pemulihan matematik timgkatan 1
DESCRIPTION
Kelas Pemulihan Matematik Tingkatan 1TRANSCRIPT
Biodata Pelajar
Nama: Salwana binti Ahmad Shahril
Jantina: Perempuan
Tarikh Lahir: 16 Ogos 2002
No. Kad Pengenalan: 020816-08-0452
Umur: 13 Tahun
Agama: Islam
Alamat: No. 296, Jalan Sir Chulan, 34100 Selama, Perak
No. Telefon: 012-4576463
Keturunan: Melayu
Nama Bapa: Ahmad Sharil Bin Mat Hanapiah
No. Kad Pengenalan Bapa: 710325-08-6233
Pekerjaan Bapa: Berniaga
Pendapatan Bapa: RM1000.00
Nama Ibu: Saifol Fadlzlin binti Zulkifli
No. Kad Pengenalan Ibu: 711107-08-6256
Pekarjaan Ibu: Guru Taska (Swasta)
Pendapatan Ibu: RM900.00
Jumlah adik beradik: 3 orang
KAJIAN LITERASI
Pendidikan pada hari ini adalah satu pengukuran yang penting di Malaysia
bagi menunjukkan perkembangan individu dalam sesuatu aspek. Masyarakat
memandang tinggi golongan intelektual berpendidikan dan memiliki suatu status
dalam masyarakat. Selaras dengan falsafah pendidikan bagi melahirkan individu
yang memiliki kemahiran intelektual, jasmani, emosi dan rohani, institusi pendidikan
hari ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan memiliki
kebolehan untuk menghadapi dunia yang mencabar. Lantaran itu, sekolah
memainkan peranan yang penting untuk melahirkan golongan pelajar yang
cemerlang dari segala aspek kehidupan.
Kidd J.R. (1973) memberikan definisi pendidikan adalah perkembangan dan
penyuburan fikiran dan kuasa-kuasa semulajadi yang sistematik. Pendidikan
haruslah diberikan bermula dari peringkat sekolah prasekolah dan berterusan hingga
seterusnya. Pendidikan yang diberikan itu pula haruslah pengajaran yang dirancang
secara berterusan meliputi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan dalam
membangunkan dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbangi kehendak
dan wawasan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Mendidikan manusia menjadi
baik bukanlah perkara yang mudah. Manusia sedemikian tidak boleh dilahirkan
dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan. Dalam
proses ini, tidak harus wujud sebarang percanggahan yang boleh menggugat usaha
membina manusia baik ini (Berita Harian, Rabu, 16 Februari 2000). Menurut Zainal
Arifin Ahmad (1997), pembelajaran adalah perubahan kekal kelakuan seseorang
individu akibat pengalaman. Isu pembelajaran perlu diketahui oleh kerana semua
kelakuan kompleks adalah dipelajari.
Melihat kepada definisi pembelajaran menunjukkan empat perkara. Pertama
melibatkan perubahan. Perubahan mungkin negatif dan mungkin juga positif. Kedua,
perubahan tersebut mesti kekal. Jika ia perubahan sementara, pembelajaran tidak
berlaku. Ketiga, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tetap dalam
kelakuan iaitu sesuatu tindakan individu yang boleh dilihat. Jika hanya pendapat
individu yang berubah dan bukan perangai dan kelakuannya, maka pembelajaran
tidak akan berlaku. Pembelajaran harus mengikuti proses apa yang individu harus
alami atau melalui pengalaman secara melihat atau secara praktik, atau secara tidak
terus menerus seperti membaca. Yang paling utama, penentuan proses
pembelajaran berlaku atau tidak adalah sama ada perubahan itu kekal. Jika ini
berlaku maka pembelajaran telah dialami.
