kk19 v2 tuah dilang a5

23
Kesalahan-kesalahan ayat bahasa Melayu bagi pelajar menengah bawah Oleh Tuah Dilang Calon Sarjana Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik 1.0 Pendahuluan. Di Negara Brunei Darussalam bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pertama terutamanya penggunaan Bahasa Melayu Baku baik penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, maktab-maktab, di peringkat universiti, dan syarikat-syarikat swasta dari segi perhubungan mahupun dalam hal-ehwal akademik . Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah bahasa- bahasa ibunda yang lain seperti bahasa Kedayan, bahasa Puak Dusun, bahasa Puak Belait, bahasa Puak Tutung, bahasa Puak Murut, bahasa Iban, bahasa Cina dan lain-lain masih mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Pembentang kertas kerja telah memilih pelajar-pelajar Iban 1 yang menuntut di menengah bawah di Maktab Anthony Abell, Seria adalah disebabkan terdapat di kalangan mereka yang lemah dalam pencapaian akademik khususnya dalam mata 1 Berdasarkan Statistik Pelajar Berbangsa Iban di Maktab Anthony Abell, Seria sejumlah 31.47 % atau seramai 152 pelajar Iban daripada 383 semua pelajar yang menuntut di menengah bawah pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2006 sejumlah 20.50 % atau seramai 99 orang pelajar Iban yang menuntut menengah bawah. (Lihat lampiran Statistik Pelajar Menengah Bawah AAC, Seria pada tahun 2006.

Upload: api-3740802

Post on 07-Jun-2015

581 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

Kesalahan-kesalahan ayat bahasa Melayu bagi pelajar menengah bawah

Oleh

Tuah Dilang Calon Sarjana

Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik

1.0 Pendahuluan. Di Negara Brunei Darussalam bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pertama terutamanya penggunaan Bahasa Melayu Baku baik penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, maktab-maktab, di peringkat universiti, dan syarikat-syarikat swasta dari segi perhubungan mahupun dalam hal-ehwal akademik .

Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah bahasa-bahasa ibunda yang lain seperti bahasa Kedayan, bahasa Puak Dusun, bahasa Puak Belait, bahasa Puak Tutung, bahasa Puak Murut, bahasa Iban, bahasa Cina dan lain-lain masih mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.

Pembentang kertas kerja telah memilih pelajar-pelajar Iban1 yang menuntut di menengah bawah di Maktab Anthony Abell, Seria adalah disebabkan terdapat di kalangan mereka yang lemah dalam pencapaian akademik khususnya dalam mata

1 Berdasarkan Statistik Pelajar Berbangsa Iban di Maktab Anthony Abell, Seria sejumlah 31.47 % atau seramai 152 pelajar Iban daripada 383 semua pelajar yang menuntut di menengah bawah pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2006 sejumlah 20.50 % atau seramai 99 orang pelajar Iban yang menuntut menengah bawah. (Lihat lampiran Statistik Pelajar Menengah Bawah AAC, Seria pada tahun 2006.

Page 2: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

279

pelajaran Bahasa Melayu. Kelemahan ini adalah merangkumi kesalahan-kesalahan ayat bahasa Melayu termasuklah tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan memahami serta kemahiran menulis. Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh mereka ialah penggunaan bentuk-bentuk morfem, kata, frasa dan ayat dalam bahasa Melayu. Mereka juga tidak dapat menghubungkan penggunaan bentuk-bentuk di atas dengan semantik serta pragmatik.

Selain itu, terdapat juga pelajar Iban yang menuntut di menengah bawah dan menengah atas masih kurang berkemahiran menghubungkaitkan kata-kata hikmat, perambahan Brunei, peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, dan bentuk-bentuk puisi seperti sajak, pantun dalam mengarang karangan. Walau bagaimanapun, pembentangan kertas kerja ini lebih menumpukan aspek kegramatisan tatabahasa, imbuhan dan dihubungkaitkan dengan pola ayat dasar bahasa Melayu.

Penyelidikan ini nanti diharap dapat membantu mencari jalan penyelesaian masalah pelajar-pelajar yang bukan berbangsa Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu dengan lebih baik. Ini terutamanya pelajar-pelajar Iban yang menuntut di menengah bawah di Maktab Anthony Abell, Seria dan sekaligus dapat mempertingkat tahap pencapaian akademik pelajar dan maktab sama ada dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ataupun peperiksaan awam. 2.0 Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu. Imbuhan ialah bentuk morfem2 terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Imbuhan hendaklah dicantumkan dengan perkataan-perkataan yang lain iaitu kata dasar. Proses mencantumkan imbuhan dengan kata dasar ini menjadikan sesuatu perkataan itu disebut sebagai kata terbitan. Imbuhan yang

2 Ramli Md. Salleh (1997:161) membahagikan dua bentuk morfem iaitu morfem terikat dan morfem bebas. Morfem terikat ialah unit tatabahasa terkecil yang bermakna, sama ada makna leksikal atau makna fungsian. Manakala morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata dan mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya, laut.

