kk moral uniten
DESCRIPTION
kaunselingTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLET39200 RINGLET
KERTAS KERJAPROGRAM SEMAI BAKTI
ANTARA PELAJAR UNIVERSITI TENAGA NASIONAL&
PELAJAR SMK RINGLETTAHUN 2015
TEMPAT:
DEWAN KEJURUTERAAN SMK RINGLET
HARI / TARIKH:4 APRIL 2015
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING &PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SMK RINGLET
1.0 PENGENALAN
Program ini merupakan program anjuran Panitia Pendidikan Moral Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet dengan kerjasama Pelajar Universiti Tenaga Nasional(Uniten).
2.0 RASIONAL
Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran kerja-kerja sosial dan kerja amal di samping berinteraksi dengan insan-insan yang berjaya ke menara gading .
3.0 MATLAMAT
Menimbulkan semangat bekerjasama dan saling bantu membantu untuk menjaga kesejahteraan masyarakat setempat. Di samping itu pelajar juga mendapat inspirasi apabila dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang berjaya.
4.0 OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada pelajar yang terlibat tentang penggunaan masa yang betul.
2. Menyediakan pelajar dengan kemahiran membuat kerja amal dan kerja sosial.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu.4. Menimbulkan semangat untuk terus maju.
5.0 PESERTA / SASARAN
Peserta-peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1,2 & 3 seramai 50 pelajar.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pengetua En Tafri Bin Mohd. Amin
Naib Pengerusi : GPK HEM En Kanayasan A/L Arumugam
Setiausaha : Pn Athiletchimi A/P Sinasamy Ketua Panitia Pendidikan Moral
AJK : Guru-guru Pendidikan Moral
7.0 KOS PROGRAM
Perbelanjaan Program Minuman
3 kotak X RM 8.00 RM 24.00
Makanan (50 PELAJAR x RM 6.00) RM 300.00
JUMLAH RM 324.00
Pembiayaan Kos : Makanan Pelajar - Peruntukan Panitia Pendidikan Moral
8.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 4 April 2015Masa : 7.30 hingga 4.00 petangHari : SabtuTempat : Bilik Kejuruteraan
9.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pg -Pendaftaran pelajar8.30 pg -Sesi Ice Breaking9.00 pg -LDK 1 10.30 pg -Minum Pagi11.00 pg -Kerja Amal Melukis Mural & Aktiviti Gotong Royong1.00 t.hari -Makan tengahari2.15 ptg -Eksplorace4.30 ptg -Penyampaian Sijil5.00 ptg -Minum Petang & Bersurai
PELAKSANAAN
Program ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan bengkel yang akan dikendalikan oleh tenaga / fasilitator pelajar siswazah Universiti Tenaga Nasional g yang mempunyai pengalaman dalam program-program motivasi dan pembengkelan.
PENUTUP
Diharap dengan terlaksananya program ini, akan memberi banyak faedah kepada pelajar-pelajar sebagai persediaan minda untuk terus maju dalam bidang sosial dan akademik.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
________________________ _____________________,
Diluluskan oleh,
________________________