sehingga modul keluar dari tali pengikat.

2. Untuk memasangkan modul TomTom Touch kembali pada tali pengikat, songsangkan langkah 1 dengan memasukkan modul dengan hujung butang dimasukkan ke dalam tali pengikat terlebih dahulu.

Mengecas Penjejak Kecergasan anda

Penting: Anda boleh mengecas TomTom Touch anda menggunakan komputer anda atau

menggunakan sebarang pengecas dinding USB.

Untuk mengecas TomTom Touch anda, lakukan perkara berikut:

Page 8: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

8

1. Tanggalkan TomTom Touch anda daripada tali pengikat. Untuk maklumat lanjut, lihat Menanggalkan penjejak kecergasan daripada tali.

2. Sambungkan modul pada penyambung kecil kabel USB mikro yang diberikan dalam kotak.

3. Sambungkan penyambung USB yang lebih besar sama ada pada komputer anda atau pengecas dinding.

4. TomTom Touch akan bermula dicas dan menunjukkan ikon animasi berikut:

Nota: Beberapa kabel USB mikro yang boleh dibeli tidak membenarkan KEDUA-DUA pengecasan dan pemindahan data. Kabel yang dibekalkan dalam kotak anda membenarkan kedua-dua

tindakan agar anda boleh memindahkan data menggunakan MySports Connect.

Storan data

TomTom Touch anda boleh menyimpan data aktiviti sukan untuk beberapa hari.

Apabila TomTom Touch disambung kepada MySports Connect atau Aplikasi Mudah Alih MySports, semua data aktiviti dialih keluar dan dimuat naik kepada akaun MySports anda secara automatik.

Maklumat bateri

Hayat bateri

Sehingga 5 hari.

Masa pengecasan

Cas sehingga 90%: 40 min

Cas sepenuhnya sehingga 100%: 1 jam

Petua untuk meningkatkan hayat bateri

Matikan Pemberitahuan Telefon.

Matikan pemantauan Denyutan Jantung Sepanjang Hari.

Pastikan TomTom Touch berada di dalam julat Bluetooth peranti mudah alih yang dipasangkan.

Melakukan set semula

Set semula lembut

Set semula lembut dilakukan pada setiap kali anda memutuskan sambungan TomTom Touch Fitness Tracker anda daripada pengecas dinding atau komputer.

Untuk melakukan set semula lembut, ikuti langkah berikut:

1. Sambungkan TomTom Touch anda pada pengecas dinding atau komputer.

Tunggu sehingga TomTom Touch anda menunjukkan simbol bateri.

Jika anda menggunakan komputer, tunggu sehingga MySports Connect selesai mengemas kini TomTom Touch anda.

2. Putuskan sambungan TomTom Touch anda daripada pengecas dinding atau komputer.

Perisian pada TomTom Touch anda akan bermula semula. Anda telah melengkapkan set semula lembut pada TomTom Touch anda.

Page 9: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

9

Set semula tetapan kilang

Penting: Apabila anda melakukan set semula tetapan kilang dalam MySports Connect, semua data peribadi dan tetapan akan dipadam daripada TomTom Touch anda. Tindakan ini tidak boleh dibuat

asal.

Anda seharusnya menggunakan set semula tetapan kilang sebagai jalan terakhir untuk memulihkan TomTom Touch anda atau jika anda benar-benar mahu membuang semua data dan tetapan anda.

Set semula tetapan kilang akan memasang semula perisian pada TomTom Touch anda dan ini akan membuang maklumat berikut:

Aktiviti anda.

Tetapan anda dalam TomTom Touch dan MySports Connect.

Nota: Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih MySports, anda perlu membuang maklumat TomTom Touch anda dalam telefon pintar anda kemudian memasangkannya sekali lagi seperti berikut:

Android - Dalam menu Tetapan Bluetooth peranti anda, batalkan perpasangan atau lupakan TomTom Touch anda,

iOS - Pergi ke skrin Tetapan Bluetooth iOS, klik pada ikon (i) di belakang nama TomTom Touch dan pilih Lupakan Peranti Ini.

Penting: Apabila anda melakukan set semula tetapan kilang, jangan putuskan sambungan TomTom Touch anda sebelum MySports Connect selesai memulihkan jam tangan anda. Ini mungkin mengambil masa beberapa minit. Semak sebarang mesej yang ditunjukkan dalam MySports Connect

sebelum memutuskan sambungan.

Untuk melakukan set semula tetapan kilang, ikuti langkah berikut:

1. Sambungkan TomTom Touch anda kepada komputer dan tunggu sehingga MySports Connect melengkapkan proses kemas kini.

2. Klik pada ikon roda bergerigi dalam MySports Connect untuk membuka menu Tetapan.

3. Klik pada butang Set Semula.

4. Pastikan TomTom Touch anda kekal bersambung apabila tetingkap MySports Connect ditutup.

MySports Connect memasangkan perisian pada TomTom Touch anda.

5. Pastikan TomTom Touch anda kekal bersambung apabila MySports Connect dibuka.

6. Ikuti arahan dalam MySports Connect untuk menyediakan TomTom Touch anda.

Penjejak Kecergasan anda dan air

TomTom Touch Fitness Tracker mematuhi standard IPx7 untuk kalis air, hal ini bermaksud anda boleh menggunakannya di luar bangunan semasa hujan dan memakainya semasa mandi tetapi TIDAK harus dipakai semasa berenang. Penjejak kecergasan tidak mengandungi penderia untuk mengukur metrik berenang.

Page 10: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

10

Muat turun TomTom MySports Connect

1. Untuk menyambungkan TomTom Touch anda pada komputer anda, tekan bahagian atas modul dengan kuat sehingga modul keluar dari tali pengikat.

2. Dengan kabel USB, sambungkan TomTom Touch anda pada komputer anda.

3. Tunggu sehingga TomTom Touch anda dicas. Ketik butang untuk melihat aras bateri.

Petua: Masa sehingga 40 min diperlukan untuk mengecas bateri sehingga 90% dan 1 jam untuk

mengecas sehingga 100%.

4. Muat turun dan pasangkan TomTom MySports Connect daripada tomtom.com/123/ kepada komputer anda.

Selepas pemasangan selesai, MySports Connect akan dibuka. Ikuti arahan pada skrin untuk bermula.

Seterusnya: Pendaftaran

Mula Pantas

Page 11: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

11

Pendaftaran

Semasa persediaan MySports Connect, laman web MySports akan dibuka.

Cipta akaun atau daftar masuk dengan akaun yang sedia ada.

Di laman web MySports, anda akan dapat melihat aktiviti, statistik dan kemajuan anda.

Penting: Anda harus menyambungkan TomTom Touch anda pada komputer dengan kerap untuk mengecas dan mendapatkan kemas kini perisian terkini.

Seterusnya: PILIHAN: Dapatkan aplikasi mudah alih MySports

PILIHAN: Dapatkan aplikasi mudah alih MySports

Penting: Walaupun anda boleh menggunakan TomTom Touch Fitness Tracker anda tanpa aplikasi mudah alih MySports, kami mengesyorkan pemasangan aplikasi mudah alih jika anda mempunyai

peranti mudah alih agar anda boleh memanfaatkan semua ciri yang tersedia.

Aplikasi mudah alih MySports membolehkan anda memuat naik dan menganalisis aktiviti anda dan melihat statistik anda semasa dalam perjalanan.

Muat turun aplikasi dan ikuti arahan pada skrin.

Google Play Store

Apple App Store

Petua: TomTom Touch anda menggunakan Tenaga Rendah Bluetooth (BLE) untuk berkomunikasi dengan aplikasi Mudah Alih TomTom MySports.

Seterusnya: Menggunakan penjejak kecergasan anda

Page 12: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

12

Menggunakan penjejak kecergasan anda

Ketik butang untuk mengaktifkan paparan dan melihat masa.

Seret ke skrin di bawah muka jam untuk melihat statistik aktiviti anda bagi langkah, kalori dibakar, jarak perjalanan, masa tidur dan masa aktif.

Seret ke skrin di atas muka jam untuk memulakan aktiviti, mengambil ukuran komposisi badan atau melihat denyutan jantung semasa anda.

Anda juga boleh menetapkan matlamat dalam aplikasi mudah alih MySports atau di laman web MySports. Anda boleh melihat kemajuan matlamat, denyutan jantung sepanjang hari dan arah aliran komposisi badan anda serta kemajuan keseluruhan dalam aplikasi mudah alih dan di laman web MySports.

Seterusnya: Menggunakan mod Sukan

Page 13: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

13

Menggunakan mod Sukan

Mod Sukan boleh digunakan untuk semua aktiviti sukan anda. Mod mula henti ini mencatatkan masa, denyutan jantung dan kalori yang dibakar berdasarkan denyutan jantung anda. Anda boleh menggunakan mod ini untuk sebarang sukan kecuali berenang dan sukan air.

Anda juga boleh menjejaki semua aktiviti anda dalam aplikasi MySports atau di laman web MySports.

Nota: TomTom Touch anda tidak mempunyai GPS jadi tidak dapat menjejaki jarak anda. Sebaliknya, jarak dikira daripada langkah anda.

Penting: Anda tidak boleh memakai TomTom Touch anda semasa berenang.

1. Untuk memulakan aktiviti dalam mod Sukan, seret ke salah satu skrin di atas jam yang menunjukkan ikon senaman.

2. Tekan butang untuk mula mencatatkan aktiviti.

Getaran mengesahkan bahawa aktiviti sedang dicatatkan.

3. Semasa mencatatkan aktiviti, tekan butang sekali untuk mengaktifkan skrin kemudian seret untuk melihat masa aktif, kalori yang dibakar dan denyutan jantung anda.

4. Untuk menghentikan catatan aktiviti, tekan butang sekali untuk mengaktifkan skrin dan tekan sekali lagi sehingga terdapat getaran.

Petua: Selepas anda bersenam, anda boleh kongsi aktiviti anda dalam media sosial.

Mengukur komposisi badan

TomTom Touch anda boleh mengukur komposisi badan anda. Komposisi badan ialah peratusan lemak badan dan jisim otot di dalam badan anda dan merupakan penunjuk utama bagi kecergasan.

Pada setiap kali anda mengambil bacaan komposisi badan, pakai penjejak kecergasan anda untuk sekurang-kurangnya 15 minit untuk memanaskannya.

Page 14: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

14

Penting: Untuk mendapatkan hasil yang tepat, ambil ukuran komposisi badan anda pada masa yang sama setiap hari.

