sukar embawa tuah

30
Sukar membawa tuah

Upload: gay-retard

Post on 14-Jan-2017

44 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sukar embawa Tuah

Sukar membawa tuah

Page 2: Sukar embawa Tuah

PengenalanNovel Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula Masyarakat di situ tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Page 3: Sukar embawa Tuah

Sinopsis• Dalam diam-diam Adit menaruh impian

untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal  ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah. 

Page 4: Sukar embawa Tuah

•   Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama.  Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Page 5: Sukar embawa Tuah

• Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

Page 6: Sukar embawa Tuah

Plot dan teknik plot

Page 7: Sukar embawa Tuah

Permulaan• Adit, 10 tahun, anak lelaki Pak Katan, kanak-kanak orang Asli. Adit

anak yang patuh kepada ibu bapa dengan membantu mereka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang hidup miskin. Adit sudah menyiapkan tali sejak malam sebelumnya dan sanggup meredah hutan sendirian untuk melihat belat di sungai. Dalam usia semuda itu, Adit sangat cekap dan tangkas mengayuh sampan ke hilir. Adit juga mahir mencari damar di celah-celah daun kering. Adit juga sangat berpegang kepada janji kepada Tuk Batin Ahboi dengan tidak menjual ikan kepada orang lain. 

• Pak Katan juga bijak merancang pekerjaan dengan mengasah parang hingga tajam sebelum turun ke hutan. Walaupun sudah berusia, Pak Katan masih bertenaga untuk kerja hutan. Pak Katan berjalan pantas hingga Adit tercungap-cungap mengekorinya. 

• Mak Tawi pula ibu yang penyayang dan prihatin. Dia menegur perbuatan Adit yang tergesa-gesa minum kopi panas. Mak Tawi cekap menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.

Page 8: Sukar embawa Tuah

Perkembangan• Adit berbeza pendapat dengan pak Katan dari segi impian

kehidupan. Adit menyatakan keinginannya untuk bersekolah seperti Akeh, rakan karibnya. Pak Katan pula seperti penduduk kampung orang Asli yang lain tidak menaruh impian besar, melainkan berterung hidup dalam persekitaran leluhur (turun-temurun) mereka di hutan yang terasing daripada dunia luar. Dalam diam, Pak Katan akur akan hasrat Adit, lalu ke pekan untuk menguruskan pendaftaran persekolahan Adit. Mak Tawi pula masih bersikap konservatif dan pesimis. 

• Tijah, 13 tahun, anak Tuk Batin memberi sokongan penuh kepada Adit untuk menggapai cita-citanya. Dia sanggup mendengar luahan perasaan Adit dan menunggu sehingga Adit selesai mandi di sungai.

Page 9: Sukar embawa Tuah

Konflik• Masalah timbul apabila Adit tidak mendapat

tempat tinggal di asrama. Adit juga harus mula belajar dalam darjah satu, berbanding dengan Akeh yang sudah masuk darjah enam. Impian Adit seperti sudah berkecai.

Page 10: Sukar embawa Tuah

Klimaks• Mujur Ah Tong, penyelia pembalakan sanggup

menumpangkan Adit ke sekolah, sambil Pak Atan, pemandu lori balak sudi mengambil Adit pulang. Pada suatu hari, Adit tidak pulang-pulang ke rumah sedangkan, hari sudah merangkak malam. Gerak hati (sixth sense) Mak Tawi nyata tepat bahawa Adit terbabit dengan kemalangan hingga mengalami kecederaan parah. Gerakan mencari yang diselaraskan oleh Tuk Batin akhir menemui Adit mengerang kesakitan di sebelah mayat Ah Tong di dalam gaung. Adit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dan berada di hospital selama dua bulan sebelum disahkan pulih. Kaki Adit berubah tempang.

Page 11: Sukar embawa Tuah

Peleraian• Adit murid yang pintar. Dalam tempoh yang

singkat, Adit boleh membaca, menulis dan mengira dengan cekap. Dia mendapat tempat pertama dan dibenarkan melompat kelas. Akhirnya, Adit memperoleh 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit memilih untuk kekal di sekolah harian. Adit menjadi ikutan dan dorongan kepada kanak-kanak orang Asli di kampungnya untuk turut bersekolah.

Page 12: Sukar embawa Tuah

Tema• Tema novel ini ialah tentang kegigihan

remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan.  Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalah hal ini, Adit berpendapat  bahawa sekolah tempat  tidak penting,  bagi Adit asalkan  seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.

Page 13: Sukar embawa Tuah

Persoalan• Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar

Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya  kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.

• Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran.  Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak.  Sumber air mereka ialah dari sungai.

Page 14: Sukar embawa Tuah

• Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan  Adit pergi  ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.

• Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.  Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.

Page 15: Sukar embawa Tuah

Watak perwatakan

Page 16: Sukar embawa Tuah

Adit

•Watak utama dalam novel sukar membawa tuah.• Anak sulong Pak Katan dan Mak Tawi.• Berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan.

Page 17: Sukar embawa Tuah

PerwatakanRingan tulang• Pada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari

hasil hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang dipasang untuk mendapatan ikan.

Bercita-cita tinggi• Adit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya

dan masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti dilakukan adalah dengan menuntut ilmu.

Berani• Adit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungi

seorang diri untuk belat yang dipasang

Page 18: Sukar embawa Tuah

Pak Katan• Watak sampingan dalam

novel sukar membawa tuah.• Ayah keapda Adit dan suami

kepada Mak Tawi• Orang Asli berketurunan Jahut

yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan Bukit Lokan.

