kod etika dan nilai murni

18
KOD ETIKA dan NILAI MURNI PEMIMPIN (PENJAWAT AWAM) CEMERLANG Tekun bermaksud bersungguh-sungguh dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Pekerja yang tekun adalah komited pada tugasnya dan berupaya memberi sepenuh penumpuan dalam menyempurnakan tugas tersebut. Mereka sabar dalam menghadapi segala kesulitan dan sentiasa tabah menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan itu mereka bukan sahaja produktif tetapi dapat menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Sabar ialah sifat kekutan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan. Seseorang yang sabar menganggap bahawa sesuatu tekanan kerja dan kesukaran yang dihadapi adalah merupakan cubaan dari tuhan. Seorang pekerja yang memiliki sifat sabar akan sentiasa berhemah tinggi, bersopan santun dan tenang walaupun dalam keadaan yang cemas atau amat mencabar. Sifat ini boleh membawa kepada kesempurnaan di dalam melaksanakan sesuatu tugas di samping membawa keharmonian di dalam sesebuah kumpulan atau organisasi.

Upload: smklangkap

Post on 16-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KOD ETIKA dan NILAI MURNI

TRANSCRIPT

KOD ETIKA dan NILAI MURNIPEMIMPIN(PENJAWAT AWAM)CEMERLANG Tekun bermaksud bersungguh-sungguh dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Pekerja yang tekun adalah komited pada tugasnya dan berupaya memberi sepenuh penumpuan dalam menyempurnakan tugas tersebut. Mereka sabar dalam menghadapi segala kesulitan dan sentiasa tabah menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan itu mereka bukan sahaja produktif tetapi dapat menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Sabar ialah sifat kekutan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan. Seseorang yang sabar menganggap bahawa sesuatu tekanan kerja dan kesukaran yang dihadapi adalah merupakan cubaan dari tuhan. Seorang pekerja yang memiliki sifat sabar akan sentiasa berhemah tinggi, bersopan santun dan tenang walaupun dalam keadaan yang cemas atau amat mencabar. Sifat ini boleh membawa kepada kesempurnaan di dalam melaksanakan sesuatu tugas di samping membawa keharmonian di dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. PENDAHULUAN Kod Etika ini adalah merupakan panduan asas bagi setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mancapai wawasan, misi dan objektif organisasi sejajar dengan matlamat perkhidmatan dan negara. Teras kepada Kod Etika ini adalah Rukun Negara, Etika Perkhidmatan Awam Malaysia dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturan-peraturan pentabiran lain yang berkuatkuasa. Ia diperkukuhkan dengan nilai-nilai murni sejagat yang terdiri daripada enam teras iaitu benar, amanah, bijaksana, telus, bersyukur dan adil serta nilai-nilai kembangan iaitu bertanggungjawab, berdedikasi, berdisplin, bekerjasama, bersih, berbudi mulia, ikhlas, tekun, sederhana, dan sabar. Bagi memudahkan penjawat awam memahami, menghayatai dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai ini, setiap nilai teras diberi contoh-contoh tata kelakuan yang sepatutnya diamalkan dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Bagi nilai-nilai kembangan, huraian ringkas disediakan sebagai panduan dan ia juga tersirat dalam huraian bagi setiap nilai teras. Kod Etika ini juga merangkumkan standard prestasi yang ditetapkan oleh Perkhidmatan Awam memandangkan ia merupakan asas kepada penilaian prestasi setiap penjawat awam. Penghayatan dan pematuhan kepada Kod Etika ini dan pelaksanaan tugas memenuhi standard prestasi yang ditetapkan akan membentuk warga cemerlang yang akhirnya menjurus kepada organisasi yang cemerlang. NILAI-NILAI TERASPEMIMPINCEMERLANG NILAI-NILAI ASAS PERIBADI