Page 3: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

280

terdapat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis dan imbuhan dalam bahasa Iban hanya terbahagi kepada dua jenis.

2.1 Imbuhan bahasa Melayu. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu;

i. Imbuhan awalan yang hadir sebelum kata dasar. a. Awalan kata nama (pe-, pem-, pen-, peng-,

penge-, pel-, per-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dwi-)

b. Awalan kata kerja (me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, be-, ber-, bel-, ter-, di-, diper-)

c. Awalan kata adjektif (ter-, te-, se-) ii. Imbuhan akhiran yang hadir sesudah kata dasar.

a. Akhiran kata nama (-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah)

b. Akhiran kata kerja (-kan, -i) iii. Imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar.

a. Apitan kata nama (pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an, penge-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...an)

b. Apitan kata kerja (me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, meng-...-kan, menge-...-kan, ber-...-kan, di-...-kan, mem-...-i, men-...-i, meng-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an)

c. Apitan kata adjektif (ke-...-an) Imbuhan Sisipan yang hadir di celahan kata dasar. a. Sisipan kata nama (-el-, -er-, )

b. Sisipan kata adjebtif (-el-, -er-, -em-, -in-)

Page 4: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

281

2.2 Imbuhan bahasa Iban. Terdapat dua jenis imbuhan3 dalam bahasa Iban iaitu;

i. Imbuhan awalan seperti b-, be-, beke-, bere-, ber-, bete-, di-, dike-, dipe-, eng-, ge-, ke-, me-, men-, meng-, meny-, n-, ng-, nge-, pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, peny-, per-, se-, dan te-.

ii. Imbuhan akhiran ialah -ka. 2.3 Contoh kesalahan-kesalahan penggunaan imbuhan

pelajar Iban di peringkat menengah bawah. i. Kebanyakkan para penuntut dan remaja masa kini

telah membeli buku-buku yang penting bagi mereka. (Lampiran 2).

ii. Buku ialah satu pembacaan yang baik… (Lampiran 3) iii. Buku ialah salah satu pembacaan yang baik untuk

kanak-kanak … (Lampiran 4). iv. Saya pun ikut bayang-bayang itu. (Lampiran 5). v. Saya lari menikut jalan raya. (Lampiran 5). vi. Apabila sampai dirumah kami pun terus tidaur.

(Lampiran 3).

Pada contoh ayat i., imbuhan apitan kata dasar kebanyakkan adalah salah. Imbuhan apitan kata dasar yang betul ialah ke-….-an dan menjadikan perkataan itu kebanyakan. Manakala perkataan para tidak diperlukan dalam ayat tersebut disebabkan makna perkataan kebanyakan dan para adalah merujuk kepada jumlah yang ramai.

Pada contoh ayat ii dan ayat iii., imbuhan apitan kata dasar pembacaan adalah salah. Imbuhan yang betul ialah imbuhan akhiran –an iaitu bacaan. Ayat yang sesuai ialah, (Buku ialah suatu bahan bacaan yang baik…)

Pada contoh ayat iv., kata dasar ’ikut’ yang terdapat pada ayat tersebut sepatutnya ditambahkan dengan imbuhan meng-…i iaitu mengikuti. Manakala pada contoh ayat v.,

3 Imbuhan bahasa Iban yang kerap digunakan sama ada dalam lisan mahupun penulisan ialah imbuhan awalan be-, pen-, pem-, di-, dike-, dipe-, ng-, nge- dan akhiran –ka. Manakala penggunaan imbuhan-imbuhan yang lain agak terhad dan lebih kepada kata pinjaman.

Page 5: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

282

imbuhan men- adalah salah. Imbuhan yang betul ialah meng- dengan menjadikan perkataan itu mengikut.

Pada contoh ayat (vi), merupakan contoh kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh pelajar-pelajar Iban di menengah bawah. Mereka tidak tidak dapat menentukan sama ada penggunaan di 4 berfungi sebagai imbuhan ataupun berfungsi sebagai kata sendi nama. Begitu juga dengan penggunaan pun 5 yang terdapat pada contoh ayat (vi) juga salah. Imbuhan ataupun ayat yang betul bagi contoh ayat (vi), Apabila kami sampai di rumah, kamipun terus tidur).