Setiap guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang berbeza-beza
untuk melaksanakan proses pengajaran dan ia bergantung kepada personaliti,
pengalaman serta latihan yang diterima. Walaupun terdapat perbezaan dari segi
penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran, namun begitu kaedah yang
digunakan dalam proses P&P masih sama. Tiada satu pun kaedah pengajaran yang
berkesan untuk semua situasi pengajaran kerana kaedah yang digunakan
hendaklah sama disesuaikan dengan mata pelajaran dan situasi pengajaran. Guru
harus mengetahui, memahami dan dapat menggunakan kesemua kaedah serta
dapat memilih kaedah yang paling berkesan untuk pembelajarannya. Seorang guru
perlu memahami konsep pengajaran serta mempunyai persediaan yang mencukupi
dari aspek ilmu pengetahuan tentang menggunakan kaedah-kaedah pengajaran.
Penyampaian pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang dapat
mencapai objektif-objektif pengajaran yang diingini dalam proses pengajaran.
Mekanisma pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberikan cabaran yang
betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap
pencapaian akademik mereka, dapat membuatkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, produktif dan cekap (Tengku Mohd. Azman, 1991).
Peranan utama guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Guru
juga berperanan sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai
contoh tauladan (Shahril Marzuki, 1993).
Seorang guru harus boleh menyesuaikan dan mengolah keadaan
persekitaran supaya pelajarnya boleh mempelajari ilmu yang disampaikan. Kualiti
yang seharusnya ada pada guru ini hanya boleh ditandingi oleh keinginan guru itu
sendiri untuk terus membina ilmu bagi dirinya. Kita boleh mengatakan guru itu
benar-benar mengajar, sekiranya dia merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti
dengan tujuan supaya pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai mata
pelajaran tersebut (Zol Azlan Hamidin, 2000). Selain peranan penting guru,
golongan pelajar juga memainkan peranan dalam mencapai matlamat akademik.
Pelajar dilihat sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran, atau boleh juga
dikategorikan sebagai pelanggan (client) pada pentadbiran sekolah. Sebagai
pelanggan, pelajar perlu dan berhak untuk diberikan layanan yang baik oleh pihak
sekolah. Menurut Robiah Sidin (1988), pihak sekolah perlu memberikan
perkhidmatan individu kepada murid-murid yang memerlukan perhatian istimewa. Ini
termasuklah memberi bimbingan, kaunseling dan menentukan kelas-kelas khas dan
sebagainya. Bagi memahami kehendak pelajar, pentadbir perlu memahami tahap-
tahap perkembangan fizikal dan mental remaja kini dan seterusnya mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi. Sesuatu perkara atau masalah boleh diperbaiki
jika kita mengetahui kelemahannya.
Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut
pandangan dari segi kematangan fizikal, intelek dan emosi. Dalam menghurai
kematangan fizikal, guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud
dalam kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak
pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Guru
sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Penggunaan
kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik
dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan
bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan
boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan
teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang
guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan
berkesan
Kesediaan pelajar dari segi kematangan intelek pula kebolehan mentafsir
deria (persepsi) kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria
(imaginasi), kebolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan)
dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada
pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya.
Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang
paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan
intelek seseorang itu dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah kemajuan itu
berada. Kematangan emosi pula menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh
dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman
yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah
kepuasan dan gangguan. Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi
melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan
dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai
gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu
pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyelarasan dalaman secara
am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan
kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.
Pendidikan adalah keperluan utama dalam kehidupan banyak negara.
Lantaran itu, institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam
menyediakan pelajaran kepada golongan pelajar. Setiap lapisan masyarakat sama
ada kaya atau miskin sentiasa dipengaruhi dan mempengaruhi isu-isu berkaitan
pelajaran. Pentadbir pula memainkan peranan yang besar dalam membuat
pertimbangan yang rapi dan berterusan dalam usaha mewujudkan sistem
persekolahan yang baik dan efisien. Pentadbir sekolah dan masyarakat sebenarnya
memainkan peranan yang sama-sama penting dalam institusi pendidikan di
Malaysia pada hari ini. Jika salah satu tiada maka akan pincanglah organisasi
pendidikan negara. Menurut Robiah Sidin (1988), dalam meninggikan jentera
pentadbiran sekolah dan seterusnya meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran, terdapat empat tugas penting yang perlu diberi pandangan serius.
Pertama, memahami sifat masyarakat atau komuniti di mana sekolah itu terletak.
