kod etika dan polisi perlakuan perniagaan · valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang...

41
Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan

Upload: vuongnhan

Post on 21-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

Kod

Etika dan

Polisi

Perlakuan

Perniagaan

Page 2: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

PESANAN DARIPADA CEO VALSPAR

Pekerja Valspar yang dihormati:

Asas kekukuhan syarikat kita adalah komitmen kita untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul,

dengan cara Valspar. Kita telah membina kepercayaan para pelanggan dan pembekal kita dengan membentuk

reputasi menjalankan perniagaan kita dengan penuh integriti dan piawai etika tertinggi. Reputasi kita sebagai

sebuah syarikat beretika ialah salah satu aset Valspar yang paling berharga.

Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memastikan Valspar mengekalkan reputasinya sebagai sebuah

syarikat yang beretika, walaupun dalam persekitaran perniagaan yang menawarkan cabaran dan kejutan di

setiap penjuru. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membiasakan diri dan mematuhi prinsip dan garis

panduan yang ditetapkan di dalam Kod kita. Setiap kakitangan mestilah mematuhi Kod kita tidak kira di mana

anda bekerja di dunia ini. Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan

Perlakuan Perniagaan ini.

Kod ini bertujuan untuk membantu anda membuat keputusan yang beretika dan mematuhi undang-undang yang

tepat semasa anda menjalankan tanggungjawab anda untuk Valspar. Semua kakitangan Valspar mestilah

membaca, memahami dan mematuhi Kod ini. Tiada kod kelakuan akan dapat menangani semua isu etika yang

mungkin timbul. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang sebarang topik dalam Kod ini, anda harus

berbincang dengan pengurus anda, Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman. Selain itu. anda juga harus

segera melaporkan kepada pengurus anda, Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman tentang sebarang

tindakan, situasi atau keadaan yang anda percaya boleh melanggar Kod atau undang-undang. Kami bergantung

kepada kakitangan kami untuk memastikan pihak pengurusan Valspar mengetahui dan boleh membetulkan

sebarang isu yang tidak selari dengan budaya etika kami.

Terima kasih atas komitmen anda kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam Kod ini.

Yang benar,

Gary Hendrickson

Ketua Pegawai Eksekutif

Page 3: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

VALSPAR CORPORATION

KOD ETIKA DAN KELAKUAN PERNIAGAAN

Pernyataan Skop Kod ini tertakluk kepada semua kakitangan Valspar, anak syarikat dan usaha

samanya di seluruh dunia. Pekerja kontrak, konsultan, ejen dan wakil diminta

untuk mematuhi piawai perlakuan yang sama seperti kakitangan Valspar semasa

menjalankan urus niaga untuk Valspar. Mana-mana kakitangan Valspar yang

mengupah individu sedemikian bertanggungjawab untuk memastikan Kod ini

dipatuhi.

Kod ini juga tertakluk kepada ahli bukan kakitangan Lembaga Pengarah Valspar.

Pada keseluruhan Kod ini, terma “kakitangan” harus dibaca sebagai merangkumi

ahli bukan kakitangan Lembaga Pengarah.

Pernyataan Prinsip Valspar komited untuk mematuhi semua undang-undang dan memenuhi atau

melepasi sasaran peraturan di mana sahaja kami menjalankan perniagaan. Setiap

kakitangan menyumbang kepada penjagaan dan pengekalan aset terpenting

Valspar - reputasi kita untuk integriti. Setiap kakitangan mesti membantu

memelihara dan mengekalkan aset tersebut. Kod ini akan membantu anda dalam

memandu perlakuan anda.

Pematuhan anda terhadap Kod ini adalah syarat pengambilan kerja dan akan

membantu memastikan bahawa reputasi sekian lama Valspar untuk kejujuran dan

urus niaga adil akan berterusan.

Valspar berhasrat melaksanakan peruntukan Kod ini dengan tegas. Pelanggaran

boleh mengakibatkan hukuman, termasuk dipecat dengan sebab, serta, dalam

sesetengah kes, dakwaan sivil dan jenayah.

Page 4: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

Anda harus boleh menjawab “ya” kepada soalan-

soalan berikut sebelum mengambil sebarang

tindakan:

Adakah tindakan saya mematuhi undang-undang

dan polisi yang ditetapkan di dalam Kod ini

sepenuhnya?

Bolehkah tindakan saya bertahan dengan penelitian

awam?

Adakah tindakan saya akan melindungi reputasi

Valspar sebagai sebuah syarikat beretika?

Jika jawapan-jawapan anda bukan “ya” sebenar-

benarnya, anda harus menilai semula tindakan yang

anda rancang dengan pengurus anda, kakitangan

Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman sebelum

meneruskannya. Jika anda rasa laporan sedemikian

tidak berkesan atau mustahil, anda juga boleh

menghubungi Pejabat Penasihat Umum atau Pejabat

Naib Presiden Kanan Sumber Manusia sebelum

meneruskannya.

Page 5: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

Isi Kandungan

1 Pengenalan

1 Disiplin

1 Pelaporan

2 Amalan Perakaunan yang Betul

3 Tanpa Diskriminasi

3 Anti-Gangguan

3 Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

4 Rasuah dan Sogokan

5 Pematuhan Antitrust

5 Pematuhan Undang-undang Buruh

6 Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan Antarabangsa

6 Perdagangan Orang Dalam

7 Budi Bahasa Perniagaan dan Ganjaran

8 Urus Niaga Adil

8 Sumbangan Politik dan Derma Kerajaan

8 Maklumat Sulit

9 Maklumat Tentang Pesaing

9 Konflik kepentingan

11 Penggunaan Aset Valspar

11 Polisi Akses E-mel dan Komputer

11 Penyimpanan Dokumen

11 Tiada Penepian

12 Lampiran

13 Sumber-sumber Lain

Page 6: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

1

Kod Etika dan Perlakuan Perniagaan

Pengenalan Tiada kod korporat yang dapat menangani segala persoalan perlakuan

perniagaan yang mungkin timbul. Apabila dalam keraguan – bertanyalah

sebelum anda bertindak.

Kod ini menyatakan nilai asas kami dan menetapkan jangkaan untuk setiap

kakitangan tentang bagaimana kami menjalankan perniagaan; bekerja dengan

pelanggan, pembekal dan rakan kongsi perniagaan lain; berkhidmat kepada

pemegang saham kami; dan berinteraksi sesama sendiri. Setiap kakitangan

bertanggungjawab untuk mendukung Kod ini. Penasihat Umum adalah pegawai

korporat yang akan mentadbir program pematuhan keseluruhan Valspar.

Secara tidak langsung, Kod ini menangani soalan-soalan yang terlepas daripada

penjelasan mudah. Akan terdapat masa apabila anda menjadi tidak pasti

bagaimana Kod ini dilaksanakan. Dalam kes sedemikian, hubungi Pejabat

Penasihat Umum di 612/851-7705.

1. Disiplin Pelanggaran Kod ini boleh membawa kepada hukuman serius, termasuk

denda, hukuman penjara dan pemberhentian kerja dengan sebab.

Kakitangan yang melindungi maklumat berkaitan dengan pelanggaran

undang-undang atau polisi Valspar oleh kakitangan lain juga boleh dikenakan

tindakan disiplin.

Perlakuan setiap kakitangan adalah perkara penting buat Valspar. Kakitangan

yang melanggar undang-undang mendedahkan diri mereka sendiri dan Valspar

kepada hukuman yang cukup besar. Melindungi reputasi Valspar adalah

tanggungjawab setiap kakitangan. Mana-mana kakitangan yang melanggar

undang-undang atau Kod ini adalah bertindak di luar skop pekerjaannya dan

boleh dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk ditamatkan

perkhidmatan.

2. Pelaporan Laporkan semua pelanggaran Kod ini. Jika anda membuat laporan, ia akan

disiasat.

Valspar menggalakkan pelaporan potensi pelanggaran Kod oleh semua

kakitangannya. Jika anda percaya bahawa seorang kakitangan Valspar, pekerja

kontrak, konsultan, ejen, wakil atau operasi Valspar melanggar undang-undang

atau polisi Valspar atau terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan reputasi

Valspar, anda harus membawa maklumat anda kepada perhatian pengurus anda

atau salah seorang daripada yang berikut:

Page 7: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

2

Ketua organisasi, jabatan atau unit perniagaan anda

Jabatan Guaman

Pengurus atau wakil sumber manusia anda

Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol (1-800-241-5689)

Network, sebuah syarikat bebas yang dibayar oleh Valspar untuk menyediakan

laporan tanpa nama, menjawab Talian Maklumat Perlakuan Peniagaan bebas tol.

Semasa menyampaikan kebimbangan atau pertanyaan anda kepada mana-mana

pihak di atas, anda boleh kekal tanpa nama jika mahu. Sebarang jenis tindakan

balas dendam terhadap kakitangan yang membuat laporan dengan niat baik adalah

dilarang. Apabila anda melaporkan kebimbangan anda tentang kakitangan lain

kepada salah seorang yang dinyatakan di atas, anda tidak akan dikenakan

sebarang tindakan buruk oleh syarikat.

Mana-mana penyelia, wakil atau ahli pihak pengurusan yang dimaklumkan

tentang potensi pelanggaran bertanggungjawab untuk segera memberitahu

pelanggaran yang dilaporkan kepada penyelianya, atau terus ke Jabatan Guaman.

3. Amalan Perakaunan Operasi Valspar di seluruh dunia mesti mematuhi semua undang-undang

yang Betul berkaitan dengan kira-kira dan rekod kewangan yang tepat dan lengkap.

Setiap kakitangan mesti membantu mengekalkan integriti rekod kewangan

Valspar.

Tiada Kod boleh menilai keperluan perakaunan menyeluruh yang harus Valspar

patuhi. Semua kira-kira dan rekod Valspar mestilah diuruskan selari dengan

prinsip perakaunan yang diterima umum, prosedur fiskal Valspar dan semua

undang-undang tempatan dan nasional berkenaan kira-kira dan rekod sedemikian.

Semua fail awam Valspar mestilah lengkap, adil, tepat, mengikut masa dan boleh

difahami. Aset dan dana korporat mestilah diperolehi, dikawal dan dibuang secara

baik dengan laporan kewangan yang menggambarkan aktiviti perniagaan setiap

operasi. Bagaimanapun, untuk mematuhi keperluan ini, Valspar mesti bergantung

kepada kejujuran kakitangan dalam amalan perakaunan. Para kakitangan boleh

tanpa sedar terlibat dalam sebarang penghasilan salah nyata akaun Valspar. Pada

masa yang sama, tiada keadaan membolehkan pengurusan akaun "luar buku"

untuk membantu pembayaran yang meragukan atau melanggar undang-undang.

Jika anda tidak pasti tentang sesuatu amalan perakaunan, hubungi Pejabat

Pengawal di 612/851-7833.

Aduan berkaitan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman, atau hal-hal audit

atau kekhuatiran berkaitan dengan amalan perakaunan atau audit yang boleh

dipersoal harus ditujukan kepada Pejabat Ketua Pegawai Kewangan di 612/851-

7350 atau Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705 atau kepada Pengerusi

Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Valspar (tersenarai dalam penyata proksi

di laman web Valspar). Jika anda ingin kekal tidak bernama, anda boleh

Page 8: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

3

menghubungi Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol (1-800-241-

5689).

4. Tanpa Diskriminasi Diskriminasi tidak mempunyai tempat dalam keputusan di tempat kerja.

Valspar komited untuk membenarkan kakitangannya maju berdasarkan kebolehan

mereka. Tiada keputusan penggajian atau pengambilan pekerja boleh berdasarkan

pada, sebagai contoh, bangsa, warna kulit, fahaman, jantina, agama, negara asal,

kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi seksual, status veteran

kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi

oleh undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan. Setiap kakitangan adalah

tertakluk kepada piawai ini. Naib Presiden Kanan Sumber Manusia adalah

pegawai yang bertanggungjawab atas pelaksanaan polisi ini.