Selain daripada contoh-contoh kesalahan imbuhan yang di atas, terdapat banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Iban. Misalnya, teknik menulis imbuhan awalan ke- dengan menjarakkannya dengan perkataan yang selepas imbuhan tersebut. Sebaliknya, kata sendi nama ke ditulis secara dirapatkan dengan perkataan yang selepasnya.

3.0 Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu. Pola ayat dasar bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima iaitu;

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN). ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK). iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA). iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN). v. Frasa Nama + Frasa Keterangan (FN + FKet)

Contoh-contoh pola ayat dasar bahasa Melayu;

a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN). Ali / pelajar baru. Aminah / jurutaip.

b. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN).

4 Jika di berfungi sebagai imbuhan hendaklah dituliskan dan dirapatkan dengan perkataan yang selepasnya tetapi jika ia berfungsi sebagai kata sendi nama, maka di hendaklah ditulis dengan menjarakkannya dengan perkataan sebelum atau selepasnya. 5 Perkataan pun hendaklah ditulis dengan merapatkannya dengan perkataan yang sebelumnya.

Page 6: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

283

Ali / menyanyikan lagu Bang Toyib. Aminah / memanggil ibunya.

c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Ali / sangat rajin menolong ibunya. Pahlawan itu / sungguh berani.

d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN).

Hamidah / ke kedai buku itu. Hadiah itu / daripada Ahmad.

e. Frasa Nama + Frasa Keterangan (FN + FKet).

Pinggan itu / tersusun rapi di atas meja. Pesakit itu / berada di hospital.

4.0 Kegramatisan Ayat Bahasa Melayu. Apabila menganalisis sesebuah karangan pelajar, ayat yang dibuat oleh pelajar perlu diteliti dari aspek kegramatisannya. Kegramatisan ayat-ayat bahasa Melayu adalah dilihat secara menyeluruh yang melibatkan ejaan, pengimbuhan, binaan ayat, dan betul dari segi maknanya.

Apakah yang dikatakan Gramatis? Menurut Teuku Iskandar (2005:483), gramatis6 ialah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: Mereka harus dilatih berbicara dengan terang, jelas, lancar, gramatis, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit. Manakala ‘Kegramatisan’ ialah kepatuhan atau ketepatan dengan tatabahasa: Asas bahasa Melayu yang tinggi ditentukan oleh kegramatisan ayat-ayat yang dihasilkan oleh pengguna bahasa. 6 Nik Safiah Karim (dlm Awang Mohamad Amin 1992: 46) menamakan ayat, klausa, frasa, kata dan morfem sebagai 'aspek-aspek bahasa'. Beliau juga menamakan sintaksis dan aspek-aspek penghuraian ayat, klausa dan frasa itu sebagai kajian sintaksis dan aspek penghuraian kata dan morfem sebagai kajian morfologi. Seterusnya beliau menamakan kajian terhadap semua aspek bahasa sebagai kajian morfologi sintaksis. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kesalahan morfologi berkait rapat dengan penguasaan dan kemahiran pelajar menggunakan imbuhan ataupun bentuk kata terbitan.

Page 7: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

284

Apabila ayat yang dihasilkan oleh pelajar itu gramatis dari segi tatabahasanya, ayat tersebut perlu juga diperhatikan sama ada ayat itu betul dan dapat diterima oleh masyarakat penutur bahasa tersebut. Analisis ayat-ayat ini dapat dikategorikan kepada empat iaitu:

a. Gramatis & dapat diterima (+ Gramatis & + Acceptable) b. Gramatis & tidak dapat diterima (+ Gramatis & -

Acceptable) c. Tidak gramatis & dapat diterima (-Gramatis & +

Acceptable) d. Tidak gramatis & tidak dapat diterima (- Gramatis & -

Acceptable) 4.1 Ayat-ayat gramatis dan dapat diterima. Ayat yang gramatis dan dapat diterima ialah ayat yang betul dari aspek peraturan-peraturan tatabahasanya dan diterima oleh masyarakat penutur bahasa tersebut. Ini dapat dilihat pada contoh ayat-ayat di bawah.

i. Ikan keli tidak bersisik. ii. Matahari terbit dari sebelah timur. iii. Air laut masin tetapi air sungai tawar.

Contoh ayat i dan ii, adalah betul dari aspek tatabahasa

dan maknanya dapat diterima oleh mesyarakat penutur bahasa Melayu. 4.2 Ayat-ayat gramatis tetapi tidak dapat diterima. Ayat yang gramatis dan tidak dapat diterima ialah ayat-ayat yang betul dari aspek peraturan-peraturan tatabahasanya tetapi makna ayat tersebut tidak dapat diterima oleh masyarakat penuturnya. Pelajar-pelajar Iban kerap kali membuat ayat bahasa Melayu yang tidak dapat diterima maknanya. Contohnya,

i. Contoh Ayat Majmuk (Lampiran 1) Jika manusia tidak membaca buku manusia akan menjadi bodoh dan tidak pandai menulis.