Seret dua skrin ke atas skrin jam penjejak kecergasan anda yang menunjukkan tanda peratusan. Tekan dan tahan butang sehingga anda melihat tanda rait pada skrin. Sekarang, anda boleh melihat bacaan komposisi badan anda dalam aplikasi mudah alih dengan menuju ke menu Kemajuan, mengetik butang graf kelabu (bahagian atas kanan) dan memilih Badan.

Petua untuk mengukur komposisi badan

Pastikan lengan anda tidak menyentuh sisi badan anda dan pastikan pergelangan atau tangan anda tidak saling menyentuh kerana ini akan menyebabkan ukuran yang tidak tepat.

Page 15: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

15

Letakkan jari telunjuk anda pada butang, membentuk garis lurus dengan skrin penjejak. Pastikan anda menutup seluruh permukaan butang menggunakan jari anda.

Jika tanda pangkah ditunjukkan dan bukannya tanda rait, cuba basahkan jari anda agar anda boleh membasahkan bahagian kulit pada pergelangan anda yang menyentuh elektrod.

Page 16: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

16

Memasang dengan peranti iOS

Aplikasi mudah alih TomTom MySports membenarkan anda memuat naik data aktiviti anda daripada Penjejak Kecergasan TomTom Touch anda kepada TomTom MySports menggunakan telefon pintar anda. Anda juga dibenarkan untuk memuat naik kepada beberapa laman web lain secara automatik.

Jika versi aplikasi MySports yang lebih baru tersedia, anda boleh memuat turun daripada App Store. Jika versi perisian penjejak kecergasan yang lebih baru tersedia, anda boleh memuat turun menggunakan aplikasi desktop MySports Connect.

Untuk memasangkan peranti iOS anda dengan penjejak kecergasan anda, ikuti langkah berikut:

1. Penjejak kecergasan anda perlu disambung kepada sumber kuasa. Jika menyambung kepada komputer anda, tunggu sehingga aplikasi desktop MySports Connect selesai mengemas kini peranti anda sebelum meneruskan proses.

2. Pastikan terdapat sambungan Internet pada peranti iOS anda.

3. Pastikan penjejak kecergasan dan peranti iOS berdekatan satu sama lain.

4. Dalam Tetapan peranti iOS anda, pastikan Bluetooth dihidupkan.

5. Pada penjejak kecergasan anda, tekan butang untuk mengaktifkan skrin, seret skrin sehingga anda melihat ikon Bluetooth dan telefon pintar lalu tekan butang sekali lagi.

6. Mulakan aplikasi mudah alih MySports dan ketik Jalur pada skrin Aktifkan peranti anda.

7. Apabila nama penjejak kecergasan anda muncul, ketik padanya.

8. Pada peranti iOS anda, masukkan kod pin yang ditunjukkan pada penjejak kecergasan anda kemudian ketik Pasangkan.

Peranti seharusnya dipasangkan sekarang. Lihat maklumat berikut untuk mendapatkan arahan penyelesaian masalah jika anda menghadapi isu semasa memasangkan penjejak kecergasan anda.

Jika anda membuka aplikasi mudah alih pada telefon anda dan ia cuba menyambung kepada penjejak kecergasan anda, anda mungkin perlu mengaktifkan penjejak kecergasan dengan menekan butang.

Menyelesaikan masalah

Jika anda menghadapi isu semasa memasangkan penjejak kecergasan anda, ikuti arahan berikut:

Pastikan anda menggunakan versi aplikasi TomTom Touch yang terkini. Jika versi yang lebih baru tersedia, anda boleh memuat turun menggunakan aplikasi desktop MySports Connect.

Pastikan anda menggunakan versi aplikasi mudah alih yang terkini. Jika versi yang lebih baru tersedia, ia akan disenaraikan dalam App Store.

Lupakan penjejak kecergasan yang dipasangkan pada peranti iOS anda kemudian cuba pasangkannya sekali lagi:

1. Pergi ke skrin tetapan Bluetooth iOS pada peranti iOS anda, klik pada ikon (i) di belakang nama penjejak kecergasan dan pilih Lupakan Peranti Ini. Cuba pasangkan penjejak kecer-gasan anda sekali lagi dengan mengikuti arahan perpasangan di atas. Jika masih tidak ber-fungsi, teruskan dengan langkah penyelesaian masalah di bawah.

2. Mulakan semula peranti iOS anda.

3. Buang pemasangan dan pasang semula aplikasi mudah alih MySports daripada App Store.

4. Matikan Bluetooth dan hidupkannya semula.

Memasang dengan peranti mudah alih anda

Page 17: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

17

5. Mulakan semula penjejak kecergasan anda dengan menyambung kepada sumber kuasa.

Peranti iOS dan penjejak kecergasan anda kini diputuskan sambungan sepenuhnya dan diset semula.

6. Mulakan aplikasi mudah alih MySports pada peranti iOS anda.

7. Teruskan perpasangan seperti yang dijelaskan dalam arahan perpasangan di atas (dari langkah 5).

Memasang dengan peranti Andriod

Aplikasi mudah alih TomTom MySports membenarkan anda memuat naik data aktiviti anda daripada Penjejak Kecergasan TomTom Touch anda kepada TomTom MySports menggunakan telefon pintar anda. Anda juga dibenarkan untuk memuat naik kepada beberapa laman web lain secara automatik.

Sebelum anda memasangkan penjejak kecergasan anda dengan peranti Android anda, pastikan anda menggunakan versi aplikasi TomTom MySports yang terkini dan anda telah memasangkan versi perisian penjejak kecergasan yang terkini. Jika versi aplikasi MySports yang lebih baru tersedia, anda boleh memuat turun daripada Play Store. Jika versi perisian penjejak kecergasan yang lebih baru tersedia, anda boleh memuat turun menggunakan aplikasi desktop MySports Connect.

Untuk memasangkan peranti Android anda dengan penjejak kecergasan anda, ikuti langkah berikut:

1. Pastikan peranti Android anda serasi dengan aplikasi TomTom MySports. Anda boleh mendapat-kan maklumat tentang peranti yang serasi di Google Play.

2. Pastikan terdapat sambungan Internet pada peranti Telefon Pintar anda.

3. Penjejak kecergasan anda perlu disambung kepada sumber kuasa. Jika menyambung kepada komputer anda, tunggu sehingga aplikasi desktop MySports Connect selesai mengemas kini peranti anda sebelum meneruskan proses.

4. Pastikan penjejak kecergasan dan peranti Android berdekatan satu sama lain.

5. Hidupkan Bluetooth dalam Tetapan peranti Android anda.

6. Mulakan aplikasi mudah alih TomTom MySports pada peranti Android anda.

7. Pada penjejak kecergasan anda, tekan butang untuk mengaktifkan skrin, seret skrin sehingga anda melihat ikon Bluetooth dan telefon pintar lalu tekan butang sekali lagi.

8. Pada skrin Aktifkan peranti anda dalam aplikasi mudah alih anda, ketik Jalur.

Peranti Android anda akan menunjukkan Mencari.

9. Apabila nama jalur anda muncul, ketik padanya.

10. Apabila nama penjejak kecergasan anda muncul dalam senarai pada skrin Mencari, ketik padanya dan terima permintaan perpasangan.

Penting: Semak bar pemberitahuan Android anda untuk melihat permintaan perpasangan penjejak kecergasan. Pada sesetengah peranti Android, pemberitahuan perpasangan akan ditunjukkan dalam bar pemberitahuan Android selepas anda memilih penjejak kecergasan yang ingin disambungkan. Sesetengah peranti Android akan menunjukkan kotak timbul manakala sesetengah pula tidak akan menunjukkan apa-apa pun. Peranti yang menunjukkan permintaan perpasangan memerlukan anda menerima perpasangan dalam tempoh beberapa saat.

11. Dalam aplikasi mudah alih MySports, masukkan kod PIN yang ditunjukkan pada penjejak kecergasan anda.

12. Setelah aplikasi MySports dan penjejak kecergasan anda disambungkan, ketik Selesai.

Penjejak kecergasan anda dan aplikasi MySports kini dipasangkan. Jika anda menghadapi masalah semasa memasangkan penjejak kecergasan anda, sila lihat arahan penyelesaian masalah berikut.

Page 18: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

18

Jika anda membuka aplikasi mudah alih pada telefon anda dan ia cuba menyambung kepada penjejak kecergasan anda, anda mungkin perlu mengaktifkan penjejak kecergasan dengan menekan butang. Untuk menyegerak, tarik skrin Aktiviti dalam aplikasi ke bawah. Jika anda menghadapi isu semasa menyegerak dengan aplikasi, anda sentiasa boleh menyegerakkan aktiviti anda menggunakan aplikasi desktop MySports.

Jika anda menaik taraf versi peranti Android anda, biasanya anda perlu membatalkan perpasangan dan memasangkan semula penjejak kecergasan anda dengan mengikuti langkah di bawah.

Menyelesaikan masalah

Jika anda tidak dapat menyambungkan penjejak kecergasan anda kepada aplikasi MySports, anda disyorkan untuk membatalkan perpasangan sepenuhnya daripada peranti Android anda kemudian memasangkannya sekali lagi dengan mengikuti langkah berikut:

1. Dalam menu Tetapan Bluetooth peranti Android anda, batalkan perpasangan atau lupakan penjejak kecergasan anda. Cuba pasangkan penjejak kecergasan anda sekali lagi dengan mengikuti arahan perpasangan di atas. Jika masih tidak berfungsi, teruskan dengan langkah penyelesaian masalah di bawah.

2. Buang pemasangan dan pasang semula aplikasi mudah alih MySports daripada Play Store.

3. Mulakan semula peranti Android anda.

4. Matikan Bluetooth dan hidupkannya semula.

5. Mulakan semula penjejak kecergasan anda dengan menyambung kepada sumber kuasa.

Peranti Android dan penjejak kecergasan anda kini diputuskan sambungan sepenuhnya dan diset semula.

6. Mulakan aplikasi mudah alih MySports pada peranti Android anda.

7. Teruskan perpasangan seperti yang dijelaskan dalam arahan perpasangan di atas (dari langkah 7).

Page 19: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

19

Perihal penjejakan aktiviti

Anda boleh menggunakan TomTom Touch anda untuk menjejaki tahap keaktifan anda. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

Tetapkan matlamat badan untuk lemak, otot atau berat.

Tetapkan matlamat langkah untuk bilangan langkah setiap hari atau setiap minggu.

Tetapkan matlamat sukan untuk aktiviti seperti berbasikal, berlari atau aktiviti gim.

Jejaki masa aktif secara fizikal, langkah, kalori dibakar dan jarak bergerak.

Lihat kemajuan harian dan mingguan anda untuk matlamat anda yang ditetapkan.

Muat naik data penjejakan aktiviti anda ke laman web TomTom MySports dan aplikasi mudah alih TomTom MySports.