5. Anti-Gangguan Gangguan terhadap para kakitangan tidak akan ditoleransi.

Valspar mahukan semua personel untuk mengikuti satu standard mudah: semua

kakitangan mesti dilayan penuh hormat. “Gangguan” meliputi lingkungan luas

perlakuan, cthnya. tingkah laku seksual yang tidak disukai atau julukan

perkauman. Kod ini menetapkan satu standard mudah, dan semua orang yang

berkaitan dengan Valspar mestilah mematuhi sepenuhnya polisi anti-gangguan

Valspar. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.

6. Polisi Kesihatan, Valspar akan menjalankan perniagaan pada sepanjang masa dengan

Keselamatan dan mematuhi undang-undang dan peraturan kesihatan, keselamatan dan alam

Alam Sekitar sekitar yang sesuai di setiap negara di mana ia beroperasi. Di kawasan tertentu

yang mempengaruhi operasi Valspar, polisi Valspar memerlukan tindakan

lebih tegas daripada yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang

berkenaan.

Adalah menjadi polisi Valspar untuk membangunkan produk yang

meminimumkan impak kepada alam sekitar, selamat untuk dikeluarkan

oleh para kakitangan dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan.

Adalah menjadi polisi Valspar untuk mengendalikan kemudahannya dalam

cara yang melindungi para kakitangan, orang awam dan alam sekitar.

Dalam melaksanakan polisi ini, Valspar akan mengendalikan

kemudahannya untuk:

Mengurangkan pengeluaran sisa ke udara, air dan tanah secara keseluruhan;

Terus mengurangkan bahan buangan dalam pengeluaran melalui kitar semula,

tebus guna dan pencegahan pencemaran;

Mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada kebimbangan masyarakat

tentang produk dan operasi Valspar;

Mematuhi semua peraturan yang dikenakan dan Piawai Valspar;

Page 9: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

4

Mengoptimumkan penggunaan bahan dan proses yang tidak berbahaya kepada

alam sekitar;

Menasihatkan pelanggan tentang penggunaan, pemindahan dan pelupusan

produk Valspar secara selamat; dan

Memilih pengeluar utama produk Valspar yang mematuhi undang-undang dan

peraturan yang berkenaan.

Apabila Valspar bertanggungjawab ke atas tumpahan atau pelepasan tidak

sengaja bahan cemar, Valspar akan memikul tanggugjawab itu. Dalam

usaha memenuhi polisi ini Valspar akan:

Segera memastikan keselamatan semua kakitangan dan komuniti;

Segera membuat semua laporan yang perlu ke agensi yang bertanggungjawab;

Segera membersihkan semua bahan cemar ke tahap yang dibenarkan;

Mengenal pasti punca semua tumpahan atau pelepasan dan membangunkan

prosedur pengurusan untuk mencegah daripada berulang; dan

Mengambil langkah pembersihan yang sesuai di kawasan di mana terdapat

pembuangan bahan cemar ke alam sekitar yang disebabkan oleh operasi

lampau yang menjadi tanggungjawab Valspar.

CEO dan Pasukan Eksekutif Kanan membentuk polisi alam sekitar dan

mengawasi pematuhan alam sekitar untuk Valspar. Setiap kumpulan

perniagaan bertanggungjawab untuk mematuhi polisi alam sekitar Valspar dan

menjadikan pertimbangan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar sebagai

keutamaan dalam perancangan semua produk dan proses sedia ada serta baharu.

7. Rasuah dan Sogokan Polisi Valspar secara tegas melarang mana-mana kakitangan daripada

membuat atau menawarkan rasuah atau memberikan sogokan. Rasuah,

sogokan atau bayaran tidak wajar yang lain tidak mempunyai tempat dalam

perniagaan Valspar.

Valspar akan memenangi perniagaan berdasarkan kepada reputasi beretika kami

dan kualiti produk serta perkhidmatan, bukan dengan mempengaruhi orang lain

secara tidak wajar untuk membuat keputusan perniagaan dengan menawarkan

rasuah atau sogokan. Rasuah dan sogokan adalah menyalahi undang-undang di

setiap negara di mana Valspar beroperasi. Sebarang tawaran atau bayaran apa-apa

sahaja yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan perniagaan individu atau

tindakan kerajaan boleh dianggap sebagai rasuah atau sogokan, dan dilarang

keras oleh Valspar. Kedua-dua tawaran dan pembayaran sebenar sebarang benda

bernilai, sama ada secara langsung oleh kakitangan atau oleh pihak ketiga yang

bertindak bagi pihak Valspar, adalah salah dan melanggari Kod ini. Jika anda

tidak pasti adakah tindakan anda boleh dianggap sebagai rasuah atau sogokan,

anda harus menghubungi Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705 sebelum

bertindak.

Page 10: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

5

Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA) melarang pembayaran, hadiah, atau

pemberian kepada pegawai atau kakitangan mana-mana kerajaan asing atau

perniagaan milik kerajaan dengan tujuan untuk mendapatkan atau mengekalkan

perniagaan, atau mewujudkan gambaran bahawa anda mendapatkan atau

mengekalkan faedah untuk Valspar. Undang-undang itu juga melarang konsultan,

ejen atau wakil untuk menyalurkan pembayaran kepada pegawai kerajaan asing

untuk tujuan yang sama. Sebagai sebahagian daripada polisi dan prosedur Valspar

untuk menggaji konsultan, ejen dan wakil daripada jenis tertentu, Valspar

memerlukan semua konsultan, ejen dan wakil asing untuk menyatakan

persetujuan secara bertulis untuk mematuhi FCPA. Lihat Lampiran untuk polisi

dan prosedur kami untuk menggaji ejen asing.

Semua kakitangan yang berhubung dengan pegawai kerajaan di serata dunia

mestilah mengekalkan standard profesional tertinggi. Jangan tawarkan apa-apa

yang bernilai kepada pegawai sedemikian. Merasuah pegawai kerajaan boleh

membawa kepada hukuman jenayah untuk kedua-dua Valspar dan kakitangannya.

Sama juga, mendapatkan jualan dengan cara rasuah atau bayaran tunai adalah

dilarang keras.

Selain itu, FCPA memerlukan Valspar untuk memastikan buku dan rekod

kewangan tepat dan lengkap. Oleh itu, semua urus niaga perniagaan mestilah

dimasukkan dan direkod dengan sempurna dalam buku dan rekod kewangan

untuk unit perniagaan. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.

8. Pematuhan Antitrust Pematuhan penuh kepada undang-undang antitrust adalah diperlukan.

Adalah menjadi polisi Valspar untuk membuat keputusan komersilnya sendiri

secara berdikari dan bebas sepenuhnya daripada sebarang persefahaman atau

persetujuan dengan mana-mana pesaing. Polisi ini memerlukan pengelakan penuh

sebarang perlakuan yang melanggar, atau yang kelihatan seperti melanggar,

prinsip-prinsip yang digariskan oleh undang-undang antitrust yang melarang

sebarang jenis persefahaman atau persetujuan di antara pesaing berkaitan harga,

terma jualan, bahagian pasaran, pengagihan pelanggan, atau sebarang aktiviti lain

yang menyekat persaingan, sama ada oleh penjual atau pembeli. Pematuhan

penuh kepada undang-undang antitrust adalah diperlukan. Lihat Lampiran untuk

polisi penuh.

9. Pematuhan Adalah menjadi polisi Valspar untuk tidak melakukan perniagaan dengan

Undang-undang pembekal atau pihak lain yang tidak mematuhi undang-undang buruh yang

Buruh ditetapkan.

Valspar tidak akan membeli atau menggunakan barangan atau perkhidmatan yang

telah dikeluarkan atau disediakan dengan melanggar undang-undang buruh yang

ditetapkan.

Page 11: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

6

10. Pematuhan Eksport, Valspar mempunyai polisi untuk mematuhi undang-undang eksport,

Import dan import dan perdagangan antarabangsa di setiap negara di mana kami

Perdagangan menjalankan perniagaan.

Antarabangsa

Walaupun Valspar beribu pejabat di Amerika Syarikat, kami menjalankan

perniagaan di seluruh dunia. Setiap negara di mana kami menjalankan perniagaan

mempunyai undang-undang dan peraturan tersediri yang menetapkan bagaimana

kami menjalankan perniagaan, termasuk cara produk, data teknikal dan teknologi

kami diimport dan dieksport. Semua kakitangan mesti memahami undang-undang

dan peraturan yang berkenaan yang membantu Valspar mengekalkan reputasinya

sebagai syarikat global bertanggungjawab, termasuk yang berikut:

Kawalan Eksport. Kakitangan mesti memahami dan mematuhi undang-undang

nasional dan antarabangsa untuk mengeksport produk, data teknikal dan teknologi

dari satu negara ke negara lain. Banyak eksport memerlukan lesen atau permit

kerajaan (bergantung kepada bentuk dan nilai produk, data teknikal atau subjek

teknologi untuk dieksport) dan, dalam keadaan tertentu, undang-undang kawalan

eksport mungkin menghalang Valspar atau kakitangannya daripada berurusan

dengan negara tertentu. Mana-mana kakitangan yang terlibat dalam urus niaga

eksport harus menghubungi Jabatan Guaman jika mereka mempunyai sebarang

persoalan tentang undang-undang negara di mana urus niaga eksport berlangsung.

Kastam dan Import. Undang-undang kastam di negara di mana kami beroperasi

menetapkan dan, dalam sesetengah kes, mungkin melarang pengimportan produk

atau item tertentu. Adalah penting untuk mengingati bahawa peraturan ini

tertakluk bukan hanya kepada urus niaga di antara Valspar dan pihak ketiga,

tetapi juga kepada urus niaga di mana Valspar memindahkan produk, bahan atau

item di antara tapak, ahli gabungan, usaha sama atau anak syarikat. Peraturan

kastam memerlukan kakitangan Valspar untuk boleh menunjukkan, dengan

dokumentasi yang sewajarnya, bahawa Valspar melakukan usaha terbaik untuk

memastikan importnya mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Kakitangan

yang terlibat di dalam proses pengimportan produk Valspar perlu melaporkan

maklumat yang lengkap, tepat dan terperinci berkaitan produk yang diimport,

seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Valspar melarang

keras mana-mana kakitangan daripada dengan sengaja memberikan maklumat

palsu atau tidak tepat berkaitan dengan kastam dan import.

11. Perdagangan Jangan sekali-kali memperdagangkan saham, bon, opsyen atau sekuriti

Orang Dalam syarikat yang lain berasaskan kepada maklumat sulit yang diperolehi di

tempat kerja.

Perdagangan orang dalam adalah jenayah yang serius. Perdagangan orang dalam

berlaku apabila, sebagai contoh, seseorang memperdagangkan saham semasa

mempunyai maklumat penting, bukan umum tentang syarikat yang terlibat.

Maklumat adalah “penting” jika ia akan mempengaruhi keputusan seseorang

Page 12: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

7

untuk sama ada membeli, menjual atau menyimpan saham. Ianya “bukan umum”

jika ia belum diterbitkan dan dibeli oleh komuniti yang melabur.

Valspar dan para kakitangannya berkongsi kepentingan dalam mengelakkan

siasatan perdagangan orang dalam. Seseorang individu yang disabitkan dengan

perdagangan orang dalam boleh dikenakan hukuman sivil dan jenayah yang berat.