* Amanah* Bertanggungjawab* Ikhlas* Berdedikasi* Berdisiplin* Bekerjasama* Bersih* Tekun* Sederhana Amanah Amanah adalah satu nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan oleh kerana keadaan tugasnya yang berkait rapat dengan urusan-urusan pentadbiran dan menjaga kewangan serta harta benda Kerajaan dan rakyat yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakan. Setiap kakitangan mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, majikan, negara dan masyarakat seluruhnya. Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Dengan itu penjawat awam perlu sentiasa: Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Dengan itu penjawat awam perlu sentiasa: Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat Sebaliknya setiap penjawat awam hendaklah tidak melakukan perkara-perkara berikut: Mengelak diri dari tugas dan tanggungjawab Melaksanakan tugas secara sambil lewa Tidak bertanggungjawab atas hasil kerja, tindakan atau keputusan yang dibuat Menggunakan harta awam untuk tujuan selain daripada urusan rasmi Amalan positif Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik Berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati dalam membuat pertimbangan Berpandangan jauh Berkeyakinan dalam tindakan dan tuturkata Amalan negatif Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan Gopoh dalam tindakan Cepat menghukum tanpa siasatan Tidak boleh menerima kritikan NILAI-NILAI KEMBANGAN PEMIMPIN(PENJAWAT AWAM)CEMERLANGTanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti dilaksanakan. Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Sesaorang penjawat awam yang bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh dan merasa bersalah sekiranya gagal menyempurnakannya ke tahap yang terbaik. Sebaliknya seseorang pekerja yang tidak bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas secara sambil lewa dan tidak berusaha untuk meningkatkan kualiti kerjanya Dengan itu beliau gagal memenuhi piawai dan tempoh masa yang ditetapkan sehingga boleh menyebabkan orang lain terpaksa memikul beban untuk membantu menyempurnakan tugasnya. Seseorang kakitangan tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab. Ia tidak boleh membenarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk menentukan kakitangan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat. Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna.Amalan positif Mempunyai komitmen terhadap kerja Bertanggungjawab dan sedia berbakti Menyempurnakan tugas dengan berkesan Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri Amalan negatif Menganggap kerja sebagai beban Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tidak dipercayai dan selalu dicurigai BERDEDIKASI Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawabBerdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Pekerja yang dedikasi sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan serta tekun menyempurnakannya ke tahap yang terbaik. Mereka ini juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia menerima nasihat atau teguran. Sebaliknya pekerja yang tidak mempunyai dedikasi selalu mengelak dari tugas atau melaksanakannya secara sambil lewa atau terpaksa semata-mata untuk memenuhi arahan.

BERDISIPLIN Disiplin adalah satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia. Penjawat awam yang berdisiplin adalah mereka yang tertib dalam kelakuan dan tindakan, patuh dan taat kepada arahan, peraturan dan undang-undang, berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga maruah diri, organisasi, perkhidmatan dan negara. Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun tanpa perlu penyeliaan yang rapi. Manakala pekerja yang tidak berdisiplin cenderung untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan arahan, peraturan atau undang-undang, malah ada pula yang merasa megah kerana berjaya berbuat demikian. BEKERJASBekerjasama bermaksud saling tolong menolong untuk kebaikan. Oleh kerana hampir semua jenis tugas dalam sesebuah organisasi memerlukan kerjasama, maka semangat tolong menolong ini amat diperlukan. Kerja yang berat menjadi lebih ringan melalui kerjasama. Tugas yang memakan masa yang lama jika dibuat secara sendirian akan lebih cepat melalui kerja berpasukan. Sifat kerjasama juga dapat mengeratkan hubungan antara anggota organisasi dan penggemblengan tenaga dan pemikiran ini dapat mewujudkan sinergi yang amat penting kepada peningkatan kualiti dan produktiviti. Pekerja yang mempunyai sifat kerjasama senang melaksanakan sesuatu tugas secara berkumpulan. Mereka percaya kerja berpasukan dapat menjana idea yang lebih bernas dan jitu. Mereka juga percaya banyak masalah yang boleh diselesaikan secara berkumpulan. Pekerja dalam golongan ini lazimnya suka mendapat pandangan, nasihat atau teguran atau merujuk sesuatu kepada kawan-kawan yang dianggap lebih arif darinya. Sebaliknya pekerja yang tidak mempunyai sifat kerjasama bukan sahaja suka melaksanakan sesuatu tugas secara berseorangan tetapi berbangga dengan kebolehan diri sendiri sehingga terdorong untuk merendahkan kebolehan rakan-rakan. Sikap tertutup ini menyebabkan mereka enggan menerima pandangan orang lain dan amat kecewa dengan kritikan. BERSIH Bersih adalah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam menjalani kehidupan. Dalam konteks perkhidmatan, seorang penjawat awam dikatakan bersih jika sikap dan perilakunya tidak menunjukkan sifat-sifat seperti niat jahat, buruksangka, iri hati, marah, cemburu, dendam dan seumpamanya. Dari satu aspek lain, pekerja yang dikatakan bersih sentiasa prihatin kepada kebersihan luaran atau persekitaran. Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas, dan tempat kerjanya sentiasa tersusun. Kebersihan ini terjelma pada perawakan dan pembawaannya. Hubungannya dengan rakan-rakan amat tertib dan bersopan. Pertuturannya tidak menyinggung perasaan. Nilai bersih juga boleh dilihat dari segi pemilikan harta atau kekayaan. Dalam hal ini, penjawat awam yang bersih sentiasa memastikan harta yang diperolehi adalah halal dan berpadanan dengan kedudukan dan kemampuan. Mereka tidak akan membiarkan diri terjerumus dalam keadaan berhutang yang tidak terkawal sehingga boleh mendorong kepada perbuatan keji seperti penipuan, penyelewengan atau rasuah. Bersih Kebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi sama ada kebersihan moral atau pun fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan. Segala-galanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, tidak angkuh, tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah. Dari segi fizikal, seseorang kakitangan hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi.