Menyemak aktiviti anda dalam MySports

Anda boleh melihat kemajuan anda berbanding matlamat penjejakan aktiviti harian anda pada halaman papan pemuka dalam aplikasi mudah alih MySports dan laman web MySports. Papan pemuka adalah terkini dan menunjukkan masa terakhir data disegerakkan daripada TomTom Touch anda.

Anda boleh mendapatkan butiran lanjut dalam bahagian Kemajuan apabila anda memilih Penjejakan Aktiviti sebagai jenis atau jika anda klik pada matlamat penjejakan aktiviti anda. Anda boleh mengubah metrik dengan mengklik pada label di bawah graf. Anda juga boleh mengubah tempoh masa kepada harian, mingguan, bulanan atau tahunan.

Menjejaki kecergasan anda

Page 20: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

20

Maklumat yang dicatatkan oleh TomTom Touch anda

TomTom Touch Fitness Tracker anda menjejaki masa tidur dan masa aktif, kalori yang dibakar, langkah dan jarak secara automatik. Pengiraan berdasarkan denyutan jantung terbina dalam dan penderia gerakan serta profil pengguna anda yang mengandungi maklumat umur, jantina, tinggi dan berat.

Nota: TomTom Touch anda tidak mengandungi cip GPS, jadi statistik jarak dianggarkan ber-dasarkan langkah anda.

Anda boleh melihat statistik harian anda dengan menyeret pada skrin di bawah muka jam pada TomTom Touch. Anda juga boleh melihat statistik anda di laman web MySports dan dalam aplikasi MySports apabila anda menyegerakkan TomTom Touch anda.

Dalam aplikasi dan laman web, anda boleh melihat statistik senaman khusus serta kemajuan keseluruhan dan kemajuan sebarang matlamat yang anda tetapkan.

Petua: Anda juga boleh melihat ukuran denyutan jantung 24/7 anda jika anda telah mendayakan Denyutan jantung sepanjang hari dalam menu Peranti aplikasi MySports.

Ketepatan Penjejakan Aktiviti

Penjejakan aktiviti bertujuan untuk memberikan maklumat untuk menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat. TomTom Touch Fitness Tracker anda menggunakan penderia dan pengiraan untuk menjejaki aktiviti anda. Data dan maklumat yang diberikan adalah bertujuan untuk anggaran aktiviti anda, tetapi mungkin tidak tepat sepenuhnya, termasuk data langkah, tidur, jarak dan kalori.

Menjejaki aktiviti anda sepanjang 24/7

1. Seret paparan untuk melihat metrik aktiviti anda.

Metrik ialah:

Langkah

Jarak perjalanan

Masa aktif

Masa tidur

Kalori yang dibakar

2. Jika anda mempunyai matlamat aktiviti harian, anda akan melihat ikon matlamat bulat di atas metrik pilihan anda dan di atas jam. Ikon matlamat ini akan diisi setiap hari apabila anda berusaha untuk mencapai matlamat anda.

Page 21: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

21

Petua: Anda boleh menetapkan matlamat anda dan melihat prestasi sejarah anda dalam aplikasi MySports atau di laman web MySports.

Menjejaki denyutan jantung anda

TomTom Touch anda mempunyai pemantauan denyutan jantung 24/7 yang merupakan pilihan. Apabila pemantauan denyutan jantung sepanjang hari dihidupkan, Penjejak Kecergasan anda boleh menyemak denyutan jantung anda secara tetap pada waktu siang dan waktu malam. Maklumat denyutan jantung akan menambah baik anggaran kalori dan masa aktif serta menunjukkan gambaran keseluruhan aktiviti anda pada waktu siang.

Nota: Untuk melanjutkan hayat bateri, matikan pemantauan Denyutan Jantung Sepanjang Hari apabila tidak digunakan. Ciri ini ditetapkan kepada HIDUP secara lalai.

Untuk melihat bacaan denyutan jantung segera, lakukan perkara berikut:

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke bawah sebanyak tiga kali sehingga anda melihat ikon hati.

3. Tunggu beberapa saat sehingga anda melihat denyutan jantung semasa anda dalam denyutan per minit (bpm).

4. Jika denyutan jantung anda tidak ditunjukkan, ketik butang untuk cuba lagi. Selain itu, anda boleh cuba mengetatkan TomTom Touch pada pergelangan anda atau melaraskannya sedikit ke atas pergelangan anda.

Melihat denyutan jantung anda pada aplikasi mudah alih MySports

Nota: Maklumat denyutan jantung sepanjang hari hanya tersedia dalam pandangan harian,

ditunjukkan setiap hari.

1. Pada skrin AKTIVITI, ketik Hari Ini.

2. Di bawah tarikh, leret ke kiri.

3. Ketik Purata Denyutan Jantung Semasa Rehat.

Apabila anda melihat denyutan jantung anda untuk sehari, anda akan melihat nilai denyutan jantung semasa rehat anda dan purata denyutan jantung semasa rehat yang dikira daripada ukuran tersebut. Anda juga boleh melihat denyutan jantung semasa rehat anda dalam pan-dangan minggu, bulan atau tahun.

Page 22: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

22

Melihat denyutan jantung anda pada laman web MySports

1. Pergi ke mysports.tomtom.com/app/progress.

2. Klik Semua sukan dan pilih Penjejakan aktiviti.

3. Klik Semua dan pilih Hari.

4. Di bahagian bawah halaman, pilih Purata Denyutan Jantung Semasa Rehat.

Apabila anda melihat denyutan jantung anda untuk sehari, anda akan melihat nilai denyutan jantung semasa rehat anda dan purata denyutan jantung semasa rehat yang dikira daripada ukuran tersebut. Anda juga boleh melihat denyutan jantung semasa rehat anda dalam pan-dangan minggu, bulan atau tahun.

Menjejaki langkah anda

Langkah dianggarkan menggunakan gerakan pergelangan dan matlamat lalai yang sebanyak 10,000 langkah setiap hari ditetapkan secara automatik untuk anda.

Petua: Langkah yang diambil semasa senaman akan disertakan dalam metrik penjejakan aktiviti keseluruhan.

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke atas sebanyak tiga kali sehingga anda melihat ikon langkah.

Page 23: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

23

Petua: Urutan skrin di bawah jam akan berubah bergantung pada matlamat yang anda tetap-kan.

Anda akan melihat bilangan langkah setakat hari berkenaan.

Nota: Kemajuan matlamat harian anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah malam setiap hari.

Melihat langkah anda dalam aplikasi mudah alih MySports

1. Pada skrin AKTIVITI, ketik Hari Ini.

2. Di bawah tarikh, leret ke kiri.

3. Ketik Langkah.

Anda juga boleh melihat langkah anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Melihat langkah anda di laman web MySports

1. Pergi ke mysports.tomtom.com/app/progress.

2. Klik Semua sukan dan pilih Penjejakan aktiviti.

3. Klik Semua dan pilih Hari.

4. Di bahagian bawah halaman, pilih Langkah.

Anda juga boleh melihat langkah anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Menjejaki kalori anda

Petua: Ukuran kalori anda merangkumi kalori yang dibakar untuk menyara badan anda yang dikenali sebagai Kadar Metabolisme Asas (BMR). Inilah sebab TomTom Touch anda menunjukkan

amaun kalori apabila anda bangun dari tidur dan masih belum melakukan sebarang aktiviti.

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke atas sehingga anda melihat ikon api.

Page 24: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

24

Petua: Urutan skrin di bawah jam akan berubah bergantung pada matlamat yang anda tetap-kan.

Anda akan melihat jumlah kalori yang dibakar setakat hari berkenaan.

Nota: Kemajuan matlamat harian anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah malam setiap hari.

Melihat kalori anda yang dibakar pada aplikasi mudah alih MySports

1. Pada skrin AKTIVITI, ketik Hari Ini.

2. Di bawah tarikh, leret ke kiri.

3. Ketik Tenaga.

Anda juga boleh melihat kalori yang dibakar anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Melihat kalori yang dibakar anda di laman web MySports

1. Pergi ke mysports.tomtom.com/app/progress.

2. Klik Semua sukan dan pilih Penjejakan aktiviti.

3. Klik Semua dan pilih Hari.

4. Di bahagian bawah halaman, pilih Tenaga.

Anda juga boleh melihat kalori yang dibakar anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Menjejaki masa aktif anda

Petua: Masa dikelaskan sebagai ‘aktif’ apabila kadar langkah atau gerakan anda melebihi ambang

tertentu untuk lebih daripada 10 saat.

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke atas sebanyak tiga kali sehingga anda melihat ikon masa.

Page 25: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

25

Petua: Urutan skrin di bawah jam akan berubah bergantung pada matlamat yang anda tetap-kan.

Anda akan melihat masa aktif setakat hari berkenaan.

Nota: Kemajuan matlamat harian anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah malam setiap hari.

Melihat masa aktif anda dalam aplikasi mudah alih MySports

1. Pada skrin AKTIVITI, ketik Hari Ini.

2. Di bawah tarikh, leret ke kiri.

3. Ketik Masa Aktif.

Anda juga boleh melihat masa aktif anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Melihat masa aktif anda di laman web MySports

1. Pergi ke mysports.tomtom.com/app/progress.

2. Klik Semua sukan dan pilih Penjejakan aktiviti.

3. Klik Semua dan pilih Hari.

4. Di bahagian bawah halaman, pilih Masa Aktif.

Anda juga boleh melihat masa aktif anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Menjejaki jarak anda

Petua: Langkah dianggarkan menggunakan gerakan pergerakan dan langkah digunakan untuk

menganggarkan jarak perjalanan.

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke atas sebanyak empat kali sehingga anda melihat ikon jarak.

Page 26: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

26

Petua: Urutan skrin di bawah jam akan berubah bergantung pada matlamat yang anda tetap-kan.

Anda akan melihat jarak setakat hari berkenaan.

Nota: Kemajuan matlamat harian anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah malam setiap hari.

Melihat jarak anda dalam aplikasi mudah alih MySports

1. Pada skrin AKTIVITI, ketik Hari Ini.

2. Di bawah tarikh, leret ke kiri.

3. Ketik Jarak.

Anda juga boleh melihat jarak anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Melihat jarak anda di laman web MySports

1. Pergi ke mysports.tomtom.com/app/progress.

2. Klik Semua sukan dan pilih Penjejakan aktiviti.

3. Klik Semua dan pilih Hari.

4. Di bahagian bawah halaman, pilih Jarak.

Anda juga boleh melihat masa aktif anda dalam pandangan minggu, bulan atau tahun.