Siasatan boleh menjejaskan reputasi Valspar dan menyebabkan Valspar

dikenakan hukuman tambahan.

Oleh itu, polisi Valspar melarang perdagangan orang dalam oleh semua

kakitangan. Jangan berdagang berdasarkan kepada maklumat sulit yang diperolehi

di tempat kerja – tidak kira maklumat itu berkaitan dengan Valspar atau entiti

lain.

Selari dengan peraturan sekuriti A.S., Valspar mengenakan had

perdagangan tambahan kepada Lembaga Pengarahnya dan pegawai

tertentu, dan Suruhanjaya Bursa Sekuriti memerlukan individu sedemikian

untuk mendedahkan jualan, pembelian dan lain-lain perubahan pemilikan

dalam sekuriti Valspar dengan segera.

Undang-undang perdagangan orang dalam tidak sentiasa jelas. Jika anda tidak

pasti bagaimana kuasa undang-undang ini pada keadaan tertentu, dapatkan

kepastian sebelum anda membuat urus niaga. Semua soalan harus dirujuk kepada

Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705.

12. Budi Bahasa Berikan atau terima hadiah yang bernilai rendah sahaja. Pengecualian

Perniagaan dan memerlukan kelulusan.

Ganjaran Budi bahasa perniagaan dan ganjaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada,

hadiah, makanan, koktel, diskaun, hospitaliti, hiburan, rekreasi, item promosi,

perjalanan dan sebarang "item bernilai" ketara atau tidak ketara yang tidak

dibayar mengikut harga pasaran sebenar oleh penerima.

Kakitangan Valspar boleh memberi atau menerima hadiah atau ganjaran dalam

syarikat – berkaitan dengan urus niaga perniagaan dengan pelanggan atau

pembekal, dengan syarat semua garis panduan berikut dipenuhi:

Ia tidak melanggar undang-undang, peraturan, budaya sesuai kawasan pasaran

atau polisi yang diketahui untuk majikan bagi kedua-dua pihak;

Ia berpatutan dari segi kos, jumlah, kuantiti dan kekerapan;

Ia bersesuaian dengan masa dan tempat;

Ia boleh berhadapan dengan penelitian awam tanpa merosakkan reputasi

Valspar.

Ia memenuhi tujuan perniagaan biasa dan diperlukan; dan

Ia telah diberi kelulusan terlebih dahulu oleh penyelia anda.

Page 13: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

8

Hadiah tidak boleh diberikan kepada pegawai kerajaan atau kakitangan syarikat

milik kerajaan kerana itu biasanya adalah salah dan dilarang oleh bahagian

Rasuah dan Sogokan pada Kod.

Dalam apa keadaan sekalipun kakitangan Valspar tidak boleh memberi atau

menerima wang tunai atau hadiah setara dengan wang tunai (seperti kad hadiah

atau sijil hadiah) sebagai hadiah atau ganjaran. Pegawai korporat atau divisyen

yang bertanggungjawab untuk kawasan anda mesti meluluskan lebih awal hadiah

individu yang bernilai lebih daripada biasa.

13. Urus Niaga Adil Setiap kakitangan mesti berusaha untuk menjalankan urus niaga yang adil

dengan pelanggan, pembekal, pesaing dan kakitangan Valspar.

Kakitangan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas sesiapa pun melalui

manipulasi, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat istimewa, salah nyataan

fakta penting atau sebarang amalan urus niaga tidak adil yang lain.

14. Sumbangan Politik Dana, harta atau perkhidmatan Valspar tidak boleh disumbangkan atau

dan Derma didermakan atas sebarang sebab yang berkaitan dengan mana-mana kerajaan

Kerajaan (termasuk pelbagai agensinya), atau kepada mana-mana parti politik, calon

atau jawatankuasa.

Selain itu, kakitangan tidak boleh menawarkan atau menjanjikan sumbangan

kepada mana-mana pegawai kerajaan.

15. Maklumat Sulit Salah satu aset Valspar yang paling penting ialah maklumat sulit

korporat. Tanggungjawab Valspar mengikut undang-undang dan

kedudukannya yang kompetitif sering menjadikan maklumat ini kekal sulit.

Maklumat sulit korporat biasanya terbahagi kepada dua kategori. Kategori

pertama merangkumi maklumat yang bertujuan untuk penggunaan dalaman

sahaja. Maklumat ini biasanya berkaitan dengan operasi Valspar – senarai

pelanggan, penentuan harga pelanggan, penentuan harga pembekal, rebet,

maklumat penyumberan/pembekal, formula, teknik pengeluaran atau “rahsia

perdagangan” (maklumat sulit yang digunakan dalam urusan perniagaan untuk

memberikan Valspar kelebihan yang kompetitif). Valspar berusaha untuk

memastikan maklumat ini kekal sulit selamanya. Semua kakitangan mesti

mematuhi Polisi Rahsia Perdagangan Valspar, yang tersedia di intranet syarikat.

Kategori kedua melibatkan maklumat sulit korporat yang Valspar maklumkan

secara rutin kepada komuniti pelaburan. Maklumat ini biasanya mengukur

prestasi kewangan Valspar (cthnya. hasil kewangan suku tahunan operasi

Valspar) atau mengenal pasti kejadian yang mempunyai impak ketara (atau

“penting”) kepada nilai sekuriti Valspar. Pendedahan tidak wajar atau penggunaan

Page 14: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

9

maklumat sedemikian untuk kepentingan peribadi boleh menyebabkan individu

itu dikenakan hukuman jenayah dan sivil yang berat.

Kakitangan tidak boleh mendedahkan maklumat sulit kewangan kepada sesiapa di

luar Valspar, kecuali kepada juruaudit dan penasihat profesional Valspar di bawah

syarat kerahsiaan. Di dalam Valspar sekalipun, maklumat sulit korporat harus

dibincangkan hanya dengan mereka yang perlu tahu maklumat itu.

Tanggungjawab kakitangan untuk melindungi maklumat korporat sulit ini

berterusan walaupun selepas beliau meninggalkan Valspar. Jika anda tidak pasti

tentang kerahsiaan maklumat tertentu, hubungi penyelia anda sebelum membuat

pendedahan.

16. Maklumat Tentang Para kakitangan mestilah tidak sekali-kali cuba mendapatkan, atau bersedia

Pesaing menerima, maklumat pesaing yang diperolehi secara salah.

Valspar tidak akan menggaji kakitangan untuk mendapatkan maklumat sulit

tentang syarikat lain. Namun begitu, kakitangan baharu mungkin mempunyai

maklumat sulit tentang majikan lama mereka. Kakitangan Valspar tidak boleh

bertanya dan kakitangan baharu tidak boleh mendedahkan maklumat sedemikian

atau membenarkan rakan sekerja Valspar mereka menggunakannya.

17. Konflik kepentingan Setiap kakitangan mesti setia kepada Valspar.

Untuk Kakitangan: Elakkan sebarang situasi di mana kepentingan peribadi anda bertembung dengan

kepentingan Valspar. Bahagian berikut menilai beberapa bidang masalah yang

berpotensi. Senarai ini tidak menyeluruh. Prinsip umumnya, bagaimanapun,

adalah mudah: pastikan anda sentiasa berhati-hati sekiranya wujud sekadar

gambaran sekalipun bahawa anda bertindak untuk alasan lain selain daripada

untuk kepentingan Valspar atau di mana kepentingan anda sendiri terlibat (atau

kelihatan seperti terlibat) dengan kepentingan syarikat.

Banyak konflik kepentingan boleh diselesaikan atau dicegah sekiranya ia

didedahkan dan diluluskan dengan sebaiknya. Dedahkan kepada penyelia anda

sebarang kepentingan peribadi atau keadaan yang mungkin menyebabkan berlaku

konfilikkepentingan (atau gambaran seperti anda mempunyai konflik kepentingan

sekalipun) sebaik sahaja anda menyedari keadaan yang mungkin mewujudkan

konflik itu. Kakitangan yang gagal untuk mendedahkan potensi konflik

kepentingan boleh dikenakan tindakan disipilin, termasuk perkhidmatan mereka

ditamatkan. Jika tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan konflik kepentingan

selepas anda mendedahkannya kepada penyelia anda, anda harus menghuungi

Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman untuk mengesahkan bahawa

konflik kepentingan itu telah diselesaikan dengan baik.

Tanggungjawab pertama anda terletak pada Valspar. Valspar memerlukan

perhatian penuh kakitangannya. Secara umum, perhatian tahap ini menjadikannya

Page 15: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

10

tidak praktikal untuk kakitangan mengejar pekerjaan di luar Valspar. Selain itu,

pekerjaan di luar boleh membawa kepada konflik kepentingan kakitangan itu.

Oleh itu, penyelia anda atau Sumber Manusia mesti meluluskan lebih awal

sebarang pekerjaan luar yang menyeluruh atau mempunyai konflik dengan

Valspar.

Jangan pesongkan sebarang peluang perniagaan yang boleh menguntungkan

Valspar untuk keuntungan peribadi. Kesetiaan dianggap telah dilanggar

sekiranya kakitangan mendapat keuntungan secara peribadi daripada peluang

perniagaan yang sepatutnya menjadi milik Valspar. Masalah ini timbul apabila

kakitangan mempunyai kepentingan dalam entiti yang menawarkan produk atau

perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh Valspar, atau apabila kakitangan itu

menawarkan sendiri produk atau perkhidmatan sedemikian.

Kepentingan kewangan dalam pesaing, pembekal atau pelanggan boleh

mengakibatkan konflik kepentingan. Kakitangan mesti mengelakkan situasi

dan aktiviti di mana kepentingan peribadi mereka boleh mendatangkan konflik,

atau kelihatan berkonflik, dengan kepentingan Valspar. Oleh itu, penyelia anda

atau Penasihat Umum mesti meluluskan terlebih dahulu sebarang kepentingan

kewangan oleh kakitangan atau saudara terdekat kakitangan dalam pesaing,

pembekal atau pelanggan.

Hubungan Peribadi. Hubungan peribadi anda dengan kakitangan Valspar yang

lain juga boleh mewujudkan konflik kepentingan. Adalah bertentangan dengan

polisi Valspar untuk pengurus menjadi penyelia kepada ahli keluarganya atau

terlibat dalam hubungan romantis dengan kakitangan yang melapor kepadanya.

Kakitangan yang menghadapi isu ini harus segera mendedahkan hubungan

peribadi itu dan membincangkan perkara ini dengan penyelia beliau atau Sumber

Manusia.

Untuk Lembaga Bahagian konflik kepentingan ini juga tertakluk kepada pengarah bukan

Pengarah Valspar: kakitangan dengan pengecualian untuk peruntukan berkaitan dengan pekerjaan di

luar Valspar. Untuk para pengarah, konflik kepentingan boleh timbul apabila

syarikat bercadang untuk memasuki urus niaga atau rancangan yang mana

menyebabkan pengarah itu akan mendapat faedah selain daripada yang diperolehi

dari kedudukannya sebagai pengarah atau pemegang saham. Selain itu, konflik

boleh timbul apabila pengarah mempunyai kepentingan yang berbeza dengan

Valspar. Apabila seorang pengarah Valspar menyedari terdapat konflik sebenar

atau potensi konflik, pengarah itu harus segera menghubungi Pengarah Utama,

Ketua Pegawai Eksekutif atau Penasihat Umum dan mendedahkan fakta dan

keadaan yang menimbulkan konflik itu. Lembaga Pengarah Valspar

bertanggungjawab untuk menilai fakta dan keadaan itu serta mengambil tindakan

sewajarnya berkenaan dengan konflik kepentingan pengarah terbabit.