Kedua, memahami hasrat dan inspirasi komuniti. Ketiga, memberi maklumat
mengenai sekolah. Keempat, mendorong dan menggalakkan ibu bapa dan anggota
masyarakat supaya mereka bersama-sama memikirkan cara-cara untuk
meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah. Jelaslah daripada empat aspek
tersebut, hubungan antara pentadbir sekolah dengan komuniti sejagat perlu saling
bekerjasama dan saling bantu membantu dalam membangunkan institusi sekolah ke
arah kecemerlangan bersama.
Bagi memastikan kemenjadian murid, pihak sekolah perlu menyusun usaha
untuk membentuk model-model tertentu yang sesuai dengan perhubungan sekolah
dengan orang ramai. Bagi menghasilkan kecemerlangan, keberkesanan peranan
pentadbiran adalah satu keperluan utama organisasi. Menurut Zainal Arifin Hamad,
(1998), terdapat beberapa proses bagi bagi mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
Pertama, merunding peranan. Bertujuan untuk memperbaiki perhubungan kerja
dalam kalangan ahli. Kedua, menubuhkan pasukan yang bertujuan melaksanakan
tugas dan berkomunikasi. Ketiga, mengumpul maklumat berkenaan kumpulan
sasaran atau bahagian yang menghadapi masalah. Keempat, merancang
perjumpaan untuk membincangkan apa yang harus dilakukan apabila apabila
merancang pertemuan. Kelima, melaksanakan perjumpaan dan membincangkan
masalah atau isu yang berkaitan dengan organisasi pendidikan tersebut. Lima
proses yang disebutkan ini akan memastikan kelancaran pentadbiran institusi
pendidikan dan setersunya memastikan bahawa tugas dan tanggungjawab setiap
ahli organisasi dilaksanakan dengan lebih berkesan dan cekap.
Salwana merupakan pelajar yang lemah dalam kelas 1 Ibnu Rushd. Dia dipilih
berdasarkan keputusannya dalam peperiksaan semakin merosot. Graf 1
menunjukkan kemerosotan Salwana dalam tiga peperiksaan.
Graf 1 menunjukkan pencapaian Salwana dalam tiga peperiksaan, Marhalah
Ula(Awal Tahun), Marhalah Thaniah(Pertengahan Tahun) dan Marhalah
Thalitah(Pertengahan Penggal Dua).
Graf 1
Graf 1
Jadual 1 menunjukkan markah peperiksaan Salwana
Marhalah Ula Marhalah Thaniah Marhalah Thalitah0
10
20
30
40
50
60
70
80
Series1
Marhalah Ula 74
Marhalah Thaniah 45
Marhalah Thalitah 28
Ramai orang membuat tanggapan bahawa matematik adalah satu mata
pelajaran yang kompleks dan sukar. Ada juga yang mengatakan bahawa matematik
adalah mata pelajaran yang sangat susah untuk dikuasai. Namun, dengan
tanggapan negatif seperti inilah maka mata pelajaran itu semakin bertambah sukar
untuk dipelajari mahupun dikuasai. Ramai orang juga sebenarnya tidak menyedari
bahawa mata pelajaran matematik bukanlah mata pelajaran yang sukar untuk
dipelajari, difahami malah dikuasai. Memang tidak dinafikan bahawa, hanya
sesetengah orang sahaja yang mampu untuk menguasai ilmu matematik
sepenuhnya, malah fakta sains turut menyokong kenyataan tersebut, tetapi, dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid perlu menguasai sekurang-
kurangnya asas yang terdapat dalam bidang matematik itu.
Penguasaan asas sekurang-kurangnya dapat membantu murid-murid dalam
menguasai bidang matematik. Apabila penguasaan telah dapat dibuat oleh murid-
murid, maka guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan pula agar apa yang
dikuasai dapat dipelbagaikan dengan banyak konsep yang berkaitan dengan
matematik dan juga kehidupan harian mereka. Penting bagi seseorang guru itu
untuk mengenalpasti kalangan pelajar yang berbeza aras mereka agar dapat
menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Guru
perlu mengenalpasti pelajar yang dapat menguasai mata pelajaran matematik
kerana setiap murid yang ada di dalam kelas mempunyai aras yang berbeza. Oleh
itu, bagi membuat penilaian dalam mengenalpasti murid-murid tersebut, maka guru
perlu membuat beberapa ujian atau pemerhatian.