Menjejaki tidur anda

Perihal menjejaki tidur

Anda boleh menjejaki masa tidur anda menggunakan TomTom Touch anda. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

Jejaki tempoh masa tidur anda bagi setiap hari, minggu, bulan atau tahun.

Anda boleh memuat naik metrik penjejakan tidur anda ke laman web TomTom MySports dan aplikasi mudah alih TomTom MySports.

Penjejak kecergasan anda mengukur masa tidur berdasarkan gerakan dan jika anda tidak bergerak selepas tempoh masa tertentu pada waktu tengah hari, anda akan dianggap sebagai sedang tidur.

Page 27: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

27

Hari akan diset semula pada 4.00pm (16:00) dan penjejak kecergasan anda akan mula mengira malam baru pada takat tersebut.

Menjejaki tidur anda

Untuk menjejaki tidur, anda perlu memakai TomTom Touch anda semasa tidur. Untuk melihat tempoh masa tidur anda pada malam semalam, lakukan perkara berikut:

1. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

2. Daripada skrin jam, seret ke atas sebanyak lima kali sehingga anda melihat ikon tidur.

Petua: Urutan skrin di bawah jam akan berubah bergantung pada matlamat yang anda tetap-

kan.

Anda akan melihat amaun masa tidur anda untuk malam semalam.

Nota: Kemajuan matlamat harian anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah malam setiap hari.

Untuk menghidupkan atau mematikan penjejakan tidur, lihat: Penjejakan tidur.

Melihat aktiviti tidur anda dalam aplikasi mudah alih

1. Pada telefon atau tablet anda, ketik Kemajuan.

2. Ketik panel Tidur.

3. Leret untuk bergerak antara graf yang menunjukkan masa tidur hari ini dan masa tidur semalam.

4. Ketik Hari atau Minggu atau Bulan atau Tahun untuk menunjukkan graf tidur anda bagi tempoh masa tersebut.

Page 28: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

28

Menggunakan mod Sukan

Mod Sukan boleh digunakan untuk semua aktiviti sukan anda. Mod mula henti ini mencatatkan masa, denyutan jantung dan kalori yang dibakar berdasarkan denyutan jantung anda. Anda boleh menggunakan mod ini untuk sebarang sukan kecuali berenang dan sukan air.

Anda juga boleh menjejaki semua aktiviti anda dalam aplikasi MySports atau di laman web MySports.

Nota: TomTom Touch anda tidak mempunyai GPS jadi tidak dapat menjejaki jarak anda. Sebaliknya, jarak dikira daripada langkah anda.

Penting: Anda tidak boleh memakai TomTom Touch anda semasa berenang.

1. Untuk memulakan aktiviti dalam mod Sukan, seret ke salah satu skrin di atas jam yang menunjukkan ikon senaman.

2. Tekan butang untuk mula mencatatkan aktiviti.

Getaran mengesahkan bahawa aktiviti sedang dicatatkan.

3. Semasa mencatatkan aktiviti, tekan butang sekali untuk mengaktifkan skrin kemudian seret untuk melihat masa aktif, kalori yang dibakar dan denyutan jantung anda.

4. Untuk menghentikan catatan aktiviti, tekan butang sekali untuk mengaktifkan skrin dan tekan sekali lagi sehingga terdapat getaran.

Petua: Selepas anda bersenam, anda boleh kongsi aktiviti anda dalam media sosial.

Perihal anggaran kalori

Kalori dianggarkan berdasarkan jantina anda, berat anda dan keamatan serta tempoh senaman.

Untuk Mod Sukan, denyutan jantung digunakan untuk menganggarkan kalori.

Mod sukan

Page 29: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

29

Pengiraan kalori untuk TomTom Touch Fitness Tracker berdasarkan jadual MET daripada Ainsworth BE, Haskell WL, Herrmann SD, Meckes N, Bassett Jr DR, Tudor-Locke C, Greer JL, Vezina J, Whitt-Glover MC, Leon AS. 2011 Compendium of Physical Activities: kemas kini kedua kod dan nilai MET. Medicine and Science in Sports and Exercise, 2011;43(8):1575-1581.

Page 30: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

30

Perihal matlamat

Anda boleh menetapkan matlamat harian, matlamat sukan dan matlamat badan menggunakan aplikasi mudah alih MySports atau laman web MySports. Bahagian aplikasi MySports dijelaskan di bawah dan terdapat banyak persamaan dengan laman web MySports.

Penting: Matlamat baru atau perubahan pada matlamat sedia ada akan disegerakkan dengan TomTom Touch anda pada kali berikut anda menyambungkannya pada Aplikasi MySports atau

MySports Connect.

1. Status peranti mudah alih - ikon ini menjadi warna biru semasa penyegerakan dengan TomTom Touch anda.

2. Ikon matlamat mingguan - KETIK pada atau ke dalam ikon matlamat mingguan untuk melihat carta kemajuan mingguan anda.

3. Metrik matlamat mingguan - menunjukkan metrik matlamat anda disenaraikan di bahagian bawah.

4. Matlamat lemak badan - menunjukkan lemak badan semasa anda daripada bacaan komposisi badan terakhir anda yang berkaitan dengan matlamat anda.

5. Aktiviti sebelumnya - aktiviti anda yang sebelumnya dengan jarak dan tempoh.

6. Ikon metrik matlamat harian - KETIK pada atau ke dalam ikon matlamat harian untuk melihat carta kemajuan harian anda. Metrik matlamat anda juga disenaraikan di bahagian bawah.

7. Garis ungu - menunjukkan bahawa anda telah melebihi matlamat. Garis ungu bertindih dengan garis hijau apabila anda melebihi matlamat anda.

Menetapkan matlamat

Page 31: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

31

8. Garis hijau - menunjukkan bahawa anda telah melengkapkan sebahagian daripada matlamat anda.

9. Menu - ketik untuk melihat menu ke bawah utama.

Menetapkan matlamat penjejakan aktiviti

Nota: Anda tidak boleh menetapkan matlamat terus pada TomTom Touch anda, anda perlu menggunakan aplikasi MySports atau laman web MySports.

Matlamat penjejakan aktiviti sebanyak 10,000 langkah telah dipratetap secara automatik untuk anda. Anda juga akan melihat jemputan untuk menyediakan matlamat penjejakan aktiviti apabila anda menyediakan TomTom Touch anda.

Untuk menukar atau menetapkan matlamat penjejakan aktiviti untuk sehari, lakukan perkara berikut dalam aplikasi MySports:

1. Dalam menu, ketik MATLAMAT.

Anda akan melihat skrin yang menunjukkan matlamat Langkah anda di bahagian atas dan tanda tambah yang digunakan untuk menambahkan matlamat sukan atau matlamat badan.

2. Ketik ikon pensel di bawah matlamat Langkah.

3. Pilih metrik yang ingin diubah daripada: Langkah, Jarak, Tempoh atau Tenaga. Dalam contoh ini, kami memilih Langkah dan pilihan tersebut diserlahkan.

4. Tatal ke bawah dan ubah bilangan langkah.

5. Ketik Selesai.

6. Secara alternatif, ketik Nyahdayakan Matlamat untuk mematikan matlamat.

Petua: Anda juga boleh menetapkan matlamat di laman web MySports.

Nota: Kemajuan matlamat penjejakan aktiviti anda akan ditetapkan kepada sifar pada tengah

malam setiap hari.

Penting: Matlamat baru atau perubahan pada matlamat sedia ada akan disegerakkan dengan TomTom Touch anda pada kali berikut anda menyambungkannya.

Menetapkan matlamat sukan

Nota: Anda tidak boleh menetapkan matlamat terus pada TomTom Touch anda, anda perlu menggunakan aplikasi MySports atau laman web MySports.

Mod Sukan boleh digunakan untuk semua aktiviti sukan anda. Mod mula henti ini mencatatkan masa, denyutan jantung dan kalori yang dibakar berdasarkan denyutan jantung anda. Anda boleh menggunakan mod ini untuk sebarang sukan kecuali berenang dan sukan air.

Untuk menetapkan matlamat Sukan, lakukan perkara berikut dalam aplikasi MySports:

1. Dalam menu, ketik MATLAMAT.

Anda akan melihat skrin yang menunjukkan matlamat Langkah anda di bahagian atas dan tanda tambah yang digunakan untuk menambahkan matlamat sukan atau matlamat badan.

2. Tatal ke bawah dan ketik tanda tambah untuk menambahkan matlamat Sukan.

3. Pilih aktiviti anda daripada pilihan yang merangkumi: Larian, Tunggangan, Treadmil dll. Dalam contoh ini, kami memilih Larian dan pilihan tersebut diserlahkan.

4. Tatal ke bawah dan ketik gabungan Metrik, Tempoh Masa dan Sasaran bagi setiap aktiviti:

Aktiviti - tetapkan sasaran bilangan kali anda ingin lakukan aktiviti tersebut dalam seminggu atau sebulan.

Jarak - tetapkan sasaran jarak untuk dicapai dalam seminggu atau sebulan.

Tempoh - tetapkan sasaran tempoh masa untuk aktiviti tersebut dalam seminggu atau sebulan.

Page 32: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

32

5. Apabila selesai, tatal ke bawah dan ketik Selesai.

Petua: Anda juga boleh menetapkan matlamat di laman web MySports.

Penting: Matlamat baru atau perubahan pada matlamat sedia ada akan disegerakkan dengan TomTom Touch anda pada kali berikut anda menyambungkannya.

Contoh gambaran keseluruhan mod Sukan dan graf Denyutan Jantung Semasa Rehat

Menetapkan matlamat badan

Nota: Anda tidak boleh menetapkan matlamat terus pada TomTom Touch anda, anda perlu

menggunakan aplikasi MySports atau laman web MySports.

Untuk menjejaki kemajuan anda, anda boleh menetapkan matlamat badan menggunakan MySports. Anda sama ada boleh menetapkan peratusan lemak badan/otot atau matlamat berat.

Untuk menetapkan matlamat Badan, lakukan perkara berikut dalam aplikasi MySports:

1. Dalam menu, ketik MATLAMAT.

Anda akan melihat skrin yang menunjukkan matlamat Langkah anda di bahagian atas dan tanda tambah yang digunakan untuk menambahkan matlamat sukan atau matlamat badan.

2. Tatal ke bawah dan ketik tanda tambah untuk menambahkan matlamat Badan.

Page 33: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

33

3. Pilih metrik anda daripada pilihan: Berat, Lemak badan atau Otot. Dalam contoh ini, kami akan memilih Berat.

4. Tatal ke bawah dan tetapkan berat sasaran anda.

Petua: Anda boleh mengubah unit berat anda dalam Profil Anda dalam aplikasi MySports atau dalam laman web MySports.