Page 16: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

11

18. Penggunaan Aset Semua aset Valspar mesti digunakan hanya untuk tujuan perniagaan Valspar.

Valspar

19. Polisi Akses Agar Valspar dapat meneruskan aktiviti perniagaannya dan mengekalkan

E-mel dan Komputer kelebihan kompetitifnya, Valspar mesti melindungi ciptaan, penemuan,

hakmilik maklumat dan harta teknikal serta perniagaan, termasuk maklumat

elektronik.

Oleh itu, semua kakitangan yang mempunyai akses ke rangkaian Valspar, aplikasi

dan data Valspar, mel elektronik dan internet melalui komputer dan perisian yang

dimiliki oleh Valspar perlu mematuhi Polisi Akses E-mel dan Komputer sebagai

syarat mendapat akses tersebut. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.

20. Penyimpanan Simpan rekod, e-mel dan dokumen lain mengikut Polisi Penyimpanan Rekod

Dokumen Valspar, yang tersedia di intranet syarikat.

Jika anda menyedari bahawa sebarang prosiding guaman melibatkan Valspar

ingin dilakukan atau telah berjalan, segera ambil langkah untuk menyimpan

semua rekod dan fail yang berpotensi untuk bersangkut-paut dengannya dan

segera hubungi Jabatan Guaman.

21. Tiada Penepian Hanya Lembaga Pengarah boleh mengenepikan sebarang peruntukan dalam

Kod ini.

Page 17: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

12

LAMPIRAN

Polisi-polisi Korporat Valspar

i Polisi Gangguan Seksual

iii Polisi Kelakuan/Gangguan Menjelikkan

iv Polisi Peluang Sama Rata

v Polisi dan Garis Panduan Akta Amalan Korupsi Asing

xvi Polisi Antitrust

xx Polisi Akses E-Mel dan Komputer

Page 18: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

i

Polisi Gangguan Seksual

Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang perlakuan gangguan seksual oleh mana-mana kakitangan di

tempat kerja. Gangguan seksual ialah satu pelanggaran terhadap hak individu kakitangan dan Valspar akan

menangani setiap situasi yang melibatkan gangguan seksual.

Gangguan seksual ditakrifkan sebagai cubaan seksual yang tidak disukai, permintaan untuk layanan seksual

atau lain-lain perlakuan secara lisan atau fizikal yang berbau seksual apabila:

Persetujuan untuk perlakuan sedemikian dilakukan, sama ada secara tersurat atau tersirat, sebagai terma

atau syarat untuk perkhidmatan seseorang individu diteruskan

Persetujuan kepada atau penolakan perlakuan sedemikian oleh seseorang individu digunakan sebagai

asas untuk keputusan penggajian di masa hadapan yang melibatkan individu itu

Perlakuan sedemikian mempunyai tujuan atau kesan untuk mengganggu tanpa sebab prestasi kerja

seseorang individu atau mencipta persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan atau mengganggu.

Di sini adalah beberapa contoh perlakuan yang berkemungkinan akan atau dianggap sebagai gangguan seksual

(senarai ini tidak dianggap sebagai menyeluruh):

Penggunaan istilah yang menjelikkan atau menjatuhkan maruah yang berbaur seksual

Kemesraan fizikal, tingkah laku, tindakan atau sentuhan yang dipertikaikan

Cadangan yang tidak disukai berkenaan, atau jemputan kepada, pertemuan sosial atau acara sosial

berkaitan kerja

Sebarang tanda, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa jaminan pekerjaan, tugasan kerja, syarat

penggajian atau peluang naik pangkat seseorang kakitangan bergantung kepada persetujuannya untuk

melakukan layanan seksual

Sebarang tindakan berkaitan dengan status pekerjaan seseorang kakitangan yang sebenarnya dipengaruhi

oleh pertimbangannya untuk menerima atau menolak layanan sosial atau seksual

Mewujudkan suasana gangguan seksual atau menakutkan secara sengaja atau tidak sengaja

Gurauan atau kenyataan secara sengaja atau tidak yang berbaur seksual kepada atau dengan kehadiran

mana-mana kakitangan yang menganggap gurauan atau kenyataan sebegitu sebagai menjelikkan

Menunjukkan atau menghantar bahan yang mengandungi kandungan seksual atau bersifat seksual

(seperti kartun, artikel, gambar, dll.), sama ada menggunakan e-mel, mel antara pejabat, Internet atau

lain-lain, kepada kakitangan yang menganggap bahan sedemikian menjelikkan

Semua kakitangan mesti melayan rakan sekerja, pekerja bawahan dan penyelia mereka dengan rasa hormat

sepanjang masa.

Jika anda rasa anda mengalami gangguan seksual, anda mempunyai hak untuk dengan serta-merta meminta

pelakunya berhenti tidak kira siapa pelaku tersebut atau apa kedudukan mereka dalam syarikat. Anda juga

mempunyai hak untuk, dan harus dengan serta-merta melaporkan tingkah laku sedemikian kepada penyelia

anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia. Kakitangan yang terlibat dalam gangguan seksual akan

dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan.

Page 19: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

ii

Jika anda rasa melaporkan gangguan seksual kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau jika

penyelia anda ialah punca gangguan itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan atasan di lokasi anda

serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau Jabatan Guaman.

Anda mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan penyelia anda atau sesiapa yang disebut

sebelum ini tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa

akan dibenarkan untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau kerana

melaporkan kelakuan sedemikian.

Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan gangguan seksual atau yang percaya

dirinya menjadi mangsa gangguan seksual serta ingin kekal tanpa nama, digalakkan untuk menghubungi Talian

Maklumat Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan. Nombor bebas tol untuk lokasi anda

disenaraikan di belakang Kod ini.

Page 20: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

iii

Polisi Kelakuan/Gangguan Menjelikkan

Valspar berusaha untuk mengekalkan persekitaran kerja yang bebas daripada kenyataan atau kelakuan yang

menjelikkan atau menjatuh maruah dan oleh itu, sebarang tingkah laku menjelikkan/gangguan daripada mana-

mana kakitangan tidak akan diterima. Tingkah laku menjelikkan/ gangguan boleh termasuk kenyataan atau

tindakan tidak wajar yang dianggap menjelikkan untuk orang lain, berdasarkan kepada, sebagai contoh, bangsa,

warna, fahaman, jantina, agama, negara asal, kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi seksual, status

veteran kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi oleh undang-undang

tempatan, negeri dan persekutuan. Tingkah laku menjelikkan juga boleh melibatkan permintaan untuk

menyertai kelakuan yang salah, tidak bermoral atau tidak beretika, atau ia boleh melibatkan sentuhan fizikal

yang tidak wajar.

Jika anda rasa anda berhadapan dengan tingkah laku menjelikkan, anda mempunyai hak untuk dengan serta-

merta meminta pelakunya berhenti tidak kira siapa pelaku tersebut atau apa kedudukan mereka dalam syarikat.

Pada masa yang sama, anda juga mempunyai hak untuk, dan harus dengan serta-merta melaporkan tingkah laku

sedemikian kepada penyelia anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia. Kakitangan yang terlibat dalam

tingkah laku menjelikkan/ gangguan akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan

perkhidmatan.

Jika anda rasa melaporkan tingkah laku menjelikkan itu kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau

jika penyelia anda ialah punca tingkah laku menjelikkan itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan

atasan di lokasi anda serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau

Jabatan Guaman. Anda mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan sesiapa yang disebut

sebelum ini tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa

akan dibenarkan untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau kerana

melaporkan kelakuan sedemikian.

Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan tingkah laku menjelikkan/ gangguan atau

yang percaya dirinya menjadi mangsa tingkah laku menjelikkan/ gangguan serta ingin kekal tanpa nama,

digalakkan untuk menghubungi Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan.

Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di belakang Kod ini.

Page 21: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

iv

Polisi Peluang Sama Rata

Valspar mempunyai polis yang melarang diskriminasi dalam sebarang bentuk berdasarkan kepada, sebagai

contoh, bangsa, warna, fahaman, jantina, agama, negara asal, kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi

seksual, status veteran kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi oleh

undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan. Polisi tanpa diskriminasi ini tertakluk kepada amalan dan

prosedur penggajian termasuk:

Peluang untuk penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat

Kadar gaji dan bentuk-bentuk ganjaran lain

Peluang mendapat latihan

Tindakan disiplin, turun pangkat, dihentikan kerja sementara atau penamatan perkhidmatan

Penggunaan kemudahan syarikat dan penyertaan dalam aktiviti syarikat

Satu peluang untuk bekerja dalam persekitaran yang bebas daripada gangguan yang tidak sepatutnya.

Jika anda rasa anda menjadi mangsa kepada diskriminasi, anda mempunyai hak untuk dengan serta merta

melaporkan tingkah laku sedemikian kepada penyelia anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia.

Kakitangan yang terlibat dalam diskriminasi akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk

penamatan perkhidmatan.

Jika anda rasa melaporkan diskriminasi itu kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau jika

penyelia anda ialah punca diskriminasi itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan atasan di lokasi anda

serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau Jabatan Guaman. Anda

mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan penyelia anda atau sesiapa yang disebut sebelum ini

tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa akan dibenarkan

untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau melaporkan kelakuan

sedemikian.

Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan diskriminasi atau yang percaya dirinya

menjadi mangsa diskriminasi serta ingin kekal tanpa nama, digalakkan untuk menghubungi Talian Maklumat

Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan. Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di

belakang Kod ini.

Page 22: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

v

Polisi dan Garis Panduan Akta Amalan Korupsi Asing

Pengenalan

Adalah menjadi polisi Valspar untuk menjalankan operasi dan aktiviti di luar Amerika Syarikat dengan

mematuhi sepenuhnya peraturan dan kehendak Akta Amalan Korupsi Asing (FCPA) dan undang-undang mana-

mana negara yang melarang pemberian rasuah kepada pegawai asing. Tiada pegawai, kakitangan atau ejen

Valspar mempunyai kuasa untuk menawarkan bayaran kepada pegawai asing untuk memujuk pegawai itu untuk

mempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan kerajaan dalam cara yang akan membantu Valspar atau mana-

mana anak syarikat atau divisyennya untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Juga, setiap pegawai, kakitangan dan ejen adalah diwajibkan oleh polisi Valspar dan undang-undang negara

untuk menyimpan kira-kira, rekod dan akaun yang menunjukkan semua urus niaga dan penggunaan aset

Valspar dengan tepat dan adil.

Akibat daripada kegagalan untuk mematuhi polisi ini boleh mendatangkan masalah besar kepada Valspar dan

kakitangannya. Pelanggaran FCPA oleh kakitangan Valspar boleh menyebabkan denda berjuta dolar terhadap

Valspar, boleh merosakkan reputasi Valspar dengan teruk dan boleh menyebabkan kakitangan itu dikenakan

tuduhan jenayah, denda dan dipenjarakan. Sebagai tambahan, Valspar akan mengambil segala tindakan disiplin

yang diperlukan - termasuk memecat - terhadap kakitangan yang melanggar polisi ini.

Rangka Kerja Statutori

FCPA biasanya melarang bayaran yang dibuat secara korup untuk memujuk seseorang pegawai asing untuk

menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan kerajaan dalam cara yang akan

membantu Valspar atau mana-mana anak syarikat atau divisyennya untuk mendapatkan atau mengekalkan

perniagaan.

FCPA juga memerlukan pengeluar sekuriti A.S. yang berdaftar untuk “membuat dan menyimpan kira-kira,

rekod, dan akaun, yang mana, secara terperinci, tepat dan adil menggambarkan urus niaga dan penggunaan

aset” pengeluar. Pematuhan kepada peruntukan kira-kira dan rekod memerlukan rekod dan akaun tepat untuk

bayaran sedemikian, tidak kiralah walaupun ia dibuat kepada pegawai kerajaan.