Page 19: Sukar embawa Tuah

PerwatakanBerani• Pak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama

anaknya Adit untuk mencari dammar,gaharu dan rotan.

Prihatin• Pak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup

berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah walaupun sudah lewat.

Penyayang• Pak Katan sangat sayang akan anaknya,Adit. Dia sanggup

mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama dua bulan.

Page 20: Sukar embawa Tuah

Ah Tong • Watak Sampingan dalam novel sukar

membawa tuah• Berbangsa Cina• Bekerja sebagai penyelia pekerja balak• Meninggal dunia dalam suatu

kemalangan, iaitu apabila kenderaanya terbabas ke dalam gaung

Page 21: Sukar embawa Tuah

PerwatakanPrihatin• Mengambil berat tentang masalah persekolahan Adit dan

mengemukakan cadangan untuk membantunya menyelesaikan masalah pengangkutan.

Baik hati• Menumpangkan Adit ke sekolah pada waktu subuh dalam

perjalanannya ke pekan untuk mengisi minyak

Hormat menghormati• Percakapannya dapat menggambarkan bahawa seorang yang

menghormati orang lain

Page 22: Sukar embawa Tuah

Tok Batin Ahboi• Ketua komuniti masyarakat

Orang Asli di Kampung Bakai.• Berusia 75• Merupakan lelaki yang paling tua di

kampung itu.• Mempunyai pengalaman hidup yang

lebih luas berbanding ahli-ahli sukunya yang lain.

Page 23: Sukar embawa Tuah

PerwatakanBerwibawa• Nasihat dan pandangannya diterima oleh penduduk kampung.

Arahannya untuk mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah dipatuhi oleh anak-anak buahnya

Prihatin• Memberikan bantuan kepada keluarga Pak Katan sepanjang

Pak Katan dan Mak Tawi berada di hospital kerana menjada Adit

Page 24: Sukar embawa Tuah

Latar masyarakat

• Masyarakat orang Asli:  keluarga Adit tinggal jauh di dalam hutan.

• Masyarakat pekerja balak:  Ah Tong, Rak Atan dan rakan-rakan tinggal di rumah kongsi dan sentiasa mesra dengan penduduk tempatan.

• Masyarakat yang sabar : Pak Katan dan Mak Tawi bersabar apabila Adit terlibat dalam kemalangan.

• Masyarakat yang penyayang: Penduduk kampung mencari Adit dalam hutan

• Masyarakat yang peka: Memberi bantuan kepada keluarga Pak Katan

Page 25: Sukar embawa Tuah

Latar tempat

• Bukit Lokan atau Kampung Bakai:  petempatan orang Asli suku Jahut

• Di tengah hutan:  tempat Adit dan Pak Katan mencari damar, gaharu dan rotan

• Sekolah atau pekan:  tempat Adit berulang-alik empat jam sehari untuk belajar

• Hospital:  tempat Adit menerima rawatan setelah terbabit dengan kemalangan ngeri

• Rumah Tuk Batin: tempat masyarakat setempat mengadu hal

Page 26: Sukar embawa Tuah

Latar masa

Awal pagi:• Adit bersedia menemani bapa ke hutan, bersiap

ke sekolah dan mandi dalam sungai.Sesi persekolahan pagi: • Adit berjumpa semula dengan Akeh menerusi

pertolongan Pak Kassim.Tengah hari:• Adit menumpang lori balak yang dipandu oleh

Pak Atan yang peramah

Page 27: Sukar embawa Tuah

Malam: • Hujan turun mencurah-curah. Atap

rumah Adit ditampal dengan kain guni. Tanpa diduga rusa menyerah diri.

• Gerakan mencari Adit dilancarkan oleh Tuk Batin dengan kerjasama seluruh penduduk kampung

Enam tahun berselang:• Adit berjaya mencatat keputusan 3A

dalam UPSR

Page 28: Sukar embawa Tuah

Nilai • Nilai bertanggungjawab ada pada Pak Katan kerana

selaku ketua keluarga beliau menjalankan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarganya.

• Nilai kerajinan ada pada Adit kerana beliau tidak pernah sekali pun tidak hadir ke sekolah.

• Nilai keberanian ditunjukkan oleh Adit yang langsung tidak merasa takut atau geli semasa

   digigit oleh pacat.• Nilai kegigihan ada dalam diri Adit yang sanggup

berulang alik dari rumah ke sekolah   walaupun terpaksa menaiki jip dan lori balak.• Mak Tawi menunjukkan nilai kasih sayang kepada Adit

dengan menyediakan makanan setiap pagi sebelum dia pergi ke sekolah.

Page 29: Sukar embawa Tuah

Pengajaran

• Kita hendaklah bertanggungjawab menyara dan menjaga keselamatan keluarga .

• Kita hendaklah berusaha mengubah keadaan hidup diri,keluarga dan masyarakat kepada yang lebih baik.

• Kita hendaklah tabah dalam menempuh pelbagai kesusahan.

• Kita janganlah cepat berputus asa.• Kita hendaklah sanggup berkorban untuk

masa depan yang selesa.

Page 30: Sukar embawa Tuah

Soalan• Berikan 2 contoh perwatakan

Pak katan dan huraikan• Berikan 3 latar masyarakat

yang terdapat dalam novel sukar membawa tuah• Berikan satu peristiwa yang

berlaku pada waktu malam dalam novel sukar membawa tuah.