5. Apabila selesai, tatal ke bawah dan ketik Selesai.

Petua: Anda juga boleh menetapkan matlamat di laman web MySports.

Penting: Matlamat baru atau perubahan pada matlamat sedia ada akan disegerakkan dengan

TomTom Touch anda pada kali berikut anda menyambungkannya.

Page 34: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

34

Perihal komposisi badan

Bagaimanakah ukuran komposisi badan dilakukan?

Ciri komposisi badan berfungsi dengan menghantarkan arus elektrik kecil yang tidak berbahaya melalui badan anda. Arus mengalir melalui otot dengan lebih mudah dibandingkan dengan lemak. Jadi, dengan mengukur jumlah aliran arus pada pelbagai frekuensi, anggaran peratusan lemak badan dan otot dapat dikira. Komposisi badan anda yang lain akan tergolong dalam kategori “lain”, seperti air dan tulang. Jumlah hasil komposisi badan anda untuk lemak badan, otot dan “lain” ialah 100%.

Ukuran komposisi badan anda disimpan oleh TomTom Touch anda kemudian dipindahkan kepada aplikasi MySports dan laman web MySports yang boleh anda rujukkan bersama-sama maklumat langkah, kalori, jarak dan metrik masa aktif anda. Hal ini bermaksud anda boleh menjejaki usaha dan hasil anda di satu tempat.

Mengapakah kita mengukur komposisi badan?

Pengukuran komposisi badan anda akan memberi anda hasil lebih relevan yang bukan sekadar menimbang atau mengukur BMI (indeks jisim tubuh) anda. Oleh sebab otot lebih berat daripada lemak, badan anda mungkin menjadi lebih berat daripada latihan kekuatan tetapi anda kelihatan lebih kurus. Melalui ukuran komposisi badan anda dari semasa ke semasa, anda akan dapat melihat sama ada peratusan otot dan lemak anda meningkat atau menurun dan anda akan mempunyai gambaran yang lebih tepat terhadap perubahan badan anda.

Ketepatan ukuran

Semasa merujuk kepada ukuran komposisi badan, perkara yang harus diberikan perhatian ialah arah aliran lawan masa. Banyak faktor seperti senaman, makanan dan tahap penghidratan boleh mempengaruhi ukuran lalu menyebabkan turun naik harian. Anda akan dapat melihat cara perubahan peratusan lemak dan otot anda melalui masa dalam aplikasi MySports atau di laman web MySports.

Kami mengesyorkan anda mengukur komposisi badan anda pada masa yang sama setiap hari dan mengikuti langkah dalam Mengukur komposisi badan.

Mengukur komposisi badan

Penting: Apabila anda mengambil ukuran komposisi badan, anda membuat ukuran pada TomTom Touch anda tetapi hasil HANYA ditunjukkan pada telefon anda dalam Aplikasi Mudah Alih MySports atau di laman web MySports.

Untuk mendapatkan ukuran yang tepat, ikuti langkah berikut.

1. Pakai penjejak kecergasan anda untuk sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil ukuran.

Petua: 15 min membolehkan elektrod pada pergelangan anda mendapatkan suhu kulit untuk hasil yang tepat.

Penting: Untuk mendapatkan hasil yang tepat, ambil ukuran komposisi badan anda pada masa

yang sama setiap hari.

2. Aktifkan TomTom Touch anda dengan menekan butang.

3. Seret dua skrin ke atas skrin jam penjejak kecergasan anda yang menunjukkan tanda peratusan.

Komposisi badan

Page 35: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

35

4. Lengan anda tidak harus menyentuh sisi badan anda, dan tangan dan pergelangan anda tidak harus saling menyentuh. Hal ini boleh menyebabkan arus melalui laluan yang lebih pendek lalu memberikan hasil yang tidak tepat.

5. Tekan butang dengan hujung jari telunjuk anda untuk kira-kira 10 saat sehingga tanda rait muncul pada skrin.

6. Pastikan anda meliputi seluruh butang dengan hujung jari anda dan jari anda membentuk garis lurus dengan paparan penjejak kecergasan anda.

Petua: Jika anda melihat tanda pangkah pada skrin dan bukannya tanda rait, cuba basahkan sedikit bahagian pergelangan anda yang menyentuh elektrod dan penghujung jari telunjuk

anda.

Page 36: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

36

7. Pergi ke aplikasi Mudah Alih MySports untuk melihat ukuran komposisi badan anda dan kemajuan matlamat anda:

Ketik ikon menu kemudian Kemajuan > butang Penapis> Badan dalam Aktiviti atau pilih matlamat Lemak Badan dengan mengklik padanya. Anda boleh melihat peratusan lemak badan dan otot anda serta arah aliran lawan masa.

Petua untuk mengukur komposisi badan

Arah aliran ukuran keseluruhan adalah lebih tepat jika anda membuat ukuran pada masa yang sama setiap hari.

Waktu pagi merupakan masa yang paling sesuai untuk mengambil ukuran, selepas anda pergi ke bilik air tetapi sebelum makan, minum, mandi atau senaman.

Untuk wanita, ukuran akan menjadi kurang tepat jika diambil semasa haid kerana secara umumnya imbangan bendalir dalam badan anda akan terjejas.

Komposisi badan tidak dapat diukur secara tepat semasa hamil atau jika anda mempunyai implan logam yang besar di dalam badan anda atas sebab pembedahan.

Komposisi badan ideal anda

Komposisi badan ideal mungkin berbeza-beza bagi setiap orang, jadi kami tidak dapat memberikan anda anggaran yang tepat.

Page 37: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

37

TomTom Touch Fitness Tracker direka untuk membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang cara perubahan kesihatan dan badan anda melalui masa. Untuk kemudahan anda, kami menyediakan graf yang menunjukkan perubahan pada komposisi badan anda untuk julat masa terpilih. Anda boleh melihat graf ini di laman web MySports dan dalam aplikasi mudah alih MySports dalam tab Kemajuan.

Anda juga boleh menetapkan matlamat badan seperti berat atau peratusan lemak tertentu dengan memilih Matlamat di laman web atau dalam aplikasi. Setelah matlamat ditetapkan, anda boleh melihat kemajuan matlamat anda serta data aktiviti anda yang lain.

Jika anda menginginkan makluman peribadi berkaitan komposisi badan anda, kami mengesyorkan anda berunding dengan jurulatih peribadi yang berlesen atau pakar perubatan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang komposisi badan dalam Artikel - Mengukur dan Menilai Komposisi Badan ini dari American College of Sports Medicine serta sumber dalam talian lain.

Keselamatan dan komposisi badan

Arus yang dihantar melalui badan anda semasa mengukur komposisi badan menggunakan TomTom Touch Fitness Tracker tidak mendatangkan sebarang bahaya. Walau bagaimanapun, jika anda hamil, menggunakan perentak jantung atau peranti perubatan dalaman yang lain, sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum penggunaan.

Penting: Komposisi badan tidak dapat diukur secara tepat semasa hamil atau jika anda mempunyai

implan logam yang besar di dalam badan anda atas sebab pembedahan.

Artikel - Mengukur dan Menilai Komposisi Badan

Artikel ini direplikakan dalam bentuk lengkap dari laman web American College of Sports Medicine di:

http://www.acsm.org/public-information/articles/2012/01/12/measuring-and-evaluating-body-composition

Mengukur dan Menilai Komposisi Badan

11 Jan, 2012

Ditulis oleh Tiffany Esmat PhD

Apakah maksud sebenar nombor yang ditunjukkan pada alat menimbang berat? Dari segi kesihatan secara keseluruhan, berat tidaklah sepenting komposisi berat tersebut. Perkara yang harus diutamakan ialah komposisi badan kita dan bukannya penjejakan berat. Penggunaan alat menimbang berat cuma memberi kita maklumat tentang jumlah berat semua tisu badan kita. Berat mungkin turun naik sepanjang hari bergantung pada waktu, status penghidratan atau pakaian kita. Komposisi badan sebaliknya menunjukkan perkadaran relatif untuk jisim lemak dan jisim tanpa lemak di dalam badan. Jisim lemak terdiri daripada dua jenis lemak: lemak perlu dan lemak tidak perlu. Jisim tanpa lemak yang merupakan komponen kedua dalam komposisi badan merujuk kepada tulang, tisu, organ dan otot.

Lemak perlu ialah amaun lemak minimum yang diperlukan untuk fungsi fisiologi yang biasa. Untuk lelaki dan wanita, nilai lemak perlu secara lazimnya ialah 3% dan 12% masing-masing. Lemak yang melebihi amaun minimum akan dirujuk sebagai lemak tidak perlu. Julat 10-22 peratus untuk lelaki dan 20-32 peratus untuk wanita biasanya boleh diterima sebagai memuaskan untuk kesihatan yang baik.

Page 38: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

38

Komposisi badan dalam julat yang disyorkan menandakan bahawa anda berisiko rendah untuk menghidapi penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser. Selain itu, walaupun kita menghadapi risiko apabila komposisi badan kita terlalu tinggi, kita turut menghadapi risiko yang berlainan apabila komposisi badan kita terlalu rendah. Apabila amaun lemak perlu kita kurang daripada paras yang disyorkan, kita akan mendatangkan kesan negatif kepada penghantaran vitamin kepada organ, keupayaan sistem pembiakan berfungsi dan kesejahteraan keseluruhan kita.

Bagaimanakah anda boleh menentukan komposisi badan anda? Komposisi badan boleh dianggarkan melalui pelbagai teknik seperti ujian berdasarkan medan yang hanya memerlukan kalkulator atau pita pengukur ataupun ujian lanjutan dalam seting klinikal atau makmal yang dilakukan oleh juruteknik terlatih. Kaedah yang biasa untuk menerokai paras keadiposan termasuklah indeks jisim tubuh (BMI), lilitan pinggang, lipatan kulit, analisis impedans bioelektrik dan BOD POD.

Dua teknik yang tidak menilai peratusan lemak badan tetapi mungkin berguna ialah BMI dan lilitan pinggang. BMI digunakan untuk menilai berat berhubungan dengan tinggi dan dikira dengan membahagikan berat dalam unit kilogram (kg) dengan tinggi dalam unit meter kuasa dua (kg m-2). BMI yang bernilai 25 atau lebih tinggi dikelaskan sebagai terlampau berat manakala BMI yang bernilai 30 atau lebih tinggi dikelaskan sebagai obes. Walaupun BMI boleh memberikan gambaran umum bagi risiko yang meningkat terhadap masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, namun BMI tidak membezakan komposisi berat anda. Ukuran lilitan pinggang memberikan maklumat bagi risiko yang meningkat terhadap penyakit yang berkaitan dengan obesiti melalui lokasi lemak yang berlebihan. Lilitan pinggang boleh diukur dengan melilitkan pitar pengukur kain di sekeliling bahagian pinggang yang paling kecil sementara berdiri secara mengendur. Lilitan pinggang seharusnya bernilai sama dengan atau kurang daripada 40 inci untuk lelaki dan 35 inci untuk wanita. Obesiti Android yang dikelaskan sebagai berat berlebihan di bahagian batang tubuh mungkin menyebabkan seseorang individu berisiko lebih tinggi untuk menghidapi tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, diabetes jenis 2, kolesterol tinggi, penyakit arteri koronari dan kematian pramatang.

Peratusan lemak badan boleh dianggarkan melalui banyak teknik yang sama ada ringkas atau rumit. Artikel ini menjelaskan tiga teknik biasa yang boleh anda gunakan: ukuran lipatan kulit, ukuran BOD POD dan analisis impedans bioelektrik (BIA). Peratusan lemak badan boleh dianggarkan menggunakan angkup untuk mengukur ketebalan lipatan kulit pada bahagian badan yang berlainan. Jumlah lipatan kulit yang diambil pada bahagian berlainan boleh ditukar untuk mengira peratusan lemak badan. Teknik ini agak pantas dan tepat. Walau bagaimanapun, ukuran seharusnya diambil oleh juruteknik yang terlatih. Jika ukuran tidak diambil dengan betul atau formula yang salah digunakan, anda akan memperoleh hasil yang tidak tepat. Satu lagi pendekatan “teknologi tinggi” yang agak baru untuk penilaian komposisi badan ialah BOD POD. Unit kaca gentian ini direka untuk mengukur berat badan dan isi padu badan (iaitu, jumlah saiz badan). Oleh sebab lemak kurang tumpat daripada tisu tanpa lemak, nisbah berat kepada isi padu boleh digunakan untuk meramal-kan peratusan lemak badan. Satu lagi teknik yang kerap digunakan di kemudahan kecergasan ialah BIA. Prinsip di sebalik teknik ini ialah kandungan air di dalam lemak adalah sedikit, kebanyakan air di dalam badan ialah bahagian tanpa lemak. Oleh itu, apabila arus elektrik menyentuh lemak, rintangan adalah lebih tinggi. Lemak badan boleh dianggarkan dengan mengukur kemudahan arus mengalir melalui badan.

Pengiraan peratusan lemak badan melalui mana-mana teknik ini sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar kesihatan dan kecergasan yang terlatih. Mereka bukan sahaja dapat membuat penilaian yang tepat, mereka juga dapat menjelaskan hasil tersebut kepada anda. Dapatkan nasihat daripada kemudahan kecergasan setempat anda untuk mengetahui kaedah penilaian yang tersedia untuk anda.

Page 39: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

39

Apakah yang boleh anda lakukan dengan hasil anda? Hasil penilaian komposisi badan anda boleh digunakan untuk mengenal pasti risiko, memperibadikan program senaman anda atau menilai keberkesanan program senaman dan pemakanan yang sedang anda ikuti. Jika anda mendapati bahawa anda tergolong dalam kategori sihat, maka teruskanlah amalan senaman dan pemakanan anda. Jika anda mendapati bahawa komposisi badan anda boleh ditambah baik, tentukan perkara yang boleh dilakukan untuk membuat perubahan yang positif terhadap tahap aktiviti dan pemakanan anda. Jangan sekadar gunakan alat menimbang berat untuk menilai komposisi badan. Ingatlah, mungkin nombor yang ditunjukkan pada alat menimbang berat malar tetapi jisim lemak dan jisim tanpa lemak berubah. Perubahan komposisi badan memerlukan masa dan usaha yang dedikasi, namun kesan yang positif terhadap kesihatan dan kualiti hidup adalah berbaloi. Senaman dan aktiviti yang tetap serta pemakanan seimbang yang sihat merupakan kunci untuk mencapai dan mengekalkan komposisi badan yang sihat.

Carta Peratusan Komposisi Badan ACE

Carta peratusan lemak badan ini diambil daripada American Council on Exercise.

Nota: Jadual ini memberikan anggaran dan garis panduan yang umum. Berunding dengan pakar

perubatan anda untuk menentukan garis panduan yang sesuai untuk anda.

CARTA PERATUSAN LEMAK BADAN IDEAL (American Council on Exercise)

Perihalan Lelaki Wanita

Lemak perlu

2-5% 10-13%

Atlet

6-13% 14-20%

Kecergasan

14-17% 21-24%

Purata

18-24% 25-31%

Obes

25%+ 32%+

Page 40: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

40

Menerima pemberitahuan telefon

Pemberitahuan panggilan

Apabila anda menerima panggilan, TomTom Touch anda akan bergetar dan ikon panggilan akan muncul untuk menunjukkan bahawa terdapat panggilan masuk. Anda boleh menyeret ke bawah untuk menutup ikon atau mengabaikannya.

Pemberitahuan mesej teks (SMS)

Apabila anda menerima mesej SMS, TomTom Touch anda akan bergetar dan ikon mesej akan muncul untuk menunjukkan bahawa terdapat mesej baru. Anda boleh menyeret ke bawah untuk menutup ikon atau mengabaikannya.

Pemberitahuan telefon

Page 41: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

41

Perihal tetapan

Semua tetapan untuk TomTom Touch anda ditetapkan menggunakan Aplikasi Mudah Alih MySports atau di laman web MySports.

Tetapan berikut tersedia untuk TomTom Touch anda:

Denyutan jantung sepanjang hari

Pemberitahuan telefon

Profil

Keutamaan

Zon denyutan jantung

Denyutan jantung sepanjang hari

Untuk menghidupkan atau mematikan pemantauan denyutan jantung sepanjang hari, lakukan perkara berikut:

1. Buka aplikasi MySports dalam telefon bimbit anda.

2. Ketik PERANTI.

3. Gerakkan gelangsar untuk Denyutan Jantung Sepanjang Hari.

Petua: Matikan pemantauan denyutan jantung sepanjang hari apabila tidak digunakan untuk melanjutkan hayat bateri.

Lihat: Menjejaki denyutan jantung anda

Pemberitahuan telefon

Untuk menghidupkan atau mematikan pemberitahuan telefon, lakukan perkara berikut:

1. Buka aplikasi MySports dalam telefon bimbit anda.

2. Ketik PERANTI.

3. Gerakkan gelangsar untuk Pemberitahuan telefon.

Lihat: Menerima pemberitahuan telefon

Profil

Anda perlu menyediakan profil anda menggunakan aplikasi MySports atau di laman web MySports. Profil anda dihantar kepada TomTom Touch pada setiap kali anda menyambung kepada MySports.

Pilih pilihan berikut untuk menetapkan butiran anda dalam setiap kes:

NAMA

JANTINA

TARIKH LAHIR

TINGGI

BERAT

Maklumat daripada profil anda digunakan untuk perkara berikut:

Tarikh lahir membolehkan TomTom Touch anda mengira umur anda yang boleh digunakan untuk menganggarkan denyutan jantung maksimum anda.

Tetapan

Page 42: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

42

Berat dan jantina diperlukan untuk mengira kalori dengan lebih tepat.

Untuk komposisi badan anda, maklumat seperti jantina, tinggi, berat dan umur perlu diambil kira.

Penting: TomTom Touch anda dipaut kepada profil anda. Jika anda membenarkan orang lain mengambil ukuran komposisi badan menggunakan peranti anda, mereka mungkin memperoleh hasil yang tidak tepat kerana hasil tersebut dikira menggunakan butiran profil anda (jantina, tinggi, berat

dan umur).

Keutamaan

Terdapat set keutamaan boleh diubah yang boleh diakses melalui cara berikut:

Laman web MySports

Klik pada Nama anda (sudut atas kanan) > Tetapan > tab Keutamaan.

Aplikasi MySports

Ketik ikon menu > Akaun > Profil > Keutamaan.

Anda boleh menetapkan keutamaan berikut:

PAPARAN TARIKH

PAPARAN MASA

UNIT BERAT

UNIT JARAK

UNIT TENAGA

Zon denyutan jantung

Anda boleh mengubah julat zon denyutan jantung anda di laman web MySports.

Klik pada Nama anda (sudut atas kanan) > Tetapan > tab Zon Denyut Jantung.

Page 43: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

43

Nota: Akaun MySports berbeza dengan akaun TomTom atau MyDrive. Tiada perkaitan antara ketiga-tiga akaun tersebut. Anda boleh mengaitkan berbilang peranti dengan satu akaun

MySports.

Akaun TomTom MySports anda adalah lokasi storan berpusat untuk semua maklumat latihan dan kecergasan anda.

Untuk mencipta akaun, klik butang dalam TomTom MySports Connect, atau pergi terus ke laman web: mysports.tomtom.com

Seperti yang anda boleh lihat daripada gambar rajah di bawah, anda boleh memindahkan aktiviti anda kepada akaun MySports sama ada menggunakan TomTom MySports Connect atau aplikasi TomTom MySports.

Jika anda memindahkan aktiviti anda kepada akaun TomTom MySports anda, anda boleh menyim-pan, menganalisis dan melihat aktiviti anda yang terdahulu. Anda boleh melihat semua metrik yang berkaitan dengan aktiviti anda.

Akaun TomTom MySports

Page 44: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

44

TomTom MySports Connect melakukan perkara berikut:

Mendaftarkan TomTom Touch anda dengan akaun MySports anda.

Mengemas kini perisian pada TomTom Touch anda apabila versi baru tersedia.

Memuat naik maklumat aktiviti kepada akaun MySports anda.

Nota: Aplikasi TomTom MySports Connect ialah aplikasi yang berlainan dengan aplikasi MyDrive.

Memasangkan TomTom MySports Connect

Untuk arahan, lihat: Muat turun MySports Connect.

Keserasian komputer

TomTom MySports Connect serasi dengan sistem pengendalian berikut:

Windows

Windows 10

Windows 8 - versi PC

Windows 7

Windows Vista

Mac OS X

10.11 (El Capitan)

10.10 (Yosemite)

10.9 (Mavericks)

10.8 (Mountain Lion)

10.7 (Lion)

TomTom MySports Connect

Page 45: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

45

Aplikasi mudah alih MySports membolehkan anda memuat naik dan menganalisis aktiviti anda dan melihat statistik anda semasa dalam perjalanan.

Aplikasi mudah alih TomTom MySports melakukan perkara berikut:

Memindahkan maklumat aktiviti anda kepada akaun TomTom MySports anda secara automatik apabila disegerakkan dengan TomTom Touch anda.

Menyediakan alternatif kepada TomTom MySports Connect untuk memindahkan maklumat aktiviti kepada akaun MySports anda.