Pelajar yang dikenalpasti lemah dalam penguasaan asas Matematik melalui
ujian-ujian dan penilaian yang dilakukan, perlu dilaporkan kepada Guru Pemulihan
yang akan membimbing pelajar tersebut di dalam Kelas Pemulihan Matematik.
Pengajaran Pemulihan adalah berbeza sama sekali dengan pembelajaran biasa di
dalam Kelas Perdana. Melalui Kelas Pemulihan, terutamanya Matematik, tumpuan
khusus oleh Guru Pemulihan adalah terhadap penguasaan asas yang lebih fokus
dalam mengenal konsep seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pelajar pemulihan
biasanya adalah murid yang sukar mengingat dan memahami konsep asas yang
mudah dan oleh sebab itulah maka jangka masa belajar di dalam Kelas Pemulihan
lebih lama tempohnya. Pendekatan berbeza juga digunapakai di dalam Kelas
Pemulihan berbanding Kelas Perdana. Jika di dalam Kelas Perdana, guru sering
mengguna pakai pendekatan yang pelbagai seperti berasaskan pelajar, berasaskan
Bahan Bantu Mengajar dan lain-lain, namun dalam Kelas Pemulihan, hanya
pendekatan berasaskan Bahan Bantu Mengajar lebih digunapakai. Benda-benda
maujud seperi carta-carta nombor, blok-blok bentuk yang bernombor dapat
membantu sesi pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Matematik.
Maka tidak hairanlah mengapa guru perlu menyediakan metadologi berbeza
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terhadap murid-murid
yang berbeza aras penguasaan mereka. Metadologi tersebut antaranya adalah
melalui aktiviti Pemulihan dan Pengayaan. Aktiviti ini adalah merupakan komponen
penting di dalam mata pelajaran matematik. Penglibatan murid-murid yang berbeza
aras di dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah sangat penting. Dalam
aktiviti ini biasanya murid akan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil yang
mengandungi murid-murid pelbagai aras. Guru perlu menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran agar lebih bermakna dan menarik, murid-murid terlibat dengan
aktif, serta diberikan sokongan dan galakan (Baroody & Coslick, 1998).
Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan yang dilakukan oleh guru, sama ada guru
mata pelajaran matematik itu sendiri, mahupun guru pemulihan mempunyai tujuan
yang tertentu. Antaranya adalah membantu dalam membina konsep matematik dan
mendapatkan skil matematik agar pelajar yang beraras rendah tidak ketinggalan
dengan pelajar beraras tinggi yang dapat menguasai konsep dan skil dengan
mudah. Dengan adanya aktiviti pemulihan terhadap pelajar beraras rendah, maka
konsep matematik yang perlu dikuasai terlebih dahulu itu dapat dikuasai oleh
mereka sebelum memperkayakan lagi skil matematik mereka dengan pelbagai
konsep yang terdapat dalam mata pelajaran matematik.
INTERVENSI
Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan
sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada
masa kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, semua
pelajar perlu menguasai bidang ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah
untuk mendapat pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak hanya tertumpu pada
murid biasa sahaja tetapi juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas pemulihan diberikan penekanan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan untuk melahirkan insan
yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat hidup seiring dengan
masyarakat sekelilingnya. Walau bagaimanapun, penguasaan Matematik pelajar
terutamanya murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang
kebanyakannya disebabkan oleh asas Matematik yang lemah.
Intervensi adalah satu proses penyediaan perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Tujuan awal intervensi ini untuk
mengurangkan kesan peratus lemah daripada menjadi lebih teruk. Dalam konsep
penyelidikan yang dijalankan, intervensi adalah satu cara untuk memulihkan
kumpulan sasaran yang mendapat markah lemah dalam mata pelajaran Intervensi
ini dilakukan terhadap golongan sasaran bagi membolehkan pelajar tersebut
mendapat kefahaman yang tinggi.