BERBUDI MULIA BERSYUKUR Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa: Menghargai setiap nikmat yang diterima Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang layak Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian Bersederhana dalam meraikan kejayaan Mengucapkan terima kasih atas bantuan atau sumbangan orang lain Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersedia menabur bakti ke tahap optimum Sebaliknya setiap penjawat awam dikehendaki tidak melakukan perkara-perkara berikut: Menganggap setiap anugerah dan nikmat sebagai hak Bongkak dan riak dengan nikmat yang diperolehi dan kejayaan yang dicapai Berperasangka dan berdendam terhadap kejayaan orang lain Mengungkit dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang diterima serta cenderung menyalahkan orang lain atau peraturan Kecewa dan putus asa atas kegagalan Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pijian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi. Amalan positif Menganggap kerja sebagai ibadah Menghargai kemudahan yang disediakan Bersyukur akan nikmat kerja yang dikecapi Mencintai kerjayanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugas Amalan negatif Menganggap kerja sebagai beban Lupa daratan Sabar ialah sifat kekutan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan. Seseorang yang sabar menganggap bahawa sesuatu tekanan kerja dan kesukaran yang dihadapi adalah merupakan cubaan dari tuhan. Seorang pekerja yang memiliki sifat sabar akan sentiasa berhemah tinggi, bersopan santun dan tenang walaupun dalam keadaan yang cemas atau amat mencabar. Sifat ini boleh membawa kepada kesempurnaan di dalam melaksanakan sesuatu tugas di samping membawa keharmonian di dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. Setiap kakitangan mempunyai tugas dan peranan yang berbagai. Oleh itu kita perlu mempunyai satu budaya yang dapat mempengaruhi kita supaya bekerjasama, berdisiplin dan rajin bekerja. Setiap kakitangan organisasi tidak mungkin dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian. Justeru semangat berpasukan mestilah ditanamkan di dalam diri kakitangan-kakitangan di semua peringkat supaya objektif dan peranan masing-masing dapat dilaksanakan mengikut matlamatSedia memberi kerjasama Tolong menolong antara satu sama lain Suka membantu rakan sejawat Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan Amalan negatif Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain Menganggap diri sendiri selalu betul Suka mementingkan diri sendiri Berhasad dengki Sedia memberi kerjasama Tolong menolong antara satu sama lain Suka membantu rakan sejawat Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan Amalan negatif Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain Menganggap diri sendiri selalu betul Suka mementingkan diri sendiri Berhasad dengki Cekal, kuat semangat dan dedikasi Setiap kakitangan mestilah tekun, cekal, kuat semangat dan sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan tugas-tugasnya tanpa rasa jemu dan kecewa. Meraka perlu sentiasa memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai. Berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh samada secara berseorangan atau secara berkumpulan, adalah dituntutAmalan positif Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas Bercita-cita tinggi Amalan negatif Mudah tersinggung Tidak tekun Mudah putus asa Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan dengan teguran Takutkan cabaran Amalan positif Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas Bercita-cita tinggi Amalan negatif Mudah tersinggung Tidak tekun Mudah putus asa Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan dengan teguran Takutkan cabaran Setiap penjawat awam hendaklah berusaha gigih untuk mencapai tahap prestasi cemerlang berpandukan standard prestasi atau kriteria yang ditetapkan oleh perkhidmatan, iaitu seperti berikut: Penghasilan Kerja