Page 8: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

285

Ayat Tunggal. a. Jika manusia tidak membaca buku / manusia akan menjadi bodoh. (FN + FKet) b. Jika manusia tidak membaca buku / manusia akan tidak pandai menulis. (FN + FKet) ii. Contoh Ayat Majmuk (Lampiran 2) Buku ialah sejenis alat yang membuat penuntut berilmu dan pandai membaca. Ayat Tunggal

a. Buku / ialah sejenis alat yang membuat penuntut berilmu.

(FN + FKet)

b. Buku / ialah sejenis alat membuat penuntut pandai membaca.

(FN + FKet) Apabila dianalisis contoh ayat (i.a) dan ayat (ii.b)

dengan berdasarkan pola ayat dasar bahasa Melayu, ayat-ayat di atas adalah betul iaitu (FN + FKet). Sungguhpun ayat ini adalah gramatis dari aspek peraturan tatabahasanya tetapi ayat ini salah dari aspek maknanya atau tidak dapat diterima (plus gramatis / minus acceptable). Ayat-ayat ini tidak dapat diterima (minus acceptable) adalah disebabkan; Ayat (i)

a. Jika manusia tidak membaca buku / manusia akan menjadi bodoh.

b. Jika manusia tidak membaca buku / manusia akan tidak pandai menulis.

Adakah semua manusia yang tidak pandai membaca akan

menjadi bodoh? Walaupun manusia itu pandai membaca tidak semastinya mereka itu pintar ataupun pandai menulis.

Page 9: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

286

Masih terdapat di kalangan orang yang pandai membaca yang masih tidak dapat mengeja dengan betul.

Ayat (ii)

a. Buku / ialah sejenis alat yang membuat penuntut berilmu. b. Buku / ialah sejenis alat membuat penuntut pandai

membaca.

Adakah semua buku merupakan alat yang boleh membuat penuntut berilmu ? Di sini kita perlu mengenalpasti jenis buku, bahasa dan tulisan yang digunakan, isi kandungan dan sebagainya dalam buku yang di baca oleh penuntut. Sekiranya bahasa atau tulisan Jepun, pastinya isi kandungannya sukar untuk difahami pembaca yang tidak mahir menulis membaca atau menulis dalam bahasa Jepun. Maka penyataan dalam contoh ayat bahasa Melayu (ii.a) adalah salah dan tidak dapat diterima (minus acceptable).

Jika dianalisa contoh ayat bahasa Melayu (ii.b).

Bagaimanakah cara buku menjadi sejenis alat yang membuat penuntut pandai membaca? Oleh yang demikian, contoh ayat bahasa Melayu ini tidak dapat diterima (minus acceptable).

4.3 Ayat-ayat tidak gramatis dan dapat diterima. Ayat yang tidak gramatis dan dapat diterima ialah ayat yang salah sama ada ejaannya atau binaan ayat itu sendiri. Walau bagaimanapun ayat jenis ini dapat difahami makna ataupun maksudnya. Kesalahan ayat yang dibuat oleh pelajar adalah seperti contoh ayat di bawah;

i. Surat khabar ialah satu pembacaan yang baik bagi setiap golongan … (Lampiran 4)

Contoh ayat (i) di atas tidak gramatis dari aspek pola

ayat bahasa Melayu. Sungguhpun demikian, makna ayat tersebut dapat difahami iaitu, Surat khabar merupakan suatu bahan bacaan yang baik bagi setiap golongan … (-gramatis & + acceptable).

Page 10: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

287

4.4 Ayat-ayat tidak gramatis dan tidak dapat diterima. Ayat yang tidak gramatis dan tidak dapat diterima (- gramatis & - acceptable) adalah ayat yang salah dari segi tatabahasanya dan juga maknanya. Contoh-contoh ayat ini dapat dilihat seperti di bawah. Contoh ayat ;

i. Faedah membaca ini sangat kepentingan masa remaja. (Lampiran 1)

ii. Pembacaan mereka ialah buku atau novel. (Lampiran 4) iii. Faedah membaca buku seperti suratkhabar mempunyai

berita. (Lampiran 5) iv. Banyak remaja tidak tidak suka membaca buku kerana

buku membuat mereka sangat letih. (Lampiran 1). Contoh-contoh ayat i, ii, iii, iv. di atas adalah salah sama ada dari segi kegramatisannya ataupun dari segi maknanya.