Intervensi yang dicadangkan dalam kelas pemulihan ini adalah dengan
memberikan tumpuan seratus peratus kepada pelajar yang lemah dalam
pembelajaran. Madrasah Idrisiah merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan(SABK). Untuk mendapat tempat di sekolah ini, pelajar yang berada di
tahun enam sekolah rendah harus menduduki ujian yang dikelolakan oleh pihak
sekolah. Calon yang layak masuk ke sekolah ini dipilih berdasarkan keputusan
UPSR dan ujian kemasukan tersebut. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai
masalah pembelajaran yang kritikal.
Dalam kes ini, saya telah mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh
Salwana, seorang murid berkeperluan khas (slow learner) di sebuah kelas Tingkatan
1 Rushd, Madarasah Idrisiah. Masalah yang dihadapi oleh Salwana adalah
kesukaran dalam subtajuk urutan dan pola nombor . Dalam sub topik terdapat
beberapa pecahan tajuk tajuk kecil iaitu faktor, faktor perdana, faktor sepunya dan
faktor sepunya terbesar (FSTB). Salwana tiada masalah apabila ditanya mengenai
definisi faktor, dia boleh menjawab dengan lancar. Ini bermakna pengajaran di
dalam kelas sebelum ini masih lagi diingati oleh Salwana. Subtopik ini adalah tajuk
awal dalam Matematik tingkatan satu. Masalah bermula apabila dia dikehendaki
mencari faktor bagi sesuatu nombor. Salwana kelihatan tidak yakin untuk menjawab
soalan yang diberikan. Saya telah menunjukkan cara yang mudah bagi Salwana
untuk mencari faktor bagi sesuatu nombor. Dengan menunjukkan kaedah
pembahagian mudah ini, Salwana tidak lagi perlu memikirkan nombor yang sama
dengan mengulang pembahagian tersebut.
Gambar 1 di bawah menunjukkan bagaimana pembahagian mudah itu
dilakukan.
Gambar 1
Gambar 2 dan 3 pula menunjukkan Salwana melakukan kaedah ini bagi
menyelesaikan soalan lain.
Gambar 2
Gambar 3
Salwana dapat melakukan pembahagian mudah tersebut walaupun
menggunakan nombor yang mempunyai nilai yang lebih besar. Namun ianya
memakan masa yang agak panjang kerana Salwana agak lemah untuk mencongak
apabila melibatkan nombor yang besar. Dia memerlukan masa untuk mengira dan
menunjukkan dia sangat lemah dalam mencongak. Dalam pemerhatian saya
sepanjang menjadi guru kepada Salwana, apabila rakan-rakan lain dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, Salwana masih tercari-cari kaedah
yang betul untuk menjawab soalan tersebut. Ini menyebabkan Salwana merasa
sangat rendah diri. Begitu juga bila berhadapan dengan guru, pada mulanya
Salwana berasa tidak selesa dengan saya kerana hanya kami berdua dalam bilik
tersebut. Namun selepas dipujuk dan diyakinkan beberapa kali dia mula mendapat
kepercayaan diri untuk meneruskan rakaman tersebut.
Seterusnya kami beralih kepada bahagian kedua iaitu faktor perdana. Faktor
perdana merupakan gabungan faktor dan nombor perdana. Setelah membantu
Salwana mengenali nombor perdana, dia didapati boleh meneruskan soalan yang
berkaitan dengan faktor perdana.
Gambar 4 menunjukkan hasil kerja yang dilakukan oleh Salwana.
Gambar 4
Dia dapat menjawab soalan walaupun nombor yang diberikan adalah nombor
besar. Ini menunjukkan bahawa Salwana dapat menjawab soalan yang agak susah
tetapi harus dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru. Jika Salwana membuat
latihan berterusan, di jangka beliau akan dapat menguasai tajuk tersebut. Dalam
pecahan tajuk yang seterusnya, Salwana diberikan soalan yang melibatkan faktor
sepunya. Salwana telah mengenali apa itu faktor, namun dia tidak dapat mengingati
apa itu faktor sepunya. Saya memberikan sedikit tunjuk ajar kepada Salwana
mengenai factor sepunya. Dengan bantuan papan putih kecil, dia menyenaraikan
semua faktor bagi nombor tersebut dan dapat mencari factor yang sama bagi setiap
nombor.
