kkp matematik pemulihan asas

11
1.0 Pengenalan Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) seharian, program pemulihan matematik sering dijalankan untuk membantu murid- murid yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam ilmu pengiraan atau matematik. Selalunya kemahiran pengiraan yang terlibat ialah kemahiran asas dalam matematik. Matematik merupakan mata pelajaran yang amat penting dalam sistem persekolahan di negara ini. Ianya bermula di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas. Murid-murid perlu menguasai cara dan teknik yang terdapat dalam proses pengiraan untuk mendalami bidang ilmu matematik. Konsepnya di sini, murid hendaklah berkebolehan dalam menentukan cara berfikir, membuat kajian pola, kajian perhubungan dan menguasai ‘seni’ pengiraan itu sendiri kerana matematik mempunyai ‘bahasa’nya tersendiri. Kegagalan murid memahami ‘bahasa’ matematik ini seringkali dikenalpasti sebagai masalah utama murid-murid menguasai matematik di peringkat persekolahan. Program pemulihan matematik pula adalah merujuk kepada satu set tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam bahagian-bahagian tertentu mata pelajaran matematik di sekolah. Kebanyakan masalah yang ditemui adalah berkaitan dengan kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Masalah pembelajaran matematik berbeza bagi setiap murid kerana mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Keupayaan di sini boleh mewakili dari aspek pengetahuan sedia ada murid, kebolehan murid mengaplikasi pengetahuan sedia ada dengan sesuatu yang baru dan tahap kemahiran yang telah dikuasai untuk menyelesaikan masalah matematik. Sebenarnya, proses kognitif dan pengetahuan murid sentiasa berkembang, maka untuk mengukuhkan lagi penguasaan matematik mereka seseorang guru perlulah menggunakan kaedah dan

Upload: hafiz-fateh

Post on 12-Jul-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja kursus PISMP PLH sem 4

TRANSCRIPT

Page 1: KKP Matematik pemulihan asas

1.0 Pengenalan

Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) seharian, program pemulihan

matematik sering dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran untuk

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam ilmu pengiraan atau matematik. Selalunya

kemahiran pengiraan yang terlibat ialah kemahiran asas dalam matematik.

Matematik merupakan mata pelajaran yang amat penting dalam sistem persekolahan

di negara ini. Ianya bermula di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah

atas. Murid-murid perlu menguasai cara dan teknik yang terdapat dalam proses pengiraan

untuk mendalami bidang ilmu matematik. Konsepnya di sini, murid hendaklah berkebolehan

dalam menentukan cara berfikir, membuat kajian pola, kajian perhubungan dan menguasai

‘seni’ pengiraan itu sendiri kerana matematik mempunyai ‘bahasa’nya tersendiri. Kegagalan

murid memahami ‘bahasa’ matematik ini seringkali dikenalpasti sebagai masalah utama

murid-murid menguasai matematik di peringkat persekolahan.

Program pemulihan matematik pula adalah merujuk kepada satu set tindakan yang

diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam bahagian-

bahagian tertentu mata pelajaran matematik di sekolah. Kebanyakan masalah yang ditemui

adalah berkaitan dengan kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah,

operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi.

Masalah pembelajaran matematik berbeza bagi setiap murid kerana mereka

mempunyai keupayaan yang berbeza. Keupayaan di sini boleh mewakili dari aspek

pengetahuan sedia ada murid, kebolehan murid mengaplikasi pengetahuan sedia ada

dengan sesuatu yang baru dan tahap kemahiran yang telah dikuasai untuk menyelesaikan

masalah matematik. Sebenarnya, proses kognitif dan pengetahuan murid sentiasa

berkembang, maka untuk mengukuhkan lagi penguasaan matematik mereka seseorang

guru perlulah menggunakan kaedah dan strategi yang berkesan dalam proses P&P

seharian. Seseorang murid itu biasanya akan memerlukan masa yang agak panjang untuk

menguasai sesuatu kemahiran.

Page 2: KKP Matematik pemulihan asas

2.0 Esei:

Masalah pertama ialah guru tidak berminat dalam dunia pendidikan pemulihan Matematik.

