teks ucapan ybhg. dato’ abdul...

43
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Upload: dangnga

Post on 18-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

2

MAJLIS PERASMIAN KIOSK KOPERASI

SEKOLAH (COOP NIAGA) SMK KAMIL

BERHAD

23 SEPTEMBER 2018 (AHAD)

9.00 PAGI

3

DEWAN AL-RAZI, SMK KAMIL, PASIR

PUTEH, KELANTAN

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Taala Wabarakatuh dan salam

Sejahtera

4

Terima Kasih Pengacara Majlis

[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA

PROGRAM]

1. Terlebih dahulu, marilah kita

memanjatkan rasa syukur ke hadrat

5

ALLAH S.W.T kerana dengan rahmat

dan keizinan-Nya, kita diberi

peluang untuk berhimpun pada hari

ini, bagi menyempurnakan

Perasmian Kiosk Koperasi SMK Kamil

Pasir Puteh Bhd.

6

2. Saya mengucapkan tahniah

kepada barisan kepimpinan ALK

koperasi SMK Kamil Pasir Puteh Bhd

yang telah membawa koperasi ke

arah kemajuan dan

kecemerlangan.

7

3. Saya juga mengucapkan terima

kasih kepada barisan kepimpinan

koperasi yang telah menjemput dan

memberi peluang kepada saya

untuk hadir dan menyampaikan

sepatah dua kata dalam majlis yang

bermakna ini.

8

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

4. Statistik koperasi sekolah yang

dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM) setakat 30 Jun 2017

berjumlah :

9

Bil

Koperasi

Bil

Anggota

Jumlah

Syer

Aset Perolehan

2,338

buah

1.925

juta

orang

RM18.989

juta

RM315.091

juta

RM264.324

juta

10

5. Dalam hal pembangunan

koperasi sekolah, ANGKASA sangat

mengambil berat kerana telah diberi

kepercayaan penuh

membangunkan gerakan ini oleh

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM). Pembangunan termasuklah

11

juga membantu membangunkan

perniagaan koperasi selaras dengan

tanggungjawab yang diamanahkan

dalam Deklarasi Putrajaya yang

mengskopkan pembangunan

perniagaan koperasi di bawah

tanggungjawab ANGKASA

12

manakala tanggungjawab

pendidikan koperasi dewasa

diserahkan kepada Maktab

Koperasi Malaysia.

6. Selaras peranan ini, ANGKASA

memfokuskan untuk membantu

13

membangunkan dan

mengembangkan perniagaan

koperasi sekolah dalam usaha untuk

melonjakkan pendapatan koperasi

supaya turut memberi sumbangan

berkesan kepada pendapatan

negara yang mensasarkan sektor

14

koperasi menyumbang RM50 bilion

menjelang 2020. Dalam hal ini,

gerakan koperasi sekolah

mempunyai tanggungjawab yang

sama dengan koperasi dewasa

merealisasikan hasrat ini.

15

7. ANGKASA berhasrat untuk

melahirkan lebih banyak koperasi

sekolah yang dapat menjana

pendapatan melebihi RM 1 juta.

Bagi tujuan ini, ANGKASA

menyediakan pelbagai peluang

seperti kepakaran, kursus dan latihan

16

serta pelbagai lagi bagi memastikan

tiada satu pun ahli ANGKASA

terlepas peluang ini.

Hasrat ini tidak mustahil kerana telah

ada beberapa sekolah yang telah

berjaya mencapai pendapatan

17

yang tinggi melalui koperasi mereka

seperti MRSM Kepala Batas Berhad,

MRSM Kubang Pasu Berhad, Kolej

Vokasional Tanah Merah Berhad,

MRSM Taiping Berhad, MRSM Batu

Pahat Berhad dan SMK Kota

18

perolehan menghampiri sejuta

(RM900,000 lebih).

8. Ke arah itu, ANGKASA berusaha

memperkasakan perniagaan kiosk

kepada koperasi-koperasi sekolah,

yang kini telah menunjukkan

19

pencapaian membanggakan sejak

dilancarkan pada 2016. Kini 100

kiosk telah berjaya dilaksanakan

koperasi sekolah di bawah

bimbingan dan tunjuk ajar

ANGKASA dengan Koperasi SMK (P)

Pasir Mas, Kelantan yang tertinggi

20

dengan 10 kiosk, diikuti Koperasi

SMK Kota dengan 5 kiosk. Sekarang

ini, terdapat 20 kiosk dalam proses

pelaksanaan. Pada tahun 2017

sahaja, 28 kiosk telah dirasmikan

yang melibatkan 9 buah koperasi

sekolah.

21

9. Sejak dilaksanakan, konsep

perniagaan kiosk yang ditawarkan

ANGKASA mendapat sambutan

menggalakkan daripada koperasi-

koperasi sekolah yang ingin

meningkatkan perolehan dan

mempelbagaikan aktiviti.