FCPA melarang bayaran kepada pegawai asing yang dibuat atau ditawarkan secara korup. Bayaran korup dalam

FCPA adalah bayaran yang bertujuan untuk memujuk pegawai asing agar menyalahgunakan kedudukan

rasminya atau agar tidak menjalankan satu fungsi rasmi. Definisi bayaran bagi FCPA adalah termasuk wang

tunai, kad hadiah atau pemberian apa sahaja yang bernilai, seperti hadiah, makanan dan minuman, pembayaran

balik untuk perjalanan atau perbelanjaan dan pinjaman perniagaan. Bayaran yang dilarang itu mungkin dibuat

untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan untuk Valspar dan/atau anak syarikatnya. Ia juga mungkin

dibuat untuk mendapatkan penggubalan undang-undang, peraturan atau perintah yang menguntungkan

perniagaan Valspar.

Bayaran korup mestilah dibuat kepada pegawai asing. Pegawai asing dalam konteks FCPA adalah pegawai atau

kakitangan kerajaan atau jabatan, agensi, atau bantuan pihak asing, atau mana-mana orang yang bertindak

dalam kapasiti rasmi untuk atau bagi pihak kerajaan, jabatan, agensi, atau bantuan sedemikian, termasuk

Page 23: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

vi

pegawai dan kakitangan lain perusahaan milik atau yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Terma pegawai asing

juga termasuk pegawai parti politik dan calon untuk jawatan politik.

Valspar juga tidak membenarkan atau memaafkan “rasuah komersil”, bayaran yang dibuat kepada seseorang di

syarikat lain (seperti pelanggan atau pembekal) untuk memujuk orang itu agar bertindak dengan tidak wajar

untuk kepentingan Valspar. Semua bayaran sedemikian melanggar polisi Valspar dan, dalam kebanyakan kes,

juga melanggar undang-undang negara di mana bayaran rasuah komersil yang tidak wajar itu dibuat. Kegagalan

untuk merekod dan membuat akaun dengan sempurna untuk bayaran sedemikian juga akan melanggar polisi

Valspar. Valspar melarang kakitangannya daripada menggunakan wang peribadi mereka untuk membuat

bayaran kepada pegawai asing.

Bayaran kepada pihak ketiga seperti ejen, konsultan dan penasihat boleh melanggar FCPA jika ia dibuat dengan

kepercayaan bahawa semua atau sebahagian daripada bayaran sedemikian akan ditawarkan, diberi atau

dijanjikan kepada pegawai asing untuk sebarang tujuan yang dilarang yang dinyatakan di atas.

Polisi dan Prosedur untuk Mengekalkan Ejen

Kakitangan Valspar yang bertanggungjawab untuk mendapatkan ejen untuk bertindak bagi pihak Valspar di

luar Amerika Syarikat perlu mematuhi polisi dan prosedur yang dinyatakan di bawah. Bagi tujuan polisi ini,

“ejen” adalah mana-mana orang, syarikat atau entiti yang diambil oleh Valspar yang mempunyai kuasa untuk

bertindak untuk atau bagi pihak Valspar atau sebaliknya mewakili Valspar kepada pelanggan atau pegawai

kerajaan dengan bayaran, seperti wakil, ejen dan konsultan jualan. Terdapat tiga langkah asas yang harus

diambil oleh kakitangan Valspar untuk mengurangkan kemungkinan berlaku bayaran yang dilarang oleh ejen

kepada pegawai kerajaan asing yang menjalankan transaksi perniagaan dengan Valspar dan untuk

meminimumkan risiko bayaran sedemikian dianggap diketahui di pihak Valspar atau kakitangannya jika ia

berlaku: (1) Prosedur Usaha Wajar Pra-Perlantikan; (2) Prosedur Perlantikan Ejen; dan (3) Pengawasan Selepas

Perlantikan.

Usaha Wajar Pra-Perlantikan

Sebelum memeterai sebarang perhubungan atau perjanjian dengan seseorang ejen, kakitangan Valspar mesti

melakukan langkah-langkah berikut untuk mendapatkan maklumat latar belakang tentang ejen itu dan menilai

potensi risiko:

Langkah Pertama

Meminta calon ejen untuk melengkapkan Soal Selidik Ejen FCPA pada borang yang diluluskan oleh

Jabatan Guaman;

Langkah Kedua

Hantar Borang Kelulusan Ejen dan Soal Selidik Ejen FCPA kepada pegawai yang bertanggungjawab ke

atas kumpulan perniagaan untuk semakan dan kelulusan. Pegawai yang bertanggungjawab untuk

kumpulan perniagaan itu mesti menandatangani Borang Kelulusan Ejen menyatakan bahawa dia

bersetuju bahawa keperluan perniagaan yang sah wujud untuk mengambil ejen; dan

Page 24: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

vii

Langkah Ketiga

Hantar Soal Selidik Ejen FCPA yang telah dilengkapkan dan Borang Kelulusan Ejen yang telah

dilengkap kepada Pengarah Kewangan Kanan untuk kumpulan perniagaan untuk semakan dan

kelulusan.

Pengarah Kewangan Kanan untuk kumpulan perniagaan mesti meluluskan calon ejen sebelum (i) mana-mana

kakitangan Valspar memuktamadkan persetujuan dengan ejen, (ii) ejen mula bekerja bagi pihak Valspar, atau

(iii) sebarang bayaran akan diberi kuasa kepada ejen itu.

Semua persetujuan agensi yang yang diluluskan akan disimpan dalam daftar ejen berpusat yang ditadbir oleh

Jabatan Kewangan dan Jabatan Guaman. Audit dalaman akan mengaudit hubungan agensi dan pematuhan

kepada proses usaha wajar yang digariskan di atas secara tetap.

Perlantikan Ejen

Terma dan syarat semua hubungan dengan ejen yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Valspar mestilah

ditetapkan lebih awal dalam borang perjanjian yang dibenarkan oleh Jabatan Guaman untuk peruntukan

perkhidmatan yang diingini. Borang perjanjian sedemikian tersedia daripada Jabatan Guaman dan di tapak

intranet Jabatan Guaman. Bayaran perkhidmatan akan disyaratkan pada penyempurnaan semua langkah-

langkah Usaha Wajar Pra-Perlantikan. Borang perakuan akan diberikan kepada kakitangan apabila diperlukan

dan semua perjanjian ejen mestilah diluluskan oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk kumpulan

perniagaan sebelum perlantikan mereka.

Pengawasan Selepas Perlantikan Ejen

Kakitangan Valspar yang bertanggungjawab untuk memantau kerja ejen untuk Valspar perlu mengawasi secara

tetap aktiviti perniagaan ejen bagi pihak Valspar. Semua ejen yang diambil oleh Valspar mesti melengkapkan

borang perakuan yang disertakan pada permulaan hubungan dan setiap tahun selepas itu. Sebarang bendera

merah yang dikenalpasti oleh aktiviti perniagaan ejen mesti disiasat secara menyeluruh. Valspar akan menilai

semula hubungannya dengan ejen itu berdasarkan kepada hasil sebarang siasatan dan akan menamatkan

hubungannya dengan ejen itu sekiranya siasatan mendedahkan sebarang tindakan tidak wajar oleh ejen itu.

Kakitangan yang mendapatkan ejen itu bagi pihak Valspar bertanggungjawab secara peribadi untuk

memastikan bahawa aktiviti ejen itu mematuhi sepenuhnya Kod Perlakuan dan tanggungjawab undang-

undang Valspar. Mana-mana kakitangan yang gagal untuk memantau hubungan ejen dengan baik atau

serta merta mendedahkan sebarang aktiviti tidak wajar yang dibuat oleh ejen yang menjadi

tanggungjawab kakitangan itu akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk ditamatkan

perkhidmatan.

Hukuman untuk Pelanggaran

Kerajaan Amerika Syarikat telah meningkatkan hukuman jenayah untuk pelanggaran FCPA dengan ketara pada

tahun 1988. Pelanggaran sama ada peruntukan anti-rasuah atau perakaunan boleh menyebabkan individu

Page 25: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

viii

dikenakan denda melebihi $250,000 atau dua kali ganda keuntungan atau kerugian kasar daripada kesalahan itu

dan hukuman penjara hingga lima tahun. Valspar boleh didenda sehingga melebihi $2 juta atau dua kali ganda

keuntungan atau kerugian kasar daripada kesalahan itu.

Page 26: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

ix

Perakuan Akta Amalan Korup Asing Ejen Valspar

Saya, __________________________, wakil yang diberi kuasa oleh [NAMA EJEN] mengesahkan bahawa

saya, syarikat saya dan sesiapa yang diambil oleh saya atau syarikat saya mengetahui polisi Anti Rasuah dan

Sogokan Valspar serta keperluan Akta Amalan Korup Asing. Saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya

akan mematuhi semua aspek polisi Anti Rasuah dan Sogokan Valspar serta keperluan FCPA pada sepanjang

masa semasa saya diambil untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi pihak Valspar. Saya bersetuju

dan memahami bahawa sebarang pelanggaran polisi Akta Amalan Korup Asing Valspar boleh mengakibatkan

penamatan serta merta sebarang perjanjian dengan Valspar tanpa bayaran lanjut atau jalan keluar oleh saya atau

syarikat saya.

Saya selanjutnya mengakui dan mengesahkan bahawa saya tidak mengetahui sebarang tawaran, bayaran, janji

untuk membayar, atau pemberian kuasa bayaran sebarang wang, atau tawaran, hadiah, janji untuk memberi,

atau kuasa untuk pemberian apa sahaja barang bernilai yang dibuat atau ditawarkan secara langsung atau tidak

langsung kepada pegawai asing, kakitangan syarikat milik kerajaan asing, parti politik asing, atau mana-mana

calon untuk jawatan politik asing, atau kepada sesiapa, mengetahui bahawa semua atau sebahagian daripada

wang atau barang bernilai akan ditawarkan, diberi, atau dijanjikan, secara langsung atau tidak langsung, untuk

mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau bayaran untuk mendapatkan penggubalan undang-undang,

peraturan atau perintah yang disukai yang akan menguntungkan perniagaan Valspar.

Saya selanjutnya mengakui dan mengesahkan bahawa, selaras dengan polisi Valspar dan menurut pengetahuan

saya, semua kira-kira, rekod dan akaun yang menjadi tanggungjawab saya atau yang saya ketahui melalui

aktiviti perniagaan saya menggambarkan semua urus niaga dan penggunaan aset Valspar secara tepat dan adil.

Bertarikh: _____________________

Tandatangan: _________________________________________

Page 27: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

x

SOAL SELIDIK VALSPAR UNTUK EJEN

1. Nama Syarikat: ___________________________________________________________

2. Negara di mana anda akan mewakili Valspar: ________________________________

3. Maklumat Pengurusan:

Pengerusi/Presiden: _________________________________

Pengarah Urusan: ________________________________

Pengarah Lain: ___________________________________

4. Pemilik/Pemegang Saham (termasuk nama, negara kediaman dan % pemilikan):

____________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________

5. Syarikat Induk: ____________________________________

Anak Syarikat: _________________________________

Syarikat Usaha Sama: ______________________________

6. Rujukan Perniagaan (jika tidak diberikan sebelum ini):

(a) ______________________________________________

(b) ____________________________________________

(c) ______________________________________________

7. Rujukan Kredit Perbankan:

(a) _____________________________________________

(b) ______________________________________________

(c) ____________________________________________

8. Perniagaan Lain di Mana Pengarah Urusan Terlibat: __________________________

9. Perniagaan Lain di Mana Pengarah Lain Terlibat: ____________________________

10. Latar Belakang Sejarah. Terangkan secara ringkas aktiviti perniagaan utama, jangka masa beroperasi, pertukaran pemilikan,

rancangan pertumbuhan:

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

__________________________________

11. Terangkan secara ringkas pengalaman dan kelayakan kakitangan pengurusan:

____________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________

Page 28: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xi

12. Sila lampirkan penyata kewangan (diaudit, jika boleh) untuk tiga tahun lalu, termasuk kunci kira-kira dan penyata

untung/rugi.

