kiosk kbat 29 sept 2015

2
Sesungguhnya program Kiosk KBAT yang telah dilaksanakan pada 29 September 2015 sama sekali memberi pengalaman serta pendedahan kepada pelajar guru akan kepentingan pembinaan bahan bantu mengajar. Hal ini benar kerana penghasilan bahan bantu mengajar oleh guru mampu memotivasikan para pelajar untuk untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru semasa proses P&P dengan lebih aktif. Hal ini kerana variasi sumber pengajaran yang diperkenalkan oleh guru mampu menimbulkan keterujaan pelajar terhadap P&P. Hasilnya guru berjaya menarik menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang topik yang bakal diajarkan oleh guru. Selain itu bahan bantu mengajar yang menarik mampu merangsang minda pelajar untuk menghubungkaitkan sesuatu konsep dengan topik yang akan diajar oleh guru. Perkaitan konsep tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Hal ini jelas sekali mampu meningkatkan kefahaman pelajar akan topik yang diajarkan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud oleh guru memenuhi keperluan pelajar khasnya kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun kerana pada fasa tersebut pelajar lebih cenderung dan berupaya untuk memahami sesuatu konsep secara konkrit berbanding konsep yang diperkenalkan secara abstrak. Pameran bahan bantu mengajar di Kiosk KBAT 29 September 2015 sama sekali memberi peluang kepada pelajar guru untuk berbincang dan bertukar- tukar pendapat mengenai ciri, kesesuaian, serta aspek-aspek lain yang berkaitan tentang pembinaan bantu mengajar yang menarik. Program ini menjadi medan ilmu yang membuka minda pelajar guru untuk menghasilkan lebih banyak inovasi

Upload: aliah-rushdi

Post on 10-Feb-2016

235 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan pembelajaran kbat

TRANSCRIPT

Page 1: Kiosk Kbat 29 Sept 2015

Sesungguhnya program Kiosk KBAT yang telah dilaksanakan pada 29

September 2015 sama sekali memberi pengalaman serta pendedahan kepada

pelajar guru akan kepentingan pembinaan bahan bantu mengajar. Hal ini benar

kerana penghasilan bahan bantu mengajar oleh guru mampu memotivasikan para

pelajar untuk untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru

semasa proses P&P dengan lebih aktif. Hal ini kerana variasi sumber pengajaran

yang diperkenalkan oleh guru mampu menimbulkan keterujaan pelajar terhadap

P&P. Hasilnya guru berjaya menarik menarik minat pelajar untuk mengetahui

tentang topik yang bakal diajarkan oleh guru. Selain itu bahan bantu mengajar yang

menarik mampu merangsang minda pelajar untuk menghubungkaitkan sesuatu

konsep dengan topik yang akan diajar oleh guru. Perkaitan konsep tersebut

sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Hal ini

jelas sekali mampu meningkatkan kefahaman pelajar akan topik yang diajarkan oleh

guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud oleh guru memenuhi

keperluan pelajar khasnya kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun kerana

pada fasa tersebut pelajar lebih cenderung dan berupaya untuk memahami sesuatu

konsep secara konkrit berbanding konsep yang diperkenalkan secara abstrak.

Pameran bahan bantu mengajar di Kiosk KBAT 29 September 2015 sama sekali

memberi peluang kepada pelajar guru untuk berbincang dan bertukar-tukar

pendapat mengenai ciri, kesesuaian, serta aspek-aspek lain yang berkaitan tentang

pembinaan bantu mengajar yang menarik. Program ini menjadi medan ilmu yang

membuka minda pelajar guru untuk menghasilkan lebih banyak inovasi

pembelajaran yang bakal melonjakkan tahap pencapaian murid dalam subjek-subjek

yang diajarkan di sekolah.

Antara bahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza daripada bahan

bantu mengajar yang biasa dihasilkan oleh pelajar guru ialah kiub peta dunia yang

dihasilkan oleh pelajar dari PISMP Ambilan 2013 Sejarah. Kiub mudah alih yang

dihasilkan memberikan gambaran yang jelas akan perubahan dan pergerakan kerak

bumi yang akhirnya membentuk benua dan kepulauan-kepulauan kecil. Selain

penggunaan bahan yang tidak menelan kos yang tinggi, kiub tersebut juga mudah

untuk dikendalikan oleh guru dan pelajar. Hal ini memberi suatu pengalaman baru

kerana inovasi tersebut mampu diadaptasikan oleh pelajar guru untuk mengajarkan

Page 2: Kiosk Kbat 29 Sept 2015

topik-topik yang melibatkan sesuatu penerangan tentang sesuatu langkah atau

proses.