22

Penganjuran bengkel juga

mendapat kerjasama Kementerian

Pendidikan Malaysia melalui

Jabatan Pendidikan Negeri. Kini,

ANGKASA dalam usaha

menstandardkan kiosk di bawah

23

bimbingan ANGKASA di bawah satu

label/jenama COOP NIAGA.

10. Semua koperasi yang

berminat dan mampu dari segi

kewangan (perolehan RM300 000

dan ke atas) dengan keuntungan

24

bersih tahunan melebihi RM20,000

boleh mendapatkan bimbingan

ANGKASA untuk menceburi

perniagaan ini. Melalui Bengkel

Pembangunan Perniagaan Kiosk

Koperasi Sekolah yang diadakan

selama 3 hari 2 malam yang

25

melibatkan KPM, SKM, ANGKASA,

Bank Rakyat dan KOPSYA. Saya

menyeru semua koperasi sekolah

merebut peluang ini, menceburi

perniagaan kiosk di bawah

bimbingan ANGKASA.

26

11. Walaupun fokus utama

pembangunan koperasi sekolah

lebih kepada perniagaan,

ANGKASA percaya melalui kejayaan

perniagaan koperasi dengan

sendirinya pendidikan dan

pembelajaran akan dapat

27

diperolehi dengan jayanya oleh

pelajar-pelajar. Ia umpama

serampang tiga mata yang saling

bertimbal balik – pendidikan ahli, ahli

berilmu akan mengembangkan

koperasi dan seterusnya akan

mengembangkan perniagaan

28

koperasi. Begitulah sebaliknya jika

perniagaan koperasi sekolah

berjaya, banyak yang boleh

dilakukan koperasi untuk kebaikan

ahli-ahli dan komuniti.

29

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

12. Koperasi sekolah telah

mencipta sejarah sendiri bukan

sahaja di persada dunia, sebagai

antara yang terbaik tetapi diakui

tempat terbaik untuk membina

30

kemahiran dan keusahawanan

dalam kalangan generasi muda. Di

luar negara, koperasi menjadi pilihan

untuk pelajar-pelajar membuat

latihan praktikal/industri dan

menimba pengalaman bekerja.

Contohnya di Ontario, Kanada -

31

kajian yang dijalankan pergerakan

koperasi di negara itu,

mengesahkan keberkesanan

program latihan mereka.

Hampir 60 peratus daripada pelatih

mendapat pekerjaan sepenuh masa

32

atau kontrak dengan koperasi

selepas selesai 26 minggu latihan.

Di Itali, satu program inovatif yang

menempatkan anak-anak muda

dalam koperasi dan perusahaan

sosial sebagai sebahagian

33

keperluan perkhidmatan awam

mereka, telah membolehkan

pendedahan kepada budaya

perniagaan koperasi dan

pendidikan menyebabkan 10

peratus peserta diambil bekerja oleh

koperasi.

34

13. Bagi remaja di bangku

sekolah, mereka bukan sahaja

mendapat pendidikan dan

pengalaman kerja melalui koperasi

sekolah, tetapi juga memberi

pendedahan kemahiran

menjalankan perniagaan. Koperasi

35

sekolah lazimnya terlibat dalam

kepenggunaan dengan

menyediakan keperluan

persekolahan seperti pakaian

seragam dan buku-buku pada

harga berpatutan, kafeteria, kedai

36

makan atau terlibat dalam

pengeluaran.

Pelajar bukan sahaja belajar

bagaimana untuk

mengembangkan penanaman,

penghasilan, pemasaran dan

37

penjualan sayur-sayuran tetapi

mengamalkan prinsip bantu diri dan

perihatin terhadap alam sekitar.

Mereka menjual hasil kepada

kafeteria sekolah yang mana dapat

meningkatkan nilai pemakanan di

sekolah dan juga masyarakat

38

setempat. Sebahagian hasil jualan,

mereka gunakan membantu

menyokong rakan-rakan pelajar

yang yatim atau datang dari

keluarga yang tidak mampu makan

di sekolah, buku dan uniform.

39

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

14. Kita mahu menjadikan

kejayaan koperasi negara kita lebih

bermakna dan berterusan. Tugas ini

menjadi tugas bersama kita semua.

Kita juga mengakui kejayaan

40

koperasi sekolah sebelum ini adalah

hasil komitmen padu semua

pemimpin-pemimpin koperasi di

semua peringkat Kementerian

Pendidikan, Suruhanjaya Koperasi

Malaysia, pemimpin-pemimpin

koperasi peringkat sekolah dan

41

ANGKASA sendiri. Saya

mengharapkan sokongan dan

komitmen ini akan berterusan demi

pembangunan modal insan koperasi

dan gerakan koperasi negara.

42

15. Akhir kata, saya

mengharapkan dengan Perasmian

Kiosk ini akan memberi impak dan

kejayaan besar kepada semua

komuniti di sekolah ini . Saya dengan

lafaz bismillahirahmanirrahim

merasmikan PERASMIAN KIOSK

43

KOPERASI SMK KAMIL PASIR PUTEH

BHD.

Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah

Assalamu’alaikum warahmatullah

Hiwabarakatuh.