Hal ini mungkin kerana guru terpaksa mengajar di kelas pemulihan. Menurut Kementerian

Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di sekolah rendah daripada seorang

bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15 berbanding murid pada tahun ini. Timbalan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan

kepada murid yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M) (Utusan Malaysia,

2010). Maka, untuk menampung kekurangan guru untuk sementara waktu, guru biasa telah

dipilih untuk menggantikan guru pemulihan tersebut. Rentetan itu, guru menjadi tidak

prihatin dengan masalah pembelajaran Matematik murid pemulihan. Guru itu akan mengajar

sambil lewa kerana berasa bahawa mengajar mata pelajaran Matematik murid pemulihan

adalah sesuatu yang membosankan. Hal ini kerana murid pemulihan ialah mereka yang

menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif

terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta

kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1984).

Masalah yang kedua ialah guru pemulihan tidak menjalankan ujian diagnostik

Matematik. Ujian diagnostik merupakan ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan

Pemulihan (Buku Panduan Pemulihan, 1999). Ujian ini dapat membantu guru mengenalpasti

dareah kelemahan murid dalam menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira.) sekiranya

guru tidak menjalankan ujian diagnostik ini, guru tidak dapat merancang proses pengajaran

dan pembelajaran dengan betul dan sesuai dengan murid. Hal ini boleh melambatkan

pembelajaran dan penguasaan Matematik murid pemulihan dan menyebabkan murid

pemulihan jauh ketinggalan.

Seterusnya, punca masalah kepada pembelajaran dan penguasaan Matematik

dalam pendidikan Pemulihan Khas ialah penggunaan kaedah dan strategi pengajaran yang

kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat. Semua teknik atau kaedah adalah baik

dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan

( Shaharir, 1984). Walau bagaimanapun, guru tersebut tidak menggunakan Buku Panduan

yang mana mempunyai sukatan pembelajaran Matematik Pemulihan sebagai rujukan.

Merujuk kepada sukatan tersebut, tajuk pertama yang perlu diketahui oleh murid pemulihan

ialah Pranombor, kemudian barulah mengenal Konsep Angka (banyak, sedikit, lebih,

kurang) seterusnya tajuk Mengenal Nombor. Sekiranya murid sudah menguasai tajuk-tajuk

atas, guru boleh meneruskan pembelajaran iaitu Operasi Tambah, Operasi Tolak dan lain-

lain lagi.

Page 3: KKP Matematik pemulihan asas

Tidak hanya setakat itu sahaja, masalah yang menjadi penghalang kepada

kelancaran pembelajaran matematik dalam kelas Pemulihan ialah guru tidak memberi

tumpuan kepada murid yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

secara individu. Mengikut Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22 Januari 1985 - “Guru Khas

Pendidikan Pemulihan”, jumlah murid pemulihan adalah seramai 15 orang dalam satu-satu

masa. Namun begitu, ada juga sesetengah guru yang tidak dapat melaksanakan P&P

individu. Melaksanakan proses pengajaran kepada kumpulan murid yang belum bersedia

dari segi mental dan fizikal, akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa

(D'Augustine, 1973). Terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada

permasalahan ini iaitu bahan bantu mengajar tidak mencukupi dan tidak sesuai.

Kebanyakan bahan bantu mengajar yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran

biasanya tidak mencukupi bahkan ada sesetengah sekolah yang tidak menerima bantuan

tersebut.

Sebelum merancang strategi pengajaran untuk membantu masalah murid pemulihan

dalam mata pelajaran Matematik, seorang guru harus menjalankan ujian saringan. Melalui,

ujian saringan tersebut guru dapat mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah

dalam mata pelajaran Matematik. Selepas itu, guru pemulihan harus melaksanakan ujian

diagnostik Matematik kepada murid-murid tersebut. Ujian diagnostik dijalankan untuk

mengesan daerah-daerah kelemahan murid secara spesifik. Setelah itu, seorang seorang

guru boleh merancang strategi khas.

Strategi yang pertama adalah guru boleh gunakan adalah kaedah Model Polya.

Penggunaan strategi kaedah Model Polya dapat membantu murid-murid pemulihan untuk

menyelesaikan masalah Matematik. Terdapat empat langkah dalam Model Polya

ini.  Antaranya adalah memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang strategi

penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian.

Langkah pertama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid

dibimbing untuk terlibat secara aktif berkaitan  dengan aktiviti atau masalah yang diberikan.

Dalam fasa ini murid diminta memberi fokus kepada bahagian yang penting, mengenal pasti

kata kunci, menerangkan masalah dengan  perkataan sendiri, mengaitkan dengan masalah

lain yang serupa dengan melukis gambar rajah, mengemukakan beberapa soalan,

memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan dan mengaitkan  item-

item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab dan pada akhir fasa ini

murid diminta membuat model.