Telefon dan peranti mudah alih yang disokong

iOS

Aplikasi TomTom MySports disokong pada telefon dan peranti mudah alih yang berikut:

iPhone 4S atau lebih baru

iPod touch generasi ke-5

iPad3 atau lebih baru

Semua iPad mini.

Android

Aplikasi TomTom MySports memerlukan Bluetooth Smart (atau Bluetooth LE) dan Android 4.4 atau lebih baru untuk berkomunikasi dengan penjejak kecergasan anda. Pelbagai peranti Android yang didayakan Bluetooth Smart telah diuji untuk mengesahkan keserasian dengan aplikasi MySports. Semak keserasian telefon anda dengan aplikasi MySports dengan melawati Google Play Store.

Penting: Untuk negara China, gedung Google Play tidak dapat diakses dan aplikasi kami diterbitkan di gedung Wandoujia.

Memasangkan aplikasi TomTom MySports

Lihat: Dapatkan aplikasi mudah alih MySports

Aplikasi mudah alih TomTom MySports

Page 46: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

46

Anda boleh berkongsi aktiviti MySports menggunakan ciri Perkongsian Sosial pada akaun MySports anda.

Untuk mula berkongsi, lakukan perkara berikut:

1. Log masuk ke MySports.

2. Pilih aktiviti daripada papan pemuka MySports anda.

3. Klik butang Kongsi di sudut atas kanan.

4. Contohnya, pilih Facebook atau Twitter dan tambahkan komen untuk memperibadikan kiriman anda.

Berkongsi aktiviti anda

Page 47: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

47

Amaran & Petunjuk penggunaan

Petunjuk penggunaan

TomTom Touch Fitness Tracker menjejaki Komposisi Badan (lemak badan dan jisim otot), memantau denyutan jantung, mengira langkah, kalori yang dibakar, jarak jalan, masa aktif dan masa tidur. Metrik ini akan membantu anda mengekalkan gaya hidup yang aktif.

Amaran

TomTom Touch Fitness Tracker bukanlah peranti perubatan dan tidak harus digunakan untuk ujian diagnostik atau rawatan. Jangan gunakan TomTom Touch Fitness Tracker jika anda hamil atau menggunakan perentak jantung atau peranti perubatan di dalam badan yang lain.

Impedans bioelektrik tidak dapat diukur dengan tepat jika anda hamil, jika terdapat objek berlogam di dalam badan anda, selepas senaman atau mandi atau selepas berenang. Jauhi elektrod pada jalur dari bekalan elektrik.

Data yang diberikan ialah anggaran terdekat bagi komposisi badan anda, nilai mungkin beru-bah-ubah. Sila ukur ukuran anda pada masa yang sama, dalam keadaan yang sama dan mengikuti arahan yang diberikan di dalam kotak dan dalam Soalan Lazim.

Sentiasa berunding dengan pakar perubatan sebelum memulakan program senaman. Pemantau kadar denyut jantung ini bukanlah peranti perubatan dan tidak harus digunakan untuk ujian diagnostik atau rawatan.

Gangguan isyarat daripada sumber luar, sambungan yang lemah dengan pergelangan anda dan faktor lain mungkin mengganggu pembacaan dan pemindahan data denyutan jantung yang tepat. TomTom tidak menanggung sebarang liabiliti yang terhasil daripada ketidaktepatan sedemikian.

TomTom Touch Fitness Tracker dibuat di China.

Ini bukan permainan. Produk ini dan aksesorinya mengandungi bahagian kecil yang mungkin mendatangkan bahaya tercekik. Sila jauhi dari kanak-kanak. Jika tertelan bateri, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Cara TomTom menggunakan maklumat anda

Maklumat mengenai penggunaan maklumat peribadi boleh didapati di:

tomtom.com/privacy.

Maklumat Bateri dan Alam Sekitar

Produk ini menggunakan bateri polimer litium yang tidak boleh diakses atau digantikan oleh pengguna. Jangan buka bekas atau (cuba) mengeluarkan bateri. Bahan di dalam produk dan/atau bateri boleh membahayakan alam sekitar atau kesihatan anda jika dibuang secara tidak betul. Bateri yang terkandung di dalam produk mesti dikitar semula atau dibuang dengan betul mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan sentiasa diasingkan daripada bahan buangan domestik.

Tambahan

Page 48: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

48

Arahan WEEE

Simbol tong wheelie pada produk atau pembungkusannya menandakan bahawa produk ini tidak boleh dianggap sebagai bahan buangan rumah kediaman. Selari dengan Arahan EU 2012/19/EU untuk bahan buangan peralatan elektrik dan elektronik (WEEE), produk elektrik ini tidak boleh dibuang sebagai bahan buangan perbandaran yang tidak diasingkan. Sila buang produk ini dengan mengembalikannya kepada tempat pembelian atau kepada pusat pengumpulan perbandaran anda untuk kitar semula. Dengan melakukan ini, anda membantu memelihara alam sekitar.

Suhu pengendalian bateri

Suhu pengendalian: -20°C (-4°F) hingga 45°C (113°F).

Arahan R&TTE

Dengan ini, TomTom mengesahkan bahawa produk dan aksesori TomTom mematuhi keperlu-an-keperluan asas dan peruntukan-peruntukan berkaitan lain bagi Peraturan Arahan Kesatuan Eropah 1999/5/EC. Akuan pematuhan boleh didapati di sini: www.tomtom.com/legal.

Maklumat FCC untuk pengguna

Kenyataan Gangguan Isyarat Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan

Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi tertakluk pada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak akan menyebabkan gangguan isyarat berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan isyarat yang diterima, termasuk gangguan isyarat yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberi perlindungan yang munasabah daripada gangguan isyarat yang berbahaya dalam pemasangan di kawasan tempat tinggal. Peralatan ini menjana, menggunakan dan memancarkan tenaga frekuensi radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan mengikut arahan, boleh menyebabkan gangguan isyarat berbahaya kepada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa gangguan isyarat tidak akan berlaku pada pemasangan tertentu. Jika peralatan ini menyebabkan gangguan isyarat yang berbahaya terhadap penerimaan radio atau televisyen yang boleh ditentukan dengan menghidupkan atau mematikan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan isyarat melalui salah satu cara berikut:

- Tempatkan semula atau pindahkan antena penerima.

- Tingkatkan jarak pemisah di antara peralatan dan penerima.

- Sambungkan peralatan ke alur keluar pada litar yang berbeza daripada

litar yang disambungkan oleh penerima.

- Rujuk penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk mendapatkan bantuan.

Page 49: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

49

ID FCC: S4L1AT00

IC: 5767A-1AT00

Langkah Berjaga-jaga FCC

Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan nyata oleh pihak yang bertanggungjawab atas pematuhan boleh membatalkan hak pengguna mengendalikan peralatan ini.

Pemancar ini tidak boleh diletakkan bersama atau beroperasi bersama dengan sebarang antena atau pemancar lain.

Kenyataan Pendedahan Sinaran

Produk ini mematuhi had pendedahan RF mudah alih FCC yang ditetapkan untuk persekitaran yang tidak dikawal dan selamat untuk operasi yang ditujukan seperti yang diperihalkan dalam manual ini. Pengurangan pendedahan RF yang selanjutnya boleh dicapai jika produk boleh diletakkan sejauh mungkin dari badan pengguna atau menetapkan peranti kepada kuasa output yang lebih rendah jika fungsi sedemikian tersedia.

Pihak bertanggungjawab di Amerika Utara

TomTom, Inc., 2400 District Avenue, Burlington, MA 01803

Tel: 866 486-6866 opsyen 1 (1-866-4-TomTom)

Maklumat emisi untuk Kanada

Operasi tertakluk pada dua syarat berikut:

Peranti ini tidak menyebabkan gangguan.

Peranti ini mesti menerima sebarang gangguan termasuk gangguan yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Operasi tertakluk pada keadaan bahawa peranti ini tidak menyebabkan gangguan berbahaya.

Alat digital Kelas B ini mematuhi ICES-003 Kanada. CAN ICES-3(B)/NMB-3(B)

Ciri Pilihan Kod Negara dinyahdayakan untuk produk yang dipasarkan di AS atau Kanada.

Peralatan disahkan mematuhi keperluan RSS-247 untuk 2.4-GHz.

Kenyataan Industry Canada: (Versi Bahasa Melayu & Perancis)

Peranti ini mematuhi RSS pengecualian lesen ISED. Operasi tertakluk pada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak akan menyebabkan gangguan isyarat berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan isyarat yang diterima, termasuk gangguan isyarat yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Le présent appareil est conforme aux CNR d’ ISED applicables aux appareils radio exempts de licence. L’exploitation est autorisée aux deux conditions suivantes : (1) le dispositif ne doit pas produire de brouillage préjudiciable, et (2) ce dispositif doit accepter tout brouillage reçu, y compris un brouillage susceptible de provoquer un fonctionnement indésirable.

Kenyataan Pendedahan Sinaran:

Produk ini mematuhi had pendedahan RF mudah alih Kanada yang ditetapkan untuk persekitaran yang tidak dikawal dan selamat untuk operasi yang ditujukan seperti yang diperihalkan dalam manual ini. Pengurangan pendedahan RF yang selanjutnya boleh dicapai jika produk boleh diletakkan sejauh mungkin dari badan pengguna atau menetapkan peranti kepada kuasa output yang lebih rendah jika fungsi sedemikian tersedia.

Page 50: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

50

Déclaration d'exposition aux radiations:

Le produit est conforme aux limites d'exposition pour les appareils portables RF pour les Etats-Unis et le Canada établies pour un environnement non contrôlé.

Le produit est sûr pour un fonctionnement tel que décrit dans ce manuel. La réduction aux expositions RF peut être augmentée si l'appareil peut être conservé aussi loin que possible du corps de l'utilisateur ou que le dispositif est réglé sur la puissance de sortie la plus faible si une telle fonction est disponible.

Tanda Pematuhan Peraturan

Produk ini memaparkan Tanda Pematuhan Peraturan (RCM) untuk menunjukkan bahawa ia mematuhi peraturan Australia yang berkaitan.

Notis untuk New Zealand

Produk ini memaparkan R-NZ untuk menunjukkan pematuhannya terhadap peraturan New Zealand yang berkaitan.