4.5 Contoh-contoh ayat yang lain yang tidak dapat diterima (minus acceptable).

i. Kita hidup dalam dunia yang serba canggih. ii. Monyet semuanya jahat. iii. Remaja zaman sekarang semuanya pandai

membaca buku. iv. Burung sejenis haiwan yang pandai terbang. v. Televisyen dapat membantu kita menambahkan

ilmu pengetahuan. vi. Ikan air tawar boleh perolehi daripada sungai

Tutong. vii. Air kelapa dapat membersihkan kuman-kuman

dalam tubuh badan kita. viii. Semua doktor dapat mengubat orang sakit. ix. Guru dapat membantu pelajar mejawab soalan

peperiksaan dengan cemerlang.

Page 11: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

288

5.0 Kesimpulan. Sebagai kesimpulannya, kajian pembentangan ini diharap dapat menyedarkan guru-guru ataupun mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjadi guru bahasa Melayu. Apabila dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah akan timbul pengaruh bahasa lain yang pelajarnya bukan berbangsa Melayu.

Guru-guru perlu berusaha mencari penyelesaian dengan menekankan aspek linguistik seperti pembentukkan morfem dan pembinaan ayat bahasa Melayu yang betul serta ayat yang dibuat oleh pelajar itu dapat diterima dari segi semantiknya. ( +gramatis & + acceptable). Ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan pencapaian diri pelajar yang bukan berbangsa Melayu dalam menggunakan Bahasa Melayu Baku yang betul, baik dalam peringkat akademik mahupun sewaktu berkomunikasi. Bibliografi. Abdul Hamid Mahmood, Betulkan Kesalahan Bahasa Anda,

Ensimal (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1992. Asmah Haji Omar, Susur Galur Bahasa Melayu, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988. Kamarudin Hj. Husin, Perkaedahan Mengajar Bahasa,

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,1993. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurukulum Bersepadu

Sekolah Menengah, Bahasa Iban, Pusat Perkembangan Kurukulum, Malaysia. 2005.

Musa bin Daia, Kaedah Dan Teknik Pengajaran, Badan Bookstore Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1992

Nik Safiah Karim & Farid M. Onn & Hashim Hj. Musa, Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

___________________, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.

Ramli Md. Salleh, Kamus Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997.

Teuku Iskandar dan rakan-rakan, Kamus Dewan Edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005.

Page 12: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

289

Unit Pendidikan Khas, Ujian Saringan Bahasa Melayu F1, UPK Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. 2006.

Laman Web. http://www.brunet.bn/news/pelita/11okt/sasbuday.htm http://www.brunet.bn/news/pelita/19julai/sasbuday.htm

Page 13: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

290

Lampiran 1

Page 14: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

291

Lampiran 2

Page 15: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

292

Lampiran 3

Page 16: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

293

Lampiran 4

Page 17: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

294

Lampiran 5

Page 18: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

295

Lampiran 6

Page 19: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

296

Lampiran 7

Page 20: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

297

Lampiran 8

Page 21: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

298

Lampiran 9

STATISTIK PELAJAR IBAN DAN BUKAN IBAN BAGI MENENGAH BAWAH

MAKTAB ANTHONY ABELL, SERIA TAHUN 2006 Bilangan

Kelas Jumlah Pelajar

Berbangsa Iban

Jumlah Pelajar Bukan

Berbangsa Iban

Jumlah

MB 1A 1 22 23 MB 1B 2 22 24 MB 1C - 21 21 MB 1D 7 18 25 MB 1E 7 19 26 MB 1F 10 12 22 MB 1G 3 3 6

JUMLAH 30 117 147 PERATUS 20.41 79.59

MB 2A 1 20 21 MB 2B 1 25 26 MB 2C 7 18 25 MB 2D - 26 26 MB 2E 13 14 27 MB 2F 8 13 21 MB 2G 3 5 8

JUMLAH MB2

33 121 154

PERATUS 21.43 78.57

Page 22: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

299

MB 3A 1 19 20 MB 3B 7 22 29 MB 3C 4 22 26 MB 3D - 23 23 MB 3E 6 16 22 MB 3F 10 11 21 MB 3G - 3 3 MB 3H 4 18 22 MB 3R 4 12 16

JUMLAH 36 146 182 PERATUS 19.78 80.22

MB1 30 117 147 MB2 33 121 154 MB3 36 146 182

JUMLAH 99 384 483 PERATUS 20.50 79.50

Page 23: Kk19 v2 Tuah Dilang a5

PROSIDING SETALING II

300

Lampiran 10