Langkah kedua adalah merancang strategi penyelesaian. Setelah murid memahami

soalan, guru membimbing murid untuk merancang strategi penyelesaian yang sesuai

dengan permasalahan yang diberi. Antara strategi penyelesaian  mengikut polya adalah

Page 4: KKP Matematik pemulihan asas

membuat simulasi, melukis gambar rajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya,

menggunakan anologi, teka dan uji, membina model, menggunakan gambar rajah, bina

jadual, kerja secara songsang dan pelbagai strategi digunakan. Langkah ketiga adalah

melaksanakan strategi penyelesaian. Setelah memilih strategi yang sesuai. Murid

diminta  melaksanakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid

hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk

mendapat jawapan yang betul, iaitu dengan cara menterjemahkan maklumat yang diberi ke

dalam bentuk matematik, menggunakan strategi yang dirancang, menjalankan semua

proses dan pengiraan yang terlibat dan menyemak setiap langkah strategi yang digunakan.

Langkah terakhir adalah menyemak semula penyelesaian. Menyemak semula

penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di

samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta

membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut. Semasa menyemak semula jawapan

beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya adalah semak semula maklumat penting

yang telah dikenal pasti, semak pengiraan, pertimbangkan penyelesaian yang logik dan

akhirnya adalah baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah

menjawab soalan atau tidak. Ini merupakan satu strategi yang guru boleh gunakan bagi

murid-murid pemulihan yang menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah

matematik. 

Strategi yang seterusnya adalah, kaedah pembelajaran koperatif.Pembelajaran

koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai

kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama

(Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri

sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran

koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi

secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, pemprosesan

kumpulan. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.

Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan

memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.  Beberapa cara

pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya

Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), 

Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan

Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara

Page 5: KKP Matematik pemulihan asas

aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea

sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Pembelajaran koperatif ini sesuai dijalankan dalam kelas pendidikan pemulihan. Apabila

murid-murid daripada pelbagai tahap dalam suatu kumpulan mereka dapat membantu dan

membimbing murid yang kurang mahir ini disebabkan terdapat beberapa murid pemulihan

tidak suka semasa guru mengajar dan kurang faham jika kita menggunakan kaedah ini kita

dapat menyelesaikan masalah mereka.

Kaeda  konstektual salah satu strategi yang berkait rapat dengan pengajaran matematik.

Pembelajaran berkait rapat dengan kehidupan sebenar mereka. Ia lebih kepada

pengalaman sebenar murid pengajaran perlu menggunakan bahan-bahan yang konkrit. Jika

kita menggunakan strategi ini murid akan mudah memproses maklumat dengan cara yang

tersendiri. Murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam menguasai konsep

matematik terutamanya operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Contohnya, bagi

mengajar konsep tambah guru boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti batang

aiskrim, pensil, guli, manik, batu dan juga bahan-bahan yang bersesuaian dengan murid.

Apabila menunjukkan bahan-bahan maujud semasa pengiraan tambah mereka lebih faham

daripada menunjukkan ayat matematik.

Tambahan lagi, kita juga boleh gunakan kaedah pembelajaran Masteri. Suatu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil

pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit

pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi

dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil

pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut  hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan

menyeronokkan.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya

menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru.

Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya

akan melakukan aktiviti pengayaan. Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan

pengajaran perlu mengetahui  prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh

mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil

supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk

menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas

bagi setiap unit pembelajaran. Ini merupakan satu kaedah yang perlu diambil kira oleh

Page 6: KKP Matematik pemulihan asas

setiap guru pemulihan. Contohnya, selepas mengajar satu operasi matematik guru

harus  membuat ujian supaya dapat mengetahui bahawa murid tersebut sudah menguasai

operasi tersebut. Jika murid tersebut tidak menguasai operasi tersebut guru harus

menjalankan pemulihan sekali lagi sampai murid tersebut memahami operasi tersebut. Ini

dapat  membantu murid pemulihan untuk menguasai konsep operasi asas Matematik.

Kita juga boleh gunakan strategi melukis gambar rajah untuk mengajar Matematik.

