kkbi 2

11
1.1 Definisi Pembentukan Kata Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur- unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur- unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen, didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan. Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik- fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu. 1.2 Bidang Morfologi meliputi aspek:

Upload: fairos

Post on 02-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kkbi 2

TRANSCRIPT

1.1 Definisi Pembentukan Kata

Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen, didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan.Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

1.2Bidang Morfologi meliputi aspek:

Penggolongan Kata

Proses Pembentukan Kata

Bentuk Kata Terhasil

1.3Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana

Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi, maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut.Sebagai permulaannya, Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan kepada 10 golongan. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu. Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh tatabahasa Romawi. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa). Bagi golongan perkataan bahasa Inggeris., R. Quirk dan S. Greenbaum (1973) membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata adverb) dan kumpulan B (kata article, kata tunjuk, kata ganti nama, kata sendi, kata hubung dan kata seru)Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya W. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu: Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Satu hal yang menarik mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Zaba. Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah Hj. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Omar lebih rinci dan menyeluruh.R.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Winstedt sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi. Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja, namun dalam bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. Namun demikian, kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Winstedt membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan, Kata Adjektif dan Kata

Kerjaan. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama, Angka, Kata Keterangan, kata Sendi dan Kata Depan, kata Hubung serta Kata Seru.Pada tahun 1947, Zaba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Zaba cuba mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab. Beliau menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan. Dengan pendekatan demikian, beliau menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama, Perbuatan, Sifat, Sendi dan Seruan. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Zaba ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab.Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1968) dilihat lebih saintifik berbanding usaha-usaha terdahulu. Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu, beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden, Winstedt dan Zaba. Di dalam buku Nahu Melayu Mutakhir (1993), golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Malah golongan kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada Nahu Melayu Mutakhir.Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan (Perkataan) pada 1987. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi dengan peredaran zaman. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3 golongan major yakni kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Satu golongan minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan.

Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

Penggolongan Perkataan

Zaman Greek

Zaman

Romawi

Zaman

Pertengahan

Zaman

Perbaharuan

Abad ke-18 hingga 20

Plato

Aristotle

Stoics

Thrax

Priscian &

Donatus

Modistae

Lyly & Jonson

Lowth, Murray dan lain-lain

Nama

Nama

Nama

Nama

Nama

Nama

Nama

Nama

Kata Sifat

Kata

Sandang

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata

Sandang

Kata Sandang

Kata

Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Partisip

(Participle)

Partisip

Partisip

Partisip

Partisip

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Tak dapat

digolongkan

ke dalam

mana-mana

golongan

Kata

Penghubung

Adverba

Adverba

Adverba

Adverba

Adverba

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata

Penghubung

Kata

Penghubung

Kata

Penghubung

Kata

Penghubung

Kata Penghubung

Kata Seru

Kata Seru

Kata Seru

Kata Seru

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

Penggolongan Perkataan

Tradisional

Struktural

Transformasi Generatif

Raja Ali Haji

W. Marsden

R.O. Winstedt

Zaba

Asmah Omar

Asraf

Abdullah Hassan

Nik Safiah Karim et. al.

Kata Nama

Namaan

Golongan Major

Nama

Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Nama

Harf (Kata Partikel)

Partikel

Sifat

Kata Tugas

Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata Adjektif

Golongan Minor

Sendi

Kata Sendi

Kata Tugas

Kata Tugas

Perbuatan

Kerjaan

Seruan

Kerjaan

Kata Hubung

Kata Partikel

Perbuatan

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Keterangan

Kata Adverba

1.4Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Berdasarkan Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasaMelayuiaitupengimbuhan,penggandaan,pemajmukandan pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

1.4.1 Proses Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .