201127 v2 uni235 ar e-version a5 2020 bm

8
© UNICEF Malaysia/2020 BAYANGKAN dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak Pada tahun 2019, UNICEF telah mencapai prestasi yang signifikasi dalam membantu berjuta-juta kanak-kanak. Kami dengan sukacita ingin berkongsi pencapaian ini di dalam laporan tahunan di halaman seterusnya. Sudah pasti kami tidak dapat melakukannya tanpa sokongan anda. Pandemik COVID-19 yang menular semakin pantas ketika ini mengingatkan kita bahawa masyarakat yang mempunyai sokongan kukuh dari segi kesihatan, pendidikan, perlindungan, nutrisi, air dan sistem sanitasi akan mampu menangani krisis ini dengan lebih baik. Kami akan terus berusaha untuk menyelamatkan nyawa setiap kanak-kanak dan berharap agar anda terus menyokong setiap langkah kami. Sumbangan anda membolehkan kami menghasilkan pemikiran baru untuk membina semula dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak. #KeepItLit untuk setiap kanak-kanak Laporan Tahunan

Upload: others

Post on 15-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

© UNICEF Malaysia/2020

BAYANGKANdunia yang lebih baik untuk kanak-kanak

Pada tahun 2019, UNICEF telah mencapai prestasi yang signifikasi dalam membantu berjuta-juta kanak-kanak. Kami dengan sukacita ingin berkongsi pencapaian ini di dalam laporan tahunan di halaman seterusnya. Sudah pasti kami tidak dapat melakukannya tanpa sokongan anda. Pandemik COVID-19 yang menular semakin pantas ketika ini mengingatkan kita bahawa masyarakat yang mempunyai sokongan kukuh dari segi kesihatan, pendidikan, perlindungan, nutrisi, air dan sistem sanitasi akan mampu menangani krisis ini dengan lebih baik.

Kami akan terus berusaha untuk menyelamatkan nyawa setiap kanak-kanak dan berharap agar anda terus menyokong setiap langkah kami. Sumbangan anda membolehkan kami menghasilkan pemikiran baru untuk membina semula dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak.

#KeepItLit untuk setiap kanak-kanak

Laporan Tahunan

Page 2: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

Sokongan anda akan terus menyemarakkan impian anak-anak

Bantuan Bekalan Kehidupan untuk Kanak-kanakPada tahun 2019, UNICEF telah membuat perolehan untuk bekalan dan perkhidmatan

bernilai lebih dari $2.634 bilion untuk kanak-kanak di 150 buah negara dan kawasan terlibat.

Vaksin / PerubatanUSD1.656 bilion

Perkhidmatan Farmasi

USD126.9 juta

Penyimpanan dan Pengedaran untuk Vaksin

USD85 juta

Bekalan Air dan SanitasiUSD99 juta

Bekalan dan Alatan Perubatan

USD112.8 juta

Bekalan NutrisiUSD180.6 juta

Bekalan Peralatan Pembelajaran

USD40.9 juta

KelambuUSD94.1 juta

Mengekalkan Sumber Kewangan untuk Kanak-kanakdi Peringkat Global

Sumber: Laporan Pembekalan UNICEF 2019, mukasurat 54 - 55

USD 1,020 juta

USD 258.7juta

20%

80%

• Keberkesanan Pembangunan (55%)

• Pengurusan (36%)

• Pelaburan Kapital (5%)

• Kooperasi Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (4%)

Kesihatan dan NutrisiUSD 379.1 juta37%

PendidikanUSD 165.4 juta

16%

Perlindungan Kanak-kanakUSD 178.3 juta17%

Akses kepada Air, Sanitasidan Kebersihan (WASH)USD 175.4 juta

17%

Hak Kanak-kanak dan Penyertaan SosialUSD 122 juta

12%

ProgramPerbelanjaan

mengikut Bidang

Tumpuan

Sumber: Laporan Sumber Tetap UNICEF 2019, mukasurat 38 - 40

Perbelanjaan Keseluruhan

UNICEF

USD 1,278.7juta

Page 3: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

UNICEF Malaysia terus memperjuangkan langkah menentang buli dan keganasan di sekolah. Kempen #StandTogether yang diperluas ke seluruh negara, dengan sokongan duta selebriti dan anggota Parlimen, memberi latihan kepada 750 guru dan 2,250 pelajar. Pada tahun 2019, kempen ini juga diperluas untuk mencapai kanak-kanak kurang upaya, termasuk anak orang asli dan kanak-kanak yang terjejas akibat penghijrahan.

Perlindungan Kanak-kanak, UNICEF Malaysia

#StandTogether untuk Memerangi Buli

© UNICEF/UN0331122/Mahfof

3 dari 10 anak muda telah mengalami buli dalam talian(tinjauan U-laporan 2019)

71% kanak-kanak berumur 1-14 tahun mengalami disiplin yang keras(UNICEF, 2017)

25.3% remaja diserang secara fizikal (UNICEF, 2017)

Perkahwinan kanak-kanak bawah umur tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merampas hak-hak dan masa depan mereka. Pada tahun 2019, UNICEF bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi lain untuk menyokong advokasi dan dialog untuk mengakhiri perkahwinan kanak-kanak bawah umur, di mana Kerajaan mengutamakan penyusunan Pelan Tindakan Nasional bagi mengakhiri Perkahwinan Kanak-kanak Bawah Umur. UNICEF juga memberikan input teknikal kepada Kerajaan mengenai Pendidikan Seksualiti Komprehensif, dengan tujuan untuk menangani kehamilan remaja.

Perlindungan Kanak-kanak, UNICEF Malaysia

Ke Arah Menamatkan Perkahwinan Kanak-kanak

© U

NIC

EF

Mal

aysi

a/20

20/Z

oë G

an

Page 4: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

Kanak-kanak tidak dapat menerima pendidikan apabila terdapat halangan seperti kemiskinan, norma jantina, kecacatan dan tanpa dokumen. Pada tahun 2019, UNICEF Malaysia menyokong Kementerian Pendidikan dalam mengembangkan sistem data amaran awal untuk mengelakkan kanak-kanak berhenti persekolahan. UNICEF juga memberikan cadangan teknikal kepada Kementerian mengenai Dasar Penolakan Sifar yang memberi akses bagi kanak-kanak tanpa dokumen dalam kewarganegaraan serta kanak-kanak kurang upaya masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan.

Pendidikan, UNICEF Malaysia

Menjamin Pendidikan untuk Semua

© UNICEF/UN0247947/Noorani

Kebantutan, pembaziran dan kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah masalah kesihatan awam yang menjadi kebimbangan umum di Malaysia. UNICEF telah menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan penyelidikan mengenai kekurangan zat makanan pada kanak-kanak dan pengenalan cukai eksais bagi minuman bergula - Sugar Sweetened Beverages (SSB). Penyelidikan mengenai cukai SSB membolehkan perbincangan mengenai program Sarapan Sekolah Sihat yang baru dilaksanakan bagi meningkatkan nutrisi dan kesihatan semua kanak-kanak di Malaysia.

Kesihatan & Nutrisi, UNICEF Malaysia

Pemakanan yang Lebih Baik untuk Kanak-kanak

Masalah bantut di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang berumur 0-5 tahun

adalah 21.8%(NHMS, 2019)

Pembaziran di kalangan kanak-kanak di Malaysia mencapai

11.5% (SOWC, 2019)

29.8% kanak-kanak berumur 5-17 tahun di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan (15.0%) dan mengalami obesiti (14.8%)(NHMS, 2019)

© UNICEF/UN0247740/Noorani

Page 5: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

Pada tahun 2019, UNICEF Malaysia terus menyokong rakan-rakannya dalam menggabungkan strategi Komunikasi untuk Pembangunan ke dalam program dan intervensi mereka untuk kanak-kanak. Unit Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah-UNICEF C4D ditubuhkan untuk memperkukuhkan keupayaan tempatan bagi membolehkan negeri ini melaksanakan strategi penyelesaian masalah kanak-kanak. UNICEF Malaysia juga melatih 41 orang peserta dari tujuh Kementerian Wilayah Persekutuan, ahli-ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan mengenai C4D dan memberikan sokongan teknikal mengenai isu-isu perkahwinan anak bawah umur dan nutrisi.

Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat hak dan peluang yang sama rata tanpa mengira kemampuan. Sukan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk memperjuangkan hak inklusif. Oleh itu, melalui UNICEF Borneo Marathon, kami mengalu-alukan kanak-kanak dengan dan tanpa kecacatan untuk turut sama mengambil bahagian setiap tahun bersama dengan keluarga kerana mereka mempunyai hak untuk mengambil bahagian. Pada tahun 2019, maraton ini mempromosikan tabiat pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak dan remaja dengan tema #KurangManis kerana #ImSweetEnough.

Komunikasi untuk Pembangunan (C4D), UNICEF Malaysia

Membina Perkongsian Strategik

Kanak-kanak Kurang Upaya, UNICEF Malaysia

Mengubah Kurang Upaya kepada #ThisAbility

Terima kasih kerana mengekalkan impian kanak-kanak

© UNICEF Malaysia/2019

© UNICEF/UN068392/Ho

Page 6: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

Pada tahun 2019, konflik yang berpanjangan dan keganasan menyebabkan keperluan kemanusiaan yang serius. Konflik lima tahun di Yaman terus menimbulkan pelbagai

Kecemasan

Yaman

© UNICEF/UNI349181/Fahdl

ancaman kepada kanak-kanak. UNICEF memberi tumpuan kepada tiga bidang intervensi utama di Yaman: meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan primer, mencegah dan bertindak balas terhadap wabak penyakit, serta memelihara dan menguatkan sistem kesihatan. Kesannya, berjuta-juta kanak-kanak mendapat vaksin dan rawatan terhadap penyakit kanak-kanak, dan hampir satu juta wanita mendapat rawatan ibu dan anak.

Air, kebersihan dan sanitasi yang buruk memberi kesan serius terhadap kehidupan anak-anak. Ia juga mempengaruhi akses kepada pendidikan, menyebabkan penyakit berjangkit dan merosakan sistem kesihatan. Pada tahun 2019, berjuta-juta kanak-kanak dan keluarga telah mendapat akses kepada air dan sanitasi yang selamat. UNICEF telah memberikan sokongan secara lansung dalam membangunkan keupayaan tempatan dalam berinovasi dan meningkatkan perkhidmatan, dan usaha untuk meningkatkan sanitasi seperti yang dirangka di dalam Pelan Tindakan UNICEF untuk menghentikan pembuangan air besar secara terbuka.

Program WASH Global

Akses kepada Air, Meningkatkan Sanitasi dan Kebersihan

© UNICEF/UNI346491/Panjwani

39.1 juta orang di 64 buah negara mempunyai akses kepada air(Laporan Tahunan UNICEF, 2019)

9.3 juta orang di 50 buah negara mendapat perkhidmatan sanitasi(Laporan Tahunan UNICEF, 2019)

1 juta gadis dan wanita mendapat perkhidmatan kesihatan dan bekalan untuk penjagaan kebersihan diri ketika haid.(Laporan Tahunan UNICEF, 2019)

Dalam konteks kecemasan, UNICEF mencapai:

Page 7: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

Kejayaan Utama di Peringkat GlobalPada tahun 2019, UNICEF memberikan sokongan untuk:

Bantuan kemanusiaan kepada 281 kecemasan di 96 buah negara.

Pembelajaran awal, pendidikan rendah dan menengah untuk

17 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah; dan program pengembangan kemahiran untuk 4 juta kanak-kanak dan orang muda.

Memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan kebersihan haid, termasuk bantuan terus kepada 20,495 buah sekolah di 49 buah negara.

Program pemindahan wang tunai yang membantu 51 juta kanak-kanak, termasuk 8.5 juta dalam keadaan kecemasan.

Penjagaan dan campur tangan untuk mencegah perkahwinan kanak-kanak bawah umur bagi 5.7 juta gadis remaja.

Akses kepada air minuman yang selamat untuk 18.3 juta orang dan perkhidmatan sanitasi asas untuk lebih 15.5 juta orang.

Lebih daripada 21 juta pendaftaran kelahiran di 47 buah negara.

Kelahiran selamat untuk hampir 28 juta bayidi kemudahan kesihatan.

Perkhidmatan untuk 307 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun untuk mencegah kekurangan zat makanan.

Rawatan untuk kekurangan zat makanan akut yang teruk untuk 4.1 juta kanak-kanak dalam kecemasan.

Page 8: 201127 V2 UNI235 AR E-Version A5 2020 BM

DERMA SEKARANGUntuk setiap anak Tak kira siapa pun dia.Di mana sahaja dia tinggal.Dia berhak mendapat zaman kanak-kanak. Masa depan.Dan peluang yang adil.Inilah sebab UNICEF ada di sini. Untuk setiap anak.Bekerja tanpa lelah.Di lebih dari 190 buah negara dan wilayah.Mencapai apa yang paling sukar untuk dicapai.Yang paling jauh dari bantuan.Tidak ada yang terkecuali.Kerana itulah kami kekal hingga ke penghujungnya.Dan kami tidak akan berputus asa.

United Nations Children's Fund

Menara PJH, Level 10, No. 2Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 262100 Putrajaya, MALAYSIA

Donor Hotline: 1300 300 010Fax: (+603) 2093 8562

[email protected]

unicef.malaysia

unicef.org/malaysia

myunicef

unicefmalaysia

malaysia.report.in/v2