13. Senaraikan secara ringkas semua sumbangan, sama ada berbentuk wang tunai atau sebaliknya, yang dibuat dalam tempoh

tiga tahun terakhir kepada mana-mana parti politik, calon, entiti atau jabatan kerajaan, atau entiti kebajikan.

14. Pernahkah organisasi anda atau mana-mana pegawai, pengarah, pemilik atau ahli pihak pengurusan disiasat kerana,

disabitkan atau memasuki penyelesaian atau perjanjian rayuan yang melibatkan amalan rasuah atau korup? Jika ya, sila

terangkan:

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

__________________________________

15. Adakah mana-mana pegawai kerajaan semasa atau bekas pegawai kerajaan, kakitangan perusahaan milik negeri, pegawai

parti politik, calon jawatan politik, atau saudara sesiapa di antara mereka ini mempunyai kepentingan pemilikan, secara

langsung atau tidak langsung, dalam syarikat anda?

16. Adakah terdapat mana-mana pegawai kerajaan semasa atau bekas pegawai kerajaan, kakitangan perusahaan milik negeri,

pegawai parti politik, calon jawatan politik, atau saudara sesiapa di antara mereka ini merupakan seorang kakitangan,

pegawai atau pengarah dalam syarikat anda?

17. Jika jawapan kepada salah satu Soalan 15 atau 16 adalah “ya”, sila:

(a) Nyatakan nama dan jawatan rasmi orang tersebut dalam kerajaan atau parti politik:

(b) Terangkan tugas dan tanggungjawab rasminya dengan kerajaan, pejabat kerajaan atau parti politik dan, jika

orang itu saudara seorang pegawai, pengarah atau pemilik syarikat anda, hubungan pegawai itu dengan

kakitangan anda:

(c) Nyatakan jenis dan tahap kepentingan pemilikannya dalam syarikat anda (cthnya. peratus pemilikan,

kedudukan dengan syarikat anda, pemegang saham, pegawai, pengarah, dll.)

__________________________

Saksi

____________________________________

Tandatangan

__________________________

Nama Bertaip

____________________________________

Nama/Gelaran Bertaip

Tarikh: ________________________________

Page 29: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xii

BORANG KELULUSAN CALON EJEN ARAHAN: Borang ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam mendapatkan kelulusan pihak pengurusan, Jabatan Kewangan dan

Jabatan Guaman untuk memulakan proses melantik ejen, konsultan, wakil atau pihak ketiga lain yang terletak di luar Amerika

Syarikat untuk bertindak bagi pihak Valspar di bawah polisi dan prosedur yang telah dinyatakan dalam Kod Etika dan Perlakuan

Perniagaan.

Orang Penghantar:

Tarikh:

Nama/Alamat Syarikat/Calon Ejen:

Penerangan Terperinci Jangkaan Aktiviti Yang Akan Dilakukan Oleh Syarikat/Calon Ejen Bagi

Pihak Valspar (lampirkan sebarang dokumentasi sokongan yang relevan):

Alasan Perniagaan untuk Mengambil Calon Ejen:

Jangkaan Bayaran untuk Dibayar kepada Calon Ejen:

Adakah Calon Ejen Perlu Menemui Pegawai Kerajaan atau Entiti Milik Negeri? Jika Ya,

Berikan Ringkasan Terperinci Jangkaan Aktiviti Sedemikian:

KELULUSAN:

______________________________________

Kakitangan Penghantar/Tarikh

______________________________________

Naib Presiden Kumpulan/Tarikh

Page 30: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xiii

AKTA AMALAN KORUP ASING

SOALAN LAZIM

S: Apakah “FCPA”?

FCPA bermaksud Akta Amalan Korup Asing, satu undang-undang A.S. yang menjadikan

tawaran rasuah kepada mana-mana pegawai asing satu jenayah. FCPA juga meminta syarikat-

syarikat untuk menyimpan kira-kira dan rekod yang tepat serta memastikan kawalan perakaunan

yang baik.

S: Jadi adakah FCPA berurusan hanya dengan isu merasuah pegawai asing?

Tidak. Untuk syarikat awam, FCPA juga mempunyai peraturan tentang bagaimana urus niaga

mesti diterangkan dalam semua kertas kerja dan rekod Valspar, serta peraturan tentang kawalan

perakaunan yang mesti disediakan. Apabila membuat rekod bagaimana anda telah menggunakan

aset Valspar, atau semasa melengkapkan kertas kerja berkenaan dengan sebarang urus niaga,

anda mestilah benar-benar tepat dan memberikan maklumat terperinci sewajarnya untuk

menerangkan urus niaga itu. Tiada dokumen atau rekod Valspar boleh dipalsukan untuk

sebarang alasan dan tiada akaun dana atau aset Valspar yang tidak didedahkan atau tidak

direkodkan boleh dicipta untuk sebarang tujuan. Dalam perkataan lain, FCPA melarang dana

yang tidak digambarkan dengan baik dalam buku dan rekod Valspar, walaupun jika syarikat

menggunakan dana itu untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.

S: Saya bukan seorang warga A.S. dan saya bekerja dengan Valspar di luar Amerika

Syarikat. Adakah FCPA juga tertakluk kepada mereka yang bukan rakyat A.S. dan

kepada aktiviti di luar Amerika Syarikat?

Ya. FCPA secara khusus menyasarkan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di luar

Amerika Syarikat. Individu adalah tertakluk kepada keperluan FCPA kerana mereka adalah

kakitangan Valspar, yang juga merupakan sebuah syarikat A.S. yang juga tertakluk kepada

FCPA. Individu juga boleh secara langsung tertakluk kepada undang-undang A.S. jika mereka

adalah penduduk tetap A.S. atau rakyat A.S., dan kerana Valspar adalah sebuah pengeluar

sekuriti tersenarai A.S. dan diperbadankan di Amerika Syarikat.

S. Saya bekerja di jabatan kewangan dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan

pegawai asing sebagai sebahagian daripada tugas saya di Valspar. Adakah saya perlu

bimbang tentang FCPA?

Ya. Walaupun anda mungkin tidak berinteraksi secara langsung dengan pegawai asing, anda

kerap melihat kertas kerja yang berkaitan dengan mereka yang berinteraksi secara langsung.

Anda memainkan peranan penting untuk Valspar dalam mengesan dan melaporkan aktiviti tidak

wajar yang berkaitan dengan pegawai asing. Anda perlu sentiasa memerhatikan untuk lebih

daripada sekadar penipuan. Anda perlu memantau urus niaga yang, walaupun didokumentasi dan

dijelaskan dengan baik, tetap melibatkan pemberian apa sahaja yang bernilai kepada pegawai

asing, yang boleh melanggar FCPA. Sebagai contoh, anda perlu peka dengan permintaan

Page 31: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xiv

pembayaran balik perbelanjaan yang, walaupun disokong dengan resit dan tujuan perniagaan

yang baik, mungkin melanggar FCPA kerana perbelanjaan itu melibatkan pegawai asing.

S: Saya bekerja secara tetap dengan syarikat milik negeri atau usaha sama. Betulkah

orang yang berurusan dengan saya di syarikat-syarikat ini bukan pegawai asing?

Ya. Bayaran kepada kakitangan syarikat milik negeri boleh melanggar FCPA dan polisi Valspar.

FCPA menganggap kakitangan kebanyakan perniagaan milik negeri sebagai kakitangan kerajaan

yang memilikinya. Paling penting, FCPA mungkin menganggap syarikat itu sebagai milik

negeri, dan kakitangannya sebagai pegawai asing, walaupun sekiranya undang-undang tempatan

tidak menganggap entiti itu sebagai milik negeri. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan

tentang sama ada syarikat di mana anda bekerja adalah milik negeri, sila hubungi Pejabat

Guaman.

S: Jika FCPA hanya berkaitan dengan merasuah pegawai asing, adakah ini bermaksud

merasuah orang yang bekerja dengan syarikat swasta boleh dilakukan?

Tidak. Bayaran tidak wajar yang dibuat oleh kakitangan Valspar kepada syarikat swasta

(kadangkala dipanggil “rasuah komersil”) adalah tidak wajar di bawah Kod Perlakuan Valspar

dan juga menyalahi undang-undang di kebanyakan negara di mana Valspar beroperasi. Tidak

pernah ada alasan yang boleh diterima untuk memberi rasuah kepada sesiapa dalam urusan

perniagaan anda dengan Valspar.

S: Adalah menjadi budaya di negara di mana saya bekerja untuk Valspar untuk

memberikan hadiah atau sejumlah kecil wang pada perayaan tertentu atau di acara

sosial, seperti perkahwinan. Sebagai contoh, adalah menjadi amalan biasa di Asia

untuk memberikan “sampul merah” atau lebih dikenali sebagai “angpau” yang berisi

wang pada masa-masa tertentu dan saya akan dianggap biadap jika tidak berbuat

demikian, yang mana benar-benar boleh merosakkan hubungan perniagaan Valspar

di Asia. Adakah FCPA membenarkan saya menghormati budaya tempatan dengan

memberi hadiah atau sejumlah kecil wang kepada pegawai asing?

Tidak. Kod Etika Valspar dan polisi FCPA melarang anda daripada memberikan sebarang hadiah

atau bayaran kepada pegawai asing, walaupun jika ia merupakan sebahagian daripada tradisi atau

budaya negara di mana anda bekerja.

S: Saya tidak pernah mempunyai urusan secara langsung dengan pegawai asing. Saya

membayar seorang ejen untuk mengekalkan hubungan itu dan dia mengekalkan

hubungan baik kita dengan kerajaan itu, walaupun saya tidak begitu pasti bagaimana

dia melakukannya. Adakah ini bermakna saya tidak dilindungi oleh FCPA?

Tidak. Valspar boleh dianggap bertanggungjawab untuk rasuah yang dibuat oleh pihak ketiga

yang bertindak bagi pihaknya, termasuk ejen dan pengedarnya, jika Valspar mengetahui

tentangnya lebih awal atau sepatutnya tahu tentang rasuah yang diberikan kepada pegawai asing.

Jika keadaan menunjukkan bahawa Valspar telah “menutup mata” untuk melakukan atau sengaja

Page 32: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xv

mengabaikan bendera merah yang mungkin menunjukkan bahawa pihak ketiga membuat

bayaran kepada pegawai asing yang melanggar peruntukan anti rasuah FCPA, Valspar dianggap

mengetahui perkara itu dan boleh dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran itu.

S: Semasa menentukan sama ada untuk mengambil ejen jualan di negara tertentu, calon

itu mendakwa sebagai adik kepada Menteri Perindustrian. Adakah ini satu bendera

merah?

Ya, dengan dua alasan. Pertama, calon mungkin merupakan saudara rapat kepada pegawai

kerajaan dalam kedudukan untuk "membantu mendapatkan atau mengekalkan perniagaan", satu

elemen utama di bawah FCPA. Valspar harus memastikan bahawa ejen itu, jika ditahan, tidak

cuba untuk mempengaruhi saudaranya secara korup bagi pihak Valspar. Kedua, dakwaan calon

tentang hubungannya ini menunjukkan bahawa dia melihat hubungan ini sebagai satu aset untuk

membantu Valspar mendapatkan atau mengekalkan perniagaan. Dalam kedua-dua kes,

kebimbangan FCPA memuncak kerana hubungan rapat calon ejen ini dengan pegawai asing dan

anda harus merujuk kepada Jabatan Guaman tentang cara terbaik untuk meneruskan.