Minda murid pemulihan akan menyerap sesuatu jika kita menggunakan gambar rajah untuk

mengajar sesuatu. Begitu juga dengan Matematik. Contohnya untuk mengajar 9+3 guru

boleh melukis gambar rajah buah oren, guli, bola untuk mewakili bilangan tersebut dan

mengajar soalan tersebut dengan membilang gambar yang dilukisnya dan murid dengan

mudahnya dapat menjawab soalan tersebut. Bagi kuantiti kecil yang berbentuk diskrit,

maklumat boleh diwakilkan dengan menggunakan bentuk-bentuk mudah seperti bulatan dan

segi empat.

Lebih-lebih lagi, kita juga boleh gunakan strategi pengajaran secara individu.

Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar – pelajar sedang membuat latihan

bertulis dalam kelas ataupun semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat

mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya secara

perseorangan. Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi

mencapai peringkat yang setara dengan pelajar - pelajar yang lain.

Strategi yang terakhir adalah permainan dan teka – teki matematik.Aktiviti permainan

dan teka – teki matematik adalah aktiviti pembelajaran yang memerlukan proses analisis,

sentesis dan penilaian.(Mok Song Sang.1993). Kepada pelajar pemulihan aktiviti ini menjadi

berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti

permainan tersebut. Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti

petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan tangram.  Dari segi

aspek permainan guru juga boleh mengadakan permainan stesen. Guru boleh mengadalkan

permainan stesen setelah mengajar satu topik dalam Matematik. Guru boleh menyediakan

beberapa stesen mengikut keperluan murid. Apabila guru mengadakan permainan stesen

murid akan melibatkan diri secara aktif dan disamping guru boleh memasukkan hasil

pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid tersebut. Jika seorang guru menggunakan

strategi sebegini mengikut masalah murid pemulihan dalam Matematik sudah pasti seorang

guru dapat mengatasi masalah murid pemulihan dan menghantar murid tersebut ke kelas

perdana untuk teruskan pelajaran.

Page 7: KKP Matematik pemulihan asas
Page 8: KKP Matematik pemulihan asas

KESIMPULAN

Program pemulihan matematik adalah program yang bersifat berterusan. Semasa

berlakunya P&P seseorang guru dan murid yang berkenaan perlu sentiasa bersedia untuk

melaksanakan program seumpama ini. Keupayaan pembelajaran matematik di kalangan

murid-murid di dalam bilik darjah adalah berbeza. Pasti akan ada murid-murid yang lemah

yang memerlukan program seperti ini. Oleh itu guru perlu bersiap sedia dengan program-

program pemulihan yang disediakan mengikut topik-topik dalam matapelajaran matematik.

Ini membolehkan guru dengan cepat membantu murid yang bermasalah dalam

pembelajaran. Sekiranya persediaan tidak dibuat, ia akan mengganggu proses P&P kelas

harian.

Ibubapa murid yang terlibat juga perlu mengetahui dan peka terhadap masalah

pembelajaran anak-anak mereka. Kejadian salah faham di antara ibubapa dan guru sudah

tentu dapat diatasi jika sekiranya ibubapa mengetahui tahap pembelajaran anak-anak

mereka. Biasanya, ada ibubapa yang tidak dapat menerima hakikat akan hasil kerja anak-

anak mereka dan mula menuding jari kepada guru berkenaan. Sekiranya, ibubapa

memahami situasi sebenar, aktiviti-aktiviti pemulihan ini dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu ibubapa juga mengambil tindakan yang proaktif seperti menghantar anak-anak

mereka ke kelas tambahan dan sebagainya.

Keberkesanan program-program pemulihan yang sedia ada hendaklah dibuat kajian

dari semasa ke semasa. Maksudnya, program ini dilaksanakan dengan bertanggungjawab

supaya hasilnya mencerminkan impak yang sebenar-benarnya. Jika impaknya tidak

memuaskan maka beberapa kajian tindakan perlu dibuat iaitu untuk mencari kaedah-kaedah

lain yang lebih baik atau formula yang sedia ada dimurnikan lagi. Pihak Guru Pemulihan

Khas perlu sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain di internet melalui forum,

blog dan sebagainya untuk berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan tentang

program-program yang dijalankan di sekolah-sekolah lain. Segala dokumen, hasil kerja

murid dan lain-lain yang terlibat dalam program pemulihan perlu didokumentasikan supaya

ia akan menjadi bahan rujukan yang berguna dan akan bermanfaat pada masa akan

datang.