Pengetahuan dan Kemahiran Kualiti Peribadi Jalinan Hubungan dan Kerjasama Kegiatan dan Sumbangan KUALITI PERIBADI Kepimpinan iaitu mempunyai wawasan, keupayaan menggerak dan mengurus sumber dan organisasi, mempunyai kualiti peribadi murni yang boleh diteladani, kebolehan membuat keputusan dengan tegas, tepat dan teliti ke arah pencapaian objektif organisasi. Integriti iaitu jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ikram, Adil dan Saksama iaitu bertimbangrasa, mesra, adil dan saksama semasa menjalankan tugas. Disiplin iaitu mempunyai daya kawal diri dari segi mental dan fizikal, termasuk mematuhi peraturan, menepati masa dan janji, mempunyai kesabaran serta kemas dan bersih. Kepimpinan iaitu mempunyai wawasan, keupayaan menggerak dan mengurus sumber dan organisasi, mempunyai kualiti peribadi murni yang boleh diteladani, kebolehan membuat keputusan dengan tegas, tepat dan teliti ke arah pencapaian objektif organisasi. Integriti iaitu jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ikram, Adil dan Saksama iaitu bertimbangrasa, mesra, adil dan saksama semasa menjalankan tugas. Disiplin iaitu mempunyai daya kawal diri dari segi mental dan fizikal, termasuk mematuhi peraturan, menepati masa dan janji, mempunyai kesabaran serta kemas dan bersih. KOD ETIKA DALAM MENJALANKAN TUGAS RASMI, PEGAWAI DAN STAF HENDAKLAH Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. Berkelakuan dengan apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kedudukannya bagi faedahnya sendiri. Berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Kurang cekap atau kurang berusaha. Tidak jujur atau tidak amanah. Tidak bertanggungjawab. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Cuai dalam melaksanakan tugas. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. AMALAN POSITIFTeguh beriman dan bertakur dalam setiap tindakan Menyempurnakan tugas dan amanah Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab Berilmu dan berpengetahuan luas Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan Sedia berkorban Berlumba-lumba membuat kebajikan Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan Bersifat penyayang Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran Bertimbang rasa tetapi tegas Bersopan santun setiap masa serta sederhana dalam kelakuan Taat setia dan patuh kepada arahan Bersyukur dan menghargai kebaikan Bersih daripada sifat dengki Bertanggungjawab dan sedia berbakti Jimat cermat dalam segala aspek Tertib dan baik budi bicara Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas Cekal menghadapi cabaran Bekerjasama dan saling hormat-menghormati Berani dan berpendirian teguh Kasar dan kurang sopan Berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat Tidak bertimbang rasa Mementingkan diri sendiri Sombong, bongkak dan membesar-besarkan diri Bermuka-muka Cepat menghukum tanpa siasatan Cepat menuduh tanpa siasatan Suka mencaci Tidak boleh menerima kritikan Cepat membuat kritikan Suka menghina orang Pengajaran dan pembelajaran kesusateraan Melayu dalam konteks masa lalu dan masa kini tidak berubah. Selain melihat nkehidupan manusia dalam pelbagai zaman dan keadaan sebagai iktbar atau teladan . Kesusasteraan Melayu menjadi pemankin kekuatan kebahasaan penetalaahnya. Melalui pengajaran Kesusasteraan Melayu ia sangat penting sebagai pendinding kepada meluasnya gejala social dalam masyarakat . Banyak gelagat dan perilaku yang dipaparkan dalam karya prosa dan mesej dalam karya puisi untuk dijadikan batas sempadan kehidupan seseorang. Dalam pengajaran sastera saya mengunakan tiga pendekatan iaitu keadah structural, keadah mengalami dan menghayati dan keadah berfokus.

Keadah penghayatan pelajar melalui pengalaman , penaakulan dan penganalisan, saya mengambil tek dan mengambil petikan tertentu untuk dikaji .apa yang bdipilih itu nyang menimbulkan perassan emosi yang bbersifat menology, kalau puisi puisi ynag bersemangat sedih dan