S: Saya terima FCPA adalah undang-undang. Tetapi walaupun had laju adalah undang-

undang, saya kadangkala menganggap adalah masuk akal untuk memandu melebihi

had laju. Bolehkah saya mengikuti amalan yang sama di sini – mematuhi undang-

undang pada kebanyakan masa, namun menerima bahawa terdapat masa di mana

terdapat alasan perniagaan yang baik untuk tidak mematuhi undang-undang dan

hanya menerima risiko itu?

Tidak. Pelanggaran FCPA boleh membawa kepada denda sivil dan jenayah jutaan dolar dari

Jabatan Kehakiman dan Suruhanjaya Bursa Sekuriti, serta kerosakan besar yang boleh

diakibatkan oleh dakwaan FCPA itu kepada reputasi Valspar. Selain itu, pelanggaran FCPA oleh

anda boleh menyebabkan anda dan orang lain di Valspar dipenjarakan. Valspar tidak menerima

bahawa akan ada alasan perniagaan yang sah untuk melanggar FCPA.

S: Siapa yang harus saya hubungi sekiranya saya mempunyai soalan tambahan tentang

FCPA atau kebimbangan bahawa aktiviti tertentu mungkin merupakan pelanggaran

kepada FCPA?

Anda harus menghubungi Jabatan Guaman Valspar dengan sebarang persoalan yang anda ada

tentang FCPA. Anda juga boleh melaporkan sebarang kebimbangan kepada Talian Maklumat

Perlakuan Perniagaan Valspar. Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di belakang

Kod ini.

Page 33: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xvi

Polisi Antitrust

Hubungi Jabatan Guaman Dengan Sebarang Pertanyaan Tentang Polisi Ini

Setiap pengurus dan jurujual di Valspar harus memahami polisi ini tentang pematuhan kepada undang-undang

antitrust.

Subjek ini adalah penting kerana dua sebab asas. Pertama, sesiapa yang melanggar undang-undang antitrust

boleh dikenakan denda yang besar dan bertanggungjawab kepada jenayah itu secara peribadi. Mana-mana

syarikat yang melanggar undang-undang antitrust boleh dikenakan siasatan, denda yang cukup banyak,

kehilangan keistimewaan berdagang dan kerosakan kepada reputasinya. Kedua, Valspar tidak menyokong

sebarang jenis kelakuan anti-persaingan. Kami adalah pesaing yang kuat, namun kami mematuhi undang-

undang. Kami komited kepada keadilan dan bertindak dalam cara beretika dalam segala yang kami lakukan.

Terdapat beberapa peraturan asas untuk diingati tentang undang-undang antitrust secara umum. Ini bukan

senarai semak yang menyeluruh, namun ia menampilkan beberapa isu utama.

Skop Undang-undang Antitrust

Undang-undang antitrust secara umum melarang perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan

pasaran yang dominan. Sesetengah situasi yang biasa dibincangkan di bawah. Perjanjian anti-persaingan boleh

timbul antara pihak-pihak pada tahap yang sama dalam rantaian pengedaran, cthnya. di antara pesaing

("perjanjian mendatar”), dan perjanjian antara pihak-pihak pada tahap berlainan dalam rantaian pengedaran,

cthnya. pengeluar dan pengedar (“perjanjian menegak”). Larangan dikenakan kepada perjanjian bertulis atau

lisan dan kepada “amalan bersepadu”, di mana dua atau lebih syarikat merancang amalan anti-persaingan tanpa

perjanjian formal.

Ingat bahawa peraturan yang dinyatakan di bawah bertindak dua hala. Ia juga dikenakan kepada pesaing

Valspar dan rakan perniagaan lain. Jika anda percaya Valspar adalah objek atau mangsa amalan anti-persaingan,

hubungi penyelia anda atau Jabatan Peguam.

Tingkah Laku Terhadap Pesaing

Larangan terhadap perjanjian anti-persaingan bermakna bahawa kerjasama dengan pesaing boleh melanggar

undang-undang. Oleh itu, peraturan umum Valspar ialah: “Tiada hubungan dengan pesaing.” Terdapat

pengecualian seperti yang dibincangkan di bawah.

Pelanggaran antitrus tipikal adalah perkara-perkara seperti pesaing menetapkan harga, diskaun atau terma

penjualan lain, pertukaran maklumat komersil, bersetuju dengan satu atau lebih pesaing untuk menolak berurus

niaga dengan satu pihak ketiga, membahagikan pasaran, pelanggan atau wilayah dan menetapkan kuota untuk

pengeluaran/jualan. Bukti berdasarkan keadaan yang digunakan untuk membuktikan pelanggaran ini boleh

didapati daripada dokuman perniagaan dalaman serta hubungan dan peluang untuk berhubung dengan pesaing.

Hubungan sedemikian boleh menjadi secara tidak langsung, melalui pelanggan, pembekal atau orang tengah

lain.

Page 34: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xvii

Dalam siasatan atau litigasi antitrust, dokumen perniagaan dalaman diperiksa dengan teliti. Sebarang memo,

e-mel atau tulisan lain yang bertujuan untuk penggunaan dalaman mungkin tertakluk kepada penemuan dan

boleh ditawarkan sebagai bukti pelanggaran. Semasa menulis memo atau komunikasi lain, peraturan berikut

boleh membantu menolak atau mengurangkan masalah antitrust:

1. Elakkan Bahasa Sensasi, Tidak Senonoh Perkataan seperti “pengaruh”, “menutup gadai janji",

"mendominasi", "rancangan pengganti", "isyarat", "hantar mesej" dan lain-lain, tidak memberitahu

pembaca apa-apa namun telah menjadi bahan tumpuan tuntutan mahkamah. Pengurus harus mengelak

daripada menggunakan perkataan berimpak tinggi dengan makna yang rendah dan harus memberikan

mesej ini kepada mereka yang melaporkannya.

2. Tulis Secara Positif. Terangkan setiap cadangan perniagaan secara terperinci tentang apa akan ia

lakukan untuk perniagaan kita, bukan apa ia akan lakukan kepada perniagaan pesaing.

3. Fokus kepada Fakta. Dokumen akan menjadi susah untuk disalahtafsirkan.

4. Peraturan New York Times. Sentiasa tanya diri anda soalan ini, "Jika tulisan saya muncul di halaman

hadapan New York Times, adakah ia akan memalukan saya atau Valspar?"

Pengecualian kepada Peraturan “Tiada Hubungan Dengan Pesaing”

Persatuan Perdagangan – Mana-mana organisasi keahlian di mana pesaing boleh berjumpa adalah berkaitan

perdagangan, tidak kira apa ia dipanggil. Secara umum, persatuan perdagangan akan menyediakan peguam

untuk memastikan agenda dan perbincangan yang mematuhi undang-undang. Jika tiada peguam tersedia, ikuti

agenda bertulis, dan tinggalkan mesyuarat itu jika anda rasa perbincangan itu akan menghasilkan aktiviti yang

menyalahi undang-undang. Jika boleh, pastikan fakta anda meninggalkan mesyuarat dicatatkan dalam minit

mesyuarat, dan laporkan sebarang kebimbangan tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada Jabatan

Guaman.

Petisyen Bersama – Aktiviti politik bersama-sama pesaing, bersama-sama membuat petisyen kepada kerajaan

dan tindakan mahkamah sekalipun, apabila sesuai, selalunya mematuhi undang-undang.

Membeli dari dan Menjual kepada Pesaing – Undang-undang membenarkan untuk mempunyai pesaing dari

kalangan pembekal atau pelanggan. Jelas, semua perbincangan mestilah terhad kepada perniagaan yang ada,

dan perlu sentiasa berhati-hati.

Penyelidikan dan Usaha Sama Lain – Penyelidikan dan usaha sama lain dengan pesaing adalah sah di mana

tidak mungkin berlaku bahaya kepada persaingan, namun bincangkan perkara ini dengan Jabatan Guaman

kerana sebarang aturan atau perjanjian sebegitu mesti disemak untuk pematuhan undang-undang.

Kebijaksanaan Bersaing - Pengumpulan maklumat yang wajar daripada pesaing adalah sesuai. Rasuah,

penipuan, kecurian, pemaksaan, atau penggelapan tidak pernah menjadi wajar.

Pemerolehan – Peraturan antitrust atau kawalan penggabungan boleh dikenakan kepada pemerolehan. Hubungi

Jabatan Guaman sebelum menilai sebarang maklumat bukan umum tentang sasaran pemerolehan atau

Page 35: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xviii

menjalankan sebarang pemerolehan. Pengumpulan maklumat semasa usaha wajar potensi pemerolehan adalah

wajar, dengan syarat maklumat berkaitan harga jualan dan teknologi proprietari dikecualikan.

Tingkah Laku Terhadap Pembekal

Perundingan Harga – Valspar mesti bersaing dalam pembelian bahan mentah dan bekalan sama seperti yang

dilakukan dalam jualan produknya.

Pembangunan Bersama – Kontrak pembangunan bersama dengan pembekal boleh menjadi sah, walaupun jika

pembekal dihalang dalam untuk tempoh masa yang wajar daripada menjual secara bersaing dengan kita. Syarat-

syarat khusus perjanjian penggabungan mestilah dianalisis secara teliti oleh Jabatan Guaman untuk isu paten

dan antitrust.

Pembelian Timbal Balik – Sifat timbal balik, di mana pembelian daripada pembekal diselaraskan dengan jualan

kepada pembekal, boleh menimbulkan isu antitrust, jadi hubungi Pejabat Peguam sebelum memasuki sebarang

aturan atau perjanjian sebegitu.

Tingkah Laku Terhadap Pelanggan

Pilihan Pelanggan – Valspar boleh memilih pelanggan yang ia rasakan layak dan berhak menamatkan

pelanggan kerana kredit yang teruk, prestasi teruk dan yang sepertinya. Bagaimanapun, adalah salah untuk

menamatkan pelanggan untuk mengaturkan pakatan, seperti skim pengekalan harga jualan semula.

Urus niaga Eksklusif – Di mana jualan dibuat dengan syarat bahawa pelanggan bersetuju untuk tidak

menguruskan produk yang bersaing, pasti ada banyak isu guaman, terutama apabila Valspar mempunyai

bahagian pasaran yang besar dan/atau tempoh perjanjian melebihi 5 tahun.

Mengikat – Selalunya tidak sah untuk mensyaratkan jualan produk yang diingini atau penting dengan pembelian

satu lagi produk yang tidak sah dan kurang diingini. Cuba memaksa pelanggan untuk mengendalikan barisan

penuh produk selalu dianggap “mengikat.”

Had Jualan Semula - Wilayah dan Harga – Menghalang sepenuhnya seorang pelanggan untuk menjual semula

dalam wilayah yang ditetapkan meningkatkan kebimbangan undang-undang. Lebih banyak aturan fleksibel

seperti "kawasan tanggungjawab utama" boleh diterima.

Perjanjian Harga Jualan Semula – Mengawal atau menyelaraskan harga pada mana pelanggan menjual semula

produk biasanya adalah salah, namun had harga jualan minimum atau maksimum adalah dibenarkan di bawah

keadaan tertentu di negara tertentu.