Akhir sekali Salwana diberikan tunjuk ajar mengenai faktor sepunya terbesar
(FSTB). Dalam pecahan bab ini, saya mengulangi kaedah mencari menggunakan
dua cara iaitu penyenaraian faktor dan melakukan kaedah pembahagian berulang.
Dalam kaedah penyenaraian factor bagi mencari nombor yang terbesar, didapati
masa yang agak lama digunakan, tetapi apabila menggunakan kaedah
pembahagian berulang Salwana dapat meggunakannya dalam masa yang singkat
dan lebin mudah.
REFLEKSI:
Kelas dijalankan pada hari Ahad kerana pada masa rakaman tersebut
dijalankan, telah pun bermulanya peperiksaan akhir tahun(Marhalah Robiah).
Salwan merupakan seorang yang sangat pemalu. Rakaman tersebut terpaksa
dirakam sendiri kerana Salwana tidak mahu kehadiran individu lain sama ada rakan
mahupun guru lain ketika rakaman. Salwana merupakan pelajar yang lemah dalam
kelasnya. Salwana didapati dapat mencapai objektif pembelajaran. Pada awal
pebelajaran masih terdapat kekeliruan dan Salwana tidak dapat mengingat kaedah
yang pernah dipelajari. Dalam matematik, penggunaan kaedah yang betul dapat
membantu pelajar mendapat jawapan yang paling tepat. Salwana merupakan
seorang pelajar yang sangat pasif dalam kelas dan sering ketinggalan dalam
pembelajarannya terutama sekali subjek Matematik. Setelah dibantu dengan kaedah
yang mudah dan diberi perhatian yang khusus, Salwana dapat mendapat memenuhi
objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Beberapa cadangan untuk membantu pelajar seperti Salwana penting,
sebagai contoh, pihak berkenaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
perlu memberikan peruntukan yang secukupnya dalam Program Pemulihan,
terutama sekali dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau pihak KPM
sendiri menyediakan BBM bersesuaian yang banyak membantu dalam pelaksanaan
kelas pemulihan. BBM juga penting dalam membantu guru mengajar pelajar agar
dapat menguasai mata pelajaran yang diajar. BBM yang perlu disediakan oleh KPM
perlu sama rata kepada semua sekolah tidak kira sekolah tersebut di bandar atau di
luar bandar. Sesetengah sekolah akan memperuntukkan APC dalam pembelian
peralatan atau BBM. Namun, KPM perlu peka akan keperluan guru pemulihan yang
mana BBM yang berkesan mempunyai nilai yang tinggi dan harga yang mahal. Oleh
itu, penting bagi KPM dalam menyediakan peruntukan atau peralatan untuk BBM
dalam program pemulihan agar masalah dalam pembelajaran dapat dikurangkan.
Keperluan guru-guru pemulihan dalam latihan dan kursus adalah penting dan
perlu diutamakan, apatah lagi kadar pemulihan di kalangan sekolah di luar bandar
adalah sangat tinggi. Pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia menerusi Jabatan Pelajaran Negeri perlu memberikan kursus dan latihan
agar guru pemulihan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tugas
mereka. Pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama dengan pihak lain yang
mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam mengatasi masalah pembelajaran. Ini
penting agar guru pemulihan dapat membantu mengurangkan kadar pelajar yang
tidak menguasai pembelajaran seterusnya meningkatkan tahap pendidikan negara.
Disamping itu, pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh pihak berkenaan
agar kualiti program pemulihan dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun dan
bukannya hanya bergantung kepada keputusan ujian saringan semata-mata. Pihak
berkenaan perlu turun padang bersama-sama guru pemulihan dalam mengatasi
masalah pelajar pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya pegawai yang dilantik dalam
pemantauan guru-guru pemulihan adalah bekas guru pemulihan yang mempunyai
prestasi kerja yang bagus dalam bidang pemulihan itu sendiri bagi memudahkan
guru pemulihan itu sendiri berkomunikasi seterusnya mungkin mengemukakan
beberapa cadangan yang sukar untuk diatasi, malah pegawai tersebut juga boleh
bertemu empat mata dengan pelajar pemulihan itu sendiri.