Talian sokongan pelanggan (Australia dan New Zealand)

Australia: 1300 135 604

New Zealand: 0800 450 973

Nama model

TomTom Touch Fitness Tracker: TomTom Touch Fitness Tracker: 1AT00

Sijil Bahasa Cina

CMIIT ID / 2016DJ4417

Standard IDA (Singapura)

Logo Triman

Page 51: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

51

Peralatan Jenis BF

Sijil Bahasa Jepun

R-201-160508

Maklumat Kitar Semula Jepun

Sijil Bahasa Korea

MSIP-CMM-NSW-1AT00

해당 무선설비는 운용 중 전파혼신 가능성이 있음

해당 무선설비는 전파혼신 가능성이 있으므로 인명안전과 관련된 서비스는 할 수 없음

B급 기기

(가정용 방송통신기자재)

이 기기는 가정용(B급) 전자파적합기기로서 주로 가정에서 사용하는 것을 목적으로 하며, 모든

지역에서 사용할 수 있습니다.

Notis (Turki)

Butiran hubungan pengeluar (Turki)

TomTom International B.V., De Ruyterkade 154, 1011 AC Amsterdam, The Netherlands, Tel: +31 (0)20 757 5000

Page 52: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

52

Penggunaan, penyelenggaraan dan pembaikan (Turki)

Sila lihat Manual Pengguna dalam talian di tomtom.com/support untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan peranti anda.

Anda disyorkan agar membersihkan penjejak anda seminggu sekali jika anda menggunakannya dengan kerap.

Lap penjejak dengan kain lembap jika perlu. Gunakan sabun yang lembut untuk menghilangkan minyak dan kotoran.

Jangan dedahkan penjejak anda kepada bahan kimia yang kuat seperti petrol, pelarut pembersihan, aseton, alkohol atau penghalau serangga. Bahan kimia boleh merosakkan pengedap, bekas dan kemasan.

Bersihkan penderia denyutan jantung dan pad sambungan dengan sabun lembut dan air sebagaimana perlu.

Jangan calarkan kawasan penderia kadar denyutan jantung. Lindunginya daripada kero-sakan.

Membuat aduan (Turki)

Jika anda ingin membuat aduan tentang peranti anda, sila hubungi Sokongan Pelanggan di 212 356 9707. Secara alternatif, sila lawati http://tr.support.tomtom.com/app/contact

Anda juga berhak untuk merujukkan aduan dan tuntutan balik kepada Mahkamah Pengguna (Tüketici Mahkemesi) dan Jawatankuasa Timbang Tara untuk Masalah Pengguna (Tüketici Sorunları Hakem Heyeti)

Hayat produk anda (Turki)

Hayat minimum produk anda ialah 5 tahun seperti yang dinyatakan dan diumumkan dalam perundangan Perkhidmatan Selepas Jualan yang bertarikh 13/6/2014 dan nr. 29029.

Hak pilihan anda (Turki)

Hak pilihan anda dilindungi sebagai pengguna bawah perkara 11 “Undang-undang Perlindungan Pengguna” (Tüketicinin Korunması Hakkında Kanun).

Notis keselamatan (Turki)

Sila lihat bahagian Amaran dalam Tambahan ini.

Penjimatan tenaga (Turki)

Bateri di dalam penjejak anda akan dicas apabila anda menyambungkannya pada pengecas dinding atau komputer menggunakan kabel USB mikro yang dibekalkan. Anda akan diberi amaran apabila aras kuasa bateri rendah atau kritikal. Hayat bateri akan memendek bergantung pada kekerapan anda menggunakan ciri penjejak seperti ukuran denyutan jantung, ukuran Komposisi Badan dan bilangan pemberitahuan telefon yang anda terima.

Penghantaran dan pengendalian maklumat (Turki)

Penjejak Kecergasan seharusnya dikendalikan dengan berhati-hati semasa proses penghantaran. Hal ini bermaksud memberi perhatian kepada semua label dan amaran penghantaran yang ditampalkan pada kotak atau palet penghantaran. Penjejak seharusnya dihantar dalam bentuk bungkusan asal dan tidak harus dibungkus semula. Anda harus menggunakan peralatan angkat untuk mengalihkan peranti dan pastikan anda mengikuti semua latihan pengendalian manual. Berhati-hati agar tidak menjatuhkan penjejak. Jangan dedahkan penjejak kepada suhu yang melampau atau keadaan storan yang lembap atau basah.

Spesifikasi Teknikal Penjejak Kecergasan TomTom (Turki)

Page 53: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

53

Hayat bateri

Penjejakan aktiviti: sehingga 5 hari

Resolusi paparan

128 x 32 piksel

Saiz paparan

5.58 x 22.38 mm

Ketebalan

11.5 mm

Berat

10 g

Saiz pergelangan

121 - 169 mm (kecil) 140 - 206 mm (besar)

Stesen Servis Sah (Turki)

PENTING: Anda perlu menghubungi Sokongan Pelanggan untuk mendapatkan nombor RMA dan arahan sebelum anda menghantarkan peranti anda ke stesen servis.

Regenersis

Tatlısu Mahallesi.

Şenol Güneş Bulvarı.

Mira Tower. No:2 Zemin Kat D:2

P.K 34774

Ümraniye / İstanbul

Deklarasi Kepatuhan (1)

Deklarasi Kepatuhan

Bahawasanya kami, TomTom International BV

De Ruijterkade 154

1011 DK Amsterdam

The Netherlands

Mengesahkan bawah tanggungjawab tunggal kami bahawa produk kami:

Nama produk:

Penjejak Kecergasan TomTom Touch

Tanda dagangan:

TomTom

Jenis model:

1TA00

Aksesori (kabel USB):

4AT00

Yang berkaitan dengan deklarasi ini mengakuri standard yang bersesuaian:

EN 60950-1:2006+A11:2009+A1:2010+A12+2011+A2:2013

EN 301 489-1 V1.9.2:2011

EN 301 489-17 V2.2.1:2012

Page 54: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

54

EN 300 328 V1.9.1:2015

EN 62479: 2010

menurut peruntukan R&TTE Directive 1999/5/EC dengan keperluan yang meliputi EMC Directive 2004/108/EC dan LV Directive 2006/95/EC.

Produk ini ditandakan dengan

Ditandatangani oleh atau untuk pengeluar:

Nama (bertulis): Clement Magniez

Jawatan: Pengurus Program

Tempat dan tarikh keluaran: Amsterdam 16 Ogo, 2016

Deklarasi Kepatuhan (2)

Deklarasi Kepatuhan

Bahawasanya kami, TomTom International BV

De Ruijterkade 154, 1011 AC Amsterdam, The Netherlands

(Alamat A.S.: TomTom Inc., 2400 District Avenue, Burlington, MA-1803 (1-866-4-TomTom))

Mengesahkan bawah tanggungjawab tunggal kami bahawa produk kami:

Nama produk:

Penjejak Kecergasan TomTom Touch

Tanda dagangan:

TomTom

Jenis model:

1TA00

Aksesori:

Kabel USB (model: 4AT00)

yang berkaitan dengan deklarasi ini mengakuri standard yang bersesuaian:

ANSI C63.4

FCC 47 CFR Part 15, Subpart B

Maklumat tambahan:

Peranti ini mematuhi bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi tertakluk pada dua syarat berikut:

1) Peranti ini tidak akan menyebabkan gangguan isyarat berbahaya, dan

2) Peranti ini mesti menerima sebarang gangguan isyarat yang diterima, termasuk gangguan isyarat yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Page 55: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

55

Ditandatangani oleh atau untuk pengeluar:

Nama (bertulis): Clement Magniez

Jawatan: Pengurus Program

Tempat dan tarikh keluaran: Amsterdam 23 Ogo, 2016

Deklarasi Kepatuhan (3)

Deklarasi Kepatuhan

Bahawasanya kami, TomTom International BV

De Ruijterkade 154

1011 AC Amsterdam

The Netherlands

Mengakui bawah tanggungjawab tunggal kami bahawa produk kami dan aksesori kami:

Nama produk:

Penjejak Kecergasan TomTom Touch

Tanda dagangan:

TomTom

Jenis model:

1TA00

Aksesori:

Kabel USB (model: 4AT00)

yang berkaitan dengan deklarasi ini mengakuri spesifikasi yang berikut:

ICES-003

Maklumat tambahan:

Peranti ini mematuhi Peraturan Kanada ICES-003. Operasi tertakluk pada dua syarat berikut:

1) Peranti ini tidak akan menyebabkan gangguan isyarat berbahaya, dan

2) Peranti ini mesti menerima sebarang gangguan isyarat yang diterima, termasuk gangguan isyarat yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Ditandatangani oleh atau untuk pengeluar:

Nama (bertulis): Clement Magniez

Jawatan: Pengurus Program

Tempat dan tarikh keluaran: Amsterdam 23 Ogo, 2016

Page 56: TomTom Touch Fitness Tracker - download.tomtom.comdownload.tomtom.com/open/manuals/touch/refman/TomTom-Touch-Fit… · Menjejaki kalori anda ... tunggangan anda pada peta dan menunjukkan

56

© 2016 TomTom. Hak cipta terpelihara. TomTom dan logo "dua tangan" ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar TomTom N.V. atau salah satu subsidiarinya. Sila lihat tomtom.com/legal untuk waranti terhad dan perjanjian pengguna akhir yang berkaitan dengan produk ini.

Linotype, Frutiger dan Univers ialah tanda dagangan Linotype GmbH didaftarkan di Pejabat Tanda Dagangan dan Paten A.S. dan boleh didaftarkan dalam bidang kuasa tertentu yang lain. MHei ialah tanda dagangan The Monotype Corporation dan boleh didaftarkan dalam bidang kuasa tertentu.

Kod AES

Perisian yang disertakan dalam produk ini mengandungi kod AES di bawah Hak Cipta (c) 1998-2008, Brian Gladman, Worcester, UK. Hak cipta terpelihara.

Terma lesen:

Pengagihan semula dan penggunaan perisian ini (dengan atau tanpa perubahan) dibenarkan tanpa bayaran yuran atau royalti dengan syarat berikut dipatuhi:

Pengagihan kod sumber termasuk notis hak cipta di atas, senarai syarat ini dan penafian yang berikut.

Pengagihan binari termasuk notis hak cipta di atas, senarai syarat ini dan penafian yang berikut dalam dokumentasi mereka.

Nama pemegang hak cipta tidak digunakan untuk menyokong produk yang dibina menggunakan perisian ini tanpa kebenaran bertulis yang khusus.

Pengiraan kalori

Pengiraan kalori dalam produk ini adalah berdasarkan nilai MET daripada:

Ainsworth BE, Haskell WL, Herrmann SD, Meckes N, Bassett Jr DR, Tudor-Locke C, Greer JL, Vezina J, Whitt-Glover MC, Leon AS. 2011 Compendium of Physical Activities: kemas kini kedua kod dan nilai MET. Medicine and Science in Sports and Exercise, 2011;43(8):1575-1581.

Notis hak cipta