Diskriminasi Harga – Di Amerika Syarikat, biasanya tidak salah untuk mendiskriminasi harga atau elaun

promosi di kalangan pelanggan yang bersaing. Diskriminasi harga sebenarnya hanyalah perbezaan harga untuk

produk yang sama. Diskaun kuantiti atau insentif lain yang menunjukkan kos lebih murah untuk menjalankan

perniagaan adalah sah. Menurunkan harga untuk mendapatkan harga yang kompetitif juga tidak salah. Kita

mesti, bagaimanapun, percaya bahawa pelanggan sedang menerima harga terendah. Jangan sekali-kali

memeriksa harga dengan pesaing.

Page 36: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xix

Contoh Perlakuan Yang Melanggar Polisi

Berjumpa dengan pesaing untuk membincangkan peningkatan harga akan datang.

Bergabung dengan pesaing dan pelanggan biasa untuk menetapkan harga untuk barangan promosi.

Bersetuju dengan pesaing bahawa anda tidak akan menjual kepada pelanggan pesaing dan sebaliknya.

Peringatan Akhir – Ingat

Di bawah undang-undang sesetengah negara, kakitangan secara persendirian boleh dianggap bertanggungjawab

secara jenayah kerana pelanggaran undang-undang antitrust. Syarikat boleh dikenakan denda yang sangat besar

dan akibat lain, tetapi orang perseorangan boleh dan pernah dihukum penjara kerana pelanggaran antitrust.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang polisi ini atau aplikasi dan interpretasinya, hubungi

Jabatan Guaman Valspar di 612/851-7705.

Page 37: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xx

Polisi Akses E-Mel dan Komputer

Untuk memastikan Valspar meneruskan aktiviti perniagaan dan mengekalkan kelebihan kompetitif, Valspar

mesti melindungi ciptaan, penemuan, teknikal proprietari dan maklumat perniagaan serta harta termasuk

maklumat elektronik.

Oleh itu, semua kakitangan (Pengguna) yang mempunyai akses ke rangkaian Valspar, aplikasi dan data Valspar,

mel elektronik (E-mel) dan Internet melalui komputer dan perisian yang dimiliki oleh Valspar (“Sistem

Komputer Valspar”) perlu mematuhi polisi ini sebagai syarat mendapat akses tersebut.

1. Akses E-mel/Internet melalui Sistem Komputer Valspar akan digunakan secara utamanya untuk tujuan

berkaitan dengan perniagaan Valspar. Pengguna TIDAK dibenarkan untuk mengakses Sistem Komputer

Valspar untuk tujuan merosakkan Valspar dan memberi kelebihan kepada pesaing Valspar dan akses

sedemikian akan menjadi pelanggaran Akta Salah Guna dan Penipuan Komputer.

2. Sistem Komputer Valspar mengandungi maklumat sulit dan proprietari. Pengguna mesti menganggap

semua maklumat pada Sistem Komputer Valspar sebagai sulit dan mengambil langkah-langkah, yang

perlu, untuk mengekalkan kerahsiaan sedemikian.

3. Pengguna akan diberikan akses ke kawasan dan perkhidmatan Sistem Komputer Valspar yang tertentu

serta mesti mengehadkan penggunaan Sistem Komputer Valspar ke kawasan sedemikian. Pengguna

tidak boleh cuba mengakses kawasan selain daripada yang diberikan akses secara khusus oleh Valspar.

4. Valspar berhak untuk mengawasi aktiviti dan mengaudit penggunaan Sistem Komputer Vaslpar.

Pengawasan sedemikian oleh Valspar akan berlaku tanpa pengetahuan Pengguna. Seorang Pengguna

pada satu rangkaian tidak boleh menganggap bahawa mesej pada rangkaian itu adalah sebahagian

daripada sistem kerahsiaan. Pentadbir sistem, dengan kelebihan mereka, boleh melihat sebarang data

pada sistem.

5. Pengguna bertanggungjawab atas penggunaan Sistem Komputer Valspar dan harus mengekalkan

kerahsiaan dan keselamatan akaun, kelebihan akses dan mencegah orang lain daripada menggunakan

akaun, kelebihan akses dan kata laluan. Langkah keselamatan ini dinyatakan dalam syarat-syarat kata

laluan semasa Valspar.

6. Virus atau perisian hasad lain adalah ancaman kepada Sistem Komputer Valspar. Oleh itu, Pengguna

tidak boleh memuatkan atau menjalankan sebarang perisian pada Sistem Komputer Valspar yang belum

diluluskan oleh Jabatan MIS. Semua cakera yang dimasukkan ke dalam Komputer Valspar mesti

diluluskan oleh jabatan MIS.

7. Jangan mengakses akaun orang lain dengan niat untuk membaca, menyemak, mengubah, menyalin atau

memadamkan fail dan direktori kecuali mereka telah memberikan anda kebenaran khusus untk berbuat

sedemikian.

8. Pengguna dilarang daripada membuat atau menggunakan salinan menyalahi undang-undang untuk

perisian berlesen atau berhakmilik. Pengguna tidak berhak untuk memiliki atau menggunakan salinan

perisian tanpa kebenaran, atau membuat salinan perisian tanpa kebenaran.

9. Sistem E-mel/Internet tidak boleh digunakan untuk membuat, melihat, menghantar atau memajukan

dokumen yang menjelikkan atau merosakkan. Antara yang dianggap menjelikkan adalah sebarang

dokumen yang mengandungi implikasi seksual, sindiran perkauman, komen khusus jantina atau

sebarang komen lain yang secara jelik menyentuh usia, orientasi seksual, agama atau kepercayaan

politik, asal-usul atau kelainan upaya seseorang. Selain itu, sistem E-mel/Internet tidak boleh digunakan

untuk sebarang aktiviti salah.

Page 38: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

xxi

10. Semua perkakasan, perisian, bekalan dan dokumentasi adalah hak milik Valspar dan sebarang item di

bawah kawalan kakitangan mesti dipulangkan segera kepada Valspar sebaik sahaja perkhidmatan

ditamatkan. Ia tidak boleh dibawa keluar dari Valspar tanpa kebenaran khusus. Manual lama mesti

dicarik dan cakera liut, CD atau sebarag media simpanan mestilah dipadam sepenuhnya sebelum

dibuang.

11. Elakkan sebarang aktiviti di sekitar tempat kerja anda yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada

Sistem Komputer Vaslpar. Sistem Komputer Valspar adalah sumber berharga, dan tidak boleh

dipersiakan atau disalah guna.

12. Teknologi dan cara orang menggunakannya berubah dengan pantas. Tiada polisi boleh melindungi

semua kemungkinan. Disebabkan satu aktiviti tidak dilarang secara jelas dalam polisi tidak

menjadikannya boleh diterima oleh kakitangan terlibat dalam aktiviti sedemikian. Tujuan polisi ini

adalah untuk memberikan gambaran luas tentang tingkah laku apa yang melibatkan sumber komputer

yang dilarang oleh Valspar. -{}-

13. Pengguna harus segera melaporkan pelanggaran polisi ini kepada Pengarah Operasi Teknikal di

612/851-7869.

14. Pelanggaran polisi ini boleh membawa kepada tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan.

Page 39: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

12

Sumber-sumber Lain

Sumber-sumber berikut memberikan panduan tambahan tentang menjalankan perniagaan bagi pihak Valspar:

Sumber Hubungi # Telefon

Polisi Penyimpanan Rekod Pengurus Rekod 612 / 851-7282

Intranet

Polisi Kebenaran Kontrak Pembelian 612 / 851-7716

Intranet

Polisi Kawalan Kewangan Pengawal 612 / 851-7833

Intranet

Kontrak Standard untuk Wakil Asing Jabatan Guaman 612 / 851-7705

Intranet

Borang Perakuan FCPA Jabatan Guaman 612 / 851-7705

Intranet

Buku Panduan Kakitangan Sumber Manusia 612 / 851-7737

Intranet

Polisi Ujian Dadah Sumber Manusia 612 / 851-7737

Intranet

Piawai Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar Hal Ehwal Regulatori 612 / 851-7850

Intranet

Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan The Network 1/800-241-5689

Untuk panggilan dari luar A.S. atau Kanada,

lihat carta berikut

Tarikh Pindaan: Oktober 2011

Page 40: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,

Notis

Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol yang tersenarai dalam Kod harus digunakan dalam A.S. atau Kanada sahaja.

Panggilan ke Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol yang berasal dari luar A.S. atau Kanada harus dilakukan seperti

berikut: 1) Dail Kod Akses AT&T yang tersenarai untuk lokasi anda. Selepas mendail anda akan disambungkan dengan operator,

mesej yang di prarakam, atau mendengar nada tanpa suara. Mesej yang disediakan oleh operator atau rakamannya mungkin bukan

dalam bahasa ibunda anda. 2) Selepas mesej tamat, atau selepas nada tanpa suara, dail nombor Bebas Tol yang tersenarai di bawah.

Anda akan dihubungkan dengan Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan dan mendengar pengumuman dalam bahasa ibunda anda

tentang bagaimana untuk meneruskan.

Negara Kod Akses AT&T Nombor Bebas

Tol OPTUS Australia 1-800-551-155 877-450-5205

TELSTRA Australia 1-800-881-011

Austria 0-800-200-288 877-450-5205

Bahrain 800-00-001 877-450-5205

Belgium 0-800-100-10 877-450-5205

Brazil

Brazil

0-800-890-0288

0-800-888-8288

877-450-5205

China – Selatan , Shanghai 10-811 877-450-5205

China – Utara, Beijing 108-888

Finland 0-800-11-0015 877-450-5205

Perancis – France Telecom

Perancis - Telecom Development

0-800-99-0011

0-805-701-288

877-450-5205

Jerman 0-800-225-5288 877-450-5205

Hong Kong Telephone

Hong Kong New World Telephone

800-96-1111

800-93-2266

877-450-5205

India 000-117 877-450-5205

Indonesia 001-801-10 877-450-5205

Ireland 1-800-550-000 877-450-5205

Itali 800-172-444 877-450-5205

KDDI Jepun

Softbank Telecom Jepun

NTT Jepun

00-539-111

00-663-5111

0034-811-001

877-450-5205

Malaysia 1-800-80-0011 877-450-5205

Mexico 01-800-288-2872 877-450-5205

Mexico Por Cobrar 01-800-112-2020

Belanda

Antilles Belanda (Bonaire / Curacao / Saba )

0800-022-9111

001-800-872-2881

877-450-5205

New Zealand 000-911 877-450-5205

Norway 800-190-11 877-450-5205

PLDT Filipina (Berbahasa Inggeris)

PLDT Filipina (Berbahasa Tagalog)

PLDT Filipina (Berbahasa Inggeris)

1010-5511-00

1010-5511-10

105-11

877-450-5205

Poland 00-800-111-1111 877-450-5205

Rusia

Rusia – Moscow, St. Petersburg

Rusia – Luar Moscow

Rusia – Luar St. Petersburg

8^10-800-110-1011

363-2400

8^495-363-2400

8^812-363-2400

877-450-5205

SingTel Singapura

StarHub Singapura

800-011-1111

800-001-0001

877-450-5205

Afrika Selatan 0-800-99-0123 877-450-5205

Sepanyol 900-99-0011 877-450-5205

Sweden 020-799-111 877-450-5205

Switzerland 0-800-890011 877-450-5205

Taiwan 00-801-102-880 877-450-5205

Thailand – Baharu

Thailand – Lama

1-800-0001-33

001-999-111-11

877-450-5205

BT United Kingdom

C&W United Kingdom

0800-89-0011

0-500-89-0011

877-450-5205

Vietnam 1-201-0288 877-450-5205

Page 41: Kod Etika dan Polisi Perlakuan Perniagaan · Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan ... percaya boleh melanggar Kod atau ... Pekerja kontrak,