KESIMPULAN
Seorang guru perlu tahu untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai
dengan pelajarnya. Pemilihan kaedah pengajaran merupakan prinsip asas sesuatu
pengajaran berkesan. Kesemua ini memerlukan pemikiran yang serius, kritis dan
inovatif dalam usaha kita untuk mencari jenis pengajaran individu yang lebih
berkesan dan bersesuaian dengan pelajar serta keadaan tempatan. Sungguh pun
demikian daya usaha seorang guru dapat memberi kesan yang positif bukan sahaja
dalam aspek sahsiah dan kokurikulum pelajar, ia juga berpotensi untuk menarik
minat para pelajar dalam pembelajaran.
Sebagai seorang guru, saya mendapati Salwana bukanlah pelajar yang
sangat lemah. Namun disebabkan kurangnya keyakinan diri, Salwana merasakan
dirinya adalah pelajar yang kurang pintar. Salwana juga sangat memerlukan
perhatian yang lebih kursus daripada guru bagi membimbingkan. Di sebabkan
sikapnya yang pemalu dan sangat rendah diri, Salwana tidak dapat fokus dan
memberikan hasil yang baik dalam peperiksaan. Salwana perlu diberikan kaunseling
bagi membina keyakinan diri. Saya sebagai guru akan membincangkan perkara ini
dengan guru kaunseling sekolah. Di harapkan Salwana dapat mengatasi masalah
tersebut dan dapat menjadi pelajar yang cemerlang.
Secara keseluruhannya, kajian saya ini berjaya mencapai objektifnya iaitu
untuk membantu Salwana, seorang pelajar bermasalah
pembelajaran slow learner, menyelesaikan masalah penukaran operasi dengan
menggunakan kaedah melukis dan imaginasi. Cabaran yang saya hadapi adalah
untuk mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang Salwana.
Namun, dengan teknik pengulangan dan latihan yang berterusan, saya percaya
Salwana dapat menguasai kaedah ini dan mungkin dapat membuat perubahan yang
drastik pada masa hadapan.
RUJUKAN
BUKU
Amin Senin (1993). Memahami Matematik prasekolah dan sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1998).Pengajaran
dan pembelajaran matematik: nombor bulat untuk sekolah rendah. Selangor:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brian W.Boughton, Peter J. Ballard (1993). Matematik binaan jilid I. Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.Q.Yap, S.P.Lee, H.G.Ng (2007). Kaedah aritmetik mental secara abacus dan
kiraan jari jilid II. Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad (2011).Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam :Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Khas. (2003). Buku panduan pelaksanaan program
pemulihan khas. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Noraini Idris, Maimunah Hj Daud (1994). Pengajaran dan pembelajaran Matematik
kurikulum bersepadu sekolah rendah buku 4. Kuala Lumpur: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010).Pendidikan disleksia.Selangor:Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
INTERNET
Bahan bantu mengajar matematik. Dimuat turun pada Julai 14, 2013 daripada
http://pengajaranmatematikmte3109.blogspot.com/
Kaedah Newman. Dimuat turun pada Julai 14, 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/79644640/Kaedah-Newman
Modul kaedah pemulihan matematik. Dimuat turun pada Julai 15, 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/55984777/modul-keadah-pemulihan-matematik-topik-4
JURNAL
Halimah binti Wahah(2012).Penggunaan petak 100 dalam membantu murid tahun 3
menguasai operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Masalah
operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula, 22(1) muka surat 2-
12.
Nur Shazlina binti Yussoff (2009). Kaedah pengajaran operasi penambahan dalam
mata pelajaran matematik dalam kalangan murid slow learner. Masalah operasi
penambahan dalam kalangan murid slow learner,26(1) muka surat 1-8.
Ra Fiona Anak Raban(2012). Penggunaan garis nombor dalam membantu murid
pemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10. Masalah penolakan
dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.
Zainudin bin Abu Bakar.(2002). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan
fakta asas darab dalam Matematikm 4. Masalah dalam operasi fakta asas darab,
24(1) muka surat 2-8.
Lampiran 1
Lampiran 2